You are on page 1of 11

RBT 3107 TEKNOLOGI ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

ADAM MALIK

PENGGUNAAN PRINSIP KEELEKTROMAGNETAN


PENGENALAN
Pelbagai alat dan perkakasan elektrik yang kita gunakan setiap hari adalah
menggunakan prinsip keelektromagnetan. Kemajuan teknologi saat ini semakin
meningkat berikut dalam penggunaan gelombang elekromagnetik dalam kehidupan
sehari-hari. Alat dan perkakas elektrik tersebut terdapat gegelung elektromagnet yang
akan menghasilkan kesan magnet apabila disambungkan kepada punca bekalan.
Kesan magnet yang dihasilkan oleh motor elektrik akan menyebabkan kipas berputar,
pembersih vakum berkendali, mesin basuh berkerja dan pengisar makanan berputar.
Selain itu, kesan magnet yang terhasil di dalam loceng elektrik sangat penting untuk
mendapat getaran supaya pemukul dapat memukul gong. Dengan memanfaatkan
gelombang elektromagnetik, manusia dapat melakukan pengiriman informasi jarak jauh,
Guglielmo Marconi (1874 - 1937).

PENGGUNAAN GEGELUNG ELEKTROMAGNET


Terdapat sekurang-kurangnya satu atau lebih gegelung yang terdapat di dalam
satu alatan yang menggunakan prinsip elektromagnet. Hal ini kerana gegelung tersebut
yang menyebabkan terhasilnya gelombang elektromagnet yang diperlukan untuk
menggerakkan sesebuah motor mahupun menarik plat-plat besi agar berfungsi dengan
baik. Melalui tugasan ini, saya dan ahli kumpulan menjelaskan tiga jenis gegelung yang
digunakan dalam sesebuah alatan berprinsipkan keelektromagnetan.

RBT 3107 TEKNOLOGI ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

ADAM MALIK

Tiga jenis gegelung yang digunakan dalam penggunaan prinsip keelektromagnetan


ialah :

1.
Solenoid

Gegelung
elektromagn
et
3. Loceng
elektrik.

2.
Geganti

RBT 3107 TEKNOLOGI ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

solenoid

Geganti

ADAM MALIK

Loceng
elektrik

1. SOLENOID

Solenoid terdiri daripada gegelung elektromagnet yang dililit pada pembentuk


silinder dan teras besi yang boleh gerak di dalamnya.

Teras boleh gerak ini dinamakan sebagai pelocok yang disambungkan ke teras
pegun dengan menggunakan pegas.

Pergerakan pelocok ini bergantung kepada kekuatan keelektromagnetan dan


daya mekanik yang terdapat pada pegas.

RBT 3107 TEKNOLOGI ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

ADAM MALIK

Kendalian selonoid

Dalam keadaan lazim, tiada arus yang mengalir melalui gegelung. Oleh itu,
pelocok kelihatan terkeluar.

Apabila arus mengalir melalui gegelung, medan magnet yang terbentuk di dalam
gegelung menarik pelocok ke dalam.

Keadaan ini berlaku kerana kutub selatan yang terbentuk pada teras pegun
menarik polocok yang berkutub utara dan menempatkan pegas.

Solenoid digunakan dalam aplikasi seperti central lock sesetengah model kereta
dan penggerak dulang kertas (paper tray) mesin fotokopi. Selain itu solenoid juga
digunakan dalam pengawalan injap pelepasan/kemasukan air bagi mesin basuh.

RBT 3107 TEKNOLOGI ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

ADAM MALIK

Gambar injap pelepasan/kemasukan air bagi mesin basuh yang dikawal


solenoid.

2. GEGANTI

Geganti ialah suiz yang dikawal secara elektronik dan berkendali menggunakan
prinsip keelektromagnetan.

Gegenti terdiri daripada sebuah gegelung dan satu set sesentuh.

