You are on page 1of 6

FAKTA KESIHATAN BERKAITAN ISU ROKOK ELEKTRONIK DAN VAPE

PENDAHULUAN

1. “Vape” merupakan satu perkataan baru yang telah di promosikan oleh pengguna

rokok elektronik. “Vape” berasal dari perkataan “Vaporisation” membawa maksud

proses pengewapan. Vapeadalah rokok elektronik generasi ketiga. Rokok elektronik

telah mula berada di pasaran semenjak tahun 2003.

2. Fenomena penggunaan Vape telah menjadi satu fenomena yang menjadi ikutan

anak muda dan golongan remaja dan ini merupakan sesuatu yang perlu

dibimbangkan.

.Rokok elektronik dan vape seperti berikut:

Penggunaan peranti elektronik yang mengandungi NIKOTIN adalah dirujuk

sebagai rokok elektronik

Penggunaan peranti elektronik yang TIDAK mengandungi nikotin adalah

dirujuk sebagai vape

KOMPONEN DAN KANDUNGAN ROKOK ELEKTRONIK DAN VAPE

Terdapat tiga (3) komponen utama rokok elektronik iaitu bateri , atomiser dan katrij

cecair. Secara amnya rokok elektonik menggunakan kuasa elektrik melalui bateri

untuk memanaskan cecair rokok elektronik yang berada di dalam katrij,

menggunakan alat pemanas di bahagian atomiser.Proses pemanasan ini

menghasilkan wap yang disedut ke dalam paru-paru pengguna.

Komponen Utama

Bateri

Atomiser

Katrij cecair

5. Cecair yang berada di dalam katrij dikenali sebagai e Liquid.Kandungan Utama Cecair
Elektronik (e Liquid)

Nikotin
Propylene Glycol atau Vegetable Glycerin

Bahan Perisa

Apa Itu Nikotin

Nikotin merupakan satu bahan ekstrak daripada daun pokok Nicotiana Tobacum

atau pokok–pokok berkaitan yang lain dan termasuklah apa–apa hasil tembakau.

Nikotin dengan jumlah yang terlalu sedikit(10ug/kg) juga terdapat di dalam spesis

tumbuhan Solanaceae seperti kentang, tomato, dan terung.

Kesan Nikotin Kepada Kesihatan

Nikotin menyebabkan ketagihan kepada manusia.

Nikotin boleh menggalakkan pembekuan darah (Schaller et al. 2013) dan

Nikotin boleh menyerap masuk ke dalam plasenta ibu mengandung dan akan

mengganggu proses perkembangan bayi di dalam kandungan (Maritz, 2009).

Kepekatan Nikotin Dan Kesannya Jika Tertelan / Terminum

Dalam 1ml cecair rokok elektronik boleh mengandungi lebih kurang 4mg nikotin

(sumber – Pusat Racun Negara).

2mg Nikotin boleh menyebabkan gangguan pada perut dan usus. Dos yang lebih

tinggi boleh menyebabkan kesan yang lebih teruk, antaranya, sawan dan

kegagalan pernafasan.

40 mg Nikotin boleh menyebabkan kematian untuk jisim badan Asia.

60 mg Nikotin boleh menyebabkan kematian untuk jisim badan negara–negara

Barat.

Di Amerika Syarikat, pada tahun 2014 sahaja, terdapat 3,000 kes keracunan

nikotin, menyebabkan satu kematian bayi, dilaporkan kepada Pusat Kawalan

Racun.

Nikotin Dalam Konteks Undang-Undang Malaysia

Nikotin tulen adalah bahan kimia terkawal kerana berkeupayaan untuk

memudaratkan kesihatan.
Nikotin dikelaskan sebagai racun di bawah Akta Racun 1952.

Akta ini menyenaraikan nikotin sebagai salah satu racun terkawal di dalam

Kumpulan C.

Nikotin hanya dibenarkan diperolehi dari ahli Farmasi berlesen dan Pegawai

Perubatan Berdaftar.

