You are on page 1of 16

Tenaga dan Sumbernya

1. Tenaga ialah keupayaan untuk melakukan kerja.


2. Tenaga dapat diperoleh daripada pelbagai sumber.
3. Sumber-sumber tenaga:
1. Matahari merupakan sumber tenaga yang paling utama. Tenaga
matahari boleh digunakan untuk menjanakan elektrik melalui
panel suria.
2. Air yang mengalir menggerakkan turbin di dalam empangan
untuk menjanakan elektrik.
3. Biojisim ialah bahan daripada tumbuh-tumbuhan (kayu api dan
sisa tanaman) atau tinja haiwan yang digunakan untuk
menghasilkan bahan api dan menjanakan elektrik.
4. Angin yang bertiup menggerakkan kincir angin untuk
menjanakan elektrik.
5. Bahan nuklear seperti uranium digunakan untuk menjanakan
elektrik di stesen janakuasa nuklear.
6. Bahan api fosil seperti petroleum, gas asli dan arang batu dibakar
untuk menjanakan elektrik.
7. Ombak menggerakkan turbin di dalam laut untuk menjanakan
elektrik.
8. Geoterma juga merupakan sumber tenaga yang diperoleh
daripada haba batuan panas di bawah permukaan bumi untuk
menjanakan elektrik. 

You might also like