You are on page 1of 14

Wilayah Ekonomi Pantai Timur

Wilayah Ekonomi Pantai Timur (East Coast Economic Region) atau ECER merupakan
wilayah pembangunan ekonomi di Malaysia yang dirasmikan pada hari Selasa, 29 Oktober
2007 oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Program atas inisiatif kerajaan pusat ini merupakan program ekonomi ketiga selepas Wilayah
Pembangunan Iskandar (WPI) di Johor dan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) di utara
Semenanjung Malaysia. ECER melibatkan tiga buah negeri di Pantai Timur Semenanjung
Malaysia iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan serta daerah Mersing di Johor. Luas
kawasan yang terlibat ialah 66,736 kilometer persegi atau 51 peratus daripada keluasan
Semenanjung Malaysia. ECER melibatkan 3.9 juta penduduk.

Pembangunan ECER ini adalah selama 12 tahun dari tahun 2007 hingga 2020. Peneraju
utama ialah perbadanan minyak dan gas iaitu Petronas.

Perasmian

Perasmian peringkat negeri Terengganu diadakan di Taman Awam Batu Burok. Turut hadir
ialah Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh, Menteri Besar Pahang Datuk Seri
Adnan Yaakob, Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman dan anggota Exco kerajaan
Kelantan, Datuk Husam Musa yang mewakili Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz
bin Nik Mat.

Abdullah Ahmad Badawi turut merasmikan Pusat Bandaraya Kuala Terengganu (KTCC) dan
Taman Ilmu. KTCC merupakan destinasi pelancongan, persidangan dan pameran
antarabangsa (M.I.C.E) yang bertemakan "pintu masuk ke ECER dan bandar maritim".
Taman Ilmu di Besut bakal menjadi pusat kecemerlangan industri pendidikan dan
"edutourism" yang mampu menarik pelajar dari seluruh dunia ke Terengganu.

Perasmian peringkat negeri Kelantan diadakan di Kompleks Sekolah-Sekolah Wakaf Mek


Zainab. Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat menyambut baik usaha
Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi. Datuk Husam Musa berjanji
kerajaan PAS akan memberi komitmen "1,000 peratus" untuk menjayakan 23 projek di
Kelantan sepanjang tempoh 12 tahun itu.

Kos

Kos pembangunan akan dibiayai oleh syarikat Petronas iaitu sebuah perbadanan milik
kerajaan Malaysia. Fasa pertama melibatkan kos RM6 bilion. Kos sebenar ialah RM112
bilion. Ia akan disalurkan melalui melalui kajian semula program Rancangan Malaysia
Kesembilan (RMK9) serta penambahan peruntukan semasa kajian separuh penggal RMK9.

227 projek bernilai RM112 bilion dalam tempoh 12 tahun akan dilaksanakan oleh Petronas
dan lain-lain.
Teras pembangunan

Teras utama pembangunan ialah:

 Pelancongan - membina kemudahan pusat peranginan dan hotel bertaraf antarabangsa


di kawasan pesisir pantai. Bakal menarik kehadiran 7.4 juta pelancong luar negara dan
21.4 juta pelancong tempatan menjelang 2020.
o Kuala Terengganu akan menjadi hab aktiviti pinggir pantai, terminal
pelayaran, marina, pasaran kraftangan, pusat membeli belah, taman dan
beberapa taman tema.
o Taman Negara Endau-Rompin.
o Jeti Mersing.
o Pulau Tioman bakal menjadi daya tarikan pelancongan negara.
o Pengkalan Kubur menjadi pusat pelancongan sempadan dan pusat
perdagangan peringkat Asia Tenggara / segitiga pertumbuhan Indonesia-
Malaysia-Thailand.
o Kota Baru City Centre (KBCC) di Palekbang berhampiran Kota Baru akan
dibangunkan.
o Sungai Nenggiri, Sungai Burok, Sungai Jenera, Sungai Pulan serta kawasan
sekitarnya akan dimajukan sebagai taman negara.

 Projek pembangunan Kuantan Sentral serta Bukit Gambang Resort City bagi negeri
Pahang

 Industri minyak, gas dan petrokimia.

