You are on page 1of 8

FAKTA KESIHATAN BERKAITAN ISU ROKOK ELEKTRONIK DAN VAPE

PENDAHULUAN

1. “Vape” merupakan satu perkataan baru yang telah di promosikan oleh pengguna
rokok elektronik. “Vape” berasal dari perkataan “Vaporisation” membawa maksud
proses pengewapan. Vapeadalah rokok elektronik generasi ketiga. Rokok elektronik
telah mula berada di pasaran semenjak tahun 2003.

2. Fenomena penggunaan Vape telah menjadi satu fenomena yang menjadi ikutan
anak muda dan golongan remaja dan ini merupakan sesuatu yang perlu
dibimbangkan. Fenomena ini adalah bertentangan dengan dasar dan polisi
Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara
yang bebas dari sebarang bentuk amalan merokok. Ia juga tidak selari dengan
perjanjian WHO Framework Convention On Tobacco Control (WHO FCTC) yang
telah ditandatangani oleh Malaysia semenjak tahun 2005.

3. Bagi tujuan perbincangan Kementerian Kesihatan Malaysia telah mendefinasikan


Rokok elektronik dan vape seperti berikut:

 Penggunaan peranti elektronik yang mengandungi NIKOTIN adalah dirujuk


sebagai rokok elektronik

 Penggunaan peranti elektronik yang TIDAK mengandungi nikotin adalah


dirujuk sebagai vape

KOMPONEN DAN KANDUNGAN ROKOK ELEKTRONIK DAN VAPE

4. Terdapat tiga (3) komponen utama rokok elektronik iaitu bateri , atomiser dan katrij
cecair. Secara amnya rokok elektonik menggunakan kuasa elektrik melalui bateri
untuk memanaskan cecair rokok elektronik yang berada di dalam katrij,
menggunakan alat pemanas di bahagian atomiser.Proses pemanasan ini
menghasilkan wap yang disedut ke dalam paru-paru pengguna.

Komponen Utama
 Bateri
 Atomiser
 Katrij cecair

5. Cecair yang berada di dalam katrij dikenali sebagai e Liquid.


Kandungan Utama Cecair Elektronik (e Liquid)
 Nikotin
 Propylene Glycol atau Vegetable Glycerin
 Bahan Perisa

Apa Itu Nikotin

 Nikotin merupakan satu bahan ekstrak daripada daun pokok Nicotiana Tobacum
atau pokok–pokok berkaitan yang lain dan termasuklah apa–apa hasil tembakau.
 Nikotin dengan jumlah yang terlalu sedikit(10ug/kg) juga terdapat di dalam spesis
tumbuhan Solanaceae seperti kentang, tomato, dan terung.

Kesan Nikotin Kepada Kesihatan

 Nikotin menyebabkan ketagihan kepada manusia.


 Nikotin boleh menggalakkan pembekuan darah (Schaller et al. 2013) dan
 Nikotin boleh menyerap masuk ke dalam plasenta ibu mengandung dan akan
mengganggu proses perkembangan bayi di dalam kandungan (Maritz, 2009).

Kepekatan Nikotin Dan Kesannya Jika Tertelan / Terminum

 Dalam 1ml cecair rokok elektronik boleh mengandungi lebih kurang 4mg nikotin
(sumber – Pusat Racun Negara).
 2mg Nikotin boleh menyebabkan gangguan pada perut dan usus. Dos yang lebih
tinggi boleh menyebabkan kesan yang lebih teruk, antaranya, sawan dan
kegagalan pernafasan.
 40 mg Nikotin boleh menyebabkan kematian untuk jisim badan Asia.
 60 mg Nikotin boleh menyebabkan kematian untuk jisim badan negara–negara
Barat.
 Di Amerika Syarikat, pada tahun 2014 sahaja, terdapat 3,000 kes keracunan
nikotin, menyebabkan satu kematian bayi, dilaporkan kepada Pusat Kawalan
Racun.

