You are on page 1of 32

NAMA NIK NORARMIRA BINTI NIK RAZALI AINA NADIA BINTI JAAFFAR NURUL ATIKAH BINTI MAZLAN NIK

NUR RAFIDAH BINTI MAT ZIN NURUL FARHANA BINTI MOHD ZAWAWI NURUL FAJRINA BINTI ROSLI

NO MATRIX 04DKA12F1054 04DKA12F1126 04DKA12F1158 04DKA12F1022 04DKA12F1110 04DKA12F1106

Di antara objektif yang terdapat dalam kajian adalah seperti : Mengenalpasti struktur pembinaan dalam pembinaan bangunan . Mengenalpasti bahan bahan yang digunakan dalam binaan bangunan . Mengenalpasti faktor yang mempengaruhi pemilihan bahan . Mengenalpasti cara pembinaan suatu kompenan binaan .

Sistem konversional ialah sistem yang biasa digunakan oleh pihak pemilik , arkitek , perunding dan kontraktor .
Ini disebabkan oleh kos yang terlibat adalah murah dan realistik .

Peringkat pembinaan merangkumi kerja kerja penyediaan tapak bina termasuk pembinaan struktur dan kerja melengkapkan kemudahan asas projek .
Struktur boleh ditafsirkan sebagai anggota-anggota yang dipasang antara satu sama lain dengan penyambungan yang sesuai dan selamat bagi menghasilkan suatu kerangka yang berupaya menanggung beban yang dijangkakan. Pembinaan struktur terbahagi kepada empat bahagian iaitu : a) Persediaan untuk membina b) Kerja tanah c) Pembinaan substruktur d) Pembinaan superstruktur

PEMBINAAN STRUKTUR

PERSEDIAAN UNTUK MEMBINA

KERJA TANAH

PEMBINAAN SUBSTRUKTUR

PEMBINAAN SUPERSTRUKTUR

PERSEDIAAN UNTUK MEMBINA


Setelah mendapat kebenaran memasuki tapak bina , perkara berikut perlu dilakukan , iaitu : I. Membersihkan tapak bina II. Menyediakan laluan masuk dan keluar ke tapak bina III. Menyediakan tempat simpanan bahan seperti keluli tetulang , keluli struktur , cerucuk keping dan bahan lain

KERJA TANAH
Kerja tanah melibatkan proses menyediakan aras formasi seperti yg dikehendaki dalam lukisan kerja tapak . Berdasarkan aras garisan dasar dan datum yang telah dipancang tanda , kerja pemotongan dan penambakan dilakukan .

PEMBINAAN SUBSTRUKTUR
Pembinaan substruktur dimulakan selepas kerja- kerja pancang tanda , pancang ukur dan pancang aras dilakukan. Setelah kedudukan asas dan dinding binaan ditentukan , kerja pengorekan lubang asas akan dimulakan . Sekiranya keadaan tanah di kawasan yang digali itu lembut dan gembur , penahan perparitan sementara perlu dibina bagi mengelakkan tanah pada dinding lubang itu runtuh. Binaan yang besar dengan beban yang tinggi,kerja-kerja penanaman cerucuk dilakukan terlebih dahulu sebelum membina tapak asas pembinaan . Selepas itu , kerja menyediakan acuan asas pemasangan tetulang dalam acuan dilakukan . Selepas itu , pemasangan tetulang tiang asas . Konkrit dituang ke dalam acuan dan dibiarkan mengeras sebelum kerja pembinaan rasuk bumi dan lapisan lantai bawah padu diteruskan . Substruktur yang telah mengeras dikambus semula dengan tanah asal .

TIANG

ASAS

RASUK

KOMPENAN
STRUKTUR
BUMBUNG

DALAM BANGUNAN
TANGGA DINDING

LANTAI

ASAS MERUPAKAN KOMPENAN BANGUNAN YANG TERLETAK PALING BAWAH DAN BIASANYA TIDAK KELIHATAN KERANA TERLETAK DI BAWAH ARAS BUMI . ASAS TERDIRI DARIPADA BEBERAPA JENIS IAITU : Asas pad . Asas jalur .

Asas rakit .
Asas cerucuk .