 Industri pembuatan - industri hiliran berasaskan minyak sawit, kayu dan susu getah
serta hasil pertanian lain untuk mengeluarkan barangan seperti bahan oleokimia,
perabot, sarung tangan dan makanan halal.
o Taman Industri Halal di Pasir Mas dibina bagi menjana sektor hiliran.

 Pertanian
o Hulu Setiu - projek agropolitan seluas 2,000 hektar .
o Kuala Berang, Hulu Terengganu - Pusat Penyelidikan dan Pembiakan
Kambing Nukleus. Dijangka mengeluarkan 10,000 induk kambing seperti
Jamnapari, Boer dan Anglo Nubian yang bermutu tinggi pada 2015. Ketika ini
Malaysia mengimport 70,000 ekor kambing dari Australia dan New Zealand
setiap tahun. Perjanjian kerjasama (MoU) antara Pusat Penyelidikan dan
Pembiakan Kambing Nukleus, di antara JPH dengan Marditech Corporation
Sdn Bhd dan Terengganu Agrotech Development Corporation Sdn Bhd
(TADC) telah ditandatangani.
o Pusat penyelidikan baka ternakan seluas 800 hektar akan dibina di Tersat,
Kuala Berang.
o Ladang integrasi kambing dengan ladang getah seluas 2,000 hektar, milik
Risda di Besut dan Hulu Terengganu. Kambing cepat matang dan peratusan
penggunaan tanahnya adalah rendah berbanding lembu dan kerbau.
o Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) akan memajukan 5,200
keluarga di Gua Musang. Ia melibatkan Kementerian Kemajuan Luar Bandar
dan Wilayah.
o Gunung Musang, Dabong dan Lembangan Sungai Nenggiri diwartakan
sebagai Taman Negeri. Lebih 10,000 orang Asli daripada suku Temiar yang
miskin tegar akan menikmati kemajuan ECER ini.
o Lembah Pertanian Moden di Bachok dan Pasir Puteh - ladang buah-buahan
dan sayur-sayuran seluas 2,000 hektar.
o Terminal Makanan Nasional (Teman) di Kota Baru di bawah Rancangan
Malaysia Kesembilan (RMK-9) bakal memajukan 4,000 petani.
o Ladang ayam di Gua Musang.
o Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) akan memajukan 4250
keluarga dengan pertanian komersial.
o Projek tebatan banjir dan pencegahan hakisan pantai.

 Pendidikan
o Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
o Taman Ilmu di Besut seluas 283 hektar akan menjadi bandar baru universiti.
Bakal didiami kira-kira 10,000 penduduk.
 Prasarana
o Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu dinaiktaraf sebagai
lapangan terbang antarabangsa (Penerbangan terus ke Mekah dari Kuala
Terengganu)
o Empangan akan dibina oleh syarikat tempatan.
o Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra turut diperbesarkan.
o Jalan pesisir pantai dari Kota Baru ke Mersing akan dilebarkan menyamai
lebuh raya.
 Perikanan / Pelabuhan
o Pelabuhan Kemaman.
o Pelabuhan Kuantan akan dinaiktaraf.
o Jeti nelayan di Tok Bali, Pasir Puteh.
Wilayah Ekonomi Koridor Utara
Wilayah Ekonomi Koridor Utara (Northern Corridor Economic Region, NCER)
merupakan kawasan pembangunan ekonomi dan sosial di Malaysia yang membabitkan negeri
Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak. Istilah ini mula diperkenalkan sejak Rancangan
Malaysia ke-9 (2006-2010) pada Januari 2007 bagi merujuk kepada Wilayah Ekonomi
Koridor Utara (NCER). Koridor Utara dirasmikan pada 30 Julai 2007 oleh Perdana Menteri
Malaysia, Abdullah Ahmad Badawi.

Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) memerlukan pelaburan sebanyak RM177 bilion
dalam tempoh 2007 - 2025. 1/3 pelaburan daripada kerajaan, 2/3 pelaburan swasta dan
inisiatif pembiayaan swasta (PFI). Peruntukan awal daripada kerajaan sebanyak RM5 bilion
.Penduduk dijangka berjumlah 4.29 juta orang dalam tempoh lebih 20 tahun.

Laman web khusus tentang NCER ialah www.ncer.com.my yang menyediakan maklumat
mengenai rangka kerja pertanian, pelancongan, alam sekitar, pembuatan dan pembangunan
modal insan bagi wilayah utara Semenanjung.

Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) mahu menjadikan NCER sebagai kawasan untuk
melahirkan pembangunan ekonomi negara secara seimbang dan sama rata. Statistik
menunjukkan kadar kemiskinan di Kedah dan Perlis lebih tinggi berbanding kadar purata
kemiskinan bagi seluruh negara.

Peranan Sime Darby

Sime Darby Berhad dipertanggungjawabkan untuk menyediakan pelan komprehensif bagi


pembangunan sosioekonomi yang meliputi pertanian, pembuatan dan perkhidmatan dalam
tempoh 20 tahun (2007-2025).

Sime Darby Berhad merupakan perancang induk proses penyediaan asas pelan pembangunan
komprehensif NCER, yang akan dibangunkan daripada tahun 2007 sehingga tamat
Rancangan Malaysia ke-12, pada 2025.

Majlis Perasmian

Abdullah Ahmad Badawi melancarkan Rangka Tindakan NCER di Ibu Pejabat Lembaga
Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di Alor Setar, Kedah pada 30 Julai 2007.

Turut hadir ialah Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali, Ketua Menteri
Pulau Pinang Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid
dan Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim turut hadir. Lain-lain ialah Menteri
Pertanian dan Industri Asas Tani Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Kewangan II Tan Sri
Nor Mohamed Yakcop, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Peter Chin Fah
Kui dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Effendi Norwawi.

Fasa pembinaan
Koridor Utara membabitkan beberapa fasa iaitu :
Fasa 1: Penyediaan rangka tindakan
Fasa 2: Pembabitan semua agensi kerajaan, menteri besar dan ketua menteri di 4
negeri tersebut.
Fasa 3: Pembabitan sektor awam dalam penyediaan infrastruktur.
Fasa 4: Sektor awam dan swasta digandingkan.
Fasa 5: Sektor swasta memainkan peranan utama (2012).

Kedaifan lokasi

 Koridor Utara melibatkan 7% keluasan tanah tetapi melibatkan 60% penduduk 4


negeri tersebut.
 2/3 penduduknya terlibat dengan jelapang padi.
 Hanya 1/3 pelancong datang ke kawasan ini.
 Hanya 20% industri pembuatan berada di kawasan ini.
 3/4 isi rumah hanya mendapat purata RM2000 pendapatan tahunan. Kadar pendapatan
ini amat rendah berbanding enam wilayah lain di Malaysia kecuali pantai timur.

Matlamat

 Mengurangkan kadar kemiskinan tegar dari 5.7% sekarang kepada 2.7%.


 Meningkatkan nilai tambah industri sedia ada dan bukan mewujudkan sesuatu yang
baru.
 Meningkatkan eksport pertanian terutama akuakultur, perikanan, ternakan haiwan,
pengeluaran buah-buahan, sayuran dan produk herba.
 Meningkatkan industri hiliran.
 Menjana kekayaan dari bahan buangan.
 Pembangunan hub elektronik berteknologi tinggi.
 Pemprosesan taman pertanian lestari.
 Meningkatkan nilai tokok industri sektor elektrik dan elektronik.
 Aktiviti hiliran industri automatif.
 potensi bio-teknologi.
 Aktiviti pelancongan pulangan tinggi - sebagai pintu masuk serantau dengan
memanfaat prasarana sedia ada - pelancongan perubatan.
 Pembangunan Pulau Langkawi kepada pelancongan mewah.
 Pusat kecemerlangan industri mikro, pusat pembangunan kemahiran dan pusat
penyelidikan dan pembangunan.
 Latihan vokasional dan fakulti pertanian di universiti awam di utara Malaysia -
melahirkan siswazah pertanian menjadi petani jutawan.
 Melatih 26,000 belia seawal 15 tahun yang tercicir setiap tahun . 10,000 daripada
mereka adalah di bawah umur 15 tahun.
 Kurikulum berbeza akan disediakan ke arah pertanian moden, pekerja sawah padi
moden, perniagaan tani dan industri tempatan.

