You are on page 1of 19

KATEGORI PERTANIAN

BANDAR
Terdapat tiga kategori
pertanian bandar iaitu:
1. Pertanian berteknologi
tinggi yang melibatkan
pengeluaran hasil tanaman
menggunakan
teknologi tinggi seperti
sensor, tenaga solar,
modifikasi persekitaran akar
dan perkayaan
karbon dioksida. Contohnya
Pertanian Menegak,
Pertanian Bertingkat dan
Rumah Hijau
Pintar.
2. Pertanian institusi yang
melibatkan pengeluaran
makanan di ruang pejabat,
sekolah dan
hospital. Ia melibatkan
kawasan lapang, bumbung
bangunan dan ruang legar.
3. Pertanian komuniti Bandar
seperti Piskiponik (Tanaman
+ Ikan), penghasilan
tanaman di
kawasan terbiar dan
penggunaan kawasan yang
telah dikhususkan.
KEPELBAGAIAN TEKNIK
PERTANIAN BANDAR
Pertanian memainkan peranan
utama dalam perkembangan
tamadun manusia, malah
majoriti
penduduk di dunia juga
melaksanakan kerja-kerja
berkaitan pertanian dengan
pelbagai tujuan.
Kini, fenomena bercucuk
tanam dalam kalangan
masyarakat kembali
dipopularkan namun
bukan di kawasan
kampung, sebaliknya di
kawasan bandar yang
tanahnya terhad dan
warganya sentiasa sibuk
bergerak pantas mengejar
tugasan serta tuntutan kerjaya.
Pertanian bandar atau
aktiviti berkebun bukan
berasaskan keuntungan yang
diamalkan di
negara maju kini mendapat
sambutan daripada masyarakat
bandar di Malaysia kerana
ianya
memberi nilai tambah
kepada masyarakat kota.
Justeru, pertanian jenis ini
kini semakin
popular dalam kalangan
masyarakat di bandar atau
kota.Corak pertanian moden
yang ringkas
dan tidak memerlukan ruang
luas itu menjadi pilihan kerana
lebih mudah diusahakan selain
mempunyai banyak manfaat
untuk semua. Kini konsep
itu semakin diterima di
negara ini
kerana sedikit sebanyak
mampu mengurangkan
perbelanjaan bulanan
terutama kalangan
golongan berpendapatan
rendah berikutan peningkatan
kos sara hidup.
Pertanian bandar
membabitkan kawasan
terhad seperti kawasan
terbiar, sudut atau ruang
kosong termasuk atas
bumbung di rumah atau
bangunan. Dalam
mempraktikkan PPB,
terdapat beberapa kaedah yang
boleh digunakan bagi
penduduk di bandar membuat
tanaman
pertanian bandar antaranya
kaedah Aeroponik, Fertigasi,
Teknik Filem Nutrien (NFT)
dan
Nutripot
KATEGORI PERTANIAN
BANDAR
Terdapat tiga kategori
pertanian bandar iaitu:
1. Pertanian berteknologi
tinggi yang melibatkan
pengeluaran hasil tanaman
menggunakan
teknologi tinggi seperti
sensor, tenaga solar,
modifikasi persekitaran akar
dan perkayaan
karbon dioksida. Contohnya
Pertanian Menegak,
Pertanian Bertingkat dan
Rumah Hijau
Pintar.
2. Pertanian institusi yang
melibatkan pengeluaran
makanan di ruang pejabat,
sekolah dan
hospital. Ia melibatkan
kawasan lapang, bumbung
bangunan dan ruang legar.
3. Pertanian komuniti Bandar
seperti Piskiponik (Tanaman
+ Ikan), penghasilan
tanaman di
kawasan terbiar dan
penggunaan kawasan yang
telah dikhususkan.
Program Pertanian Bandar
(PPB)
Pelaksanaan adalah berkonsepkan kebun komuniti di kawasan lapang dan kawasan hijau
seperti taman kejiranan dan taman awam melalui pertubuhan atau gerakan Rakan Taman
(RT). Program itu dapat memanfaatkan secara maksimum ruang kosong di sekeliling rumah,
pejabat dan seumpamanya dengan projek yang mendatangkan hasil. Program tersebut bertujuan
menggalakkan aktiviti pertanian di kawasan perumahan di bandar untuk membantu
penduduk menanam serta mengeluarkan sendiri bahan makanan seperti sayur-sayuran, herba,
ulam-ulaman dan rempah ratus yang lebih segar serta bersih.

