You are on page 1of 12

VKMB 1011

PEMBANGUNAN MASYARAKAT (1)


PJJ UUM SEMESTER JULAI 2020/2021
TAJUK TUGASAN (2) BERKUMPULAN

PEMBANGUNAN MASYARAKAT BAGI


GELANDANGAN DIMALAYSIA

DISEDIAKAN OLEH AHLI KUMPULAN:

NAMA AHLI NO. MATRIK


NADIATUL NAZIRAH BINTI 276609
NORULHISHAM
NUR AMIRAH BT ROSLEE 276637
MOHD SOFFY BIN ISMAIL 276572
MOHD ZAKIRI BIN MOHAMAD 276577

DISEMAK OLEH:
PROF. MADYA DR NORAINI BINTI OTHMAN
TARIKH SERAHAN:
17 OKTOBER 2020
UNIT PENGAJIAN LUAR KAMPUS
PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
1.0 PENGENALAN

Kertas kerja cadangan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan pertimbangan dan
kelulusan daripada Pengarah Unit Pengajian Luar Kampus, Pusat Pendidikan Profesional
dan Lanjutan (PACE), Universiti Utara Malaysia (UUM) serta Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur (DBKL) dan Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur untuk melaksanakan satu
projek bagi membimbing, memberi motivasi, serta membuat aktiviti senamrobik bersama
Golongan Gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur. Disamping itu juga
dapat memberi semangat kepada mereka agar lebih berkeyakinan menghadapai liku-liku
kehidupan bersama masyarakat. Seramai (5) orang ahli yang terlibat bersama dalam
melaksanakan projek dan menjalankan aktiviti kemasyarakatan ini. Mereka terdiri
daripada pelajar-pelajar Pusat Pendidikan Profesional Dan Lanjutan (PACE), Universiti
Utara Malaysia (UUM), Program Pendidikan Jarak Jauh (PPJJ).

Program Khidmat Kemasyarakatan ini dilaksanakan bagi melengkapkan sebahagian


dari kursus wajib Tugasan (VKMB1011) Pembangunan Masyarakat 1 yang perlu diambil
oleh pelajar semester Julai 2020/2021 (JJ202). Melalui mata pelajaran ini pelajar
dikehendaki merancang, melaksanakan satu kertas kerja bertujuan untuk memenuhi
kehendak kursus yang memerlukan pelajar menjalankan satu khidmat masyarakat
berkaitan dengan tajuk yang diberikan. Program ini akan dilaksanakan pada tarikh 24
JULAI 2021. Ahli kumpulan seramai (5) orang ini akan dibahagikan kepada dua
kumpulan dengan fasilitator lelaki dan perempuan serta membuat penjarakkan fizikal 1
meter.

2
2.0 TUJUAN
Program ini dirangka bagi membuka peluang kepada pelajar Universiti Utara
Malaysia (UUM) agar dapat melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti luar kampus serta bagi
menonjolkan potensi dan memampuan diri mereka untuk bergaul bersama masyarakat. Kami
bercadang untuk melaksanakan kursus ‘ komited dan prihatin ’ ini bersama gelandangan
yang berada di malaysia. Kami ingin melaksanakan kursus ‘ komited dan prihatin ’ ini
bersama golongan gelandangan kerana aktiviti ini memainkan peranan yang penting untuk
meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui bantuan yang sediakan, pembangunanan
sosial yang professional dan perkongsian berguna kepada semua pihak. Dengan itu, segala
kerjasama dan sokongan semua pihak sama ada yang akan terlibat secara langsung atau tidak
langsung amat diharapkan. Sesungguhnya hasrat murni dalam merealisasikan matlamat
program ini hanya allah S.W.T sahaja yang mampu membalasnya untuk membantu mereka
yang dalam kesusahan.

3.0 MATLAMAT

3.1 Matlamat Pelaksanaan

3.1.1 Pelajar dan Umum

Khidmat sosial ini memberi pendedahan dan memupuk semangat sikap


prihatin kepada golongan mahasiswa/i mahupun masyarakat umum terutama
dalam aspek kajian masalah, seperti berfikiran kritis dan berkebolehan dalam
menyelesaikan sesuatu permasalahan untuk kemajuan diri, masayarat dan
negara.