Pembinaan asas rakit akan dimulakan apabila kerja-kerja penandaan siap dilakukan. Tapak yang telah dibuat penandaan akan digali menggunakan jengkaut. Korekan akan dibuat berdasarkan pada saiz rasuk tanah yang telah ditetapkan. Selepas itu, para pekerja akan meratakan bahagian yang telah dikorek. Seterusnya permukaan tanah akan dipadatkan menggunakan jentera pemadat. Kemudian pekerja paip akan memasang paip polietilena yang digunakan untuk saluran air dan paip salir yang berlainan saiz untuk saliran air sisa dan air najis. Kemudian, kotak pembentuk (formwork) menggunakan kayu akan dipasang di sekeliling tapak yang akan dituang konkrit. Acuan konkrit akan ditupang di mana kayu yang pertama akan ditegakkan pada arah condong dan dipakukan pada kayu yang tadi. Selepas itu, kerja pemasangan jejaring BRC akan dipasang oleh pekerja. Jejaring BRC yang bersaiz 65 akan diletakkan di atas peparit asas. Manakala BRC bersaiz 610 dihamparkan di atas tapak.

TIANG IALAH KOMPENAN STRUKTUR YANG DIBINA PUGAK UNTUK MENANGGUNG BEBAN .

TIANG BERFUNGSI UNTUK MENERIMA BEBAN DARIPADA RASUK DAN BUMBUNG UNTUK DIAGIHKAN KE ASAS .
TIANG TERBAHAGI KEPADA DUA :

Tiang tunggal Tiang jinjang

TIANG TUNGGAL Tiang tunggal dibina secara berasingan daripada dinding. Tiang ini dapat menerima beban yang tinggi. Biasanya tiang ini daripada tiang konkrit bertetulang. Tiang boleh juga dibina daripada keluli, bata dan kayu.

TIANG JINJANG Tiang jinjang ialah tiang yang dibina daripada batu bata . Tiang ini akan dibina sekali dengan tembok bata .tiang jinjang tidak menerima beban yang tinggi dan tiang ini berfungsi untuk mengukuhkan binaan tembok yang panjang . Cara membina tiang ini ialah dengan menyediakan lapisan asas sebelum bata diikat bagi membentuk tiang yang dikehendaki . Prinsip pembinaan tiang jinjang dalam ikatan Fleming.

PEMBINAAN TIANG
PEMASANGAN TETULANG TIANG
Tetulang dipasang mengikut lukisan kejuruteraan yang disertakan untuk sesuatu pembinaan. Tetulang yang bersaiz 12mm dan 16mm yang mempunyai kekuatan 460N/mm, tetulang ini akan diikat dengan besi pengikat(link) jenis tetulang lembut yang bersaiz 6mm. Link ini digunakan untuk tujuan menstabilkankan dan memudahkan perletakkan rangkaian tetulang. Bagi tetulang lembut bersaiz 12mm, jarak antara link ialah 200mm dan diikat dengan dawai lembut(G.I wire) bersaiz 1.63mm. Untuk tetulang bersaiz 16mm, jarak antara link ialah 125mm dan juga akan diikat dengan dawai lembut (G.I wire) bersaiz 1.63mm. Di dalam plan, tetulang tegangan tinggi dinyatakan dengan simbol Y dan tetulang lembut dinyatakan dengan simbol R Tetulang tiang yang telah siap tadi akan dibawa ke tapak dan akan disambung kepada starta bar. Setelah siap dipasang, ianya akan diperiksa oleh penyelia tapak supaya pemasangannya mengikut spesifikasi yang betul.

PEMASANGAN KOTAK BENTUK TIANG

Kotak bentuk tiang diperbuat daripda papan lapis plywood dan kayu. Kotak bentuk akan dipasang setelah kerja-kerja penyambungan tetulang tiang pada starta bar siap disambung. Sebelum kotak pembentuk dipasang, minyak akan disapukan terlebih dahulu untuk memastikan kotak pembentuk tidak melekat pada konkrit dan memudahkan kerja penanggalan kotak bentuk tersebut. Kotak bentuk akan ditegakkan pada kedudukan 90 dengan menggunakan alat timbang air. Perembat akan dipasang pada sisi kotak bentuk pada setiap ketinggian 0.75m yang bertindak sebagai pengikat. Perembat ini dipasang bertingkat-tingkat yang membentuk seperti anak tangga dan akan dikuatkan lagi dengan perletakkan baji. Ini akan merapatkan lagi sisi-sisi kotak bentuk dan mengelakkan kotak bentuk daripada terbuka semasa kerja konkrit dijalankan dan secara automatiknya air bancuhan konkrit tidak akan meleleh keluar. Bagi mengukuhkan lagi kotak bentuk tiang, ianya akan ditupang dengan kayu semasa menegakkan kotak bentuk. Kotak bentuk perlulah kukuh dan cukup kuat supaya anjakan tidak berlaku semasa kerja penuangan konkrit dijalankan. Apabila kerja pemasangan kotak bentuk tiang telah selesai dan dipastikan kukuh serta pugak maka proses penuangan konkrit akan dijalankan

