You are on page 1of 64

1.

PEMBANGUNAN EKONOMI DAN IMPAK ALAM SEKITAR


Sektor-sektor Ekonomi
Primer
Ekonomi peringkat asas, hasil diperolehi secara langsung daripada alam sekitar, aktiviti mengeksploitasi sumber
alam semulajadi.
(a) PERTANIAN

Ciri-ciri Sistem Pertanian Pindah P. Sara Diri Giat P. Pekebun Kecil P. Ladang
Definisi Pertanian tradisional Pertanian berskala Pertanian jualan yang Pertanian
yang dijalankan secara kecil yg dijalankan diusahakan secara dijalankan secara
kecil-kecilan di secara giat di kawasan kecil-kecilan oleh besar-besaran
beberapa kawasan sempit. Hasil hanya individu/syarikat dengan teknik yg
terpencil dan di kawasan cukup untuk keperluan Separuh komersial moden untuk tujuan
tanah tinggi. keluarga komersial
Konsep:’tebang,tanam , Dimiliki syarikat
bakar & tinggal besar
Jenis Tanaman jangka masa Tanaman makanan Tanaman Tanaman jangka
tanaman pendek Eg; padi,sayuran, jualan/kontan panjang
Eg; padi huma,ubi kayu buah. Eg;getah,koko,kelapa Eg;getah,kelapa
sawit
Taburan Pedalaman Delta Kelantan,tanjung Berselerak di kg Kws segi tiga
lokasi sabah,Sarawak,Kelantan karang Selangor tradisional Malaysia jengka, KESEDAR
Saiz 1-2 hektar Kurang 10 hektar Kurang 100 hektar Melebihi 100
keluasan hektar
Skala Secara kecil-kecilan di Secara kecil-kecilsn & Sederhana Secara
pengeluaran kawasan terpencil giat pengkhususan/besar
besaran
Orientasi Kegunaan petani & Kegunaan petani& Komersial Eksport/pasaran
pengeluaran keluarga sendiri, x dijual keluarga, berlebihan Komersial
akan dijual
Penggunaan Sangat kecil Kecil Sederhana Besar
modal Individu/syarikat FELDA,sime darby
Penggunaan Ahli keluarga Ahli keluarga Keluarga/buruh Intensif buruh
buruh upahan bagi mini
estet
Penggunaan Latan tradisional Peralatan tradisional Moden Jentera moden dan
teknologi Eg; kayu pnjng,cangkul dan moden Eg;benih bermutu, input pertanian
tugal Eg;cangkul,jentera baja kimia&racun moden
menuai &benih brmutu serangga Eg; benih bermutu

FAKTOR MEMPENGARUHI PEMBANGUNAN & KEMAJUAN SEKTOR PERTANIAN

a) faktor fizikal

Jenis iklim dan cuaca


-Malaysia mengalami iklim khatulistiwa, panas dan lembap dan cahaya matahari yang mencukupi sepanjang tahun.
Sesuai untuk proses pertumbuhan dan tumbesaran tanaman. Purata suhu 27 darjah celcius dan hujan 2000 liter
setahun. Contoh padi sawah,getah,sawit
Bentuk muka bumi
Bentuk muka bumi yang berbeza sesuai untuk tanaman yang berbeza. Malaysia mempunyai kawasan tanah pamah
yang luas dan bersaliran buruk, air bertakung di pangkal pokok amat sesuai untk proses pertumbuhan dan
tumbesaran tanaman padi sawah. Contoh di Delta Kelantan.

Jenis tanih

Jenis tanih yang berbeza sesuai untk tanaman yang berbeza. Malaysia mempunyai tanih jenis aluvium dan lanar yg
subur amat sesuai untk proses pertumbuhan dan tumbesaran padi sawah.

Jenis tanah gambut sesuai untk tnman nenas. Contoh di Pekan Nenas.
Jenis tanah beris sesuai untk tanaman tembakau. Contoh di Bachok, Kelantan.

b) faktor manusia

Buruh

Ada tenaga buruh yang ramai dan mencukupi drpd kwsn padat penduduk. Contoh Kota Bharu dan Alor Setar.
Tenaga buruh mahir dan separuh mahir tempatan dan drp graduan bidang pertanian. UPM dan UTM.

Teknologi

Penggunaan jentera moden yang meluas. Contoh jentera membajak, peracun, pembaja,peracun,pembaja yang
menjimatkan masa. Penggunaan benih yang bermutu tinggi RRIM 2000 mngeluarkan hasil yang banyak.

Pasaran

Terdapat permintaan yang tinggi drpd kilang yang memproses hasil pertanian. Contohnya kilang memproses getah,
kelapa sawit dan kilang membuat tayar.
Mendapat permintaan tinggi drpd pasaran antarabangsa. Contoh, minyak kelapa sawit mendapat permintaan tinggi
drpd India dan Arab Saudi.

Kemudahan asas pertanian

Seperti pengangkutan yang memudahkan dan mempercepatkan penghantaran hasil pertanian ke kilang memproses.
Contoh Lebuhraya Utara-Selatan. Ada juga pelabuhan antarabangsa yg mnyediakan kemudahan kontena kargo
untuk memungut hasil pertanian seperti getah dan kelapa sawit. Contoh Pelabuhan Kuantan,Kelang dan Pasir
Gudang.

Dasar kerajaan

Kerajaan memberikan kemudahan subsidi seperti baja, racun dan subsidi harga padi. Contoh penanam padi yang
menjual hasik ke BERNAS akan menerima subsidi harga padi yang dijual mengikut tan metrik. Kerajaan memberi
mini jentera pembajak ‘KUBOTA’ kepada pekebun kecil sayur,bunga.

KEPENTINGAN

Peluang pekerjaan

Dapat mewujudkan banyak peluang pekerjaan kpd penduduk tempatan. Contoh bekerja sebagai buruh kurang mahir
di ladang getah dan kelapa sawit. Buruh mahir drpd graduan lulusan pertanian drpd UPM sbgai pengurus ladang. Ini
dapat menambah pendapatan penduduk dan mengurangkan pengangguran.