Membudayakan sikap prihatin terhadap golongan-golongan yang


kurang bernasib baik dan bekerjasama dengan pihak-pihak yang berwajib
untuk menyelesaikan masalah golongan gelandangan ini. Dan kepentingan
sikap ambil peduli kepada hal-hal semasa yang melibatkan khidmat
masyarakat.

3
3.1.2 Golongan gelandangan

Membanteras masalah golongan gelandangan untuk keluar daripada


status gelandangan dan mengurangkan peratusan gejala-gejala yang tidak sihat
ataupun jenayah.

Membimbing penguasaan kendiri dan meningkatkan kebolehpasaran


golongan gelandangan untuk meningkatkan kemahiran diri serta dapat
menjana pendapatan golongan gelandangan. Memberi pendedahan kepada
mereka mengenai kepentingan menjaga kebersihan dengan menyediakan
mereka barangan asas keperluan seharian.

4.0 SKOP

4.1 Membentuk peribadi dan semangat keprihatinan

Bidang tumpuan bagi program ini adalah untuk melahirkan


mahasiswa/wi yang membentuk keperibadian dan semangat keprihatinan
terhadap golongan gelandangan. Menurut Dr. Fazilah Kamsah “Sebaik-baik
manusia adalah orang yang memberi manfaat pada orang lain”. Melalui
program ini juga, para pelajar dapat menunaikan tanggungjawab sosial
terhadap masyarakat, bangsa dan negara. Selain itu, mahasiswa/wi akan
mendapat pendedahan tentang kesukaran golongan gelandangan ini menderita
untuk menjalankan kehidupan seharian.

5.0 PUNCA MAKLUMAT


5.1 Punca utamanya adalah perbincangan melalui perbualan telefon bersama Pegawai
Kebajikan Masyarakat yang mengendalikan Pusat Transit Gelandangan Kuala
Lumpur (PTGKL).

5.2 Punca kedua (sekunder) adalah maklumat yang diperoleh daripada Badan Bukan
Kerajaan (NGO) yang berpengalaman dalam mengendalikan program di PTGKL.

4
6.0 KEADAAN SEMASA

Keadaan semasa di PTGKL ialah pihak PTGKL tidak putus menerima bantuan
daripada pelbagai pihak NGO dan juga badan korporat. Sebagai contoh, bantuan
pakaian dan pekerjaan dari UNIQLO Sdn Bhd (rujuk Lampiran 3).

Pihak PERKESO juga memberi bantuan dengan menawarkan pekerjaan. Menurut


pihak PERKESO, mereka telah membuat temuduga pekerjaan di pusat-pusat transit
gelendanga lain dan PTGKL adalah salah satunya. Oleh itu, pihak mereka telah
membawa majikan dari Johor Bharu untuk menemuduga gelandangan di PTGKL.

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, pihak DBKL telah
menyediakan Sembilan pusat pengumpulan bantuan makanan kerana pihak mereka
tidak menggalakkan pihak NGO untuk pergi sendiri ke pusat transit tersebut. Maka,
DBKL dan JKM bekerjasama mengagihkan bekalan makanan tersebut.

7.0 KEPERLUAN UNTUK PERUBAHAN

7.1 Memberi sokongan dan motivasi

Dalam program ini, mahasiswa/wi juga dapat mendekati gelandangan dan


mengetahui punca sebenar berlakunya keadaan sedemikian buat mereka bagi
menghindari persepsi negetif dalam minda masyarakat. Tambahan lagi mahasiswa/wi
dapat memberikan sokongan motivasi serta menerangkan kepada mereka supaya
mendapat peluang untuk memulakan kehidupan baru dan sentiasa berusaha untuk
memajukan diri sendiri.

Program ini juga sekaligus dapat membantu kearah pembinaan masyarakat


yang harmoni dimana semua pihak sentiasa komited dan prihatin kepada semua
lapisan masyarakat dan sentiasa memupuk nilai kasih sayang dalam diri.

