You are on page 1of 28

1.

0 PENGENALAN
Pada masa kini, penggunaan fertifigasi dalam penanaman telah digunakan oleh kebanyakan
petani seiring dengan peredaran zaman. Fertifigasi merupakan salah satu pemodenan teknologi
moden di dalam sistem pertanian. Pengenalan sistem fertifigasi ini kepada golongan petani di
Malaysia telah memberikan peluang kepada petani untuk mencuba sistem fertifigasi terhadap
penanaman mereka. Sistem fertfigasi merupakan sistem pengeluaran tanaman tanpa
menggunakan tanah di mana ia merupakan sistem yang menggunakan baja yang diberi secara
larutan melalui peralatan seperti penitis, paip pembahagi, paip utama dan tangki larutan baja.

Selain itu, sistem fertifigasi juga merupakan singkatan daripada fertifilaization dan
irrigation, di mana proses pembajaan dan pengairan diberikan serentak kepada tanaman.
Fertifgasi juga tergolong di dalam kumpulan hidroponik iaitu pengeluaran tanaman tanpa
menggunakan tanah. Di samping itu, fertifagis ini juga telah digunakan dan dilakukan serta
dipraktikkan oleh negara-negara yang mempunyai tanah yang terhad, keadaan tanah yang tidak
sesuai untuk melakukan penanaman secara konvesional dan mempunyai cuaca yang berubah-
rubah atau masa yang singkat untuk melakukan aktiviti penanaman.

Penggunaan media sekam bakar, sabut proses (cocopeat), rotwool, perlite, zeolite dan
peat moss merupakan penggantian kepada tanah. Malah, penggunaan media ini juga mempunyai
pH yang sangat baik kepada tanaman iaitu antara 6.5 sehingg 6.8 dan penggunaan media ini juga
dicampurkan bersama bagi menghasilkan media organik. Penggunaan media tanaman yang
bersesuaian amatlah penting untuk penanaman hidup dan ia bergantung kepada penggunaan
media tanaman. Ini kerana, penggunaan media tanaman berfungsi untuk menjaga kelembapan
akar tanaman, menyalurkan oksigen kepada tanaman seterusnya memberikan nutrient yang
mencukupi kepada tanaman.

Sistem fertifigasi ini juga mempunyai tiga jenis iaitu sistem pengairan renjis, sistem
pengairan semburan kabus dan sistem pengairan titis. Sistem pengairan titis ini merupakan
kaedah pengairan air yang menyalurkan dan membekalkan terus kepada zon akar tanaman ada
kadar yang renda seta perlahan namun dalam skala yang kerap dengan menggunakan sistem
penitis. Sistem pengairan ini telah memberikan kesan yang baik kepada tanaman kerana
penggunaan air yang berlebihan kepada tanaman dapat dielakkan seterusnya tanaman dapat

1|VRA 3013 REKA BENTUK TEKNOLOGI PERTANIA


mendapat air dalam kadar yang mencukupi. Sistem fertifigasi ini amat sesuai untuk penanaman
sayur-sayuran serta buah-buahan seperti kubis bunga, salad, cili, tomato, melon, strawberi serta
timun jepun malah sistem fertifigasi ini juga boleh digunakan ke atas pokok hiasan. Sistem
fertifgasi ini menggunakan bekas atau polibeg. Tujuan sistem fertifigasi ini diperkenalkan adalah
bagi meningkatkan keberkasanan baja ke atas penanaman tanaman.

Sistem fertifigasi yang dijalankan mempunyai pelbagai kebaikan di mana kos


pengoperasian dapat dikurangkan melalui pengurangan penggunaan air kerana air yang
diperlukan oleh tanaman telah ditetapkan jumlahnya dan ini sekaligus dapat mengurangkan
pembaziran terhadap air. Selain itu, pembesaran pokok adalah sekata yang disebabkan oleh
penjumlahan pemberia baja kepada tanaman mengikut pertubuhan pokok dan hasil. Tambahan
lagi, pokok dapat menahan daripada serangan serangga perosak, penyakit dan bakteria yang
berpunca daripada tanah. Sistem fertifigasi ini juga dapat mengurangkan kos pengandalian serta
tenaga berat dalam aktiviti merumput dan meracun serangga juga tidak begitu diperlukan dalam
sistem fertifigasi. Selain itu, sistem fertifigasi juga dapat memendekkan tempoh masa
penanaman sesuatu tanaman di mana oleh faktor pemberian baja dan air pada masa dan air yang
telah ditetapkan.

Walaubagaimanapun, penggunaan sistem fertifigasi ini juga memberikan kelemahan


kepada petani mahupun tanaman iaitu penggunaan kos yang banyak pada permulaan penggunaan
sistem fertifigasi kerana ia memerlukan peralatan-peralatan yang dikhaskan serta dikhususkan
kepada penanaman fertifigasi. Selain itu, penggunaan baja yang berbeza kepada tanaman iaitu
baja A dan baja B memerlukan kos yang tiggi serta baja juga memerlukan nutrient yang
mencukupi bagi mengelakkan tanaman rosak. Tanaman juga memerlukan air yang mencukupi
serta kualiti yang baik bagi menghasilkan tanaman yang bagus namun jika kualiti air yang tidak
baik menyebabkan tanaman berlaku kerosakan serta serangan penyakit. Penggunaan media, suhu
serta kelembapan yang tidak sesuai akan menyebabkan kerosakan kepada tanaman serta
mengeluarkan hasil yang tidak sihat.