MENGKONKRIT TIANG

Kerja-kerja mengkonkrit akan dilakukan setelah pemeriksaan dijalankan. Ianya bertujuan untuk memastikan supaya kotak bentuk mengikut spesifikasi yang betul. Konkrit yang digunakan adalah konkrit siap bancuh. Konkrit yang telah siap dibancuh dari kilang akan dibawa menggunakan lori dan dibawa terus ke tapak pembinaan. Konkrit yang digunakan adalah bergred 30 iaitu bersamaan dengan nisbah 1:1: 2-20mm batu baur akan dituang ke dalam satu takungan dan para pekerja akan menggunakan timba untuk memasukkan konkrit ke dalam kotak bentuk. Konkrit akan dituang secara lapisan dan setiap lapisan tersebut akan dipadatkan dengan mengetuk acuan serta menggerakkan tetulang tiang secara berulang kali. Setelah kerja penuangan konkrit selesai, satu keluli yang bersaiz kecil akan dimasukkan ke dalam tiang melalui lubang yang telah ditebuk pada permukaan kotak bentuk dan tetulang ini akan membentuk satu juluran. Ianya bertindak sebagai batang keluli penetap yang akan mengukuhkan atau menguatkan ikatan bata apabila dibina nanti. Kemudian, konkrit akan dibiarkan mengeras dalam tempoh tiga atau empat hari dan kotak bentuk akan ditinggalkan

PEMASANGAN COVER BIDING


Cover biding ialah sejenis bahan yang dipasang pada pepenjuru tiang untuk mendapatkan satu garisan yang lurus , kemas , dan cantik. Sebelum cover biding dipasang, dipermukaan tiang akan dibasahi air bagi mendapatkan permukaan yang lembap. Tujuannya adalah bagi memudahkan kerja pemasangan serta cover biding mudah melekat pada penjuru tiang. cover biding akan dipasang menggunakan morta. Selepas itu permukaan tersebut akan dilepa sebagai kerja kemasan terakhir.

RASUK IALAH SATU KOMPENAN STRUKTUR MENGUFUK DI DALAM SESEBUAH BANGUNAN . BEBAN YANG DITANGGUNG OLEH RASUK IALAH BEBAN YANG DITERIMA DARI LANTAI DAN BEBAN BINAAN SEPERTI BEBAN BUMBUNG DAN DINDING .

PEMBINAAN RASUK PEMASANGAN KOTAK BENTUK Kotak bentuk untuk rasuk biasanya dibina berbentuk palung dengan mempunyai sisi dan tapaknya. Pembinaannya dimulakan dengan pemasangan papan alas pada setiap tiang. Papan alas akan dipaku pada setiap sisi tiang. Tujuannya adalah untuk memudahkan perletakkan tapak kotak bentuk. Tapak kotak bentuk akan dipaku di atas papan alas. Penyokong seperti tupang akan dipasang di bawah tapak kotak bentuk supaya ia dapat menanggung beban kotak bentuk ketika penuangan konkrit dilakukan. Ianya juga berfungsi mengekalkan kedudukan kotak bentuk rasuk supaya berada dalam keadaan mendatar dan selari. Kemudian, disusuli pula dengan pemasangan kedua-dua belah sisi kotak bentuk rasuk dan dipastikan juga pada setiap bahagian penyambungan hendaklah rapat untuk mengelakkan kehilangan air bancuhan konkrit.

PEMASANGAN TETULANG

Semasa pembinaan, tetulang akan dipasang kukuh untuk mengelakkan anjakan berlaku pada tetulang semasa penuangan konkrit dilakukan. Tetulang yang digunakan mestilah bersih daripada tanah, minyak, karat dan bahan lain yang boleh melemahkan ikatan antara tetulang dengan konkrit. Tetulang akan diikat menggunakan dawai lembut(G.I wire) pada persilangannya dimana tetulang rusuk akan berada pada keadaan berserenjang dengan tetulang tiang. Bongkah penjarak akan diletakkan diantara tetulang dengan kotak bentuk untuk melapik tetuleng semasa penuangan konkrit.
MENKONGKRIT RASUK Kerja mengkonkrit rasuk dilakukan setelah kerja pemasangan kotak bentuk selesai. Konkrit yang digunakan adalah konkrit siap bancuh bergred 30. Konkrit yang dituang ke dalamnya menggunakan timba pintu kolong. Perletakkan atau penuangan konkrit ke dalam acuan hendaklah tidak melebihi ketinggian 1.5m untuk mengelakkan daripada berlakunya penjujuhan dan pengasingan.

