You are on page 1of 20

PERSEPSI PELAJAR PRA-SISWAZAH UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

(UKM) TERHADAP GOLONGAN PEKAK DEWASA

DISEDIAKAN OLEH :

NUR AMIRAH BT HARON (A158622)

PENYELIA UTAMA :

DR. QUAR TIAN KAR

PEMBANTU PENYELIA :

DR. AKMALIZA BT ALI

PROGRAM AUDIOLOGI

FAKULTI SAINS KESIHATAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

KAMPUS KUALA LUMPUR

2021
Persepsi Pelajar Pra-Siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Terhadap Golongan Pekak Dewasa

NUR AMIRAH HARON, QUAR TIAN KAR & AKMALIZA ALI

ABSTRAK

Anggapan individu pekak mempunyai banyak kelemahan berbanding individu yang mempunyai
pendengaran normal telah mewujudkan sikap negatif dalam sebahagian masyarakat seperti
diskriminasi dan penganiayaan terhadap golongan tersebut. Objektif kajian ini adalah untuk
mengkaji persepsi mahasiswa prasiswazah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terhadap
golongan pekak dewasa serta mengenalpasti faktor yang mempengaruhi persepsi mereka. Kajian
ini merupakan sebuah kajian rentas survei yang melibatkan seramai 126 pelajar pra-siswazah
UKM Kampus Bangi dan Kuala Lumpur yang direkrut melalui kaedah persampelan konvenien.
Dapatan kajian menunjukkan persepsi mahasiswa UKM secara keseluruhannya adalah positif
dan tiada perbezaan yang ketara antara kaum dari segi persepsi terhadap golongan pekak dewasa.
Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan persepsi antara pelajar yang mempunyai pengetahuan
dan pengalaman terhadap golongan yang mempunyai masalah pendengaran dengan yang tiada.
Kesimpulannya, pengetahuan dan pendedahan adalah salah satu faktor yang dapat
mempengaruhi persepsi mahasiswa terhadap golongan pekak. Implikasi kajian dan cadangan
untuk kajian lanjutan dibincangkan dengan harapan kajian seumpama ini dapat memberi
kesedaran terhadap golongan pekak supaya budaya ketidaksamarataan ke atas golongan ini dapat
dihapuskan.

Kata Kunci : Persepsi; pekak; masalah pendengaran


PENGENALAN

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan


Masyarakat telah mengklasifikasikan Orang Kurang Upaya (OKU) kepada tujuh kategori dan
salah satu daripadanya ialah kurang upaya pendengaran (Jaafar, 2014). Buletin perangkaan sosial
Malaysia pada tahun 2018 telah melaporkan seramai 453,258 OKU telah berdaftar di Jabatan
Kebajikan Masyarakat pada tahun 2017 dan sebanyak 7.6% daripada mereka tergolong di bawah
kategori cacat pendengaran. Individu yang mempunyai kurang upaya pendengaran ialah individu
yang tidak dapat mendengar dengan jelas di kedua-dua belah telinga tanpa menggunakan alat
bantu pendengaran atau tidak dapat mendengar langsung walaupun dengan menggunakan alat
bantu pendengaran. Terdapat empat tahap yang boleh dikategorikan sebagai OKU pendengaran
iaitu :

i) Minima - (20 - < 30 dB) (untuk orang dewasa)


ii) Sederhana - (30 - < 60 dB)
iii) Teruk - (60 - < 90 dB)
iv) Sangat Teruk - (> 90 dB)

Tormudzi (2012) telah mendefinisikan masalah pendengaran tahap sangat teruk sebagai
masalah yang dihadapi seseorang individu sehingga tidak mampu memproses informasi
linguistik menerusi pendengaran sama ada dengan memakai alat amplifikasi atau tidak yang akan
menyebabkan proses pertuturan terganggu. Pendengaran sangat teruk juga dikenali sebagai
pekak atau tuli (Tin, 2014). Manakala World Health Organization (2020) menyatakan maksud
golongan pekak ialah golongan yang mempunyai tahap pendengaran sangat teruk yang
mendengar dengan sangat sedikit atau tiada pendengaran secara total. Kebanyakan mereka
menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi. Pekak boleh berpunca daripada banyak
faktor termasuk keturunan, kemalangan, penyakit, dadah dan terdedah kepada bunyi bising. Ia
seringkali dianggap oleh orang yang mempunyai pendengaran normal sebagai satu kecacatan
yang sangat teruk (Dugan, 2003).

