You are on page 1of 11

Potensi Kawasan Pinggir Laut

1. Pusat perikanan

(a) Kawasan pantai yang panjang menggalakkan sektor


perikanan.

(b) Kawasan yang panjang dan berteluk sesuai


dijadikan kawasan
pembiakan ikan, perkampungan nelayan, dan pelabuhan
perikanan.
(c) Kawasan pantai mempunyai banyak pusat perikanan

Contohnya di Mersing, Batu Maung, Kudat, Mukah, Oya, Pulau


Ketam dan Pulau Paangkor.

2. Pusat pelancongan

(a) Kawasan pantainya yang berpasir dan indah menggalakkan


pelancongan.

(b) Pemandangan pulau yang indah dan menghijau.

(c) Air lautnya bersih dan kaya dengan terumbu karang serta
hidupan laut yang unik lagi menarik. Contohnya di Pantai
Cahaya Bulan, Pantai Teluk Cempedak, Port Dickson, Pulau
Tioman, Pulau Langkawi, Pulau Kapas, Pulau Redang dan
Pantai Morib.

3. Tapak pelabuhan

(a) Kawasan pantai yang berteluk sesuai dijadikan tapak


pelabuhan kerana terlindung dan airnya dalam. Contohnya di
pelabuhan Pulau Pinang, Pelabuhan Klang, Pelabuhan Tanjung
Pelepas dan Pelabuhan Kuantan.

Pinggir laut
1. Malaysia dikelilingi oleh Laut China Selatan, Selat Melaka, Laut Sulawesi, dan Laut Sulu
yang
terletak kerana terletak di Pentas Sunda.
2. Semua negeri di Malaysia mempunyai kawasan pinggir laut kecuali Putrajaya dan Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur.
3. Malaysia mempunyai pinggir laut yang panjang, iaitu kira-kira 4 800 km dan mempunyai
pelbagai ciri bentuk muka bumi pinggir pantai.

KEPENTINGAN PINGGIR LAUT:

PANTAI BERPASIR
- kawasan pelancongan dan perkelahan
- kawasan penanaman kelapa
- Contoh:
Port Dickson, Negeri Sembilan
Pantai Cahaya Bulan, Kelantan
Batu Ferringhi, Pulau Pinang

PANTAI BERLUMPUR
- membekalkan sumber kayu bakau
- tempat pembiakan hidupan laut
- Contoh:
sekitar muara Sungai Perak, Perak
Muara Sungai Rajang, Sarawak

PULAU
- kawasan pelancongan
- pelabuhan perikanan
- pelabuhan antarabangsa
- Contoh:
Pulau Langkawi, Kedah
Pulau Tioman, Pahang
Pulau Redang, Terengganu
Pulau Gaya, Sabah

TANJUNG
- kawasan rekreasi dan pelanconan
-Contoh:
Tanjung Bidara, Melaka
Tanjung Dawai, Kedah
Tanjung Datu, Sarawak

TELUK
- petempatan nelayan
- tapak pelabuhan
- kawasan perikanan
- kawasan perkelahan
-Contoh:
Teluk Kemang, Negeri Sembilan
Teluk Ramunia, Johor
Teluk Kimanis, Sabah

TEBING TINGGI
- kawasan rekreasi dan pelancongan
- tapak rumah api
-Contoh:
Tebing Tinggi Kudat, Sabah
Tebing Tinggi Tanjung Bungah, Pulau Pinang

PENTAS BENUA
- kawasan perikanan
- kawasan perlombongan petroleum dan gas asli
- Contoh:
Kawasan pinggir laut di pantai timur Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak
POTENSI DAN HALANGAN BENTUK MUKA BUMI TERHADAP
KEGIATAN MANUSIA

