You are on page 1of 12

KOLEJ VOKASIONAL

BATU PAHAT

MODUL 504
( STRUKTUR KERANGKA BUMBUNG )

NAMA : SITI NUR UMAIRATUL SYAFIQAH BINTI MOHD HAMSAH

NO.KP : 970713-01-5438

KURSUS : TAHUN 1 DIP / WTP

NAMA PENSYARAH : PUAN NUR AIN BINTI HASHIM

TARIKH HANTAR : 26.2.2015


ISI KANDUNGAN
BIL. PERKARA MUKA SURAT

1. PENGHARGAAN

2. PENGENALAN

1. CIRI-CIRI BUMBUNG

2. KETEGORI BUMBUNG

 BUMBUNG RATA
 BUMBUNG CURAM

3. FAKTOR PEMILIHAN BUMBUNG

3. BAHAGIAN BUMBUNG KASAU

4. KAEDAH PEMASANGAN STRUKTUR


BUMBUNG

5. PENUTUP BUMBUNG

1. JENIS-JENIS PENUTUP BUMBUNG

2. KAEDAH PEMASANGAN PENUTUP


BUMBUNG PADA BUMBUNG
KERANGKA

6. KESIMPULAN

7. RUJUKAN

PENGHARGAAN

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan hidayahNYA dapatlah
saya menyiapkan tugasan yang telah diberikan pada masa yang telah ditetapkan.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah
kami iaitu PUAN AZILAH BINTI kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar, panduan
dan bantuan kepada saya sepanjang menjalankan tugasan ini.

Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa
saya kerana memberi sokongan dan bantuan dari segi kewangan untuk menyiapkan kerja ini
dengan sempurna. Selain itu , saya juga ingin mengucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan
yang turut membantu secara langsug atau tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini .
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak-pihak yang
secara langsung atau tidak langsung membantu saya mencari maklumat tentang tajuk yang
telah diberikan oleh pensyarah saya . Semoga segala tunjuk ajar dan bantuan kalian dapat
diaplikasikan pada masa hadapan dan saya amat menghargainya kerana ia merupakan satu
pengalaman baru bagi saya yang saya akan ingati.

Sekian Terima Kasih.

PENGENALAN

Bumbung ialah komponen struktur bangunan yang paling atas berbentuk rata dan curam.
Struktur bumbung dibina daripada kayu, keluli atau konkrit untuk menanggung beban diri,
beban penutup bumbung dan beban angin.
Selain itu , bumbung juga memainkan peranan yang penting di dalam struktur sebuah
rumah. selain daripada menjadi pelindung daripada cuaca panas dan hujan, bentuk bumbung
memberikan nilai estetika sesebuah rumah.

Ia hendaklah dibina memenuhi keperluan dan fungsi seperti kestabilan, kekuatan,


ketahanlasakkan, rintangan cuaca, kebakaran, sifat penebat haba dan rupa bentuk bangunan
itu sendiri.
Bumbung terdiri daripada kerangka bumbung ( kekuda bumbung) dan penutup bumbung.
Fungsi kerangka bumbung adalah untuk menyokong penutup bumbung. Penutup bumbung
pula terdiri daripada konkrit, kepingan zink, aluminium, genting dan polikarbonat.

CIRI-CIRI BUMBUNG

1. Kestabilan
2. Perlindungan Cuaca
3. Tahan Lasak
4. Rintangan Haba
5. Bekalan Cahaya dan Ganti Udara
6. Kecantikan

KATEGORI BUMBUNG

1. Bumbung Rata
 Bumbung rata adalah bumbung yang mempunyai kecerunan
tidak melebihi 10°. Cara pembinaanya hamper sama dengan pembinaan lantai
atas.

2. Bumbung curam.

 Bumbung curam ialah bumbung yang mempunyai kecerunan melebihi 10° dan
biasanya dibina bagi memudahkan air hujan mengalir.
 Bumbung curam berbentuk simetri dengan permukaanya mempunyai
keceruman yang sama dan condong kearah tulang perabung.
 Bumbung curam didapati dalam pelbagai bentuk, antaranya ialah :-

1. Bumbung Tebang Layar


2. Bumbung Limas
3. Bumbung Gambriel
4. Bumbung Layang
5. Bumbung Mansard

FAKTOR PEMILIHAN BUMBUNG

a) Pemilihan bumbung adalah bergantug kepada faktor- faktor berikut:


