You are on page 1of 1

PENGENALAN

Rumah hijau ialah satu bangunan yang diperbuat daripada kaca atau plastik yang
membolehkan penanaman yang terlindung dan terkawal. Haba dari cahaya matahari yang
menembusi strukturnya yang lutsinar memanaskan tumbuh-tumbuhan dan tanah di
dalamnya. Selain itu, udara di dalamnya turut dipanaskan dan kekal tanpa boleh terlepas
keluar daripada bangunan ini.
Bangunan ini dibina dalam pelbagai bentuk dan peranan. Dalam industri asas tani, misalnya,
ia dibina dengan saiz yang besar dan dilengkapi pelbagai peralatan moden bagi mengawal
dan menggalakkan pertumbuhan tanaman di dalamnya. Kaca atau plastik yang digunakan
pula bekerja sebagai bahan perantaraan yang membenarkan perpindahan atau pembebasan
sinaran pada frekuensi tertentu. Kesannya ialah, tenaga yang masuk dijerat di dalamnya
untuk memanaskan tanaman dan tidak boleh keluar bebas daripada rumah hijau.
Rumah hijau sering juga digunakan dalam industri seni taman dan juga untuk tujuan
penyelidikan.

You might also like