Di Malaysia juga terdapat pegkaedahan dalam melakukan sistem fertifigasi iaitu struktur
perlindungan hujan (SPH) dan penanaman fertifigasi tanpa menggunakan SPH. Terdapat tiga
komponen utama sistem fertigasi iaitu sumber, medium dan alur keluar. Terdapat beberapa

2|VRA 3013 REKA BENTUK TEKNOLOGI PERTANIA


masalah yang telah dikenalpasti melalui pembacaan literature mengenai masalah sistem fertigasi
di Malaysia dan cadangan penyelesaian melalui reka bentuk inovasi fertigasi.

2.0 ANALISIS KAJIAN KES


2.1 MASALAH SISTEM FERTIGASI
Melalui pembacaan literature tentang fertigasi di Malaysia, saya telah mengenalpasti
beberapa masalah yang telah dihadapi melalui fertigasi di Malaysia. Antara masalah yang
sering dihadapi di Malaysia adalah penggunaan jenis polibeg yang tidak sesuai,
penggunaan jenis biji benih yang tidak berkualiti, kaedah pembajaan, kaedah pemasangan
fertigasi dan pemilihan tempat untuk melakukan fertigasi.

2.1.1 Penggunaan Jenis Polibeg


Penggunaan jenis polibeg yang tidak sesuai menyebabkan pertumbuhan terhadap
tanaman tidak dapat disokong akibat daripada polibeg yang tidak tahan lasak serta
tidak tahan lama. Selain itu, ia juga memberikan pertumbuhan tanaman tidak
dapat dilakukan atau terbantut akibat daripada penggunaan jenis polibeg yang
tidak sesuai. Antara jenis polibeg yang tidak sesuai adalah polibeg jenis putih dan
berukuran kecil. Penggunaan polibeg juga mengakibatkan pengeluaran hasil
sesebuah tanaman tidak memuaskan akibat daripada tidak ada ketahanan dan
tidak tahan lasak.

2.1.2 Penggunaan Jenis Biji Benih Yang Tidak Berkualiti


Biji benih yang dipilih atau digunakan oleh para petani di Malaysia
kebanyakannya tidak mempunyai cop atau pengesahan rasmi oleh pihak yang
betul. Ini menyebabkan hasil tanaman tidak memuaskan serta tidak mengeluarkan
hasil yang bagus. Biji benih yang tidak berkualiti juga mempunyai kemungkinan
untuk menghadapi penyakit juga tinggi seterusnya menyebabkan tanaman tidak
sihat. Selain itu, perolehan biji benih yang didapati oleh para petani ketika
melaksanakan fertigasi ini juga tidak menggunakan sumber perolehan biji benih
yang betul seperti pembelian biji benih di kedai bukan peladang. Biji benih yang
didapati oleh para petani juga biasanya dibeli dalam plastik biasa yang tidak
memperolehi cop atau pengesahan daripada Jabatan Pertanian. Ini menyebabkan
proses pembesaran dan penghasilan yang tidak baik dalam sistem fertigasi.

3|VRA 3013 REKA BENTUK TEKNOLOGI PERTANIA


2.1.3 Kaedah Pembajaan
Petani menggunakan baja yang tidak khusus untuk penanaman fertigasi seperti
baja A dan baja B. Kebiasaannya, fertigasi perlu diletakkan nutrient yang
secukupnya untuk penggunaan tanaman bagi melaksanakan proses pertumbuhan.
Selain itu, masalah dalam kaedah pembajaan di Malaysia adalah larutan baja yang
tidak dilarutkan terlebih dahulu sebelum diberikan kepada tanaman. Ini kerana,
baja yang tidak disalurkan melalui air dan penitis akan menyebabkan pokok layu
serta tidak menerima jumlah baja yang diperlukan oleh tanaman. Selain itu,
penerimaan baja yang tidak sekata akan menyebabkan pertumbuhan pokok
berlainan serta hasil yang tidak sama rata. Tidak melarutkan baja dengan
sempurna merupakan salah satu masalah dalam pengakaedahan pembajaan
terhadap tanaman secara fertigasi. Petani hanya melarutkan tanpa meneliti baja
telah terlarut sepenuhnya atau sebaliknya dan ini juga akan menyebabkan nutrient
terhadap tanaman tidak mendapat sepenuhnya. Ini juga berlawanan dengan
kaedah fertigasi iaitu yang menggunakan baja sebagai larutan untuk disalurkan
kepada tumbuhan dan kaedah pembajaan yang salah juga merosak kepada sistem
fertigasi.

