You are on page 1of 50

BAB 1

1.1 PENGENALAN

Penyakit tuberkulosis diketahui wujud sejak dari tahun 8,000 sebelum Masihi

di mana terdapat kesan-kesan penyakit ini pada tulang belakang mumia

Firaun. Pada tahun 460 sebelum Masihi, Hippocrates iaitu bapa perubatan

telah menamakan penyakit itu sebagai pthisis.Ibnu Sina di dalam bukunya

Kanun Perubatan mengetahui bahawa tuberkulosis diumpamakan sebagai

suatu penyakit yang berjangkit. Penyakit tuberkulosis, ialah salah satu

penyakit berjangkit yang mengundang maut disebabkan oleh Mycobacterium

Tuberculosis Mitchell (2007). Penyakit tuberkulosis lazimnya menyerang

anggota paru-paru, akan tetapi boleh juga menjejaskan anggota badan yang

lain mengikut anggota yang dijangkiti. Konstantinos (2010) berkata bahawa

mikrobakterium tuberkulosis mudah tersebar melalui udara sewaktu ketika

orang yang mempunyai jangkitan aktif tuberkulosis itu batuk, terbersin, atau

sebaliknya dengan secara tidak langsung orang tersebut telah menghantar

cecair-cecair infeksi melalui udara kemudian meresap masuk ke pernafasan.

1
Antara tanda dan gejala umum sesorang yang dijangkiti penyakit

Tuberkulosis termasuk demam, sejuk, peluh-peluh di waktu malam, hilang

selera makan, kehilangan berat, dan sentiasa dalam keletihan. Bennett

(2010) berkata kemungkinan pesakit akan mengalami “clubbing finger” iaitu

adalah kecacatan jari dan kuku-kuku jari dikaitkan dengan beberapa penyakit,

kebanyakannya jantung dan paru-paru. Penyakit tuberkulosis boleh

menjangkiti mana-mana bahagian badan, tetapi paling biasanya berlaku

dalam paru-paru (dikenali sebagai tibi paru-paru). Penyakit luar Pulmonari

Tuberkulosis berlaku apabila bakteria itu menyerang anggota di luar paru-

paru, walaupun berada di luar pulmonari Tuberkulosis mampu hidup bersama

dengan pulmonari Tuberkulosis juga.

Jika satu jangkitan tuberkulosis membuat menjadi aktif,

kebiasaannya ia melibatkan angggota paru-paru (di kira-kira 90% kes yang

dijumpai) menurut Behera (2010). Gejala mungkin termasuk sakit dada dan

batuk berpanjangan serta pengeluarkan kahak. Kira-kira 25% orang mungkin

tidak mempunyai sebarang gejala (iaitu mereka kekal asimptomatik). Sekali-

sekala, orang boleh mengeluarkan darah di jumlah kecil, dan di kes-kes yang

sangat luar biasa, jangkitan boleh menghakis ke dalam arteri pulmonari,

mengakibatkan di perdarahan banyak (Rasmussen's aneurysm). Mitchell

(2007) menyatakan bahawa penyakit tuberkulosis mungkin boleh

menyebabkan demam teruk dan boleh menghasilkan kesan infeksi pada

anggota lobus paru-paru atas.

2
Manakala jangkitan di luar pulmonari hanya terdapat 15–20% kes

aktif yang dijumpai, jangkitan menyebarkan di luar paru-paru, menyebabkan

lain-lain jenis Tuberkolisis. Ini secara kolektif ditandakan sebagai Tuberkulosis

luar pulmonari. Dalam kenyataan Vikram (2005) penyakit tuberkulosis luar

pulmonari lebih biasa berlaku pada kanak-kanak. Dalam pesakit HIV, ini

berlaku di lebih daripada 50% kes.Tempat-tempat jangkitan luar pulmonari

termasuk anggota pleura (di pleurisi tuberculous), sistem saraf pusat (di

meningitis tuberculous), sistem limfa (di skrofula leher), sistem genitourinari

(di batuk kering urogenital), dan tulang dan sendi (di penyakit spina Pott),

antara lain. Bila ia menyebarkan kepada tulang, ia juga dikenali sebagai

"osseous tuberculosis". Salah satu bentuk osteomielitis. Kadang-kadang,

menyebabkan pembentukan abses tuberkulosis melalui kulit mengakibatkan

ulser tuberkulosis.

Pada kurun ke-19, tuberkulosis hampir memusnahkan seluruh

Eropah dan Amerika. Tuberkulosis pada masa itu juga dipanggil hawar putih

untuk menyamakannya dengan penyakit hawar hitam (plague) yang telah

meragut banyak nyawa di benua Eropah dan Amerika pada kurun ke-18.

“Musuh” kepada kesengsaraan dan kematian manusia ini telah dikenal pasti

oleh seorang ahli sains bernama Robert Koch (1883). Beliau menemui

bakteria “mycobakterium tuberculosis” pada 24 Mac 1883 kenyatan ini

dinyatakan oleh Ismael Kassim (2004) didalam buku terbitan

beliau.Mengambil sempena penemuan bakteria pada tarikh itu, 24 Mac telah

dijadikan hari memperingati tuberkulosis sedunia pada tiap-tiap tahun.

3
Penyakit tuberkulosis tidak mengenal batasan sama ada kekayaan

atau kemasyuran seseorang. Sebagai contoh, Elanor Roosevelt iaitu bekas

wanita pertama Amerika dan George Orwell, pengarang buku pada tahun

1984 telah diserang penyakit tuberkulosis. Ahli politik ke ahli falsafah, raja-

raja ke orang biasa, pelukis ke paderi, doktor ke ahli muzik, semuanya pernah

menghidap atau mati disebabkan oleh penyakit ini. Pertubuhan Kesihatan

Sedunia (WHO) meramalkan peningkatan penyakit ini setiap tahun dan

dianggarkan insiden tuberkulosis mencecah 12 juta sehingga tahun 2009.

Satu pertiga daripada penduduk dunia dijangkiti kuman ini dan setiap tahun,

penyakit ini membunuh hampir dua juta penduduk di dunia. Di Malaysia, pada

kurun ke-20 penyakit ini dikenali sebagai “batuk kering”. Pada tahun 1950an,

penyakit tuberkulosis merupakan pembunuh utama penduduk di Tanah

Melayu (Malaya). Pada tahun 1961, Program Kawalan Tuberkulosis

Kebangsaan ditubuhkan dan semua pesakit tibi dirujuk ke Pusat Tuberkulosis

Negara di Jalan Pahang, Kuala Lumpur (sekarang dikenali sebagai Institut

Perubatan Respiratori).

4
Ketua Institut Perubatan Respiratori (IPR), Aziah Ahmad

Mahayiddin, berkata sejarah penyakit itu di Malaysia menyaksikan satu

pertiga daripada katil di hospital seluruh negara di isi pesakit tuberkulosis,

sebelum 1960. "Menyedari kuman ini cepat merebak, kerajaan memulakan

langkah kawalan dengan memperkenalkan Program Kawalan Tuberkulosis

Kebangsaan (PKTK) sekitar 1960. Empat Pusat Tuberkulosis Negara (PTN)

diwujudkan iaitu di Kuala Lumpur adalah Hospital Lady Tampler dan IPR,

Hospital Permai di Johor dan Hospital Tanjung Rambutan di Perak. Antara

lain PKTK menyediakan program rawatan yang lebih berstruktur dengan PTN

mengawasi kewujudan kes Tuberkulosis di seluruh negara, menyediakan

langkah kawalan, penyelidikan makmal dan mengasingkan pesakit sepanjang

rawatan, kata Aziah.