5
8.0 PENYELESAIAN
8.1 Kaedah Yang Digunakan

8.1.1 Perkembangan Staf

Penglibatan aktiviti yang dijalankan program "komited dan Prihatin"


bersama tenaga pengajar Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur dan
seramai lima orang mahasiswa/i sebagai latihan kerja.

8.1.2 Senaman Fizikal (Senamrobik)

Perancangan senamrobik turut melibatkan seramai 40 orang golongan


gelandangan selama 20 minit, tenaga pengajar dan pelajar. Golongan
gelandangan dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu lelaki dan perempuan
dan mengikuti penjarakkan fizikal 1 meter.

8.1.3 Aktiviti dalam kumpulan

Pelajar akan dibahagikan kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan akan


dikendalikan seorang fasilitator. setiap aktiviti yang akan dijalankan iaitu.

(a) Aktiviti suaikenal

(b) Ceramah motivasi

(c) Pembahagian edaran makanan atau agihan alatan kebersihan diri

6
8.2 Tenaga Pengajar dan Sumber
8.2.1 Perkembangan Staf
Lima tenaga pengajar daripada pelajar akan mengendalikan program
ini, iaitu
1. Nadiatul Nazirah
2. Mohd Soffy
3. Nur Amirah
4. Mohd Zakiri
5. Muhammad Danish

8.2.2 Senaman Fizikal (Senamrobik)


Seorang jurupandu, Mohd Soffy dilantik dengan bantuan empat ahli
jurutunjuk kumpulan iaitu
1. Nur Amirah
2. Nadiatul Nazirah
3. Mohd Zakiri
4. Muhammad Danish

8.2.3 Aktiviti dalam kumpulan


Setiap kumpulan akan dikendalikan oleh seorang fasilitator dan
melibatkan empat orang tenaga pengajar.
(sama seperti senarai 8.2.2)

8.3 Peralatan dan Kemudahan

8.3.1 Perkembangan Staf

Penyedian 5 buah komputer riba diperlukan, iaitu disediakan oleh


pihak pelajar atau tenaga pengajar.Bilik sumber akan digunakan
sepanjang masa program dijalankan.

7
8.3.2 Senaman Fizikal (Senamrobik)

Aktiviti ini dijalankan di kawasan Pusat Transit Gelandangan Kuala


Lumpur, Radio, pita kaset dan pembesar suara (hailer) diperlukan
untuk memudahkan setiap pergerakan.

8.3.3 Aktiviti dalam kumpulan


Kawasan rumah atau khemah diperlukan semasa aktiviti. Kerusi dan
meja akan disusun mengikut kehendak fasilitator. Kertas mahjung dan
pen penanda diperlukan kepada semua kumpulan.

9.0 JADUAL AKTIVITI


24 JULAI 2021
WAKTU AKTIVITI TEMPAT
10.00 BERKUMPUL TAMAN TASIK
MALAM TITIWANGSA
10.30 BERGERAK KE PUSAT TRANSIT PUSAT TRANSIT
MALAM GELANDANGAN GELANDANGAN
11.00 TAKLIMAT DARIPADA PIHAK PUSAT PUSAT TRANSIT
MALAM TRANSIT GELANDANGAN GELANDANGAN
11.15 PENGAGIHAN BANTUAN PUSAT TRANSIT
MALAM GELANDANGAN GELANDANGAN
1.00 BERTOLAK BALIK KE UNIVERSITI UNIVERSITI UTARA
PAGI UTARA MALAYSIA (UUM) MALAYSIA (UUM)

10.0 JAWATAN KUASA KERJA

Pengerusi Cik Nadiatul Nazirah Binti Norulhisham


Setiausaha En. Muhammad Danish Bin Linod
Bendahari Cik Nur Amirah Bt Roslee
Ahli Jawatankuasa 1 En. Mohd Soffy Bin Ismail
Ahli Jawatankuasa 2 En. Mohd Zakiri Bin Mohamad

