You are on page 1of 6

1.

a) lima elemen reka bentuk yang boleh diterapkan apabila kita mereka bentuk tiang lampu
Majlis Daerah Tanjong Malim adalah:

i) Saiz

ii) Bentuk

iii) Garisan

iv) Rupa

v) Tekstur

vi) Ruang

b) Elemen reka bentuk yang boleh diterapkann adalah

i) Saiz

- Ukuran tinggi pada setiap lampu sama tinggi dan ia juga menunjukkan kesan
perbezaan jarak, panjang, tinggi dan kedalaman bagi tiang lampu.

ii) Bentuk

- Bentuk pada tiang lampu memepengaruhi isi padu sesebuah rekaan dan ia
juga mempunyai lebih daripada satu permukaan dan bentuknya juga
mempengaruhi kedua-dua elemen iaitu bentuk abstrak dan bentuk konkrit.

iii) Garisan

- Terdapat elemen garisan pada tiang lampu kerana ia merupakan cantuman


dari sisi titik yang telah mempunyai ukuran panjang dan jarak sesebuah
garisan. Fungsi bagi garisan di tiang lampu ini adalah untuk menunjukkan
kestabilan dan kerehatan pada tiang lampu, menunjukkan perhubungan antara
elemen dan menunjukkan kestabilan pada tiang lampu untuk dipasang.

iv) Rupa

- Rupa merupakan pertemuan antara hujung garisan dengan permulaannya dan


rupa bagi tiang lampu ini juga mempunyai rupa geometri iaitu yang mempunyai
sudut.

1
v) Tekstur

- Tekstur mepupakan cara yang memberikan kesan terhadap penglihatan


seseorang ke atas objek iaitu cara menyusun tiang lampu di sepanjang jalan.
Selain itu, tekstur bagi tiang lampu ini juga mempunyai jalinan sentuh dan jalinan
tampak.

vi) Ruang

- Ruang merupakan kawasan kosong yang telah dikelilingi oleh elemen garisan
bagi membolehkan objek kelihatan lebih jelas dan tiang lampu ini juga
mempunyai ruang nyata iaitu ruang sebenar antara dua objek berhapiran dan
iai juga mempunyai ruang ilusi iaitu ruang yang terhasil apabila dua obje
tersebut dapat dihasilkan dalam bentuk lukisan.

c) Lakaran tiang lampu

2
2.

a) Kaedah pengumpulan data dan maklumat yang boleh dilakukan adalah:

I) Pendekatan kuantitatif adalah kaedah paling sesuai untuk pengumpulan


data yang bersifat menyeluruh.

II) Soal selidik iaitu responden diberikan borang untuk menjawab setiap
soalan yang diajukan dan menjawab menggunakan jawapan yang telah
diberikan.

III) Rekod anekdot ialah rekod tentang peristiwa yang berlaku seperti banjir
dan melakukan catatan ringkas tentang banjir.

IV) Nota lapangan iaitu rekod daripada pemerhatian yang dilalui iaitu yang
telah didengar, dilhat dan pengalaman yang telah dilalui oleh responden.

V) Soalan tertutup iaitu soalan yang berstruktur mempunyai pilihan


seseorang untuk menjawab jawapan yang telah disenaraikan.

b) Strategi bagi memperolehi data dan maklumat bagi kes di atas:

I) Menemu bual seseorang atau responden secara khusus. Iaitu menanyai


pengalaman ketika situasi berlaku.

II) Memberikan borang kepada penduduk untuk menjawab soalan didalam


borang.

III) Melihat kesan banjir di kawasan yang terkena banjir.

IV) Menemu bual respnden secara rawak yang mereka hadapi ketika
situasi banjir berlaku di kawasan mereka.

V) Mengedarka borang kepada penduduk yang telah melalui situasi banjir.

c) Data yang diperolehi dapat membantu menyelesaikan banjir kerana


melalui sesi temu bual, sesi mengedar borang dan sesi pemerhatian dapat
disimpulkan masalah yang sering berlaku banjir dan seterusnya apabila
masalah dapat dikenalpasti, penyelesain terhadap bencana banjir dapat
dilaksanakan. Contohnya, kebanyakan responden menyatakan banjir
berlaku akibat masalah perparitan dan masalah perparitan ini akan dibaiki.

