You are on page 1of 12

1

NOTA SAINS TAHUN 4 UNIT 7: TENAGA

7.1.1 Tenaga dan Sumbernya


1. Tenaga ialah keupayaan untuk melakukan kerja.
2. Tenaga dapat diperoleh daripada pelbagai sumber.
3. Sumber-sumber tenaga:
1. Matahari merupakan sumber tenaga yang paling utama.
Tenaga matahari boleh digunakan untuk menjanakan
elektrik melalui panel suria.
2. Air yang mengalir menggerakkan turbin di dalam
empangan untuk menjanakan elektrik.
3. Biojisim ialah bahan daripada tumbuh-tumbuhan (kayu
api dan sisa tanaman) atau tinja haiwan yang digunakan
untuk menghasilkan bahan api dan menjanakan elektrik.
4. Angin yang bertiup menggerakkan kincir angin untuk
menjanakan elektrik.
5. Bahan nuklear seperti uranium digunakan untuk
menjanakan elektrik di stesen janakuasa nuklear.
6. Bahan api fosil seperti petroleum, gas asli dan arang
batu dibakar untuk menjanakan elektrik.
7. Ombak menggerakkan turbin di dalam laut untuk
menjanakan elektrik.
8. Geoterma juga merupakan sumber tenaga yang
diperoleh daripada haba batuan panas di bawah
permukaan bumi untuk menjanakan elektrik.

PUSAT TUISYEN GALUS


2

PUSAT TUISYEN GALUS


3

7.1.2 Bentuk Tenaga


1. Terdapat pelbagai bentuk tenaga di sekeliling kita.
2. Bentuk-bentuk tenaga:
1. Tenaga suria ialah tenaga yang diperoleh daripada
Matahari.
2. Tenaga haba ialah tenaga yang tersimpan pada objek
yang mempunyai kepanasan.

PUSAT TUISYEN GALUS


4

3. Tenaga cahaya ialah tenaga yang dihasilkan oleh objek


yang memancarkan cahaya.
4. Tenaga bunyi dihasilkan oleh objek yang bergetar.
5. Tenaga elektrik ialah tenaga yang mengalir dalam litar
elektrik yang lengkap.
6. Tenaga kimia ialah tenaga yang tersimpan dalam bahan
seperti makanan, bahan api fosil, biojisim atau bateri.
7. Tenaga kinetik ialah tenaga yang dipunyai oleh objek
yang bergerak.
8. Tenaga keupayaan ialah tenaga yang tersimpan pada
objek yang berada pada sesuatu ketinggian,
diregangkan atau dimampatkan.
9. Tenaga nuklear ialah tenaga yang terkandung dalam
bahan nuklear seperti uranium.

PUSAT TUISYEN GALUS


5

7.1.3 Perubahan Bentuk Tenaga


1. Tenaga boleh berubah daripada satu bentuk kepada bentuk
yang lain.
2. Simbol -> bermaksud berubah kepada.
3. Simbol + bermaksud dan.
4. Contoh perubahan bentuk tenaga:
1. Semasa mengasuh basikal, tenaga kimia daripada
makanan yang dimakan berubah kepada tenaga kinetik
(pergerakan kaki dan basikal).
Tenaga kimia -> Tenaga kinetik
2. Ketika menghidupkan televisyen, tenaga elektrik (di
dalam litar elektrik televisyen) yang digunakan berubah
kepada tenaga cahaya (imej) dan tenaga bunyi.
Tenaga elektrik -> Tenaga cahaya + Tenaga bunyi
3. Semasa api menyala, tenaga kimia yang tersimpan
dalam bahan bakar berubah kepada tenaga haba dan
tenaga cahaya.
Tenaga kimia -> Tenaga haba + Tenaga cahaya

