You are on page 1of 36

PERBANDINGAN

TEORI PENGURUSAN ADMINISTRATIF


DAN
TEORI PENGURUSAN BIROKRASI
TEORI
PENGURUSAN ADMINISTRATIF
• DEFINISI :
Mencipta satu struktur organisasi yang
membawa keberkesanan yang tinggi dan
berkesan.

Teori yang memfokuskan bagaimana


menguruskan sebuah organisasi.

• Teori Pengurusan Administratif merupakan salah


satu teori klasikal organisasi
samb.

• Administrasi berasal dari bahasa


Latin:Ad = intensif dan ministrare =
melayani, membantu, memenuhi.
Administrasi merujuk pada kegiatan
atau usaha untuk membantu,
melayani, mengarah atau mengatur
semua kegiatan di dalam mencapai
suatu tujuan
Tokoh Administratif
• Tokoh - Henry Fayol ( 1841-1925)

• Berbangsa Perancis

• Pengusaha syarikat arang batu

• 1860 eksekutif rendah, bersara tahun 1918 pengarah


syarikat .

• Berjaya sebagai pengurus kerana kaedah yang


digunakan bukan kerana kebolehan.

• Pengurusan adalah ilmu yang boleh dipelajari.

• Menyangkal pendapat umum bahawa “pengurus


dilahirkan bukan dibentuk”.
TEORI
PENGURUSAN BIROKRASI
DEFINISI :
• Satu sistem yang formal dalam organisasi dan
pentadbiran yang direkacipta untuk menjamin
kecekapan dan efektif (berkesan).

• Merupakan sistem yang membentuk suatu


sistem pemerintahan melalui jabatan,
mempunyai struktur, berhirarki, berperaturan
dan perundangan serta mempunyai hubungan
interpersonal
samb
• Birokrasi ialah satu konsep pentadbiran yang
menegaskan pembahagian kerja mengikut
bidang, dan juga pembahagian kerja mengikut
tatatingkat dan taraf kedudukan jawatan dan
kuasa. Birokrasi juga ditandai oleh aliran arahan
dan maklumat daripada peringkat atas ke
peringkat bawah dalam struktur pentadbiran.
Saiz serta kompleksiti birokrasi bertambah besar
mengikut peredaran masa.
Tokoh Birokrasi
• Max Weber dilahirkan pada tahun 1864 di German dan
membesar pada zaman Bismarck.

• Belajar di Universiti Heidelberg dalam bidang undang-


undang.

• Banyak menulis bidang falsafah, ekonomi, politik,


agama, sosiologi dan organisasi.

• Sumbangan penting dalam teori pengurusan organisasi


ialah membezakan konsep kuasa dan autoriti serta
hubungan kedua-duanya dalam pengurusan.
CIRI-CIRI
TEORI PENGURUSAN
ADMINISTRATIF
DAN
TEORI PENGURUSAN
BIROKRASI
Ciri-ciri Pengurusan
Administratif
Menurut Henri Fayol (1841 – 1925), lima fungsi dalam pengurusan :

1. Perancangan – Menetapkan visi dan misi sesebuah organisasi.

2. Penyusunan – mengatur aktiviti-aktiviti yang dapat mencapai visi


dan misi organisasi itu.

3. Pengarahan – Memberi arahan yang jelas kepada orang bawahan


untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang.

4. Koordinasi – Memastikan orang-orang bawahan dapat


bekerjasama agar matlamat organisasi dapat dicapai.

5. Pengawalan – iaitu mengawal sesebuah organisasi itu supaya


matlamat organisasi itu dapat dicapai dengan berkesan dan cekap.
Henri Fayol (1841 – 1925),
terdapat 14 prinsip :
• 1. Pembahagian kerja – tingkat produktiviti dan
kurangkan beban pekerja

• 2. Autoriti – hak untuk beri arahan

• 3. Disiplin – ikut arahan dan prosuder yang dibuat


dalam organisasi

• 4. Satu perintah – arahan mesti dari seorang ketua


sahaja
Samb.

5. Satu arahan -Aktiviti yang ada objektif sama disatukan


dalam satu rancangan dan diuruskan oleh seorang
ketua sahaja.