OBJEKTIF PROGRAM PERTANIAN BANDAR

Pertanian bandar mempunyai beberapa objektif atau matlamat, iaitu:

Menggalakkan penduduk setempat untuk menanam dan mengeluarkan sendiri bahan

makanan bagi menampung keperluan harian serta mengurangkan kos sara hidup.

Menambahkan pendapatan sampingan komuniti bandar melalui lebihan pengeluaran

hasil pertanian.

Menyokong usaha Kerajaan dalam menjamin kualiti dan sekuriti makanan Negara.

Memupuk kesedaran dan minat terhadap kepentingan pertanian sebagai penyumbang

terus kepada kesejahteraan serta keceriaan persekitaran komuniti bandar.


KATEGORI PERTANIAN BANDAR

Terdapat tiga kategori pertanian bandar iaitu:

1. Pertanian berteknologi tinggi yang melibatkan pengeluaran hasil tanaman menggunakan

teknologi tinggi seperti sensor, tenaga solar, modifikasi persekitaran akar dan perkayaan

karbon dioksida. Contohnya Pertanian Menegak, Pertanian Bertingkat dan Rumah Hijau

Pintar.

2. Pertanian institusi yang melibatkan pengeluaran makanan di ruang pejabat, sekolah dan

hospital. Ia melibatkan kawasan lapang, bumbung bangunan dan ruang legar.

3. Pertanian komuniti Bandar seperti Piskiponik (Tanaman + Ikan), penghasilan tanaman di

kawasan terbiar dan penggunaan kawasan yang telah dikhususkan.

KEPELBAGAIAN TEKNIK PERTANIAN BANDAR

Pertanian memainkan peranan utama dalam perkembangan tamadun manusia, malah majoriti

penduduk di dunia juga melaksanakan kerja-kerja berkaitan pertanian dengan pelbagai tujuan.

Kini, fenomena bercucuk tanam dalam kalangan masyarakat kembali dipopularkan namun

bukan di kawasan kampung, sebaliknya di kawasan bandar yang tanahnya terhad dan

warganya sentiasa sibuk bergerak pantas mengejar tugasan serta tuntutan kerjaya.

Pertanian bandar atau aktiviti berkebun bukan berasaskan keuntungan yang diamalkan di

negara maju kini mendapat sambutan daripada masyarakat bandar di Malaysia kerana ianya

memberi nilai tambah kepada masyarakat kota justeru pertanian jenis ini kini semakin

popular dalam kalangan masyarakat di bandar atau kota.Corak pertanian moden yang ringkas

dan tidak memerlukan ruang luas itu menjadi pilihan kerana lebih mudah diusahakan selain

mempunyai banyak manfaat untuk semua. Kini konsep itu semakin diterima di negara ini

kerana sedikit sebanyak mampu mengurangkan perbelanjaan bulanan terutama kalangan

golongan berpendapatan rendah berikutan peningkatan kos sara hidup.

Pertanian bandar membabitkan kawasan terhad seperti kawasan terbiar, sudut atau ruang

kosong termasuk atas bumbung di rumah atau bangunan. Dalam mempraktikkan PPB,

terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan bagi penduduk di bandar membuat tanaman

pertanian bandar antaranya kaedah Aeroponik, Fertigasi, Teknik Filem Nutrien (NFT) dan
Nutripot.

