You are on page 1of 24

PUSAT PENGAJIAN KOMUNIKASI

SEMESTER 2, 2017/18

YBP201 KOMUNIKASI UNTUK PEMBANGUNAN LESTARI

PENSYARAH

Dr. Izzal Asnira Zolkepli

Dr. Mahadevan Krishnan

TAJUK TUGASAN: LAPORAN AKHIR PROJEK EKSPERIMEN SOSIAL-

GANGGUAN SEKSUAL TERHADAP LELAKI

NAMA AHLI KUMPULAN:

1. VELARASAN A/L KANNAN 133275

2. THARINI KALIAMAL A/P RAGU 133271

3. ABDULLAIL SHAFIQ BIN ABDUL HALIM 127769

4. SYARIFAH ALIAH AFIQAH BINTI SYED NASIR 133266

5. NURLINA BINTI ANAS 133239

6. SITI NURAMIRA BINTI ABDULLAH 133264

7. FARAH FARHANAH BINTI HISHAMUDIN 133191


ISI KANDUNGAN

AHLI KUMPULAN DAN TUGASAN.................................................................................... i


PENGHARGAAN .................................................................................................................... ii
1.0 RINGKASAN EKSEKUTIF .........................................................................................1
2.0 PENGENALAN PROJEK EKSPERIMEN SOSIAL- GANGGUAN SEKSUAL
TERHADAP LELAKI.......................................................................................................... 2-3
3.0 RASIONAL PROJEK EKSPERIMEN SOSIAL- GANGGUAN SEKSUAL
TERHADAP LELAKI.......................................................................................................... 3-5
4.0 OBJEKTIF PROJEK EKSPERIMEN SOSIAL- GANGGUAN SEKSUAL
TERHADAP LELAKI.......................................................................................................... 5-6
5.0 PROJEK EKSPERIMEN SOSIAL- GANGGUAN SEKSUAL TERHADAP
LELAKI .......................................................................................................................................
5.1 PENGURUSAN PROJEK ..................................................................................... 6-7
5.2 PENGLIBATAN .................................................................................................... 7-8
5.3 JANGKAMASA PROJEK .................................................................................... 8-9
5.4 PELAN KOMUNIKASI PROJEK ..................................................................... 9-10
5.5 PERLAKSANAAN PROJEK ........................................................................... 10-11
5.6 HASIL PROJEK ................................................................................................ 11-12
6.0 PELAN MASA HADAPAN DAN CADANGAN ................................................ 12-16
7.0 PENUTUP .....................................................................................................................17
BIBLIOGRAFI .......................................................................................................................18
LAMPIRAN.............................................................................................................................19
AHLI KUMPULAN DAN TUGASAN

Secara ringkasnya kerja berpasukan merujuk kepada kerja dalam satu kumpulan yang

saling bekerjasama dan menjalankan tugas secara berganding bahu bagi mencapai matlamat

pasukan. Sebuah pasukan terdiri daripada gabungan sebilangan individu yang mempunyai

kompetensi yang saling bergantung iaitu dari segi keupayaan, kepakaran, kemahiran dan

pengetahuan serta mempunyai akauntabiliti dan komitmen terhadap prestasi pasukan serta

bersedia melaksanakan tugasan secara bersama. Di dalam projek ini, kami mempunyai ahli

seramai 7 orang di dalam satu kumpulan. Projek kelestarian ini diketuai oleh Velarasan yang

memastikan pengurusan projek berjalan dengan lancar. Di dalam penyiapan melaksanakan projek

ini, semua ahli berganding bahu dan sama-sama bekerjasama dalam menyiapkan projek ini dengan

berjaya. Bagi dalam mendapatkan maklumat dengan WCC diuruskan oleh Siti Nuramira dan

Tharini Kaliamal. Manakala dalam mendapatkan maklumat dengan Kanita pula diuruskan oleh

Abdullail, Velarasan, Nurlina Dan Farah Farhanah. Dan dalam pembuatan video eksperimen pula

dibahagikan kepada Syarifah Aliah Afiqah selaku jurukamera, Siti Nuramira dan Abdullail Shafiq

sebagai pelakon, Nurlina dan Farah Farhanah pula sebagai krew di belakang tabir. Kami

sekumpulan membuat perkongsian di laman sosial masing-masing dan memastikan masyarakat

mengetahui mengenai isu ini. Dalam menyiapkan laporan akhir pula, bahagian pengenalan dan

objektif projek dibahagikan kepada Nurlina. Ringkasan eksekutif, kesimpulan, dan ‘Ted Talk’ pula

diberikan kepada Syarifah Aliya Afiqah diikuti pula dengan Siti Nuramira yang menghuraikan

bahagian rasional projek. Pada bahagian projek (pengurusan hingga ke hasil) dibahagikan kepada

Velarasan dan Tharini Kaliamal. Akhirnya pada pelan masa hadapan dan cadangan dihuraikan

oleh Abdullail Shafiq dan Farah Farhanah.

i
PENGHARGAAN

Terlebih dahulu, kami ingin mengucapkan kesyukuran kepada Tuhan kerana dengan

limpah dan kurnianya, kami dapat menyiapkan projek ini dengan sempurna dalam jangka masa

yang telah ditetapkan. Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr.Izzal Asnira

dan Dr Mahadevan selaku pensyarah dan penyelia yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan

bimbingan serta berkongsi maklumat dalam membantu kami. Selain itu, kami juga ingin

mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Pusat Penyelidikan Wanita dan Gender