Penemuan ubat bagi mengatasi penyakit itu kemudian

dikomersialkan manakala suntikan BCG bagi meningkatkan sistem imun

badan dan mencegah serangan Tuberkulosis pada organ luar paru-paru mula

diperkenalkan kepada bayi, kanak-kanak berusia tujuh dan 12 tahun. Hasil

penciptaan ubat dan program kawalan yang dilakukan, ramai pihak mula

menarik nafas lega apabila statistik graf jangkitan Tuberkulosis mula menurun

dan berkurangan untuk suatu tempoh lama sehinggakan penyakit batuk

kering seolah-olah semakin hilang daripada ingatan penduduk.

5
Keadaan selesa itu berterusan sehinggalah sekitar awal 1990-an

apabila penelitian mendapati statistik graf jangkitan Tuberkulosis meningkat

kembali daripada 11,778 kes setahun yang dicatatkan pada 1995, ia melonjak

kepada hampir 16,000 kes setahun, tahun lalu. Mungkin ramai tidak

menyedari tetapi penyakit ini turut menyumbang kepada kematian kira-kira

1,500 penduduk negara ini dalam setahun dan dengan peningkatan jumlah

kes, kadar kematian juga dijangka meningkat. Aziah Ahmad Mahayiddin

(2006) berkata di dalam petikan: Berita Minggu 6 Ogos 2006 , antara faktor

peningkatan kes penyakit tuberkulosis disebabkan bertambahnya jumlah

penghidap HIV, kencing manis dan penyakit yang melemahkan sistem imun

badan sehingga tidak mampu melawan kuman “mycobacterium tuberculosis”

selain banyaknya kawasan yang sesak dengan manusia. Bagaimanapun,

Tuberkulosis bukanlah penyakit yang berbahaya dan mampu disembuhkan

akan tetapi ia mudah merebak. Mungkin ada individu yang terdedah kepada

bakteria ini tetapi tidak sakit kerana sistem imun badan mereka kuat. Namun,

bagi pesakit yang dijangkiti pula, dengan pengambilan ubat berterusan,

mereka mampu sembuh.

Berlakunya kes kematian pula disebabkan, pesakit mula

mendapatkan rawatan ketika di tahap yang kronik selain tidak mengambil

ubat mengikut jadual ditetapkan. Apabila pesakit mengambil ubat selama dua

minggu dan berasa sihat, mereka mula mengabaikannya ubatan yang di

tetapkan oleh Pegawai Perubatan, lalu menyebabkan bakteria itu tidak mati

sebaliknya menjadi kebal terhadap ubat dan menyerang semula.

6
Penyakit Tuberkulosis juga dikenal pasti sebagai antara tiga penyakit

berjangkit yang paling banyak direkodkan di negara ini setiap tahun selain

malaria dan denggi. Penyakit ini juga pernah direkodkan antara penyakit

berjangkit yang menyebabkan banyak kematian selain malaria, denggi dan

Aids. Sekitar 33 peratus daripada pesakit Aids maut disebabkan jangkitan

Tuberkulosis berikutan virus HIV memusnahkan sistem imunisasi tubuh

pesakit dan akhirnya bakteria Tubercle Bacilli yang ada dalam badan atau

baru berjangkit, merosakkan organ badan. Pada peringkat global pula,

Tuberkulosis pernah mencetuskan kebimbangan sehingga Pertubuhan

Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan 'kecemasan global' pada 1993

dan rekod pihak itu menunjukkan hampir tiga juta penduduk dunia yang

menghidap tuberkulosis, maut setiap tahun. Jika Malaysia mencatatkan

hampir 16,000 kes penghidap Tuberkulosis baru setiap tahun, WHO

mencatatkan hampir lapan juta penghidap baru, setiap tahun serta

mendahului carta penyakit berjangkit yang membawa kematian. Berbanding

penduduk Malaysia, pendatang asing di negara ini hanya mencatatkan antara

10 hingga 14 peratus kes jangkitan Tuberkolisis.

7
1.2 PENYATA MASALAH

Selaras kearah kemodenan negara dalam kemajuan dalam pelbagai aspek,

kerajaan telah meningkat taraf ekonomi, kemudahan, pembangunan serta

tidak lupa kearah kesihatan juga, dimana kerajaan telah mempertingkat

penggunaan peralatan canggih serta bersesuaian dalam merawat serta

menyembuhkan penyakit yang memerlukan rawatan rapi serta serius. Malah

negara tersenarai antara negara yang tersohor dalam bidang perubatan

kesihatan bertaraf antarabangsa. Negara kita juga dihormati dan dipandang

tinggi oleh negara-negara lain kerana kita mampu mengawal penyakit-

penyakit yang melanda di negara kita secara professional serta menyediakan

perubatan kesihatan yang lengkap dari peringkat awal kelahiran sehingga ke

akhir hayat seseorang.

Namun dalam kearah kemodenan kita dalam bidang perubatan,

terdapat suatu penyakit yang masih lagi tidak dapat dibendung mahupun

dikekang dari terus merebak iaitu penyakit tuberkulosis pulmonari suatu

ketika dahulu pernah menjadi pembunuh utama kepada penduduk di negara

ini (ketika itu Tanah Melayu -Malaya) di antara tahun 1945 hingga 1957. Kini,

seramai 15,852 orang dilaporkan menghidap penyakit batuk kering di negara

ini pada 2003 iaitu bersamaan dengan kadar insiden sebanyak 64 kes bagi

setiap 100,000 penduduk menurut lapuran Timbalan Menteri Kesihatan Abdul

Latiff Ahmad (2004).

8
Bagaimanapun, sejak tahun 1994 kes-kes baru tuberkulosis

meningkat dari setahun ke setahun di mana pada tahun 2010 sahaja

angkanya mencecah 19,337 berbanding tahun 2009 cuma 18,102 kes. Angka

ini jelas menunjukkan penyakit ini kembali lagi ke Malaysia di mana semua

rakyat perlu peka supaya tidak menjadi salah seorang mangsanya,'' kata

Pakar Perunding Penyakit Tuberkulosis IPR, Ashari Yunus (2011). Dalam

menghuraikan permasalahan ini dengan lebih mendalam, penyelidik akan

memfokuskan kajian tentang tahap kesedaran masyarakat di Hospital Tuanku

Jaafar tentang penyakit tuberkulosis pulmonari bagi tujuan untuk

mengenalpasti sejauh mana kesedaran masyarakat di Hospital Tuanku Jaafar

tentang penyakit tuberkulosis pulmonari yang menunjukan peningkatan

semenjak kebelakangan ini.

9
1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dibuat bagi mengenalpasti tahap kesedaran masyarakat di Hospital

Tuanku Jaafar tentang penyakit Tuberkulosis Pulmonari untuk mencari data

serta maklumat bagi tujuan rujukan untuk mengurang perebakan penyakit ini

di kalangan kawasan kajian.

1.3.1 Objektif umum

Untuk tahap mengenalpasti sejauh mana kesedaran golongan

masyarakat di Hospital Tuanku Jaafar tentang penyakit tuberkulosis

pulmonari yang menunjukan peningkatan semenjak kebelakangan ini.

1.3.2 Objektif khusus

1. Untuk menilai tahap pengetahuan masyarakat di lokasi kajian tentang

penyakit tuberkulosis ini dan faktor-faktor yang berkaitan dengannya.

2. Untuk menilai persepsi mereka tentang penyakit tertua ini.

3. Untuk mengenalpasti sejauh mana kesedaran mereka tentang

langkah-langkah untuk mengekang penyakit yang semakin menunjukan

peningkatan ini dari menular.