2.1.4 Kaedah Pemasangan Fertigasi


Tidak mengetahui kaedah pemasangan fertigasi antara salah satu masalah yang
dihadapi oleh Malaysia di dalam sistem fertigasi. Kaedah pemasangan fertigasi
yang tidak betul menyebabkan tanaman terbantut dan tidak menerima nutrient dan
baja yang secukupnya seperti pemasangan perjarakan di antara polibeg yang betul
iaitu diletakkan secara selang seli ataupun penjarakan yang tidak mengakibatkan
perenutan nutrient antara tumbuhan. Selain itu, penggunaan peralatan yang tidak
lengkap yang menyebabkan kesukaran dalam menjayakan sistem fertigasi seperti
tidak menggunakan pam air, tangki baja dan paip. Ini akan menyebabkan sistem
pengairan tidak dapat dilakukan dan dilaksanakan akibat pemasangan yang tidak
betul serta penerimaan tumbuhan terhadap air dan nutrient tidak mencukupi.
Permasalahan ini akan menyebabkan pokok sukar untuk melaksanakan

4|VRA 3013 REKA BENTUK TEKNOLOGI PERTANIA


pertumbuhan seterusnya pengaliran air dan kaedah penitis tidak dapat dilakukan
kepada tumbuhan. Kepenggunaan masa automatic atau pemasangan semasa
(timer) yang akan menyebabkan masa untuk menyalurkan air dan nutrient kepada
tumbuhan tidak dapat dilakukan yang akan menyebabkan perolehan nutrient dan
air kepada tanaman pada masa yang sepatutnya tidak dapat dilaksanakan.

2.1.5 Pemilihan Tempat Melaksanakan Fertigasi


Pemilihan tempat yang sesuai amatlah penting untuk melaksanakan fertigasi
namun masalah dalam pemilihan tempat menyebabkan masalah fertigasi di
Malaysia. Ini kerana, Malaysia mempunyai pelbagai bentuk bumi seperti pantai,
berbukit, tanah rendah dan lain-lain. Pemilihan tempat uang berangin kencang dan
kawasan laluan rebut merupakan salah satu permasalah yang perlu di atasi ketika
melakukan sistem fertigasi ini yang menyebabkan pokok atau tanaman tumbang
dan terbantut. Selain itu, kawasan yang berbukit serta tidak rata juga merupakan
salah satu masalah dalam melaksanakan fertigasi di Malaysia. Ini kerana, kawasan
yang berbukit dan tidak rata akan menyebabkan permasalahan pada sistem
pengairan dan ini akan menyebabkan pokok dan tumbuhan tidak dapat menerima
air dan nutrient yang cukup. Kawasan yang tidak memilik pendedahan cahaya
matahari yang secukupnya merupakan salah satu kawasan pemilihan fertigasi
yang tidak sesuai dan memberikan masalah dalam melaksanakan fertigasi iaitu
kawasan tersebut mempunyai bangunan banyak atau pokok yang mempunyai
bayang-bayang ini akan menyebabkan melambatkan proses pertumbuhan pokok.

5|VRA 3013 REKA BENTUK TEKNOLOGI PERTANIA


2.2 PENYELESAIAN MASALAH SISTEM FERTIGASI
Setelah mengenalpasti beberapa masalah yang sering dihadapi dalam sistem fertigasi
dijalankan di Malaysia, beberapa penyelesaian kepada masalah juga dikenalpasti. Antara
penyelesaian kepada masalah adalah penggunaan jenis polibeg, penggunaan biji benih
yang berkualiti, kaedah pembajaan, kaedah pemasangan fertigasi dan pemilihan tempat
melaksanakan fertigasi.

2.2.1 Penggunaan Jenis Polibeg


Penggunaan jenis polibeg yang sesuai digunakan di dalam sistem fertigasi di
Malaysia bagi menggantikan polybag yang tidak sesuai iaitu polybag putih adalah
polybag hitam yang berukuran 16” x 16”. Ini kerana, polibeg hitam adalah kerana
ia tahan lasak dan kualiti yang tahan lama serta tegak yang memberikan sokongan
kepada pertumbuhan tanaman. Selain itu, penggunaan jenis polibeg hitam juga
senang didapati serta lebih berkualiti berbanding polibeg putih dan sekaligus
memberikan pengaruh kepada pertumbuhan tanaman. Ini dapat dibuktikan
bahawa perbezaan penggunaan polibeg hitam lebih berkesan seterusnya tahan
lasak dan tahan lama bagi menyokong pertumbuhan tanaman malah polibeg hitam
juga lebih tegak dank eras.