(KANITA) dan Women’s Centre For Change (WCC) dalam membantu memberi maklumat yang

kami perlukan dalam menyiapkan projek ini. Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih

kepada ahli-ahli kumpulan kami atas kerjasama dan komitmen yang telah diberikan sepanjang

kami sepanjang projek. Akhir sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-

rakan sekuliah kerana sudi memberi tunjuk ajar dan dorongan serta berkongsi maklumat dan tidak

lokek dalam menyalurkan pandangan dan maklumat yang sepanjang kami menyiapkan projek ini.

ii
1.0 RINGKASAN EKSEKUTIF

Gangguan seksual bukan lagi menjadi satu isu yang biasa pada abad ini. Jika dulu mangsa

yang dominan adalah kaum wanita tetapi sekarang tidak terlepas juga pada kaum lelaki. Tingkah

laku yang diklasifikasikan sebagai gangguan seksual ialah melalui bahasa isyarat, secara sentuhan

fizikal, secara psikologi, secara lisan dan secara visual (Ishak & Ching 2001). Meskipun golong

lelaki yang menjadi mangsa gangguan seksual tidak sebanyak golongan wanita tetapi ia mungkin

akan meningkat pada masa akan datang jika tidak dibendung bermula daripada sekarang. 30

peratus golongan lelaki yang menjadi mangsa gangguan seksual merupakan suatu peratusan yang

agak besar (Persekutuan Majikan Malaysia, 1999 dalam Fonny dan Zahari, 2012). Hal ini kurang

diberi perhatian kerana situasi ini dianggap sebagai satu fenomena yang biasa kerana mangsa

berstatus lelaki. Lelaki dianggap sebagai kuat dan boleh melindungi kaum wanita. Jadi, apabila

berlakunya gejala gangguan seksual ini terhadap lelaki, ia menjadi sesuatu yang menghairankan

tidak kira sama ada si pelaku adalah wanita mahupun lelaki. Kebanyakan mangsa kurang

mengetahui hak ke atas diri mereka. Rata-rata berasa malu untuk memberitahu bahawa mereka

menjadi mangsa. Kurangnya pengetahuan tentang hak-hak yang boleh digunakan untuk

melindungi diri. Dengan menjalankan projek “Gangguan Seksual dalam kalangan Golongan

Lelaki” menggunakan cara eksperimen sosial yang dijalankan di sekitar Universiti Sains Malaysia

(USM), pendekatan ini bertujuan untuk memberitahu kepada semua khalayak bahawa gejala

seksual terhadap lelaki adalah benar dan perkara ini perlu dihentikan demi kesejahteraan

masyarakat minoriti ini iaitu lelaki selaras dengan matlamat pembangunan lestari yang kelima iaitu

kesamarataan jantina.

1
2.0 PENGENALAN PADA PROJEK ISDG (GANGGUAN SEKSUAL TERHADAP

LELAKI)

Gangguan seksual boleh diertikan sebagai perbuatan berunsur seksual yang bukan

berlandaskan kerelaan mangsa. Menurut Ishak & Ching (2001), antara tingkah laku yang

diklasifikasikan sebagai gangguan seksual ialah melalui bahasa isyarat (isyarat tangan yang

membayangkan perlakuan seks), secara sentuhan fizikal, secara psikologi, secara lisan dan secara

visual. Manakala takrifan daripada Pusat Kesedaran Wanita (WCC) pula, gangguan seksual adalah

sebarang kelakuan berunsur seks yang sengaja dan tidak dikehendaki, di undang atau diminta. Ia

meliputi sentuhan, cubit-cubitan, komen mengenai rupa badan seseorang, persiulan, pujuk rayu

yang berterusan untuk keluar bersama atau untuk hubungan intim, ataupun pemaparan gambar

lucah. Golongan wanita adalah golongan yang paling tinggi dalam menjadi mangsa gangguan

seksual berbanding lelaki. Ini dibuktikan dengan dapatan yang menunjukkan bahawa 40 sehingga

70 peratus wanita telah menjadi mangsa gangguan seksual (Persekutuan Majikan Malaysia, 1999

dalam Fonny dan Zahari, 2012). Walau bagaimanapun, gangguan seksual turut berlaku dalam

kalangan lelaki. Gangguan seksual ke atas kaum lelaki kurang diberikan perhatian kerana kaum

ini dianggap sebagai golongan yang kuat dan boleh melindungi kaum wanita. Oleh itu, ia agak

menghairankan bagi kaum lelaki yang menjadi mangsa gangguan seksual sama ada oleh wanita

atau lelaki. Kumpulan kami memilih untuk melakukan projek mengenai ketidaksamaan jantina

iaitu ‘Gangguan Seksual Terhadap Lelaki’ untuk memberikan lebih perhatian kepada golongan

minoriti ini iaitu kaum lelaki. Menurut Pengarah Bahagian Bimbingan dan Kaunseling KPWKM,

Dr Raja Kamariah Raja Mohd Khalid, berkata dalam BH Online (2016,Mac 19) terdapat beberapa

perkara kes terpencil lelaki menjadi mangsa gangguan seksual kerana melihat rakan sepejabat

memintal rambut, membasahkan bibir dan juga membetulkan seluarnya. Menurutnya lagi,

2
golongan seksual terhadap kaum lelaki juga harus diberikan perhatian yang sama dengan kaum

wanita.

