You are on page 1of 4

Ketinggian Binaan dan Objek

Tujuan : Mengkaji hubungan antara ketinggian binaan dengan


kestabilan objek
Pernyataan Masalah : Adakah sesuatu binaan akan lebih stabil atau
kurang stabil sekiranya ketinggian binaan tersebut bertambah?

Hipotesis : Semakin bertambah ketinggian binaan, semakin kurang


kestabilan binaaan
Pembolehubah :
a) Dimanipulasi : Ketinggian bangunan
b) Bergerakbalas : Kestabilan binaan
c) Dimalarkan : Luas tapak binaan, berat binaan
Alat dan bahan : Sembilan biji blok binaan yang sama saiz, kadbod, jam
randik
Langkah – Langkah :
1. Letakkan kadbod di atas meja
2. Susun blok binaan di atas kadbod
3. Gerakkan kadbod ke hadapan dan ke belakang berulang kali
4. Catat masa yang di ambil apabila blok mula jatuh.
5. Rekod hasil pemerhatian dalam jadual
6. Ulang lankah 1- 5 dengan menambah ketinggian susunan blok
binaan.
Data :

Blok A B C
Bilangan blok binaan 3 6 9
Masa yang diambil untuk binaan 10 5 3
tumbang (saat)

Mentafsir data :
a) Blok binaan yang manakah lebih stabil ? Mengapa?
b) Apakah hubungan antara ketinggian model binaan dengan
kestabilan model binaan?

Kesimpulan :
Semakin________________________________________________,
Semakin________________________________________________.
Kekuatan Objek dan Binaan

1. Kekuatan objek dan binaan bermaksud keupayaan objek dan binaan


untuk menampung daya yang akan merosakkan atau menukarkan
bentuk struktur objek dan binaan tersebut.

Faktor yang Mempengaruhi Kekuatan Objek dan Binaan


1. Kekuatan sesuatu objek dan binaan dipengaruhi oleh dua faktor
iaitu jenis bahan dan bentuk struktur binaan.
2. Antara jenis bahan yang digunakan dalam binaan ialah :
a) Konkrit – bahan yang sangat kuat, tidak terbakar,tidak
berkarat, dan tidak mereput
b) Besi – merupakan logam yang kuat dan tahan lasak
c) Plastik – Bahan yang ringan dan mudah dibentuk
d) Kayu – Mempunyai sifat yang teguh,keras dan mudah dipotong
3. Antara bentuk struktur yang digunakan dalam binaan ialah
a) Bentuk struktur kekuda – rangkaian tiang yang membentuk
segi tiga dapat menampung beban yang banyak
b) Bentuk struktur lengkungan – bentuk struktur yang
melengkung untuk menyokong beban

Kepentingan Binaan yang Kuat dan Stabil


1. Kepentingan binaan yang kuat dan stabil bagi menjamin
kehidupan lestari adalah seperti berikut :
a) Binaan tidak mudah rosak
b) Menjimatkan kos baik pulih
c) Binaan selamat untuk digunakan
d) Binaan dapat digunakan dalam tempoh yang lama

You might also like