1. Jenis bangunan
2. Ketahanlasakan
3. Rintangan kepada haba
4. Perlindungan cahaya
5. Kecantikan
6. Ekonomi
7. Kemungkinan pengubahsuaian pada masa hadapan

BAHAGIAN BUMBUNG KASAU


KAEDAH PEMASANGAN STRUKTUR BUMBUNG

1. Memasang Kekuda Bumbung

a) Setelah kerja mengikat bata selesai, pemasangan bumbung akan dilakukan. Kerja-kerja ini
dilakukan oleh pekerja yang mahir dan terlatih.
b) Kekuda bumbung adalah berbentuk segitiga iaitu hasil gabungan anggota bumbung seperti
pengikat, jeriau siling, kasau penupang, dan sebagainya.
c) Kekuda bumbung boleh dibina besi keluli atau kayu yang dipotong mengikut saiz yang telah
ditetapkan.
d) Sekiranya pembinaan menggunakan keluli, ia akan disambung menggunakan fabricate.
e) Jika menggunakan kayu, ia akan disambung menggunakan paku.

2. Pemasangan kerangka bumbung

a) Kerangka bumbung akan dibina setelah pembinaan kekuda siap.


b) Kerangka kayu boleh dibuat menggunakan kayu atau keluli.
c) Bagi kerangka menggunakan keluli, sebelum kekuda dipasang,dinding akan diletakkan dengan
skru pengikat untuk mengikat kekuda tersebut terlebih dahulu.
d) Jarak antara kekuda adalah 3 atau 4 di antara satu sama lain.
e) Kemudian besi keluli yang lain akan dipasang di atas kekuda pada arah melintang sahaja yang
dikenali sebagai beroti.
f) Jarak dari satu beroti adalah bergantung kepada saiz atap genting yang digunakan kebiasaannya.
g) Bagi kerangka yang diperbuat daripada kayu, kerangka akan dibuat selepas pembinaan tiang
atas.
h) Plat tembok akan diletakkan di atas rasuk bumbung dan akan dipakukan.
i) Kemudian tetulang perabung akan diletakkan di atas tiang dan dipakukan.
j) Selepas itu, perantara antara tiang atas ke tiang atas yang lain akan dipasangkan kekuda.
k) Jarak antara kekuda masing-masing adalah 2 sahaja. Disebabkan jarak antara kekuda terlalu
dekat, maka kerangka yang dibina terdiri daripada kasau ( rafter ) dan beroti ( purlin ).
l) Jarak antara beroti ke beroti menggunakan kayu adalah sama dengan jarak beroti menggunakan
keluli.
m) Beroti dan kasau dibina di mana kedudukan hujungnya berlebihan daripada paras dinding. Di
hujungnya dipakukan papan muka ( fascia board ) untuk pembinaan tumpu kusau.

3. Pembinaan Penutup Bumbung

a) Selepas kerangka bumbung siap dibina, pembinaan penutup bumbung dilakukan.


b) Penutup bumbung hendaklah diperbuat daripada bahan yangkalis air.
c) Antaranya ialah, kepingan kuprum, zink, aluminium, asbestos, plastik, konkrit dan tanah liat.

PENUTUP BUMBUNG

PENGENALAN PENUTUP BUMBUNG

f) Penutup bumbung mestilah terdiri daripada bahan- bahan yang kalis air. Bahan-
bahan yang digunakan untuk membuat penutup bumbung adalah seperti kepingan
kuprum, pumbum, zink, aluminium, asbestos, plastik, konkrit dan tanah liat.

JENIS-JENIS PENUTUP BUMBUNG

1. Genting Konkrit
2. Genting Tanah Liat
3. Kepingan Bumbung Keluli
4. Kepingan Kuprum
5. Pumbum
6. Zink
7. Aluminium
8. Asbestos
9. Plastik
10. Polikarbonat

i. Genting Konkrit
g) Genting konkrit diperbuat daripada campuran pasir, air, simen dan pigmen2
tambahan seperti pewarna.
h) Ia melalui proses pengeringan biasa (tanpa pembakaran) didalam suhu sekitar 60
darjah celcius.
i) Ia sangat kukuh boleh dihantar ketapak dan dipasangkan hanya beberapa hari
sahaja selepas dikeringkan.