Potensi Bentuk Muka Bumi di Malaysia

1. Tanah Tinggi

- Tanah tinggi di Malaysia berpotensi sebagai


a) Pusat peranginan / pelancongan
i. kawasan tanah tinggi yang indah dengan pemandangan dan udara yang segar
sesuai dibangunkan sebagai pusat peranginan atau pelancongan.
ii. Contoh kawasan tanah tinggi yang menjadi pusat pelancongan ialah Tanah
Tinggi Cameron, Tanah Tinggi Genting, Bukit Larut, Bukit Bendera
dan Gunung Kinabalu.
iii. Gua batu kapur yang indah juga dimajukan sebagai pusat pelancongan.
Misalnya, Gua Niah (Sarawak), Gua Mulu (Sarawak), Gua Sam Poh
(Perak) dan Batu Caves (Selangor).
iv. Kawasan tanah tinggi yang dimajukan sebagai pusat peranginan
dapat menambahkan peluang pekerjaan dalam bidang perhotelan, agensi
pelancongan dan perniagaan cenderahati.

b) Kawasan tadahan
i. kawasan tadahan merupakan kawasan tanah tinggi yang menjadi punca sungai
kerana menerima hujan yang lebat.
ii. Contoh sungai yang berpunca dari kawasan tanah tinggi di Malaysia ialah Sungai
Pahang (Banjaran Titiwangsa), Sungai Perak (Banjaran Bintang),
Sungai Kinabatangan (Banjaran Brassey) dan Sungai Rajang
(Banjaran Iran).
iii. Kawasan tanah tinggi penting dalam menjamin sumber bekalan air untuk
kegiatan domestic, pertanian, perindustrian dan perlombongan.

c) Kawasan penjanaan kuasa hidroelektrik


i. kawasan tanah tinggi yang disaliri oleh sungai yang deras dapat dimajukan
untuk menjana kuasa hidroelektrik.
ii. Antara empangan yang dibina di kawasan tanah tinggi untuk menjana kuasa
hidroelektrik di negara kita ialah Empangan Temenggor, Empangan
Chenderoh, Empangan Kenyir dan Empangan Batang Ai.
iii. Penjanaan kuasa hidroelektrik menjamin sumber bekalan kuasa ke rumah,
pejabat dan kilang dalam negara.

d) Kawasan penanaman tanaman hawa sederhana


i. kawasan tanah tinggi di Malaysia sesuai untuk penanaman hawa sederhana
kerana kawasan tersebut mempunyai cerun bukit yang landai dan
bersaliran baik serta mengalami iklim sederhana dengan min suhu
18oC.
ii. kawasan Tanah Tinggi yang ditanam dengan tanaman hawa sederhana di
Malaysia ialah Tanah Tinggi Cameron dan Tanah Tinggi Kundasang.
iii. Tanaman-tanaman utama yangh ditanam adalah teh, sayur-sayuran, buah-
buahan dan bunga-bungaan.

2. Tanah Pamah

- Tanah pamah di Malaysia berpotensi sebagai kawasan


a) Pertanian
i. kawasan dataran yang rendah dan ditimbuni tanih aluvium sesuai untuk
penanaman padi.
ii. Kawasan tanah pamah yang ditanami dengan padi di Malaysia ialah Dataran
Kedah-Perlis, Dataran Kelantan dan Delta Rajang.
iii. Kawasan kaki bukit yang landai dan beralun pula menggalakkan penanaman
getah dan kelapa sawit.
iv. Kawasan kaki bukit yang merupakan kawasan penanaman getah dan kelapa sawit
di Malaysia ialah di Pantai barat Semenanjung Malaysia, Dataran Johor dan Pantai
barat Sarawak.

b) Perlombongan / Perindustrian
i. kawasan tanah pamah juga sesuai untuk kegiatan perlombongan.
ii. Kawasan tanah pamah yang kaya dengan mineral ialah Lembah Kinta dan Kuala
Langat (bijih timah), Mamut (kuprum), Teluk Ramunia (bauksit) dan Lubuk
Mandi dan Bau (emas).
iii. Kawasan tanah pamah juga sesuai untuk dimajukan sebagai tapak perindustrian.
iv. Kawasan perindustrian ynag terletak di kawasan tanah pamah adalah seperrti
Lembah Klang, Peri, Bintulu, Bayan Lepas dan Inanam.