Sikap negatif terhadap individu kurang upaya telah lama wujud sejak dahulu dan masih
kekal sehingga hari ini (Delambo, 2007). Sikap terhadap golongan pekak berbeza daripada sikap
terhadap golongan kurang upaya yang lain (Kiger, 1997). Menurut Bauman (2004), sikap negatif
lahir daripada kepercayaan masyarakat dan tingkah laku yang menganggap individu pekak
mempunyai banyak kelemahan berbanding individu yang mempunyai pendengaran normal.
Kepercayaan ini dikenali sebagai audisme yang didasari oleh beberapa ciri :

i) Idea bahawa kelebihan berasal dari kemampuan untuk mendengar atau


dari bertindak seperti orang yang mendengar
ii) Kelebihan sistem masyarakat berdasarkan kemampuan pendengaran
iii) Orientasi yang menghubungkan identiti manusia dengan pertuturan

Pelbagai pihak samada di dalam atau luar negara berkecenderungan untuk mendiskriminasi
dan menganiayai golongan OKU (Tah, 2014). Bagi individu pekak, sikap negatif orang ramai
terhadap mereka akan menjadi penghalang kepada mereka dalam bidang kesihatan sosial dan
perkembangan emosi, integrasi sosial, akademik dan kejayaan dalam kerjaya. Sebagai contoh,
golongan OKU pendengaran masih tidak mendapat peluang dan hak yang sama rata berbanding
orang normal dalam kehidupan seharian. Antara isu yang sering dihadapi oleh OKU
pendengaran ialah peluang latihan vokasional, aspek ekonomi disebabkan peluang pekerjaan
yang terhad dan aspek sosial seperti kehidupan bermasyarakat (Sairi, 2017).

Menurut Din (2019), golongan OKU menghadapi kesukaran untuk berjaya dalam kalangan
masyarakat kerana kurangnya pengetahuan dan sikap ambil peduli oleh masyarakat. Pandangan
ini adalah seiring dengan Katz (1988) yang menyatakan stereotaip yang negatif dapat
dikurangkan dengan adanya pengetahuan bersesuaian kepada golongan OKU. Ini bermakna,
semakin banyak maklumat yang diperolehi oleh masyarakat terhadap OKU, maka semakin
positif sikap mereka terhadap OKU yang seterusnya akan membawa masyarakat untuk menerima
golongan OKU secara baik (Din, 2019).

Pelaksanaan Dasar Pendidikan Inklusif OKU di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
telah dilaksanakan pada tahun 2019 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertujuan
menghapuskan pengasingan pelajar OKU daripada pelajar-pelajar lain dan telah diwajibkan
kepada 20 universiti awam. Walaubagaimanapun, masih terdapat pelajar yang bersikap prejudis
pelajar-pelajar OKU yang mana sikap kurang sensitif, tidak bertimbang rasa dan kurang empati
ini jika dibiarkan berterusan, boleh membawa kepada diskriminasi dan menggagalkan proses
pembelajaran inklusif di IPTA (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2019). Sikap dan persepsi
pelajar universiti terhadap golongan pekak telah dikaji dalam beberap kajian lepas. Kajian yang
dilakukan oleh Hyde (2009) di Universiti Queensland terhadap pelajar yang mempunyai masalah
pendengaran telah merungkaikan bahawa terdapat responden yang mengalami kesukaran dalam
pergaulan sosial dan interaksi akademik dengan sebilangan besar rakan sebaya yang dapat
mendengar dengan normal. Järkestig Berggren (2016) telah membuat satu kajian di pusat
pengajian tinggi terhadap pengalaman pelajar pekak di IPTA dan mendapati ketidaksamarataan
terhadap pelajar berkenaan. Golongan ini berhadapan dengan kekurangan sumber penterjemah
bahasa isyarat semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) menyebabkan universiti
dikritik atas faktor kurangnya kemudahan dan sistem sokongan kepada golongan ini (Toran,
2009).

Kajian yang mengkaji persepsi pelajar universiti terhadap golongan cacat pendengaran
masih terhad. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi pelajar di UKM
terhadap golongan cacat pendengaran dan untuk mengetahui samada faktor pendedahan dan
kaum mempunyai pengaruh ke atas persepsi dalam kalangan pelajar.

