You are on page 1of 17

Sektor Pertanian dan Pembangunan

Pertanian
Pertanian ialah pengeluaran makanan dan barangan melalui perladangan, penternakan, dan perhutanan. Ia merupakan perkembangan utama yang membawa kepada kebangkitan tamadun, dengan penanaman dan penternakan mewujudkan lebihan makanan dan seterusnya membolehkan pembangunan masyarakat yang lebih padat dan berstruktur.

Peranan sektor pertanian dalam pembangunan ekonomi dilihat sektor yang pasif dan hanya merupakan sektor sokongan (supportive/peripheral). Di barat pembangunan hanya boleh dicapai melalui perubahan struktur daripada sektor pertanian keapda sektor perindustrian dan perkhidmatan yang lebih moden dan kompleks. Akibatnya peranan utama sektor pertanian hanya sebagai penyedia sumber makanan yang mencukupi pada harga yang murah kepada populasi bandar dan juga lebihan buruh luar bandar sebagai sumber buruh kepada sektor bandar yang semakin berkembang.

Pembangunan Ekonomi Pertanian : Transisi dalam Sistem Pertanian


1. Tahap primitif dan sara diri dicirikan oleh produktiviti yang rendah, output untuk keperluan atau penggunaan sendiri, melibatkan tanaman yang menjadi sumber makanan utama, menggunakan kaedah dan peralatan tradisional kekangan teknologi, institusi sosial dan pasaran serta komunikasi yang terhad di antara kawasan luar bandar dengan kawasan lain tidak mendorong kepada tahap produksi yang lebih tinggi berisiko tinggi dan terdedah kepada ketidaktentuan Kebun kecil-kecilan

2. Tahap kepelbagaian tanaman (mixed/diversified farming)

tanaman utama bukan lagi didominasi oleh tanaman makanan asasi petani tetapi juga tanaman lain aktiviti baru membolehkan penggunaan tanah yang lebih baik dan effisien pengenalan alatan mekanikal mudah, penggunaan racun serangga, biji benih yang baik, baja kimia dan sistem pengairan yang bertujuan untuk meningkatkan hasil tuaian tanaman utama kepelbagaian tanaman membolehkan impak kegagalan tanaman utama diminimumkan dan mewujudkan jaminan/kelangsungan pendapatan kepada petani

3. Tahap tanaman komersial moden (modern commercial farming) tahap paling tinggi dan maju serta wujudnya pengkhususan dalam produksi pertanian, merupakan respon kepada peningkatan dalam taraf hidup, kemajuan biologikal dan teknikal serta perkembangan pasaran nasional dan antarabangsa keuntungan komersial (untuk jualan) merupakan kriteria utama dan peningkatan hasil tanaman per hektar dipengaruhi oleh sistem pengairan yang baik, racun serangga, baja kimia, biji benih kacukan dan teknologi. Modal, kemajuan teknologi dan R&D memainkan peranan penting. kepelbagaian dari segi saiz dan amalan dari penanaman secara intensif buah-buahan dan sayur-sayuran sehingga kepada penanaman secara ladang yang ekstensif. Peralatan mekanikal yang sofisikated diperkenalkan, bersifat intensif modal dan mementingkan economi scale tanaman khusus yang bersifat ekstensif lazimnya dimiliki oleh syarikat multinasional yang besar

Agensi yang terlibat dalam pembagunan Pertanian


FAMA FELDA FELCRA RISDA MARDI PORIM SIME DARBY MADA

Masalah yang Mempengaruhi Pertanian

1.Masalah Pemilikan Tanah


Masalah terbesar yang dihadapi oleh masyarakat tani adalah dari segi pemilikan tanah. Petani yang tidak mempunyai tanah atau menyewa tanah kegiatan pertanian boleh terganggu oleh tempoh pemegangan tanah kerana : jangka masa yang ada untuk perancangan pembangunan kebun/ladang dan menghasilkan keuntungan pembesaran/penambahan pelaburan terhad

jumlah pendapatan mesti diuntukkan untuk membayar sewa, hutang dan sebagainya kemungkinan untuk menyambung kontrak atau membeli tanah tersebut penyewa biasanya kurang inisiatif untuk menjaga dan membangunkan tanah ke tahap yang lebih baik

2.Masalah Pemasaran Hasil Pertanian


Ketidakstabilan harga Penawaran dan Permintaan bermusim Kekuranagan maklumat pasaran Kekuranagn saluran pasaran terjamin Kos dan margin yang tinggi Kekurangan infrastruktur pemasaran

Pembangunan Pertanian dan Kawasan Luar Bandar


Objektif utama pembangunan pertanian dan kawasan luar bandar adalah peningkatan berterusan dalam tahap kehidupan masyarakat tani luar bandar melalui peningkatan pendapatan, output dan produktiviti hasil pertanian. Pembangunan sektor pertanian dan kawasan luar bandar : perubahan teknologi dan innovasi polisi ekonomi dan insentif yang sesuai dan menggalakkan institusi sokongan sosial Pemulihan tanah (land reform) Kepentingan Pembangunan bersepadu (integrated development)

