You are on page 1of 9

SOLAR OVEN CHALLENGE

(SOC)

PERINGKAT DAERAH MIRI


BAHAGIAN SEKOLAH MENENGAH
TAHUN 2021

NAMA KUMPULAN: KUMPULAN BESTARI

NAMA AHLI KUMPULAN :


1.NURUL FARISAH BINTI SUHAIMI
(050618-13-0786)
2.KHAIRUNNISA HANIFAH BINTI MOHAMMAD NAZRUL
(050409-13-0376)
ABSTRAK

Tenaga haba yang dihasilkan oleh matahari berpotensi menjadi sumber tenaga alternatif untuk

teknologi hijau. .Seterusnya,seperti yang kita semua tahu tenaga yang dihasilkan oleh matahari adalah

sejenis tenaga yang boleh diperbaharui serta tidak akan habis. Pembinaan dapur solar kami lebih

menumpukan kepada rekabentuk mudah dibina dan melibatkan kos yang rendah serta menggalakkan

penggunaan bahan kitar semula. .Dapur solar kami dibina langkah demi langkah kemudian eksperimen

dijalankan untuk pengujian dan data diperolehi direkodkan secara sistematik. Ini membolehkan

keputusan eksperimen dapat dianalisis. Akhir sekali,dengan adanya tenaga solar kita dapat

meningkatkan penggunaan secara meluas dalam pelbagai sektor dan di antaranya adalah dalam sektor

penyediaan makanan.
PENGENALAN

Solar oven ini merupakan pembuatan model yang disertai ciri-ciri pengurusan tenaga dengan

menggunakan sumber tenaga solar.Selain itu,model yang dibina juga menggunakan bahan-bahan

terpakai iaitu seperti aluminum foil,kotak dan cermin.Tujuan model solar oven ini dibina ialah untuk

menyelesaikan penyataan-penyataan masalah yang sering dihadapi oleh kita semua. Di antara

penyataan-penyataan masalahnya ialah pertama,kebanyakkan bahan api yang kita selalu gunakan

dalam kehidupan seharian kita ini adalah daripada bahan api fosil.Seterusnya penyataan masalah yang

kedua,semua pihak di serata dunia pasti tahu mengenai bahan api fosil itu ialah salah satu sumber

tenaga yang tidak boleh diperbaharui,sukar untuk ditemui dan mahal dari segi kos.Kemudian penyataan

masalah yang ketiga pula ialah berkaitan pencemaran udara.Pencemaran udara yang kita alami pada

masa sekarang ini adalah berpunca daripada pembakaran bahan api yang tidak terkawal oleh pihak

atau masyarakat yang tidak bertanggungjawab.Bagi bahagian objektif penghasilan produk terbahagi

kepada tiga.Model yang dibina ini menggunakan tenaga solar secara sepenuhnya dalam penyediaan

bahan makanan.Selepas itu, model ini akan diuji bagi mengetahui suhu maksima yang boleh didapati

untuk memasak makanan dengan menggunakan model yang telah dibina.Yang terakhir sekali,ialah

model dibina menggunakan bahan kitar semula yang mudah didapati untuk menghasilkan dapur solar.
APLIKASI KONSEP SAINS

Antara aplikasi konsep sains yang telah digunakan dalam menjalankan projek

pembinaan solar oven ini ialah pertama,penebat haba.Tenaga haba yang terhasil daripada

cahaya matahari akan terperangkap di dalam kotak yang digunakan dan kehilanagan haba

secara konduksi ke persekitaran dapat dikurangkan.Seterusnya, aplikasi konsep sains yang

kedua ialah kesan rumah hijau.Haba daripada cahaya matahari akan mula memanaskan udara

di dalam kotak.Lalu udara yang telah terperangkap di dalam kotak itu akan memasak makanan

secara perlahan-lahan.Selain itu,aplikasi konsep sains yang ketiga ialah permukaan berkilat

pemantul cahaya.Penggunaan pembalut aluminum di permukaan dalam kotak adalah sebuah

pemantul cahaya yang sangat bagus bagi memantulkan cahaya keseluruhan bahagian di

dalam kotak itu.Kemudian, aplikasi konsep sains yang keempat pula ialah penyerap

haba.Penggunaan warna gelap pada permukaan luar turut membantu mempercepatkan

peningkatan suhu di dalam kotak kerana warna gelap adalah salah satu kaedah penyerap haba

yang baik. Haba akan terperangkap di dalam oven. Konsep aplikasi sains yang terakhir ialah

luas permukaan bekas air. Lebih luas permukaan air yang terdedah dengan haba maka air

akan menjadi lebih cepat panas.Perkara ini disebabkan lebih luas permukaan air akan terdedah

kepada cahaya matahari.


