You are on page 1of 4

Pengurusan adalah proses mengarah dan mengawal sesuatu organisasi yang melibatkan

perancangan bagi mencapai matlamat bersama dengan menggunakan sumber organisasi.


Pengurusan juga adalah sekumpulan ahli yang menggunakan kemahiran dan bakat mereka
dalam menjalankan sistem lengkap organisasi disamping mewujudkan persekitaran untuk
bekerjasama bagi mencapai objektif kumpulan. Diantara aktiviti utama yang dilakukan oleh
pihak pengurusan ialah merancang, menganjur, memimpin, memotivasi, mengawal,
menyelaras serta membuat keputusan.

Manakala pentadbiran pula adalah proses yang bersistematik untuk mentadbir sesuatu
organisasi. Pembentukan rancangan, dasar, prosedur, penubuhan tujuan, objektif,
menguatkuasakan peraturan dan sebagainya merupakan fungsi utama pentadbiran.
Pentadbiran mewujudkan rangka kerja asas supaya pengurusan organisasi berfungsi.
Disebabkan pentadbiran melibatkan peramalan, perancangan, pengajuran serta berfungsi
membuat keputusan maka ia disifatkan sebagai birokrasi. Pentadbiran mewakili lapisan atas
hierarki pengurusan organisasi.

Pada umumnya,dalam institusi pendidikan, pentadbiran dan pengurusan adalah


bahagian yang tidak boleh dipisahkan kerana merupakan bahagian yang penting. Sekolah
sebagai salah satu organisasi memerlukan pengurusan dan pentadbiran untuk menegak dan
mengukuhkannya seterusnya mencapai matlamat yang ditetapkan. Sebenarnya, pengurusan
dan pentadbiran mempunyai konsep yang berbeza.

Pengurusan pendidikan adalah satu kaedah untuk mencapai matlamat melalui


pengendalian input yang terdiri daripada kakitangan, kewangan, bahan mentah dan teknologi.
Manakala pentadbiran pendidikan adalah satu proses di mana mempengaruhi tingkah laku
kakitangan atau orang bawahan selaras dengan usaha sesebuah organisasi sekolah ke arah
pencapaian matlamat iaitu meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Dalam
organisasi yang berorientasikan fungsi perkhidmatan, pengurusan merupakan sebahagian
daripada pentadbiran tetapi bagi institusi yang mementingkan keuntungan, pentadbiran
merupakan sebahagian daripada pengurusan, kerana ia lebih kepada pencapaian matlamat
organisasi melalui penggunaan sumber-sumber secara ekonomi. Justeru, kita boleh
mengatakan bahawa pentadbiran di atas pengurusan.

Salam sejahtera,Saudari.

Saya setuju dengan pendapat saudari dan ingin menambah sedikit lagi.Secara umumnya,
pengurusan pendidikan di sekolah disokong oleh struktur pentadbiran yang lengkap dan
mempunyai fungsi-fungsi yang tertentu di mana setiap fungsi itu saling melengkapi kepada
fungsi yang lain. Sesebuah pengurusan pendidikan yang cekap akan mendapat menggunakan
semua sumber dengan berkesan. Pengurusan pendidikan merupakan bidang yang amat
istimewa kerana ia merupakan aspek yang sangat penting dalam proses pembinaan generasi.
Jadi secara ringkasnya, matlamat akhir yang dikehendaki dalam pentadbiran sekolah untuk
meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran. Dalam organisasi konsep pentadbiran dan
pengurusan sekolah selalu digunakan dan saling bertukar ganti. Sebagai seorang guru besar
atau pengetua perlulah memiliki pengetahuan bagi membimbingnya serta memainkan
pernannya sebagai pentadbiran dan pengurus sesebuah organisasi di sekolah. Maka, guru-
guru dan kakitangan merupakan sumber utama dalam system pentadbiran sekolah dan
tingkah laku mere mempengaruhi keberkesanan sekolah, maka satu corak pentadbiran yang
tersusun dan teratur diperlukan untuk memudahkan guru besar atau pengetua membimbing
mereka bagi mempertingkatkan mutu pembelajaran dan pengajaran.

Sekian,terima kasih.

Salam sejahtera,saudara.

Saya setuju dengan pendapat saudara. Proses pentadbirann sekolah bermula dengan
merancang dan seterusnya membuat keputusan serta memberitahu keputusan yang telah
diambil , mengadakan proses kawalan untuk mencapai keputusan yang telah ditentukan dan
menilai kembali aktiviti-aktiviti.Pusingan ini dapat membantu guru besar atau pengetuaa
sebagai pengurus sekolah untuk menjalankan fungsi pentadbiran sekolah.Bagi melahirkan
generasi seimbang dan harmonis serta keupayaan intelek yang baik dan ketangkasan jasmani
yang teruji,peranan pengurusan dipandang sangat penting dalam konteks reformasi
pendidikan yang bertunjangkan Falsafah Pendidikn Negara. Untuk itu, peranan guru besar
sebagai pengurus sekolah hendaklah memahami dan mengetahui secara mendalam tentang
Falsafah Pendidikan Negara yang terjelma dalam falsafah pendidikan sekolahnya.

