You are on page 1of 16

Tugasan kerja kursus pendek Perkembangan Kanak-Kanak memerlukan saya membuat kajian pemerhatian dan kumpul data perkembangan

fizikal dan kognitif pelajar lingkungan 6-12 tahun..Untuk perkembangan fizikal,saya perlu dapatkan data perkembangan saiz badan,saiz kepala,tinggi dan berat.Untuk melihat perkembanga kanak-kanak,saya perlu laksanakan Piaget conservation Tasks. Berikut merupakan biodata dan data saiz kepala,tinggi dan berat bagi setiap empat pelajar: PELAJAR 1

Nama:Haris Danial b.Sharizal Umur:6 tahun Kelas:Pra-sekolah Berat:18 kg Tinggi:113 sm Saiz badan:sederhana Saiz kepala:2O Inci

PELAJAR 2

Nama:Nurul Alisa bte kamaruddin Umur:6 tahun Berat:17 kg Tinggi:112 sm Saiz badan:sederhana Saiz Kepala: 20 inci

PELAJAR 3

Nama:Asyraf bin Affendi Umur:12 tahun Berat:40 kg

Tinggi:141 sm
Saiz kepala:22 inci Saiz badan:sederhana

PELAJAR 4

Nama:Nur Hidayah bte farhan Umur:12 tahun Berat:42 kg Tinggi:142 sm Saiz kepala:21 inci Saiz badan:sederhana

Berikut merupakan purata berat badan bagi setiap murid mengikut umur:

PURATA BERAT PELAJAR 1 DAN 2 Purata berat badan =berat pelajar 1 + berat pelajar 2 / 2 = 18 kg + 17 kg / 2 = 17.5 kg

PURATA BERAT BADAN 3 DAN 4 Purata berat badan =berat pelajar 3 + berat pelajar 4 / 2 = 40 kg + 42 kg / 2 = 41 kg

Berikut merupakan purata tinggi bagi setiap pelajar mengikut umur: PURATA TINGGI PELAJAR 1 DAN 2 Purata tinggi = Tinggi pelajar 1 + tinggi pelajar 2 / 2 = 113 sm + 112 sm / 2 = 112.5 sm PURATA TINGGI PELAJAR 3 DAN 4 Purata tinggi = tinggi pelajar 3 + tinggi pelajar 4 / 2 = = 141 sm + 142 sm / 2 141.5 sm

Berikut merupakan saiz kepala bagi setiap pelar mengikut umur: PURATA SAIZ KEPALA PELAJAR 1 DAN 2 Purata saiz kepala = saiz kepala pelajar 1 + saiz kepala pelajar 2 = 20 Inci + 20 inci / 2 = 20 Inci PURATA SAIZ KEPALA PELAJAR 3 DAN 4 Purata saiz kepala = saiz kepala pelajar 3 dan saiz kepala pelajar 4 = 22 inci + 21 inci = 21.5 inci Berikut merupakan purata saiz badan berdasarkan BMI(BODY MASS INDEX) Setiap murid. BMI pelajar 1 = 14.1 kg/m(berat badan kurang) BMI pelajar 2 = 13.6 kg/m(berat badan kurang) BMI pelajar 3 = 20.1 kg/m(normal) BMI pelajar 4 = 20.8 kg/m(normal)

PURATA SAIZ BADAN PELAJAR 1 DAN 2 Purata BMI pelajar = BMI pelajar 1 + BMI pelajar 2 / 2 = 14.1 kg/m + 13.6 kg/m = 13.85 kg/m PURATA SAIZ BADAN PELAJAR 3 DAN 4 Purata BMI pelajar = BMI pelajar 3 + BMI pelajar 3 = 20.1 kg/m + 20.8 kg/m = 20.5 kg/m

Jaduak di bawah merupakan perbezaan purata tinggi,berat,saiz kepala dan saiz badan bagi setiap umur:

PELAJAR 1 DAN PELAJAR 2

ASPEK PERBEZAAN

PELAJAR 3 DAN PELAJAR 4

6 tahun

UMUR

12 tahun

112.5 sm

PURATA TINGGI

141.5 sm

17.5 kg

PURATA BERAT

41.5 kg

PURATA SAIZ BADAN 13.85 Kg/m (BMI) 20.5 kg/m

20.5 inci

PURATA SAIZ KEPALA

21.5 inci

Berdasarkan jadual purata tinggi,berat,saiz kepala, dan saiz badan beberapa rumusan dapat dibuat. Pelajar yang saya pilih terdiri daripada empat orang iaitu dua daripada kelas prasekolah dan dua lagi pelajar darjah enam.Saya memilih perbezaaan umur yang agak jauh bagi membanding beza perkembangan kanak-kanak dari segi fizikal dengan lebih jelas. Pertama dari segi berat badan ternyata pelajar tahun enam mempunyai berat badan yang lebih daripada pelajar pra-sekolah.Perbezaan purata berat badan antara pelajar tahun enam dan pra sekolah ialah 24 kg.Perbezaan ini mungkin disebabkan tumbesaran kanak-kanak tersebut.Pemakanan yang sihat juga mempengaruhi berat badan kanak-kanak.Walaubagaimanapun,kanak-kanak perempuan pada usia 12 tahun lebih berat daripada pelajar lelaki berumur 12 tahun kerana pertumbuhan pelajar perempuan pada tahap ini lebih tinggi daripada pelajar lelaki yang seusia dengannya. Berdasarkan ketinggian keempat-empat pelajar,dapatlah saya rumuskan bahawa pelajar tahun enam mempunyai ketinggian yang lebih berbanding pelajar prassekolah.Purata bagi ketinggian pelajar pra-sekolah ialah 112.5 sm berbanding purata ketinggian pelajar darjah enam iaitu 141.5 sm.Maka terdapat perbezaan yang ketara iaitu sebanyak 29 sm.Daripada data yang telah ada telah membuktikan pelajar perempuan tahun enam mempunyai ketinggian yang lebih berbanding pelajar lelaki.Maka teori yang mengatakan kanak-kanak perempuan mencapai kemuncak ketinggian pada usia 12 tahun adalah betul. Purata saiz kepala bagi pelajar pra-sekolah ialah 20.5 inci manakala pelajar tahun enam ialah 21.5 inci.Hanya 1.5 inci perbezaan antara purata saiz kepala pra-sekolah dan pelajar tahun enam.Ini menunjukkan saiz kepala pelajar tahun enam lebih besar daripada pelajar pra sekolah

Kebanyakan pelajar tahun enam memakai baju saiz xs dan pelajar tahun enam sama ada saiz s atau m.Hal ini kerana kanak-kanak sekolah rendah mempunyai saiz badanbyang kecil.Saiz badan diukur berdasarkan BMI.Purata BMI pelajar sekolah rendah ialah 13.85 kg/m iaitu di bawah paras normal.Hal ini kemungkinan oleh faktor pemakanan di mana pelajar pra-sekolah lebih suka untuk memilih makanan seperti gula-gula dan coklat.Purata BMI pelajar tahun enam ialah 20.5 kg/m iaitu berat badan yang normal.Hal ini kerana kanak-kanak pada usia ini sudah mula menyedari tentang pentingnya pemakanan yang seimbang. Oleh itu,dapatlah kita rumuskan bahawa pertumbuhan kanak-kanak pada umur 12 tahun lebih pesat dan nyata dari segi tinggi,berat,saiz kepala dan saiz badan.

Tugasan kedua ialah saya dikehendaki untuk melaksanakan Piaget Conservation Task untuk melihat perkembangan kognitif.Saya telah melaksanakan tiga Piaget s conservation Task .Ujian ini terbahagi kepada dua mengikut peringkat umur. EKSPERIMEN 1:UJIAN PANJANG DUIT SYILING KEADAAN 1

1.Empat duit syiling diletakkan seperti gambar di atas 2.Kana-kanak akan ditanya adakah bilangan duit syiling adalah sama 3.Kanak-kanak perlu menjawab soalan itu sama ada ya atau tidak

KEADAAN 2

1.Kemudian salah satu baris dipanjangkan seperti di atas dan soalan yang sama Ditanya 2.Kanak-kanak hanya perlu jawab Ya atau Tidak.

JADUAL JAWAPAN PELAJAR PRA-SEKOLAH

PELAJAR

KEADAAN 1

KEADAAN 2

SAMA

TIDAK SAMA

SAMA

TIDAK SAMA

RUMUSAN Berdasarkan jadual di atas,ini jelas menunjukkan bahawa pemikiran kanak-kanak lebih menumpukan kepada keadaan fizikal(panjang baris) berbanding kepada konsep yang lebih abstrak.Kanak-kanak pada peringkat ini juga tidak dapat melaksanakan transformasi.Mereka melihat pemanjangan baris sebagai baris baru dan bukan proses pemanjangan baris yang lama.Selain itu,kanak-kanak pra-sekolah tidak dapat melaksanakan proses balik semula secara mental iaitu membalikkan proses secara asal.

JADUAL JAWAPAN PELAJAR TAHUN 6

PELAJAR

KEADAAN 1

KEADAAN 2

SAMA

TIDAK SAMA

SAMA

TIDAK SAMA

RUMUSAN Berdasarkan jawapan pelajar tahun 6 kepada eksperimen 1,bolelah kita rumuskan bahawa mereka sudah lebih menumpukan konsep yang lebih abstrak iaitu bilangan atau nombor berbanding keadaan fizikal iaitu panjang baris.Mereka juga sudah boleh memahami konsep transformasi.Mereka melihat proses pemanjangan baris yang lama.Proses balik semula secara mental juga mereka sudah mula kuasai.Kanak-kanak pada tahap ini sudah membuat hipotesis sendiri di mana mereka melihat keadaan 2 eksperimen itu sebagai pemanjangan baris yang lama dan menggangap kedua-dua baris tersebut masih mempunyai bilangan duit syiling yang sama.

