You are on page 1of 6

Cabaran NCER

Wilayah Ekonomi Koridor Utara merupakan salah satu daripada pelan tindakan kerajaan
bagi mengatasi masalah ekonomi dalam kalangan petani terutamanya masyarakat Melayu yang
menjadi penduduk majoriti di negeri Perlis, Kedah , Pulau Pinang dan Perak. Masalah
ketidakseimbangan ekonomi wujud terutama di kawasan pendalaman. Meskipun mempunyai
suber ekonomi namun masalah ekonomi yang tidak dimajukan dan dimodenkan yang
mengakibatkan hasil hasil tersebut adalah terhad untuk kegunaan petani dan ahki
keluarganya.

Kekurangan Tanah Pertanian yang Luas
Kebanyakan tanah dalam NCER masih tidak digunakan atau digunakan tidak
sepenuhnya, iaitu 52 peratus daripadanya diwartakan sebagai kawasan sensitif alam sekitar.
Kita kekurangan kawasan tanah yang luas yang bersambungan. Tiada kawasan yang luas.
Hanya terdapat 48 peratus tanah yang boleh digunakan. Kira-kira 40 peratus daripada tanah di
NCER diperuntukkan bagi pertanian dan baki 52 peratus lagi merupakan rezab hutan. Daripada
52 peratus itu, lima peratus diperuntukkan bagi penyediaan air minuman dan empat peratus
bagi kawasan binaan untuk industri lain dan perumahan.
Pelaksanaan pembangunan NCER ini memerlukan kawasan pertanian yang sangat luas
bagi memastikan sektor pertanian dapat ditingkatkan. Wilayah NCER meliputi negeri Perlis,
Kedah, Pulau Pinang dan Perak kekurangan kawasan tanah bagi menjalankan aktiviti
pertanian.

3.0 Isu PemiIikan Tanah Persendirian
Kira kira 40 peratus daripada tanah NCER diperuntukkan bagi pertanian tetapi 83
peratus atau 800,000 hektar milik pekebun kecil persendirian. Sebagai contoh, bagi penanaman
padi, purata petani memiliki kira kira satu hektar keluasan itu merupakan kira kira 22 ekar
sahaja. Keluasan ini tidaklah sebesar mana jika untuk menjalankan
Pada zaman pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi,beliau telah melancarkan NCER yang
menggariskan strategi utama untuk merangsang pertumbuhan dalam sektor pertanian, yang
biasanya dikaitkan dengan penduduk luar bandar dan petani tradisional.Ketua Eksekutif
Kumpulan Sime Darby Bhd Datuk Ahmad Zubir Murshid yang menjadi arkitek pelan induk itu
menyatakan satu teras ialah untuk meningkatkan pendapatan petani di luar bandar, dengan
memberi nafas baru terhadap pertanian, pengedaran dan pemasaran.

Pelan induk itu menyasarkan untuk meningkatkan purata pendapatan petani berkenaan
di atas paras RM1,500 sebulan menjelang 2012 daripada kurang RM500 dalam 2005, sejajar
dengan objektifnya untuk menghapuskan kemiskinan dan pertumbuhan ekonomi.Namun
terdapat kekangan dalam melancarkan projek NCER ini ialah kekurangan tanah yang luas.
Ahmad Zubir berkata kebanyakan tanah dalam NCER masih tidak digunakan atau digunakan
tidak sepenuhnya, di mana 52 peratus daripadanya diwartakan sebagai kawasan sensitif alam
sekitar.

Salah satu cabaran utama pelan NCER ialah mengenai isu pemilikan tanah
persendirian. Kira-kira 40 peratus daripada tanah NCER diperuntukkan bagi pertanian tetapi 83
peratus atau 800,000 hak milik pekebun kecil persendirian.Agak mustahil dilaksanakan
pertanian besar-besaran kerana 83 peratus daripada 40 peratus (tanah pertanian) berkenaan
adalah milik tanah persendirian.Sebagai contoh, bagi penanaman padi, purata petani memiliki
kira-kira satu hektar dan keluasan itu merupakan kira-kira 2.2 ekar sahaja. Keluasan itu tidak
mencukupi untuk digunakan jentera bagi penanaman padi.Oleh itu cadangan bagi masalah ini
ialah dengan menggunakanpertanian berskala koperasi estet mini.

