You are on page 1of 8

1.

a Jelaskan tujuan melaksanakan pengujian, pengukuran dan penilaian dalam


Pendidikan Jasmani.

Pengujian merupakan suatu instrumen yang digunakan untuk mendapat maklumat


murid. Ianya boleh dilakukan melalui beberapa bentuk seperti soalan bercetak atau
lisan, bateri prestasi tahap fizikal, pemerhatian tingkah laku melalui senarai semak atau
rekod anekdotal. Borhan Yusof (2008) berpendapat bahawa ujian ialah satu instrumen
atau alat yang digunakan untuk mendapatkan maklumat murid sebelum, semasa dan
selepas pengajaran. Pengukuran pula bertujuan mengutip maklumat berangka tentang
ciri-ciri tertentu yang dipunyai oleh seseorang. Pengukuran juga boleh ditakrifkan
sebagai membina, mentadbir dan memberi nilai kepada ujian. Manakala penilaian pula
merupakan satu proses untuk mengumpul, menganalisis dan mentafsir data yang
dikutip. Tujuan penilaian dalam Pendidikan Jasmani adalah untuk memfokuskan
kepada setiap orang murid. Hal ini adalah kerana setiap murid adalah unik dan
berbeza-beza dimana hasil daripada penilaian dapat memberikan maklumat tentang
kelebihan dan juga kelemahan seseorang murid. Dengan itu, guru dapat
mengaplikasikan prinsip pendidikan jasmani dan seterusnya meningkatkan lagi prestasi
murid. Tujuan penilaian dalam Pendidikan Jasmani yang seterusnya ialah untuk
menentukan status semasa murid. Menurut Kirkendal, Gruber dan Johnson (1987)
penentuan status adalah meliputi pemberian gred, mengecualikan pelajar dari suatu
aktiviti, memberi maklum balas untuk meningkatkan prestasi, menetapkan seseorang
individu dalam kumpulan tertentu dan menentukan aktiviti tertentu. Selain itu, penilaian
dalam Pendidikan Jasmani juga bertujuan untuk memilih wakil sekolah melalui penilaian
menggunakan kriteria-kriteria tertentu membolehkan proses pemilihan dilaksanakan
dengan lebih saksama. Tujuan penilaian yang selanjutnya adalah untuk memotivasikan
murid. Apabila penilaian dibuat, murid akan menerima maklum balas daripada guru
atau jurulatih. Sekiranya penilaian murid bagus, ia akan memberikan kesan positif
kepada murid berkenaan. Sebaliknya jika keputusan penilaian disalahgunakan makan
kesan negatif akan timbul dan ini mungkin menyebabkan seseorang itu menjadi hampa
dan putus asa.
1b. Rangkakan satu bateri ujian kemahiran motor untuk mengukur ketangkasan.

Nama Ujian : Hexagon Agility Test

Objektif : Menguji komponen ketangkasan seseorang individu iaitu dengan


melakukan pergerakan berturutan atau mengubah kedudukan badan dengan cepat di
samping mengawal pergerakan.

Peringkat Umur : 10-17 tahun.

Jantina : Lelaki dan perempuan

Kemudahan/ Alatan: Pita pengukur, pita atau kapur untuk menandakan tanah, jam
randik, borang skor.

Arahan/ Penerangan:

i) Peserta berdiri dengan kedua-dua kaki di tengah-tengah segi enam dengan


menghadap ke garisan depan.

ii) Masa akan diambil apabila wisel ditiup. Peserta perlu melompat ke hadapan,
kemudian kembali ke garis yang sama di tengah-tengah segi enam.

iii) Kemudian peserta akan terus menghadap ke depan dengan kaki bersama,
melompat ke sisi seterusnya dan kembali ke segi enam.
iv) Peserta dibenarkan mengulang kembali sebanyak 2 kali jika didapati membuat
kesalahan.

v) Teruskan lompatan penuh segi enam ini sebanyak 3 kali.

vi) Lakuan ujian pertama adalah mengikut arah jam dan yang seterusnya adalah lawan
arah jam.