Pembangunan prasarana
 Pembinaan depot kontena darat.
 Pembangunan bandar Padang Besar di sempadan Perlis-Thailand.
 Pusat penyelidikan Sime Darby - tumpuan kepada pengeluaran buah-buahan iklim
dan bijih benih.
 Pulau Pinang sebagai hub pengangkutan serantau - perluasan lapangan terbang,
pelabuhan, sistem pengangkutan awam bersepadu, pusat kecemerlangan ekonomi
mikro dan pembangunan semula Georgetown.
 Pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang dari Batu Maung ke Batu Kawan sepanjang
24 km dengan kos RM2.7 bilion. Diharap kesan limpahan dan kesesakan sekarang
dan akan datang dapat diatasi.
 Dermaga kontena di Pelabuhan Pulau Pinang diperdalamkan.
 Tanah besar akan menjadi pusat pemprosesan makanan termasuk hub halal.
 Pembangunan pelancongan antarabangsa, perubatan dan kesihatan di pulau Langkawi
 Taman Teknologi Tinggi Kulim dikembangkan menjadi taman perindustrian utama.
 Pembinaan jalan raya pesisir pantai barat.
 Penekanan kepada akuakultur selain padi.
 Sistem perparitan, tali air dan tebatan banjir di Pulau Pinang dan Kedah.
 Lebuhraya Timur-Barat antara Grik ke Jeli dinaik taraf.
 Selama - kluster penternakan moden.
 peluasan kluster elektrik dan elektronik ke Taiping, Perak.
 Eko-pelancongan di Royal Belum dan Grik.
 Ladang herba dan bio-teknologi di Grik.
 Industri kraf tangan untuk pelancong mewah.
 Pembabitan Perniagaan dan Sederhana (PKS) dalam perniagaan makanan berskala
komersil.

Zon pembangunan

NCER akan terbahagi kepada 5 zon iaitu :

1. Koridor pulau
2. Koridor pesisiran pantai
3. Koridor tengah
4. Koridor pedalaman
5. Koridor Butterworth-Kulim-Baling-Pengkalan Hulu-Grik.

Koridor Pulau

Koridor Pulau yang dimaksudkan ialah Pulau Pinang dan Pulau Langkawi. Pulau Pinang
akan menyaksikan pembinaan terminal bersepadu, Penang Sentral dan pelancaran
perkhidmatan pengangkutan bas awam, RapidPenang.

 Lapangan terbang antarabangsa Bayan Lepas, Lapangan terbang Langkawi dan


pelabuhan laut akan dipromosi kepada aktiviti pelancongan dan pengedaran
perkhidmatan. Pelancongan perubatan akan dimantapkan terutama untuk kerjasama
IMT-GT dan rantau lain di dunia.

 Universiti Sains Malaysia akan memainkan peranan sebagai pusat pendidikan mikro
dan aktiviti pembuatan E&E.

 Pulau Pinang dan Seberang Prai akan kekal sebagai pemacu logistik utama Koridor
Utara. Perkhidmatan pergi-balik dari Seberang Prai ke Pulau Pinang dapat
dipertingkatkan dengan pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Koridor Pesisiran Pantai

Koridor Pesisiran Pantai meliputi pintu masuk Padang Besar di Perlis, Arau, Sintok, Kuala
Muda dan Kuala Kedah, Yan, Butterworth, Nibong Tebal, Simpang Empat dan Bagan Serai
di Perak.

 Bandar-bandar Kuala Muda dan Kuala Kedah akan menumpukan perhatian kepada
perikanan, terutama sekali perikanan laut dalam dan aktiviti pemprosesan makanan
laut. Pelancongan pesisiran pantai dan aktiviti-aktiviti akuakultur laut akan
ditonjolkan di kampung nelayan dan bandar yang lebih kecil.
 Bandar Yan akan digunakan sebagai kompleks petrokimia untuk Koridor Utara.
Rancangan awal adalah untuk membina kilang penapis petroleum dan kemudahan
simpanan di kawasan tersebut. Ke arah selatan, Butterworth mengambil peranan
sebagai pintu masuk logistik perkapalan utama untuk ke Koridor Utara.
 Koridor ini mengunjur melalui Nibong Tebal, Simpang Empat dan Bagan Serai yang
pada umumnya merupakan pusat-pusat berasaskan pertanian.

Koridor Tengah

Koridor Tengah termasuklah Lebuh raya Utara-Selatan dari Bukit Kayu Hitam hinggalah ke
Ipoh di Perak.