c) Pengangkutan
i. kawasan tanah pamah memudahkan pembinaan jalinan pengangkutan.
ii. Kemudahan pengangkutan seperti jalan raya dan jalan kereta api mudah dibina di
kawasan tanah pamah kerana:
tidak perlu meratakan tanah tinggi
tidak perlu menebus guna kawasan paya
tidak perlu membina jambatan

d) Petempatan dan Bandar Utama


i. Kawasan tanah pamah penting sebagai kawasan petempatan kerana kebanyakan
kegiatan ekonomi bertumpu di kawasan tanah pamah.
ii. Bandar-bandar utama dalam negara juga bertumpu di kawasan tanah pamah
seperti Kuala Lumpur, Melaka, Johor Bahru, Kelantan, Kuching dan
Kota Kinabalu.

3. Pinggir Laut

- Kawasan pinggir laut di Malaysia berpotensi sebagai kawasan


a) Pusat Perikanan
i. Kawasan pinggir laut yang berteluk dan terlindung sesuai dibangunkan sebagai
tapak pelabuhan perikanan, tapak kampong nelayan dan kawasan perikanan.
ii. Contoh tapak dan kawasan perikanan di Malaysia ialah Kuala Besut, Kemaman,
Pulau Ketam, Mersing, Oya, Tawau dan Mukah.
iii. Pembangunan kawasan pinggir laut sebagai pusat perikanan dapat
Menyediakan peluang pekerjaan
Menambahkan bekalan makanan protein tempatan
Menambahkan eksport ikan
Menggalakkan industri sampingan seperti membuat keropok ikan, membuat jala
dan jaring serta kapal menangkap ikan dan industri memproses dan mengetin
ikan.

b) Tapak Pelabuhan
i. Kawasan pinggir laut yang panjang dan berteluk sesuai dimajukan sebagai tapak
pelabuhan.
ii. Kawasan pinggir laut yang dijadikan tapak pelabuhan di Malaysia ialah Pelabuhan
Pulau Pinang, pelabuhan Pasir Gudang dan pelabuhan Kuantan. Kawasan
pelabuhan di kawasan ini mempunyai air yang dalam dan terlindung daripada
angina kencang.

c) Pusat Pelancongan
i. Kawasan pinggir laut yang bersih dan berpasir sesuai dimajukan sebagai pusat
pelancongan.
ii. Contoh pusat pelancongan pinggir laut yang terkenal ialah Port Dickson, Teluk
Chempedak, Batu Feringghi dan Pantai Cahaya Abang.
iii. Selain itu, pulau-pulau yang terdapat di pinggir laut juga menjadi daya tarikan
pelancong seperti Pulau Langkawi, Pulau Tioman, Pulau Redang, Pulau Kapas dan
Pulau Gaya.

4. Saliran

- Sistem saliran di Malaysia penting sebagai kawasan


a) Tapak tamadun dan pusat perdagangan awal
i. Lembah dan muara sungai yang luas sesuai dijadikan sebagai tapak tamadun dan
pusat perdagangan awal seperti kuala Sungai Muda di Kedah, muara
Sungai Melaka di Melaka dan lembah Sungai Kinta di Perak.
ii. Pembangunan tapak tamadun dan pusat perdagangan awal di muara sungai telah
menggalakkan perkembangan bandar-bandar utama dan menggalakkan
perdagangan antarabangsa.

b) Sumber tenaga dan bekalan air


i. Empangan dibina di peringkat hulu sungai yang beraliran deras untuk menjana
kuasa hidroelektrik dan membekalkan sumber air untuk kegunaan domestik.
ii. Contoh empangan yang menjana kuasa hidroelektrik ialah Empangan Chenderoh,
Empangan Temnggor, Empangan Kenyir dan Empangan Batang Ai.

