You are on page 1of 7

1

8.1.1 Sumber Asas Bahan

1. Terdapat pelbagai objek yang digunakan dalam kehidupan harian kita.


2. Objek tersebut diperbuat daripada pelbagai sumber asas speerti tumbuh-tumbuhan,
haiwan, petroleum dan batuan.
3. Tumbuh-tumbuhan:
1. Pokok getah menghasilkan bahan getah. Contoh objek: tayar dan sarung
tangan getah.
2. Pokok balak menghasilkan bahan kayu. Contoh objek: almari kayu dan kerusi
kayu.
3. Pokok kapas menghasilkan bahan kapas. Contoh objek: baju dan tuala.
4. Haiwan:
1. Biri-biri menghasilkan bahan bulu biri-biri. Contoh objek: topi bulu dan
sweater.
2. Lembu menghasilkan bahan kulit lembu. Contoh objek: kasut kulit dan sofa
kulit.
3. Ulat sutera menghasilkan bahan kokun sutera. Contoh objek: tali leher sutera
dan kain sutera.
5. Petroleum:
1. Petroleum ialah minyak berwarna hitam yang diperoleh dari dalam tanah
untuk dijadikan petrol dan bahan-bahan lain. Petroleum terbentuk daripada
hidupan yang telah mati berjuta-juta tahun dahulu.
2. Minyak petroleum menghasilkan bahan plastik. Contoh objek: beg plastik dan
botol plastik.
3. Minyak petroleum juga menghasilkan bahan kain sintetik. Contoh objek: baju
hujan dan khemah.
6. Batuan:
1. Logam menghasilkan bahan emas dan kuprum. Contoh objek: rantai emas,
barang piuter dan duit syiling.
2. Tanih menghasilkan bahan tanah liat. Contoh objek: mangkuk seramik dan
batu bata.
3. Tanih juga menghasilkan bahan pasir. Contoh objek: cermin dan botol kaca.

PUSAT TUISYEN GALUS


2

8.2.1 Sifat Bahan

1. Bahan mempunyai pelbagai sifat, seperti:


1. Kebolehan menyerap air
2. Kebolehan terapung di permukaan air
3. Kekenyalan bahan

PUSAT TUISYEN GALUS


3

4. Konduktor dan penebat elektrik


5. Konduktor dan penebat haba
6. Kebolehan penembusan cahaya

(1) Kebolehan menyerap air


1. Terdapat bahan yang boleh menyerap air dan bahan yang kalis air.
2. Bahan yang menyerap air menjadi basah apabila terkena air. Air akan diserap oleh
bahan yang menyerap air apabila air dititiskan ke atasnya.
3. Bahan yang tidak menyerap air disebut bahan kalis air. Air akan kekal ada pada bahan
yang kalis air apabila air dititiskan ke atasnya.

PUSAT TUISYEN GALUS


4

(2) Kebolehan terapung di permukaan air


1. Terdapat bahan yang terapung di atas permukaan air dan bahan yang tengelam di
dalam air.

(3) Kekenyalan bahan


1. Kekenyalan ialah kebolehan sesuatu bahan untuk kembali kepada keadaan asalnya
sesudah ditarik, dipicit atau diregangkan.
2. Terdapat bahan yang kenyal dan bahan yang tidak kenyal.

(4) Konduktor dan penebat elektrik


1. Setiap bahan bersifat sama ada konduktor atau penebat elektrik.
2. Konduktor elektrik ialah bahan yang boleh mengalirkan arus elektrik.
3. Penebat elektrik ialah bahan yang tidak boleh mengalirkan arus elektrik.

PUSAT TUISYEN GALUS


5

(5) Konduktor dan Penebat Haba


1. Terdapat bahan yang bersifat konduktor haba dan penebat haba.
2. Konduktor haba ialah bahan yang membenarkan haba mengalir melaluinya dengan
baik dan cepat.
3. Penebat haba ialah bahan yang tidak membenarkan haba melaluinya dengan baik.

(6) Kebolehan Penembusan Cahaya


1. Setiap jenis bahan mempunyai kebolehan penembusan cahaya yang tersendiri.
2. Bahan lut sinar ialah bahan yang membenarkan cahaya melaluinya.
3. Bahan lut cahaya ialah bahan yang membenarkan sebahagian cahaya melaluinya.
4. Bahan legap ialah bahan yang menghalang cahaya melaluinya.

8.2.2 Aplikasi Sifat Bahan

1. Pengetahuan tentang sifat sesuatu bahan adalah penting dalam mereka cipta sesuatu
objek.
2. Pemilihan jenis bahan yang bersesuaian dapat memastikan objek yang dicipta dapat
berfungsi dengan baik mengikut keperluannya.

PUSAT TUISYEN GALUS


6

3. Langkah-langkah mereka cipta model dengan mengaplikasikan pengetahuan tentang


sifat bahan:
1. Mengenal pasti masalah
2. Menjana idea
3. Membuat lakaran idea
4. Menyediakan alat dan bahan
5. Membina model

8.2.3 Pemilihan Jenis Bahan dan Mereka Cipta Objek

1. Sesuatu objek dicipta berdasarkan kesesuaian sifat bhaan dengan fungsi objek
tersebut.
2. Pemilihan jenis bahan yang digunakan untuk mereka cipta sesuatu objek adalah
penting untuk memastikan objek tersebut dapat berfungsi dengan baik dan sesuai
untuk digunakan.

PUSAT TUISYEN GALUS


7

Imbasan Minda

PUSAT TUISYEN GALUS

You might also like