Pendapatan negara

Menambah pendapatan negara melalui pengeksportan hasil pertanian. Contoh eksport kelapa sawit dan getah ke luar
negara seperti Singapura dan Jepun. Mnguntungkan dri segi pertukaran wang asing dan pengaliran masuk wang
asing kedalam Malaysia serta dapat mengimbangkan perdagangan.
Sumber makanan

Mmbekalkan sumber makanan tempatan yang banyak,murah dan mencukupi untuk menampung keperluan
penduduk. Contoh hasil pertanian padi atau beras yang merupakan makanan asasi penduduk tempatan mencukupi
dan sentiasa tersedia dalam pasaran.

Mewujudkan kesan pengganda

Pelbagai industri turut berkembang. Contoh perdagangan getah mengembangkan industri tayar dan sarung tangan.
Ini mnyebabkan ekonomi bertambah maju.

Membangun dan mengembangkan imfrastruktur

Seperti jaringan sistem pengangkutan yang cekap dan sistemati dibina untuk membolehkan input pertanian seperti
baja dan jentera moden. Membolehkan hasil pertanian dibawa segera ke kilang pemprosesan untuk mengelakkan
kerosakan

MASALAH YANG DIHADAPI UNTUK MEMAJUKAN SEKTOR PERTANIAN

Kekurangan tenaga buruh

Kekurangan tenaga buruh tempatan sama ada buruh mahir dan kurang mahirkerana berlaku penghijrahan golongan
muda ke Bandar dan tidak berminat untuk bekerja dalam sector pertanian di luar Bandar yang tidak menjanjikan
pendapatan yang tetap. Contohnya graduan dari IPTA & IPTS terus menetap dan bekerja dibandar dalam sector
korporat dan perkilangan. Buruh asing dari Indonesia trpaksa dibawa masuk.

Kekurangan modal

Masalah kewangan untuk meluaskan kawasan pertanian dan input pertanian seperti baja ,racun dan biji benih kerana
kebanyakkan pekebun kecil bergantung sepenuhnya kepada hasil pertanian untuk menyara keluarga. Pendapatan
juga terjejas apabila tanaman mengalami diserang penyakit atau ditenggelami air akibat banjir.

Persaingan guna tanah

Berlaku persaingan dengan sektor ekonomi lain seperti sektor pembinaan, perkilangan, jalan raya dll. Ini
menyebabkan tanah pertanian dianggap tidak ekonomik. Tanah pertanian tidak menguntungkan untuk diusahakan
dan tanah-tanah terbiar. Contoh di Kulim Kedah.

Kekurangan teknologi moden

Petani diluar Bandar masih lagi menggunakan teknologi pertanian tradisional seperti cangkul dan membajak sawah
menggunakan kerbau. Ini menyukarkan petani untuk meluaskan kawasan tanaman mereka. Contoh, pesawah
terpaksa akur dengan jadual pengairan air dari tali air bgi setiap musim penanaman padi seperti di Baling, Kedah.

Masalah ancaman fizikal

Masalah banjir yang melanda kwasan penanaman di negeri-negeri di pantai timur semenanjung Malaysia, seperti
Delta Kelantan menyebabkan tanaman ditenggelami air khususnya tanaman padi. Tanaman ini akan mati dan
musnah apabila ditenggelami air secara berterusan.

Persaingan pasaran

Berlaku persaingan dengan hasil pertanian dari negara lain. Contoh getah dan kelapa sawit dari Indonesia dan
Thailand. Ini menyebabkan pasaran hasil pertanian negara adalah terhad di pasaran antarabangsa.
LANGKAH MEMAJUKAN SISTEM PERTANIAN

Menyediakan dana dan kemudahan kredit

Disediakan melalui Skim Kredit Mikro yg diselia oleh Agro Bank dapat membantu petani kecil, siswazah untuk
menceburi bidang pertanian. Skim pinjaman yang mudah dan kadar bunga rendah dapat diguna untuk menampung
kos awal seperti membeli input pertanian iaitu biji benih, baja dan racun.

Penggunaan teknologi moden

Penggunaan teknologi seprti jentera pembajak, penyemai,pembaja yang menjimatkan masa membolehkan petani
meluaskan kawasan penanaman. Contoh penggunaan baja kimia seperti baja urea dapat menambahkan kesuburan
tanih yang dapat mempercepatkan tumbesaran tanaman dan memangkin pengeluaran hasil yang banyak. Contoh
tanaman padi sawah.

Melaksanakan pertanian bersepadu

Menjalankan aktiviti pertanian bersama dgn aktiviti sampingan yg menambah pendapatan dan menguntungkan
petani. Contoh di Delta Kelantan petani melepaskan itik ternakan selepas musim menuai, selain mendapatkan
pulangan telur daging, ia juga dapat menghapuskan haiwan perosak seperti siput gondong emas.

Penyelidikan dan pembangunan

Agensi penyelidikan dan pembngunan diwujudkan seperti MARDI yg brtujuan untk mnghasilkan baka serta klon
bijih timah yg berkualiti tinggi. Contoh, R&D dan MARDI telah menghasilkan Betik Asotika, Jambu dan Belimbing
Madu.

Kemudahan infrastruktur pertanian

Menyediakan sistem pengairan yg cekap dan sistematik untk membolehkan tanaman padi diusahakan 2 kali setahun
atau 5 kali dalam tempoh 2 tahun. Contoh Rancangan Pengairan KEMUBU di Kelantan dan Rancangan Pengairan
Muda (MADA) di Kedah.

KESAN PEMBANGUNAN SEKTOR PERTANIAN TERHADAP ALAM SEKITAR

LITOSFERA

a) Pencemaran Tanih

Penggunaan baja dan racun yang berleluasa dan tidak mengikut prosedur telah menyebabkan tanah menjadi berasid
dan tidak subur utk aktiviti pertanian dlm jangka masa panjang. Contoh di Cameron Highland.

b) Hakisan Tanah

Proses penebangan hutan, pembersihan hutan di kawasan tanah tinggi telah mendedahkan permukaan tanah tinggi
dan cerun bukit trhadap agen hakisan dan luluhawa. Kekurangan litupan kanopi mendedahkan tanah kepada air
hujan menghasilkan air larian permukaan yang menuruni cerun bukit dengan kadar yang laju.

c) Perubahan landskap fizikal

Proses penyahhutanan utk membuka tapak pertanian telah mnyebabkan brlakunya perubhan landskap di kwsn tanah
tinggi. Contoh kwsn tnh tinggi yg dilitupi kanopi hijau dan pokok balak ug brharga seperti cengal berubah menjadi
ladang tanaman secara berteres. Contoh ladang kelapa sawit di Gua Musang,Kelantan.
ATMOSFERA

a) Pencemaran udara

Pembakaran sisa jerami selepas musim menuai tlh m’bebaskan asap yg mngandungi karbon dioksida dan karbon
monoksida yg meningkatkan indeks pencemaran udara. Pembakaran yg berleluasa akn menyebabkan brlakunya
jerebu. Contoh di Alor Setar, Kedah.

