You are on page 1of 6

BAB 2

KAJIAN SEMULA

National Heart, Lung and Blood Institute (NHLBI), 1997 menyatakan bahawa

asma bronkiol adalah penyakit kronik radang saluran pernafasan. Keradangan saluran

pernafasan menyumbang kepada hyperresponsiveness saluran udara, aliran udara yang

tersekat, dan gejala pernafasan. Aliran udara yang tersekat terjadi kerana penyempitan

saluran pernafasan dimana terdapat akut edema bronkokonstriksi dan pembentukan

plug. Pesakit asma bronkiol biasanya dikategorikan dimana mempunyai serangan

yang ringan, sederhana, berterusan, dan teruk, berdasarkan simptom dan keputusan

ujian diagnostik pada tahap tertentu. Walaupun asma bronkiol boleh menjejaskan

pesakit-pesakit sepanjang hayat mereka, penyakit ini mempunyai ciri-ciri khusus

untuk umur tertentu dan isu-isu diagnosis perbezaan. Isu-isu ini perlu

dipertimbangkan dalam etiologi dan rawatan asma bronkiol.

Global Initiative for Asthma (GINA) yang dipetik dari Global Strategy for

Asthma Management and Prevention 2006, asma bronkiol adalah gangguan kronik

radang saluran pernafasan di mana, sel-sel yang tidak banyak dan unsur-unsur sel

memainkan perana. Keradangan kronik yang berkaitan dengan saluran pernafasan

hyperresponsiveness yang membawa kepada episod berulang bunyi berdehit, sesak

nafas, kesesakan dada, dan batuk terutamanya pada waktu malam atau awal pagi.

Faktor-faktor yang mempengaruhi asma bronkiol boleh dibahagikan kepada perkara-

perkara yang menyebabkan peningkatan asma bronkiol dan perkara-perkara yang

mencetuskan penyakit asma bronkiol tersebut. Faktor tersebut terbahagi kepada dua
iaitu faktor host iaitu genetik dan faktor persekitaran seprti pencemaran udara, habuk,

debu, dan asap rokok juga boleh mencetuskan penyakit ini.

Penyakit asma bronkiol merupakan penyakit yang merbahaya yang boleh

menyebabkan kematian sekiranya tidak dirawat dan dicegah. Menurut Crocket

(1997), asma bronkiol didefinisikan sebagai satu penyakit dari sistem pernafasan yang

menyebabkan keradangan pada salur pernafasan.

Menurut American Thoracis Society (1990) pula, asma bronkiol adalah

merupakan satu penyakit apabila berlakunya peningkatan rangsangan terhadap saluran

trakea dan bronkus dan ia sembuh secara spontan atau melalui rawatan.

Menurut Zainudin, M.Z. et al. ; Guidelines for Management of Adult

Asthma (Revision 2002) menyatakan bahawa asma bronkiol berlaku tanpa mengira

keterukan dan merupakan gangguan radang saluran pernafasan yang kronik. Individu

yang mudah mendapat serangan asma bronkiol, keradangan ini menyebabkan

berulangnya sesak nafas, sesak dada, dan batuk terutamanya pada waktu malam dan

awal pagi. Ia selalu dikaitkan dengan halangan pengaliran udara yang meluas tetapi

berubah-ubah yang akan baik melalui rawatan atau secara spontan. Dalam kajian

selidik yang besar, pesakit asma bronkiol dalam lapan kawasan di rantau Asia Pasifik,

hanya 13.6% daripada responden yang diambil yang mengambil rawatan

kortikosteroid yang disedut walaupun hampir separuh daripada mereka mempunyai

gejala asma bronkiol yang berterusan. Kematian asma bronkiol yang semakin

meningkat dan morbiditi telah dikaitkan dengan rawatan yang tidak mencukupi dan

penyeliaan yang teruk.


Menurut Asthma Society for Canada (2005), menyatakan bahawa asma

bronkiol sebagai penyakit radang kronik saluran udara yang boleh menyebabkan

mana-mana atau kesemua gejala berikut seperti sesak nafas, sesak di dada, batuk, dan

berdehit. Apabila paru-paru bertindak lebih kepada rangsangan seperti cuaca sejuk,

allergen dan udara kering, lama kelamaan saluran pernafasan menjadi radang dan

sensitif. Keradangan yang berlaku jika tidak dirawat seringkali akan membawa kepada

serangan asma bronkiol. Asma bronkiol adalah penyakit lazim yang menjejaskan

Kanada. Asma bronkiol boleh didiagnosa pada mana-mana peringkat umur tetapi

selalunya bermula di peringkat kanak-kanak dan apabila meningkat dewasa ia akan

beransur hilang namun, ia bergantung kepada individu tersebut. Punca-punca

berlakunya asma bronkiol di Kanada ialah sejarah kerluarga yang mempunyai asma

bronkiol atau alahan yang terdedah dalam waktu lama kepada hama, asap tembakau

atau terdedah kepada racun perosak di tempat kerja. Pencetus alahan pula adalah

seperti bulu haiwan seperti kucing, burung, anjing, debunga dan lipas. Pencetus bukan

alahan pula adalah seperti bahan kimia dari asap dan bau, jangkitan virus pada salur

pernafasan, cuaca (udara sejuk dan ribut petir) daan ktiviti yang berlebihan boleh

menyebaabkan berlakunya asma bronkiol.

