You are on page 1of 4

TAJUK : TIP MENJIMATKAN ELEKTRIK

Pendahuluan
Apakah anda rasa terbeban dan sering mengeluh dengan bil elektrik yang
tinggi setiap bulan? Tahap penggunaan tenaga elektrik sebenarnya boleh dikurangkan
dengan mengamalkan cara penggunaan berkhemah dan berkesan oleh pengguna itu
sendiri yang di antara lainnya dengan membabitkan aspek pemasangan yang baik,
penggunaan peralatan elektrik secara bijak atau menggunakan sumber altenatif lain.

Amalkan langkah mudah di bawah ini untuk anda mula menjimatkan elektrik
lantas akan mengurangkan bil elektrik anda setiap bulan.
1.

Lakukan pengauditan tenaga elektrik di rumah. Ini boleh dilakukan dengan


memeriksa pengunaan peralatan elektrik yang menggunakan banyak tenaga
elektrik. Bil elektrik hendaklah konsisten dengan penggunaan peralatan elektrik.

2.

Matikan suis dan tanggalkan palam (plug) apabila peralatan elektrik tidak
digunakan.

3.

Matikan suis lampu, kipas dan hawa dingin apabila tiada sesiapa di dalam bilik.

1
Kamarudin Othman
Bah. Teknologi Elektrik

4.

Bertukar kepada lampu jenis fluoresen (jimat tenaga) untuk pencahayaan


dalaman.

5.

PETI SEJUK - Elakkan daripada membuka pintu sejuk dengan kerap kerana 30%
udara sejuk akan keluar setiap kali pintu dibuka.

6.

PENDINGIN HAWA - Tetapkan suhu pendingin hawa kepada 23 26 darjah C.

7.

Beli pendingin hawa yang sesuai dengan saiz bilik kerana ia akan membantu
mengelakkan pembaziran tenaga.

8.

MESIN BASUH - Jika anda kerap menggunakan mesin basuh,dicadangkan


membeli mesin basuh jenis muatan hadapan.

9.

KOMPUTER - Elakkan penggunaan screen saver dan matikan suis monitor jika
tidak digunakan.

10.

SETERIKA - Setiap kali menggosokkan pakaian, hendaklah dalam jumlah yang


banyak.

Ini adalah beberapa langkah yang dianjurkan oleh pihak FOMCA untuk
mengurangkan bil elektrik kita.

2
Kamarudin Othman
Bah. Teknologi Elektrik

Selain itu beberapa perkara juga perlu diambil perhatian semasa menggunakan
elektrik supaya berkesan dan menjimatkan. Di antaranya ialah :

i.

Cara pemasangan yang baik

Pastikan cara pemasangan elektrik mengikut piawaian yang diperakui agensi


bertanggungjawab seperti Sirim dan Suruhanjaya Tenaga. Ini adalah untuk
mengelakkan berlakunya ketirisan elektrik yang menyebabkan litar pintas.

Pastikan kontraktur yang memasang pendawaiaan elektrik mempunyai lesen sah


bagi memudahkan kita membuat sebarang tuntutan jika berlaku sebarang
kecelakaan. Jangan lakukan sebarang penyambungan tambahan tidak sah bagi
mengelakkan sebarang tragedi atau kecelakaan.

Lakukan cara pemasangan berpusat kerana ianya berfungsi mengawal serta


mengatur penggunaan elektrik jika tidak digunakan.

ii.

Pengunaan Peralatan elektrik secara bijak dan berkhemah

Pastikan pengunaan elektrik secara am, iaitu menutup semua lampu dan peralatan
elektrik apabila tidak digunakan termasuk menanggalkan soket.

Benarkan pengaliran udara semulajadi kedalam rumah bagi menyejukkan ruang.

Amalkan penggunaan tenaga cekap ketika menggunakan peralatan elektrik serta


sering memeriksa kadar penggunaan tenaga pada peralatan.

3
Kamarudin Othman
Bah. Teknologi Elektrik

iii. Sumber Tenaga Alternatif

Menggunakan tenaga solar kerana ia sangat baik bagi menyediakan tenaga elektrik
dirumah dan sepatutnya ia amatlah digalakkan.

Tenaga solar yang digunakan juga dikenali sebagai Photovoltanic (P.V).

Biasanya hanya membabitkan projek perumahan mewah dan kini telah dibangunkan
untuk penggunaan rumah2 panjang di sekitar negeri Sarawak.

Tenaga solar adalah bercirikan kediaman mesra alam.

KESIMPULAN
Bekalan elektrik ialah merupakan keperluan pada kita semua. Mahu tak mahu kita
akan menggunakan elektrik.

Jadi bagaimana pun kita tahu kaedah menjimatkan

elektrik tetapi jika kita ada disiplin dan azam yang kuat maka semua pengetahuan kita
akan sia-sia dan tidak berguna.
Selain dapat menjimatkan elektrik, kita juga sebenarnya menyumbang kepada
kesejahteraan alam sekitar melalui pengurangan penggunaan bahan bakar untuk
menjanakan bekalan elektrik.
Jadi bagaimana ? Fikir-fikirkan dan tepuk dada tanyalah TNB.

4
Kamarudin Othman
Bah. Teknologi Elektrik

You might also like