Program Peningkatan Pengeluaran dan Produktiviti bagi Sektor Pertanianan

Pemberian Insentif Kepada Pengusaha-Pengusaha Pertanian Mengukuhkan FAMA Bagi Memastikan Pasaran Dan Pengagihan HasilHasil Pertanian Pelaksanaan Program Bumi Hijau Pengurusan Kawasan Terbiar Untuk Meningkatkan Pengeluaran Komoditi Sekuriti Konsep Ladang Merdeka Memperluaskan Fungsi Kementerian Pertanian dan Asas Tani

Statistik pertanian di Malaysia


No 1.0 Butiran Sumbangan kepada KDNK 1.1 Pertanian (RM juta) 1.2 Pertanian (%) 1.3 Industri Berasaskan Pertanian (RM juta) 1.4 Industri Berasaskan Pertanian (%) KDNK (%) Pertanian Sumbangan Kepada Eksport 3.1 Pertanian (RM juta) 3.2 Pertanian (%) 3.3 Industri Berasaskan Pertanian (RM juta) 3.4 Industri Berasaskan Pertanian (%) 2000 18662 8.9 13584 6.5 2005 21585 8.2 16928 6.5 2010 27518 7.8 22221 6.3

2.0 3.0

1.2% 22892 6.1 24686 6.6

3.0% 37421 7.0 37442 7.0

5% 54992 6.8 60660 7.6

4.0

Sumbangan kepada guna tenaga 4.1 Pertanian (bil000) 4.2 Pertanian (%) 4.3 Industri Berasaskan Pertanian (bil000) 4.4 Industri Berasaskan Pertanian (%)

1423.0 15.3 844.0 9.1

1405.7 13.3 981.9 9.3

1323.8 10.9 1110.2 9.1

Pengeluaran Bagi Hasil Tananaman Terpilih 2002 hingga 2008.


Hasil Pertanian (tan metrik 000) 2002 2004 2006 2008 Getah Asli Minyak Sawit Mentah Isirong Sawit Biji Koko Minyak Kelapa Dedak Kopra Teh Nenas Beras 889.8 11909.3 3268.6 47.7 39.1 13.6 20.6 70.1 1415.1 1168.7 13 976.2 3661.4 33.4 42.4 11.4 15.6 774 1467.1 1283.6 1580.8 4125.1 31.9 27.8 8.7 11.1 843 1385.3 1072.4 17734.4 4577.4 28.1 42.3 8.3 11.6 66.3 -

Tembakau

11.3

12.9

6.1

6.3

Jadual Guna Tanah Bagi Sektor Pertanian.


Jenis Tanaman 2000 (hektar 000) 2005 (hektar 000) 2010 (hektar 000) Target Guna tanah bagi RMK-8 (%) Pencapaian Guna tanah bagi RMK-8 (%) Target Guna tanah bagi RMK-9 (%) Kelapa Sawit Getah Padi Buah-Buahan Kelapa Koko Sayur-sayuran Tembakau Lada Hitam Jumlah 3317 1431 478 304 159 76 40 15 13 5893 4049 1250 452 330 180 33 64 11 13 6383 4555 1179 450 375 150 455 86 7 14 6891 3.2 -2.7 -0.5 5.1 -0.6 -2.4 4.2 2.5 2.1 1.5 3.7 -2.7 -1.1 1.7 2.5 -15.2 9.9 -6.0 0.0 1.6 2.4 -1.2 -0.1 2.6 0.0 6.2 6.1 -7.4 0.6 1.5

RINGKASAN PERDAGANGAN LUAR NEGERI BAHAN MAKANAN


PERKARA 2003 (RM Juta) 53,143 25,808 27,335 2004 (RM Juta) 61,797 35,412 26,385 2005 (RM Juta) 62,596 36,250 26,346 2006 (RM Juta) 71,197 40,312 30,885 2007 (RM Juta) 84,936 47,194 37,742 2008 (Jan-Jun) (RM Juta) 53,841 28,837 25,004 Jumlah Eksport Sektor Pertanian Jumlah Import Sektor Pertanian Imbangan Perdagangan Sektor Pertanian

Jumlah Eksport Bahan Makanan Peratus Eksport Bahan Makanan Jumlah Import Bahan Makanan

8,348 15.7 12,687

9,942 16.1 16,440

10,669 17.04 17,733

11,392 16.0 19,950

13760 16.2 23,374

8,241 15.3 13,731

Peratus Import Bahan Makanan


Imbangan Makanan Perdagangan Bahan

49.2
-4,339

46.4
6,498

48.9
7,065

49.5
8,559

49.5
9,614

46.3
5,491

Rujukan
http://cmslib.uum.edu.my/m2012/index.php/karyamerdeka?layout=edit&id=31 http://puspatani.blogspot.com/2012/01/transformasi-sektor-pertaniandan.html http://ms.wikipedia.org/wiki/Pertanian http://datatanah.peradabanmelayu.my/index.php/data-tanah-terbiar/34data-tanah-terbiar-malaysia/64-perkembangan-semasa-sektor-pertanian http://animhosnan.blogspot.com/2010/08/statistik-pertanianmalaysia.html http://www.moa.gov.my/

You might also like