10
BAB 2

2.1 KAJIAN SEMULA

Penyakit tuberkolisis pulmonari, pernah disenaraikan antara penyakit yang

berbahaya di Malaysia pada satu ketika dahulu. Di mana Malaysia, (ketika itu

dikenali Tanah Melayu -Malaya) di antara tahun 1945 hingga 1957. Senario

waktu itu, berikutan ketiadaan penawar berkesan untuk merawat wabak

berkenaan, akhirnya penyakit ini berleluasa dan menyerang orang ramai

sehingga pesakit yang dijangkiti terpaksa dikuarantin bagi mengelak jangkitan

ini merebak luas kepada masyarakat umum. Kini, seramai 15,852 orang

dilaporkan menghidapi penyakit tuberkulosis di negara ini pada 2003 iaitu

bersamaan dengan kadar insiden sebanyak 64 kes bagi setiap 100,000

penduduk menurut laporan Timbalan Menteri Kesihatan Abdul Latiff Ahmad

(2004). Berikutan itu program Kawalan Tuberkulosis Kebangsaan ditubuhkan

pada tahun 1961 di mana kesemua pesakit dirujuk kepada Pusat

Tuberkulosis Negara di Jalan Pahang, Kuala Lumpur yang kini dikenali Institut

Perubatan Respiratori (IPR).

11
Program ini telah berjaya mengurangkan kes tuberkulosis pada

tahap yang dianggap terkawal sehingga negara ini telah dikategorikan beban

penyakit tuberkulosis sederhana. Bagaimanapun, sejak tahun 1994 kes-kes

baru tuberkulosis meningkat dari setahun ke setahun di mana pada tahun

2010 sahaja angkanya mencecah 19,337 berbanding tahun 2009 cuma

18,102 kes. ''Angka ini jelas menunjukkan penyakit ini telah kembali lagi ke

Malaysia di mana semua rakyat perlu peka supaya tidak menjadi salah

seorang mangsanya,'' kata Pakar Perunding Institut Pusat Respiratori, Ashari

Yunus (2011).

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam Clinical Practical

Guidelines (2012, Nov) menyatakan kadar kejadian penyakit tuberkulosis di

Malaysia menunjukkan peningkat tanpa henti menyebabkan kadar kecacatan

dan kematian akibatnya meningkat. Menurutnya lagi kejadian ini di pengaruhi

oleh pendemik penyakit HIV, sikap tidak acuh, kecuaian terhadap penyakit ini

di kalangan pergerakkan-pergerakkan antarabangsa. Di Malaysia, insiden

multi drugs resistance adalah masih terkawal namun terdapat Mikobakterium

Tuberkulosis yang tahan terhadap ubat anti Tuberkulosis telah dikesan

secara ekstensif. Munurut Clinical Practical Guidelines (2012, Nov) lagi,

Penyakit tuberkulosis akan beterusan menjadi penyakit yang penting secara

global dan di Malaysia. Pada tahun 2010, sebanyak 8.8 juta kes penyakit

tuberkulosis baharu telah di peringkat global dengan 0.35 juta kematian yang

melibatkan kes-kes yang positif HIV. Kadar kes-kes tuberkulosis baharu yang

di kesan di negara ini telah meningkat dari 15,000 kes pada tahun 2005

kepada 19,250 pada tahun 2011.

12
Mohamed Naim Abdul Kadir (2004) berkata, penyakit ini masih

menjadi satu masalah kesihatan awam yang besar kepada negara. "la

merupakan sejenis penyakit berjangkit utama malah mendahului denggi yang

lebih ditakuti oleh masyarakat," katanya yang juga Setiausaha Jawatankuasa

Induk Pelancaran Hari Tuberkulosis Sedunia 2004 peringkat kebangsaan.

Tanggal 24 Mac pada setiap tahun diisytiharkan sebagai Hari Tuberkulosis

Sedunia. kerana seorang ahli sains bernama Robert Koch (1883) telah

menemui bakteria Mykobacterium Tuberkulosis pada 24 Mac 1883.

Mengambil sempena penemuan bakteria tersebut pada tarikh itu, 24 Mac

telah dijadikan hari memperingati tuberkulosis sedunia pada tiap-tiap tahun.

Pada tahun 24 Mac 2004, “Setiap Nafas Adalah Bernilai - Hentikan

Tuberkulosis Sekarang” ! dipilih sebagai tema sambutan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan dua sasaran

utama menjelang 2005 iaitu mengesan sekurang-kurangnya 70 peratus kes

baru batuk kering kahak positif dalam masyarakat dan menyembuhkan

sekurang-kurangnya 85 peratus daripada mereka yang dikesan. Malaysia

telah mencapai sasaran ini sejak tahun 2002. Pertubuhan Kesihatan Sedunia

(WHO) juga mendapati imunisasi BCG yang diberikan kepada bayi baru lahir

tidak memberi perlindungan sepenuhnya terhadap jangkitan batuk kering.

Imunisasi BCG hanya melindungi kanak-kanak daripada mendapat penyakit

batuk kering yang teruk.

13
Apabila kanak-kanak meningkat dewasa, risiko jangkitan ini

adalah sama dengan orang dewasa lain yang tidak mendapat imunisasi BCG.

Kenyataan ini disokong oleh Ashari (2011) dimana beliau menyatakan

bahawa suntikan pelalian BCG untuk kanak-kanak di negara ini cuma dapat

melindungi badan mereka dari penyakit ini sehingga mereka berusia 14 tahun

sahaja.

Adalah sukar untuk menentukan bilakah penyakit batuk kering dapat

dihapuskan di Malaysia ini memandangkan banyak faktor yang menyumbang

kepada kemunculan semula penyakit ini, antaranya termasuk :

 Pendatang asing secara haram yang tidak di saringkan daripada

menghidapi penyakit ini.

 Pesakit lambat atau tidak mendapatkan rawatan kerana tidak tahu

tentang penyakit ini.

14
Dalam beberapa kenyataan, pihak WHO(2011) menyenaraikan

golongan yang berisiko dalam menghidapi penyakit ini, antaranya ialah faktor

risiko paling penting secara global ialah penghidap Human immunodeficiency

virus (HIV) 13%. Kebanyakkan pesakit tuberkulosis merupakan pesakit yang

dijangkiti oleh virus HIV. Ini ialah satu masalah tertentu di negara sub Sahara

Afrika, di mana WHO (2006) menyatakan kadar penyakit HIV adalah di paras

yang tinggi. Orang yang tanpa penyakit HIV yang dijangkiti dengan bakteria

mikrobakterium tuberkulosis, kira-kira 5–10% menghidap penyakit aktif

semasa sepanjang hayat mereka,berbeza, 30% daripada yang coinfected

dengan HIV menghidap penyakit aktif. Penyakit tuberkulosis dengan teliti

dikaitkan dengan faktor kesesakan dan kurang zat pemakanan, membuat ia

satu daripada penyakit utama disebabkan kemiskinan.

Penyakit paru-paru kronik ialah satu lagi faktor risiko yang penting

yang perlu di titik beratkan. Bagi yang menghisap rokok, risiko menghidapi

penyakit ini hampir dua kali ganda risiko daripada golongan bukan

perokok.Keadaan penyakit lain juga memainkan peranan meningkatkan risiko

menghidap penyakit ini, termasuk alcoholism dan diabetes melitus

(peningkatan tiga kali ganda). Malah ubat-ubat tertentu, seperti kortikosteroid

dan infliximab (satu antibodi monoklon anti αTNF) menjadi semakin faktor-

faktor risiko penting, terutama sekali dalam dunia maju.