Norma ujian :

Keputusan Lelaki Perempuan


Terbaik < 11.2 saat <12.2 saat
Baik 11.2-13.3 saat 12.2-15.3 saat
Memuaskan 13.4-15.5 saat 15.4-18.5 saat
Sederhana 15.6-17.8 saat 18.6-21.8 saat
Lemah >17.8 saat >21.8 saat
Soalan 2

Keputusan ujian SEGAK perlulah dipandang serius dan membuat penambahbaikan


bagi melahirkan murid yang cergas dari segi fizikal kerana kecergasan menyeluruh
boleh membantu murid menghindari diri mereka daripada pelbagai penyakit. Menurut
Wee (2001), kecergasan keseluruhan iaitu kecergasan fizikal, mental, emosi, rohani
dan sosial. Berdasarkan pernyataan tersebut, kecergasan bukan sahaja membantu
untuk memenuhi keperluan seharian tanpa rasa lesu dan letih malah kecergasan dapat
meningkatkan keupayaan kognitif, keupayaan untuk mengawal emosi, keupayaan untuk
berinteraksi dengan orang lain dan persekitaran. American Collage of Sport Medicine
(ACSM) menyatakan bahawa orang setiap individu normal wajib melakukan senaman
sekurang 30 minit sehari dan 3 hingga 4 kali seminggu untuk mengekalkan tahap
kecergasan dan kesihatan. Bagi meningkatkan kecergasan fizikal, saya telah
mengemukakan beberapa cadangan aktiviti atau intervensi bagi menambahbaik dan
meningkatkan kecergasan fizikal seseorang individu berdasarkan komponen
kecergasan berlandaskan kesihatan.

Berdasarkan Jadual 1, data ujian BMI bagi murid lelaki, 28.6% murid
mencatatkan kiraan BMI iaitu diantara 14.0 dan ke bawah serta boleh ditafsirkan
sebagai kurang berat badan. Manakala 52.4% murid mencatatkan kiraan BMI iaitu
diantara 19.2 hingga 14.1 dan ini ditafsirkan sebagai mempunyai berat badan normal.
Murid lelaki yang selebihnya 19% lagi mencatatkan kiraan BMI iaitu 22.5 keatas dan ini
ditafsirkan sebagai mempunyai berat badan berlebihan. Berdasarkan data ujian BMI
bagi murid perempuan pula, 33.3% murid mencatatkan kiraan BMI di antara 13.8 dan
kebawah serta boleh ditafsirkan sebagai murid perempuan yang mempunyai kurang
berat badan. 40.7% murid telah mencatatkan kiraan BM di antara 19.9 hingga 13.9 dan
ia boleh ditafsirkan sebagai kumpulan murid yang mempunyai berat badan normal.
14.8% murid berisiko mempunyai berat badan berlebihan dimana mereka mencatatkan
kiraan BMI di antara 23.7 hingga 20.0. Murid perempuan yang selebihnya 11.1% murid
pula mencatatkan kiraan BMI iaitu 23.7 ke atas dan ini boleh ditafsirkan sebagai
mempunyai berat badan berlebihan.

Bagi murid yang mempunyai masalah kurang berat badan, antara inisiatif yang
boleh dilakukan untuk menambah berat badan dengan cara yang sihat ialah merancang
cara pemakanan yang dengan baik iaitu makan melibihi keperluan merupakan kunci
utama untuk penambahan berat badan. Oleh itu, golongan kurang berat bedan ini
perlulah menambah pengambilan makanan mereka berbanding kebiasaan. Selain itu,
golongan kurang berat badan ini juga perlu memilih snek secara bijak iaitu snek yang
mengandungi kalori tambahan, vitamin dan mineral seperti keju atau mentega kacang
yang terdapat pada biskut-biskut. Bagi kumpulan murid yang mempunyai BMI yang
normal, mereka perlulah terus mengamalkan gaya kehidupan yang aktif dan memilih
makanan yang sihat seperti beriadah selama 30 minit setiap hari. Bagi individu yang
berisiko berlebihan berat badan, mereka perlulah bergerak lebih aktif seperti melakukan
aktiviti riadah pada petang hari atau pada hujung minggu. Hal ini sedikit sebanyak dapat
membantu mereka terhindar daripada masalah berat badan yang tidak normal.
Seterusnya, bagi kumpulan murid yang mempunyai berat badan berlebihan mereka
juga perlulah berdisiplin dalam menjaga pemakanan seharian dan juga sentiasa aktif
supaya terhindar daripada sebarang masalah kesihatan.