b) Pemanasan mikro

Proses penyahhutanan utk dijadikan kwsn pertanian mndedahkan permukaan bumi kpd cahaya matahari krn tiada
litupan kanopi daun. Kekurangan proses transpirasi mngurangkan kelembapan udara sekitar dan meningkatkan suhu.
Contoh di Cameron Highlands.

c) Menjejaskan keseimbangan gas di atmosfera

Proses penyahhutanan mengurangkan proses fotosintesis kerana kekurangan pokok dan menyebabkan pertambahan
gas karbon dioksida kerana daun-daun hijau yg mnyerap gas karbon dioksida telah musnah. Ini mnyebabkan
ketidakseimbangan gas utama di atmosfera. Contoh di Cameron highlands.

HIDROLOGI

a) Proses penyahhutanan utk dijadikan tapak pertanian tlh mnghapuskan kwsn tadahan hujan yg mnjadi kolam
semulajadi sumber air bgi sungai-sungai utama. Ini myebabkan sumber air hidupan akan terjejas. Contoh di
Cameron highlands.

b) Proses pembersihan dan peneresan bukit untk dijadikan tapak pertanian tlh mnyebabkan sg di kwsn trsebut
dicemari lumpur dan kelodak drpd hakisan yng diangkut oleh air larian permukaan menuruni kwsn tanah tinggi
memasuki hulu sg di kawasan tanah tinggi. Contoh sungai di Cameron Highlands.

BIOSFERA

a) Proses penyahhutanan utk dijadikan tapak pertanian tlh trjejas dan memusnahkan spesies flora dan fauna. Contoh
cengal,meranti,harimau dan serangga. Contohnya di Kundasang, dan Sandakan di Sabah.

b) Proses penyahhutanan telah menjejaskan dan memusnahkan ekosistem dan kitaran makanan spesies flora dan
fauna. Ini menyebabkan haiwan liar seperti harimau membaham manusia di ladang dan kampung berhampiran.
Contoh di Jeli, Kelantan.

LANGKAH MENGATASI KESAN NEGATIF AKTIVITI PERTANIAN TERHADAP ALAM SEKITAR

Perundangan

1.Menguatkuasa Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kpd individu dan syarikat peladangan yg tdk mngikut prosedur.
Contoh menghukum pengusaha kebun dan ladang yg mnceroboh Hutan Simpan yg tlh digazetkan di bawah Dasar
Perhutanan Negara 1978.

2. Individu dan syarikat yg disiasat dan terbukti brsalah perlu dikenakan hukuman berat seperti lessen dan kelulusan
penerokaan tanah pertanian boleh ditarik balik dan kwsn ladang serta jentera pertanian perlu disita.

3. Tindakan yang tegas akan dikenakan kpd petani dan peladang yg mncemarkan alam sekitar mengikut Akta Alam
Sekitar 1974. Jika brsalah perlu dikenakan denda,sita dan penjara oleh Jabatan Alam Sekitar 1974.

4. Kekerapan pemantauan oleh pihak berwajib seperti Jabatan Alam Sekitar perlu mngambil langkah awal untk
sekiran brlaku pencerobohan tanah pertanian secara haram dan dapat mengawal pencemaran alam sekitar yang
serius. Contoh di Cameron highlands.
Pengurusan

1. melakukan penggiliran tanaman jangka masa pendek dri jenis yang berlainan. Penggiliran ini dapat mengekalkan
nutrient dalam tanah dan tanah akan kekal subur. Contoh padi akan digilir dgn ubi kentang.

2. penggunaan tanaman pencegah bgi mengurangkan racun perosak. Contohnya tanaman herba yg mempunyai bau
yg kuat akan mencegah kehadirin racun serangga seperti tanaman serai wangi dan serai bawang yg ditanam bersam
tanaman lain.

3. kawalan biotik untuk mengelakkan penggunaan racun iaitu mnggunakan burung hantu di ladang kelapa sawit
untuk mngawal tikus. Contoh di kwsn KEMUBU,Kuantan.

4. penanaman tanaman tutup bumi sprti tnaman kekacang di cerun teres pertanian dpt mnguatkan struktur tanah
mengurangkan halaju air larian permukaan cerun. Contoh di Lojing, Kelantan.

Kempen dan Pendidikan

1. Kempen kesedaran melalui slogan ‘cintailah alam sekitar’ dan aktiviti gotong-royong perdana prlu dilakukan
diperingkat komuniti ,ladang dan kebun kecil utk memberi kesedaran terhadap tnggungjawab menjaga alam sekitar
seperti sungai, tasik dan laut.

2. penerapan tentang pendidikan alam sekitar perlu diterapkan melalui kurikulum pendidikan. Contoh dalam subjek
geografi dan pelajaran alam dan manusia.

(b) PERIKANAN

|Ciri-ciri Jenis perikanan


Pinggir pantai Laut dalam
Lokasi/ taburan Di sepanjang pantai Selat Melaka, Laut Aktiviti tangkapan di Laut China Selatan,
China Selatan dan Laut Sulu Lautan Pasifik dan Lautan Hindi
Skala operasi Kurang 20 batu nautika dari pantai Melebihi 20 batu nautika dari pantai

Orientasi Kecil-kecilan, hasil untuk kegunaan sendiri Berorientasi pasaran dalam dan luar negara
pengeluaran dan lebihan akan dijual terutamanya di Singapura dan Taiwan

