You are on page 1of 6

5

SET 3 : TEMA 3 (PERPADUAN)


SOALAN 1
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata tugas dan dua kata adjektif.
Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang
dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak
boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.

Malaysia merupakan sebuah negara yang berpegang teguh pada norma diplomasi berteraskan
keamanan dan kestabilan. Strategi pelaksanaan dihuraikan secara lebih komprehensif melalui
prinsip-prinsip Dasar Luar Negeri yang bersifat sejagat seperti penyelesaian konflik melalui
perundingan dan menolak pendekatan secara kekerasan dan paksaan. Selain itu, mendukung
prinsip hidup bersama secara aman dan harmoni serta berpegang teguh pada prinsip
menghormati kemerdekaan, kedaulatan serta keutuhan sesebuah wilayah melalui pendekatan
tidak campur tangan dalam hal ehwal dan masalah dalaman negara lain.

Dipetik dan diubah suai daripada


" Sentuhan Diplomasi Negara”
Buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 5
KPM 2020

[8 markah ]

Bil Kata Tugas Ayat

i.
yang

ii.

Bil Kata Adjektif Ayat

teguh
i.

ii.

PUSAT TUISYEN GALUS


6

SOALAN 2
Baca petikan di bawah ini dengan telitinya dan senaraikan dua kata nama terbitan dan dua
kata adjektif. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap
perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Sebelum 31 Ogos 1957, Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah berjaya menaikkan
semangat rakyat Tanah Melayu untuk bersikap berani menentang penjajah. Kunci untuk
kemerdekaan negara ialah penduduk pelbagai kaum terutamanya Melayu, Cina dan India perlu
teguh untuk bersatu. Persepakatan ini telah membawa kepada Perjanjian London pada 8
Februari 1956. Setelah merdeka, rakyat Malaysia yang berbeza etnik, budaya dan agama perlu
saling melengkapi untuk memaknakan kemerdekaan sebagai bukti cinta akan negara.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Mengingati Asal Usul’
oleh Aninah Janang,
Dewan Masyarakat, Ogos 2020.

[8 markah]
Jawapan:
Bil Kata Terbitan Ayat

i. penjajah

ii.

Bil Kata Adjektif Ayat

i. berani

ii.

PUSAT TUISYEN GALUS


7

SET 4 : TEMA 4 (KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN ESTETIKA)


SOALAN 1
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata pemeri dan dua kata nafi.
Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang
dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak
boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.
Permainan tradisional ialah seni budaya yang diwarisi daripada generasi terdahulu dan kekal
hingga hari ini. Oleh itu, seni budaya ini amat berharga dan mestilah kita popularkan agar tidak
pupus ditelan zaman. Walau bagaimanapun, kewujudan pelbagai permainan yang canggih pada
era siber ini menyebabkan permainan tradisional semakin dipinggirkan. Sekiranya generasi
muda beranggapan bahawa usaha mempopularkan permainan tradisional bukan tanggungjawab
mereka, seni budaya ini akan menjadi bahan pameran di muzium sahaja pada suatu hari nanti.
Masyarakat perlu mengetahui bahawa permainan tradisional ini adalah unik untuk dijadikan
sebagai kenangan warisan turun-temurun.
Dipetik dan diubah suai daripada
“Pertahankan Budaya Bangsa”
oleh Muhamad Hatta Shaharom,
Dewan Masyarakat, Bil 2/2019

[8 markah]

Bil Kata Pemeri Ayat

ialah
i.

ii.

Bil Kata Nafi Ayat

tidak
i.

ii.

PUSAT TUISYEN GALUS


8

SOALAN 2
Baca petikan di bawah ini dengan telitinya dan senaraikan dua kata kerja transitif dan dua
kata ganda. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap
perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

AIDIL: Saya betul-betul tidak berminat langsung untuk membaca karya-karya sastera.
IMAN: Apakah sebabnya? Bukankah karya sastera dapat meluaskan pandangan dan
menambah idea kita?

AIDIL: Bahasa yang berbunga-bunga dalam karya sastera amat sukar untuk saya fahami
maksudnya. Oleh itu, saya kurang berminat untuk membaca karya sastera.

ZUKI: Saya pun begitu. Saya pernah mencuba untuk membaca karya sastera di
perpustakaan sekolah. Malangnya, saya cepat berasa bosan ketika membaca karya
tersebut kerana ayat-ayatnya sukar untuk saya fahami. Kadang kala saya terpaksa
berfikir panjang untuk menghayati dan memahami bahan sastera berkenaan. Jadi,
saya berpendapat bahawa saya membuang masa sahaja ketika membaca
karya-karya sastera.

Dipetik dan diubah suai daripada:


http:// eseispm.blogspot.com
[8 markah]
Bil Kata Kerja Transitif Ayat

i. membaca

ii.

Bil Kata Ganda Ayat

i. betul-betul

ii.

PUSAT TUISYEN GALUS


9

SET 5 : TEMA 5 (JATI DIRI, PATRIOTISME DAN KEWARGANEGARAAN)


SOALAN 1
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata majmuk. Kemudian anda
dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaanya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.

Sebagai warganegara Malaysia, tugas menghormati institusi raja Melayu sememangnya


terletak pada bahu mereka. Dalam kalangan generasi muda, lima prinsip Rukun Negara telah
diterapkan sejak bangku sekolah demi membentuk jati diri mereka. Namun demikian, terdapat
segelintir rakyat yang telah memuat naik kata-kata yang menghina institusi tersebut melalui
laman sosial. Oleh itu, hukuman yang lebih berat perlu dikenakan terhadap pihak yang terlibat
kerana setiap rakyat Malaysia perlu akur bahawa kesetiaan kepada raja dan negara ialah
tanggungjawab kita bersama.

Dipetik dan diubah suai daripada


Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
oleh Nurul Muhaminah
Dewan Masyarakat, bil 2/2017

[6 markah]

Bil Kata Majmuk Ayat

warganegara
i.

ii.

iii.

PUSAT TUISYEN GALUS


10

SOALAN 2
Baca petikan di bawah ini dengan telitinya dan senaraikan dua kata nama tunggal dan dua kata
hubung . Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap
perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Tarikh 31 OGOS 1957 sangat bersejarah dan membahagiakan seluruh rakyat di negara ini.
Sambutan ulang tahun kemerdekaan dan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang disambut lagi
tahun ini dengan tema “Sayangi Malaysia: Malaysia Bersih”. Apa-apa pun cabaran yang
mendatang kita seharusnya bersyukur dapat hidup di bumi bertuah ini. Tidak sedikit rakyat
pelbagai bangsa dan mengerah kudrat untuk melihat negara ini dimajukan dengan
harmoninya .Kita berharap agar nasib negara ini tidak menjadi seperti sesetengah negara di
Asia Barat yang hancur. Rakyatnya menderita di tanah air sendiri lantaran ketidakupayaan
mempertahankan kedaulatan dan kestabilan negara.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Subur Semangat Patriotisme dalam Jiwa Rakyat’
oleh Dr. Ghazali Din, Berita Harian, 30 Ogos 2019.

[8 markah]
Bil Kata Nama Tunggal Ayat

i. rakyat

ii.

Jawapan Kata Hubung Ayat

i. dan

ii.

PUSAT TUISYEN GALUS

You might also like