Berdasarkan data ujian naik turun bangku murid lelaki tahun 5, 9.5% telah
berjaya mencapai skor A, 38.1% berjaya mencapai skor B, 23.8 mencapai skor C,
19.0% daripada mereka hanya mencapai skor D dan 9.5% daripada mereka mencapai
skor E. bagi murid perempuan pula, sebilangan besar iaitu 51.9% murid telah berjaya
mencapai skor A, 40.7% murid berjaya mencapai skor B, dan hanya 3.7% yang masing-
masing mencapai skor D dan E. Pada ujian ini, ia sebenarnya menguji daya tahan
kardiovaskular murid. Daya Tahan Kardiovaskular ialah keupayaan sistem
kardiovaskular mengedar darah beroksigen ke otot-otot yang bekerja dan seterusnya
membawa keluar bahan kumuhan dari otot. Jantung yang efisien membolehkan individu
melakukan aktiviti secara berterusan dalam jangka masa yang lama tanpa rasa penat.
Murid boleh meningkatkan keefisienan sistem ini dengan banyak melakukan aktiviti
fizikal seperti skipping, berlari, berjogging atau berbasikal. Aktiviti-aktiviti seperti ini
adalah sesuai dilakukan oleh murid tahun 4 dan perlulah dijadikan kebiasaan supaya
murid-murid dapat mempunyai daya tahan kardiovaskular yang baik serta tidak mudah
penat apabila melakukan aktiviti fizikal. Aktiviti fizikal ini hendaklah dilakukan secara
berkala supaya jantung dapat mengadaptasi dengan perubahan tersebut. Latihan yang
kerap akan membantu meningkatkan daya tahan kardiovaskular murid dengan lebih
cepat. Senaman aerobik adalah bagus untuk meningkatkan daya tahan kardivaskular
seseorang. Ia adalah aktiviti yang dilakukan secara berterusan sekurang-kurangnya
selama 20 minit sehingga mencapai degupan jantung tidak kurang dari 120 denyutan
seminit.

Bagi ujian tekan tubi untuk murid lelaki, sebilangan besar iaitu 95.2% murid telah
berjaya mencapai skor A dan hanya 4.8% murid yang mencapai skor B. Begitu juga
dengan data murid perempuan dimana sebilangan besar iaitu 81.5% murid berjaya
mencapai skor A, 14.8% murid berjaya mencapai skor B dan 3.7% murid mencapai skor
D. Bagi ujian ringkuk tubi separa murid lelaki, 42.9% telah berjaya mencapai skor A,
28.6% berjaya mencapai skor B, 23.8% murid mencapai skor C dan 4.8% murid
mencapai skor D. Pada data ujian ringkuk tubi separa murid perempuan pula
menunjukkan, 33.3% murid telah berjaya mencapai skor A, 22.2% murid berjaya
mencapai skor B, 37.0% murid mencapai skor C, 3.7% murid mencapai skor D dan juga
3.7% murid mencapai skor E. Pada ujian ini, ia menguji daya tahan dan kekuatan otot
murid. Daya Tahan Otot ialah komponen kecergasaan fizikal yang menjurus kepada
keupayaan otot atau kumpulan otot untuk menguncup berulang kali dalam jangka masa
yang panjang tanpa cepat berasa lesu dan kekuatan otot adalah kemampuan otot
melakukan aktiviti untuk mengatasi rintangan atau mengangkat beban dengan
menggunakan daya yang maksimum. Aktiviti untuk meningkatkan daya tahan dan
kekuatan otot ini boleh menggunakan berat badan sendiri seperti melakukan tekan tubi,
bangkit tubi dan squat. Aktiviti latihan lain yang boleh dilakukan untuk meningkatkan
daya tahan otot ialah half squat, bench press, hamstring curl, back extension dan
crunches. Kajian menunjukkan, satu set pengulangan sebanyak 12 kali latihan
kekuatan dengan berat yang betul dapat membina otot dengan lebih baik sama seperti
tiga set latihan yang sama. Bagi mengelakkan kecederaan otot, murid boleh
menggunakan beban yang ringan terlebih dahulu dan cuba untuk menambah beban
apabila sudah dapat menguasainya.