Penggunaan Tradisional seperti sampan, jaring, pancing Moden dengan kapal besar yang dilengkapi GPS
teknologi dan pukat dan bilik dengan beku
Buruh Ahli keluarga dan saudara-mara Mengupah buruh asing kebanyakan dari
Thailand
Modal Modal sendiri atau dipinjam daripada Modal yang diperlukan besar untuk membeli
saudara-mara. Terdapat juga bantuan modal peralatan menangkap ikan. Terdapat juga
daripada kerajaan pinjaman daripada bank dan koperasi
Akuankultur- ikan air tawar Marinkultur – ikan air payau/masin
Lokasi Sungai, tasik, kolam, paya dan sawah padi. Muara sungai, paya bakau atau paya nipah,
Contoh : Mercang di Terengganu, pinggir pantai atau teluk yg terlindung. Contoh
Temerloh di Pahang :Kuala Setiu di Terengganu, Pantai Sri Tujuh di
Kelantan, Mersing di Johor
Jenis ternakan Ikan patin, tilapia, karp, kelah, kaloi, udang Ikan siakap, kerapu, ketam, tiram, udang
galah, ikan keli dll harimau dll
Orientasi Utk keperluan tempatan bg memenuhi Lebih kpd eksport ke negara luar. Contoh :
pengeluaran kekurangan bekalan ikan di pasaran udang harimau dieksport ke Jepun
tempatan
Pemilikan Lebih banyak dimiliki oleh individu yang Dimilki oleh syarikat-syarikat swasta kerana
mengusahakan nya secara kecil-kecilan. kos penyelenggaraan yang tinggi.
Bantuan subsidi atau pinjaman dr pihak
kerajaan.
Ciri teknologi Teknologi moden , benih kacukan Teknologi moden
Modal Swasta – besar
Individu - kecil

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN SEKTOR PERIKANAN

FAKTOR FIZIKAL (BMB)

a) Kedudukan Malaysia di atas Pentas Sunda dan dikelilingi oleh laut yang cetek spt Laut China Selatan dan Selat
Melaka. Ini menggalakkan pertumbuhan dan pembiakan plankton dan zooplankton iaitu sumber makanan ikan yang
utama membolehkan ikan membiak.

b) Pinggir pantai yang panjang dan berteluk-teluk sesuai dijadikan kawasan pembiakan ikan kerana terlindung drpd
tiupan angin. Juga sesuai untuk dibina pelabuhan- pelabuhan perikanan seperti Kuala Perlis di Perlis, Kuala Kedah
di Kedah dan Tok Bali di Kelantan.

C) Cuaca dan iklim di Malaysia antara Nov-Mac angina monsoon timur laut bertiup. Laut bergelora, nelayan tdk dpt
turun ke laut. Contoh di pantai timur SM

FAKTOR KEMANUSIAAN

i)tenaga buruh

a) Dalaman dan Luar Negara. Mudah dan murah didapati. Mahir dan separa mahir kerana merupakan kerja tradisi
bagi penduduk di tepi pantai. Latihan yang diberikan sama ada latihan jangka pendek atau latihan jangka panjang.
Contoh : Pusat latihan di Chendering Terengganu yang dikendalikan oleh LKIM

b)Buruh luar negara terutamanya dari Thailand,indonesia mahir dan kos buruh yg murah.

ii)pasaran

a) dari Dalam dan luar negara. Dalam – sumber makanan dan sumber protein utama yang paling murah.
Permintaan yang tinggi daripada industri hiliran yang berkaitan seperti industi membuat ikan sardin, keropok, ikan
kering, dan industri membuat makanan kucing. Luar negara, Jepun mengimport udang harimau utama Malaysia,
Singapura dan Taiwan dan berlaku imbangan pembayaran dan pengaliran masuk mata wang asing ke Malaysia.
iii) jaringan sistem pengangkutan

a) Kemudahan jalan pengangkutan yang baik terutamanya jalan raya membolehkan ikan diangkut ke pasaran
tempatan dengan cepat. Ini dapat menjaga kesegaran ikan. Di samping itu kemudahan lori awet dingin juga
menentukan kesegaran ikan dibawa ke pasaran. Contoh : jalan raya daripada Kg. Geting ke Bandar Pasir Mas di
Kelantan.

b)Pasaran luar – jalan laut digunakan. Ikan diangkut menggunakan kapal yang dilengkapi dengan kemudahan bilik
awet dingin yang dikendalikan oleh MISC. Kos pengangkutan juga murah.

iv) dasar kerajaan

a) Penubuhan agensi kerajaan seperti LKIM yg berperanan membina kompleks pendaratan ikan dan kilang ais utk
kemudahan nelayan mendaratkan ikan dan menjual hasil tangkapan tanpa melalui orang tengah. Contoh : Tok Bali,
Kelantan. Ada juga penyediaan subsidi minyak diesel.

b) Mewujudkan kawasan tukun tiruan di kawasan pembiakan ikan. Menambahkan bekalan ikan. Tukun-tukun
dihasilkan daripada tayar-tayar terpakai, konkrit batu dan kapal-kapal karam.

c)Taman-taman laut - tidak dibenarkan menangkap ikan di kawasan tersebut. Kawasan pembiakan ikan. Denda
dikenakan bila tangkap ikan. Contoh : Pulau Kapas dan Pulau Perhentian di Terengganu, Pulau Pangkor di Perak
dan Pulau Payar di Langkawi, Kedah. Pasukan keselamatan seperti polis marin disediakan utk menjaga keselamatan
nelayan.

KEPENTINGAN SEKTOR PERIKANAN DALAM PEMBANGUNAN EKONOMI SESEBUAH NEGARA

a) sumber makanan

Budaya pemakanan di malaysia bergantung kpd sumber perikanan yang merupakan sumber protein penting dan
pelengkap kepada makanan ruji iaitu nasi bagi penduduk Asia seperti Jepun, Korea, Filipina, Malaysia dan
Indonesia.

b) menyumbangkan kepada pendapat negara

Sumber perikanan laut dalam yang kaya mampu menghasilkan pendapat eksport yang tinggi ke luar negara.Contoh
Negara Thailand telah mengesport sumber laut dalam kepada Malaysia,Singapura manakala Malaysia pula
mengesport hasil perikanannya ke Singapura,Taiwan dan Korea.Ini dapat menguntungkan Negara dari segi tukaran
mata wang asing kerana Negara pengimport mempunyai nilai matawang yang tinggi. Ini mengukuhkan imbangan
dagangan negara. Malaysia mengeksport udang harimau ke China dan Taiwan

c) peluang pekerjaan

Menyediakan peluang pekerjaan seperti nelayan, pekerja kilang memproses dan kilang ais,penternak, penyelidik
dan sebagai.Contohnya penduduk yang tinggal di tepi persisiran pantai, seperti Pahang,Terengganu dan Kelantan
bergantung kepada aktiviti perikanan sebagai sumber rezeki . Hasil tangkapan terutama perikanan laut dalam dapat
member pulangan lumayan.ini dapat menambahkan perdapatan perkapita penduduk.