Cabaran dalam memajukan NCER ini ialah kekurangan modal.Untuk memajukan
kawasan pertanian khususnya memerlukan jentera bagi memastikan pengeluaran padi lebih
banyak dan kerja dilaksanakan dengan cepat.Kos untuk membeli sebuah jentera begitu mahal
dan kawasan tanaman padi begitu luas di negeri-negeri yang terlibat dengan NCER khususnya
di negeri Kedah dan Perlis.Penambahan untuk kos membeli jentera ini perlulah dilakukan
supaya hasil yang diperoleh setanding dengan modal yang telah dikeluarkan.Selain itu
juga,dalam pembangunan NCER juga mengetengahkan tentang pelaksanaan ndustri Kecil
Sedeharna(KS).Pelaksanaan KS ini juga banyak mendatangkan masalah dan ada juga
mendatangkan kebaikan.Cabaran yang timbul ialah kekurangan modal.Hal ini kerana,usahawan
yang baru mula untuk menceburi bidang ini perlu mengeluarkan modal.Seperti mana yang kita
tahu,orang Melayu masih berada di tahap pendapatan sederhana dan tidak mampu untuk
mengeluarkan modal yang banyak.Oleh itu,kerajaan perlu menyediakan modal bagi menyokong
kegiatan KS ini sekaligus dapat memajukan NCER.


Namun masalah ini mungkin boleh diatasi dengan Bajet 2012 yang telah diumumkan
oleh Perdana Menteri kita yang menaikkan jumlah pinjaman TEKUN untuk pinjaman bagi
usahawan-usahawan yang mahu memulakan perniagaan KS ini.Diharap dengan penambahan
jumlah pinjaman ini dapat menaikkan semangat usahawan diluar sana untuk berani
menghadapi menanggung risiko untuk menceburi perniagaan dan sekaligus dapat menaikkan
ekonomi negara kita.


Cabaran lain yang terpaksa ditempuhi oleh kerajaan dalam pembangunan NCER ialah
kekurangan tenaga pakar yang khusus dalam bidang pertanian.Kita juga tidak boleh
terbergantung kepada buruh asing,hal ini kerana sektor-sektor lain seperti perindustrian juga
banyak menggunakan tenaga mereka.Kebanyakan anak-anak muda pada masa kini lebih suka
untuk bekerja di sektor perindustrian.Mereka lebih gemar berhijrah ke bandaraya besar seperti
Kuala Lumpur selepas tamat pengajian diperingkat SPM.Manakala jika melihat kepada bidang
pengajian di peringkat nstitut Pengajian Tinggi (PT) bidang kritikal seperti kejuruteraan kurang
mendapat perhatian berbanding bidang sains kemanusiaan.Manakala bidang yang berkaitan
pertanian dan perladangan juga kurang mendapat tempat dalam kalangan pelajar.Oleh
itu,kerajaan harus menggalakkan anak-anak muda mengambil bidang yang berkaitan dengan
pertanian supaya pelaksanaan NCER berkesan dan dapat memanfaatkan sumber negara
sepenuhnya.



Selain itu juga,cabaran yang terdapat dalam pelaksanaan NCER ialah kemudahan
infrastruktur.NCER juga memajukan sektor pelancongan di negeri Perak.Contoh pelancongan
yang telah dimajukan di Perak ialah Bukit Merah Lake Resort.Namun pelaksanaan ini
memerlukan jaringan yang berkesan bagi memastikan pelancong yang berkunjung berpuas hati
dengan perkhidmatan yang disediakan.Jaringan telekomunikasi juga perlu dinaik taraf bagi
projek pelancongan yang dilakukan di kawasan luar bandar.