8
11.0 JAWATAN KUASA KECIL

PENGERUSI : NADIATUL NAZIRAH BINTI NORULHISHAM

SETIAUSAHA : MUHAMMAD DANISH BIN LINOD

BENDAHARI : NUR AMIRAH BT ROSLEE

AHLI JAWATANKUASA : 1. MOHD SOFFY BIN ISMAIL

2. MOHD ZAKIRI BIN MOHAMAD

. 12.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


PENDAPATAN
Kutipan Ahli 5 x RM 100.00 RM 500.00
Sumbangan Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE)
Universiti Utara Malaysia RM 500.00
Sumbangan Wakil Rakyat RM 900.00
Sumbangan Pelbagai RM 500.00
JUMLAH RM 2,400.00

PERBELANJAAN
Pengurusan dan Perjalanan RM 200
Peralatan Agihan Alat Kebersihan RM 300
Cenderamata RM 250
Hadiah RM 300
Makan dan Minuman RM 1100
Pelbagai RM 250
JUMLAH RM 2,400.00

13.0 PENUTUP

Diharapkan semoga projek khidmat masyarakat ini akan memberi manfaat


kepada warga PTGKL, Jalan Pahang serta dapat memberi kesedaran kepada semua
pihak untuk sentiasa menerapkan budaya membantu dan memupuk rasa ehsan dalam
diri untuk menolong pihak yang kurang berkemampuan

9
14.0 Catatan dan ulasan pengarah pusat kokurikulum

Saya telah meneliti kertas kerja ini dan mendapati bahawa program yang
hendak dijalankan ini sangat baik untuk memberi sokongan dan motivasi kepada
gelandangan supaya mendapat peluang untuk memulakan kehidupan yang lebih baik.

Golongan gelandangan ini sangatlah memerlukan sokongan agar mereka


sentiasa berusaha untuk memajukan diri dengan adanya program sebegini, Saya yakin
gelandangan ini lebih bermotivasi dan bersemangat untuk mengubah kehidupan
mereka.

Dengan tema “Komited dan Prihatin” ini sekaligus pelajar dan gelandangan
boleh memupuk sifat berkasih sayang dan saling membantu. Saya mencadangkan
Pusat Kokurikulum memperuntukkan sebanyak RM 500.00 dalam program ini.

Tandatangan Tarikh

tt 18 Oktober 2020

(Profesor Madya Dr. Noraini Binti Othman)

10
15.0 Surat kepada Pengarah untuk memohon kelulusan kertas kerja projek
(Surat Rasmi)

UUM/KK/KMPP-1
18 Oktober 2020

Pengarah Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE),


Unit Pengajian Luar Kampus,
Universiti Utara Malaysia

Melalui dan Salinan Kepada:

Profesor Madya Dr. Noraini Binti Othman


Universiti Utara Malaysia

Y.Bhg. Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan

PERMOHONAN MELULUSKAN KERTAS KERJA BAGI PROJEK “KOMITED


DAN PRIHATIN” ANJURAN KOKURIKULUM PENDIDIKAN PELAJAR LUAR
KAMPUS (UUM) KUMPULAN (C)

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Untuk makluman Y.Bhg. Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan, bersama-sama ini dikemukakan


Kertas Kerja berkenaan untuk pertimbangan dan kelulusan Y.Bhg.
Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan. Untuk memudahkan Y.Bhg. Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan
maklumat tentang program berkenaan adalah seperti di bawah:

NAMA PROJEK : “KOMITED DAN PRIHATIN”

TEMPAT : Pusat Transit Gelandangan, Kuala Lumpur.

11
TARIKH : 24 Julai 2021

PELAJAR TERLIBAT : 5 orang

Kami berbesar hati dan membawa harapan sekiranya permohonan kami ini dapat
dipertimbangkan dan diluluskan. Di atas kerjasama yang bakal diberikan, saya mengucapkan
jutaan terima kasih.

Sekian. Terima Kasih.

‘ILMU BUDI BAKTI’

Yang benar,

t.t

(MUHAMMAD DANISH BIN LINOD)

Setiausaha,

Projek Pelajar Komited dan Prihatin

Kokurikulum Khidmat Masyarakat Pembangunan Pendidikan

Universiti Utara Malaysia

12

You might also like