You are on page 1of 24

DC MOTOR

ETN 404

ELECTRICAL MACHINE CONTROL

Kandungan

Pengenalan

Motor elektrik ialah mesin yang


menukarkan tenaga elektrik kepada
tenaga mekanik. Motor ini mengunakan
bekalan elektrik sebagai sumber dan
menghasilkan tenaga mekanik dalam
bentuk daya kilas dan putaran

Jenis Motor DC

Power window
RC car
Skuter Elektrik
Servo Motor

Binaan asas motor AT terbahagi kepada dua


bahagian iaitu pemegun dan pemutar
Pemegun
Pemegun ialah bahagian yang mengandungi
belitan medan yang menghasilkan fluks medan
magnet. Biasanya pemegun dipasang pada
rangka atau kuk motor dan merupakan bahagian
motor yang tidak bergerak.
Pemutar
Pemutar ialah bahagian motor yang berputar
dalam motor elektrik. Pemutar berada di tengahtengah motor iaitu ditempat pemasangan aci.

Bahagian Utama Motor AT

Bahagian Utama Motor AT


Angker ((Armature)
. Angker ialah bahagian motor yang berputar dan merupakan
bahagian yang menerima tenaga elektrik. Angker terdiri
daripada beberapa bahagian iaitu teras angker,belitan
angker,dan lubang alur.
2. Teras angker
. Teras angker berfungsi sebagai elektromagnet untuk
menghasilkan medan magnet yang akan bersaling tindak
dengan magnet pemegun untuk menghasilkan daya putaran aci.
3. Belitan angker (Armature Winding)
. Belitan angker berfungsi untuk mengalirkan arus supaya teras
angker menjadi elektromagnet.
4. Lubang alur
. Lubang alur berfungsi sebagai laluan untuk belitan angker dan
memisahkan angker kepada beberapa ruas.
1.

Penukartertib
. Penukartertib ialah komponen berbentuk silinder
yang terdapat di dalam pemutar. Komponen ini
merupakan susunan ruas palang logam yang
bertebat antara satu sama lain.
. Berfungsi untuk menghubungkan pengaliran arus
dari bekalan kepada belitan angker melalui berus
karbon
5.

Kutub medan
. Kutub medan ialah untuk menghasilkan
medan magnet kekal dalam motor AT.
Motor AT bersaiz kecil menggunakan
magnet kekal sebagai kutub medan.
Motor AT bersaiz besar menggunakan
elektromagnet sebagai kutub medan
6.

Berus karbon
. Berus karbon berbentuk bongkah karbon
kecil yang bertindak sebagai media
penyambung litar elektrik yang berputar
dengan bahagian yang pegun
7.

Prinsip Kendalian Motor AT

Putaran yang berlaku pada motor AT diperoleh


melalui saling tindakbalas medan magnet iaitu
antara medan magnet kekal dari kutub medan di
pemegun dengan medan magnet angker. Saling
tindak kedua-dua medan ini menghasilkan daya
kilas yang akan menyebabkan pemutar berputar.

Operasi motor AT

Hukum Tangan Kiri

Litar Asas Motor AT


Motor AT Siri
. Motor AT siri belitan medan dan belitan angker
disambung bersiri dengan punca bekalan.
. Ini membolehkan arus permulaan yang tinggi
mengalir pada belitan medan dan belitan angker.
Keadaan ini menghasilkan daya kilas permulaan
yang tinggi.
1.

Motor AT Pirau
. Motor AT pirau menggunakan sambungan selari
bagi menyambung antara belitan angker dengan
punca bekalan.
. Motor AT pirau lebih sesuai digunakan apabila
kelajuan malar diperlukan dan tidak memerlukan
daya kilas permulaan yang tinggi
2.

Motor AT Majmuk
. Motor AT majmuk mempunyai dua belitan
medan. Satu daripadanya di sambung secara siri
dengan belitan angker dan punca bekalan
manakala belitan yang satu lagi disambung
secara selari dengan punca bekalan.
. Motor AT majmuk mempunyai daya kilas
permulaan yang baik dan member kelajuan
malar
3.

Reversal of Direction of Rotation:

Reversal of Direction of Rotation:

The direction of the magnetic flux in the air gap depends on


the direction of the field current.

And the direction of the force exerted on the armature


winding depends on the direction of flux and the direction of
armature current.

Thus in order to reverse the direction of dc motor, we have


to reverse the direction of force.

This can be achieved either by changing the terminals


of the armature or the terminals of the field winding

Penyelenggaraan Motor AT
Visual Inspections
-Lihat pada keadaan mesin (Bunyi, Kesan
Hentakan, karat, kawasan sekeliling dan lainlain.
commutator wear patterns
Looking at the commutator. brush current
vaporizes some copper molecules, depositing a
uniformly tan to charcoal-brown copper-oxide
film (about 2 in.310-7 in. thick) on the
commutator

Motor Winding Tests


-Gunakan meter meager, atau multimeter
Carbon Brush
-Longgar, keluar dari kedudukan
Bearings: Replacement and Lubrication
-Tiada pelincir, atau terlalu banyak
Perlincir

Kuiz 1
Apakah maksud Motor Arus Terus
2. Berikan 2 bahagian Penting didalam
Motor Arus Terus.
3. Lukiskan 3 sambungan litar asas Motor
arus Terus iaitu:
. Motor AT Siri
. Motor At Selari
. Motor AT Pirau
1.

TAMAT

You might also like