2.2.2 Penggunaan Jenis Biji Benih Yang Berkualiti


Para petani yang menjalankan sistem fertigasi perlulah memiliki biji benih yang
berkualiti serta mempunyai pengesahan rasmi daripada pihak yang betul dan
berwajib seperti Jabatan Pertanian. Pihak berwajib juga boleh melaksanakan
kesedaran tentang kepentingan pemilihan biji benih yang berkualiti kepada
fertigasi kepada golongan petani bagi mengenalpasti biji benih yang berkualiti
seterusnya dapat mengeluarkan hasil yang bagus dan berkualiti. Selain itu, pihak
yang bertanggungjawab juga boleh mengedarkan biji benih yang sesuai dan
berkualiti untuk melaksanakan fertigasi seterusnya meningkatkan fertigasi di
Malaysia. Antara pihak yang boleh melaksanakan penyelesaian tersebut adalah
MARDI, MADA, FAMA dan LPP. Ini di mana dapat dibuktikan bahawa agensi-
agensi tersebut merupakan salah satu cabang kepada petani melaksanankan

6|VRA 3013 REKA BENTUK TEKNOLOGI PERTANIA


fertoigasi serta pemilihan biji benih yang berkualiti. Seterusnya, petani juga boleh
memiliki biji benih yang berkualiti melalui saluran yang betul seperti kedai
peladang. Malah petani juga perlulah mengenalpasti biji benih yang berkualiti
mempunyai pengesahan daripada agensi-agensi pertanian.

2.2.3 Kaedah Pembajaan


Kaedah pembajaan perlulah menggunakan dua jenis baja iaitu Baja A dan Baja B.
Selain itu, penggunaan baja ini prlulah dilarutkan dengan betul dan sepenuhnya
bagi memberikan nutrient yang secukupnya dan rata kepada seluruh tanaman. Ini
juga sebagai salah satu faktor kepada pertumbuhan dan penyelesaian fertigasi di
Malaysia. Seterusnya, baja juga perlulah dilarutkan terlebih dahulu dengan
menggunakan air bagi menyalurkan kepada tanaman menerusi titisan dan saluran
air. Kaedah pembajaan yang betul iaitu memberikan baja yang secukupnya
kepada tumbuhan mengikut jenis tumbuhan juga merupakan salah satu kepada
penyelesaian masalah fertigasi di Malaysia dan memberikan kesan dan hasil
kepada tumbuhan. Selain itu, melalui pelarutan baja yang betul dapat
menyalurkan nutrient yang secukupnya kepada tumbuhan dan ia juga apat
meransang pertubuhan kepada tanaman serta memberikan kesan yang positif
kepada fertigasi di Malaysia.

2.2.4 Kaedah Pemasangan Fertigasi


Kaedah pemasangan fertigasi perlulah diketahui dan difahami oleh para petani
yang melaksanakan fertigasi. Ini kerana kaedah emasangan dapat memberikan
pengaruh yang baik kepada pertumbuhan pokok serta mengelakkan tumbuhan
daripada tidak menerima nutrient yang sekata. Selain itu, penyelesaian kepada
masalah ini adalah, mengnalpasti penggunaan peralatan dan bahan yang betul dan
lengkap dapat memberikan kesuburan kepada tumbuhan seterusnya menjayakan
sistem fertigasi di Malaysia. Antaranya penggunaan perlatan pam air bagi
mengepam masuk air ke tangki nutrient. Ini juga dapat menjayakan sistem
pengairan dapat dilaksanakan apabila pemasangan peralatan fertigasi dengan betul
malah dapat menyalurkan nutrient dan air ke tumbuhan dengan lancar.
Penggunaan masa automatic atau pemasangan masa (timer) perlulah digunakan

7|VRA 3013 REKA BENTUK TEKNOLOGI PERTANIA


sebagai salah satu penyelesaian kepada masalah pemasangan fertigasi iaitu yang
bertujuan menyalurkan air dan nutrient mengikut masa pokok diperlukan. Selain
itu, penggunaan timer ini juga merupakan salah satu kepada pengaruh pembesaran
pokok atau tanaman.

2.2.5 Pemilihan Tempat Melaksanakan Fertigasi


Bagi menyelesaikan permasalahan pemilihan tempat melaksanakan fertigasi
adalah mengelakkan kawasan yang berangin kencang dan tempat laluan rebut.
Selain itu, petani boleh juga melaksanaka Sistem Perlindungan Hujan (SPH) bagi
mengelakkan angina yang kencang dan rebut yang dapat merosakkan tanaman
serta tumbuhan yang dijalankan fertigasi. Selain itu, kawasan fertigasi di kawasan
bukit juga boleh dielakkan, namun jika kawasan tersebut ketiadaan tempat yang
sesuai, petani bolehlah menggunakan kaedah ‘cut and fill’ iaitu di mana kawasan
bukit diratakan. Kawasan bukit juga boleh menggunakan jentera mampat bagi
mendapatkn tanah yang rata serta padat. Bagi kawasan yang tidak memiliki
pendedahan cahaya pula, bolelah mencari kawasan yang lapang yang tidak
mempunyai bayang-bayang daripada pokok atau bangunan. Ini kerana, cahaya
matahari amat penting dalam melaksanakan pertumbuhan kepada tumbuhan dan
menghasilkan tumbuhan yang mempunyai batang pokok yang tegap dank eras. Ini
juga mempengaruhi kepada sistem fertigasi.