d) perkembangan industri berkaitan

Menggalakkan perkembangan industri berkaitan dengan perikanan seperti industri pengentinan seperti ikan sardine,
industri memproses ikan kering dan keropok, pembuatan bot, kilang ais dan lain-lain. Industri ini menyediakan
peluang pekerjaan yang banyak dan menjadi pekerjaan sampingan terutama pada musim tengkujuh kerana nelayan
tidak dapat turun ke laut.
e) membantu meningkatkan teknologi

Membantu meningkatkan teknologi contohnya teknologi awet beku,penggunaan radar pengesan,penyediaan habitat
tiruan dan sebagainya.teknologi perikanan berkembang melalui usaha R&D contohnya Batu Maung, Pulau
Pinang,Tanjung Demong

MASALAH-MASALAH SEKTOR PERIKANAN DI MALAYSIA

a) masalah kekurangan modal iaitu nelayan tidak mampu membeli peralatan penangkapan seperti bot, pukat dsbnya
kerana kekurangan pendapatan dan simpanan wang

b) kekurangan teknologi iaitu nelayan masih menggunakan kaedah tradisional seperti alatan, pancing, jala dan pukat.
Kesannya hasil tangkapan sedikit

c) Masalah buruh iaitu masalah kekurangan buruh kerana golongan muda tidak berminat menceburi bidang ini.
nelayan laut dalam tdk mempunyai tenaga buruh yg cukup.

d) Masalah keselamatan nelayan iaitu kawasan perikanan masih diganggu oleh nelayan dari vietnam, Indonesia dan
Filipina.

e) Masalah perairan antarabangsa iaitu berlaku pertindinan kawasan sempadan negara jiran seperti Thailand,
Indonesia, Singapura dan Filipina. Ini boleh menyebabkan nelayan ditangkap pihak berkuasa negara jiran.

f) Masalah kepupusan sumber ikan iaitu kekurangan bekalan ikan, udang, sotong disebabkan oleh penggunaan pukat
tunda dan pencemaran pencemaran air laut.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH SEKTOR PERIKANAN DI MALAYSIA

i..Memberi bantuan subsidi seperi membekal bot, pukat, secara percuma

ii. Mengadakan kursus pengendalian bot dan kaedah GPS kepada nelayan

iii. Mengadakan rondaan oleh pihak berwajib seperti Agensi penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan perikanan,
tentera laut Diraja Malaysia menbenteras masalah lanun.

iv. Runding Negara Jiran bagi menjelaskan masalah sempadan laut antarabangsa.

HURAIKAN KESAN NEGATIF AKTIVITI PERIKANA TERHADAP ALAM SEKITAR

a) Pencemaran air

Khususnya air laut di kawasan sekitar pelabuhan perikanan akibat pembuangan sisa-sisa ikan yang tidak diperlukan,
pembersihan bot, sisa domestik dan tumpahan minyak bot. Akibatnya, permukaan air laut diliputi oleh minyak.
Pancaran cahaya matahari tidak sampai ke dasar laut. Plankton tidak membiak. Bekalan makanan ikan kurang. Ikan
mati. Bekalan ikan pupus.

b) Kemusnahan ekosistem paya bakau

Pembinaan kolam merinkultur di kawasan hutan paya bakau di zon pinggir pantai menyebabkan hidupan asal seperti
ketam, lokan, ikan tebakul dan pelbagai spesies burung akan turut musnah. Rantaian makanan yang terganggu akan
menjejaskan ekosistem muara dan sekaligus akan mengurangkan kadar populasi asal hutan paya bakau berkenaan.
Contoh : di Sabak Bernam, Selangor.

c) Kepupusan hidupan akuatik

Tangkapan ikan yang berlebihan dan tanpa kawalan apabila menggunakan pukat tunda di kawasan laut dalam boleh
menyebabkan bekalan ikan terhad. Di kawasan pinggir pantai, aktiviti menuba dan penggunaan kuasa letrik di
kawasan paya, kolam, tasik dan sungai menyebabkan kemusnahan ikan yang masih kecil. Akibatnya, bekalan ikan
masa depan akan pupus.
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGURANGKAN KESAN NEGATIF AKTIVITI PERIKANAN KEPADA
ALAM SEKITAR

LANGKAH PERUNDANGAN

i) Akta perikanan dikuatkuasakan oleh Jabatan Perikanan dan Polis Marin. Contoh, Seksyen 38(1) dan Seksyen
41(1) . Jabatan Alam Sekitar menggunakan Akta Alam Sekitar (1974) iaitu mengenakan tindakan tegas terhadap
nelayan yang menyebabkan pencemaran kepada alam sekitar.

ii) Mewartakan taman-taman laut seperti Taman Laut Pulau Kapas dan Pulau Perhentian di Terengganu, Pulau Payar
di Langkawi sebagai zon larangan aktiviti penangkapan ikan dan terumbu karang.

iii) Bagi nelayan yang melanggar peraturan, hukuman berat sama ada denda dan kompaun yang tinggi dikenakan,
rampas peralatan menangkap ikan termasuk bot serta hukuman penjara.

iv)Rondaan dan pemantauan pihak berwajib, seperti Jabatan Perikanan, Jabatan Alam Sekitar dan Polis Marin perlu
dipertingkatkan untuk mengurangkan masalah pencerobohan nelayan asing dan masalah pencemaran air.

v) Langkah-langkah lain yang boleh diambil ialah membatalkan permit perikanan dan tarik lesen operasi.

LANGKAH PENGURUSAN YANG STRATEGIK

i) Memperluaskan kawasan perletakan tukun-tukun tiruan utk menambah habitat dan kawasan pembiakan ikan .
Tukun-tukun tiruan diperbuat daripada tayar-tayar terpakai, konkrit-konkrit batu, dan kapal-kapal karam.

ii) Mengurangkan atau menghadkan pengambilan kawasan paya bakau dan paya nipah secara besar-besaran untuk
dijadikan kawasan penternakan ikan marinkultur dan akuakultur.

iii) Mewartakan lebih bnyk kwsn taman laut untuk tdk membenarkan aktiviti penangkapan ikan. Contoh Taman
Laut Pulau Tioman.

iv) Menjalankan usaha pembersihan kwsn laut yg trcemar akibat tumpahan minyak dan sisa domestic untk
memastikan laut sentiasa bersih.