 Ciri utama Koridor Tengah ialah Lebuh Raya Utara-Selatan iaitu lebuh raya yang
merentasi dari bandaraya Ipoh di selatan ke Bukit Kayu Hitam di utara iaitu sebuah
pekan yang berkongsi sempadan dengan selatan Thailand. Aktiviti utama adalah
koridor pembuatan dari Butterworth/Kulim ke Gurun.

 Sub-sektor E&E dan pemasangan automotif kekal sebagai aktiviti-aktiviti pembuatan


di zon ini. Kamunting merupakan satu lagi kelompok perusahaan terutamanya untuk
perniagaan Industri Kecil Sederhana (IKS) yang terlibat dalam membekalkan
syarikat-syarikat E&E atau perniagaan tani hiliran.

 Koridor Tengah dijangka akan diperkukuhkan dengan cadangan projek landasan


kereta api berkembar dan perkhidmatan komuter serta pelebaran jalan di beberapa
kawasan menghala ke pelabuhan dan lapangan terbang.

 Pertanian akan menjadi aktiviti utama yang akan dipromosikan di sekitar Lebuh Raya
Utara-Selatan terutama sekali ke arah kawasan pedalaman. Estet-estet industri yang
kurang digunakan akan ditukar menjadi taman-taman pertanian bagi produk-produk
premium seperti pengeluaran ikan hiasan, florikultur, pengeluaran benih yang
diperakui dan kelompok-kelompok pemprosesan makanan.

Koridor Pedalaman

 Koridor Pedalaman bermula dari Kota Putra dan berakhir di Kuala Kangsar. Aktiviti-
aktiviti utama adalah pertanian yang meliputi tanaman komersil (getah dan kelapa
sawit), estet-estet buah-buahan dan penternakan haiwan.

 Koridor ini akan menganjurkan zon pengeluaran makanan berasaskan kepada lanskap
pertaniannya yang bersesuaian.

 Sebahagian besar kawasan ini merupakan hutan asli yang kritikal untuk keperluan
kawasan air tawar Koridor Utara. Kawasan ini akan dipelihara dan dipromosikan
sebagai tarikan eko-pelancongan.

 Koridor Pedalaman juga menjadi pintu masuk kedua ke selatan Thailand, terutama
sekali Pengkalan Hulu.

 Aktiviti-aktiviti pelancongan akan dipromosikan di sini dan di sepanjang tanah tinggi


di Tasik Pedu. Ini akan diperkukuhkan dengan pelurusan, pelebaran dan pembinaan
lebuh raya pedalaman Trans-Kedah.

 Kerja-kerja peluasan jalan yang menghubungkan Grik-Jeli merupakan satu lagi


langkah strategik yang penting dalam pengembangan perdagangan dengan Kelantan
dan Koridor Timur.
 Dirancangkan bahawa jalan perhubungan akan pada mulanya dinaik taraf, diikuti
dengan pembinaan landasan kereta api yang baru sebaik sahaja perkhidmatan lalu
lintas barangan dan perkhidmatan meningkat.

Koridor Butterworth-Kulim-Baling-Pengkalan Hulu Grik

 Koridor ini menghubungkan pusat logistik Butterworth kepada kelompok perusahaan


utama di Kulim.

 Dalam jangka masa yang panjang, koridor ini dijangka memainkan peranan penting
dalam pembukaan Koridor Kelantan dan Timur melalui pengukuhan jalan Grik-Jeli
dan/atau pembinaan landasan kereta api.

 Jalan-jalan besar Timur-Barat di sepanjang koridor ini akan dipertingkatkan untuk


memperbaiki hubungan Timur-Barat.

Zon makanan moden

Malaysia berhadapan dengan masalah import makanan yang besar sedangkan Malaysia
berpotensi menjadi pengeluar makanan dunia. Justeru itu NCER akan menjadi zon makanan
moden untuk Malaysia melalui pendekatan berfasa. Fasa itu ialah:

1. pelabur teras kemudahan (2007-2012)


2. mempercepat pertumbuhan serantau (2013-2020)
3. mewujudkan kepimpinan global (2021-2025).