Kesimpulannya, permasalahan yang sering dihadapi oleh Malaysia dalam melaksanakan


fertigasi namun penyelesaian masalah telah dikenalpasti. Selain itu, melalui permasalahan yang
dihadapi dalam fertigasi juga telah menemui penyelesaian dan saya juga telah menginspirasikan
melalui pembinaan reka bentuk inovasi fertigasi yang menekakan kaedah pemsangan sistem
fertigasi dan kaedah pemilihan tempat fertigasi. Bagi reka bentuk model fertigasi, saya telah
memilih untuk melaksanakan sistem fertigasi asas sebagai model reka bentuk untuk dilakukan.
Reka bentuk ini menggunakan tiga jenis paip iaitu paip utama, paip sekunder dan paip lateral
namun ia berbeza sedikit berbanding fertigasi asas. Bagi reka bentuk model ini hanyalah rangka
di mana polibeg disusun secara sebaris dan diletakkan pada jarak yang sesuai. Selain itu, teknik
pengairan yang saya lakukan adalah teknik penitisan di mana ia disalurkan di atas tanah

8|VRA 3013 REKA BENTUK TEKNOLOGI PERTANIA


mengikut masa yang ditetapkan. Model ini juga dapat digunakan pada kawasan yang lapang serta
kawasan yang mempunyai pendedahan cahaya matahari malah boleh digunakan di dalam SPH.

3.0 PROSES PENYEDIAAN


Bagi melaksanakan model reka bentuk inovasi fertigasi ini, ia memerlukan rangka di
mana mempunyai polibeg, pam air, timer, tangki air, paip utama, paip sekunder dan paip litera
iaitu penitis. Bagi menggantikan peralatan ini saya telah menggantikan dengan menggunakan
bahan yang sedia ada di rumah dan dibeli di Eco. Berikut merupakan bahan-bahan yang telah
saya gunakan dan langkah-langkah melakukan model reka bentuk fertigasi.

BAHAN-BAHAN MODEL REKA BENTUK FERTIGASI

Bekas plastik digunakan sebagai tangki


nutrient.
Fungsi: Menampung larutan nutrient yang
Kertas cawan digunakan sebagai polibeg

9|VRA 3013 REKA BENTUK TEKNOLOGI PERTANIA


Fungsi: Untuk menampung dan meletakkan
disediakan medium asas dan pokok

Penyedut minuman besar, penyedut minuman kecil dan wayar digantikan sebagai paip primer,
paip sekunder dan micro tube.
Fungsi: Menyalurkan air dan baja kepada tanaman

10 | V R A 3 0 1 3 R E K A B E N T U K T E K N O L O G I P E R T A N I A
Batang aiskrim menggantikan rumah tangki
Hot glue gun digunakan sebagai penyambung
nutrien
peralatan.
Fungsi: Melindungi tangki nutrien daripada
terdedah dengan cuaca.

Cawan kertas digunakan sebagai timer Cawan kertas digunakan sebagai pam air
Fungsi : Mengatur masa dan kuantiti nutrien Fungsi: Mengepam air ke paip primer, paip
yang diperlukan oleh tanaman. sekunder dan penitis

11 | V R A 3 0 1 3 R E K A B E N T U K T E K N O L O G I P E R T A N I A
Gunting digunakan sebagai alat pmotong peralatan.

LANGKAH MELAKUKAN MODEL REKA BENTUK FERTIGASI


Bil Gambar Penerangan
1 Saluran Paip Air ke Tangki Nutrien  Potong penyedut minuman besar kepada
dua bahagian.
 Gam dan lekatkan dua bahagian menjadi
sudut 90o dan pastikan bahagian
mendatar adalah pendek daripada
bahagian menegak.

2 Saluran Tangki Nutrien ke Tanaman  Potong penyedut minuman kepada empat


bahagian.

12 | V R A 3 0 1 3 R E K A B E N T U K T E K N O L O G I P E R T A N I A
 Gamkan dua bahagian penyedut
minuman dan lekatkan, pastikan lakukan
sudut 90o.

3 Pemasangan Paip Primer  Sambungkan dua penyedut minuman


besar.
 Ambilkan penyedut minuman besar yang
lain gam dan lekatkan pada bahagian
penyedut minuman yang digabung.
 Ulangi langkah yang sama sehinga
mempunyai tiga bahagian paip primer.
 Kemudian gabungkan penyedut
minuman besar pada bahagian yang telah
dilekatkan dan ulangi langkah yang sama
pada bahagian lain.
 Gabungkan penyedut minuman besar
yang lain untuk diletakkan pada bahagian
bawah paip primer.
 Gam dan lekatkan pada ketiga-tiga

13 | V R A 3 0 1 3 R E K A B E N T U K T E K N O L O G I P E R T A N I A
bahagian.