15
Kementerian Kesihatan khususnya bahagian kawalan penyakit

berjangkit sentiasa berusaha secara intensif untuk membasmikan semua

penyakit berjangkit daripada terus menular di Malaysia. Mengikut turutan

penyakit berjangkit dunia, penyakit tibi berada di tangga ketujuh dan ia tidak

pernah berubah sejak tahun 1990. Hanya satu hembusan, kuman Tubercle

Bacilli mampu berpindah dan menjangkiti ramai individu lain seterusnya

'bersarang' dalam tubuh terbabit bertahun-tahun lamanya. la diam di dalam

tubuh seseorang dan menunggu masa; apabila tiba saatnya sistem imunisasi

individu itu menjadi lemah antaranya akibat penyakit kencing manis. Aids,

barah atau penyakit akibat merokok, kuman itu akan menyerang dan

merosakkan organ penghidapnya. Organ yang paling diminati kuman itu

adalah paru-paru selain selaput otak, kelenjar leher dan tulang malah pada

tahap kritikal iaitu tanpa rawatan, Tubercle Bacilli mampu menghasilkan

kerosakan maksimum sehingga menyebabkan penghidapnya menemui maut.

Berdasarkan kepada kenyataan di atas, membuktikan penyakit ini

merupakan antara pembunuh dan penyebab kecacatan yang masih menjadi

masalah secara global amnya dan di negara ini khasnya bagi negara yang

mempunyai kapasiti penduduk yang ramai serta kedatangan warga asing

yang tidak dibendung daripada memasuki negara ini, menjadikan kes

penyakit ini masih berterusan sehingga kini, dan terus menyebabkan

penderitaan bagi pesakit yang di jangkiti.

16
BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

Pengenalan kepada Metodologi Kajian.

Metodologi kajian adalah merujuk kepada kaedah yang paling sesuai untuk

menjalankan penyelidikan dan menetukan tatacara yang efetif bagi menjawab

permasalahan kajian. Bagi melaksanakan kajian ini dengan efektif,

metodologi yang dirangka adalah melibatkan pembentukan hipotesis,

pemilihan reka bentuk, kaedah pengumpulan data, penentuan populasi dan

pemilihan sampel, ujian rintis dan kaedah penganalisisan data.

3.1 Reka Bentuk Kajian

Format “Study Design” digunakan dalam menyediakan kajian ini

iaitu secara kaedah deskriptif dan kuantitatif yang berstruktur. Kaedah ini

dipilih kerana ia amat sesuai digunakan, mudah dan juga berkesan untuk

mendapatkan maklumat di kalangan responden. Penggunaan kaedah

Descriptive Study digunakan dalam kajian ini yang merangkumi

pengumpulan, analisis dan menginterprestasi maklumat, dalam

menghuraikan data-data yang diambil daripada sampel yang sesuai.

17
3.2 Skop Kajian

Kajian ini dijalankan di sekitar kawasan Hospital Tuanku Jaafar

Kawasan pini dipilih kerana ia merupakan kawasan yang paling bertepatan

dengan tajuk kajian ini.

3.3 Kaedah Pengumpulan Data

Kajian ini dilakukan dengan menggunakan borang soal selidik yang

juga dikenali sebagai ‘Questionnaire form’ yang diedarkan kepada kumpulan

sasaran yang telah dipilih untuk membantu dalam menjalankan kajian.Borang

soal selidik yang telah diedarkan mengandungi soalan-soalan yang berkaitan

dengan tajuk kajian.

Penggunaan kaedah pengedaran borang soal selidik memudahkan

kedua belah pihak iaitu kepada responden dan juga kepada penyelidik.

Kaedah ini juga boleh menjimatkan kos dan mudah untuk mendapatkan

analisa yang tepat berdasarkan soalan yang dikemukakan dalam borang soal

selidik tersebut.

18
3.4 Kaedah Persampelan Data

Seramai tiga puluh orang responden akan dipilih secara rawak yang

terdiri masyarakat di Hospital Tuanku Jaafar. Pemilihan sampel di kalangan

penduduk kawasan hospital sangat tepat dengan konsep masyarakat umum.

Selain itu, kadar pendedahan masyarakat umum di kawasan hospital

berkaitan maklumat kesihatan sedikit sebanyak mempengaruhi tahap

pengetahuan mengenai sesuatu penyakit.

3.5 Populasi Kajian

Populasi kajian adalah terdiri daripada kalangan masyarakat di

Hospital Tuanku Jaafar 30 orang responden dipilih secara rawak di kalangan

masyarakat disini. Populasi ini dipilih kerana ia memudahkan kepada

penyelidik untuk mendapatkan dan mengumpulkan data bagi membantu

kajian. Selain itu, penyelidik tidak perlu mengumpulkan responden untuk

menjawab borang soal selidik kerana borang boleh diagihkan kepada

responden dengan mudah.

3.6 Tempoh Kajian

Kajian berlangsung selama setahun sepanjang dua semester iaitu

bermula daripada semester 5 hingga ke akhir semester 6. Ini bagi memberi

ruang waktu kepada penyelidik untuk menyiapkan kajian dengan lebih

sistematik dan lengkap sebelum dihantar kepada pihak yang berkenaan.

19
3.7 Alatan Kajian

Dalam kajian yang akan dijalankan, borang soal selidik jenis

Questionaire – Closed Ended Question akan digunakan untuk mendapatkan

maklumat. Sebelum mengedarkan borang soal selidik kepada sampel yang

dipilih, terlebih dahulu kebenaran daripada Pengarah Hospital diminta bagi

menjalankan sesi kajian dan mengedarkan borang. Responden yang akan

disoal selidik akan terlebih dahulu diberi penerangan mengenai tujuan kajian

serta cara yang betul bagi menjawab soalan bagi memastikan ianya

memenuhi kehendak soalan. Segala maklumat dan butir-butir peribadi

responden akan dirahsiakan dan hanya digunakan sebagai bahan kajian

sahaja. Borang soal selidik terdiri daripada:

Bahagian A – merangkumi soalan berkaitan data demografik responden

Bahagian B – merangkumi soalan untuk menilai tahap pengetahuan

masyarakat di lokasi kajian tentang penyakit tuberkulosis

pulmonari.

Bahagian C - untuk menilai persepsi mereka tentang penyakit tertua ini serta

untuk mengenalpasti sejauh mana kesedaran mereka tentang

langkah-langkah untuk mengekang penyakit tuberkulosis

pulmonari.

20
3.8 Pilot Study

Pilot study perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum borang soal selidik

diberikan kepada respondan untuk dijawab. Kajian rintis adalah dimana

borang kaji selidik yang siap dibuat diberikan kepada beberapa individu untuk

di uji dan melihat keberkesanannya. Melalui pilot study perkara seperti

kecelaruan salah faham terhadap soalan yang membuatkan kesukaran

kepada respondan untuk menjawab soalan yang di ajukan. Borang soal

selidik yang telah siap akan diedarkan kepada 30 individu masyarakat di

Hospital Tuanku Jaafar.

3.9 Pengumpulan Data

Maklumbalas daripada responden adalah data penting untuk

meneruskan kajian.Oleh itu, data dikumpul dengan segera sejurus responden

selesai menjawab soalan dalam borang soal selidik tersebut.Hal ini tidak

mengambil masa yang lama kerana responden hanya perlu menjawab soalan

mudah yang berbentuk objektif sahaja.