Sasaran pengeluaran pertanian pada tahun 2012 nanti ialah NCER dapat:

1. Meningkatkan eksport pertanian daripada RM32 bilion kepada RM48 bilion


2. Hasil padi daripada empat tan setiap hektar tanah kepada 8.0 tan setiap hektar
3. Keuntungan purata setiap hektar tanah yang diusahakan (kecuali kelapa sawit) kepada
RM10,000 setiap hektar setahun
4. Jumlah tanah pertanian yang diusahakan daripada lebih kurang 800,000 hektar kepada
1.0 juta hektar; Sasaran sektor pembuatan:
5. NCER menjadi pusat elektronik berteknologi tinggi dan bernilai tambah seperti
fabrikasi wafer, reka bentuk cip, reka bentuk automasi, penyelidikan dan
pembangunan bahan atau pembungkusan.
6. Pelaburan dalam sektor perusahaan NCER daripada RM16.5 bilion pada tahun 2006
kepada RM24.3 bilion
7. Peratusan tenaga pekerja dalam sektor perusahaan yang terlibat dalam akitiviti nilai
tambah yang tinggi kepada 30 peratus
8. Meningkatkan nilai tambah sebagai peratusan pengeluaran perusahaan kepada 30
peratus.

 Pembangunan sepatutnya berteraskan arus pasaran dan perdagangan supaya kawasan


utara tidak ketinggalan dalam era globalisasi. Pemilik tanah dan petani menjadi petani
kontrak kepada syarikat swasta yang memajak tanah terbiar mereka. Fokus kepada
pengembangan sektor hiliran pertanian serta pertumbuhan industri kecil dan
sederhana (IKS) asas tani. Aktiviti mengumpul, memproses dan menjenama produk-
produk pertanian akan digalakkan untuk meningkatkan nilai tambah kepada sektor
pertanian.
 Pengurusan tanah padi secara estet akan membolehkan pengembangan industri-
industri hiliran padi seperti pembuatan produk makanan, minuman, kosmetik serta
farmaseutikal, malah hasil pengeluaran padi termasuk bahan buangan serat padi
mampu dijadikan produk yang bernilai.

 40% keluasan tanah di NCER atau 932,581 hektar akan diklasifikasikan untuk
pertanian termasuk 100,000 hektar tanah terbiar. 4.9% daripada tanah terbiar ini
berada di Pulau Pinang, Perlis (6.6%), Perak (27.8%) dan Kedah (60.7%).

Sasaran

1. 595,615 hektar akan digunakan bagi penanaman padi, tebu, kelapa sawit dan getah.
2. 167,598 hektar daripadanya akan ditanam dengan padi. Luasnya bersamaan dengan
64% daripada jumlah kawasan penanaman padi di Malaysia.
3. Pengeluaran padi daripada 3.0 -5.0 tan sehektar kepada 8.0 tan sehektar pada 2012
dan 9.0 - 10 tan sehektar pada 2020.
4. Sektor pertanian dijangka memberi sumbangan KDNK daripada 12% tahun 2007
kepada 15% menjelang 2012 nanti.
5. Penternakan anak ikan premium untuk makanan atau hiasan, pendalaman tali air dan
pengezonan kawasan persisiran pantai tertentu untuk penternakan ikan dan kerang di
dalam sangkar.
6. Eksport hasil pertanian asas dan hiliran yang termasuk buah-buahan segar, buah-
buahan diproses dan hasil daging disasarkan RM48 bilion menjelang 2012.
7. Sungai Petani, Tasik Gelugor dan Padang Besar akan dibangunkan sebagai ladang
ternakan premium dan pusat pemprosesan halal.
8. 110 hektar tanah di Perak dan Pulau Pinang dikhaskan bagi penanaman tanaman
hiasan dan bunga-bungaan.
9. 390,000 hektar tanah di NCER ditanam dengan kelapa sawit oleh syarikat
perladangan.
10. Kira-kira 20,000 hektar tanah ditanam dengan pokok getah oleh para pekebun kecil.

 Syarikat besar akan memajak sawah dan tanah pertanian terbiar untuk diusahakan
secara giat dan produktif sebagaimana di Jepun dan Korea.

 Penerangan dan maklumat akan disalurkan kepada petani, nelayan, guru, anggota
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), imam dan semua
golongan supaya mereka dapat mempersiapkan diri menghadapi perubahan cara
hidup.