4 Pemasangan Paip Sekunder  Penyedut minuman kecil diambil dan


dipotong menjadi empat bahagian.
 Gam dan lekatkan bahagian yang
dipotong di atas paip primer pada
bahagian bawah dan atas secara
menegak.
 Ulangi langkah yang sama pada bahagian
sebelah.
 Ambilkan dua penyedut minuman kecil
yang lain dan gabungkan sehingga
panjang.
 Gam dan lekat pada bahagian penyedut
minuman kecil menegak secara menatar.
 Ulangi langkah yang sama pada bahagian
sebelah lagi.
5 Pemasangan Paip Litera  Potong wayar menjadi 10 keping.
 Lekatkan wayar pada bahagian paip
sekunder mengikut ukuran yang

14 | V R A 3 0 1 3 R E K A B E N T U K T E K N O L O G I P E R T A N I A
ditetapkan.
 Ulangi langkah yang sama pada bahagian
sebelah sehingga selesai.

6 Pemasangan Peralatan di atas Lapangan  Gam dan lekatkan penyedut minuman


besar pada bahagian bawah botol plastic.
 Lekatkan sambungan saluran air ke
tangki nutrient pada bahagian atas botol
plastik.
 Lekatkan botol plastik pada bahagian
kotak dan lakukan sambungan penyedut
minuman besar dari bahagian saluran
tangki nutrient kepada tanaman.
 Ambil cawan kertas dan lekatkan pada
sebelah botol plstik dan lakukan
sambungan penyedut minuman besar dari
bahagian saluran tangki nutrient ke pam
air.
 Letakkan rangka saluran air dan baja dan

15 | V R A 3 0 1 3 R E K A B E N T U K T E K N O L O G I P E R T A N I A
lakukan sambungan pada penyedut
minuman yang bersambung dengan pam
air dan tangki nutrient.
 Letakkan cawan kertas pada bahagian
wayar dan gamkan.
 Kemudian ambil cawan kertas lain dan
potong sebagai timer.
 Gamkan pada bahagian sebelah rumah
tangki nutrient.
 Ambilkan penyedut minuman kecil
gamkan pada bahagian timer dan pam air
sebagai kawalan kepada pam air dan
tangki nutrient.

4.0 PENERANGAN FUNGSI SETIAP KOMPONEN


Setiap komponen yang digunakan di dalam sistem fertigasi mempunyai fungsi yang membantu
dalam melancarkan proses fertigasi tersebut. Antara fungsi-fungsi komponen yang digunakan di
dalam sistem fertigasi adalah seperti berikut:

4.1 Alat Pengatur Masa (Timer)


Timer atau alat pengatur masa merupakan salah satu komponen penting di dalam sistem
fertigasi. Ini kerana ia dapat mengawal bekalan elektrik ke pam air mengikut masa yyang
telah ditetapkan dan yang telah dirancang secara automatic. Selain itu, timer ini juga
berfungsi sebagai salah satu pengaliran air nutrient ke tanaman mengikut kuantiti yang
diperlukan oleh tanaman. Di dalam sistem fertigasi ini, air nutrient akan disalurkan
mengikut masa dan kuantiti yang telah ditetapkan. Antara masa yang telah ditetapkan
adalah 3-6 kali sehari dan semburan selama 5-10 minit bagi setiap semburan. Namun,

16 | V R A 3 0 1 3 R E K A B E N T U K T E K N O L O G I P E R T A N I A
penetapan pengaliran nutrient dan semburan ini juga bergantung kepada keadaan cuaca,
jenis tnaman dan juga kawasan tanaman yang telah diusahakan. Petani juga boleh
menetapkan masa melalui timer bagi melakukan semburan dan pengaliran larutan
nutrient mengikut masa yang telah ditetapkan.

4.2 Pam Air


Pam air berfungsi untuk mengepam air bersih dan air nutrient kepada tanaman serta
tangki nutrient. Setrusnya, pam air ini akan mengawal pengaliran nutrient daripada tangki
nutrient ke dalam paip mengikut jumlah dan masa yang telah ditetapkan. Am air ini
kebiasaanya diletakkan bersebelahan dengan tangki nutrient dan disambungkan terus
kepada paip PVC. Ia juga akan bertindak setelah timer memberikan tanda kepada pam air
untuk mengepam larutan nutrient kepada tanaman dan akan berhenti setelah timer
berhenti.

4.3 Tangki Nutrien


Tangki nutrient merupakan salah satu peralatan yang perlu ada di dalam sistem fertigasi.
Tangki nutrient ini berfungsi sebagai tampungan larutan baja dan air dan disalurkan
kepasa tanaman. Kadar nisbah baja dan air akan ditentukan menerusi jenis tanaman.
Kebiasaanya, tangki nutrient ini lebih besar berbanding tangki biiasa dan petani perlulah
memeriksa kuantiti larutan yang terdapat di dalam tangki.

4.4 Penapis air


Penapis air berfungsi untuk menapis bendasing dan baja yang tidak terlarut daripada
memasuki sistem pengairan. Penapis ini terdapat ada bahagian pam air iaitu apabiila
proses pengepaman air berlaku, larutan akan ditapis terlebih dahulu sebelum disalurkan
kepada paip primer, paip sekunder dan paip litera. Antara bendasing yang terdapat di
dalam tangki nutrient adalah larutan baja yang tidak terlarut, daun dan ranting. Ini akan
menyebabkan gangguan kepada pengaliran air dan pengaliran air tidak berlaku dengan
lancar. Selain itu, penapis perlulah dibersihkan kerap bagi melancarkan proses pengaliran
air dan nutrient.