21
3.10 Kaedah Penganalisaan Data

Data-data yang telah diperolehi hasil daripada agihan borang soal-

selidik dikumpul dan dianalisa berdasarkan maklumbalas yang diberikan

daripada responden. Maklumbalas yang diterima telah diterjemahkan dalam

bentuk graf dan jadual bagi menjadikan laporan kajian kelihatan lebih

sistematik dan tersusun.Di sini penyelidik menggunakan kaedah graf dan

jadual yang dibentuk melalui Microsoft Excel dan Microsoft Word.

3.11 Limitasi

Terdapat beberapa masalah yang timbul sepanjang melakukan kajian

ini. Salah satu daripadanya adalah daripada sumber bahan rujukan.

Kebanyakan sumber yang diperolehi adalah susah untuk mendapatkan

maklumat dan kebanyakkan maklumat yang ada tidak relevan. Selain itu,

pengkaji menghadapi masalah kerana pengkaji telah masuk pada sesi

klinikal.Di mana pengkaji perlu keluar dari kolej dan menghadapi masalah

dalam bertemu dengan mentor. Perbezaan waktu jadual klinikal yang

menghadkan masa untuk bertemu dengan mentor untuk berbincang

mengenai kajian ini, menjadikan kajian ini memakan masa untuk melakukan

perbincangan.

22
BAB 4

PENEMUAN DATA DAN ANALISA

Bahagian A : Demografi

PERKARA

JANTINA RESPONDEN PERATUSAN (%)


Lelaki 17 57
Perempuan 13 43
BANGSA RESPONDEN PERATUSAN (%)
Melayu 19 63
India 5 17
Cina 5 17
Lain – Lain 1 3
STATUS PERKAHWINAN RESPONDEN PERATUSAN (%)

Bujang 13 43
Berkahwin 11 37
Duda 3 10
Janda 3 10
TAHAP PENDIDIKAN RESPONDEN PERATUSAN (%)
PMR 3 10
SPM/STPM 12 40
DIPLOMA 10 33
IJAZAH DAN KE ATAS 5 17

Jadual 4.1: Data Demografi

23
Bahagian B: Pengetahuan Berkaitan Penyakit Tuberkulosis Pulmonari.

Pengetahuan Berkaitan Penyakit Tuberkulosis Pulmonari.

21%

pengetahuan
kurang pengetahuan

79%

Carta 1: Peratusan tahap pengetahuan responden tentang penyakit berkaitan


tuberkulosis pulmonari

Carta pai di atas menunjukkan peratusan tahap pengetahuan responden

tentang penyakit berkaitan tuberkulosis pulmonari di Hospital Tuanku Jaafar.

Dari data yang di kumpul pengkaji mendapati bahawa tahap pengetahuan

responden yang dikaji bagi berkaitan penyakit tuberkulosis pulmonari adalah

berpengetahuan kerana dalam 30 orang responden yang di kaji, hampir

sebanyak 79 peratus responden melepasi tahap pengetahuan yang baik

tentang penyakit tuberkulosis pulmonari, manakala 21 peratusan orang

responden yang masih kurang berpengetahuan, keadaan ini menunjukkan

jumlah yang sedikit bagi masyarakat yang di kaji mempunyai pengetahuan

yang kurang berkenaan penyakit ini.

24
Dalam jadual tersebut pengkaji telah menggunakan cara yang lebih mudah

dalam penyusunan data dengan memberikan markah 1 untuk jawapan yang

betul dan markah 0 bagi jawapan yang salah yang untuk setiap soalan yang

di jawab oleh responden. Kemudian markah ini akan di jumlahkan bagi

mencari peratusan untuk mendapatkan tahap pengetahuan responden yang

di soal berada di tahap yang baik atau kurang berpengetahuan. Maklumat ini

boleh lihat melalui jadual 4.2. dan jadual 4.2.1 di bahagian lampiran bagi

sebagai rujukan data untuk memahami.

25
Bahagian C: Persepsi serta Langkah Pencegahan Penyakit

Tuberkulosis Pulmonari

Persepsi serta Langkah Pencegahan Penyakit


Tuberkulosis Pulmonari

20%

berpengetahuan
kurang berpegetahuan

80%

Carta 2: Peratusan tahap pengetahuan responden tentang persepsi dan


pencegahan penyakit tuberkulosis pulmonari.

Melalui pemerhatian pada carta pai 2 menunjukkan peratusan tahap

pengetahuan responden tentang persepsi dan pencegahan penyakit

tuberkulosis pulmonari. Melalui analisa yang di lakukan menunjukkan hampir

kebanyakkan responden yang di kaji memahami konsep persepsi dan

pencegahan penyakit tuberkulosis pulmonari. Pekara ini dapat di lihat pada

carta pai 2, yang menunjukkan sebanyak 80 peratus responden melepasi

tahap berpengetahuan tentang persepsi penyakit ini, serta langkah

pencegahan bagi penyakit tuberkulosis pulmonari, manakala 20 peratus

responden masih kurang berpengetahuan. Data ini boleh dirujuk pada

bahagian lampiran jadual 4.3 dan jadaul 4.3.1.

26
BAB 5

PERBINCANGAN.

Daripada hasil kajian yang diperolehi dalam penganalisaan data yang telah

dilakukan, penyelidik akan mengulas sebab yang membawa kepada

keputusan tersebut. Didalam kajian yang telah dijalankan, penyelidik

mendapati tahap pengetahuan dan kesedaran masyarakat di Hospital Tuanku

Jaafar mengenai penyakit tuberkulosis pulmonari adalah berada di tahap

yang baik kerana kebanyakkan responden yang di pilih secara rawak

mengetahui serba sedikit asas penyakit tuberkulosis pulmonari, ini

menunjukkan masyarakat di Hospital Tuanku Jaafar menitik beratkan

pengetahuan kesihatan diri.

5.1 Biodata Responden (Demografi)

Pada bahagian A, penyelidik mengemukakan soalan yang berbentuk biodata

responden (demografi). Bahagian ini, terbahagi kepada 5 soalan iaitu jantina,

bangsa, status perkahwinan dan tahap pendidikan. Hasil kajian yang

dilakukan ke atas 30 orang responden, didapati bahawa sebanyak 17 orang

responden(57%) terdiri daripada lelaki manakala sebanyak 13 orang

resonden(43%) terdiri daripada wanita.

27
Selain itu, sebanyak 19 orang responden(63%) terdiri daripada bangsa

Melayu manakala sebanyak 5 orang responden(17%) terdiri daripada bangsa

India. Bagi responden yang berbangsa Cina sebanyak 5 orang

responden(17%) dan responden yang terdiri daripada lain-lain bangsa

mempunyai sebanyak seorang responden(3%). Di samping itu, dalam 30

orang responden yang dikaji, seramai 13 orang responden(43%) yang masih

bujang merupakan jumlah yang tertinggi manakala seramai 11 orang

responden(37%) yang telah berkahwin. Selain itu, status perkahwinan bagi

responden yang telah duda mencatat jumlah yang sama dengan status

perkahwinan yang telah janda iaitu seramai 3 orang responden yang mewakili

(10%).

Akhir sekali, dari segi tahap pendidikan pula, Berdasarkan kajian yang

telah dijalankan, tahap pendidikan iaitu SPM merupakan jumlah tertinggi iaitu

seramai 12 orang responden (40%) manakala DIPLOMA merupakan kedua

tertinggi iaitu seramai 10 orang responden (33%). Selain itu, bagi tahap

pendidikan seperti IJAZAH DAN KE ATAS merupakan ketiga tertinggi iaitu

seramai 5 orang responden (17%) manakala PMR merupakan jumlah

terendah iaitu seramai 3 orang responden (10%).

