You are on page 1of 6

PENGENALAN

PENGENALAN

Penanaman secara Fertigasi ialah kaedah penanaman di mana baja lengkap dalam bentuk

larutan nutrient diagihkan ke pangkal tanaman tanpa menggunakan tanah.Pokok ditanam di

dalam bekas atau polibeg yang sesuai mengandungi media bukan tanah, maka ia tiada nutrient

yang seimbang. Oleh itu, prestasi tanaman sangat dipengaruhi oleh kadar nutrient yang

seimbang, kepekatan dan mutu baja yang dibekalkan.

Fertigasi berasal dari dua perkataan Inggeris iaitu fertilization dan irrigation. Sistem Fertigasi

ialah satu daripada cabang hidroponik yang antara lain terdiri dari Sistem Titis Mikro.
OBJEKTIF
OBJEKTIF

Objektif utama Fertigasi ialah untuk mengelakkan tanaman daripada dijangkiti oleh

penyakit akar seperti Phytium, Fusarium, Rhizoctonia dan penyakit layu bacteria. Ini semua

berasal daripada tanah. Penyakit lain yang merbahaya ialah penyakit hawar pucuk dan

Antraknos pada cili.

Beberapa media digunakan bagi tujuan menggantikan fungsi tanah saperti

cocopeat,sekam padi,rootwool,perlite,zeolite dan juga vermiculate dalam kaedah tanaman

fertigasi.Cocopeat dan sekam padi digunakan secara meluas kerana harga murah dan ringan

mudah digunakan. Oleh itu, dalam projek ini kami menggantikan tanah dengan sekam. Selain

daripada itu, tanaman tersebut dapat ditanam di mana sahaja asalkan cukup cahaya untuk

tujuan fotosintesis dan mempunyai tempat untuk meletak polibeg.

Kaedah titisan yang digunakan dalam sistem fertigasi mampu membekalkan air dan

larutan baja kepada tanaman dengan berkesan tanpa pembaziran. Air dan larutan baja

diberikan secara berkala setiap hari. Larutan baja yang mengandungi segala nutrien untuk

keperluan peringkat pokok diberikan terus ke akar tanaman.


KELEBIHAN
KELEBIHAN

Kaedah Fertigasi mempunyai kelebihan tersendiri berbanding dengan kaedah konvensional:

• Pemberian nutrien lengkap yang boleh dikawal mengikut kehendak tanaman berdasarkan

jenis dan peringkat pertumbuhan sesuatu tanaman.

• Media tumbesaran dan persekitaran menjamin kebersihan dan menghindarkan masalah

penyakit.

• Mengatasi masalah tanah seperti tidak subur, perumah penyakit dan perosak.

• Meningkatkan hasil per unit kawasan dengan kepadatan tinggi.

• Tiada masalah merumpai sekali gus mengurangkan kos buruh.

• Kualiti hasil yang lebih baik.

• Penggunaan baja yang cekap. Mencapai 85% berbanding kaedah tabur hanya 30%.

• Mengurangkan penggunaan racun keatas tanaman terutamanya jika jejaring kalis serangga

diguna pakai.

• Hasil lebih tinggi, boleh mencapai sehingga 700% atau tujuh kali ganda.

• Pengurusan tanaman yang lebih sistematik.

You might also like