17 | V R A 3 0 1 3 R E K A B E N T U K T E K N O L O G I P E R T A N I A
4.5 Paip Primer, Paip Sekunder dan Paip Literal
Paip primer adalah paip utama yang menyalurkan air nutrient daripada tangki ke paip
sekunder. Manakala paip sekunder pula adalah mengangkut air dariada paip primer
kepada paip literal. Paip literal berfungsi sebagai paip penitis dan dititiskan kepada
tanaman. Paip ini berfungsi melakukan titisan air nutrient kepada tanaman. Paip ini
disambungkan membentuk saluran air nutrient.

4.6 Polibeg
Polibeg adalah bekas tanaman bagi menampung medium tanaman dan tanaman. Polibeg
yang disyorkan adalah polibeg jenis hitam dan berukuran 16” x 16”. Jarak antara polibeg
perlulah dititikberatkan dan beranggaran 1.5inci antara satu sama lain. Polibeg perlulah
dipilih yang mempunyai ketahanan lasak dan tahan lama bagi mengelakkan polibeg
mereput.

4.7 End Cap


End cap adalah penutup sementara di hujung paip primer dan sekunder bagi mengelakkan
aliran nutrient terkeluar daripada paip tersebut.

4.8 Campuran Baja


Baja bagi fertigasi mempunyai dua jenis iaitu Baja A dan Baja B. kedua-dua jenis baja ini
mempunyai kandungan baja dan nutrient ysng lengkap. Fungsi bagi kedua-dua jenis baja
mempunyai kandungan nutrient yang lengkap dan seimbang untuk jenis tanaman. Baja
ini perlu dilarutkan terlebih dahulu di dalam air yang bersih dan kacau sehingga kesemua
baja telah terlarut. Simpat air larutan baja di tempat yang teduh dan boleh digunakan
selepas 24 jam dilarutkan.

4.9 Alat Pengukur Larutan


Alat pengukur larutan berfungsi untuk menyukat kepekatan larutan baja yang telah disiap
bancuh. Kepekatan nutrient amatlah penting dan ia bergantung kepada jenis tanaman.
Selain itu, alat ini juga mempunyai kepentingan di dalam sistem fertigasi iaitu ia dapat
memastikan kepekatabab nutrient mengikut jenis dan umur tanaman.

18 | V R A 3 0 1 3 R E K A B E N T U K T E K N O L O G I P E R T A N I A
5.0 CARA PENGGUNAAN MODEL
Setelah melakukan dan melaksanakan model reka bentuk fertigasi, terdapat beberapa cara
penggunaan model. Penggunaan model reka bentuk adalah seperti berikut:

Rumah Tangki
Nutrient

Tangki Nutrient Timer / Alat


Pengatur Masa
Paip Sekunder
Pam Air

Paip Litera /
Penitis Paip Primer

Polibeg

1. Dimulai dengan pengaliran atau pemasukan air bersih ke tangki nutrient yang dibantu
oleh pam air. Air tersebut merupakan sumber yang diperolehi daripada bawah tanah yang
dibantu oleh pam air dan disalurkan menggunakan paip saluran air ke tangki nutrient.
Paip air ini akan dikawal sendiri oleh petani pada bahagian pili air.
2. Kemudian larutan stok baja akan dilarutkan di dalam tangki berkenaan mengikut isipadu
yang diperlukan oleh tanaman. Larutan baja akan dilarutkan bersama air bersih yang
diperolehi melalui pengaliran air ke tangki nutrient dan aabila keduanya dah dicampurkan
ia dipanggil sebagai aliran nutrient. Seterusnya, pam air yang terdapat pada sebelah
rumah nutrient akan mengepam saliran campuran nutrient tersebut kepada paip primer
mengikut masa yang telah ditetapkan menggukanakan timer. Seterusnya, sistem
pengairan ini akan berfungsi mengikut masa yang disesuaikan dan alat timer ini akan
bertindak untuk memberikan tanda kepada pam air bagi melakukan proses mengepam air
masuk ke dalam sistem pengairan. Sebelum proses pengaliran, larutan akan ditapis
terlebih dahulu melalui penapis air bagi menapis bendasing atau baja yang tidak terlarut
di dalam tangki nutrient untuk disalurkan ke paip primer.