Bagi ujian jangkauan melunjur murid lelaki, sebilangan besar daripada mereka
iaitu 61.9% murid hanya mencapai skor C dan selebihnya iaitu 38.1% murid mencapai
skor D. Data ujian jangkauan melunjur murid perempuan pula menunjukkan 3.7% murid
telah berjaya mencapai skor A dan 3.7% murid berjaya mencapai skor B. 59.3% murid
perempuan yang lain telah mencapai skor C, 29.6% murid mencapai skor D dan 3.7%
murid mencapai skor E. Pada ujian ini pula ia menguji fleksibiliti murid iaitu keupayaan
otot, ligamen dan tendon membenarkan anggota badan bergerak bebas pada julat
pergerakan yang maksimum. Bagi meningkatkan tahap kelenturan, terdapat beberapa
aktiviti yang boleh dilakukan dan antaranya ialah yoga. Sebelum melakukan sebarang
aktiviti fizikal,adalah digalakkan untuk melakukan beberapa regangan dan ianya
perlulah bersistemik iaitu bermula dari bahagian atas kepala dan turun ke bawah
sehingga ke hujung kaki atau bermula dari tengah dan kemudia bergerak ke bahagian
tangan dan kaki. Regangan hendaklah dilakukan secara perlahan dan membiarkannya
sehingga tahap regangan yang maksimum. Semasa membuat regangan, bernafaslah
seperti biasa dan tenangkan fikiran. Bagi meningkatkan tahap kelenturan, murid
perlulah sentiasa mengamalkan senaman regangan secara kerap. Kelebihan individu
yang mempunyai kelenturan yang baik adalah dapat meningkatkan prestasinya dalam
semua pergerakan.
Kesimpulannya, jika program intervensi ini dilakukan mengikut jadual atau
berpandukan prinsip FITT, ia akan memberikan kesan yang lebih baik kerana adanya
peningkatan yang boleh dilihat. Oleh itu, setiap individu perlulah mengamalkan gaya
hidup yang cergas bagi mengelakkan diri dari sebarang penyakit. Pengamalan gaya
hidup yang sihat banyak membantu kita dalam menjalankan kehidupan seharian tanpa
merasa lesu. Dalam melahirkan generasi yang bijak inteleknya, guru memainkan
peranan yang penting dalam membina jasmani dan emosi murid. Ini bertepatan dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan insan yang seimbang dari aspek
JERIS iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosialnya.

RUJUKAN

Panduan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia


(SEGAK) 2016. Pusat Perkembangan Pendidikan, Kementerian Pelajaran
Malaysia.

Buku Sumber Kecergasan Fizikal Tahap I. (1987). Kuala Lumpur. Persatuan


Pendidikan Jasmani dan Kementerian Belia dan Sukan.

Buku Sumber Kecergasan Fizikal Tahap II. (1987). Kuala Lumpur. Persatuan
Pendidikan Jasmani dan Kementerian Belia dan Sukan.

Keberkesanan Program Intervensi Kecergasan Terhadap Fleksibiliti Murid Lelaki


Tingkatan Empat Di Sebuah Sekolah Di Malaysia. (2014). Fakulti Pendidikan
Universiti Malaya.

You might also like