PUSAT TUISYEN GALUS


6

4. Semasa terjun dari papan terjun, tenaga keupayaan


(kedudukan penerjun yang tinggi) berubah kepada
tenaga kinetik (pergerakan penerjun) dan kemudian
berubah kepada tenga bunyi (bunyi percikan air).
Tenaga keupayaan -> Tenaga kinetik -> Tenaga bunyi
5. Ketika menyalakan lampu suluh, tenaga kimia yang
tersimpan di dalam bateri berubah kepada tenaga
elektrik (dalam litar elektrik lampu suluh). Kemudian,
tenaga elektrik berubah kepada tenaga haba (mentol
menjadi panas) dan tenaga cahaya (mentol menyala).
Tenaga kimia -> Tenaga elektrik -> Tenaga haba +
Tenaga cahaya
6. Ketika menggunakan kalkulator suria, tenaga suria yang
diperoleh daripada Matahari berubah kepada tenaga
elektrik (dalam litar kalkulator). Kemudan, tenaga elektrik
berubah kepada tenaga cahaya (skrin memancarkan
cahaya).
Tenaga suria -> Tenaga elektrik -> Tenaga cahaya
7. Ketika kenderaan bergerak, enjin kereta mengubah
tenaga kimia yang tersimpan dalam bahan api fosil
kepada tenaga kinetik (pergerakan kereta).
Tenaga kimia -> Tenaga kinetik
8. Tumbuh-tumbuhan membuat makanannya sendiri.
Semasa fotosintesis, tumbuh-tumbuhan mengubah
tenaga cahaya daripada Matahari kepada tenaga kimia
yang tersimpan sebagai kanji.
Tenaga suria -> Tenaga kimia
9. Semasa bermain papan luncur, pemain bermula dari
tempat yang tinggi kemudian luncur ke bawah. Apabila
sampai ke penghujung, pemain akan berhenti pada
kedudukan tertinggi seketika dan kemudian meneruskan
pergerakannya semula.
Tenaga keupayaan -> Tenaga kinetik -> Tenaga
keupayaan

PUSAT TUISYEN GALUS


7

PUSAT TUISYEN GALUS


8

7.1.4 Tenaga Tidak Boleh Dicipta atau Dimusnahkan


1. Semua perubahan yang berlaku di alam ini melibatkan
tenaga.
2. Tenaga boleh berubah bentuk kerana tenaga tidak boleh
dicipta atau dimusnahkan.
3. Motosikal yang bergerak mempunyai tenaga kinetik. Tenaga
tidak boleh dicipta. Enjin motosikal hanya mengubah tenaga
kimia daripada petrol kepada tenaga kinetik. Tenaga juga
tidak boleh dimusnahkan. Semasa motosikal bergerak,
sebahagian tenaga kinetiknya turut berubah kepada bentuk-
bentuk tenaga yang lain seperti tenaga bunyi dan tenaga
haba. Motosikal berbenti bergerak kerana semua tenaga kimia
daripada petrol telah berubah sepenuhnya kepada bentuk-
bentuk tenaga yang lain.
Tenaga kimia -> Tenaga kinetik -> Tenaga haba + Tenaga
bunyi
4. Kesimpulan: Tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnhkan,
tetapi boleh berubah bentuk.

7.2.1 Sumber Tenaga Boleh Dibaharui dan Tidak


Boleh Dibaharui
1. Sumber tenaga boleh dikelaskan kepada sumber tenaga
boleh dibaharui dan sumber tenaga tang tidak boleh
dibaharui.
2. Sumber tenaga boleh dibaharui ialah sumber tenaga yang
boleh dijana secara berterusan. Contoh:
1. Matahari ialah sumber tenaga yang sentiasa ada.
2. Ombak wujud secara semula jadi.
3. Air sentiada ada di persekitaran.
4. Angin tidak terhad dan sentiada ada.
5. Biojisim sentiasa ada kerana berasal daripada bahan
semula jadi.
3. Sumber tenaga tidak boleh dibaharui ialah sumber tenaga
yang terhad dan tidak boleh dijana semula. Contoh:
1. Bahan api fosil seperti arang batu, gas asli dan
petroleum akan kehabisan suatu masa nanti.

PUSAT TUISYEN GALUS


9

2. Bahan nuklear seperti uranium adalah terhad.


3. Bateri akan kehabisan satu hari nanti.
4. Biodiesel ialah bahan api yang dihasilkan daripada minyak
sayuran atau lemak haiwan. Bermula Februari 2019, semua
stesen minyak di Malaysia membekalkan munyak diesel yang
dicampur dengan biodiesel sawit.

PUSAT TUISYEN GALUS


10

PUSAT TUISYEN GALUS


11

7.2.2 Berhemat Menggunakan Tenaga


1. Kebanyakan tenaga yang kita gunakan pada hari ini berasal
daripada sumber tenaga yang tidak boleh dibaharui.
2. Untuk memastikan kita mempunyai sumber tenaga yang
mencukupi pada masa yang akan datang, kita perlulah
berhemat menggunakan tenaga.
3. Berhemat bermaksud berjimat cermat. Berhemah bermaksud
mempunyai budi perketi yang mulia.
4. Cara-cara berhemat menggunakan tenaga:
1. Tutup peralatan elektrik apabila tidak digunakan.
2. Gunakan peralatan yang kurang menggunakan tenaga.
3. Gunakan pengangkutan awam atau berkongsi kereta.
4. Kitar semula bahan yang terbuang.
5. Kepentingan penggunaan sumber tenaga secara berhemat
adalah:
1. Menjimatkan kos penjanaan tenaga elektrik.
2. Mengelakkan pembaziran sumber tenaga.
3. Mengurangkan pencemaran alam sekitar

PUSAT TUISYEN GALUS


12

Imbasan Minda

PUSAT TUISYEN GALUS

You might also like