19 | V R A 3 0 1 3 R E K A B E N T U K T E K N O L O G I P E R T A N I A
3. Aliran nutrient akan disalurkan kepada paip primer dan paip sekunder. Paip primer
merupakan paip yang berada di atas tanh yang berfungsi untuk menyalirkan air ke paip
sekunder dan akhir sekali paip litera/ penitis.
4. Seterusya, paip sekunder akan menerima aliran nutrient daripada paip primer. Semasa
aliran disalurkan oleh paip primer, paip litera akan menitiskan aliran nutrient ke atas
tanaman yang telah disambungkan pada bahagian paip sekunder.
5. Setelah kesemua pengaliran berlangsung dan penitisan kepada tanaman juga telah
berlaku, larutan nutrient akan berhenti disalurkan mengikut masa dan kuantiti yang
ditetapkan oleh timer yang diperlukan oleh tanaman. Larutan yang berlebihan akan di
bawa dan memasuki kembali ke tangki nutrient selepas pam air tersebut melakukan
pengepaman aliran nutrient.
6. Proses ini akan berlangsung secara putaran yang mengikut tempoh masa yang telah
ditetapkan sehingga kesemua tanaman mempunyai aliran nutrient yang mencukupi
mengikut jenis tanaman.

20 | V R A 3 0 1 3 R E K A B E N T U K T E K N O L O G I P E R T A N I A
6.0 KESIMPULAN
Sistem fertigasi merupakan sistem yang merupakan kaedah moden yang praktikal mengikut
amalan pertanian yang baik, sentiasa di dalam kawalan menuju kea rah ‘precision farming’. Ini
sangat penting dalam trasformasi teknologi pertanian masakini bagi membantu pengeluaran yang
berterusan dan mendapatkan hasil yang berkualitii tinggi. Selain itu, fertigasi juga merupakan
salah satu pengkaedahan dalam mengeluarkan hasil yang berkualiti seterusnya yang bebas
daripada penyakit dan serangan serangga perosak. Namun, sistem ini juga mempunyai beberapa
kekurangan namun ia mempunyai kelebihan yang lebih banyak di mana pulangan yang lumayan
kepada pengusaha selepas melaksanakan sistem fertigasi. Sistem fertigasi ini juga terselamat
daripada menggunakan dan mempunyai bahan kimia, di mana sistem ini tidak menggunakan
racun serangga kerana ia mempunyai kawalan daripada serangga perosak. Selain itu, sistem
fertigasi ini juga terselamat daripada serangan penyakit kerana sistem tidak menggunakan tanah
sebagai medium asas dan masalah rumpai juga dapat di atasi. Oleh hal yang demikian, sistem
fertigasi ini telah menjadi pilihan utama kepada petani untuk melaksakan pertanian tanaman
yang sayuran dan buah-buahan kerana ia mendapat hasil yang berkualiti setrusnya ia mendapat
keuntungan.

Namun, kos permulaan untuk menghasilkan sistem fertigasi ini juga memerlukan kos
yang banyak dan tinggi. Petani perlu mencari kawaasan yang bersesuaian serta infrastruktur yang
lengkap seperti bekalan air dan elektrik. Selain itu, peralatan yang menvukupi bagi
melaksanakan sistem fertigasi ini seperti polibeg yang sesuai, paip, timer, pam air, tangki
nutrient dan sebagainya. Akan tetapi, sistem fertigasi ini juga mempunyai kelebihan iaitu
penggunaann buruh yang sedikit, kualiti pengeluaran tanaman yang berkualiti serta tanaman juga
dapat bertahan dengan lebih lama. Malah tanaman juga dapat memendekkan masa bagi
menghasilkan pengeluaran dan mempunyai jangka hayat yang panjang akibat daripada tiada
serangan penyaakit berjangkit dan serangan serangga.

Sistem fertigasi ini mempunyai potensi untuk melaksanakan dan meningkatkan


produktiviti dalam penghasilan tanaman sayuran dan buah-buahan. Ini juga dapat meningkatkan
pendapatan para pettani seterusnya menghasilkan sumbangan dalam pengeluaran hasil tanaman
yang berkualiti. Selain itu, ia juga menjamin kepada bekalan makanan yang mencukupi dan

21 | V R A 3 0 1 3 R E K A B E N T U K T E K N O L O G I P E R T A N I A
selamat untuk makan pada masa akan datang melalui peningkatan dalam memperolehi hasiil
yang berkualiti dalam sektor pertanian.

7.0 LAMPIRAN

Bahagian atas model reka bentuk fertigasi

22 | V R A 3 0 1 3 R E K A B E N T U K T E K N O L O G I P E R T A N I A
Bahagian hadapan model reka bentuk fertigasi

Bahagaian sisi kiri dan kanan model reka bentuk fertigasi

23 | V R A 3 0 1 3 R E K A B E N T U K T E K N O L O G I P E R T A N I A
24 | V R A 3 0 1 3 R E K A B E N T U K T E K N O L O G I P E R T A N I A
25 | V R A 3 0 1 3 R E K A B E N T U K T E K N O L O G I P E R T A N I A
26 | V R A 3 0 1 3 R E K A B E N T U K T E K N O L O G I P E R T A N I A
27 | V R A 3 0 1 3 R E K A B E N T U K T E K N O L O G I P E R T A N I A
Pembacaan Literature

28 | V R A 3 0 1 3 R E K A B E N T U K T E K N O L O G I P E R T A N I A

You might also like