Nikotin Dalam Konteks Undang-Undang Malaysia

 Nikotin tulen adalah bahan kimia terkawal kerana berkeupayaan untuk


memudaratkan kesihatan.
 Nikotin dikelaskan sebagai racun di bawah Akta Racun 1952.
 Akta ini menyenaraikan nikotin sebagai salah satu racun terkawal di dalam
Kumpulan C.
 Nikotin hanya dibenarkan diperolehi dari ahli Farmasi berlesen dan Pegawai
Perubatan Berdaftar.
 Nikotin pada paras yang rendah dan terkawal hanya digunakan di dalam bentuk
“patch” atau “gum” untuk merawat perokok tegar.
Kandungan dan Kesan Sampingan Rokok Elektronik / Vape:

BAHAN KIMIA KESAN SAMPINGAN


Propylene Glycol a) Kesan jangka pendek meliputi iritasi kepada mata, tekak dan
saluran pernafasan (Wieslander et al 2001, Vardavas et al
2012).
b) Kesan jangka panjang boleh menyebabkan iritasi kepada
sistem pernafasan dan menyebabkan penyakit asma (Choi et al
2010).
c) Membebaskan Formaldehyde apabila dipanaskan. Jumlah
dihasilkan bergantung kepada tahap kepanasan Formaldehyde
ialah sejenis bahan yang boleh menyebabkan kanser (Jensen
et al 2015).

Glycerin a) Menyebabkan iritasi kepada lapisan kulit dan mata (MSD).

b) Penggunaan yang berulang dan berpanjangan boleh


mengakibatkan kerosakan kepada organ dalaman (MSD).

Bahan Perasa a) Kajian Cytotoxicity(kesan toksik kepada sel badan)


menunjukkan bahan perasa mampu membunuh sel iaitu sel
paru-paru, otak dan lapisan kulit, apabila dipanaskan dan
disedut ke dalam paru-paru(Bahl et al. 2012).

Kehadiran Logam a) Logam berat terhasil daripada tindakbalas cecair rokok


Berat elektronik yang dalam gelungan dawai di dalam bahagian
atomise (Stephens et al. 2015).

Partikel ultra halus a) Distribusi saiz partikel dan bilangan partikel yang dikeluarkan
oleh rokok elektronik adalah serupa dengan rokok konvensional
di mana kebanyakan partikel bersaiz antara 20 – 300
nanometer (Otmar et al. 2015).
b) Penyebaran partikel bergantung kepada paras nikotin di dalam
cecair rokok elektronik. Seperti mana rokok konvensional,
partikel daripada rokok elektronik adalah cukup halus untuk
menembusi ke dalam paru-paru dan seterusnya memasuki
peredaran darah(Zhang et al. 2013).
Perbezaan Rokok Biasa dan Rokok Elektronik / Vape

ROKOK BIASA ROKOK ELEKTRONIK


Mengandungi tembakau yang dicarik dan Mengandungi cecair nikotin tulen dengan
digulung. Daun tembakau mengandungi kepekatan sehingga sebanyak 4mg/1ml
nikotin. (sumber analisa dari Pusat Racun Negara)

Kandungan emisi bagi kandungan nikotin Kandungan emisi tidak di kawal dan
adalah dikawal di bawah Peraturan- belum ada kajian dibuat setakat ini untuk
Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004. melihat tahap emisi tersebut.

Mengandungi lebih 4000 bahan kimia Mengandungi bahan-bahan karsinogenik


merbahaya . yang lain seperti Formaldehyde dan
Logam Berat (Heavy Metals) yang boleh
menyebabkan kanser.

Kesan sampingan jangka panjang terutama Kesan sampingan jangka panjang


kanser telah terbukti . terutama kanser masih belum dapat
dibuktikan dan masih perlu kajian lanjut.

Sukar untuk diubah suai berikutan Mudah untuk diubahsuai berikutan


kandungan dalam bentuk pepejal. kandungan dalam bentuk cecair dan
kebarangkalian penggunaan dadah
terlarang adalah tinggi .

Risiko keracunan kepada kanak-kanak Risiko keracunan oleh kanak-kanak adalah


adalah rendah disebabkan bentuk fizikal tinggi disebabkan berbentuk cecair,
berwarna menarik serta bau yang harum
dan tiada ciri-ciri keselamatan pada
penutup botol.

Kesan Wap Rokok Elektronik / Vape Terhadap Orang Di Sekeliling

 Tidak semua wap atau vape yang dihisap oleh seseorang itu masuk ke dalam paru-
parunya. Sebahagian besar wap tersebut, serta bahan-bahan kimia (seperti jadual di
atas) di dalamnya akan dihembus keluar.