3.0 RASIONAL PROJEK ISDG (GANGGUAN SEKSUAL TERHADAP LELAKI)

Rasional projek ini dijalankan adalah untuk membantu golongan lelaki yang mengalami

gangguan seksual secara sedar atau tidak sedar dalam kalangan pelajar USM. Projek ini adalah

untuk memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar khususnya kalangan lelaki mengenai jenis

gangguan seksual yang sering terjadi kepada kalangan lelaki dan cara untuk mengatasinya.

Pada awalnya kami menyedari melalui rakan-rakan universiti bahawa mereka telah

diganggu secara seksual melalui sentuhan dan percakapan sama ada dari gangguan daripada

kalangan wanita atau kalangan lelaki itu sendiri sehinggakan mereka berasa tidak selesa. Dan

melalui pembacaan kami melalui statistik juga mendapati ramai kalangan lelaki yang mengalami

gangguan seksual secara sedar ataupun tidak. Sesuatu gangguan seksual itu tidak terjadi melalui

sentuhan yang mengghairahkan tetapi boleh juga melalui pandangan, percakapan dan lain-lain

lagi.

Namun begitu, sifat keprihatinan masyarakat dan dalam kalangan pelajar USM terhadap

gangguan seksual yang berlaku ke atas golongan lelaki tidak sama seperti gangguan seksual yang

berlaku ke atas golongan wanita. Hal ini kerana masyarakat menganggap kaum lelaki adalah kaum

yang kuat dan tidak ada batas. Hal ini berbeza dengan kaum wanita yang mempunyai persepsi

dianggap sebagai kaum yang lemah dan mesti dilindungi. Disebabkan oleh itu apabila kaum wanita

diganggu ramai akan memberi perhatian, membantu dan mencuba untuk mencegah perbuatan

tersebut. Namun apabila kaum lelaki diganggu mereka menganggap perkara tersebut sesuatu yang

3
kelakar dan mengambil remeh. Tambahan pula, kaum lelaki juga tidak dapat bersuara seperti kaum

wanita apabila diganggu secara seksual. Melalui pemerhatian lapangan yang kami lakukan

bersama pelajar lelaki di USM juga mendapati kebanyakan mereka mengalami gangguan seksual

daripada kaum lelaki itu sendiri. Sesetengah juga pula berpendapat mereka seringkali diganggu

kaum wanita secara pandangan dan sentuhan sehinggakan menimbul perasaan tidak selesa namun

tidak dapat berbuat apa-apa kerana tidak mahu menjadi bahan ejekan.

Oleh itu, dengan melihat isu ini dengan lebih serius kami telah bersetuju untuk melakukan

satu projek eksperimen mengenai gangguan seksual yang berlaku ke atas lelaki. Melalui projek ini

kami akan menunjukkan bagaimana reaksi masyarakat apabila gangguan seksual ke atas lelaki ini

berlaku dan akan mengongsikan video ini di laman sosial supaya masyarakat dapat mengetahui

bahawa kaum lelaki juga turut mengalami gangguan seksual dan tidak memandang isu ini remeh

hanya kerana mereka adalah kaum lelaki. Kami juga ingin supaya kalangan lelaki itu sendiri untuk

bersuara apabila mereka mengalami gangguan dan tidak berdiam diri kerana pandangan

masyarakat. Menurut kajian Ageton pada tahun 1983, Ageton menganggarkan kadar serangan

seksual per 100,000 remaja lelaki adalah daripada 5,000 hingga 16,000. Melalui contoh kajian ini

dapat dilihat, gangguan seksual yang berlaku ke atas kalangan lelaki tinggi. Namun tidak mendapat

perhatian daripada masyarakat berbanding kaum wanita yang mengalami gangguan seksual.

Kesan daripada gangguan seksual ini bukan sahaja dialami oleh kaum wanita namun kaum

lelaki turut mengalami kesan yang sama. Dari sudut psikologi, mangsa akan menjadi trauma dan

memberi kesan yang mendalam dan ada kalanya memberi kesan untuk jangka masa yang panjang.

Mangsa akan hilang motivasi untuk fokus dalam pelajaran dan takut untuk berada di kawasan luar

kerana tidak berasa selamat. Terdapat juga masalah pelajar hilang keyakinan diri dan mengalami

4
kesukaran untuk bergaul dengan rakan-rakan yang lain. Hal ini memberi kesan kepada masalah

penglibatan sosial dalam diri mangsa tersebut.

Dari sudut ekonomi pula, apabila sukar untuk dikawal masalah isu gangguan seksual ini ia

akan memberikan satu imej yang buruk kepada universiti itu sendiri. Masyarakat tidak berasa

yakin dengan institusi dan semakin kurang kemasukan pelajar ke universiti ini. Hal ini menjadikan

sukar untuk pelabur luar dan kerajaan untuk melabur di universiti ini akibat hilang kepercayaan

kepada pihak universiti. Apabila kekurangan pelabur universiti akan mengalami masalah

kewangan dalam mengurus urusan universiti. Oleh itu, pentingnya untuk memberi kesedaran

kepada masyarakat mengenai gangguan seksual dalam kalangan lelaki supaya mangsa-mangsa

gangguan seksual tidak mengalami masalah emosi sekali gus memberi kesan kepada pembelajaran

pelajar dan universiti.