Aeroponik adalah proses membesarkan tumbuh-tumbuhan di udara atau persekitaran berkabus

tanpa menggunakan tanah atau perantaraan agregat. Prinsip asas penanaman aeroponik adalah

tumbuh-tumbuhan digantung di dalam persekitaran yang tertutup atau separa tertutup melalui

semburan pada akar tanaman yang tergantung dan bahagian bawah batang dengan percikan

atau semburan larutan cecair yang kaya dengan nutrien. Kaedah aeroponik lebih kepada

sistem yang menggunakan semburan air baja. Ia diperbuat daripada paip besar PVC dan boleh

menempatkan lebih 15 pokok khususnya sayuran berdaun. Ia boleh diletakkan pada sudut

dinding atau tembok rumah. Biasanya sayuran berdaun ini mengambil masa kira-kira sebulan

untuk mengeluarkan hasil.

Teknologi penanaman menggunakan kaedah fertigasi adalah kaedah penanaman tanpa tanah

dengan pemberian baja melalui sistem pengairan. Teknik pertanian jenis ini bukan baru bagi

petani tempatan.Bagi kaedah Fertigasi, selain mudah dan cepat, kaedah itu tidak memerlukan

ruang yang luas kerana medium tanaman fertigasi hanya memerlukan sebuah beg plastik

berisi medium.Teknik ini menggunakan polibeg bagi diletakkan anak benih pokok dan

kemudian air baja disalurkan kepadanya melalui sistem pam automatik. Sistem fertigasi

adalah kaedah terbaik, selain mudah untuk diuruskan dengan proses pembajaan dan pengairan

diberikan serentak kepada tanaman. Kaedah titisan digunakan dalam sistem fertigasi mampu

membekalkan air dan larutan baja kepada tanaman dengan berkesan tanpa pembaziran. Dalam

teknik ini, air dan larutan baja diberikan secara berkala setiap hari di mana larutan baja yang

mengandungi segala nutrien untuk keperluan peringkat pokok diberikan terus ke akar

tanaman. Kaedah fertigasi juga dapat menjimatkan tenaga kerana ia tidak memerlukan aktiviti

seperti membajak tanah, merumput mahupun meracun.Secara umum hanya beberapa jenis

tanaman yang sesuai ditanam menggunakan kaedah ini antaranya tomato, cili, timun, terung,

petola, peria, melon dan strawberi.

Bagi NFT pula, kaedah ini merupakan teknik hidroponik yang membabitkan pengaliran air

cetek yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan yang mana semua

nutrien tersebut akan diserap melalui akar tumbuhan terus ke sumber air. Di bawah teknik ini,

tanaman tidak menggunakan tanah tetapi menggunakan kapas yang dihubungkan dengan air

baja di bawahnya. Kaedah NFT adalah proses di mana larutan baja dialirkan di dalam palung
secara berterusan pada paras akar yang minimum.Oleh kerana sistem ini memerlukan tenaga

elektrik secara berterusan, penanaman sayur berdaun yang mempunyai nilai tinggi seperti

salad dan kailan adalah disarankan. Tanaman yang biasa ditanam di bawah teknik ini

termasuk sawi dan kailan, salad, lada benggala dan tomato.

Bagi kaedah Nutripot pula, bentuknya lebih kepada pasu yang ditakungkan air baja dan

diletakkan di bahagian bawah. Tanaman kaedah ini melibatkan pokok yang lebih besar seperti

tomato, serai dan daun pandan. Nutripot adalah kaedah bercucuk tanam yang mudah dan

diperkenalkan untuk mengatasi masalah kekerapan menyiram khususnya bagi penduduk

bandar yang bekerja. Melalui kaedah ini tanaman hanya perlu siram 1 atau 2 kali siraman

seminggu diperingkat awal dan 10 hingga 15 hari sekali siraman di peringkat seterusnya.
Aeroponik, Fertigasi, Teknik Filem Nutrien (NFT), Nutripot dan Hidroponik.

You might also like