Nikotin pada paras yang rendah dan terkawal hanya digunakan di dalam bentuk

“patch” atau “gum” untuk merawat perokok tegar.Kandungan dan Kesan Sampingan Rokok
Elektronik / Vape:

BAHAN KIMIA KESAN SAMPINGAN

Propylene Glycol a) Kesan jangka pendek meliputi iritasi kepada mata, tekak dan

saluran pernafasan (Wieslander et al 2001, Vardavas et al

2012).

b) Kesan jangka panjang boleh menyebabkan iritasi kepada

sistem pernafasan dan menyebabkan penyakit asma (Choi et al

2010).

c) Membebaskan Formaldehyde apabila dipanaskan. Jumlah

dihasilkan bergantung kepada tahap kepanasan Formaldehyde

ialah sejenis bahan yang boleh menyebabkan kanser (Jensen

et al 2015).

Glycerin a) Menyebabkan iritasi kepada lapisan kulit dan mata (MSD).

b) Penggunaan yang berulang dan berpanjangan boleh

mengakibatkan kerosakan kepada organ dalaman (MSD).

Bahan Perasa a) Kajian Cytotoxicity(kesan toksik kepada sel badan)

menunjukkan bahan perasa mampu membunuh sel iaitu sel

paru-paru, otak dan lapisan kulit, apabila dipanaskan dan

disedut ke dalam paru-paru(Bahl et al. 2012).

Kehadiran Logam
Berat

a) Logam berat terhasil daripada tindakbalas cecair rokok

elektronik yang dalam gelungan dawai di dalam bahagian

atomise (Stephens et al. 2015).

Partikel ultra halus a) Distribusi saiz partikel dan bilangan partikel yang dikeluarkan

oleh rokok elektronik adalah serupa dengan rokok konvensional

di mana kebanyakan partikel bersaiz antara 20 – 300

nanometer (Otmar et al. 2015).

b) Penyebaran partikel bergantung kepada paras nikotin di dalam

cecair rokok elektronik. Seperti mana rokok konvensional,

partikel daripada rokok elektronik adalah cukup halus untuk

menembusi ke dalam paru-paru dan seterusnya memasuki

peredaran darah(Zhang et al. 2013).Perbezaan Rokok Biasa dan Rokok Elektronik / Vape

ROKOK BIASA ROKOK ELEKTRONIK

Mengandungi tembakau yang dicarik dan

digulung. Daun tembakau mengandungi

nikotin.

Mengandungi cecair nikotin tulen dengan

kepekatan sehingga sebanyak 4mg/1ml

(sumber analisa dari Pusat Racun Negara)

Kandungan emisi bagi kandungan nikotin

adalah dikawal di bawah PeraturanPeraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

Kandungan emisi tidak di kawal dan

belum ada kajian dibuat setakat ini untuk

melihat tahap emisi tersebut.

Mengandungi lebih 4000 bahan kimia

merbahaya .
Mengandungi bahan-bahan karsinogenik

yang lain seperti Formaldehyde dan

Logam Berat (Heavy Metals) yang boleh

menyebabkan kanser.

Kesan sampingan jangka panjang terutama

kanser telah terbukti .

Kesan sampingan jangka panjang

terutama kanser masih belum dapat

dibuktikan dan masih perlu kajian lanjut.

Sukar untuk diubah suai berikutan

kandungan dalam bentuk pepejal.

Mudah untuk diubahsuai berikutan

kandungan dalam bentuk cecair dan

kebarangkalian penggunaan dadah

terlarang adalah tinggi .

Risiko keracunan kepada kanak-kanak

adalah rendah disebabkan bentuk fizikal

Risiko keracunan oleh kanak-kanak adalah

tinggi disebabkan berbentuk cecair,

berwarna menarik serta bau yang harum

dan tiada ciri-ciri keselamatan pada

penutup botol.

Kesan Wap Rokok Elektronik / Vape Terhadap Orang Di Sekeliling

Tidak semua wap atau vape yang dihisap oleh seseorang itu masuk ke dalam paruparunya.
Sebahagian besar wap tersebut, serta bahan-bahan kimia (seperti jadual di

atas) di dalamnya akan dihembus keluar.

Oleh yang sedemikian, orang yang berada di sekeliling boleh turut sama menghisap
bahan kimia yang ada di udara persekitaran.

Beberapa negara telah mengeluarkan nasihat supaya orang ramai, terutamanya

kanak-kanak dan wanita mengandung, agar tidak menghidu vape, kerana dikhuatiri

kandungan nikotin yang akan merencatkan pertumbuhan otak.

You might also like