You are on page 1of 10

erdapat pelbagai media yang biasa digunakan di dalam penanaman secara hidroponik

antaranya ialah cocopeat, rockwool, span, dan hydroton. Media ini adalah ‘inert’,
bermakna ia tidak mengandungi sebarang nutrien dan mikroorganisma serta tidak
terurai (cocopeat adalah separa ‘inert’ kerana ianya media organik). Fungsi utama
media hidroponik adalah untuk memegang air dan nutrien, menyokong tanaman dan
membekalkan pengudaraan yang baik untuk akar tanaman. Walaupun begitu,
penanaman sesetengah tanaman secara hidroponik boleh juga dibuat tanpa
menggunakan sebarang medium.

Media yang
biasa digunakan dalam penanaman secara hidroponik.

Kangkung ditanam secara


hidroponik tanpa menggunakan media.

Untuk kebanyakan tanaman, media cocopeat sesuai digunakan dan ia juga mudah
untuk didapati. Cocopeat memegang kelembapan dengan baik dan juga mempunyai
pengudaraan yang baik tetapi sebaiknya ia perlu dibasuh sebelum digunakan kerana
cocopeat mengandungi kandungan garam tinggi yang boleh mengganggu pertumbuhan
tanaman. Campuran nutrien juga mungkin perlu disesuaikan untuk medium cocopeat
dengan memberi lebih nitrogen dan magnesium. Penerangan lanjut berkaitan
karakteristik cocopeat boleh didapati dalam artikel di bawah.

Karakteristik cocopeat perlu diketahui untuk mendapatkan pertumbuhan tanaman terbaik.

Untuk membasuh cocopeat pada kuantiti yang rendah adalah mudah. Masukkan
cocopeat ke dalam baldi (bekas lebih kecil jika sedikit) sehingga suku penuh dan
kemudian masukkan air sehingga separuh penuh. Kacau cocopeat dan air buat
seketika dan kemudian buang air tersebut. Cocopeat perlu dibasuh 2-3 kali untuk
memastikan kandungan garam cukup rendah.

Media
cocopeat yang telah dibasuh diisi ke dalam bekas cawan hidroponik atau netpot.

Sumbu
Media yang digunakan atau akar tanaman perlulah sentiasa mencecah larutan nutrien
supaya tanaman boleh mendapatkan air dan nutrien. Jika tidak boleh berbuat demikian,
sumbu perlulah digunakan untuk menarik larutan nutrien kepada tanaman. Antara
benda yang boleh digunakan untuk membuat sumbu ialah tali mop dan fabrik filter
akuarium. Sumbu yang digunakan perlulah sesuai dengan tanaman dan cara tanam
kerana keupayaan sumbu untuk menarik air adalah berbeza mengikut saiz dan
material.

Sumbu digunakan untuk menarik larutan nutrien.

Semai
Cara semaian tanaman adalah bergantung kepada jenis tanaman dan media yang
digunakan. Secara am terdapat dua cara semaian iaitu semai terus ke media hidroponik
atau semai dan alih. Jika menggunakan cocopeat, sayuran daun terus boleh disemai ke
bekas tanaman. Sayuran buah seperti cili dan terung sebaiknya disemai di dalam tray
semaian dan kemudian dialihkan ke bekas tanaman hidroponik. Cara semaian dan
penjagaan diterangkan dengan lebih lanjut dalam artikel di bawah.
Biji benih salad
(terbenam sedikit) disemai di dalam media cocopeat. Air bertakung sedikit di bawah
untuk memastikan media sentiasa lembap.
Sayuran disemai di dalam tray sebelum
dialihkan ke dalam tempat tanaman.
Artikel ini mengandungi tips untuk menyemai biji benih sayuran.

Lokasi
Bekas tanaman perlulah diletakkan di tempat yang mendapat cahaya matahari yang
mencukupi serta terlindung daripada hujan. Tanaman perlu mendapat sekurang-
kurangnya 4-5 jam cahaya matahari terus (‘direct sunlight’) tetapi ianya juga bergantung
kepada jenis tanaman. Namun, penggunaan air adalah banyak jika tanaman mendapat
cahaya matahari terus sepanjang hari. Maka, tempat yang sesuai untuk meletakkan
bekas tanaman hidroponik adalah di bawah pinggir bumbung supaya terlindung
daripada hujan dan hanya mendapat cahaya matahari terus dari pagi hingga tengahari.
hidroponik takung terlindung daripada hujan dan hanya mendapat cahaya terus
matahari pagi di pinggir bumbung.

Larutan Nutrien
Sekurang-kurangya 13 jenis nutrien perlu dibekalkan kepada tanaman untuk
pertumbuhan yang lengkap. Nutrien dibekalkan kepada tanaman dengan menggunakan
baja larut air atau biasa dikenali dengan nama baja AB yang mengandungi kandungan
nutrien yang lengkap. Ianya dicampur dengan air pada kadar tertentu untuk
menghasilkan larutan nutrien yang diisi ke dalam bekas takungan larutan nutrien.
Larutan nutrien ini perlu dipastikan mencukupi kerana ianya akan berkurangan
sepanjang pertumbuhan tanaman. Penerangan lanjut mengenai baja AB boleh didapati
dalam artikel di bawah.

Nutrien-nutrien yang diperlukan tanaman.


Artikel ini menerangkan lebih lanjut mengenai baja AB.

Kadar kepekatan larutan nutrien adalah bergantung kepada umur dan jenis tanaman.
Bagi sayuran daun, kepekatan larutan nutrien tidak perlu diubah sepanjang
pertumbuhannya. Bagi sayuran buah pula, kepekatan larutan nutrien ditingkatkan
sewaktu peringkat berbunga dan berbuah. Setiap produk baja AB di pasaran
mempunyai formulasinya yang tersendiri maka kadar campuran air dan baja AB untuk
menghasilkan larutan nutrien perlulah dirujuk kepada pengeluar produk baja AB
tersebut.

AllGrower AB

RM8.00 – RM35.00
Select options

Kepekatan larutan nutrien juga boleh diukur dengan menggunakan EC meter. Nilai
kepekatan larutan nutrien yang biasa digunakan adalah dalam lingkungan 1.0-
3.0mS/cm atau 1000-3000uS/cm. Walaupun EC meter berguna untuk penanaman
secara hidroponik tetapi mencukupi sahaja mengikuti kadar campuran baja yang
disarankan pengeluar. Selain daripada kepekatan larutan nutrien, nilai pH juga penting
tetapi jika menggunakan air paip, nilai pH air adalah dalam lingkungan yang sesuai
untuk tanaman. Oleh itu, EC dan pH meter tidak wajib ada untuk penanaman secara
hidroponik dan cuma penting untuk penanaman skala besar.


EziEC EC Meter

RM60.00
Tambah ke troli

Pengudaraan
Seperti yang disebut di atas, udara adalah antara keperluan asas bagi tanaman dan
akar tanaman juga memerlukan udara. Media cocopeat dan media hidroponik lain yang
disebut di atas semuanya mempunyai pengudaraan yang baik tetapi perlu dipastikan
media tidak tenggelam sepenuhnya di dalam larutan nutrien, hanya sebahagian sahaja.
Apabila tanaman membesar, akarnya juga akan bertambah panjang maka paras larutan
nutrien tidak perlu lagi mencecah media. Biar sebahagian akar terdedah kepada udara
untuk memastikan akar tanaman boleh mendapat udara.

You might also like