RBT 3107 TEKNOLOGI ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

ADAM MALIK

Kendalian geganti

Dalam litar kawalan geganti, apabila suis terbuka, arus tidak mengalir
melalui gegelung geganti. Gegelung geganti tidak bertenaga dan mentol tidak
menyala. Manakala, apabila suis ditutup, arus akan mengalir melalui gegelung
geganti menyebabkan berlakunya medan magnet pada gegelung. Medan
magnet ini menyebabkan angker sesentuh tertarik dan litar beban tertutup.
Mentol menyala kerana arus dapat mengalir.

3. LOCENG ELEKTRIK

Loceng elektrik merupakan alat yang terdiri daripada gegelung elektromagnet,


angker, gong dan pemukul.

Terdapat dua jenis loceng elektrik iaitu :


i.

Loceng elektrik getar


loceng elektrik getar digunakan pada bangunan-bangunan besar seperti
sekolah.

RBT 3107 TEKNOLOGI ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

ADAM MALIK

Gambar loceng elektrik getar


ii.

Loceng elektrik ketukan tunggal.


loceng jenis ini digunakan pada

pengangkutan

awam

menghasilkan bunyi sekali sahaja apabila suiz ditekan.

Gambar loceng elektrik ketukan tunggal

Kendalian loceng elektrik

Apabila bekalan dihidupkan arus mengalir melalui gegelung

Medan magnet terbentuk pada gegelung.

Teras pegun dalam gegelung akan berkutub.

Teras pegun akan menarik angker pemukul mendekatinya.

Tarikan itu menyebabkan pemukul mengetuk gong.

Loceng akan berbunyi.

Pada ketika pemukul mengetuk gong, sesentuh skru pelaras terbuka.

Arus litar terputus dan menyebabkan gegelung hilang kesan kemagnetan.

Angker balik ke tempat asal.

Proses berulang selagi bekalan dihidupkan.

kerana

RBT 3107 TEKNOLOGI ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

ADAM MALIK

Gambar rajah kendalian loceng elektrik.

PENUTUP
Keelektromagnetan mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri.
Sebagai pengguna kita harus bijak memilik peralatan elektrik yang sesuai biarpun
gelombang-gelombang elektromagnet dikatakan membawa bahaya kepada kita

RBT 3107 TEKNOLOGI ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

ADAM MALIK

manusia. Kita juga harus bijak menggunakan fungsi keelektromagnetan untuk


memudahkan urusan kita.

REFLEKSI
MUHAMMAD FITRI BIN AB RAHMAN
900403-08-6333

RBT 3107 TEKNOLOGI ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

ADAM MALIK

Bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya saya bersama rakan
sekumpulan telah berjaya menyiapkan semua tugasan yang telah diberikan oleh
pensyarah. Terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah subjek ini Encik Sukri
Bin Salim dan Encik Rosly Bin Ismail kerana telah banyak mencurahkan ilmu.
Kekuatan yang dapat saya perolehi melalui tugasan dan persembahan power
point yang disiapkan adalah sememangnya banyak ilmu berguna yang dapat
diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kedua, kedua ialah pengukuhan dan
penambahan ilmu sedia ada dan ilmu baru. Ketiga, melalui subjek elektrik, saya dapat
mengaplikasikan langkah-langkah keselamatan kerana telah mengetahui jenis-jenis
wayar, bahan pengalir, penebat dan sebagainya. Saya juga telah mampu untuk
membaiki suis-suis yang terbakar di rumah.
Kelemahan yang dapat saya lihat adalah dari aspek masa. Kekangan masa
untuk menjalankan banyak amali elektrik tidak dapat dilaksanakan. Namun begitu, saya
dan rakan-rakan sempat melaksanakan satu amali pendawaian. Melalui amali ini,
pengetahuan saya semakin jelas mengenai pendawaian domestik yang di buat di
rumah-rumah kediaman. Secara tidak langsung saya mampu melakukan pendawaian
yang mudah secara individu.
Harapan saya agar ilmu yang diperolehi ini kekal selamnya. Saya juga berharap
dapat mengaplikasikan pengetahuan yang diperolehi di Institut Pendidikan Guru
Kampus Perlis ini dapat dicurahkan pula kepada murid-murid di sekolah kelak. Sekian.

RBT 3107 TEKNOLOGI ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

ADAM MALIK

BAHAN
RUJUKAN

You might also like