You are on page 1of 3

Tajuk:

“MEROKOK TABIAT BURUK MANUSIA”

Assalamualaikum dan selamat sejahtera… Yang di hormati puan pengerusi majlis, para

hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga masa yang sangat setia, guru-guru dan rakan-

rakan sekalian. Tajuk cerita saya pada hari ini ialah, merokok tabiat buruk manusia.

Ish ish ish… asap apa tu… berkepul-kepul di ruang tamu.

Dialog:

Aku : Eh, Along… Along buat apa ni?

Along : Berehat…

Aku : Apa! Berehat sambil hisap rokok… Along sudahlah tu, sehari 20 puntung rokok

Along habiskan..Tengoklah gigi Along tu… eeeee… kuningnya… badan pula

fuhhh berbau busuk macam kambing. Bibir pulak dah bertukar warna

kehitaman.

Along : Hish… budak ni, tak padan dengan kecil dah pandai nak mengajar orang.

Aku : Cuba Along tengok risalah ni, setiap batang rokok mengandungi pelbagai

bahan kimia beracun yang bahaya seperti asetol, betanol dan ammonia. Paling

berbahaya ialah tar, nikotin dan karbon monoksida. Tar melekat di sepanjang

saluran pernafasan. Tar juga mengandungi bahan karsinogenik yang boleh

menyebabkan sakit kanser seperti kanser mulut dan juga kanser paru-paru.

Merokok juga boleh menyebabkan sakit jantung, darah tinggi dan strok. Nikotin
pula menjadi punca utama ketagihan. Pendek kata……macam-macam ada…

karbon monoksida merupakan gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh

ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalan oksigen ke tisu-tisu dan akhirnya

boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan

melebihi 60 peratus. Apabila racun rokok ini memasuki tubuh manusia, racun ini

akan membawa kerosakan kepada setiap organ disepanjang saluran

pernafasannya, bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-

paru sehinggalah ke pundi kencing..takutnyaa!

Along : Ahhh….. boleh percaya ke semua tu…

Aku :Kesan merokok ni Along, bukan sahaja berbahaya kepada si perokok tetapi

memudaratkan orang yang berada disekeliling. Mereka ini dipanggil perokok

pasif. Perokok pasif lebih mudah mendapat jangkitan paru-paru dan terdedah

kepada penyakit kanser. Di Malaysia kira-kira 50 peratus lelaki dan 18 peratus

wanita yang berusia 18 tahun ke atas didapati merokok. Zaman teknologi ni

Along… semua maklumat dihujung jari je.(di tekan tekan di tekan-tekan)

dapatlah maklumat. Cuba Along bayangkan, keadaan paru-paru Along nanti

berwarna hitam, legap dan dipenuhi racun.

Along :Ahhhhh…. kamu hanya nak menakutkan Along saja. Sudah lama Along

menghisap rokok. Sihat sahaja…

Aku : Setelah setahun berlalu… kring-kring….aku segera mengangkat telefon. Luluh

hatiku mendengar perkhabaran dari ibu. Along telah dimasukkan ke hospital

akibat serangan jantung. Paru-paru Along mengalami masalah yang teruk dan
gagal berfungsi. Selepas pemeriksaan teliti dilakukan, Along disahkan

menghidap kanser paru-paru tahap 4. Merokok menggandakan risiko maut

sebanyak 10 hingga 15 kali ganda apabila berlaku serangan jantung. “Kini

hanyalah tinggal kenangan”… Along sudah tiada lagi menemani hari-hariku.

Along telah pergi menghadap Illahi.

Penutup:

Ya kawan-kawan, jadikan cerita saya ini sebagai pengajaran kepada kita semua.

Kesedapan rokok hanya sementara. Oleh itu, saya menyeru kepada rakan-rakan

semua katakan tak nak pada rokok.

Sekian cerita saya, terima kasih…

You might also like