METODOLOGI

Subjek Kajian

Subjek kajian terdiri daripada pelajar prasiswazah yang menuntut di UKM Kampus Bangi dan
Kuala Lumpur. Jenis persampelan yang digunakan dalam kajian ini adalah teknik persampelan
konvenien yang mana sampel kajian dipilih secara rawak berdasarkan kesediaan mereka dan
secara sukarela. Teknik persampelan ini dipilih kerana mudah untuk mendapat subjek dan lebih
cepat berbanding teknik persampelan yang lain. Borang kaji selidik disebarkan kepada para
pelajar melalui wakil kelas masing-masing menggunakan pautan akses Google Form.

Peralatan Kajian

Kajian ini merupakan kajian survei yang menggunakan borang kaji selidik yang mengandungi
dua bahagian. Bahagian pertama terdiri daripada maklumat demografi subjek dan soalan
berakaitan pengetahuan dan pendedahan terhadap golongan pekak. ( sila rujuk Lampiran A).
Bahagian kedua pula terdiri daripada borang kaji selidik “The Opinions About Deaf People
Scale” (ODP) yang dikembangkan oleh Berkay, Gardner, and Smith (1995) (sila rujuk Lampiran
B).

Borang kaji selidik ODP digunakan untuk mengenalpasti sikap atau persepsi orang dewasa
yang mempunyai pendengaran normal terhadap keupayaan golongan dewasa pekak. Borang soal
selidik ini mengandungi 20 item, iaitu 10 item positif dan 10 item negatif yang diletakkan secara
rawak. Item tersebut dinilai dari skala 1 hingga 4. Persetujuan terhadap kenyataan negatif atau
tiada persetujuan terhadap kenyataan positif menunjukkan sikap negatif terhadap golongan
dewasa pekak. Bagi item positif, skala 1 menandakan responden sangat setuju, skala 2 setuju,
skala 3 tidak setuju dan skala 4 sangat tidak setuju. Bagi item negatif, skala 4 menandakan
responden sangat setuju, skala 3 setuju, skala 2 tidak setuju dan skala 1 sangat tidak setuju. Skor
yang rendah melambangkan sikap positif manakala skor tertinggi menunjukkan sikap negatif
iaitu skor di bawah 40 menunjukkan persepsi semakin positif terhadap keupayaan golongan
pekak, manakala skor 40 ke atas menunjukkan persepsi semakin negatif terhadap keupayaan
golongan pekak.

Item dalam soal selidik asal terdiri daripada ayat yang pendek dengan bahasa yang ringkas
dan mudah untuk difahami. Oleh yang demikian, borang ini diagihkan dalam bahasa asal iaitu
dalam Bahasa Inggeris dan tidak diterjemah ke dalam bahasa Melayu.

Prosedur Kajian

Soal selidik kajian disebarkan secara atas talian dengan menggunakan akses Google Form. Data
yang dikumpul kemudian akan dianalisa menggunakan ujian statistik melalui program computer
iaitu Statistical Package for the Social Science (SPSS).

Kajian ini telah diluluskan oleh Jawatankuasa Etika Penyelidikan UKM di dalam surat
yang bertarikh 14 Jun 2021 dengan rujukan UKM PP1/111/8/JEP-2021-350.

DAPATAN KAJIAN

Maklumat demografi

Seramai 126 mahasiswa prasiswazah UKM dari Kampus Bangi dan Kuala Lumpur telah
menjawab borang soal selidik ODP. Daripada jumlah tersebut didapati bahawa seramai 106
orang pelajar perempuan (84.1%) dan 20 orang pelajar lelaki (15.9%). Dua puluh tiga orang
daripadanya adalah tahun 1 (18.3%), 41 orang tahun 2 (32.5%), 33 orang tahun 3 (26.2%) dan
tahun 4 seramai 29 orang (23.0%).

Enam puluh tiga orang adalah pelajar Audiologi (49.2%) dan 63 yang lain adalah pelajar
yang tidak mengambil jurusan Audiologi yang terdiri daripada kursus Fizik 10 orang ( 7.8%),
Kejuruteraan Kimia 5 orang ( 3.9%), Syariah 5 orang (3.9%), TESL 1 orang ( 0.8%), Biomedik
20 orang ( 15.6%), Farmasi 10 orang (7.8%), Pergigian 2 orang ( 1.6%), Pemakanan 7 orang
(5.5%), Optometri 1 orang (0.8%) dan Kesihatan Persekitaran 2 orang ( 1.6%).
Bagi kaum pula, seramai 94 orang adalah Melayu ( 73.4%), Cina 19 orang (14.8%) dan 13
orang India (10.2%). Maklumat demografi telah dirumuskan dalam Jadual 1.