 Rakyat bertukar corak dan masa bekerja dari hanya empat jam sehari kepada lapan
jam. Remaja seawal 15 tahun ke atas dilatih menyertai sektor pertanian moden dan
mestilah mengangggap pertanian adalah juga perniagaan yang menguntungkan dan
menjanjikan pendapatan yang lumayan.

Perbandingan dengan WPI

Sebelum ini Abdullah Ahmad Badawi telah melancarkan Wilayah Pembangunan Iskandar
(WPI) yang membabitkan kawasan Johor Bahru, Skudai dan sekitarnya.

 WPI membabitkan hanya satu negeri sedangkan Koridor Utara membabitkan 4 buah
negeri.
 Lembaga Pembangunan Wilayah Iskandar (LPWI) bertindak sebagai pihak berkuasa
dan pusat sehenti. Tetapi NCIA sebagai pembangun ekonomi dan sosial.
 WPI menarik pelabur asing dan syarikat besar terutama Singapura dan Hong Kong
untuk menjadi hub kewangan dan perkhidmatan menyerupai Hong Kong - Shenzhen.
Tetapi Koridor Utara menumpukan kepada pelabur tempatan dengan tumpuan kepada
pertanian dan prasarana. Kontraktor tempatan, syarikat tempatan dan pelabur
tempatan akan membina sistem saliran, lebuh raya utama dan prasarana lain.
 Pelabur asing ditugaskan untuk pembangunan elektrik dan elektronik serta hotel
pelancongan.
 Jalan raya dan tali air ditaik taraf dan diberi tugas kepada kontraktor kelas F, kelas A
dan kelas B.

Komitmen

 Semua peringkat harus bekerjasama dan mengurangkan karenah birokrasi dan


politiking tidak kira di peringkat kerajaan persekutuan, kerajaan negeri mahupun
masyarakat tani di jelapang padi tersebut.
 Perubahan berfikir (mental block) dari pertanian lama kepada usahawan tani. *
Pengurusan ala estet, skil tinggi dan skala antarabangsa.
 Menjelang 2020, hampir 500,000 peluang pekerjaan dapat dijana.
 Sebarang polemik dari parti politik akan menjejaskan kejayaan NCER ini.
Iskandar Malaysia
Iskandar Malaysia, dahulunya Wilayah Pembangunan Iskandar (Iskandar Development
Region) merupakan koridor pembangunan yang dilaksanakan di bahagian selatan Johor.
Koridor ini juga dikenali sebagai South Johor Economic Region (SJER) atau Pembangunan
Wilayah Ekonomi Selatan Johor.

Latar belakang

Koridor ini diumumkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Abdullah Ahmad
Badawi pada 30 Julai 2006. Koridor ini telah bertukar nama kepada Wilayah Pembangunan
Iskandar (WPI) pada 4 November 2006 bersempena nama Sultan Johor, Almarhum Sultan
Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail. Namanya ditukar lagi menjadi Iskandar Malaysia
pada 11 April 2008.[1]

Tempoh pembangunan kawasan ini adalah sehingga tahun 2025 dan memerlukan kos lebih
RM47 bilion untuk menjana pertumbuhan ekonomi sebanyak lapan peratus dalam tempoh
lima tahun yang pertama.

Iskandar Malaysia juga akan menjadi sebuah pusat pertumbuhan yang terbesar di rantau ini.
Apabila ia siap kelak, keseluruhan kawasan pembangunan dikatakan menyamai 2 setengah
kali ganda keluasan Singapura. Khazanah Nasional Berhad akan memainkan peranan utama
dalam merealisasikan wawasan itu.

Kewujudan wilayah pertumbuhan seluas 2,217 kilometer persegi itu diyakini mampu menarik
firma besar bertaraf antarabangsa menjalankan perniagaan di situ.

Pelan pembangunan

Logo rasmi Iskandar Malaysia

Logo lama Wilayah Pembangunan Iskandar

Pembangunan itu merangkumi lokasi segi tiga di antara Lapangan Terbang Antarabangsa
Senai di utara, Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di barat daya dan Pelabuhan Pasir Gudang
(PPG) di tenggara.

Syarikat milik kerajaan (GLC) seperti Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja (KWSP) akan membuat pelaburan tambahan sebanyak RM3.4 bilion lagi dengan
melaksanakan beberapa projek strategik melalui Perbadanan Pelaburan Johor Selatan (SJIC).

