You are on page 1of 13

Definisi

Jenis-jenis

Keracunan

Sign

Kesan

Matlamat Rawatan

Rawatan Awal

Individu Berisiko
DEFINISI ALKOHOL
Istilah berasal daripada bahasa Arab alkuhol,
bermaksud ‘sesuatu yang tersembunyi’ atau
antimoni yang ‘dipecah-pecahkan sehingga
halus’ yang digunakan sebagai celak.
Istilah ini memberi maksud bauan yang
harum. Ahli kimia Arab dipercayai pertama
sekali melakukan proses penyulingan bagi
menyediakan alkohol.
Proses pembuatan minuman beralkohol
yang sangat kuat melalui penapaian buah
anggur pertama sekali dilakukan secara
besar-besaran di Eropah pada sekitar tahun
Masehi 1200.
……sambungan
DEFINISI ALKOHOL
Ramuan utama minuman beralkohol ialah
ethanol. (sejenis bahan kimia yang berupaya
menekan aktiviti otak, justeru mengubah
kewibawaan akal fikiran).
Penggunaan alkohol secara berterusan
untuk jangka masa yang lama boleh
menyebabkan kesan tolerans iaitu peminum
terpaksa mengambil amaun yang semakin
banyak bagi mendapatkan kesan yang
serupa.
Kesan lain ialah penagihan dari segi rohani
dan jasmani.
Peratus Peminum
JENIS-JENIS ALKOHOL

Di antara jenis-jenis alkohol yang biasa


menjadi pilihan peminum adalah seperti
berikut :
Bir / Lager
Cider
Spirit ( wiski. Gin, vodka, bacardi dan brandi)
Wain ( Sherry/vermouth )
KERACUNAN ALKOHOL

Pada umumnya kuantiti yang kecil alkohol hanya


membuat sedikit perubahan pada mood seseorang.
Pengambilan alkohol yang berpanjangan boleh
mengakibatkan semua keupayaan fizikal dan mental
menjadi lemah serta diikuti hilang daya kesedaran.
Mangsa yang tidak sedarkan diri berada dalam bahaya
tersedut dan tercekik muntah.
Pengenbangan salur darah oleh alkohol akan
menyebabkan mangsa akan diserang hypothermia jika
terdedah kepada kesejukan.
TANDA KERACUNAN ALKOHOL

Bau alkohol yang kuat


Tidak sedarkan diri. Mangsa mungkin terangsang tetapi
dengan pantas akan berasa lesu.
Muka yang sembap dan merah.
Pernafasan yang dalam dan berbunyi bising.
Denyut nadi yang penuh dan melantun.

Muka yang kering dan berlengas


Pernafasan yang pendek. Peringkat tidak
Pupil yang terbuka tetapi tidak tahan pada cahaya. sedarkan diri.

Denyut nadi yang lemah.


KESAN KERACUNAN ALKOHOL

Pengaruh alkohol boleh membawa kesan-kesan berikut


terhadap tubuh badan.

Kandungan alkohol yang lebih menyebabkan


gangguan kepada kerongkong, permukaan dalam usus
besar dan perut serta menambah aktiviti buah
pinggang.

Alkohol menghalang penyerapan nutrien seperti


vitamin B12 di dalam usus.

Pengambilan alkohol berlebihan menyebabkan hati


bengkak dan menganggu fungsinya yang mungkin
membawa maut kerana kegagalan hati atau hepatic
failure.
KESAN KERACUNAN ALKOHOL

 Semasa metabolisme, alkohol menghasilkan kimia


acetaldehyde yang boleh cederakan hati, jantung dan
organ-organ lain.

 Pengambilan alkohol berlebihan menyebabkan


penyakit jantung dan penyakit sistem pengaliran.
Contoh, pembesaran jantung dan peningkatan
tekanan darah menyebabkan kesesakan jantung dan
mengakibatkan kegagalan jantung (congestive heart
failure). Penyakit edema menyebabkan penahanan
cecair di dalam tisu-tisu badan.

 Dalam jangka panjang, alkohol menyebabkan


kerosakan atau gangguan otak.
MATLAMAT RAWATAN
Keracunan Alkohol

Untuk mengekalkan salur udara sentiasa


terbuka.
Untuk mendapatkan rawatan perubatan
yang sewajarnya.
RAWATAN AWAL KERACUNAN
ALKOHOL
1. Periksa darjah gerakbalas mangsa. Goyangkan
bahunya dengan perlahan-lahan dan bersuaralah
dengan kuat untuk melihat gerakbalasnya.
 Periksa pernafasan dan denyutan nadi mangsa.
Bersedia untuk melakukan pemulihan pernafasan
jika perlu. Letakkan mangsa pada posisi
pemulihan.
2. Gunakan kebijaksanaan anda untuk memanggil
seorang doktor atau dail 994 untuk mendapatkan
perkhidmatan ambulans.
3. Lindungi mangsa daripada kesejukan. Alas tempat
duduknya dan selimutkan badannya dengan
sehelai kot atau gebar.
RAWATAN AWAL KERACUNAN
ALKOHOL
 Pada hari pertama, mangsa diberi enam minuman
alkohol, dos yang tinggi untuk ubat pententeram
(tranquillizer ) dan ubat antikonvulsi untuk
mencegah mangsa daripada mendapat sawan.
 Bilangan proof alkohol yang dibenarkan akan
dikurangkan bagi setiap hari dan dos ubat
pententeram dan ubat antikonvulsi juga dikurangkan
jumlahnya.
 Mangsa berada di hospital antara 10 hari hingga 4
minggu. Persatuan ketagihan alkohol aninomus
cawangan tempatan/yang berkaitan akan
menghubungi mangsa yang memerlukan nasihat
atau sokongan.
 Mangsa dibawa dalam sesi perjumpaan kaunseling
oleh kaunselor profesional dan orang yang senasib
dengan mangsa.
INDIVIDU BERISIKO
Ukuran badan
Ukuran badan lebih kecil.

Komposisi tubuh
Memiliki badan lebih gemuk. Badan yang gemuk
memiliki jumlah air yang lebih sedikit dan jumlah air
yang sedikit dalam tubuh tersebut akan menyebabkan
alkohol sukar untuk dilarutkan.

Dehydrogenase Alkohol
Merupakan suatu enzim yang dapat membantu
untuk mematikan alkohol. Wanita memiliki enzim yang
lebih sedikit jika dibandingkan dengan lelaki.
SEKIAN
TERIMA KASIH

You might also like