ii. Genting Tanah Liat

 Genting tanah liat telah lama gigunakan sebagai penutup bumbung rumah. Genting
tanah liat diperbuat daripada tanah liat dan dikeringkan melalui proses pembakaran.
Genting jenis ini selain daripada memaparkan nilai estetik tetapi sangat tahan lama
dan kurang kerja penyelenggaraan.

iii. Kepingan Bumbung Keluli

 Kepingan bumbung Keluli biasanya diperbuat daripada zink (zincalume), aluminium


atau campuran kedua-duanya.
 Penutup bumbung jenis ini sangat ringan, fleksibel dan terdapat pelbagai profil serta
warna pilihan.
KAEDAH PEMASANGAN PENUTUP BUMBUNG PADA KERANGKA BUMBUNG

1. Pemasangan kerangka bumbung

n) Kerangka bumbung akan dibina setelah pembinaan kekuda siap.


o) Kerangka kayu boleh dibuat menggunakan kayu atau keluli.
p) Bagi kerangka menggunakan keluli, sebelum kekuda dipasang,dinding akan diletakkan dengan
skru pengikat untuk mengikat kekuda tersebut terlebih dahulu.
q) Jarak antara kekuda adalah 3 atau 4 di antara satu sama lain.
r) Kemudian besi keluli yang lain akan dipasang di atas kekuda pada arah melintang sahaja yang
dikenali sebagai beroti.
s) Jarak dari satu beroti adalah bergantung kepada saiz atap genting yang digunakan kebiasaannya.
t) Bagi kerangka yang diperbuat daripada kayu, kerangka akan dibuat selepas pembinaan tiang
atas.
u) Plat tembok akan diletakkan di atas rasuk bumbung dan akan dipakukan.
v) Kemudian tetulang perabung akan diletakkan di atas tiang dan dipakukan.
w) Selepas itu, perantara antara tiang atas ke tiang atas yang lain akan dipasangkan kekuda.
x) Jarak antara kekuda masing-masing adalah 2 sahaja. Disebabkan jarak antara kekuda terlalu
dekat, maka kerangka yang dibina terdiri daripada kasau ( rafter ) dan beroti ( purlin ).
y) Jarak antara beroti ke beroti menggunakan kayu adalah sama dengan jarak beroti menggunakan
keluli.
z) Beroti dan kasau dibina di mana kedudukan hujungnya berlebihan daripada paras dinding. Di
hujungnya dipakukan papan muka ( fascia board ) untuk pembinaan tumpu kusau.
2. Pembinaan Penutup Bumbung

d) Selepas kerangka bumbung siap dibina, pembinaan penutup bumbung dilakukan.


e) Penutup bumbung hendaklah diperbuat daripada bahan yang kalis air.
f) Antaranya ialah, kepingan kuprum, zink, aluminium, asbestos, plastik, konkrit dan tanah liat.

KESIMPULAN

Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan Kerja Kursus Teknologi Pembinaan
Modul 503 bertajuk KERJA BUMBUNG dalam tempoh masa yang ditetapkan. Ketika
menjalankan kerja kursus ini,banyak pengetahuan yang telah saya pelajari. Selepas
menjalankan Kerja Kursus Teknologi Pembinaan Modul 503 bertajuk KERJA BUMBUNG ,
saya rasa amat bersyukur kerana dapat mengetahui bagaimana cara untuk pemasangan
bumbung. Ketika menjalankan kerja kursus ini, banyak ilmu pengetahuan yang telah saya
pelajari.

Selain itu, saya juga telah mempelajari tentang keunikan, mesra alam dan kecantikkan
pemandangan sesebuah rumah yang dapat menarik pandangan tetamu. Selepas melakukan
kerja kursus ini, saya juga dapat menguasai kemahiran membuat penyeledikan tentang
pemasangan bumbung dan pembaikpulih bumbung yang telah bocor. Disamping itu, saya
juga dapat menghayati nilai berkerjasama antara rakan - rakan semasa menjalankan dan
menyelesaikan kerja kursus ini dengan sempurna. Nilai berkerjasama telah membuatkan saya
bersama rakan-rakan berganding bahu untuk mencari maklumat tentang kerja kursus ini.
RUJUKAN

 INTERNET

 http://www.scribd.com/doc/120595370/CARA-PEMBINAAN-
RUMAH#scribd
 GALERiajejariqs.blogspot.com
 http://www.scribd.com/doc/59421592/2-Kaedah-Dan-Bahan-Binaan#scribd

 PENSYARAH

You might also like