Berdasarkan pelan pembangunannya, dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang,


kawasan pertumbuhan ekonomi itu dijangka begitu pesat melalui kepelbagaian bidang.
Antaranya ialah bidang elektrik dan elektronik, petrokimia dan oleokimia, pemprosesan
makanan dan pertanian, perkhidmatan logistik serta pelancongan di samping perubatan dan
kesihatan, pendidikan, kewangan serta industri kreatif.

Keunikan Iskandar Malaysia juga dilihat berdasarkan pembangunan sedia ada seperti
pembangunan bandar pesisir pantai Teluk Danga, Iskandar Puteri, kawasan perindustrian
Pasir Gudang dan Kompleks Kastam, Kuarantin dan Imigresen (CIQ) dengan projek-projek
pembangunan yang baru. Projek Pembangunan Iskandar Puteri, sebuah bandar bertaraf dunia
terbesar di Asia Tenggara juga termasuk dalam wilayah pembangunan ini.
Koridor Pembangunan Sabah
Koridor Pembangunan Sabah (SDC) telah dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri
Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Pelabuhan Kontena, Teluk Sepangar, Kota
Kinabalu, Sabah, Malaysia pada hari Rabu, 29 Januari 2008.

Tempoh pelaksanaan SDC ialah dari 2008-2025 meliputi seluruh kawasan dan penduduk
Sabah. 900,000 peluang pekerjaan akan diwujudkan jika berjalan dengan lancar.

Pelaburan asing

Serentak dengan perasmian pelan tindakan SDC itu, 13 memorandum persefahaman (MOU)
telah ditandatangani. Antaranya dengan syarikat dari China, Jepun dan Amerika Syarikat.

Projek infrastruktur

Antara projek yang aka dilaksanakan dalam SDC ialah:

 Pembangunan dan promosi pasaran MICE (mesyuarat, insentif, konvensyen dan


pameran)
 Pembinaan stesen pusat kereta api
 Penubuhan kemudahan pukal dalam kelompok perindustrian minyak sawit di Lahad
Datu
 Pembangunan tebingan Kota Kinabalu
 Penubuhan kemudahan pendaratan ikan moden di Tawau, Lahad Datu dan Sandakan.

Projek pelancongan

 Pembangunan ekopelancongan dan kesihatan/perubatan


 Pembinaan kondominium mewah dan hotel lima dan enam bintang
 Pembangunan pusat-pusat pelancongan.

Hutan Simpan Ulu Segama

Hutan Simpan Ulu Segama akan dimajukan sebagai kawasan eko pelancongan moden. Sime
Darby Berhad akan menyumbang RM25 juta bagi tempoh 10 tahun bagi pemeliharaan dan
pemuliharaan Hutan Simpan Ulu Segama. 4500 spesies orang utan di situ akan lebih terjamin
daripada pupus dan dapat menarik pelanccong tempatan dan asing. Sime Darby yang
bertumpu kepada perladangan kelapa sawit akan memulihkan 160,000 hektar hutan di Ulu
Segama. [1]

Hasil pelancongan akan meningkat kepada RM48.5 bilion menjelang 2025 daripada hanya
RM2.88 bilion pada 2006.

Sektor pembuatan

 Projek kelompok perindustrian minyak sawit (Sawit POIC). Sawit Kinabalu akan
lebih ekonomikal jika bergabung dengan Sime Darby Plantation Sdn Bhd untuk
melaksanakan projek Sawit POIC.

 Pengeluaran minyak jatropha (jarak) bagi bahan bakar biodiesel. Lembaga


Pembangunan Tanah Sabah (SLDB), Nihon Biotech Inch dari Jepun, Kelana Stabil
Sdn Bhd dan TKM Resources Sdn Bhd akan mengeluarkankan minyak jarak yang
akan dieksport ke Jepun, AS dan Korea Selatan.

228,708 pekerjaan menjelang 2025 akan diwujudkan. Kini hanya 135,000 orang bekerja
dalam sektor pembuatan.

Sektor pertanian

 Projek agropelancongan, pembangunan akuakultur di Teluk Darvell, Lahad Datu dan


penyelidikan dan pembangunan pokok jarak.

Keluaran negara kasar akan neningkat kepada RM17 bilion menjelang 2025 daripada RM4.1
bilion pada tahun 2005.

You might also like