Jadual 1 Demografi subjek kajian

Item n Kekerapan (%)


Jantina
Lelaki 20 15.9
Perempuan 106 84.1

Tahun
1 23 18.3
2 41 32.5
3 33 26.2
4 29 23.0

Kursus
Audiologi 63 50
Fizik 10 7.8
Kejuruteraan Kimia 5 3.9
Syariah 5 3.9
TESL 1 0.8
Biomedik 20 15.6
Farmasi 10 7.8
Pergigian 2 1.6
Pemakanan 7 5.5
Optometri 1 0.8
Kesihatan Persekitaran 2 1.6

Kaum
Melayu 94 73.4
Cina 19 14.8
India 13 10.2
Persepsi Pelajar

Seramai 58 orang pelajar (46.0%) telah mendapat skor persepsi 21-30, 47 orang (37.3%)
mendapat 31-40 dan 21 orang (16.7%) mendapat skor 41-50 (sila rujuk Graf 1). Ini
menunjukkan bahawa sebahagian besar pelajar UKM mempunyai persepsi positif kerana
semakin rendah nilai skor, semakin positif persepsi.

Graf 1 : Peratusan pelajar yang mencapai skor persepsi terhadap golongan cacat pendengaran

46.0%

50
37.3%
45

Peratus 40
35
30
25
20 16.7%
15
10
5
0 Skor
21-30 31-40 41-50

Perbandingan Pelajar Berbeza Kursus

Perbandingan skor persepsi antara pelajar Audiologi dan Bukan Audiologi iaitu pelajar yang
mengambil kursus Fizik, Kejuruteraan Kimia, Syariah, TESL, Biomedik, Farmasi, Pergigian,
Pemakanan, Optometri dan Kesihatan Persekitaran, menunjukkan kedua-dua kumpulan
mempunyai persepsi yang positif terhadap golongan cacat pendengaran. Namun, ujian analisis
U-Mann Whitney menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam skor persepsi antara dua
kumpulan pelajar tersebut dengan nilai (z= -8.650, p< 0.05 ). Oleh itu dapat disimpulkan bahawa
pelajar Audiologi mempunyai persepsi yang lebih positif berbanding pelajar bukan Audiologi
kerana purata skor persepsi pelajar Audiologi adalah rendah iaitu 35.40 berbanding pelajar bukan
Audiologi dengan purata nilai skor 91.60.

Kesan Pengetahuan dan Pendedahan ke atas Persepsi

Bersama-sama dengan borang kaji selidik ODP adalah borang yang mengandungi enam soalan
berkaitan pengetahuan dan pendedahan dengan golongan pekak. Pelajar yang menjawab dengan
jawapan ‘yes’ pada mana-mana soalan dikira mempunyai pengetahuan dan pendedahan
manakala pelajar yang menjawab dengan jawapan ‘no’ dikira tidak mempunyai pengetahuan dan
pendedahan. Semua pelajar Audiologi dikira mempunyai pendedahan. Bagi pelajar bukan
Audiologi pula seramai 52 orang menjawab (ada pengetahuan dan pendedahan), manakala 11
orang menjawab (tiada pengetahuan dan pendedahan). Jadual 2 menunjukkan bilangan jawapan
yang ada dan tiada pengetahuan dan pendedahan terhadap golongan cacat pendengaran.

Jadual 2 Borang Pengetahuan dan Pendedahan Terhadap Golongan Pekak

Kumpulan Soalan Jawapan (n)

Yes No
Audiologi Do you have any family member/s who has/have 0 63
hearing loss or who are deaf?

Have you ever had friends with hearing loss? 3 60

Have you ever had friends or family members studying 63 0


audiology course ?

Have you ever joined any hearing awareness 40 23


programme/campaign/workshop?

Have you taken any course/s that have taught you 63 0


about hearing loss/hearing aids?

Have you ever been exposed to the topics related with 50 13


hearing loss? ( social media )
Kumpulan Soalan Jawapan (n)

Yes No
Bukan Do you have any family member/s who has/have hearing 1 62
Audiologi loss or who are deaf?

Have you ever had friends with hearing loss? 0 63

Have you ever had friends or family members studying 15 48


audiology course ?

Have you ever joined any hearing awareness 2 61


programme/campaign/workshop?

Have you taken any course/s that have taught you about 3 60
hearing loss/hearing aids?