PEMILIHAN DAN PENYESUAIAN

Antara bahan-bahan yang digunakan dalam membina model solar oven ini ialah:
a) kotak
b) spray hitam
c) aluminium foil
d) cermin
e) tap selofan
f) gunting
g) pisau pemotong
Pemilihan dan penyesuian yang kami pilih dengan menggunakan kotak bagi membina solar

oven ini ialah kerana bahan seperti kotak-kotak terpakai ini amat mudah di dapati serta senang

untuk dialihkan kemana-mana tempat sahaja dan dalam masa yang sama kita dapat mengitar

semula bahan terpakai seperti kotak ini kepada barangan yang lebih berguna untuk

dipakai.Selain daripada bahan seperti kotak itu kami turut menggunakan bahan seperti spray

hitam.Kami menyemburkan spray hitam itu di beberapa bahagian yang berada di luar kotak

dengan warna hitam kerana warna gelap seperti hitam itu adalah merupakan sebuah penebat

haba yang baik dan juga dapat menyerap haba panas dengan bagus.Akhir sekali,kami juga

memilih untuk menggunakan aluminium foil sebagai bahan di dalam pembinaan model solar

oven kami.Aluminium foil yang kami gunakan ini akan berkilau apabila ianya terkena pantulan

cahaya matahari dan ianya akan diletakkan di bahagian dalam kotak kerana permukaan

berkilau adalah pemantul cahaya yang sangat baik.


PROSES PEMBINAAN DAN PENGUJIAN
Prosedur:
1.Salotape kotak berbentuk kubus

2.Ukur bahagian kotak yang hendak dipotong

3.Potong kotak mengikut bentuk yang dikehendaki

4.Potong kepingan kotak untuk diletakkan di bahagian dalam oven

5.Balut kepingan kotak menggunakan aluminium foil

6.Spray bahagian luaran oven dengan warna hitam

7.Lekatkan cermin pada bahagian atas solar oven

8. Model dapur solar yang telah siap diuji dengan memasak air 500ml. Biarkan dapur solar

berada di tempat terbuka dan terdedah dengan cahaya matahari.


Pemerhatian:

MASA RABU KHAMIS JUMAAT


12:00 am - 01:00 (18.8.21) (19.8.21) (20.8.21)
pm
Suhu awal (°C) 29°C 29°C 29°C
Suhu akhir (°C) 40°C 39°C 48°C
Kenaikan suhu (°C) 11°C 10°C 19°C
Kesimpulan

Daripada keputusan ujikaji kenaikan suhu air sebelum dan selepas satu jam diletakkan di

bawah matahari menunjukkan ada kenaikan suhu. Ini membuktikan bahawa dapur solar ini

berfungsi dan boleh digunakan untuk memasak makanan.

Masalah dihadapi pada hari pengujian adalah keadaan cuaca yang sedikit mendung

menyukarkan untuk mendapatkan perbezaan kenaikan suhu yang agak tinggi.

PENUTUP

1.Tenaga solar adalah tenaga alternatif yang boleh digunakan untuk memasak makanan

menggantikan penggunaan bahan api sebagai bahan bakar. Ia nya adalah bebas pencemaran.

2.Dapur solar boleh dibina dengan mudah menggunakan bahan kitar semula dan berfungsi.

3.Membantu dalam usaha meningkatkan taraf kesihatan penduduk


SUMBER RUJUKAN

• Internet

• https://www.slideshare.net/anuar032/kajian-dapur-solar-15599251

• https://prezi.com/ymrqk7utwwzi/smk-tanjong-rambutan/

• https://www.academia.edu/38585018/Cabaran_dapur_solar

You might also like