You are on page 1of 1

3. Nyatakan ciri-ciri pertanian ladang di negara kita.

Ciri lokasi iaitu pertanian ladang di Malaysia biasanya terdapat di kawasan luar bandar
terutama di kawasan berbukit dan tanah beralun yang sesuai ditanam dengan tanaman kelapa
sawit, getah dan koko terutamanya di negeri Johor, Pahang, Perak dan Sabah yang
mempunyai kawasan yang luas dan sesuai untuk aktiviti pertanian yang dilaksanakan. Jadi,
ciri lokasi pertanian ladang ialah di kawasan luar bandar.

Ciri skala tani. Pertanian ladang biasanya ditanam dalam bentuk ladang besar atau estet iaitu
melebihi 40 hektar yang dimiliki oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti seperti
FELDA, FELCRA dan syarikat swasta seperti GUTHRIE, LEMBAGA URUSAN TABUNG
HAJI dan SIME DARBY Keluasan pertanian ladang boleh mencecah ribu hektar dan
biasanya ditanam dengan tanaman kelapa sawit ataupun getah. Jadi, ciri skala tani pertanian
ladang ialah melebihi 40 hektar.

Ciri pemilikan dan modal. Modal bagi syarikat besar atau swasta diperoleh melalui pinjaman
bank swasta komersial. Sementara, FELDA dan FELCRA modal dilabur melalui pinjaman
dari bank tempatan dan kerajaan. Modal yang diperlukan untuk mengusahakan pertanian
ladang adalah sangat besar kerana memerlukan satu sistem pengurusan yang cekap dari
peringkat penanaman hinggalah ke peringkat pemasaran. Jadi, ciri pemilikan dan modal
pertanian ladang ialah dimiliki oleh syarikat besar dan modal besar.

Ciri orientasi pengeluaran. Hasil pengeluaran teh tanah tinggi dipasarkan di pasaran tempatan
dan juga untuk pasaran eksport. Begitu juga dengan tanaman kelapa sawit dan getah
kebanyakan orientasi pengeluarannya adalah untuk pasaran eksport dan pasaran
tempatan. Jadi, ciri orientasi pengeluaran pertanian ladang ialah pasaran tempatan dan
pasaran eksport.

Ciri teknologi. Kaedah pertanian yang dijalankan kebanyakannya telah menggunakan


teknologi moden untuk mendapatkan hasil semaksimum mungkin seperti penggunaan jentera,
baja kimia dan racun serangga. Penggunaan input moden ini telah dapat menambahkan hasil
pengeluaran yang banyak dan seterusnya memberi keuntungan kepada pengusaha. Jadi, ciri
teknologi pertanian ladang ialah penggunaan teknologi moden.

Ciri tenaga buruh. Ladang teh memerlukan tenaga buruh yang banyak dan biasanya
menggunakan tenaga buruh tempatan yang diupah. Begitu juga dengan ladang kelapa sawit
yang memerlukan tenaga buruh yang banyak dan tenaga buruh ini biasanya diupah kepada
penduduk tempatan dan warga asing khususnya dari Indonesia dan Bangladesh. Jadi, ciri
tenaga buruh pertanian ladang ialah buruh tempatan dan buruh asing yang ramai.

You might also like