You are on page 1of 2

Anda dikenhendaki memulis satu karangan fakta yang bertajuk 1Malaysia

Membanteras Dadah. Panjang karangan hendaklah tidak kurang daripada 350


patah perkataan.

Anda penagih dadah atau adakah anda baru mencuba untuk menagih dadah? Jika
benarlah begitu, baik anda segera hentikannya. Katakan Tidak pada dadah. Amat
penting bagi anda berkata begitu kepada dadah sebelum menagih dadah menjadi tabiat
anda atau anda menjadi ketagih dadah. Oleh itu, berubahlah demi kesihatan dan
kesejahteraan hidup anda dan orang tersayang. Hal ini dikatakan demikian kerana
penagih dadah pasif berisiko untuk mendapat penyakit apabila sering kali terdedah
kepada dadah. Tahukah anda apa itu dadah?
Dadah ialah bahan yang digunakan sebagai perubatan untuk merawat penyakit,
mengurangkan symptom atau mengubahsuai proses kimiadi dalam badan untuk tujuan-
tujuan tertentu. Malangnya, dadah telah disalahgunakan oleh masyarakat zaman kini. Hal
ini amat membimbangkan. Mereka mengunakannya untuk menghiburkan diri mereka.
Tanpa mereka sedari, dadahakan menguasai badan mereka dan mereka akan menjadi lesu
sertamalas untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Masyarakat juga sentiasa menyedari akan
kesan pengambilan dadah. Dengan berfikiran rasional, mereka tentu tidak sanggup
menerima risikonya yang menakutkan. Antara kesan-kesannya ialah mendapat penyakit
meningitis, jangkitan jantung, AIDS, Hepatitis B,C, dan D, kerosakan buah pinggang,
otot-otot badan mengecut dan bermungkinan lumpuh. Kesan fizikal pula ialah apabila
sekiranya bekalan dadah tidak diproleh, mereka akan berasa keluh-kesah, gian,dan amat
menderita. Jelasnya mereka akan berperang dengan kematian kerana terdedah dengan
penyakit terutamanya penyakit AIDS yang amat digeruni. Perkara ini tidak seharusnya
dipandang ringan oleh warga Malaysia.
Di samping itu, gejala sosial juga akan mendedahkan seseorang terhadap ikhtiar
dadah. Hal ini kerana dadah telah mendorong kepada berlakunya rompakan, kecurian,
pembunuhan dan seumpamanya.Bukan itu sahaja, pergaulan bebas juga mengakibatkan
keruntuhan akhlak masyarakat dan seterusnya membenamkan nama negara. Jadinya, kita
patut sedar dan tidak menjadi sampah masyarakatdalam negara. Kita akan dipandang hina
oleh masyarakat lain. Masyarakat juga akan memulaukan kita sekiranya kita adalah salah
seorang penagih dadah. Hal ini akan menjejaskan keharnomian dan imej keluarga,
sekolah dan negara.
Akhir Sekali, kita harus bertekad dengan keazaman yang tinggi untuk memerangi
dadah. Kerajaan Malaysia juga memerlukan khidmat golongan belia untuk memimpin
dan mengekalkan martabat negara pada mata dunia. Hal ini demikian kerana remaja
merupakan aset penting untuk membangunkan negara, ibarat pepatah: pemuda
harapan bangsa, pemudi tiang negara.

Tuntasnya, kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaumdan bangsa
hendaklah mengelak daripada pengambilan najis dadah. Najis dadah akan kita kuburkan
dan wujudlah suasana dadah sifar. Oleh itu, kita perlulah maju setapak dan berfikir
bahawa dadah hanyamembinasakan bangsa kita iaitu bangsa satu Malaysia. Marilah
kita berganding bahu, bagaikan aur dengan tebing untuk menghapuskannajis dadah yang
menjahanamkan masyarakat terus hadir di Malaysia. Kita tiada pilihan melainkan
hanya satu slogan di hati danminda pada setiap masa iaitu membasmi dadah adalah
tanggungjawab kita.

You might also like