Have you ever been exposed to the topics related with 52 11


hearing loss? ( social media )

Bagi melihat perbandingan pelajar yang mempunyai pengetahuan dan pendedahan dengan
yang tiada pendedahan, ujian U Mann Whitney juga telah digunakan. Ujian ini menunjukkan
bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor persepsi pelajar yang ada pendedahan
dengan yang tiada dengan nilai ( z= 4.513, p <0.05). Purata skor persepsi pelajar yang ada
pendedahan adalah rendah berbanding yang tiada pendedahan. Pelajar yang mempunyai
pendedahan mendapat purata skor persepsi sebanyak 58.97 manakala yang tiada pendedahan
mendapat sebanyak 110.91. Ini menunjukkan pelajar yang mempunyai pendedahan mempunyai
persepsi lebih positif terhadap golongan cacat pendengaran.

Ujian Spearman’s Rho digunakan untuk melihat hubungan antara pengetahuan dengan
persepsi. Nilai pekali korelasi (r = + 0.404, p<0.05) menunjukkan bahawa terdapat hubungan
positif tahap sederhana antara kedua-dua pemboleh ubah ini. Hubungan positif membawa
maksud semakin tinggi pengetahuan dan pendedahan, semakin positif persepsi.

Persepsi Kaum

Ujian lanjutan bagi melihat perbezaan persepsi antara kaum diuji dengan menggunakan ujian
analisis Kruskal Wallis. Terdapat perbezaan skor persepsi yang signifikan antara kaum iaitu
p<.005. Walau bagaimapanapun, perbezaan skor persepsi antara kaum adalah kecil di mana
pelajar Melayu mendapat skor antara 21- 50, India mendapat skor antara 21- 46 dan Cina
mendapat skor antara 21- 43.

PERBINCANGAN

Hasil kajian menunjukkan pelajar UKM secara keseluruhannya mempunyai persepsi positif
terhadap golongan pekak dewasa dan terdapat perbezaan persepsi antara pelajar yang berlainan.
Pelajar Audiologi mempunyai persepsi yang lebih positif berbanding pelajar bukan Audiologi
dan pelajar yang mempunyai pengetahuan dan pendedahan dengan golongan pekak mempunyai
persepsi yang lebih positif berbanding pelajar yang tiada pendedahan. Hal ini menjelaskan
bahawa terdapat perhubungan antara persepsi dengan pengetahuan dan pendedahan pelajar.
Semakin tinggi pengetahuan dan pendedahan, semakin positif persepsi.

Pelajar yang mengambil jurusan Audiologi mengikuti pengajian yang melibatkan Sains
pendengaran dan juga kesihatan pesakit yang berkaitan dengan pendengaran. Pengajian adalah
secara teori dan praktikal yang mana setiap pembelajaran di kelas akan dipraktikkan ketika
menjalani latihan klinikal yang memerlukan pelajar bertemu dengan pelbagai latar belakang
pesakit. Sejarah kes pesakit, ujian pendengaran, diagnosis, penggunaan teknologi pendengaran
seperti alat bantu dengar, sesi kaunseling dan rehabilitasi aural dijalankan sepanjang sesi latihan
klinikal. Dengan ini, jelas menunjukkan pelajar audiologi mempunyai pengetahuan yang
mendalam dan pendedahan yang lebih kerap dengan pesakit yang mempunyai masalah
pendengaran khususnya golongan pekak.

Manakala setengah pelajar bukan Audiologi dalam kajian ini yang mendapat pendedahan
mengenai golongan pekak melalui rakan sebaya yang mengambil jurusan Audiologi, pernah
menghadiri bengkel atau ceramah berkaitan kesedaran kesihatan pendengaran, media sosial dan
juga ahli keluarga atau rakan yang mempunyai masalah pendengaran.