 Oleh yang sedemikian, orang yang berada di sekeliling boleh turut sama menghisap
bahan kimia yang ada di udara persekitaran.

 Beberapa negara telah mengeluarkan nasihat supaya orang ramai, terutamanya


kanak-kanak dan wanita mengandung, agar tidak menghidu vape, kerana dikhuatiri
kandungan nikotin yang akan merencatkan pertumbuhan otak.
`
Kesan Jangka Panjang

 Kesan jangka pendek telah terbukti melalui kajian-kajian yang telah dijalankan.
 Kesan jangka panjang seperti kanser dan penyakit kronik paru-paru memerlukan
kajian lanjutan.
 Kesan jangka panjang bahan-bahan yang digunakan untuk menyedut dan
menghembus rokok elektronik dan vape masih memerlukan kajian lajutan.

Larangan Dan Kawalan Rokok Elektronik / Vape Di Dunia

JENIS LARANGAN DAN NEGARA


KAWAL SELIA
Australia
Peranti Alat Elektronik mengandungi Nikotin Belgium
adalah DILARANG Canada
Finland
Hong Kong
Japan
New Zealand
Norway
South Africa
Peranti Alat Elektronik mengandungi Nikotin Costa Rica
Dikawal Selia sama seperti Rokok Colorado, USA
Israel
Peranti Alat Elektronik mengandungi Nikotin Austria
didaftarkan sebagai peralatan perubatan Denmark
berlesen
Argentina
Larangan sepenuhnya termasuk penjualan Brazil
dan pengimportan Peranti Rokok Elektronik Thailand
dan Vape
Singapore
Brunei
Oman
Panama
Jordan
Mexico
Qatar
Chinese Taipei
Turkey
United Arab Emirates
Venezuela
Tanggapan Rokok Elektronik Sebagai Pengganti Rawatan Merokok

A) Rokok Elektronik Tidak Berkesan Untuk Berhenti Merokok

 Ramai pengguna menganggap rokok elektronik sesuai untuk digunakan sebagai


alternatif untuk mengurangkan ketagihan nikotin.
 Namun, kajian bandingan di antara penggunaan rokok elektronik, NRT dan
placebo menunjukkan tiada kelebihan penggunaan rokok elektronik di dalam
kejayaan untuk berhenti merokok, malah, pengguna juga akan terdedah kepada
kesan sampingan (Bullen et al. 2013).

B) Kebanyakan Pengguna Akhirnya Menjadi Dual User

 Tambahan pula, mereka yang menggunakan rokok elektronik menunjukkan


kesukaran mereka untuk menghentikan tabiat merokok akibat kebergantungan
kepada nikotin (Al-Delaimy et al. 2015).
 Pengguna kembali merokok apabila timbul perasaan ketagihan yang kuat akibat
stres atau stimulasi yang lain, atau apabila rokok elektronik tidak boleh didapati
(Pokhrel et al. 2015).
 Akhirnya, mereka akan menjadi ‘dual user’ iaitu perokok akan menggunakan
kedua-dua rokok dan rokok elektronik (Al-Delaimy et al. 2015).

Penggunaan Vape Meningkatkan Risiko Bukan Perokok Menjadi Perokok

 Kajian telah menunjukkan rokok elektronik dan vape merupakan satu ‘Gateway’
untuk golongan kanak-kanak memulakan tabiat merokok (Primack et al. 2015,
Leventhal et al. 2015).
 Kebanyakan remaja yang mencuba-cuba Vape bukanlah perokok yang ingin
berhenti merokok, sebaliknya mereka ingin mencuba-cuba sesuatu benda baru
yang dianggap seronok (Hughes et al. 2015).
 Remaja yang menggunakan rokok elektronik adalah berisiko untuk menukar
kepada tabiat merokok jika dibandingkan dengan remaja yang tidak merokok
(Bunnell et al. 2015).
 Pemerhatian melalui media sosial di Malaysia mendapati ramai golongan wanita
yang telah mula mencuba amalan vaping.