4.0 OBJEKTIF PROJEK ISDG (GANGGUAN SEKSUAL TERHADAP LELAKI)

Objektif kajian ini adalah untuk (i) mengenal pasti bentuk-bentuk gangguan seksual yang

dilakukan oleh pelaku tidak kira lelaki atau wanita terhadap mangsa iaitu kaum lelaki. Kebanyakan

mangsa tidak menyedari bahawa mereka diganggu secara seksual iaitu melalui bahasa isyarat (

isyarat tangan yang membayangkan perlakuan seks ), secara sentuhan fizikal, secara psikologi,

secara lisan dan secara visual.. Maka, dengan adanya video eksperimen sosial ini, kami berharap

mangsa terutamanya kaum lelaki akan lebih peka akan bentuk-bentuk gangguan seksual yang

wujud dalam masyarakat di Malaysia. Objektif kajian yang kedua adalah (ii) untuk melihat reaksi

masyarakat terhadap isu ini. Hal ini lebih membimbangkan apabila perkara seperti gangguan

seksual yang dilakukan terhadap lelaki di pandang remeh oleh sesetengah masyarakat. Dalam hal

ini, fokus adalah lebih terhadap kaum wanita berbanding lelaki ekoran stigma-stigma masyarakat

5
yang melihat lelaki sebagai seorang pemimpin yang kuat dan berkuasa dalam sistem masyarakat.

Seterusnya, objektif ketiga projek ini adalah (iii) untuk meninjau sistem aduan atau langkah-

langkah yang diambil oleh institusi-institusi yang bertanggungjawab tidak kira sama ada badan

kerajaan ataupun badan bukan kerajaan (NGO) dalam mengatasi gangguan seksual terhadap lelaki.

Kes-kes yang melibatkan kaum wanita sememangnya banyak namun tidak kurang juga terhadap

kaum lelaki. Kebanyakan mangsa malu untuk tampil bagi menyuarakan permasalahan ini kerana

takut akan tanggapan masyarakat terhadap mereka. Selain itu, mereka juga tidak tahu akan saluran

yang betul untuk mendapatkan bantuan. Maka, melalui projek ini mangsa-mangsa akan lebih peka

apakah bentuk-bentuk gangguan seksual yang dilakukan, apakah saluran yang boleh digunakan

untuk membuat aduan dan langkah-langkah yang diambil pihak bertanggungjawab dalam

menyelesaikan permasalahan ini.

5.0 PROJEK ISDG

5.1 Pengurusan Projek

Pengurusan projek dilakukan bukan sahaja ketika melaksanakan projek, tetapi

sebelum dan selepas melaksanakan projek. Sebelum memulakan projek ini, kami telah

menyediakan rangka kerja tugasan antara ahli kumpulan, dan menyenaraikan perkara-

perkara yang harus dilakukan. Sebagai contohnya, kami telah menyediakan kertas kerja

untuk meminta kebenaran bagi melaksanakan projek ini. Seterusnya,’ story board’ atau

papan cerita telah direka sebelum merakam video agar perjalanan rakaman video menjadi

lebih sistematik dan tidak membuang masa. Dari segi kewangan pula, kami hanya

menggunakan wang sebanyak RM 30 untuk pengangkutan. Kami telah pergi ke Women’s

6
Centre for Change (WCC) untuk berurusan dengan mengenai projek yang dijalankan oleh

kami. Pengurusan masa telah dilakukan dengan baik ketika menerbitkan video eksperimen

sosial. Masa yang digunakan untuk merakam video adalah selama 50 minit. Untuk

mengedit video tersebut, kami memerlukan selama 4 jam. Video tersebut telah dimuat naik

dan disebarkan oleh semua ahli kumpulan pada hari keesokannya secara serentak pada satu

jangka masa yang ditetapkan. Dalam menguruskan projek ini, kami juga telah mempelajari

elemen-elemen yang boleh diperbaiki untuk projek atau pada masa akan datang. Projek

yang berasaskan video eksperimen sosial ini boleh dilestarikan sekiranya khalayak

mempunyai kesedaran terhadap kesamarataan antara gender yang termaktub dalam

Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) dan memberikan kesedaran kepada khalayak

mengenai kepentingan isu gangguan seksual terhadap lelaki. Kami percaya bahawa

sekiranya khalayak tidak mempunyai kesedaran, maka tidak akan tercetus dalam minda

mereka untuk berkongsi video kami dengan rakan-rakan mereka yang lain. Perbuatan

tersebut adalah atas dasar kesedaran dan keprihatinan terhadap kaum lelaki yang juga

mungkin terdiri daripada ahli keluarga atau teman, atau rakan mereka.

5.2 Penglibatan

Women’s Centre for Change (WCC) dan Pusat Penyelidikan Wanita dan Gender

(KANITA) telah melibatkan diri dalam projek kami dengan meluangkan masa bersama

kami untuk berkongsi maklumat mengenai kajian dan data berdasarkan isu gangguan

seksual terhadap lelaki di Malaysia. Tiga orang responden yang dipilih secara rawak telah

menyumbang tenaga untuk memberikan pandangan mereka terhadap isu gangguan seksual

terhadap lelaki dalam video eksperimen kami. Dua orang lelaki pula telah melakonkan

7
watak seolah-olah tidak selesa dengan kehadiran atau perbualan bersama seorang wanita.