Pengetahuan, sikap, jumlah kontak dengan golongan pekak dan tanggapan terhadap
individu pekak menyumbang kepada kefahaman dan interaksi positif antara individu yang
mempunyai pendengaran normal dan pekak. (Cooper, 2003; Coryell, 1992; Hung 2006;
Velonaki, 2015). Pendapat seperti ini adalah sangat bertepatan dengan kajian-kajian lepas yang
pernah dilaksanakan. Contohnya, satu kajian telah dibuat oleh Smith, (1991) mengenai kursus
satu hari kesedaran terhadap kurang upaya pendengaran (pekak) dan kemahiran komunikasi
dalam kalangan pelajar perubatan tahun empat. Kursus ini telah menambah pengetahuan dan
membuka kesedaran terhadap isu pekak dalam kalangan pelajar perubatan. Selain itu, University
College of London (UCL) juga telah melancarkan kursus atas talian untuk para profesional
kesihatan untuk membolehkan pemahaman yang lebih baik mengenai keperluan komunikasi
pesakit pekak dan bermasalah pendengaran dan menawarkan strategi praktikal bagi
menambahbaik perkhidmatan terhadap golongan tersebut (United Kingdom Council on Deafness,
2019). Akhir sekali, kajian yang dilakukan oleh Zahn (1995) pula mendapati sikap subjek
berubah dari neutral kepada positif selepas mendapat pendedahan kepada keupayaan golongan
pekak dalam bekerja.

Analisa lanjutan dibuat bagi melihat persepsi antara etnik. Kajian lepas telah melaporkan
etnik yang berbeza mempunyai pendapat dan pengamalan yang berbeza dalam menghadapi
sesuatu penyakit. Sebanyak 57% OKU dilayan dengan buruk dalam satu kumpulan etnik masing
masing disebabkan kurang upaya dalam satu kajian yang dijalankan (Azmi, 1997). Selain itu,
kebanyakan ibu bapa berketurunan Asia tidak mempunyai sikap yang positif terhadap kecacatan
disebabkan kepercayaan masing-masing dan tahyul (Shah, 1992). Walaupun analisa yang dibuat
menggunakan ujian statistik kruskal wallis menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan
antara kaum dalam kajian ini, keputusan ini perlu diinterpretasi dengan mengambil kira bilangan
pelajar daripada setiap kaum yang tidak seimbang. Selain daripada itu, jika dilihat dari nilai
skor, perbezaan antara kaum adalah kecil.
RUMUSAN

Limitasi Kajian

Kajian ini mempunyai beberapa limitasi yang diharapkan dapat diperbaiki untuk kajian akan
datang. Antara limitasi tersebut adalah bilangan subjek yang tidak seimbang. Contohnya, pelajar
Audiologi dan pelajar daripada bidang kesihatan yang mengambil bahagian dalam kajian ini
lebih ramai berbanding pelajar lain. Ketika pengkaji menyebarkan soal selidik, tidak semua
pelajar dapat dicapai kerana borang soal selidik yang diberikan kepada wakil kelas kemungkinan
tidak disampaikan kepada semua pelajar. Bilangan pelajar Melayu juga adalah tertinggi
berbanding Cina dan India menyebabkan pengkaji tidak dapat menyatakan keputusan yang
memuaskan untuk melihat perbezaan persepsi antara tiga kaum tersebut. Cadangan untuk kajian
yang akan datang agar pengkaji dapat menyampaikan borang soal selidik dengan menggunakan
kemudahan e-mel siswa supaya kajian ini dapat diwar-warkan kepada semua pelajar. Selain itu,
di dalam kajian ini, kemungkinan wujudnya social desirability bias dalam kalangan pelajar. Hal
ini mungkin disebabkan kajian ini yang menggunakan instrumen laporan kendiri. Bias ini
bermaksud, subjek mempunyai kecenderungan untuk memberikan jawapan yang mereka rasakan
selari dengan nilai-nilai yang diterima oleh masyarakat demi mengelakkan kritikan daripada
masyarakat (King, 2000). Bias ini juga berlaku kerana subjek mungkin mahu menjaga imej
mereka (Johnson, 2005). Hal ini sering berlaku dalam kalangan pelajar yang merasakan mereka
sepatutnya menjawab dengan positif bagi mengelakkan sebarang kritikan yang mengatakan
mereka tidak mempunyai nilai yang baik sebagai seorang mahasiswa. Bagi mengelakkan perkara
seperti ini berulang pada kajian akan datang, perakuan supaya pelajar menjawab dengan jujur
perlu dimasukkan di dalam arahan sebelum menjawab soal selidik.

PENGHARGAAN

Sekalung penghargaan ditujukan kepada pihak penulis borang kaji selidik ODP kerana memberi
keizinan untuk menggunakan borang tersebut dalam kajian ini. Terima kasih kepada pelajar pra-
siswazah UKM tahun 1 hingga tahun 4 dari Kampus Bangi dan Kuala Lumpur atas kerjasama
menjawab borang kaji selidik.