LANGKAH KEMPEN

Kempen Kesedaran Dan Pendidikan Alam Sekitar

i) Melancarkan kempen kesedaran kpd penduduk tentang kepentingan menjaga kebersihan dan hidupan akuatik.
Contoh kempen : ‘Cintailah Hidupan Laut’ atau ‘Cintailah Hidupan Akuatik’. Kempen boleh dilakukan oleh pihak
kerajaan, badan-badan bukan kerajaan (NGO)secara aktif dan berterusan sama ada melalui media cetak ataupun
media eletronik.

ii) Pendidikan pula secara formal mahupun informal. Pendidikan formal – diterapkan dalam mata pelajaran di
sekolah bermula dari pendidikan sekolah rendah hinggalah ke peringkat yang lebih tinggi (Universiti). Contoh,
subjek Geografi dan Ijazah Sains Alam Sekitar.
(c) PERHUTANAN

Jenis Hutan Lokasi


Hutan hujan tropika/khatulistiwa i. Pedalaman Kelantan
ii. Pedalaman Pahang
iii. Pedalaman Sabah
iv. Pedalaman Sarawak
v. Pedalaman Perak
Hutan gunung i. Banjaran Crocker
ii. Banjaran Titiwangsa
Hutan Paya Air Tawar Tasik Chini
Hutan Paya Air Masin/Bakau i. Muara Sg Bernam
ii. Larut Matang Perak
iii. Muara Sg Klang
Hutan Pantai Pinggir pantai Terengganu

Kawasan Hutan Simpan

i) Taman Negara Pahang


ii) Taman Negara Kinabalu
iii) Taman Negara Endau Rompin
iv) Tanam Negara Mulu
v) Hutan DiRaja Belum, Perak.

Ciri-ciri Hutan Hujan Tropika / Hutan Khatulistiwa

a) Tumbuhan yang terdapat di kawasan Hutan Hujan Tropika sentiasa dalam keadaan malar hijau sepanjang tahun
kerana dipengaruhi oleh ciri-ciri iklim Khatulistiwa yang panas,lembab dan disinari cahaya matahari sepanjang
tahun, min suhu tahunan 26.7˚ C, min hujan tahunan 2020mm setahun, kelembapan bandingan melebihi 90% .
Selain itu, tumbuhan huatan ini mempunyai daun yang lebar dan lebat, berbatang lurus dan besar, serta ,e,puntau
banyak tumbuhan menumpang seperti tumbuhan epifit.

b) Tumbuhan di hutan ini adalah terdiri daripada pokok-pokok balak yang berbatang besar, tinggi, berakar banir,
serta berkayu keras, seperti Cengal, Meranti, Seraya, Keruing, Berlian dan lain-lain.

c) Profil hutan ini adalah tebal dan berbentuk bentuk kanopi empat lapisan, iaitu:

i. Lapisan paling atas sekali yang mempunyai ketinggian 40-50 meter yang terdiri daripada pokok yang sangat
tinggi.
ii) Lapisan kedua. Terdiri daripada pokok-pokok yang sederhana tinggi 25-40 meter, seperti paku pakis, liana, rotan
dan orked.
iii) Lapisan ketiga (tengah). Terdiri daripada pokok balak yang masih muda yang mempunyai ketinggian antara 15-
25 meter.
iv) Lapisan bawah (lantai). Terdiri daripada pokok renek, herba, palma, kulat,lumut dan cendawan.

d) Hutan Hujan Tropika menjadi habitat fauna yang terdiri daripada pelbagai spesis serangga, unggas, dan binatang
liar, seperti ular, harimau, beruang, gajah, pelanduk, dan lain-lain.
Kegunaan Hutan Hujan Tropika

a) Dapat dijadikan bahan mentah tempatan yang murah dam mencukupi kepada sektor ekonomi lain, seperti sektor
industri hiliran atau industri kecil dan sederhana (IKS) yang berasaskan kayu dan rotan. Contoh, kayu balak, seperti
Chengal dan Meranti dapat dijadikan bahan mentah untuk kilang memproses kayu bergergaji serta papan lapis.
(ekonomi)

b) Dapat dijadikan bahan mentah untuk industri pembuatan ubat herba tradisional. Misalnya, Hutan Hujan Tropika
kaya dengan pelbagai jenis spesies akar kayu dan herba tradisional, seperti Tongkat Ali dan Kacip Fatimah yang
telah dibuktikan secara ilmiah melalui penyelidikan dan pembangunan IPTA dan IPTS tempatan dapat
menyembuhkan pelbagai jenis penyakit kronik. Ini dapat mengurangkan kebergantungan kepada ubatan moden
yang mengandungi bahan kimia dan dadah tertentu. (ekonomi)

c) Dapat dijadikan tanaman hiasan, seperti pelbagai spesies orked dan palma untuk menghiasi rumah kediaman,
bangunan, dan pejabat kerajaan serta swasta di bandar-bandar besar seperti Putrajaya. Ianya merupakan sumber
pendapatan kepada orang asli di kawasan pedalaman yang menjual tanaman hutan hiasan kepada pemborong atau
pengusaha nurseri tanaman hiasan di Bandar. (ekonomi)

d) Dapat dijadikan sumber makanan. Contoh, buah-buahan hutan seperti keranji, salak pulasan dan madu lebah
menjadi sumber makanan serta pendapatan sampingan orang asli tempatan untuk dijual di bandar berhampiran atau
kepada pelancong asing. Contoh, di Pedalaman Sarawak. (sosial)

e) Dapat membangunkan sektor pelancongan sesebuah negara. Contohnya, melalui eco pelancongan seperti
menikmati keindahan hutan lipur, air terjun dan kepelbagaian spesis flora dan fauna. Kepelbagaian biodiversiti
hutan hujan tropika di negara kita telah menarik kehadiran pelancong dari dalam dan luar negara. Contoh, Taman
Negara Pahang. (ekonomi)

f) Dapat dijadikan kawasan tadahan air hujan semulajadi yang berkesan kerana hutan merupakan ‘span’ semulajadi
yang menyerap dan menyusupkan air hujan ke dalam tanah hingga ke lapisan akuifer. Semakin tebal hutan semakin
tinggi kadar susupan air. Paras air tanah akan terus meningkat dan dapat menjamin bekalan air yang berterusan
kepada sungai, tasik dan kolam. Contoh, Hutan simpan Belum, Perak. (alam sekitar fizikal)