6. Utamakan kepentingan organisasi - Kepentingan organisasi


hendaklah diutamakan daripada objektif individu.

7. Pembayaran upah - Pekerja mesti dibayar dengan bayaran


yang sewajarnya
samb.
8. Pemusatan - pengurus bertanggungjawab
sepenuhnya ke atas organisasi

9. Rantai pemerintahan - hierarki autoriti bermula dan


peringkat atasan hingga ke peringkat
bawahan di dalam struktur organisasi.

10. Susunan - material dan manusia itu hendaklah ditempatkan di


tempat yang betul mengikut masa yang tepat.

11. Keseimbangan - Pekerja diberi layanan dan keadilan yang


seimbang
• .
samb
• 12. Kestabilan personel - Pihak pengurusan atasan
hendaklah
mengimplementasikan amalan yang galakkan
penglibatan kakitangan kepada organisasi.

• 13. Inisiatif - Kakitangan diberi kebebasan untuk


majukan dan implementasikan rancangan.

• 14. Kekitaan - Keharmonian mewujudkan perpaduan


dan keteguhan organisasi
Ciri-ciri
Pengurusan Birokrasi
Menurut Max Weber (1864-1920), terdapat 7 ciri
yang dinyatakan :

1.Autoriti dan tanggungjawab dinyatakan


dengan jelas dan terperinci

2.Tindakan pentadbiran dan keputusan direkodkan


dan didokumentasi

3.Jawatan adalah mengikut susunan hierarki

4.Tidak bersifat peribadi


samb

5. Perlantikan, kenaikan pangkat berdasarkan


kelayakan, kekananan dan pencapaian

6. Pembahagian tenaga buruh berdasarkan kepakaran

7. Kekuasaan pekerja berdasarkan hierarki


PERSAMAAN
TEORI ADMINISTRATIF
DAN
TEORI BIROKRASI
Persamaan Antara Teori
Administratif dan Teori Birokrasi
1. Kedua-duanya adalah teori klasik

2. Pembahagian kerja berdasarkan bidang

3. Kepakaran yang dimiliki oleh pekerja

4. Mengutamakan kepentingan organisasi

• .
samb.

5.Rantaian pemerintahan menunjukkan


hierarki autoriti

6. bermula dari peringkat atasan ke


peringkat bawahan.

7.Mengutamakan matlamat dan objektif


organisasi
PERBEZAAN
TEORI ADMINISTRATIF
DAN
TEORI BIROKRASI
Perbezaan antara
Teori Birokrasi dan Teori Administratif
Birokrasi Administratif

Menjamin kecekapan dan Mencipta organisasi ke


keberkesanan (paksa) arah kecekapan dan
efektif (bukan paksaan)
Pekerja tidak bercita-cita Pekerja bercita-cita
tinggi kerana mereka tinggi kerana kenaikan
tahu bila mereka akan pangkat mereka
naik pangkat ditentukan oleh
kelayakan atau
kepakaran mereka
Perbezaan Antara
Teori Birokrasi dan Administratif
(sambungan)
Birokrasi Administratif
Tiada hubungan Menggalakkan hubungan
interpersonal dua hala
Kedudukan jawatan Kedudukan jawatan
adalah mengikut berdasarkan kelayakan
susunan hierarki dan kelulusan
Pekerja tidak mempunyai Memberi peluang kepada
kebebasan pekerja-pekerja untuk
menyumbangkan menyumbangkan idea
pendapat ataupun idea dan pendapat masing-
masing
KEKUATAN DAN KELEMAHAN
TEORI ADMINISTRATIF
DAN
TEORI BIROKRASI
KEKUATAN & KELEMAHAN
TEORI ADMINISTRATIF
KEKUATAN KELEMAHAN
Pembahagian kerja dapat Sesuai bagai organisasi
meningkatkan yang mudah dan stabil
produktiviti
Imbuhan /ganjaran yang Dalam keadaan tertentu
setimpal dapat ia tidak boleh
memotivasikan pekerja diaplikasikan tetapi boleh
untuk berusaha lebih dijadikan panduan
gigih sahaja
Menekankan konsep Pekerja sebagai alat
bekerjasama dan bersatu pelaksana dan bukan
padu untuk mencapai sumber
kejayaan bagi organisasi
KEKUATAN & KELEMAHAN
TEORI BIROKRASI
KEKUATAN KELEMAHAN
Pembahagian kerja dapat Bergantung kepada
mempengaruhi struktur autoriti dalam
kumpulan tertentu organisasi
Kenaikan pangkat Sukar untuk mengubah
mengikut senioriti sistem ini
Pemilihan kerja mengikut Pembahagian tenaga
kelayakan teknikal kerja berpandukan
pemerhatian dan
maklum balas mereka.
KEKUATAN & KELEMAHAN TEORI
BIROKRASI (sambungan)
KEKUATAN KELEMAHAN
Mempunyai norma dan Telah terikat kepada
peraturan yang tetap peraturan dan tatacara