KESIMPULAN

Kajian menunjukkan pelajar UKM mempunyai persepsi positif terhadap golongan pekak dewasa.
Persepsi antara pelajar juga berbeza berdasarkan pengetahuan dan pendedahan mereka terhadap
golongan pekak. Kajian ini juga pengetahuan dan pendedahan adalah faktor yang menyumbang
kepada pembentukan persepsi yang positif dalam kalangan pelajar. Walaupun persepsi pelajar
adalah positif, program kesedaran dan pendedahan masih perlu giat disebarkan dalam kalangan
pelajar dan juga masyarakat terutama bagi mereka yang tidak terlibat dalam bidang pengajian
kesihatan. Hal ini adalah penting bagi menghapuskan diskriminasi dan ketidaksamarataan hak
yang masih wujud terhadap golongan pekak dewasa di Malaysia.
RUJUKAN

Azmi, S., Hatton, C., Emerson, E. & Caine, A. J. J. O. a. R. I. I. D. 1997. Listening to


Adolescents and Adults with Intellectual Disabilities from South Asian Communities.
10(3): 250-263.

Bauman, H.-D. L. 2004. Audism: Exploring the Metaphysics of Oppression. The Journal of Deaf
Studies and Deaf Education 9(2): 239-246.

Berkay, P. J., Gardner, J. E., Smith, P. L. J. E. & Measurement, P. 1995. The Development of the
Opinions About Deaf People Scale: A Scale to Measure Hearing Adults' Beliefs About
the Capabilities of Deaf Adults. 55(1): 105-114.

Cooper, A. E., Rose, J., Mason, O. J. J. O. C. & Psychology, A. S. 2003. Mental Health
Professionals' Attitudes Towards People Who Are Deaf. 13(4): 314-319.

Coryell, J., Holcomb, T. K. & Scherer, M. J. a. a. O. T. D. 1992. Attitudes toward Deafness: A


Collegiate Perspective. 299-302.

Delambo, D., Chandras, K., Homa, D. & Chandras, S. V. 2007. Adolescent Attitudes toward
Disabilities: What Every School Counselor Needs to Know.

Din, N., Nasirudin, M., Talib, H. & Ibrahim, S. Z. J. E.-B. 2019. Kolaborasi Interaksi
Masyarakat Terhadap Golongan Kurang Upaya Di Institusi Masjid. 16(2):

Dugan, M. B. 2003. Living with Hearing Loss. Gallaudet University Press.

Hung, H.-L., Paul, P. V. J. D. & International, E. 2006. Inclusion of Students Who Are Deaf or
Hard of Hearing: Secondary School Hearing Students' Perspectives. 8(2): 62-74.

Hyde, M., Punch, R., Power, D., Hartley, J., Neale, J., Brennan, L. J. H. E. R. & Development.
2009. The Experiences of Deaf and Hard of Hearing Students at a Queensland
University: 1985–2005. 28(1): 85-98.

Jaafar, H. J., Abdul Wahab, H. & Yaacob, N. 2014. Hak Bekerja Orang Kurang Upaya: Satu
Tinjauan Undang-Undang Di Malaysia.

Järkestig Berggren, U., Rowan, D., Bergbäck, E., Blomberg, B. J. D. & Society. 2016. Disabled
Students’ Experiences of Higher Education in Sweden, the Czech Republic, and the
United States–a Comparative Institutional Analysis. 31(3): 339-356.

Johnson, T. P., Fendrich, M. & Hubbell, A. 2002. A Validation of the Crowne-Marlowe Social
Desirability Scale. 57th Annual meeting of the american association for public opinion
research, hlm. 1661-1666.
Katz, I., Hass, R. G. & Bailey, J. 1988. Attitudinal Ambivalence and Behavior toward People
with Disabilities.

Kiger, G. J. T. J. O. P. 1997. The Structure of Attitudes toward Persons Who Are Deaf:
Emotions, Values, and Stereotypes. 131(5): 554-560.

King, M. F., Bruner, G. C. J. P. & Marketing. 2000. Social Desirability Bias: A Neglected
Aspect of Validity Testing. 17(2): 79-103.

Sairi, N. A. 2017. Persepsi Industri Hospitaliti Terhadap Golongan Pekerja Berkeperluan Khas
(Masalah Pendengaran). Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Shah, R. 1992. The Silent Minority: Children with Disabilities in Asian Families. National
Children's Bureau London.

Smith, M. & Hasnip, J. J. M. E. 1991. The Lessons of Deafness: Deafness Awareness and
Communication Skills Training with Medical Students. 25(4): 319-321.

