You are on page 1of 7

penyalahgunaan bahan

NAMA MURID : AINA FARHANA BINTI KHAIRUL


ANUAR
KELAS : 3 BIRUNI
NAMA GURU MENGAJAR : MOHD FADLY BIN ZAKARI
MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN JASMANI &
PENDIDIKAN KESIHATAN
TEMA : PENDIDIKAN REPRODUKTIF DAN
SOSIAL (PEERS)
TAJUK : PENYALAHGUNAAN BAHAN-PERATURAN &
UNDANG-UNDANG PENYALAHGUNAAN BAHAN

Pengenalan Penyalahgunaan Bahan


 PENYALAHGUNAAN BAHAN

Penyalahgunaan bahan sering berlaku dikalangan remaja. Antara


bahan yang sering disalahgunakan ialah
rokok,alkhohol,gam,turpentine,ubat batuk,dan dadah.
Menyalahgunakan bahan seperti dadah bermaksud menggunakan
bahan yang boleh menjadikan ketagih secara berlebihan atau untuk
tujuan lain selain daripada tujuan sebenarnya. Antara sebab utama
golongan remaja terlibat dengan penyalahgunaan bahan ialah
pengaruh rakan. Faktor lain yang menjadi penyebab penyalahgunaan
bahan ialah sifat ingin tahu dan ingin mencuba sesuatu yang baharu.
Perbuatan menyalahgunakan bahan adalah salah dari segi agama dan
undang-undang. Penyalahgunaan bahan merupakan satu fenomena
yang mengancam golongan remaja. Bahan-bahan tersebut boleh
meudaratkan kesihatan dan menjadikan seseorang itu hilang
pertimbangan. Keadaan ini boleh membahayakan diri sendiri dan juga
orang lain. Bahan yang sering disalahgunakan oleh golongan remaja
ialah dadah. Isu penyalahgunaan dadah merupakan masalah utama
kepada Negara.

Tanggapan bahawa bahan-bahan terlarang ini boleh


menghilangkan tekanan dan dianggap sebagai bahan perangsang
adalah tidak benar. Penyalahgunaan bahan ini bukan sahaja akan
meninggalkan implikasi kesihatan yang serius, malah boleh
membawa maut.
Jenis – jenis Penyalahgunaan Bahan

 Rokok
 Dadah
 Alkohol
 Gam
 Turpentine
 Ubat Batuk
 Ubat Tidur

Faktor Remaja Terlibat Dengan


Penyalahgunaan Bahan

 Sikap ingin tahu


 Kurang mendapat perhatian dan kasih saying
 Pengaruh buruk daripada rakan dan masyarakat
 Kurang mendapat Pendidikan am dan rohani
 Pengaruh media massa terutamanya media antarabangsa
 Latar belakang keluarga yang juga terjebak dalam
penyalahgunaan bahan
Kesan Penyalahgunaan Bahan
Terhadap Diri, Keluarga dan
Masyarakat

1) DIRI

- Bertentangan dengan ajaran agama


- Keruntuhan akhlak
- Gagal dalam pelajaran
- Terdedah kepada penyakit & gejala sosial yang lain
- Mempunyai masalah kewangan

2) KELUARGA

- Mengaibkan nama baik keluarga


- Keluarga menjadi porak peranda
- Menjatuhkan maruah keluarga
- Menghancurkan harapan ibu bapa
- Hubungan Bersama keluarga menjadi renggang

3) MASYARAKAT

- Keruntuhan akhlak dalam kalangan masyarakat


- Masyarakat tidak aman dan tidak stabil
- Tidak ada generasi pelapis pemimpin negara
- Negara mungkin dijajah sekali lagi
- Dasar-dasar kerajaan sebuah negara akan
terbengkalai
Peraturan & Undang-undang Juvana
yang Berkaitan Dengan
Penyalahgunaan Bahan

 Peruntukan Seksyen 97 Akta Kanak-Kanak 2001


 Peruntukan Seksyen 39B Akta dadah berbahaya 1952

Kepentingan Mematuhi Peraturan &


Undang-undang Penyalahgunaan Bahan

 Menjaga hak asasi individu


 Memastikan individu berdisiplin
 Menjamin kedaulatan sesebuah Negara
 Menjamin ketaatan rakyat
 Memastikan rakyat hidup bersatu padu
 Menjamin keselamatan dan keamanan
 Membentuk system pentadbiran telus dan teratur
 Memupuk sikap saling hormat-menghormati
 Membentuk hidup bertoleransi dalam masyarakat
Berbilang kaum
Lampiran

You might also like