28
5.2 Tahap Pengetahuan Tentang Penyakit Tuberkulosis Pulmonari.

Tujuan soalan tentang pengetahuan penyakit tuberkulosis di berikan kepada

responden, bertujuan untuk melihat sejauh mana masyarakat yang dikaji

menitik beratkan kesedaran mereka tentang penyakit yang berbahaya ini.

Berdasarkan keputusan yang diperolehi hampir 79% responden mempunyai

tahap pengetahuan yang tinggi mengenai penyakit tuberkulosis pulmonari

manakala majoriti 21% mempunyai tahap pengetahuan sederhana. Tahap

pengetahuan responden yang di kaji adalah tinggi kerana didapati 90%

responden mempunyai tahap pendidikan yang agak tinggi, ini di buktikan,

melalui dalam 30 orang responden yang dikaji mendapati hanya 10%

responden yang belajar di tahap PMR, manakala 90% responden dapat

mengabiskan tempoh pembelajaran di sekolah menengah dengan kelulusan

SPM/STPM, serta ada yang menyambung pembelajaran di peringkat Diploma

dan Ijazah ke atas. Menurut Dunphy & Lawrence(1977) seandainya semua

bentuk pengetahuan diatas tidak diketahui oleh mereka, sudah tentu mereka

inilah yang akan menjadi faktor penyumbang kepada peningkatan penyakit

ini.

29
Namun, majoriti 21% yang menunjukkan masih terdapat kekurangan

pengetahuan di kalangan responden yang di kaji tentang penyakit ini, pekara

ini salah satu menunjukkan bahawa masih ada masyarakat yang tidak

mengambil berat tentang penyakit ini. Malah kemungkinan majoriti 21% ini

disebabkan faktor pemasalahan yang mempunyai taraf hidup yang rendah, di

mana mereka lebih menumpukkan pekara lain berbanding mengambil berat

kesihatan diri. Keadaan ini kemungkinan, merupakan salah satu punca

menyebabkan penyakit tuberkulosis pulmonari ini semakin meningkat di

Negara ini. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam Clinical

Practical Guidelines (2012, Nov) menyatakan kadar kejadian penyakit

tuberkulosis di Malaysia menunjukkan peningkat tanpa henti menyebabkan

kadar kecacatan dan kematian akibatnya meningkat. Menurutnya lagi

kejadian ini di pengaruhi oleh pendemik penyakit HIV, sikap tidak acuh,

kecuaian terhadap penyakit ini di kalangan pergerakkan-pergerakkan

antarabangsa

30
5.3 Persepsi serta Langkah Pencegahan Penyakit Tuberkulosis Pulmonari

Berdasarkan peratusan yang diperolehi menunjukkan bagi persepsi

responden serta langkah pencegahan responden tentang penyakit ini adalah

amat memberansangkan. Di mana,hampir 80% responden mempunyai

pengetahuan tentang persepsi penyakit ini, dimana dahulunya kepercayaan

karut penyakit tuberkulosis pulmonari yang dikaitkan dengan penyakit santau

dapat disangkal, seperti kenyataan Abdul Razak(2011) dalam laman

sesawang “bhnews@bharian.com.my” menyatakan kebanyakan pesakit tibi

dalam keadaan teruk yang datang kepada kita mengatakan pada awalnya,

mereka menyangka masalah kesihatan seperti batuk berpanjangan lebih dua

minggu; hilang selera makan serta batuk berdarah adalah disebabkan terkena

buatan orang.

31
Kemungkinan masyarakat dahulu kurang pengetahuan dalam

ilmu perubatan dan kesihatan. Namun, di zaman yang serba moden ini, telah

memudahkan masyarakat sekarang mendapatkan pelbagai ilmu di hujung

jari. Pekara ini telah menjadikan pengetahuan setiap responden adalah di

tahap yang memberansangkan. Oleh disebabkan responden mempunyai

pengetahuan yang baik mengenai penyakit ini, menjadikan responden yang di

kaji mengetahui langkah pencegahan penyakit ini, daripada di jangkiti. Majoriti

responden tahu bahawa menjauhi tempat yang sesak adalah salah satu

punca mengelakkan diri di jangkiti. Menurut Persatuan Centers for Disease

Control and Prevention (2012) telah menyatakan adalah sebaiknya seseorang

itu harus mengelak diri dari mengunjungi tempat yang sesak, kerana

kemungkinan faktor mendapatkan jangkitan daripada bakteria tuberkulosis

adalah tinggi.

Namun, masih terdapat 20% responden yang masih mempunyai

kurang pengetahuan mengenai persepsi penyakit ini, dan responden ini juga

salah satu punca menyebabkan peningkatan penyakit ini. Kerana responden

ini kemungkinan mempunyai pendidikan yang rendah atau kurang menitik

beratkan penjagaan kesihatan diri, dan menjadikan mereka mudah di jangkiti

dan mungkin menyebabkan penyebaran kuman mikrobakterium tuberkulosis

tanpa mereka sedar. Bagi 20% responden ini perlu di berikan pendidikan

kesihatan untuk menyedarkan mereka bahaya penyakit tuberkulosis.

32
BAB 6

CADANGAN DAN KESIMPULAN

6.1 KESIMPULAN

Masyarakat yang kurang berpengetahuan adalah masyarakat yang

tidak mengamalkan penjagaan kesihatan diri, malah mereka lebih

menganggap pekara itu sebagai benda biasa dan bukan mempunyai

kepentingan. Tujuan kajian ini di jalankan adalah bagi mendapatkan

maklumat serta mencari jawapan bagi kenyataan tertentu mengenai

peningkatan penyakit tuberkulosis pulmonari disebabkan berpunca dari sikap

kurangnya kesedaran dalam diri seseorang. Namun, kesimpulan yang dapat

di huraikan oleh pengkaji melalui kajian yang di jalankan yang berdasarkan

objektif kajian yang berkaitan penyakit tuberkulosis pulmonari adalah seperti

berikut.

Melalui pengkajian objektif pertama yang berkaitan tentang

pengetahuan penyakit tuberkulosis pulmonari menunjukkan peratusan yang

amat memberansangkan. Di mana daripada 30 responden yang di pilih

secara rawak di Hospital tuanku Jaafar yang di pilih untuk di soal selidik

menunjukkan sebanyak hampir 23 orang mampu menjawab pertanyaan

berkaitan penyakit tuberkulosis pulmonari. Pekara ini, kemungkinan taraf

kehidupan masyarakat di Hospital Tuanku Jaafar yang mementingkan sistem

pendidikan yang tinggi yang menjadikan mereka lebih celik serta

mementingkan penjagaan kesihatan diri.

33
Manakala bagi konsep persepsi serta langkah pencegahan penyakit

tuberkulosis menunjukkan responden yang di pilih di kawasan kajian adalah

amat memberansangkan. Rumusan yang di nyatakan oleh pengkaji tentang

pekara ini adalah kemungkinan masyarakat di Hospital Tuanku Jaafar lebih

kerap mendapat pendedahan pendidikan kesihatan menjadikan mereka lebih

cepat tersedar daripada di jangkiti penyakit berbahaya. Ini adalah kawasan

yang di kaji adalah merupakan Hospital Besar Negeri, menjadikan

kebanyakkan program kesihatan kerap di jalankan kepada masyarakat umum

bagi mengawal sesuatu penyakit berbahaya merebak, malah sikap

masyarakat yang di kaji selalu menyokong program kesihatan yang di

jalankan menjadikan mereka lebih mementingkan tahap kesihatan diri

mereka.