c) Kawasan pertanian
i. Sungai di Malaysia memendapkan kelodak dan membentuk dataran aluvium yang
subur untuk pertanian. Contohnya di Dataran Kedah di Sungai Kedah, Dataran
Kelantan di Sungai Kelantan dan Delta Rajang di Sungai Rajang.
ii. Sungai juga dijadikan sumber pengairan untuk penanaman padi. Contoh
rancangan pengairan di Malaysia ialah Projek Pengairan Muda, Projek Pengairan
Kemubu dan Projek Pengairan Tanjung Karang.

d) Jalan Pengangkutan
i. Kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak menggunakan sungai sebagai jalan
pengangkutan. Sungai yang sering digunakan sebagai jalan pengangkutan di
Malaysia ialah Sungai Rajang (Sarawak) dan Sungai Kinabatangan (Sarawak).
ii. Sungai juga membantu dalam menghanyutkan kayu balak dari kawasan
pedalaman ke kilang. Contohnya ialah Sungai Kinabatangan.

e) Kawasan pelancongan
i. Sungai juga menjadi kawasan pelancongan, rekreasi dan perkelahan.
ii. Contohnya ialah Air Terjun Kota Tinggi di Johor dan Air Terjun Sekayu di
Terengganu.

f) Kawasan perikanan
i. Sungai dan tasik di Malaysia merupakan sumber ikan air tawar.
ii. Contohnya Sungai Endau, Sungai Juru, Sungai Bera dan Sungai Kenyir.

g) Sempadan semula jadi


i. Sungai juga dijadikan sempadan antarabangsa dan sempadan negeri.
ii. Sungai Golok di Kelantan memisahkan Negara kita dengan Thailand manakala
Sungai Muda memisahkan negeri Kedah dengan Pulau Pinang.
iii. Sungai Bernam memisahkan negeri Perak dengan negeri Selangor manakala
Sungai Endau memisahkan negeri Pahang dengan Johor.

POTENSI KAWASAN PINGGIR LAUT KEPADA KEGIATAN


MANUSIA.

Kawasan pinggir laut berpotensi dimajukan sebagai:

1. Pusat Pelancongan

Kawasan pinggir pantai berpasir, air yangjernih


serta kaya dengan pelbagai spesies hidupan dan
tumbuhan laut menjadi tumpuan pelancong ketika
bercuti.

Antara kawasan pinggir pantai yang terkenal


sebagai pusat pelancongan ialah Pantai Cahaya
Bulan (Kelantan), Pantai Cerating dan Pantai
Teluk Cempedak (Pahang), Port Dickson (Negeri
Sembilan) dan Batu Feringgi (Pulau Pinang).
Pulau-pulau seperti Pulau Perhentian
(Terengganu), Pulau Tioman (Pahang) dan Pulau
Langkawi yang mempunyai taman laut yang cantik
juga menarik pelancong ke Malaysia.

2. Pusat Perikanan

Kawasan pinggir pantai telah menyediakan peluang


pekerjaan terutamanya kepada penduduk yang
tinggal di pinggir laut. Pekerjaan sebagai
nelayan merupakan pekerjaan tradisi yang
diwarisi sejak turun-temurun. Oleh itu banyak
perkampungan nelayan di sepanjang pinggir pantai
di Malaysia.

Antaranya ialah Bachok dan Tumpat di Kelantan;


Kuala Besut dan Kuala Kemaman di Terengganu;
Pulau Ketam dan Kuala Selangor di Selangor.