Video ini telah dijalankan di Perpustakaan Hamzah Sendut I, Universiti Sains Malaysia.

Kami amat berterima kasih kerana kami diberi peluang untuk merakam video eksperimen

tersebut tanpa sebarang halangan.

5.3 Jangka masa Projek

Komunikasi berkesan merupakan sesuatu yang amat penting dalam perlaksanaan

projek. Hal ini kerana ia melibatkan pelbagai peringkat. Oleh itu, kerjasama dan

penglibatan semua pihak adalah perlu untuk memastikan projek ini dapat disiapkan dalam

jangka masa yang ditetapkan. Perancangan pelaksanaan projek ini dimulakan dengan

mengumpul maklumat mengenai isu gangguan seksual terhadap lelaki, diikuti dengan

membuat video eksperimen sosial dan menilai hasil dapatan kajian selepas memuat naik

video tersebut ke dalam media sosial. Tempoh yang diambil bagi mendapatkan maklumat

dan data daripada pihak Women’s Centre for Change (WCC) dan Pusat Penyelidikan

Wanita dan Gender (KANITA), USM adalah selama tiga minggu. Kami menggunakan

kaedah temu ramah bersama kedua-dua institusi tersebut. Di samping itu, kami juga

berpeluang untuk menemu ramah mangsa yang pernah mengalami gangguan seksual

secara lebih mendalam. Dengan wujudnya interaksi ini, pengalaman dan pengetahuan

mereka dapat dikongsi dan akan memberi manfaat kepada masyarakat di luar. Seterusnya,

kami mula menyediakan sebuah video mengenai gangguan seksual terhadap lelaki dan

perempuan namun masih mengekalkan fokus utama projek ini iaitu gangguan seksual

terhadap lelaki. Jangka masa yang diambil dalam menyiapkan video ini adalah selama

seminggu. Seterusnya diikuti dengan menyiarkan video ini di laman sosial supaya dapat

8
ditonton oleh masyarakat. Di sini, kami akan melihat reaksi masyarakat dari semasa ke

semasa selama dua minggu. Kami akan melihat sejauh mana video ini mendapat perhatian

masyarakat dan melihat reaksi dan pandangan mereka mengenai isu ini.

5.4 Pelan Komunikasi Projek

Khalayak mempunyai andaian bahawa gangguan seksual ini hanya berlaku dalam

kalangan wanita sahaja. Namun, pada masa kini, kaum lelaki juga tidak terkecuali daripada

menjadi mangsa gangguan seksual. Penyampaian data atau sumber yang kukuh kepada

pelajar USM akan mengubah tingkah laku dan cara pemikiran serta membentuk kesedaran

tentang betapa pentingnya menangani isu ini dengan segera supaya isu ini tidak terus

menular dalam kalangan masyarakat di negara kita.

Seterusnya, dalam projek ini kami ingin membentuk kesedaran dalam kalangan

khalayak iaitu pelajar USM untuk menerima maklumat pemujukan yang telah disalurkan

oleh kami. Gangguan seksual bukan sahaja berlaku di tempat awam, malah di tempat kerja,

institusi pendidikan dan lebih menghairankan, ketika mendapatkan rawatan. Justeru,

kelebihan projek ini ialah menjadikan mangsa- mangsa gangguan seksual lebih berani

untuk tampil ke hadapan dan berkongsi masalah yang dialami. Medium yang dicadangkan

bagi melaporkan kes-kes berkenaan dengan gangguan seksual dalam kalangan lelaki yang

betul ialah seperti Women’s Centre for Change (WCC) dan Pusat Penyelidikan Wanita dan

Gender (KANITA).

Kumpulan kami telah memilih untuk menggunakan media sosial sebagai saluran

komunikasi untuk berhubung dengan khalayak mengenai video eksperimen sosial kami.

9
Antara media sosial yang digunakan adalah seperti Facebook, Youtube, Watsapp dan

Twitter. Kumpulan kami telah merakam dan menerbitkan sebuah video eksperimen sosial

yang bertajuk ‘Gangguan Seksual terhadap Lelaki’. Berdasarkan maklum balas yang

diterima melalui media sosial, kumpulan kami akan menganalisis hasil projek ini dengan

mengira jumlah share dan retweet oleh pengguna media sosial. Semakin ramai pengguna

media sosial yang menonton video eksperimen sosial ini, semakin tinggi kebarangkalian

mereka untuk menyedari isu gangguan seksual terhadap lelaki yang turut terjadi dalam

kalangan masyarakat.

5.5 Perlaksanaan Projek

Projek ini telah dibahagikan kepada lima fasa. Fasa pertama dikenali sebagai

pembacaan dan pencarian maklumat. Dalam fasa pertama ini, semua ahli kumpulan telah

mencari maklumat mengenai isu dan data mengenai isu gangguan seksual terhadap lelaki.