g) Hutan Hujan Tropika kaya merupakan habitat pelbagai spesis fauna. Contoh, binatang liar, seperti harimau, gajah,
beruang, seladang dll kerana hutan merupakan tempat berlindung,tempat tinggal, tempat mencari makanan dan
tempat membiak haiwan liar. Hutan menjadi habitat utama untuk haiwan membentuk lingkungan dan meneruskan
generasinya. Contoh, di Taman Negara Pahang. Kemusnahan habitat mengambil masa yang lama untuk dipulihkan
yang menyebabkan haiwan-haiwan berhijrah ke hutan atau habitat yang lain untuk mencari perlindungan atau
habitat yang baru. (alam sekitar fizikal)

h) Hutan dapat mengimbangkan ekosistem,kitar tenaga, komponen biotik,abiotik dan kitaran makanan spesis flora
dan fauna. Misalnya, kemusnahan kawasan tadahan hujan dan ketandusan tanih kesan proses luluhawa dan sinaran
terik matahari menyebabkan kepupusan Sumber air dan tumbuhan hijau yang menjadi makanan dan minuman
haiwan herbivor. Ini menyebabkan binatang liar, seperti harimau dan gajah liar mengamuk dan membaham manusia
di ladang dan kampung berhampiran. Contoh, di Jeli Kelantan. (alam sekitar fizikal)

i) Dapat mengurang dan menghalang kadar hakisan. Di kawasan hutan tebal, haluju setiap titisan air hujan yang
menimpa lantai hutan akan diperlahankan oleh silara pokok. Ini menyebabkan kuantiti air hujan yang menyerap ke
dalam tanah lebih tinggi berbanding dengan larian air permukaan. Manakala akar banir yang timbul dipermukaan
tanah dapat memperlahankan kadar hakisan larian air permukaan. Ini menjadikan struktur tanih di kawasan
berhutan tebal adalah kukuh serta stabil dan kurang hakisan tanah. (alam sekitar fizikal)
Maksud Aktiviti Perhutanan Dan Aktiviti Pembalakan

Aktiviti perhutanan melibatkan aktiviti pembalakan, penanaman hutan, perawatan hutan, penyelidikan hutan dan
lain-lain lagi

Aktitivi pembalakan melibatkan kerja-kerja penebangan hutan, pengangkutan kayu balak yang sudah dipotong ke
kawasan pengumpulan

Faktor-Faktor Mempengaruhi Aktiviti Pembalakan

a) Faktor Fizikal
Keadaan iklim yang panas dan lembap sepanjang tahun menggalakkan pertumbuhan kayu-kayan seperti pokok
cengal.

b) Faktor Ekonomi
Terdapat permintaan yang tinggi dari negara-negara Jepun dan Eropah dan penawaran terhad. Kesan harga akan
tinggi dan meningkatkan harga kayu tersebut.

c) Faktor Sosial
Terdapat rangkaian jalan raya dan jalan keretapi untuk mengeluarkan balak ke kilang dan ke pasaran dalam dan luar
negara. Terdapat pelabuhan seperti Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pelabuhan Kuantan dan pelabuhan Kelang.

d) Faktor Kerajaan
Kerajaan menggalakkan aktivti permbalakan dengan cara menaman semula hutan, menubuh Lembaga perindustrian
Kayu Malaysai bertujuan mencari pasaran baru. menubuh Insitut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM).

e) Faktor teknologi
Terdapat pelbagai teknologi yang mempercepatkan aktiviti pembalakan seperti, mesin gergaji untuk kayu balak,
jentera penarik, lori pengangkut, helikopter untuk memasuki kawasan sukar di pedalaman Sarawak.

Huraikan Kepentingan Sektor Pembalakan

Peluang pekerjaan

Dapat mewujudkan peluang pekerjaan yang banyak dan meluas kepada penduduk tempatan. Contoh berkerja
sebagai buruh kurang mahir di kawasan pembalakan , seperti penebang pokok, pemandu jentolak dan sebagi buruh
mahir kepada graduan lulusan pertanian IPTA dan IPTS tempatan, seperti UPM untuk bekerja sebagai kontraktor
pembalakan, pegawai akaun dan pegawai R&D Perhutanan. Ini dapat menambahkan pendapatan penduduk dan
mengurangkan kadar penggangguran di kalangan penduduk tempatan. Contoh, penduduk di Gua Musang, Kelantan.

Pendapatan Negara / KDNK

Dapat menambahkan pendapatan negara/ KDNK negara melalui pengeksportan hasil pembalakan.Contoh, kayu
bergergaji dan papan lapis ke luar negara, seperti Singapura dan Jepun.Ini dapat menguntungkan negara dari segi
tukaran wang asing, iaitu pengaliran masuk wang asing ke negara kita Malaysia

Pengurangan Import

Dapat mengurangkan import hasil perhutanan, seperti kayu bergergaji, papan lapis, rotan dan herba tradisional
daripada Thailand dan Indonesia. Ini dapat mengurangkan kebergantungan hasil hutan import dan mengurangkan
pengaliran keluar wang negara ke negara asing serta mengurangkan defisit imbangan dagangan dan membolehkan
Malaysia bersiap sedia menghadapi risiko kekurangan sumber hutan pada masa hadapan.
Kesan Pengganda

Dapat dijadikan bahan mentah tempatan yang murah dam mencukupi kepada sektor ekonomi lain, seperti sektor
industri hiliran atau industri kecil dan sederhana (IKS). Contoh, hasil kayu balak dan rotan dapat dijadikan bahan
mentah untuk kilang membuat perabot dan industri pembuatan ubat herba tradisional.Ini dapat menjimatkan kos
pengusaha kilang serta menambahkan keuntungan kerana hasil perhutanan yang di import adalah mahal.

Sektor perhutanan penting untuk pembangunan sektor pelancongan sesebuah negara. Contohnya, melalui eco
pelancongan’, seperti menikmati keindahan hutan lipur, air terjun dan kepelbagaian spesis flora dan fauna.
Kepelbagaian biodiversiti hutan hujan tropika di Malaysia telah menarik kehadiran pelancong dari dalam dan luar
negara. Contoh, Taman Negara Pahang.

Pembangunan sektor perhutanan turut mengembangkan operasi sektor perkhidmatan pengangkutan, seperti
perkhidmatan bas pelancong serta persiaran dan perkhidmatan lori kargo balak dan meningkatkan operasi pelabuhan
utama negara untuk pengeksportan hasil perhutanan ke luar negara. Contoh,Pelabuhan Kelang dan Pelabuhan
Kuantan.