3. Pusat Pelabuhan

Kawasan pinggir laut yang terlindung dari tiupan


angin kencang menjadi lokasi yang paling sesuai
untuk mendirikan pelabuhan. Contohnya Pelabuhan
Klang di Selangor, Pelabuhan Pasir Gudang dan
Tanjung Pelepas di Johor serta Pelabuhan Kuantan
di Pahang.Kewujudan pelabuhan ini telah membantu
memperkembangkan lagi aktiviti perdagangan,
iaitu urusan eksport dan import.

4. Pusat Perlombongan

Kawasan perairan laut yang kaya dengan mineral


petroleum dan gas asli seperti di perairan Laut
China Selatan di negeri Terengganu dan Sarawak
menyebabkan kawasan pinggir lautnya berpotensi
dibangunkan dengan kegiatan perlombongan. Malah
wujud kegiatan perindustrian petrokimia di
bandar-bandar baru seperti Kertih (Terengganu),
Miri dan Lutong serta Bintulu (Sarawak).

5. Kawasan Perumahan

Lazimnya kawasan pinggir pantai/laut menjadi


pilihan golongan elit untuk membina perumahan
kos tinggi yang terdiri daripada rumah bungalow
dan kondominium mewah. Hotel mewah juga
didirikan di kawasan pinggir pantai yang
bertujuan menarik pelancong.

impak aktiviti manusia di kawasan pinggir pantai


Tajuk : IMPAK AKTIVITI MANUSIA TERHADAP PERSEKITARAN FIZIKAL PINGGIR PANTAI.
Pendahuluan
Pinggir Pantai merupakan zon yang terletak di antara tikas air pasang dengan tikas air surut ombak.
Pantai merupakan satu jalur linear daratan yang terdiri daripada timbunan bahan mendak yang peroi
seperti pasir, kulit kerang dan siput, lumpur dan kelodak yang berasal dari laut dan sungai.
Ekosistem terbentuk daripada semua unsur hidupan dan persekitaran fizikalnya yang saling berinteraksi
sesama sendiri melalui aliran tenaga dan persekitaran bahan (Ismail 1989).
Menurut jamaludin Md jahi tahun 2009 menyatakan pinggir pantai adalah Kawasan atau zon
pertembungan diantara daratan, laut dan udara (atmosfera). Selain itu, pinggir pantai juga dapat
didefinisikan sebagai satu kawasan jaluran daratan dan kawasan laut yang berada bersebelahan dengannya
yang saling bergantungan antara satu sama lain (Jamaludin Md Jahi, 2009). Secara khususnya pantai
merupakan satu jalur linear daratan yang terdiri daripada timbunan bahan mendak yang peroi seperti pasir,
kulit-kulit kerang dan siput, lumpur dan kelodak yang berasal dari laut dan sungai.
Zon pinggir pantai merupakan suatu tempat yang sungguh menarik dan cantik untuk dikunjungi, namun
di sebaliknya kawasan ini perlu dipelihara dan diurus dengan sebaik mungkin kerana ekosistemnya adalah
sangat sensitif dan rapuh sebagai contoh kawasan pinggir pantai di pantai timur semenanjung Malaysia
seperti di teluk cempedak ,pantai cahaya bulan dan pantai batu buruk .
Zon pinggir pantai juga merupakan tempat pertemuan antara air laut dan daratan serta mempunyai
kesesuaian untuk pelbagai hidupan menghuni di kawasan ini dan kawasan ini juga mempunyai ekosistem
yang dinamik dan tersendiri seperti di negeri selangor iaitu di kampung kuantan yang terkenal dengan
kelip-kelip di kawsan muara sungai. Selain itu disebabkan beberapa faktor tarikan seperti sumber
pendapatan, tempat perniagaan, perdagangan, penempatan dan sebagainya, menyebabkan kawasan ini
mengalami konflik dengan persekitarannya disebabkan oleh aktiviti manusia yang tertumpu di kawasan ini.
Aktiviti manusia di kawasan pinggir pantai.
Pembangunan
Kepesatan pembangunan pelancongan telah mendedahkan zon pinggir pantai kepada agen-agen
geomorfologi secara berterusan terutama sekali di peringkat awal kerja-kerja pembinaan hotel, resort,
chalet dan sebagainya. Ini disebabkan oleh penebangan pokok-pokok pelindung pantai bagi tujuan
membina pelbagai bangunan yang berkaitan.
Menurut Hasni (2001) lagi, dalam perancangan pembangunan di sesuatu kawasan seperti sebuah bandar
baru, maklumat lengkap mengenai semua aspek seperti jenis dan penggunaan tanah, kemudahan awam
yang telah tersedia, sempadan tanah serta sifat populasi. Penggunaan instrument perancangan alam
sekitar seperti penilaian impak alam sekitar (EIA), mampu menilai dan mengurangkan impak akibat aktiviti
pembangunan terutama di kawasan persisir pantai. Kepesatan pembangunan di kawasan pinggir pantai
perlu dinilai supaya tidak memberi kesan kepada ekosistem.
Perlombongan pasir laut
Aktiviti perlombongan pasir laut merupakan aktiviti yang dilakukan untuk meningkatkan kedalaman dasar
laut serta meningkatkan kecuraman dasar laut . aktiviti mendalamkan kecerunan kedalaman akan
menyebabkan terbentuknya ombak besar yang boleh memusnahkan morfologi pinggir pantai.

