You are on page 1of 8

BAB 6 : SUMBER TENAGA 6.

1 Pelbagai Bentuk dan Sumber Tenaga

Tenaga Elektrik

Tenaga Keupayaan

Tenaga Kinetik

Tenaga Kimia

Bentuk Tenaga Tenaga Bunyi

Tenaga Nuklear

Tenaga Cahaya

Tenaga Haba

Tenaga Keupayaan Ialah tenaga yang tersimpan dalam sesuatu objek disebabkan kedudukan atau keadaannya. Dua jenis : Tenaga keupayaan graviti : tenaga yang dipunyai suatu objek disebabkan oleh kedudukannya Tenaga keupayaan kenyal : tenaga yang tersimpan apabila sesuatu objek diregang, dimampat atau dibengkokkan Tenaga yang tersimpan dalam objek-objek tersebut berkeupayaan melakukan kerja sekiranya dilepaskan dari kedudukan atau keadaan itu. Contoh : Sebiji buah kelapa di atas pokok mempunyai tenaga keupayaan kerana kedudukannya yang tinggi. Buah kelapa itu akan jatuh ke bawah (melakukan kerja) jika tangkainya dipotong. Gelang getah yang diregang mempunyai tenaga keupayaan. Apabila dilepaskan, gelang getah itu akan terpelanting jauh (melakukan kerja). Sebatang pembaris plastik yang dibengkokkan mempunyai tenaga keupayaan. Apabila dilepaskan, pembaris itu akan bergetar sedikit (melakukan kerja).

Tenaga Kinetik Ialah tenaga yang dipunyai oleh sesuatu objek yang bergerak. Semakin laju sesuatu objek bergerak, semakin besar tenaga kinetik objek itu. Objek yang pegun tidak mempunyai tenaga kinetik. Contoh : Air sungai yang mengalir. Bola sedang bergerak. Kipas yang berputar. Kereta yang sedang bergerak.

Tenaga Kimia Ialah tenaga yang tersimpan dalam makanan, bahan api dan bahan kimia. Tenaga kimia ini boleh bertukar kepada bentuk tenaga yang lain. Contoh : Tenaga kimia dalam makanan akan terbebas apabila makanan dioksidakan (makanan bertindak balas dengan oksigen) dalam badan semasa respirasi sel. Tenaga kimia dalam bahan api seperti petroleum, arang batu dan kayu api akan dibebaskan apabila bahan-bahan api itu terbakar. Tenaga kimia dalam bateri akan dibebaskan apabila bateri dinyahcaskan (semasa bateri digunakan dalam litar lengkap).

Tenaga Nuklear Ialah tenaga yang tersimpan dalam nukleus sesuatu atom. Dibebaskan apabila tindak balas yang melibatkan nukleus sesuatu atom. Contoh : Penggabungan dua atom kecil untuk menghasilkan satu atom yang baru. Pemecahan satu atom yang besar untuk menghasilkan atom-atom yang lebih kecil. Kegunaan: Tenaga nuklear ditukarkan menjadi tenaga elektrik di stesen janakuasa nuklear Bom atom membebaskan tenaga nuklear yang memusnahkan banyak nyawa dan harta benda.

Tenaga Haba Ialah tenaga yang terdapat dalam objek yang panas. Jadi, objek yang berasa panas dikatakan menghasilkan tenaga haba. Contoh : Matahari Alat pemanas elektrik Bahan api yang membakar Badan haiwan dan manusia yang hidup Telaga air panas dan letusan gunung berapi

Tenaga Cahaya Ialah tenaga yang dikeluarkan oleh objek yang terbakar atau bercahaya. Boleh dikesan oleh mata. Membolehkan kita melihat objek di sekeliling kita. Contoh : Matahari Cahaya daripada unggun api Mentol yang menyala Lilin yang terbakar Tenaga Bunyi Ialah tenaga yang dapat didengar. Dihasilkan daripada objek yang bergetar. Contoh : Jam dinding yang berdetik Anjing yang menyalak Seorang guru yang sedang bercakap Tenaga Elektrik Diperoleh daripada cas elektrik yang mengalir melalui wayar atau bahan konduktor. Contoh : Bateri dan akumulator Dinamo basikal Penjana elektrik di stesen janakuasa elektrik Sel suria dan kilat

Pelbagai Jenis Sumber Tenaga

Bahan api fosil

Bahan radioaktif

Matahari Angin

Sumber Tenaga
Air
Geoterma

Biojisim

Ombak

Sumber tenaga Matahari

Jenis tenaga Tenaga suria Tenaga haba

Sumber tenaga untuk kegunaan harian Sel suria menukarkan tenaga suria kepada tenaga elektrik Panel suria pada relau sura menyerap tenaga suria sebagai haba untuk tujuan pemanasan Kincir angin menggunakan tenaga angin untuk mengepam air dan menjana elektrik Pengaliran air yang laju boleh digunakan untuk menjana tenaga elektrik bagi peralatan elektrik Pergerakan gelombang air menggerakkan penjana dan membekalkan elektrik Air pasang surut menjanakan elektrik

Angin

Tenaga kinetik mekanik Tenaga hidroelektrik Tenaga kinetik mekanik

Air

Ombak

Pasang surut air Tenaga keupayaan graviti Geoterma Tenaga haba dalam Bumi

Pemanasan tempatan Stim digunakan untuk memutarkan turbin dan menjankan elektrik

Sumber tenaga

Jenis tenaga

Sumber tenaga untuk kegunaan harian Makanan, tumbuhan, bahan api untuk pemanasan tempatan Menggerakkan mesin dan enjin

Biojisim (bahan Tenaga biojisim buangan haiwan dan tumbuhan

Fosil

Bahan api fosil atau tenaga kimia

Stesen kuasa terma untuk menjanakan elektrik Petroleum digunakan sebagai bahan api utama untuk kenderaan dan mesin
Stesen kuasa nuklear untuk menghasilkan elektrik

Bahan radioaktif Tenaga nuklear daripada pembelahan dan pelakuran nukleus

You might also like