34
6.2 CADANGAN

Pengetahuan dan kesedaran amatlah penting untuk mengurangkan

permasalahan penyakit tuberkulosis pulmonari. Bagi merealisasikan tahap

pengetahuan masyarakat ketahap yang lebih baik di Hospital Tuanku Jaafar,

iaitu dengan cara memberikan informasi yang tepat mengenai penyakit ini

kepada masyarakat umum. Langkah pencegahan awal amatlah penting di

mana konsep mencegah itu adalah lebih baik daripada merawat. Ini dapat

dilaksanakan dengan mendapatkan kerjasama daripada masyarakat itu

sendiri dalam mengikuti program-program yang dijalankan oleh pihak

kesihatan. Pendedahan awal kepada golongan remaja mengenai bahaya

penyakit tuberkulosis pulmonari adalah penting bagi melahirkan masyarakat

yang berpengetahuan serta mampu mencegah dari menjangkiti penyakit ini

dari peringkat remaja.

Penyelidik juga menyarankan kepada pihak kakitangan kesihatan

agar memberikan penerangan yang jelas kepada masyarakat mengenai

penyakit ini bagi mengelakkan salah faham tentang penyakit ini. Peranan

dalam menjadikan masyarakat yang berpengetahuan tidak terletak di bahu

badan kerajaan sahaja khususnya Kementerian Kesihatan, media hiburan

serta media cetak juga perlu berkerjasama dengan kerajaan dalam

menjadikan pesakit mendapatkan maklumat yang sebetulnya bagi

mengurangkan kejadian kes yang melibatkan penyakit tuberkulosis

pulmonari.

35
Penghalang yang menjadikan jumlah kes penyakit tuberkulosis

pulmonari ini terus meningkat adalah di sebabkan kurangnya minat membaca

serta kemahuan untuk mendapatkan ilmu tentang penyakit ini. Penyelidik

mensarankan supaya usaha yang berterusan semua pihak dalam

menjayakan kempen-kempen yang telah di wujudkan seperti kesihatan

tentang pengawalan dan pencegahan penyakit berjangkit. Mencorakan

semula program-program diatas agar ia lebih diminati oleh masyarakat serta

dapat menarik minat masyarakat seraca amnya didalam menyertai dan

menjayakan program-program ini.

Penyelidik juga ingin mencadangkan agar Penolong Pegawai

Perubatan yang bertugas di klinik kesihatan berkerjasama dengan

masyarakat setempat bagi mengadakan promosi kesihatan dalam kalangan

masyarakat bagi proses penyampaian informasi yang tepat tentang penyakit

ini dan meningkatkan kesedaran masyarakat setempat bahaya penyakit

tuberkulosis pulmonari. Oleh itu adalah baik jika maklumat mengenai sesuatu

penyakit dapat di terangkan dengan telus dan pemberian pemplet dan risalah

kepada masyarakat di Hospital Tuanku Jaafar bagi mendapatkan kerjasama

yang lebih baik dalam memastikan kes-kes penyakit ini dapat kurangkan dari

masa ke semasa. Dengan cara ini,golongan masyarakat setempat akan lebih

prihatin dan mengambil langkah berjaga-jaga dari terdedah kepada mana-

mana faktor penyebab penyakit ini..

36
Pemberian pengetahuan mengenai aspek kesihatan daripada

peringkat sekolah adalah penting. Penyelidik mencadangkan mewujudkan

satu mata pelajaran yang dapat memberikan pengetahuan asas tentang

penyakit-penyakit agar membentuk golongan mesyarakat yang sihat dan

berpengetahuan. Dengan adanya mata pelajaran ini, ia dapat menerapkan

kesedaran dan seterusnya minat dalam diri sesaorang dalam membasmi

kejadian penyakit ini.

Akhir sekali, penyelidik mencadangkan supaya kakitangan

Kementerian Kesihatan Malaysia di klinik kesihatan, klinik desa, klinik 1

Malaysia dan hospital merekodkan kedatangan pesakit kronik yang berulang

untuk mengesan kes-kes yang kronik terutamanya penyakit tuberkulosis

pulmonari agar dapat dirujuk kepada doktor / pakar bagi rawatan yang lebih

berkesan. Dengan rekod ini juga dapat memantau dan mengesan

peningkatan kes atau penurunan kes. Dengan cara ini, kita dapat mengetahui

sejauh mana keberkesanan atas apa jua cadangan yang dikemukakan serta

keberkesanan rawatan yang diberikan.

37
BILIOGRAFI DAN RUJUKAN

Behera, D. (2010). Textbook Of Pulmonary Medicine (2nd ed.)New Delhi:


Jaypee Brothers Medical Pub. page. 457.

Burkitt, H. George (2007). Essential Surgery: Problems, Diagnosis &


Management 4th ed. London, Churchill Livingstone, Elsevier,
page 34.

Clinical Practical Guidelines (2012, Nov) Management OF Tuberculosis


(3 rd. edition) Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia.

Chaisson, RE. Martinson, NA (2008,March). Tuberculosis in Africa--


combating an HIV- driven crisis. The New England Journal of
Medicine 358 (11): 1089– 92.

Centers for Disease Control and Prevention,Tuberculosis (TB)1600 Clifton


Rd. Atlanta, GA 30333, USA. http://www.cdc.gov . tarikh akses:
16. 08 .2014

Duke’s Hamilton. July 1998. 48 Annual TB Disease.

Faizatul Farhana Farush Khan (2011, December 12) Bahaya Tibi


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Bahayatibi/Article/index.
Tarikh akses 23.01.2014

Gerald L. Mandell, John E. Bennett (2010). Mandell, Douglas,


and Bennett's Principles And Practice Of Infectious Diseases (7th ed.).
Philadelphia, PA: Churchill Livingstone/Elsevier. pp. Chapter 250

Golden M.P, Vikram H.R. (2005). Extrapulmonary Tuberculosis: An Overview.


American Family Physician

38
Ismael Kassim, Ray C.G (editors) (2004). Sherris Medical Microbiology
(4th ed.). Canada McGraw, Hill

John Macleod. 1974. Davidson's Principles and Practice of Medicine.


A textbook For Students and Doctors. 11th Edi. Churchill Livingstone.
Great Britain.

Kumar V, Abbas AK, Fausto N, Mitchell RN (editor), eds. Robbins Basic


Pathology, (8th Ed). Philadelphia: Saunders Elsevier, 2007.
page. 516–522

Sholina Osman Arkib(2011,Ogos 09) Penyakit Tibi Mudah Merebak


© Utusan Melayu (M) Bhd http://utusan.com.my. Tarikh akses:
20.01.2014

The Malaysian Association for The Prevention of TB (MAPTB) atau Persatuan


TB Tempatan Tibi – Penyakit Berjangkit No.1http://www.maptb.org.my.
Tarikh aksess:20. 01.2014

World Health Organization, WHO (2009). Epidemiology. Global tuberculosis


control:epidemiology, strategy, financing. page. 6–33. Retrieved
12 November 2009.

World Health Organization, WHO(2006). Global tuberculosis control–


surveillance, planning, financing. Retrieved 13 October 2006

39
LAMPIRAN

Bahagian B: Pengetahuan Berkaitan Penyakit Tuberkulosis Pulmonari.