Penyalahgunaan Peranti Vape untuk Menghisap Dadah Terlarang

 Baru-baru ini media berita menunjukkan bahawa cecair elektronik untuk vape
yang mengandungi Ganja boleh didapati di pasaran. Ujian makmal telah
mengesahkan bahawa adanya kandungan Cannabidiol dan Cannabinol (Ganja).
 Vape sememangnya boleh digunakan untuk mewapkan apa-apa dadah yang
boleh dilarutkan di dalam Propylene Glycol seperti Ecstasy, MDA, MDMA,
amphetamines, methamphetamines, heroin, codeine, Percocet, acid dan
sebagainya.
 Di Amerika Syarikat, 7.6% mereka yang mengambil ganja, menggunakan peranti
vape untuk menghisapnya (Schauer et al. 2015) dan penggunaan ini semakin
popular di kalangan remaja dan pelajar sekolah (Morean et al. 2015).

DISEDIAKAN OLEH

Jawatankuasa Kerja Teknikal Kajian Saintifik WHO FCTC


Unit Kawalan Tembakau dan Urusetia FCTC
Kementerian Kesihatan Malaysia
19 November 2015
Rujukan

Al-Delaimy W.K., Myers M.G., Leas E.C., Strong D.R., Hofstetter C.R. 2015. E-cigarette use in the past
and quitting behavior in the future: a population-based study. American Journal of Public Health
105(6):1213-9. doi: 10.2105/AJPH.2014.302482.

Bullen C.B., Howe C., Laugesen M., McRobbie H., Parag V., Williman J. 2013. Electronic cigarettes for
smoking cessation: a randomised controlled trial. Lancet 382(9905):1629–37

Bunnell R.E., Agaku I.T., Arrazola R.A., Apelberg B.J., Caraballo R.S., Corey C.G., Coleman B.N., Dube
S.R., King B.A. 2015. Intentions to smoke cigarettes among never-smoking US middle and high
school electronic cigarette users: National Youth Tobacco Survey, 2011-2013. Nicotine&Tobacco
Research 17(2):228-35

Hughes K., Bellis M.A., Hardcastle K.A., McHale P., Bennett A., Ireland R., Pike K. 2015. Associations
between e-cigarette access and smoking and drinking behaviours in teenagers. BMC Public
Health 15:244 DOI 10.1186/s12889-015-1618-4

Jensen R.P. 2015. Hidden Formaldehyde in E-Cigarette Aerosols, New England Journal of Medicine
372:392-394

Leventhal A.M., Strong D.R., Kirkpatrick M.G., Unger J.B., Sussman S., Riggs N.R., Stone M.D.,
Khoddam R., Samet J.M., Audrain-McGovern J.2015. Association of Electronic Cigarette Use
With Initiation of Combustible Tobacco Product Smoking in Early Adolescence. JAMA
18;314(7):700-7. doi: 10.1001/jama.2015.8950

Maritz G.S. 2009. Are nicotine replacement therapy, varenicline or bupropion options for pregnant
mothers to quit smoking? Effects on the respiratory system of the offspring. Therapeutic
Advances in Respiratory Disease 3(4):193-210

Morean M.E., Kong G., Camenga D.R., Cavallo D.A., Krishnan-Sarin S. 2015. High School Students’ Use
of Electronic Cigarettes to Vaporize Cannabis. Pediatrics 136(4):611-616 DOI:
10.1542/peds.2015-1727

Pokhrel P., Herzog T.A., Muranaka N., Regmi S., Fagan P. 2015. Contexts of cigarette and e-cigarette
use among dual users: a qualitative study. BMC Public Health 15:859 DOI 10.1186/s12889-015-
2198-z

Primack B.A., Soneji S., Stoolmiller M., Fine M.J., Sargent J.D. 2015. Progression to Traditional Cigarette
Smoking After Electronic Cigarette Use Among US Adolescents and Young Adults. JAMA
Pediatric 169(11):1018-1023. doi:10.1001/jamapediatrics.2015.1742.

Schaller K., Ruppert L., Kahnert S., Bethke C., Nair U., Pötschke-Langer M. 2013. Electronic Cigarettes –
An Overview. German Cancer Research Center, Heidelberg 2013.

Schauer G.L., King B.A., Bunnell R.E., Promoff G., McAfee T.A. 2015. Toking, Vaping, and Eating for
Health or Fun: Marijuana Use Patterns in Adults, U.S., 2014. American Journal of Preventive
Medicine. In Press, Corrected Proof doi:10.1016/j.amepre.2015.05.027

You might also like