Dapat membentuk nilai Tiada tolak ansur dalam


integriti dalam kalangan proses menyiapkan
staf sesuatu kerja
Aplikasi Teori
Dalam Pendidikan
(senario)
KESIMPULAN
• Teori Birokrasi masih diguna pakai dan
dipraktikkan dalam konteks pentadbiran
awam khususnya dalam pendidikan.

• TB menekankan aspek rasionalisme dan


bersifat formal. Manakala TA menekankan
nilai-nilai kemanusiaan dan hubungan
antara pihak pengurusan dan pekerja.
samb
• Sistem pendidikan Malaysia pada hari ini adalah berasaskan teori
pengurusan birokrasi yang diperkenalkan oleh Max Weber.

• Oleh kerana sistem ini terdapat beberapa kelemahan dan wujudnya


kekangan semasa pelaksanaan.Kerajaan khususnya telah
menerapkan TA ke dalam pengurusan untuk melahirkan satu
organisasi khususnya sekolah yang bermatlamat, pengurusan yang
efisyen dan warga sekolah cemerlang sesuai dengan FPK.

• Antara unsur yang telah diterapkan dalam pendidikan di


negara kita ialah pengurusan berpusat, mengutamakan
kepentingan organisasi dan hierarki autoriti dan
mengutamakan matlamat dan objektif organisasi.
samb
• Pada abad ke 20an ini, kerajaan telah berusaha
menerapkan kekuatan negara-negara maju ke
dalam sistem pengurusan di Malaysia melalui
Dasar Pandang Ke Timur dan penerapan nilai-
nilai Islam. Semua usaha yang dilaksanakan
adalah bertujuan mencapai matlamat dan
wawasan negara
RUMUSAN KESELURUHAN

Pengurusan TA dan TB sebenarnya


bergantung kepada kecekapan
pengurusan yang mentadbir dalam
merealisasikan matlamat agar garis
panduan yang digunakan tidak lari
daripada konsep seperti yang
diperjuangkan oleh tokoh-tokoh tersebut.
Fikirkan!!!
• Wan Mohd.Zahid (1995):
“Kita sedia maklum birokrasi dengan
prosedurnya, jika kita berhati-hati ia boleh
menghambat inovasi dan kreativiti.Peraturan
tidak harus jadi penghalang tetapi ramai
yang terlalu terikat dengan gejala tersebut
sehingga kerja menjadi rutin dan biasa.”
FIKIRKAN!!!!!

REALISASINYA?
Bibliografi
• Zaidatol akmaliah Lope Pihie & Say Fooi, Foo.(2003).
Pengurusan & Kepemimpinan Pendidikan.Serdang:
Penerbit Universiti Putra Malaysia.

• Yusof Ismail & Khayati Ibrahim, (2004). Dasar-dasar


Kerjaan Malaysia.Kuala Lumpur: A.S. Noordeen.

• P.Robbins, Stephen & A.DeCenzo,David, (2005).


Fundamentals of Management.New Jersey: Pearson
Education International

• Ab.Aziz Yusof, (2004). Pengurusan Sumber Manusia.


• Malaysia: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

• Jamal @ Nordin bin Yusof, Nota UPSI.


TERIMA KASIH

You might also like