Konsep pentadbiran dan pengurusan sekolah dalam organisasi selalu diamalkan dan
saling bertukar ganti. Maka tiada bezanya diantara definasi pengurusan dan pentadbiran iaitu
proses mengarah, mengawal sesuatu institusi yang melibatkan perancangan. Akan tetapi di
negara kita, istilah pentadbiran sering digunakan kerana ia lebih menitikberatkan kepada
perkhidmatan daripada keuntungan.

Sekian,terima kasih.

Salam sejahtera,Saudari.

Terima kasih atas pandangan saudari. Sebagai tambahan, saya ingin menghuraikan
sedikit sebanyak mengenai konsep-konsep pentadbiran dan pengurusan yang membawa
kepada pemusatan sistem organisasi pendidikan di semua sekolah di negara kita.
Keseragaman ini membolehkan integrasi di kalangan sekolah kebangsaan, sekolah jenis
kebangsaan, sekolah menengah, teknik dan vokasional dapat bernaung di bawah satu
pemerintahan yang adil dan menekankan permasalahan yang berlaku dan berusaha untuk
membantu memperbaiki kekurangan di setiap sekolah. Sesebuah organisasi di sekolah yang
mahu diubah hendaklah terlebih dahulu mendapatkan persetujuan daripada pihak atasan yang
kemudiannya membawa hal itu kepada pusat utama pendidikan di Malaysia. Dengan itu,
sesebuah sekolah tidak boleh menukar pentadbirannya kepada bentuk yang lain sekiranya
tidak mendapat pengesahan dan persetujuan daripada jabatan pendidikan.

Disamping itu, sesebuah organisasi sekolah juga akan lebih berkesan jika pentadbiran
dan pengurusannya memiliki satu ketua yang berfungsi untuk memberi arahan. Walaupun
terdapat ramai ketua di peringkat unit, bahagian mahupun panitia namun guru besar atau
pengetualah yang menjadi agen penyelarasan untuk memainkan peranan supaya sistem
pentadbiran dan pengurusan tidak menjadi kucar-kacir.

Sekian,terima kasih.

Salam sejahtera,saudara.

Saya bersetuju dengan pendapat saudara. Terdapat pelbagai jenis sekolah seperti
sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan cina dan tamil, sekolah teknik dan vokasional
di Malaysia. Kepelbagaian penduduk di Malaysia telah mewujudkan corak pentadbiran dan
pengurusan yang berlainan di setiap sekolah. Sebagai contoh, terdapat sekolah wawasan yang
dibina dengan tujuan mengeratkan pertalian dari segi perkauman di negara kita. Hal ini
memberikan kesan yang positif. Sungguhpun corak pentadbiran dan pengurusan yang
berlainan, kerajaan amat bijak menyelesaikan masalah yang tidak dapat dikawal seperti
monopoli kuasa oleh sesetengah pihak.

Maka sistem pentadbiran dan pengurusan telah diseragamkan oleh Kementerian


Pendidikan Malaysia. Sebagai contoh, baru-baru ini, pihak tersebut dengan sebulat suara
melancarkan masa pengajaran dan pembalajaran tamat pada pukul tiga setiap hari. Dengan
adanya arahan seperti ini, maka seluruh Jabatan Pendidikan di setiap daerah wajib
melaksanakannya di semua sekolah. Dalam organisasi yang berorientasikan fungsi
perkhidmatan, pengurusan merupakan sebahagian daripada pentadbiran. Membuat keputusan
merupakan satu aktiviti tertentu yang dilakukan oleh pihak pengurusan sedangkan pihak
pentadbiran menjalankan tugas-tugas rutin yang tidak menumpukan kepada kepentingan
membuat keputusan.

Sekian,terima kasih.
5

Salam sejahtera,saudari.

Terima kasih atas pandangan saudari. Saya bersetuju dengan pendapat saudari kerana
pengurusan pendidikan lebih menekankan kepda input organisasi iaitu perkhidmatan.
Pengurusan adalah satu cara untuk mencapai matlamat seperti perancangan, pengelolaan,
pengarahan dan pengawalan daya usaha kakitangan ke arah pelaksanaan tugas yang cekap
dan efektif melalui pengendalian input yang terdiri daripada ahli-ahli bawahan. Konsep
sekolah ialah sebagai satu sistem yang bertujuan untuk mencapai matlamat pendidikan
tertentu. Sebagai organisasi sosial, setiap pendidik haruslah mempunyai pengetahuan asas
mengenai konsep dan fungsi pengurusan.

Memiliki pengetahuan adalah penting bagi seseorang guru besar atau pengetua utuk
membimbingnya selain memaikan peranannya sebagai seorang pentadbiran dan pengurus
sesebuah organisasi di sekolah. Justeru, para guru dan kakitangan adalah sumber utama
dalam sistem pentabiran sekolah dan tingkah laku mereka mempengaruhi keberkesanan
sekolah, maka satu corak pentadbiran yang tersusun dan teratur diperlukan untuk
memudahkan pengetua membimbing mereka bagi mempertingkatkan mutu pengajaran dan
pembelajaran. Walaupun pengurus yang bekerja pada tahap paling tinggi dikatakan sebagai
bahagian pentadbiran sedangkan pengurus yang bekerja di peringkat bawah mewakili
pengurusan.

Sekian,terima kasih.

You might also like