You are on page 1of 2

Garis Panduan Penjimatan Tenaga (Soal Jawab)

1. APAKAH KECEKAPAN TENAGA (WHAT)?

Kecekapan tenaga merujuk kepada penggunaan tenaga yang cermat, berhemat dan bijaksana sebagai

pengguna, amalan kecekapan tenaga boleh mengurangkan perbelanjaan, menjimatkan kos sara hidup dan

mengelakkan pembaziran.

2. BILA PERLU DIMULAKAN (WHEN)?

Bermula sekarang.

3. DIMANA PERLU DILAKSANAKAN (WHERE)?

Pejabat, bilik guru , bilik darjah, surau, dewan waja , kafeteria, perpustakaan, dan lain-lain lagi dalam

kawasan SMK Keladi.

4. SIAPA YANG TERLIBAT (WHO)?

Semua warga SMK Keladi.

5. KENAPA PERLU DILAKSANAKAN (WHY)?

Jika kita melaksanakan kecekapan tenaga (energy efficiency), maka kita akan dapat menjimatkan tenaga,

menjimatkan kos tenaga, mengurangkan fossil fuel depletion dan mengelak impak emmission berbahaya

kepada alam sekitar.

6. BAGAIMANA BOLEH DILAKSANAKAN (HOW)?

Dengan membudayakan amalan kecekapan tenaga seperti berikut:

6.1 Sistem penyaman udara sangat penting dalam memberi keselesaan dalam satu-satu ruang. Walau

bagaimanapun, penghawa dingin merupakan punca sebenar dalam penggunaan tenaga di kampus.

Tindakan proaktif yang boleh dilaksanakan:

- Pengurangan penggunaan sistem hawa dingin.

- Membiasakan suhu bilik sekitar 24C yang mencapai zon keselesaan.

- Menutup suis penyaman udara jika tidak menggunakan ruang berkenaan.

6.2 Lampu atau pencahayaan adalah punca kedua terbesar dalam penggunaan tenaga di dalam kawasan

sekolah..

Tindakan proaktif yang boleh dilaksanakan:

- Membuka lampu yang perlu sahaja di ruang berkenaan yang ingin digunakan.
- Menutup suis apabila tidak menggunakan ruang berkenaan.

- Membiasakan dengan penggunaan lampu jenis rendah tenaga dan mencapai kecerahan standard.

6.3 Menggunapakai peralatan dan kelengkapan elektrik pejabat yang rendah tenaga yang cekap.

Tindakan proaktif yang boleh dilaksanakan:

- Pilih peralatan dan kelengkapan pejabat yang menjimatkan tenaga (lihat label dan spesifikasinya).

- Pilih motor yang mempunyai kecekapan tinggi.

- Menutup suis apabila tidak menggunakan alat berkenaan.

- Menyelenggara alat dengan baik.

7. PENJIMATAN YANG HENDAK DICAPAI (HOW MUCH)?

Penjimatan bil utiliti yang disasarkan adalah sebanyak 10%.

You might also like