Dalam fasa kedua pula, kami telah menghubungi Women’s Centre for Change (WCC) dan

Pusat Penyelidikan Wanita dan Gender (KANITA). Kedua-dua institusi tersebut menjadi

pilihan kami untuk memperoleh sumber kerana institusi tersebut telah menjalankan banyak

kajian mengenai isu gangguan seksual terhadap lelaki di Malaysia. Sebagai contohnya,

kajian kes terhadap remaja di sebuah pusat pemulihan di Malaysia. Dalam fasa ketiga pula,

melalui WCC dan KANITA kami telah mendapatkan maklumat lanjut berserta statistik

mengenai beberapa kes, mengenal pasti cara mereka mengendalikan laporan kes-kes yang

diterima dan mencari saluran khusus untuk mangsa-mangsa lelaki yang terlibat dalam kes

gangguan seksual. Dalam fasa keempat pula, kami telah merangka empat jenis

perancangan perlaksanaan projek iaitu penghasilan video eksperimen sosial. Video

10
tersebut telah dimuat naik ke dalam media sosial seperti Facebook, Instagram, Youtube

dan Watsapp. Berdasarkan maklum balas yang diterima melalui media sosial, kami akan

menganalisis hasil dapatan projek. Jumlah ‘share’, ‘likes’, ‘view’ dan ‘retweet’ yang

diterima menjadi alat pengukur tahap pemahaman dan kesedaran isu dalam kalangan

khalayak. Kami telah menyediakan penulisan laporan akhir berdasarkan pada hasil dan

dapatan kajian. Dalam fasa kelima pula, wakil kumpulan kami iaitu Syarifah Aliah akan

membentangkan hasil dan dapatan kajian yang kami dapati melalui projek ini pada kuliah

ke- 14. Pengurusan projek yang dilakukan dengan membahagikan fasa telah membantu

kami untuk menjalankan kajian secara teratur dan lebih sistematik.

5.6 Hasil Projek

Saluran komunikasi yang diguna pakai di dalam projek ini adalah melalui media

sosial. Melalui media sosial ini, penyebaran video eksperimen sosial ini dapat disebar luas

dalam masa yang singkat kepada khalayak sasaran yang telah ditetapkan. Penilaian pelan

komunikasi bagi projek ini dapat dinilai melalui jumlah ‘share’ dan ‘retweet’ yang

dilakukan oleh khalayak sasaran. Apabila jumlah ‘share’ dan ‘retweet’ adalah tinggi,

dapatlah disimpulkan bahawa masyarakat sedar akan kejadian-kejadian seperti ini berlaku

di persekitaran mereka dan mereka ingin mengongsikan video ini supaya pengikut-

pengikut mereka di media sosial juga sedar akan permasalahan ini. Jumlah khalayak

sasaran yang ditetapkan bagi projek ini adalah seramai 50 orang sahaja.

11
Jadual 1.0 di bawah menunjukkan jumlah likes, share, dan views oleh khalayak.

JUMLAH
JENIS MEDIA SOSIAL ‘Likes’ ‘Share’
TONTONAN

Facebook 48 4 1

Twitter 130 70 50

Youtube 444 47 -

6.0 PELAN MASA HADAPAN DAN CADANGAN

Beberapa cadangan yang dikemukakan bagi projek ini, adalah berlandaskan kepada

kesesuaian dan keperluan semasa di universiti. Hal ini demikian di Universiti Sains Malaysia

(USM), ia lebih berfokuskan kepada kepentingan bagi warga USM itu sendiri supaya hak asasi

mereka sama ada sebagai seorang pelajar atau staf (operasi dan akademik) terutama golongan

lelaki dijamin terjaga. Dalam memastikan beberapa cadangan yang diberikan ini dapat dijalankan

dan diteruskan pada masa hadapan, beberapa buah pentadbiran telah dijadikan sebagai rujukan dan

kepercayaan supaya ia lebih berstruktur mengikut undang-undang sebuah universiti ternama.

Antaranya, pihak pentadbiran dalam USM yang terlibat ialah Pusat Penyelidikan Wanita dan

Gender (KANITA USM) serta Unit Kaunseling, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni

(BHEPA) yang tampak bersesuaian dengan kerjasama menjayakan cadangan projek ini.

Cadangan yang utama perlu dikemukakan kepada pihak pentadbiran terlibat ialah

menyebarkan secara meluas kepada setiap warga USM berkenaan Dasar Gangguan Seksual

Universiti yang dirangka oleh Badan Perundangan Universiti Sains Malaysia dengan kerjasama

12
pihak KANITA USM sendiri. Hal ini demikian kerana dasar ini dilihat kurang diketahui akan

kewujudannya di varsiti ini, terutamanya kepada para pelajar USM sendiri walaupun ia sebenarnya

telah dirasmikan pada tahun 2009 oleh Profesor Madya Dr. Hajar Binti Abdul Rahim, Pengerusi

Jawatankuasa Teras Gangguan Seksual USM. Cadangan menyebarkan dasar ini adalah merupakan

suatu mekanisme yang sesuai pada masa ini, ia disebabkan oleh beberapa saluran yang boleh

digunakan sebaiknya dalam memastikan setiap warga USM mengetahui akan hal ini. Pelbagai

medium saluran boleh digunakan, terutamanya media teknologi baru seperti media sosial, yang

menyediakan pelbagai ruang komunikasi kepada setiap lapisan warga dalam kampus, sebagai

contoh, Facebook, Twitter dan Instagram. Pihak KANITA USM boleh bekerjasama dengan pihak

Pusat Media dan Perhubungan Awam USM (MPRCUSM) bagi menyediakan beberapa pelan

tindakan dalam menyebarkan dasar ini melalui medium teknologi seterusnya dapat dicapai oleh

seluruh warga kampus sendiri. Dalam hal itu, selain menyebarkan dasar ini, pihak KANITA USM

juga boleh menyelitkan beberapa video eksperimen sosial tentang kesedaran warga kampus sendiri

terhadap isu ini dan meletakkan beberapa perancangan program seperti townhall yang berpeluang

mendekati kedua pihak (KANITA USM dan warga USM) untuk menyelesaikan isu ini. Oleh itu,

cadangan ini menjadi langkah pertama yang boleh memastikan kesedaran tentang kesalahan

gangguan seksual terhadap lelaki dalam kampus sendiri diambil perhatian oleh semua.

