You are on page 1of 11

PKES_3053

PERTOLONGAN CEMAS
PENDIDIKAN JASMANI & PENDIDIKAN KESIHATAN

MUHAMMAD HANIF BIN AWANG ISMAIL


muhdhanif.awgismail@gmail.com
2018312340048
NURUL FIRZANAH HAZIMAH BINTI MOHD FUAD
nurulfrznh@gmail.com
2018312340053
MUHAMMAD HANIF BIN AWANG ISMAIL NURUL FIRZANAH HAZIMAH BINTI
muhdhanif.awgismail@gmail.com MOHD FUAD
2018312340048 nurulfrznh@gmail.com
2018312340053
Asma adalah penyakit paru-paru kronik yang
membengkak dan menyempitkan saluran
pernafasan. Semasa serangan asma, pesakit
mungkin mengalami ‘wheezing’ (bunyi bersiul
apabila sedang bernafas), kesesakan dada, sesak
nafas dan batuk. Batuk yang sering berlaku
adalah pada waktu malam atau awal pagi. Asma
boleh menjadi penyakit yang mengancam nyawa
jika tidak dirawat.
Pendedahan
Pencemaran kepada udara
udara dalaman sejuk atau
dan luaran, perubahan
Reaksi alahan suhu secara
atau alergi termasuk ozon
dan tiba-tiba
kepada
debunga, kulat, pencemaran
Pendedahan
bulu haiwan, zarah
kepada asap
rokok bulu, habuk,
makanan, dan
Jangkitan lipas
pernafasan
dan
selsema
Walaupun tiada sebab yang khusus diketahui untuk penyakit
asma, semua penghidap mempunyai persamaan yang sama
iaitu keradangan saluran pernafasan yang kronik.

Saluran pernafasan mereka adalah sangat sensitif kepada


pelbagai sebab.

Jika terdapat faktor yang boleh menyebabkan asma berlaku,


saluran pernafasan akan menjadi radang (saluran pernafasan
mengandungi lendir, bengkak, dan sempit).

Seterusnya otot yang berhubung dengan saluran pernafasan ini


menjadi lebih sempit daripada biasa.

Ini menyebabkan pesakit sukar untuk bernafas dan boleh


menyebabkan serangan asma.
Jika seseorang menghidapi asma, dia perlu
mengikuti pelan tindakan doktor sebagai langkah
berjaga-jaga untuk bersedia menghadapi ancaman
serangan asma. Sesiapa yang merasakan boleh
berada di dalam kesukaran untuk bernafas atau
sesak nafas akut hendaklah segera mendapatkan
rawatan di jabatan kecemasan. Nasihat ini juga
disarankan bagi penghidap asma yang merasakan
keadaan mereka adalah lebih buruk/teruk
daripada biasa atau tidak bertindak balas kepada
rawatan yang biasa.
Ubat-ubatan pengawal – adalah Ubat Penyelamat – diambil
untuk kawalan asma yang berterusan. apabila tanda-tanda serangan
Ubat-ubatan ini membantu asma bermula dan ia boleh
mengurangkan keradangan ketika menghentikan serangan
serangan asma. Ubat-ubat ini perlu tersebut. Antara ubat yang
diambil setiap hari sama ada digunakan termasuk beta-agonis
seseorang mempunyai gejala atau dan anticholinergic. Contoh ubat:
tidak. Ubat pengawal termasuk Salbutamol, Terbutaline,
kortikosteroid dihidu (jenis ubat Fenoterol, Ipratropium bromide
utama) dan perencat leukotriene. (Atrovent).
Contoh ubat : Beclomethasone,
Budesonide, Fluticasone .
Bagi kedua-dua ubat pengawal dan ubat
penyelamat di atas alat sedut adalah
kaedah yang berkesan, dimana pesakit
perlu mengendalikan alat sedut tersebut
dengan betul supaya ubat tersebut boleh
mencapai bahagian dalam paru-paru yang
memerlukannya. Adalah penting untuk
mempelajari penjagaan dan penggunaan
alat sedut tersebut dengan betul.
Terdapat banyak jenis alat sedut (inhaler). Salah satunya adalah alat sedut dos
bermeter (MDI). Cara penggunaan MDI sedut adalah:
1. Duduk atau berdiri tegak
2. Keluarkan penutupnya dari corong
3. Letakkan alat sedut dengan jari telunjuk di bahagian atas tabung dan ibu
jari di bahagian bawah
4. Goncang alat sedut
5. Tarik nafas sepenuhnya melalui mulut dan hembus nafas perlahan-lahan
6. Letakkan pelekap mulut alat sedut di dalam mulut. Tutup bibir di sekitar
corong dengan rapat. Dongakkan kepala sedikit ke belakang
7. Mula untuk menarik nafas perlahan-lahan dan mendalam melalui corong
dan pada masa yang sama tekan ke bawah pada tabung alat sedut
dengan jari telunjuk
8. Terus tarik nafas dalam dan dengan perlahan-lahan tahan nafas selama 5
hingga 10 saat (mengikut kemampuan)
9. Keluarkan alat sedut dari mulut dan hembus nafas perlahan-lahan
melalui hidung tanpa membuka mulut
10. Tunggu 1 minit sebelum mengulangi dos kedua
11. Gantikan penutup selepas digunakan
12. Bilas mulut selepas menggunakan steroid yang telah disedut
Serangan asma tidak dapat dielakkan, tetapi
asma boleh dicegah.
• Elakkan faktor penyebab sebanyak mungkin
• Ambil ubat-ubatan seperti yang disyorkan
• Orang yang mempunyai alahan luaran harus
mengelakkan aktiviti luar apabila bacaan indeks
pencemaran adalah tinggi/tidak sihat.
• Senaman juga boleh menyebabkan berlakunya asma.
Beberapa perkara boleh membantu seperti
menjalankan aktiviti pemanasan (warming up)
sebelum memulakan aktiviti dan secara beransur-
ansur melakukan penyejukan badan selepas
bersenam. Elakkan bersenam semasa jangkitan
saluran pernafasan serta elakkan senaman dalam
cuaca yang sangat sejuk.

You might also like