You are on page 1of 9

Pertandingan Reka Cipta Bahan Kitar Semula

Peringkat Kebangsaan 2022


#FromTrash2Treasure

‘NATURAL AIR COOLER’


1. MAKLUMAT KUMPULAN & PROJEK

Nama kumpulan / projek: Nano / Natural Air Cooler

Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Taman Scientex

Negeri: Johor

Nama murid & guru pembimbing:

Nama murid: 1) Nur Alya Zahra Binti Azlan

2) Imanina Safiyyah Binti Mohd Syafiq

3) Nur Azra Zahirah Binti A. Nazir

4) Nur Diyana Aziera Binti Mohd Faizal

5) Muhammad Adam Haqim Bin Alwei

Nama guru pembimbing: Puan Maslina binti Masnan

Nombor telefon bimbit: 0137401885


2. OBJEKTIF & LATAR BELAKANG PROJEK / PROTOTAIP

Objektif :
1. Menyalurkan hawa sejuk di dalam kelas terutama di bahagian yang jauh daripada kipas.
2. Mengurangkan penggunaan elektrik seterusnya mengurangkan pelepasan karbon ke udara.
3. Memberi kesedaran kepentingan bahan terbuang dalam kehidupan seharian.

Latar belakang projek :


Idea projek ‘Natural Air Cooler’ ini tercetus apabila sebahagian rakan-rakan dalam kelas
yang duduk jauh daripada kipas mengeluh kepanasan. Selain daripada itu, kelas kami juga
menerima pancaran cahaya matahari secara terus dan ketika pandemik Covid-19, penggunaan
langsir tidak dibenarkan. Ini menambah ketidakselesaan rakan-rakan kami yang duduk
bersebelahan dengan tingkap.

Oleh itu, kami mencari solusi dengan menggunakan bahan terpakai yang ada di
sekeliling rumah untuk menghasilkan ‘Natural Air Cooler’. Ia menggunakan botol plastik 1500ml
yang dipotong pada bahagian bawah. Bahagian mulut botol akan di masukkan ke dalam lubang
yang ditebuk pada kotak. Kotak tersebut akan diletakkan pada cermin nako. Apabila udara dari
luar masuk ke dalam botol, ia akan bergerak melalui muncung botol dan akan termampat.
Udara dari luar akan menolak dengan cepat dan udara yang termampat akan mengembang dan
tekanan udara menurun.Apabila tekanan udara menurun, udara yang keluar daripada muncung
botol ke ruang bilik akan menjadi lebih sejuk ( rujuk lampiran ).

Idea ini dapat menyelesaikan masalah ruang bilik yang panas tanpa menggunakan
tenaga elektrik di samping bahan yang murah dan mudah didapati.
3. BAHAN KITAR SEMULA YANG DIGUNAKAN

Bil Bahan Kitar Semula yang Keterangan


digunakan

1 Botol Plastik 1500ml Botol plastik digunakan kerana ianya ringan dan mudah
didapati. Bentuknya yang telah dipotong bahagian
tengah amat sesuai untuk pengaliran masuk udara dari
luar.
2 kotak Mudah didapati dan sesuai sebagai tapak untuk botol
plastik digantung.
4. IMPAK PROJEK / PROTOTAIP

Kesan kepada warga sekolah / komuniti

Sekolah:
o Membantu menyejukkan bilik darjah.
o Mengurangkan penggunaan tenaga elektrik di sekolah.
o Dapat menyemai gaya hidup masyarakat rendah karbon di kawasan sekolah.

Komuniti:
o Menyemai sikap berhemah dalam menggunakan tenaga.
o Meningkatkan kesedaran komuniti terhadap gaya hidup masyarakat rendah karbon.
o Membantu ekonomi keluarga.

Kesan jangka masa pendek / panjang


‘Natural Air Cooler’ ini boleh membantu mengurangkan perbelanjaan isi rumah dari segi bil
elektrik. Selain daripada itu, penggunaan alat elektrik seperti kipas dan penyaman udara boleh
dikurangkan. Bahan-bahan terpakai yang digunakan seperti botol plastik minuman dan kotak
adalah salah satu bahan buangan mesti ada di setiap rumah atau bangunan, jadi bekalan asas
untuk Eco Cooler mudah didapati dan tidak akan terputus.
5. KELESTARIAN PROJEK / PROTOTAIP

‘Natural Air Cooler’ dapat membantu mengurangkan kepanasan dalam sesebuah bilik
atau ruang tanpa menggunakan tenaga elektrik. Dengan menggunakan ‘Natural Air Cooler’,
kadar penggunaan elektrik dapat dikurangkan. Maka, perbelanjaan bulanan dapat dikurangkan.
Selain daripada itu,ia dapat membantu mengurangkan pelepasan karbon dioksida ke udara.

Selain daripada itu, kami berharap reka bentuk ‘Natural Air Cooler’ boleh ditambah baik
dan dapat diperluaskan lagi penggunaan kepada aktiviti perkhemahan. Dewasa ini, ramai ibu
bapa menjadikan aktiviti perkhemahan sebagai aktiviti riadah hampir setiap hujung minggu.
Masalah utama adalah penggunaan kipas yang banyak dalam sesebuah khemah terutama
apabila hendak tidur. Kipas yang digunakan biasanya perlu di cas semula dan tidak bertahan
lama.
6. RUMUSAN

Secara ringkasnya, ‘Natural Air Cooler’ sangat membantu kita mengurangkan


penggunaan barang elektrik bukan sahaja di rumah malah di sekolah. Bagi keluarga besar,
perbelanjaan bagi bil utiliti biasanya sangat tinggi dengan pelbagai jenis barangan elektrik di
rumah. Dengan ‘Natural Air Cooler’ sedikit sebanyak dapat membantu keluarga mengurus
perbelanjaan isi rumah dengan lebih baik. Penggunaan ‘Natural Air Cooler’ di sekolah juga
dapat mengurangkan haba di dalam kelas yang mana biasanya kipas hanya berada di bahagian
tengah sahaja. Kasihan kepada murid-murid yang berada di bahagian tepi tingkap. Di samping
itu, kita boleh meningkatkan kesedaran kepada warga sekolah dan komuniti tentang
kepentingan penjimatan tenaga dalam kehidupan seharian. Apabila kita meminimakan
penggunaan tenaga, sedikit sebanyak kita dapat mengurangkan kadar pelepasan karbon di
udara. Selain daripada itu, kesedaran tentang kegunaan bahan terbuang kepada warga sekolah
dan komuniti dapat ditingkatkan apabila mereka menyedari bahawa bahan-bahan terbuang di
sekeliling mereka boleh diinovasikan menjadi pelbagai produk baru untuk kemudahan seharian.
Semoga kita semua dapat melestarikan alam sekitar dan menjunjung hasrat negara dalam
mencapai gaya hidup masyarakat rendah karbon.
RUJUKAN

1. https://inhabitat.com/this-amazing-bangladeshi-air-cooler-is-made-from-plastic-bottles-and-uses-
no-electricity/
LAMPIRAN

kotak

Udara luar masuk

Botol plastik

You might also like