You are on page 1of 5

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

Kajian literatur merupakan bab yang penting dalam kertas kerja kerana ianya
mengandungi maklumat-maklumat tentang apa yang dikaji di dalam projek ini. Di dalam bab ini,
teori-teori dan juga maklumat yang dibincangkan mestilah mempunyai bukti yang kukuh supaya
ianya tidak terpesong dari apa yang telah dibincangkan di dalam Bab 1 yang telah ditulis. Di
dalam bab ini, ia akan menceritakan tentang bahan-bahan dan huraian daripada kegunaan bahan
tersebut dalam projek ‘Automatic Water Level Sensor’.

2.2 KAJIAN TERDAHULU

Daripada hasil kajian, kebanyakan rumah-rumah yang terdahulu kebanyakannya


menggunakan tangki simpanan air plastik yang tidak berkualiti. Ini kerana pada Ketika itu
bahan-bahan yang berkualiti terdapat pada kos yang mahal dan susah untuk dimiliki. Yang
kebiasaan menggunakan bahan yang berkualiti ini pada Ketika itu orang-orang yang
berkemampuan sahaja. Tangki plastic yang tidak berkualiti yang selalu digunakan mempunyai
banyak kekurangan dari segi ketahanan, kualiti penyimpanan air, kebocoran dan lain-lain lagi.

Projek ini dijalankan bagi menyelesaikan masalah-masalah yang terdahulu dan


menawarkan banyak lagi kelebihan dan sesuai digunakan mengikut bajet ekonomi kewangan
bagi seseorang tersebut.
2.2 REKA BENTUK TANGKI DAN SAIZ

Terdapat banyak tangki-tangki yang digunakan di setiap rumah. Terdapat saiz yang besar,
ada yang kecil dan sebagainya. Kebanyakkan standard penggunaan untuk rumah-rumah taman
ialah saiz yang besar. Ini kerana supaya setiap rumah dapat mengumpul air yang banyak di dalam
tangki simpanan supaya mudah untuk digunakan untuk kegiatan harian.

Rajah 2 Tangki air rumah

2.3 JENIS BAHAN TANGKI

Jenis bahan yang baik untuk digunakan didalam pembuatan tangka ialah jenis High-Density
Poly Ethylene (HDPE). Ia adalah polimer termoplastik berasaskan petroleum yang dianggap
sebagai salah satu bahan plastik paling serba boleh yang ada pada hari ini. Ia digunakan untuk
mengeluarkan pelbagai barangan, termasuk bekas makanan dan minuman, botol produk
pembersih, paip, papan pemotong dan beberapa bahagian kasut. HDPE juga muncul dalam item
yang lebih kompleks seperti komposit kayu-plastik, filamen cetakan 3-D, dan komponen yang
digunakan untuk pembedahan pembinaan semula rangka dan muka.

2.4 PERBANDINGAN JENIS TANGKI

JENIS TANGKI POLIETILENA TANGKI KELULI TAHAN KARAT


TANGKI
GAMBA
R

JANGKA -Boleh tahan hingga 15-20 tahun -Boleh tahan lebih 15 tahun
HAYAT
JISIM -Ringan -Berat
KOS -Murah dan boleh dimiliki -Mahal kerana bahan besi berkualiti

2.5 KELEBIHAN BAHAN POLIETILENA

Jenis tangki bahan polietilena mempunyai kelebihan tersendiri. Antara kelebihannya


ialah:

1) Ringan, mudah dikendalikan dan diangkut.


2) Kos rendah dan lebih menjimatkan daripada bahan alternatif
3) Tangki plastic dibina menggunakan plastic gred makanan dan oleh itu selamat untuk
menyimpan air yang boleh diminum.
4) Platik itu dirawat dengan UV dan oleh itu boleh menahan kesan matahari.
5) Bahan ini tahan terhadap bahan kimia, suhu dan serangan hakisan.
6) Mudah dipasang
7) Berkemungkinan untuk mencipta bentuk dan saiz sesuai bergantung pada keperluan
8) Tangki ini tahan hentaman
9) Menawarkan jangka hayat 15-20 tahun.

2.6 KELEMAHAN BAHAN POLIETILENA

Setiap bahan atau produk pasti mempunyai kelemahan atau kekurangan dari pelbagai
jenis sudut. Antara kelemahan atau kekurangan yang terdapat pada bahan polietilena ialah :

1) Ia tidak selalunya menjadi pilihan terbaik untuk pemasangan bawah tanah


2) Warna mungkin pudar dari semasa ke semasa
3) Walaupun tangki plastic ringan, pengangkutan dan pemasangannya tidak semesti
mudah. Mereka sering diangkut sebagai satu bahan dan bukannya panel yang
diasingkan.

2.7 RUMUSAN

Kesimpulannya, hasil daripada kajian yang telah dibuat dan dinyatakan telah memutuskan
untuk memilih jenis tangka simpanan air jenis ‘polietilena’. Hal ini disebabkan kerana ia lebih
sesuai untuk digunakan untuk projek ini. Ini kerana jenis tangki air tersebut lebih mudah
dikendalikan dan kosnya lebih rendah dan lebih menjimatkan untuk projek ini. Jika
dibandingkan dengan tangka air keluli tahan karat, kelebihan melebihi pada tangki tersebut tetapi
untuk kosnya dan cara pengendaliannya agak susah dan menggunakan duit yang banyak.

You might also like