LANTAI IALAH SATU KOMPENAN STRUKTUR YANG MENERIMA BEBAN DARIPADA PENGHUNI BANGUNAN , PERABOT DAN BEBAN LAIN . LANTAI TERBAHAGI KEPADA 2 IAITU :

i. Lantai bawah padu ii.Lantai atas

Pembinaan lantai dibuat daripada konkrit tuang. Sebelum konkrit diletakkan, permukaan tanah akan dipadatkan terlebih dahulu menggunakan alat compactor plate. Kemudian jarak akan diletakkan dan disusuli dengan perletakkan jejaring BRC bersaiz 610. Kemudian konkrit akan dipadatkan menggunakan alat penggetar vibrator pocker. Pemadatan ini dilakukan untuk mngelakkan daripada berlaku kecacatan pada permukaan konkrit. Kemudian, permukaan konkrit akan diratakan menggunakan kayu perata durby. Kotak bentuk akan ditanggalkan dalam masa 3 hari. Selepas itu, permukaan lantai akan dikemaskan lagi dengan kemasan-kemasan lantai seperti jubin seramik, parket, jubin tanah liat dan sebagainya.

DINDING DIREKA BENTUK SEBAGAI KOMPENAN STRUKTUR YANG DIBINA PUGAK . BAHAN BINAAN DINDING IALAH BATA , KONKRIT ,KAYU ,KELULI ATAUPUN KOMPOSIT .

Benang dan pelembap akan digunakan untuk kawasan pembinaan ikatan bata bagi dinding. Benang akan dipakukan pada bahagian bawah tingkat dan akan ditarik ke atas mengikut ukuran yang telah ditetapkan dengan disertakan paku sebagai pengukuhan. Benang ini digunakan sebagai bantuan untuk mendapatkan penghasilan tembok yang benar-benar lurus secara melintang atau menegak. Kemudian, satu lapisan ikatan bata akan dibina. Bata yang digunakan adalah bata simen atau bata tanah liat. Bitumen akan dituang secara memanjang mengikut ikatan bata yang telah dibina itu. DPC (damp prove course) atau dikenali sebagai membran kalis lembap akan dipotong dan diletakkan di atas bitumen. Kemudian, bancuhan mortar akan diturap di atas DPC menggunakan sudip. Bata disusun memanjang bermula dari atas mortar tadi. Sambungan di antara bata dengan bata akan ditempelkan sedikit mortar sebagai pengikat. Jejaring keluli (exmet) akan dipasang setiap empat lapisan bata yang berfungsi sebagai menguat dan mengukuhkan ikatan bata tersebut.

TANGGA IALAH KOMPENAN STRUKTUR PENGHUBUNG ANTARA DUA ARAS . TANGGA TERDIRI DARIPADA ANAK TANGGA ATAU LARIAN ANAK TANGGA DAN BERFUNGSI UNTUK PERGERAKAN DARI SATU ARAS LANTAI KE ARAS KE ARAS LANTAI YANG LAIN .

PRINSIP BINAAN TANGGA : LARIAN Larian terdiri daripada anak anak tangga yang berturutan dari aras bawah ke aras atas . Setiap larian tidak boleh melebihi 16 anak tangga , jika lebih , sebuah pelantar perlu dibina .satu anak tangga terdiri daripada jejak dan naik . PELANTAR Pelantar dibina anatara dua aras lantai dan menjadi pemisah antara dua larian anak tangga.Pelantar berfungsi sebagai ruang rehat sementara. KECERUNAN Kecerunan tangga ialah sudut yang dibuat oleh satu larian tangga dengan garis ufuk.Kecerunan tangga bagi rumah kediaman biasanya tidak melebihi 42 manakala kecerunan tangga untuk bangunan awam seperti sekolah dan pejabat pula tidak melebihi 38.Tangga yang terlalu curam sukar dilalui,manakala tangga yang terlalu landai memerlukan anak tangga yang banyak.Anak tangga yang banyak memerlukan ruang dan meletihkan pengguna.