3
Ini akan risiko untuk berlaku banjir rendah dan kemungkinan tidak berlaku
banjir.

3.

a) Sistem tuas

- Sistem tuas adalah sesuatu mesin mudah yang bertujuan untuk membuat kerja
atau mengatasi beban.

- Contoh sistem tuas adalah;

- Tuas kelas 1 (DFB)

- Menghasilkan keseimbangan pergerakan dan berupaya untuk


meningkatkan kelajuan dan meningkatkan fungsi daya yang
berpandukan pada kedudukan paksi.

- Tukul besi, gunting dan playar.

- Tuas kelas 2 (FBD)

- Beban terletak antara fulcrum dan daya. Ia digunakan untuk


membuat kerja untuk mengatasi beban yang lebih besar.

- Contoh tuas kelas 2 : Kereta sorong, pembuka tudung botol dan


pemecah kekacang.

- Tuas kelas 3 (FDB)

- Daya terletak antara beban dan fukrum yang dapat menghasilkan


kelajuan dan pergerakan yang berterusan

- Contoh tuas kelas 3 : joran pancing, penyepit ais, sepit dan


penyapu.

b) Sistem takal dan tali sawat.

- Sistem takal dan tali sawat adalah pergerakan gear serentak yang biasa
digunakan dalam sistem mekanikal.

- Tali sawat digunakan untuk menghubungkan takal pemacu yang dipasang pada
enjin atau motor elektrik dengan takal pemacu. Contohnya, mesin jahit.

4
- Takal yang digunakan bersama-sama tali sawat untuk memindahkan gerakan
atau kuasa. Contohnya, kren dan lif.

c) Sistem gear.

- Sistem gear ialah roda yang bergerigi sekililingnya yang mempunyai ruang antara
gear lain untuk bergerak. Gear akan mengawal kelajuan, meninggi atau
merendajahlan daya kilas atau menukar arah gerakan mesin.

- Contoh sistem gear adalah gear taji, gear serong, gear belitan, gear rak dan
pinan, gear heliks, gear tulang kering, gear miter, gear skru, gear tajam, gear
dalam, dan gear serong pilin.

d) Sistem penyambungan mekanikal.

- Suatu sistem yang melibatkan penggabungan beberapa komponen mekanikal


yang telah berfungsi untuk menyelesaikan sesuatu tugas.

- Contoh sistem penyambungan mekanikal mempunyai dua kaedah iaitu:

- Penyambungan sementara (pengikat)

- Kaedah yang boleh disambung dan dibuka berulang kali.

- bahagian kenderaan – enjin, sistem penyejukan dan roda.

- Mesin – mesin pemotong dan gerudi.

- Bolt dan Nat

- Skru

- Penyambungan kekal (cantuman)

- Kaedah penyambungan kekal digunakan ketika bahan yang


dicantum tiada keperluan untuk dibuka pada masa akan datang.

- Contoh penyambungan kekal : ribet, pateri, perekat logam, dan


kimpalan.

5
4. Tujuan pembentangan dilakukan adalah:

- Menerangkan ciri-ciri produk alat pemadam api iaitu fungsi produk ini dibina iaitu
memadam api ketika kebakaran dan mempercepatkan api terpadam.

- Menerangkan jenis bahan yang digunakan dalam alat pemadam api sesuai untuk
memdam api atau kebakaran berlaku. Bahan yang terdapat dalam pemadam api adalah
air, buih , serbuk kering dan karbon dioksida. Bahan yang digunakan ini amatlah banyak
dan padat di dalam alat pemadam api dan tidak cepat habis.

-- Memberitahu kos untuk membuat alat pemadam api. Alat pemadam api yang dibina
lebih murah dan semua pelanggan mampu untuk memperolehi. Selain itu, kos untuk
membinanya juga lebih jimat.

- Memperkenalkan keistimewaan alat pemadam api yang dibina. Kebiasaanya alat


pemadam api besar dan susah untuk dibawa kemana-mana namun, dengan alat
pemadam api yang digunakan ini ia senang dibawa kemana-mana iaitu di dalam kereta.
Selain itu, ianya lebih selamat dan lebih cepat berbanding menggunakan alat pemadam
api yang lain.

- Menerima komen dari peserta yang lain bertujuan untuk memperbaiki kualiti sesebuah
produk iaitu alat pemadam api.

You might also like