&ntuk Meningkatkan SkaIa Aktiviti - aktiviti Pertanian
Selain daripada tanaman komersial yang diusahakan oleh syarikat syarikat
perladangan, kebanyakan aktiviti pertanian yang dijalankan oleh pekebun pekebun kecil
terutama sekali penanaman padi dan penternakan. Kebiasaannya padi ditanam oleh pekebun
pekebun kecil dalam kawasan seluas 1.06 hektar ( secara purata ). Hal ini berbeza dengan
negara negara lain seperti Australia iaitu kawasan seluas 400 hektar telah diperuntukkan dan
dimajukan oleh sebuah keluarga.
Pertanian pada skala kecil kecilan telah menyebabkan berlakunya ketidakcekapan,
peningkatan kos pengeluaran serta penghasilan keluaran menjadi tidak konsisten. Akhirnya
hasil pengeluaran dan pendapatan menjadi rendah dan berlakunya penghadang keupayaan
petani untuk membuat pelaburan yang dapat meningkatkan produktiviti tanah seperti sistem
pengurusan air dan jentera. Masalah seperti ini menjadi kekangan dalam usaha pembangunan
NCER.


&ntuk Penambahbaikan Sistem Pengedaran dan Pemasaran
su isu yang berkaitan pemasaran hasil hasil pertanian telah wujud dan disebabkan
oleh pertanian berskala kecil. Hal ini telah mengakibatkan berlakunya ketidakupayaan bagi
membekal hasil hasil pada kuantiti, kekerapan dan mutu yang konsisten. Oleh itu, para petani
serta para penternak kurang berupaya untuk membekal terus hasil berkenaan kepada pasaraya
mega, pasaraya biasa, pengilang ataupun peruncit yang akan memastikan permintaan
berterusan terhadap hasil pertanian mereka. Kebanyakan para petani memasarkan hasil hasil
pertanian mereka melalui pasar pasar tempatan, pasar tani, Lembaga Pemasaran Pertanian
Persekutuan ( FAMA ) atau orang tengah yang tidak dapat memberi harga atau kadar
pembelian yang tetap.

.0 Peningkatan Terhadap Penggunaan TeknoIogi dan AmaIan Pertanian yang Baik
Kadar penggunaan teknologi serta amalan agronomi dalam kalangan petani masih lagi
rendah walaupun terdapat bantuan yang diberi oleh kerajaan dari segi khidmat nasihat
berhubung dengan amalan pertanian moden, teknologi serta benih yang berkualiti melalui
pelbagai agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian, Lembaga Penyatuan dan Pemulihan
Tanah Persekutuan ( Felcra ) Berhad dan MADA. Hal ini adalah merupakan faktor yang
membawa kepada masalah kadar pengeluaran yang rendah seperti kaedah " tabur terus yang
kebiasaannya diamalkan oleh petani tradisi. Tahap kemahiran teknikal yang rendah ini juga
menjejaskan keupayaan petani untuk mencapai piawaian antarabangsa seperti Amalan
Pertanian Terbaik ( GAP )

Selain daripada pertanian padi, penternakan kecil kecilan juga biasanya tidak
mematuhi piawaian antarabangsa seperti Gred Kesihatan Veterinar ( VHM ), Analisis Risiko dan
Tanda Kawalan Kritikal ( HACCP ) serta Amalan amalan Penternakan Terbaik ( GAHP ) yang
disebabkan oleh kekurangan kesedaran dan keupayaan petani untuk memenuhi syarat syarat
yang telah ditetapkan. Oleh hal demikian, situasi ini akan mengurangkan potensi untuk
pengeksportan hasil hasil pertanian dan merumitkan lagi isu isu pemasaran hasil pertanian.

&ntuk Meningkatkan dan Menambahbaikan Infastruktur.
Had jangkauan sistem pengairan dan pengurusan air adalah salah satu daripada faktor
yang mengakibatkan hasil pengeluaran pertanian menjadi rendah di Koridor Utara. Walaupun
menggunakan benih benih padi yang berkualiti tinggi. Oleh itu, penambaikan sistem
pengairan dan pengurusan air akan menjadi salah satu daripada inisiatif utama bagi
meningkatkan hasil pertanian terutama sekali untuk tanaman padi.

Kawasan sawah padi yang berada di bawah pengurusan MADA dan ADP menerima
saliran tetapi terdapat sebanyak 40,000 hektar sawah padi yang berada di luar skop agensi
agensi tersebut yang tidak mempunyai kemudahan sistem pengairan yang baik. Hal ini telah
menyebabkan pergantungan terhadap air hujan yang hanya mampu menampung satu kitaran
tanaman setahun dan penghasilan kadar pengeluaran adalah terhad kepada 3 tan sahaja atau
kurang daripada jumlah itu.

You might also like