Perindustrian
Minyak yang tertumpah ke laut menghalang kemasukan udara ke dalam air laut . Jadi tumbuh-
tumbuhan dan haiwan-haiwan yang hidup dalam laut tidak dapat bernafas dan akan mati . Sampah-sarap
yang terkumpul dan lumpur yang termendap menghalang kemasukan sinaran matahari ke dalam air
. sebagai contoh kawasan perindustrian di pinggir pantai adalah kawasan perindustrian di gebeng Kuantan.
Pantai-pantai yang dipenuhi dengan sampah-sarap tidak indah dipandang malah air laut juga berbau busuk.
Kawasan pinggir pantai yang sesuai dijadikan sebagai kawasan perindustrian kerana berdekatan
dengan kawasan pelabuhan . proses pengangkutan menjadi semakin mudah kerana jarak kawasan adalah
dekat sebagai contoh kawasan perindustrian di kawasan gebeng , kuantan pahang darul makmur.
Penebangan hutan bakau
Penebangan hutan bakau yang tidak terkawal pasti akan mendatangkan kesan buruk kepada ekosistem
bumi kita. Jika tiada usaha penanaman semula dilakukan, maka kita pasti akan terdedah dengan kejadian
buruk seperti tsunami.
Penggunaan kayu bakau dalam industri pembinaan. Kayu bakau digunakan sebagai cerucuk dalam aktiviti
pembinaan.
Petempatan
Aktiviti petempatan di kawasan pinggir pantai telah menyebabkan kawasan pinggir pantai terdedah
dengan masalah pencemaran berpunca dari aktiviti pembuangan sampah. Penebangan hutan bakau bagi
tujuan kawasan pembinaan penempatan turut menjadi punca kepada masalah hakisan.
Kawasan pinggir pantai juga dijadikan sebagai kawasan pertempatan bagi penduduk . sebagai contoh
kawasan pertempatan di kawasan kampung ice box di tawau. Kawasan pinggir pantai dijadikan sebagai
kawasan pertempatan masyarakat setempat.
Perikanan akuakultur
Pembinaan kolam-kolam akuakultur- kerja-kerja pembersihan dan penebangan hutan paya bakau di
pinggir pantai-menjejaskan ekosistem kawasan tersebut seperti ketam nipah, ikan tembakul, lokan,
dan kerang malah turut membawa kepada masalah hakisan.
Aktiviti perikanan akuakultur dijalankan sebagai salah satu sumber ekonomi masyarakat. Sebagai
contoh kawasan perikanan akuakultur di kawasan semporna ,sabah.

You might also like