You are on page 1of 2

Jawapan Kertas 1

Bahagian A

1 C 2 B 3 B 4 B 5 B 6 A

7 C 8 C 9 C 10 B 11 C 12 C

13 C 14 A 15 D 16 A 17 A 18 D

19 B 20 C

Bahagian B

B1

kesalahan bahasa

i mini bajet- bajet mini

ii dari- daripada

kesalahan ejaan

i. ditepok – ditepuk

ii. defenisi – definisi

iii. satay – sate

B2

i) Ayah sekeluarga menyayangi Kelabu lebih daripada Oren kerana (2 isi sahaja)

- Kelabu menunjukkan reaksi yang lebih manja daripada Oren

- kelabu sering menarik perhatian maka, mereka sekeluarga lebih suka akan Kelabu.

-Oren lebih suka menyendiri dan pendiam

ii Dua perwatakan ayah berdasarkan petikan di atas ialah

-ayah seorang prihatin kerana membawa Oren untuk dipelihara

-ayah seorang yang mengamalkan sikap pilih kasih keranaayahlebih menyayangi kelabu

daripada Oren
iii) Pada pendapat saya, faedah-faedah memelihara binatang kesayangan ialah ( 2 isi)

-binatang kesayangan dapat menghiburkan hati/mengurangkan stress

-binatang kesayangan dapat menjadi peneman hidup

-binatang kesayangan membolehkan masa lapang kita lebih berfaedah

-binatang kesayangan memjadikan kita lebih bertanggungjawab

(sila terima jawapan lain jika relevan )

Rakyat bermuafakat negara maju itulah antara slogan yang sering dilaung-laungkan untuk
menunjukkan betapa pentingnya perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara
ini.

Rakyat Malaysia perlu bersatu agar dapat mewujudkan perpaduan, lebih-lebih lagi bagi
negara seperti Malaysia yang rakyatnya terdiri daripada masyarakat pelagai kaum yang mempunyai
latar belakang budaya dan adat resam yang berbeza. Dalam kalangan masyarakat majmuk ini saling
memahami satu sama lain amat penting untuk menjamin keamanan negara. Negara yang aman dan
harmoni dapat membangun dengan pesat lantas memberikan keselesaan hidup kepada rakyatnya.

Rakyat yang bersatu padu juga dapat menggembleng tenaga dalam menjalankan pelbagai aktiviti
ekonomi supaya ekonomi negara berkembang pesat. Hasil pengeluaran pelbagai sektor seperti
pertanian dan pembuatan akan dapat ditingkatkan dan berkembang maju. Sekiranya rakyat kita
bersatu pelabur asing tentunya berminat melabur dalam negara yang stabil dan makmur

Sekiranya rakyat bersatu padu, sudah pasti kehidupan rakyat akan aman dan sejahtera hasil
perpaduan tersebut lahirlah generasi berilmu, yang mampu menjadi contoh kepada negara-negara
yang lain. Keadaan ini menjadi tarikan kepada pelancong datang ke negara ini seterusnya untuk
menikmati keindahan negara kita dan keunikan budaya masyarakat di sini. (Masyarakat Malaysia
yang bersatu juga melahirkan generasi muda yang berwibawa yang mampu menjadi pemimpin
yang berkaliber serta pekerja yang berdisiplin yang mampu menangani segala bentuk masalah
sosial dalam masyarakat seterusnya (mengurangkan kadar jenayah.)

Pelbagai usaha perlu dilakukan supaya masyarakat sentiasa bersatu padu, contohnya dengan
mengadakan program rukun tetangga di sesebuah kawasan perumahan. Selain itu aktiviti gotong-
royong yang melibatkan semua penduduk di sesebuah kawasan patut diadakan dengan kerap
mewujudkan semangat kerjasama dan saling membantu.

You might also like