Tah, I. H. M. 2014. Orang Kurang Upaya (Oku) Dan Hak Untuk Hidup: Satu Analisis
Perundangan Di Malaysia.

Tin. C.S. 2014. Kecacatan pendengaran: MyHEALTH.


Toran, H., Yasin, M. H. M., Tahar, M. M., Sujak, N. J. a. J. O. T. & Education, L. I. H. 2009.
Sokongan Dan Halangan Yang Dihadapi Pelajar-Pelajar Kurang Upaya Di Sebuah
Institusi Pengajian Tinggi Di Malaysia. 1(2): 18-29.

Tormudzi, I. N. 2012. Kebolehpasaran Graduan Bermasalah Pendengaran Bidang Hospitaliti


Dalam Industri Hospitaliti Di Malaysia. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

UK Council on Deafness. 2019. Deaf Awareness Week.

Velonaki, V.-S., Kampouroglou, G., Velonaki, M., Dimakopoulou, K., Sourtzi, P., Kalokerinou,
A. J. D. & Journal, H. 2015. Nurses' Knowledge, Attitudes and Behavior toward Deaf
Patients. 8(1): 109-117.

WHO. 2020. Deafness and hearing loss: World Health Organization.

Yoshinaga-Itano, C., Sedey, A. L., Coulter, D. K. & Mehl, A. L. 1998. Language of Early-and
Later-Identified Children with Hearing Loss. Pediatrics-English Edition 102(5): 1161-
1171.

Zahn, S. B. & Kelly, L. J. J. a. a. O. T. D. 1995. Changing Attitudes About the Employability of


the Deaf and Hard of Hearing. 140(5): 381-385.
LAMPIRAN A

MAKLUMAT DEMOGRAFI DAN SOALAN PENGETAHUAN DAN PENDEDAHAN

Name :

Age :

Gender :

Year of enrolment :

Course enroled :

Do you have any family member/s who has/have hearing loss or who are deaf? Yes/No

Have you ever had friends with hearing loss? Yes/No

Have you ever had friends or family members studying audioloy course ? Yes/No

Have you ever joined any hearing awareness programme/campaign/workshop? Yes/No

Have you taken any course/s that have taught you about hearing loss/hearing aids? Yes/No

Have you ever been exposed to the topics related with hearing loss? Yes/No

If yes, from who?

( ) Coursemate
( ) Room mate
( ) Friends
( ) Social Media
Others :
LAMPIRAN B

BORANG KAJI SELIDIK

We are asking for your opinions about deaf people. We are not talking about people who have a
mild hearing loss or elderly people who have lost their hearing late in life.

To indicate your opinion, please circle:

A If you strongly agree

B If you mildly agree

C If you mildly disagree

D If you strongly disagree

Please complete all items. There are no right or wrong answers.

1. Smarter deaf people have better speech than

deaf people who are less intelligent. A B C D

2. Deaf people drive just as safely as hearing people. A B C D

3. A deaf person can have the leadership abilities needed A B C D

to run an organization.

4. It is unfair to limit deaf people to low-paying, unskilled jobs. A B C D

5. A deaf person could get a Ph.D. or a Masters degree. A B C D

6. If a boss has a problem with a deaf employee, the A B C D

boss should talk with the interpreter,

rather than the deaf person.

7. A deaf person could be promoted to a management position. A B C D


8. An 18-year-old deaf adult is capable of living alone and A B C D

taking care of him- or herself.

9. It is nearly impossible for a deaf person to keep up with a A B C D

hearing person in school.

10. It can be frustrating to pay a visit to deaf people because A B C D

they can't hear you knock at the

front door.

11. Deaf people cost tax payers lots of money because they A B C D

can't keep their jobs.

12. Deaf people should only work in jobs where they don't A B C D

need to communicate with anyone.

13. It is a mistake to leave a baby alone with a deaf person, A B C D

because he/she can't hear the baby cry.

14. Deaf adults must depend on their parents to make

important decisions. A B C D

15. Signing is not really a language because only simple

thoughts can be communicated. A B C D

16. A deaf person could not go to a restaurant without a

hearing person, because he/she could not

order food without assistance. A B C D

17. A deaf person can be an excellent writer. A B C D

18. Deaf people are as intelligent as hearing people. A B C D

19. If there was a fire, a deaf person could get out of A B C D

a building safely without help just as easily

as a hearing person could.


20. Deaf adults are able to communicate with their A B C D

hearing children.

You might also like