Seterusnya, memperuntukkan satu sesi taklimat tentang beberapa perkara berkaitan gangguan

seksual kepada para pelajar tahun satu semasa Minggu Siswa Lestari atau minggu orientasi. Hal

ini demikian pihak pentadbiran universiti perlu memberikan ruang kepada pihak KANITA USM

untuk memberikan taklimat berkaitan Dasar Gangguan Seksual Universiti 2009 serta menerangkan

fungsi Jawatankuasa Teras Gangguan Seksual 2013 di bawah seliaan KANITA USM kepada para

pelajar baru ini, supaya mereka ini sedar dan tahu akan kewujudan dasar ini seterusnya mengambil

13
tindakan sewajarnya andai berlaku kejadian gangguan seksual dalam kampus di hadapan mereka.

Seandainya pihak KANITA USM mendapat peluang ini, mereka harus menerangkan dengan

terperinci berkenaan piagam utama jawatankuasa tersebut diwujudkan. Hal ini ia adalah bagi

“membantu mangsa mengambil aduan dan mencari penyelesaian kepada kes-kes gangguan

seksual yang melibatkan staf dan pelajar dengan menggunakan satu protokol penyelesaian yang

sedia ada di USM yang sangat sistematik, efisien dan adil. Pihak universiti mengharapkan agar

USM menjadi kampus yang selamat dan sejahtera (Prof Madya Dr Hajar Rahim, 2013)”. Dalam

sesi taklimat ini juga, pihak KANITA USM perlu mempromosikan beberapa maklumat yang boleh

diakses oleh para pelajar. Di samping itu, pengedaran bahan bercetak seperti katalog boleh

dijadikan sampingan, supaya ia dapat dijadikan rujukan oleh para pelajar ini. Natijahnya,

penyampaian taklimat ini dalam sesi Minggu Siswa Lestari dapat memberi kesedaran kepada para

pelajar ini, sekali gus mereka secara tidak langsung akan menyedari bahawa setiap warga USM

mempunyai kepentingan dalam menjaga keselamatan antara satu sama lain.

Selain itu, menggerakkan Mentor Rakan Siswa di bawah Unit Kaunseling BHEPA ke arah

suatu sistem yang baru berkonsepkan mendekati para pelajar secara terus. Hal ini demikian kerana

Mentor Rakan Siswa USM ini dianggotai oleh para pelajar USM sendiri, dan mereka ini sudah

dilatih oleh pihak Unit Kaunseling BHEPA untuk menjalankan program bersama mahasiswa.

Namun begitu, mengikut pemerhatian organisasi ini hanya mengadakan program berskala kecil

sahaja dan hanya para peserta yang menjadi sahaja mengetahui setiap program yang dianjurkan.

Malahan majoriti mahasiswa di kampus ini juga tidak langsung mengetahui kewujudan mereka

dan tidak mengetahui fungsinya. Mentor Rakan Siswa sebenarnya perlu mengikut keadaan semasa

dalam menangani isu-isu semasa di dalam kampus dan menjadi barisan hadapan mahasiswa

menangani apa jua isu yang timbul tanpa perlu berharap hanya kepada pentadbiran sahaja.

14
Organisasi ini boleh mengambil contoh atau model berkonsepkan befriender yang lebih efektif

dalam menyelesaikan masalah para pelajar. Konsep ini lebih kepada sekumpulan sukarelawan

yang dianggap ‘pembimbing rakan sebaya’ menyebarkan segala fungsi dan maklumat yang boleh

dihubungi oleh mana-mana individu yang mempunyai masalah untuk diluahkan serta diselesaikan

oleh kumpulan ini. Model ini boleh dijalankan dengan beberapa proses pelan perancangan yang

rapi (Rajah 1).

Model Befriender

Mentor Rakan Siswa (MRS) menyebarkan maklumat


organisasi mereka melalui saluran media cetak dan
teknologi kepada seluruh warga USM.

Warga USM terutamanya para pelajar yang


mempunyai masalah gangguan seksual boleh
menghubungi organisasi ini untuk menyatakan
masalah mereka.

Organisasi perlu mendengar masalah gangguan


seksual yang diluahkan oleh para pelajar seterusnya
memberikan pilihan kepada mereka dan memastikan
identiti mangsa dirahsiakan

Organisasi memberikan pilihan kepada mangsa sama


ada hanya ingin meluahkan masalah sahaja atau
bekerjasama dengan MRS untuk mengambil tindakan
selanjutnya.

MRS akan melaporkan hal yang diadukan kepada


Unit Kaunseling BHEPA untuk dikenakan tindakan
tata tertib kepada si pelaku mengikut undang-undang
universiti.