Responden Soalan Soalan Soalan Soalan Soalan Jumlah Peratusan


1 2 3 4 5 (%)
1 1 1 1 0 1 4 80
2 1 1 0 1 1 4 80
3 1 1 1 1 1 5 100
4 1 1 1 1 1 5 100
5 1 1 1 1 1 5 100
6 0 0 0 1 1 2 40
7 0 1 1 1 1 4 80
8 0 1 1 1 1 4 80
9 0 0 1 1 1 3 60
10 1 1 1 0 1 4 80
11 1 1 1 0 1 4 80
12 1 1 1 1 1 5 100
13 1 0 1 1 0 3 60
14 1 1 1 1 1 5 100
15 1 1 1 1 1 5 100
16 1 1 1 1 1 5 100
17 0 1 1 1 1 4 80
18 1 1 1 0 1 4 80
19 0 1 1 0 1 3 60
20 0 1 1 1 1 4 80
21 1 1 1 0 1 4 80
22 0 1 1 1 1 4 80
23 1 1 1 0 1 4 80
24 1 1 1 1 1 5 100
25 1 1 1 1 1 5 100
26 1 1 1 1 1 5 100
27 0 1 1 1 1 4 80
28 0 1 1 0 1 3 60
29 1 0 1 0 0 2 40
30 1 0 1 0 1 3 60

Jadual 4.2 : Pengetahuan Berkaitan Penyakit Tuberkulosis Pulmonari

40
MARKAH (%) PENGETAHUAN BILANGAN PERATUSAN(%)
RESPONDEN

80 – 100 Baik 23 79

40 – 79 Kurang 7 21

Jadual 4.2.1: Tahap pengetahuan responden mengenai penyakit tuberkulosis

pulmonari.

41
Bahagian C: Persepsi serta Langkah Pencegahan Penyakit

Tuberkulosis Pulmonari

Responden Soalan Soalan Soalan Jumlah Peratusan


1 2 3 (%)
1 1 1 0 2 67
2 1 1 0 2 67
3 0 1 1 2 67
4 1 1 1 3 100
5 0 0 1 1 33
6 1 1 1 1 100
7 1 0 0 1 33
8 1 1 0 2 67
9 1 1 1 3 100
10 1 0 1 2 67
11 0 0 1 1 33
12 0 1 1 2 67
13 0 1 1 2 67
14 1 1 1 3 100
15 1 0 1 2 67
16 1 0 1 2 67
17 1 1 1 3 100
18 0 1 0 1 33
19 0 1 1 2 67
20 1 1 1 3 100
21 1 1 1 3 100
22 1 0 1 2 67
23 0 1 0 1 33
24 0 1 1 2 67
25 0 1 1 2 67
26 1 1 1 3 100
27 0 0 1 1 33
28 1 1 1 3 100
29 1 0 1 2 67
30 1 1 0 2 67

Jadual 4.3 : Persepsi serta Langkah Pencegahan Penyakit Tuberkulosis


Pulmonari

42
MARKAH (%) PENGETAHUAN BILANGAN PERATUSAN
RESPONDEN (%)

60 – 100 Baik 24 80

30 – 59 Kurang 6 20

Jadual4.3.1: Tahap pengetahuan responden mengenai persepsi dan


pencegahan penyakit tuberkulosis pulmonari.

43
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

HEALTH SYSTEM RESEARCH

BORANG SOAL SELIDIK

SYARAT- SYARAT MENJAWAB BORANG SOAL KAJI


SELIDIK:
1. Borang ini dijawab di hadapan pengkaji bagi mengelakkan
sebarang kesulitan.
2. Responden hendaklah menjawab semua soalan yang
dikemukakan oleh pengkaji.

44
BORANG SOAL SELIDIK

KAJIAN :

TAHAP KESEDARAN MASYARAKAT DI HOSPITAL TUANKU JAAFAR


TENTANG PENYAKIT TUBERKULOSIS PULMONARI.

NAMA PENGKAJI:

ABDUL HADI BIN WALAT

Tujuan Kajian:

Untuk mengenalpasti sejauh mana kesedaran golongan masyarakat di


Hospital Tuanku Jaafar tentang penyakit tuberkulosis pulmonari yang
menunjukan peningkatan semenjak kebelakangan ini.

45
Bahagian A : Demografi

Sila tandakan (  ) pada petak berikut.

1. Jantina :
Lelaki

Perempuan

2. Bangsa :
Melayu

India

Cina

Lain-lain

3. Status perkahwinan :
Bujang

Berkahwin

Duda

Janda

4. Tahap pendidikan :
PMR

SPM / STPM

IJAZAH dan ke atas

Lain – lain

46
Bahagian B: Pengetahuan Berkaitan Penyakit Tuberkulosis Pulmonari.

I. Sila tandakan(  ) pada soalan berikut

1. Penyakit tuberkulosis pulmonari adalah penyakit yang melibatkan

jangkitan pada anggota paru –paru ?

a) Ya

b) tidak

2. Penyakittuberkulosispulmonari boleh merebak melalui ?

a) udara

b) air

c) cahaya

3. Penyakit tuberkulosis pulmonari merupakan sejenis penyakit ?

a) berjangkit

b) Tidak berjangkit

c) Keturunan

47
4. Pesakit tuberkulosis pulmonariperlu menerima tempoh rawatan

lengkap ubat-ubatan selama ?

a) 2 bulan

b) 6 bulan

c) 4 bulan

5. Penyakit tuberkulosis pulmonari disebabkan oleh?

a) sejenis jangkitan bakteria

b) perbuatan ilmu santau

c) Merupakan suatu sumpahan

48
Bahagian C : Persepsi serta Langkah Pencegahan Penyakit

Tuberkulosis Pulmonari

II. Sila jawab soalan dengan menggariskan jawapan.

1. Padapandangan anda, penyakit tuberkulosis pulmonari ini ?

a) boleh disembuhkan melalui kaedah

perubatan tradisional. Ya / Tidak

b) dapat di elakkan dengan menggunakan

ilmu serapah atau jampi. Ya / Tidak

c) sama seperti penghidap santau Ya / Tidak

d) dapat disembuhkan melalui pengambilan

regim ubat yang disyorkan oleh WHO Ya / Tidak

e) Boleh mengundang maut Ya / Tidak

2. Penyakittuberkulosis pulmonari boleh berjangkit melalui?

a) pengudaraan yang tercemar Ya / Tidak

b) perkongsianbarangperibadi Ya / Tidak

c) berada dalam suasana yang sesak Ya / Tidak

d) berada di bilik yang terlalu gelap Ya / Tidak

3. Adakah anda tahu bahawa penyakit tuberkulosis pulmonari boleh

dielakkan melalui kaedah berikut?

a) Menjauhi tempat yang terlalu sesak Ya / Tidak

b) Mendapatkan imunisasi BCG semasa Ya / Tidak

dilahirkan dan ketika berumur 12 tahun

c) Elakkan berada di bilik yang terlalu gelap Ya / Tidak

49
KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN SEREMBAN

JALAN RASAH 70300 SEREMBAN

JADUAL PERLAKSANAAN TUGASAN PENYELIDIKAN


HEALTH SYSTEM RESEARCH ( HSR )

Bulan Jan Feb Mac April Mei Jul Ogos Sep Okt
Aktiviti
Taklimat x

Kenyataan x
Masalah
Pemilihan tajuk x
dan penghantaran
proposal
Kelulusan x
proposal
Pencarian bahan x x
kajian semula
Penyediaan x
Questionaire
Pilot Study x

Pengedaran x
Questionaire
Pengumpulan data x
Pemprosesan x
Data
Penganalisaan x
Data
Perbincangan x x

Persembahan
laporan kepada x x
penyelia
Penyusunan hasil
laporan x

Proses semakan x

Penyerahan hasil
kerja (HSR) x
lengkap

50

You might also like