EKSPERIMEN 2:UJIAN JISIM TANAH LIAT KEADAAN 1 . 1.Dua tanah liat dibentuk menjadi bentu bulat dengan saiz yang sama 2.Kanak-kanak ditanya adakah kedua-dua bola itu mempunyai jumlah tanah liat yang sama 3.Kanak-kanak perlu menjawab sama atau tidak sama

1.Kemudian salah satu tanah liat dibentuk seperti sosej 2.Tanya kepada kanak-kanak tersebut adakah kedua-dua bentuk tersebut mempunyai jumlah tanah liat yang sama

JADUAL JAWAPAN PELAJAR PRA-SEKOLAH

PELAJAR

KEADAAN 1

KEADAAN 2

SAMA

TIDAK SAMA

SAMA

TIDAK SAMA

RUMUSAN Berdasarkan jadual jawapan pelajar pra-sekolah,mereka masih menumpukan konsep keadaan fizikal dimana mereka mengatakan tanah liat yang berbentuk sosej mempunyai lebih banyak kuantiti tanah liat didalamnya.Oleh itu,mereka tidak dapat melaksanakan konsep transformasi dengan mengatakan tanah liat pada keadaan pertama tidak sama kuantiti tanah liat dengan keadaan 2.

JADUAL JAWAPAN PELAJAR TAHUN ENAM

PELAJAR

KEADAAN 1

KEADAAN 2

SAMA

TIDAK SAMA

SAMA

TIDAK SAMA

RUMUSAN Kanak-kanak pada peringkat ini sudah menguasai konsep abstrak iaitu melihat tanah liat yang diubah bulat menjadi bentuk sosej adalah sama dengan tanah liat yang berbentuk bulat.Mereka juga sudah menguasai konsep transformasi.Melihat perubahan bentuk tanah liat sebagai hanya transformasi bentuk bukan perubahan kepada kuantiti tanah liat yang ada didalamnya.Proses keterbalikan juga mereka sudah menguasai dimana mereka akan menganggap apabila tanah liat berbentuk sosej dibentuk menjadi bulat akan mempunyai sama saiz dengan tanah liat yang satu lagi.

EKSPERIMEN 3:UJIAN ISI PADU AIR KEADAAN1

GELAS A

GELAS B

1.Air diisi ke dalam gelas A dan gelas B 2.Kanak-kanak akan ditanya sama ada isi padu air sama atau tidak sama

KEADAAN 2

GELAS A

GELAS C

1.Air didalam gelas B dipindah ke gelas c yang lebih panjang dan lebih tirus 2.Kanak-kanak akan ditanya adakah isi padu air kedua-dua gelas tadi sama atau Tidak sama.

JADUAL JAWAPAN PELAJAR PRA-SEKOLAH

PELAJAR

KEADAAN 1

KEADAAN 2

SAMA

TIDAK SAMA

SAMA

TIDAK SAMA

RUMUSAN Berdasarkan jadual jawapan pra-sekolah dapat kita rumuskan beberapa prinsip masih belum dikuasai oleh pelajar pra-sekolah.Mereka belum menguasai prinsip identiti.Pendapat mereka mengatakan menyatakan gelas C mempunyai lebih isipadu air disebabkan ditambah.Prinsip ganti rugi iaitu mereka tidak mengatakan perubahan bentuk bekas c membawa kepada peningkatan paras air.Prinsip Keterbalikan juga tidak dikuasai lagi iaitu mereka mengatakan jika air di gelas c dituang ke gelas b, ia akan tumpah .

JADUAL JAWAPAN PELAJAR TAHUN 6

PELAJAR

KEADAAN 1

KEADAAN 2

SAMA

TIDAK SAMA

SAMA

TIDAK SAMA

RUMUSAN Kanak-kanak dalam peringkat ini akan dapat menyatakan jumlah air dalam bekas A dan C masih sama banyak kerana tiada penambahan dan pengurangan jumlah air yang dilakukan.Prinsip ini dinamakan sebagai prinsip identiti.Kanak-kanak ini berpendapat perubahan bentuk bekas c yang membawa kepada peningkatan paras air.Prinsip ini dinamakan prinsip ganti rugi.Prinsip keterbalikan iaitu apabila air dituang semula ke bekas B ia akan memberi paras yang sama dengan bekas A dikuasai oleh kanak-kanak berumur 12 tahun

You might also like