15
Rajah 1 : Model Befriender yang dicadangkan kepada Mentor Rakan Siswa

Model ini dilihat sangat berkesan kerana mangsa yang terdiri dalam golongan pelajar lebih

selesa berkongsi masalah dengan individu yang sebaya mereka seterusnya memudahkan urusan.

Oleh itu, cadangan ini seandainya dapat diterapkan, ia dapat meningkatkan kefungsian Mentor

Rakan Siswa itu sendiri seterusnya membantu mangsa yang mengalami masalah gangguan

seksual.

Akhir sekali, bagi menjangkau khalayak sasaran iaitu mangsa lelaki yang lebih besar, satu

platform atas talian khusus untuk mangsa lelaki yang mengalami gangguan seksual perlu

diwujudkan. Platform ini dapat diwujudkan dengan kerjasama dari pihak Women’s Centre For

Change (WCC) dan juga Kementerian Sumber Manusia. Dengan kerjasama dari pihak yang lebih

tinggi, tahap penyebaran mesej kesedaran ini kepada mangsa akan menjangkau lebih banyak lagi

khalayak sasaran. Platform ini terdiri daripada talian bebas tol dan aplikasi telefon pintar yang

membolehkan mangsa mengongsikan masalah yang mereka alami. Segala maklumat yang

diterima dari kedua-dua platform ini adalah sulit dan tidak akan didedahkan kepada mana-mana

pihak. Hal ini demikian, kaum lelaki lebih cenderung untuk tidak menyuarakan permasalahan ini

kerana mereka akan kelihatan lemah di mata masyarakat. Platform telah banyak dibangunkan

walau bagaimanapun, ia hanya memfokuskan kepada mangsa perempuan. Pendedahan platform

yang dibangunkan ini perlu dilakukan secara intensif melalui media sosial supaya mendapat

perhatian dari semua pihak dan seterusnya dapat mencapai objektif projek ini dalam

memperjuangkan kesamarataan gender.

16
7.0 PENUTUP

Gangguan seksual dalam kalangan lelaki merupakan salah satu perkara yang dipandang

remeh jika ingin dibandingkan dengan wanita sedangkan golongan ini juga mempunyai hak yang

sama rata. Selama menjalankan projek ini, kebanyakan masyarakat sedar bahawa gangguan

seksual terhadap lelaki berlaku walaupun ia bukanlah satu isu yang popular. Pada masa akan

datang, diharapkan lebih banyak lagi platform yang disediakan untuk mangsa (lelaki) gangguan

seksual membuat aduan atau bercerita tentang permasalahan mereka. Liputan media yang lebih

meluas tentang permasalahan ini juga diperlukan bagi menjangkau khalayak yang lebih besar.

Masyarakat juga perlu mengambil peduli akan situasi sekeliling agar perkara sebegini dapat

dielakkan. Justeru, dengan wujudnya projek ini dan dengan beberapa penambahbaikan yang akan

dilakukan pada masa hadapan untuk menyebarluaskan kepada masyarakat tentang hak dan saluran

yang betul untuk mendapatkan bantuan dan tindakan bagi masalah ini seterusnya mengekalkan

mesej ini dalam minda mereka. Matlamat pembangunan kelestarian kelima juga menuntut kita

untuk mendapatkan hak kesamarataan jantina agar masyarakat dapat hidup dalam suasana yang

murni tanpa sebarang permasalahan sosial yang boleh meruntuhkan institusi masyarakat.

17
BIBLIOGRAFI

Ageton, S. (1983). Sexual assault among adolescents, Lexington, MA: Lexington Books
Kementerian Sumber Manusia. 1999. Kod Amalan untuk Mencegah dan Membasmi
Gangguan Seksual di Tempat Kerja. Malaysia: Kuala Lumpur.

Dr. Hamima Dona Mustaffa.(2009). USM Adopts A Sexual Harassment Policy.


Pusat Penyelidikan Wanita dan Gender Universiti Sains Malaysia. Dipetik daripada file
:///C:/Users/User/Downloads/kanita%20matters%20issue%203.pdf

Ishak Mad Shah & Ching,L.,L. (2001). Gangguan Seksual di Tempat Kerja dan Hubungannya
Dengan Tekanan Kerja dan Kepuasan Kerja.Jurnal Teknologi. Diakses daripada
https://core.ac.uk/download/pdf/11777690.pdf

Fonny Hutagalung & Zahari Ishak (2012). Gangguan Seksual: Peramal Ke Atas Kepuasan
Kerja Dan Tekanan Kerja di kalangan Pekerja Wanita. Diakses daripada
https://umexpert.um.edu.my/file/publication/00012452_89399.pdf

Marie,C.B.(2014). A Concept Analysis of Befriending, journal of advanced nursing 71(1), 24–


34.doi: 10.1111/jan.12553. Dipetik daripada
https://online library.wiley.com/doi/pdf/10.1111/jan.12553

Sophia Ahmad & Wan Noor Hayati Wan Alias (2016,Mac 19). Kes Gangguan Seksual 2015
Makin Meningkat.Berita Harian Online. Diakses daripada
https://www.bharian.com.my/node/134978

18
LAMPIRAN

Rajah 1.0 Jumlah Tontonan dan ‘Thumbs Up’ di


Youtube.

19
Rajah 2.0 Jumlah ‘Retweet’ dan
‘Like’ di laman sosial Twitter.

20

You might also like