You are on page 1of 2

PENULISAN REFLEKSI

Pada 19 September 2019, saya dan rakan – rakan saya telah menjalankan Ujian Pra
SEGAK di bilik pendidikan pergerakan yang terdapat di Institut Pendidikan Guru Ilmu Khas. Saya
telah melakukan lima jenis ujian Pra SEGAK tersebut. Ujian yang saya lakukan ialah Indeks Jisim
Badan(BMI), ringkuk tubi separa, tekan tubi, jangkauan melunjur dan naik turun bangku.

Setelah menjalankan ujian Pra SEGAK, saya mendapati keputusan bagi ujian Pasca
SEGAK saya adalah lebih bagus berbanding ujian Pra sebelum ini. Hal ini kerana saya
menempukan perhatian lebih kepada ujian yang saya lemah semasa ujian Pra SEGAK. Ujian
naik turun bangku saya memperoleh skor 3 manakala bagi ujian ringkuk tubi separa dan
jangkauan melunjur saya memperoleh skor 4. Selain itu bagi ujian tekan tubi pula, saya
memperoleh skor 5 iaitu skor penuh. Seterusnya, bagi ujian Indeks Jisim Badan, saya
memperoleh tahap normal.

Sebelum melakukan ujian amali Pasca SEGAK ini, saya dan rakan saya telah melakukan
beberapa aktiviti untuk meningkatkan keputusan ujian pasca SEGAK. Antaranya
ialah berjogging, berlari, berlari tangga dan lari ulang alik. Saya melaksanakan aktiviti senaman
setiap seminggu sekali. Setiap kali, saya dan rakan saya akan bersenam selama tiga
puluh minit sahaja. Selepas dua minggu, saya dan rakan-rakan saya telah menjalankan Ujian
Pasca SEGAK di gimnasium. Selepas menjalankan ujian Pasca SEGAK,
saya telah membuat perbandingan antara keputusan ujian Pra SEGAK dan ujian Pasca
SEGAK. Hasil perbandingan tersebut menunjukkan bahawa tidak terdapat banyak perubahan
dalam keputusan ujian Pasca SEGAK.

Seterusnya pada 24 September 2019, saya dan rakan- rakan saya telah menjalankan
ujian seterusnya iaitu Bleeptest. Dalam proses meningkatkan tahap stamina saya, saya sering
melakukan latihan larian dengan mengelilingi padang IPGKIK. Ini adalah untuk meningkatkan
skor bleep test serta kadar denyutan nadi saya ke tahap normal. Selain itu, saya juga menjaga
pemakanan saya untuk mencapai berat yang ideal dengan ketinggian saya.

Selepas mengamalkan latihan yang konsisten, saya mendapati bahawa tahap


kecergasan saya semakin meningkat dari masa ke masa. Ini boleh dilihat pada skor ujian
bleeptest yang saya peroleh pada 24 September 2019 iaitu saya berjaya ke level 6 stage 2.
Setelah melihat perubahan skor saya, barulah saya sedar bahawa pentingnya senaman dalam
mengekalkan tahap stamina kita dan pada fisiologi. Hal ini kerana senaman memberi banyak
impak yang positif kepada fisiologi tubuh manusia.

1
Kesimpulannya, pelbagai langkah yang boleh saya ambil untuk tingkatkan tahap
kecergasan tubuh badan saya dari segi daya tahan otot, kelenturan dan lain-lain. Ujian SEGAK
dan Bleeptest amatlah sesuai dijalankan kepada para pelajar agar mereka lebih peka akan tahap
kecergasan dan kesihatan. Oleh itu, pendidikan jasmani merupakan satu medium dan pendidikan
yang penting kepada semua masyarakat agar dapat membentuk suatu budaya sihat dari segi
kecergasan otot, jantung dan lain-lain. Hal yang demikian, untuk terus mengekalkan tahap
kecergasan dan juga stamina, kita seharusnya mengamalkan amalan bersenaman secara
konsisten dan tidak berhenti separuh jalan.

456 Patah Perkataan

You might also like