RUANG KEPALA Ruang kepala ialah ketinggian pugak atau jarak serenjang yang diukur dari garisan anjur ke seberang halangan diatas kepala,contohnya lantai tingkat atas.Ukuran minimum ialah 2.0m jika ukuran ketinggian pugak digunakan atau 1.5m sekiranya jarak serenjang digunakan sebagi ukuran ruang kepala.Tujuan ruang kepala adalah untuk memberikan ruang yang mencukupi bagi pergerakan pengguna dan pergerakan perabot besar seperti almari dan sebagainya SUSUR TANGAN Susur tangan dipasang apabila ketinggian tangga melebihi 600mm atau tiga anak tangga.Biasanya susur tangan dibina daripada kayu atau logam.Ketinggian susur tangan ialah 840mm hingga 1000mm dari jejak anak tangga.

BUMBUNG IALAH KOMPENAN STRUKTUR YANG PALING ATAS . BUMBUNG TERDIRI DARIPADA RANGKA DAN PENUTUP BUMBUNG . FUNGSI RANGKA BUMBUNG ADALAH UNTUK MENYOKONG PENUTUP BUMBUNG. PENUTUP BUMBUNG TERDIRI DARIPADA KEPINGAN ZINK , KONKRIT ,ALUMINIUM, GENTING DAN POLI KARBONAT .

Memasang Kekuda Bumbung


Setelah kerja mengikat bata selesai, pemasangan bumbung

akan dilakukan. Kerja-kerja ini dilakukan oleh pekerja yang mahir dan terlatih. Kekuda bumbung adalah berbentuk segitiga iaitu hasil gabungan anggota bumbung seperti pengikat, jeriau siling, kasau penupang, dan sebagainya. Kekuda bumbung boleh dibina besi keluli atau kayu yang dipotong mengikut saiz yang telah ditetapkan. Sekiranya pembinaan menggunakan keluli, ia akan disambung menggunakan fabricate. Jika menggunakan kayu, ia akan disambung menggunakan paku.

Pemasangan kerangka bumbung


Kerangka

siap. Kerangka kayu boleh dibuat menggunakan kayu atau keluli. Bagi kerangka menggunakan keluli, sebelum kekuda dipasang, dinding akan diletakkan dengan skru pengikat untuk mengikat kekuda tersebut terlebih dahulu. Jarak antara kekuda adalah 3 atau 4 di antara satu sama lain. Kemudian besi keluli yang lain akan dipasang di atas kekuda pada arah melintang sahaja yang dikenali sebagai beroti.

bumbung akan dibina setelah pembinaan kekuda

Jarak dari satu beroti adalah bergantung kepada saiz atap genting yang digunakan kebiasaannya. Bagi kerangka yang diperbuat daripada kayu, kerangka akan dibuat selepas pembinaan tiang atas. Plat tembok akan diletakkan di atas rasuk bumbung dan akan dipakukan. Kemudian tetulang perabung akan diletakkan di atas tiang dan dipakukan.

Selepas itu, perantara antara tiang atas ke tiang atas yang lain akan dipasangkan kekuda. Jarak antara kekuda masing-masing adalah 2 sahaja. Disebabkan jarak antara kekuda terlalu dekat, maka kerangka yang dibina terdiri daripada kasau (rafter) dan beroti (purlin). Jarak antara beroti ke beroti menggunakan kayu adalah sama dengan jarak beroti menggunakan keluli. Beroti dan kasau dibina di mana kedudukan hujungnya berlebihan daripada paras dinding. Di hujungnya dipakukan papan muka (fascia board) untuk pembinaan tumpu kusau.

Pembinaan Penutup Bumbung


Selepas kerangka bumbung siap dibina, pembinaan penutup bumbung dilakukan. Penutup bumbung hendaklah diperbuat daripada bahan yang kalis air. Antaranya ialah, kepingan kuprum, zink, aluminium, asbestos, plastik, konkrit dan tanah liat.

BUKU RUJUKAN : Pengajian Kejuruteraan Awam Tingkatan 4 dan 5 ( kukurikulum bersepadu sekolah menengah ) http://www.jkr.terengganu.gov.my/index.php?mod=viewinfotek&id_itk=7 https://www.google.com.my/imghp?hl=en&tab=wi http://www.jkr.terengganu.gov.my/index.php?mod=viewinfotek&id_itk=7

You might also like