You are on page 1of 9

PENULISAN ( 012)

Masa : Satu jam lima belas minit

1. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian :Bahagian A, Bahagian B dan


Bahagian C.
2. Kamu dikehendaki menjawab ketiga tiga bahagian.
3. Bagi BahagianC anda boleh memilih samaada menjawab Soalan 1 atau Soalan 2.

BAHAGIAN A
[ 10markah ]
[ Masa yang dicadangkan : 15 minit ]

Gambar di bawah ini menunjukkan cara - cara menceriakan sekolah.


Tulis lima ayat lengkap tentang cara cara menceriakan sekolah berdasarkan gambar.

BAHAGIAN A
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
__________

BAHAGIAN B
[ 15markah ]
[ Masa yang dicadangkan : 25 minit ]

Petikan di bawah menerangkan tentang kebaikan menjaga alam sekitar.


Tulis ulasan tentang kebaikan menjaga alam sekitar tersebut dalam bentuk perenggan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Alam semulajadi adalah satu daripada kurniaan Tuhan kepada kita


yang tiada tandingannya. Oleh itu, kita bertanggungjawab untuk
memelihara alam semulajadi ini agar kekal dan terhindar daripada
kemusnahan.
Antara kebaikan menjaga alam sekitar ialah alam sekitar akan
menjadi bersih. Semua lapisan masyarakat mestilah mengamalkan
nilai-nilai murni supaya kebersihan alam sekitar dapat terus terjaga.
Alam sekitar yang bersih membolehkan kita menikmati keindahan
alam sekitar. Alam sekitar yang bersih juga akan memberikan
ketenangan kepada kita.
Selain itu, alam sekitar yang dijaga dengan baik juga dapat
mengelakkan daripada berlakunya pencemaran alam sekitar. Terdapat
beberapa pencemaran yang sering berlaku seperti pencemaran
sungai dan pencemaran udara. Pencemaran alam sekitar yang
berlaku akan mendatangkan pelbagai masalah kepada diri sendiri,
orang awam dan pihak kerajaan. Oleh itu, jika ada pihak yang
mencemarkan alam sekitar, aduan hendaklah dibuat segera kepada
pihak berkuasa seperti Jabatan Alam Sekitar.
Jika kita menjaga alam sekitar dengan baik, pasti kita dapat hidup
dalam keadaan yang sihat dan gembira. Alam sekitar yang kotor
boleh mendatangkan penyakit kepada kita kerana banyak haiwan
perosak suka tinggal di kawasan yang kotor. Antara haiwan yang suka
tinggal di tempat yang kotor ialah tikus, lipas dan nyamuk. Jika kita
hidup dalam keadaan yang sihat, pasti kehidupan kita akan lebih
bahagia dan gembira.
Di samping itu, alam sekitar yang bersih dapat memajukan
sektor pelancongan negara. Sektor pelancongan negara amat
penting kepada negara kerana sekiranya sector pelancongan maju
maka secara tidak langsung ekonomi negara juga akan turut maju.
Sebagai contoh, apabila alam sekitar bersih dan cantik, pasti ramai
pelancong akan datang ke negara kita. Kehadiran pelancong ini akan
menambahkan pendapatan negara seterusnya dapat memajukan
negara.
Alam sekitar yang bersih juga akan dapat mengurangkan
perbelanjaan kerajaan dalam membersihkan alam sekitar yang kotor.
Projek membersihkan alam sekitar yang kotor memerlukan
perbelanjaan yang banyak. Jika alam sekitar bersih, maka kerajaan
boleh menggunakan wang tersebut untuk membina sekolah, dewan
orang ramai dan kemudahan awam yang lain. Selain itu, kerajaan juga
boleh menumpukan sepenuh usaha dan tenaga kearah pembangunan
negara.

Kesimpulannya, terdapat beberapa kebaikan menjaga alam sekitar


kita agar sentiasa bersih dan ceria. Alam sekitar yang kotor akan
mendatangkan kesan negative kepada negara. Semua pihak mesti
memainkan peranan dalam menjaga kebersihan alam sekitar.
Sesungguhnya, alam sekitar yang bersih dan ceria akan menjadikan
Malaysia bertambah makmur dan maju.

BAHAGIAN B
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
________________

BAHAGIAN C
[ 25markah ]
[ Masa yang dicadangkan : 35 minit ]
Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja.
Panjangnya jawapan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.
Soalan 1

Persatuan Bahasa Melayu sekolah kamu akan mengadakan lawatan sambal belajar ke
pameran buku. Tulis sepucuk surat kepada Guru Besar sekolah kamu untuk meminta
kebenaran.

Tulis surat kamu selengkapnya


ATAU
Soalan 2
Kebersihan Sekolah
Suatu ketika aku berjalan
Dari lorongan ke lorong anjalan
Kiri kanan sampah berhamburan
Menanti jangkauan hulur antangan
Dalamhati ini terasa ada sentuhan
Dalam telinga terasa ada bisikan
Mata ini memancarkan keharuman
Aedes tidak lagi dating bertamu
Sampah - sampah tidak lagi bertaburan
Bunga-bunga mewangi berkembangan
Guru-guru dan komuniti berganding tangan
Sekolah kembali ceria
Orang-orang bijak sering mengatakan
Kebersihan punca kesihatan

Berdasarkan puisi di atas, tuliskan sebuah karangan tentang kelebihan bergotong royong
membersihkan kawasan sekolah.
Tuliskan karangan kamu selengkapnya.

Bahagian C

CADANGAN JAWAPAN
BAHAGIAN A
7

Idea cadangan :
Tema : Cara-cara Menceriakan Sekolah
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Mengecap dinding/ sekolah


Menanam pokok bunga
Membersihkan longkang/ kekotoran
Menyapu sampah kawasan kantin
Menyusun meja/kerusi dalam bilik darjah
Mengangkat / membuang barang-barang yang tidak diperlukan
Melukis / mengecap mural

BAHAGIAN B
Idea cadangan :
Tema :Kebaikan Menjaga Alam Sekitar
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Alam sekitar menjadi bersih


Manusia dapat menikmati keindahan alam sekitar
Memberikan ketenangan kepada manusia
Mengelak daripada berlaku pencemaran
Manusia hidup dalam keadaan sihat, bahagia dan gembira
Memajukan sektor pelancongan
Menambah pendapatan Negara
Mengurangkan perbelanjaan kerajaan mengurus

Penutup
Semua pihak memainkan peranan membantu menjaga alam sekitar.

BAHAGIAN C
Idea Cadangan Soalan 1
Format Surat Kiriman Rasmi
1. Tujuan menulis surat
8

2. Tujuan mengadakan lawatan


3. Tarikh lawatan, tempat lawatan, bilangan ahli rombongan, bilangan
guru pengiring
4. Harapan
5. Berjanji menjaga disiplin

Idea Cadangan Soalan 2


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Mengeratkan silaturrahim
Elak pembiakan nyamuk aedes
Bersih kawasan sekitar
Jimat tenaga, masa dan wang
Kerja boleh disiapkan dalam masa yang singkat
Membudayakan semangat kerjasama
Mengenali komuniti sekolah lebih rapat

You might also like