Menurut artikel dari keratan akhbar Harian Metro, laporan oleh Suzan

Ahmad pada 1 Mei 2011, sempena Hari Asma Bronkiol atau Lelah Sedunia, Abdul

razak Muttalif menjelaskan menerusi kajian yang dijalankan berkaitan pengurusan dan

kawalan asma bronkiol di Malaysia, didapati bahawa sebanyak 30 hingga 40 peratus

pesakit asma bronkiol terganggu kualiti hidupnya dimana mereka tidak bekerja dan

tidak bersekolah dan 30 hingga 40 peratus lagi tidak dapat menyertai aktiviti sukan,

aktiviti fizikal atau bersantai. Melalui kajian ini,beliau berkata bahawa penyakit asma
bronkiol di negara ini memang tidak dikawal dengan baik terutamnya dari segi

pengurusan rawatan dimana ubat hanya digunakan apabila sakit sahaja di samping,

pengambilan ubat yang tidak teratur dan salah. Akibatnya, setiap kali mendapat

serangan asma bronkiol, paru-paru mengambil masa yang lama untuk sembuh.

Menurut beliau lagi, asma bronkiol tercetus dengan kehadiran dua komponen utama

iaitu alahan yang wujud secara genetik serta akibat terdedah kepada suasan atau

perkara tertentu yang memburukkan lagi keadaan, dan pada dasarnya asma bronkiol

boleh dikatakan sebagai penyakit alahan. Perkara utama yang membabitkan asma

bronkiol ialah saluran udara iaitu apabila alahan berlaku, saluran menjadi bengkak dan

mula menyempit, maka udara akan sukar keluar dan masuk menyebabkan pesakit

tercungap-cungap dan mengeluarkan nafas yang berbunyi. Kadang kala, apabila

saluran sempit dan menjadi radang, ia akan mengeluarkan banyak cecair dan cecair

inilah yang menjadikan saluran semakin sempit dan menyebabkan pesakit sering

batuk dan menandakan pesakit asma bronkiol tersebut mempunyai kahak. Dahulu,

hanya terdapat ubat untuk membuka saluran udara, dan tiada penawar untuk

mengurangkan keradangan namun kini sudah terdapat kedua-duanya sekali. Oleh itu,

pesakit harus mengambil ubat tersebut. Namun, ubat yang paling mujarab adalah ubat

yang mengurangkan radang kerana kesannya adalah untuk jangka masa panjang.

Namun begitu, timbul masalah apabila terdapat pesakit yang tidak suka menggunakan

ubat tersebut kerana ia tidak menampakkan kesan dalam waktu yang cepat. Oleh itu,

pesakit perlu diberi kesedaran mengenai cara mengawal dan menguruskan asma

bronkiol supaya mereka boleh menikmati kualiti hidup yang terbaik dengan amalan

gaya hidup sihat.


Menurut artikel dari keratan akhbar Utusan Malaysia, laporan oleh Rabiatul

Adawiyah Koh Abdullah pada 16 Mei 2010, sempena Hari Asma Bronkiol Sedunia,

Zal Abdul Rahim menyatakan bahawa asma bronkiol merupakan sejenis penyakit

kronik pru-paru iaitu berlkuny inflamasi atau radang pada saluran pernafasan. Ia juga

menjejaskan punca sebenar seseorang itu menghidap asma bronkiol tidak diketahui,

sekiranya terdapat ahli keluarga yang menghidap asma bronkiol, maka seseorang itu

lebih berisiko untuk mendapat penyaakit tersebut. Terdapt tiga faktor yang

menyebabkan seseorang itu mendapat penyakit asma bronkiol iaitu keturunan,

pendedahan agen, persekitaran dan pekerjaan. Selain itu, obesiti dan faktor jantina

juga turut mempengaruhi di mana, kanak-kanak lelaki lebih mudah mendapat asma

dua kali ganda berbanding kanak-kanak perempuan. Manakala bagi kalangan dewasa,

lebih ramai perempuan yang menghidap penyakit tersebut berbanding lelaki namun

punca sebenar masih tidak diketahui. Lebih daripada 300 bahan telah terbukti bahawa

penyakit asma bronkiol juga disebabkan oleh sumber pekerjaan (occupational

asthma). Ia berlaku apabila pesakit terdedah kepada agen yang terdapat di tempat

kerja seperti pekerja industri cat dan plastik yang terdedah dengan pelbagai bahan

kimia.

Asma merupakan penyakit gangguan inflamasi kronik saluran pernafasan yang

tidak berfungsi apabila kurangnya aliran udara yang keluar masuk dan gejala

pernafasan yang meliputi bunyi nafas seperti wheezing, batuk, sakit dada dan

kesukaran bernafas (Sudoyo A.W, 2006).

Asma merupakan satu penyakit yang bercirikan sesak nafas,

hyperresponsiveness bronkus dan inflamasi pada saluran pernafasan (Bussed an

Lemanske, 2001).
Menurut Rozlan .I. et al. (1999), menyatakan bahawa asma bronkiol adalah

keadaan kronik radang pada saluran pernafasan,ia bercirikan batuk, sesak nafas, sakit

dada dan bertambah teruk pada waktu malam. Di kebanyakkan negara, asma bronkiol

semakin meningkat terutamanya pada dekad kedua, dimana penyakit ini memberi

kesan kepada 10 hingga 15% daripada populasi. Terdapat juga kenyataan dimana

asma bronkiol lebih biasa berlaku di New Zealand tetapi jarang berlaku di Malaysia

dan China. Asma bronkiol boleh dibahagikan kepada dua iaitu instrinsik dan

ekstrinsik. Ekstrinsik adalah disebabkan oleh punca luaran manakala intrinsik pula

ialah tiada penyebab yang dikenalpasti. Estrinsik selalunya terdapat pada pesakit yang

positif skin-prick dan menunjukkan sebanyak 90% pada kanak-kanak dan 50% pula

pada orang dewasa manakala instrinsik asma bronkiol bermula dalam pertengahan

tahun.

You might also like