Mewujud Dan Mengembangan Jaringan Sistem Pengangkutan

Dapat mewujud dan memperkembangkan jaringan sistem pengangkutan yang cekap dan sistematik, untuk
mengangkut jentolak serta buruh ke lokasi pembalakan dan bagi mengangkut hasil pembalakan segera ke kilang
memproses dan ke pelabuhan. Contoh, melalui Lebuh Raya Lebuh Raya Utara-Selatan, Lebuh-Raya Kota Bharu-
Kuala Krai –Gua Musang.

Maksud Proses Penyahutanan

Bermaksud aktiviti manusia yang meneroka sumber hutan yang melibatkan pelbagai proses seperti penebangan,
pembersihan dan pembakaran hutan secara besar-besaran untuk dijadikan tapak pertanian, kawasan
perumahan,bangunan perniagaan, pejabat, lebuh raya, lapangan terbang, hotel, padang golf, empangan KEH,dan
kawasan reakreasi.Ini menyebabkan kemusnahan dan kepupusan sumber hutan. Contoh, proses penyahutanan yang
berleluasa tanpa mengambil kira aspek pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar fizikal boleh mengakibatkan
kesan negatif terhadap alam sekitar fizikal. Contoh, proses penyahutanan `hutan di Cameron Highland untuk
dijadikan kebun teh dan sayur telah menyebabkan hakisan tanah dan pencemaran sungai.

Kesan Negatif Penyahutanan Terhadap Alam Sekitar Fizikal

LITOSFERA

1.Hakisan Tanah.

Proses penebangan hutan, pembersihan hutan di kawasan tanah tinggi telah mendedahkan permukaan tanah tinggi
dan cerun bkt terhadap agen hakisan dan luluhawa, seperti hakisan percikan atau hempasan air hujan serta
meningkatkan proses hakisan tanah. Kepupusan kawasan litupan kanopi hutan telah mendedahkan secara langsung
permukaan tanah tinggi tersebut kepada air hujan yang menghasilkan air larian permukaaan yang menuruni cerun
bukit dengan kadar yang laju. Contoh, di Cameron Highland.

2.Perubahan lanskap fizikal

Proses penyahutanan untuk membuka tapak pertanian telah menyebabkan berlakunya perubahan lanskap fizikal
kawasan tanah tinggi. Misalnya, kawasan t.tinggi yang dilitupi kanopi daun hijau, segar, nyaman dan kaya dengan
pokok-pokok balak berharga, seperti cengal telah berubah menjadi ladang tanaman manusia yang ditanam secara
berteres. Contoh, ladang kelapa sawit di Gua Musang Kelantan dan Ladang Teh di Cameron Highland.
ATMOSFERA

1.Pemanasan Mikro

Proses penyahutanan untuk tujuan pembalakan telah mendedahkan permukaan bumi secara terus kepada cahaya
matahari kerana ketiadaan litupan kanopi daun. Di samping itu, kekurangan proses transpirasi turut mengurangkan
kelembapan udara sekitar dan secara tidak langsung telah meningkatkan suhu tempatan atau pemanasan mikro.
Contoh, di Pedalaman Kelantan.

2.Menjejaskan Kesimbangan gas-gas di atmosfera

Proses penyahutan yang memusnahkan hutan telah mengurangkan proses fotosintesis yang membebaskan gas
oksigen untuk pernafasan manusia dan haiwan. Manakala, pembebasan gas k.dioksida oleh manusia dan haiwan
melalui proses transpirasi semakin bertambah kerana daun hijau yang menyerap gas karbon dioksida telah musnah.
Ini menyebabkan berlaku ketidakseimbangan gas-gas utama di atmosfera seperti oksigen.Contoh di Pedalaman
Sabah.

HIDROLOGI

1. Proses penyahutanan untuk tujuan pembalakan telah menghapuskan kawasan tadahan hujan yang menjadi kolam
semulajadi sumber air bagi sungai-sungai utama negara. Ini menyebabkan sumber air haiwan dan manusia
terjejas.Contoh, di Pedalaman Pahang.

2. Aktiviti pembalakan yang berleluasa telah menyebabkan sungai di kawasan tersebut dicemari dengan lumpur
serta berkelodak kesan hakisan yang di angkut oleh air larian permukaan yang menuruni kawasan tanah tinggi
memasuki hulu sungai di kaki kawasan tanah tinggi. Contoh,Sungai di Pedalaman Pahang.

BIOSFERA

1. Proses penyahutanan untuk tujuan pembalakan telah menjejas dan memusnahkan spesis flora berharga, seperti
Cengal, Meranti, Kapur dan spesis orkid dan bunga Raflesia. Ianya juga telah menjejaskan spesis fauna seperti
serangga,harimau, beruang, ular, orang hutan yang dilkategorikan sebagai spesis yang diancam kepupusan. Contoh,
di Sandakan Sabah.

2. Aktiviti pembalakan yang berleluasa turut menjejas dan memusnahkan habitat flora dan fauna kerana hutan
merupakan rumah atau tempat tinggal spesis flora dan fauna, seperti spesis kayu balak , orkid, serangga dan
binatang liar. Kemusnahan hutan menyebabkan spesis flora dan fauna tersebut kehilangan habitat. Buktinya, media
massa sering melaporkan tentang penoreh getah dibaham harimau dan kumpulan gajah memusnahkan tapak anak-
anak getah dan kelapa sawit. Contoh, di Jeli Kelantan.

3.Aktiviti pembalakan telah menjejas dan mengganggu ekosistem dan kitaran makanan spesis flora dan fauna.
Misalnya, kemusnahan kawasan tadahan hujan dan ketandusan tanih kesan proses luluhawa dan sinaran matahari
menyebabkan kepupusan sumber air dan tumbuhan hijau yang menjadi makanan dan minuman haiwan . Ini
menyebabkan harimau dan gajah liar mengamuk dan membaham manusia di ladang dan kampung berhampiran.
Contoh, di Jeli Kelantan.

Maksud Perhutanan Lestari

Perhutanan lestari ialah aktiviti eksploitasi sumber hutan, seperti pembalakan dijalankan secara berterusan untuk
memenuhi keperluan bahan mentah sektor binaan, industri dan keperluan tapak pembinaan jalan raya, lapangan
terbang, perumahan, kilang dan projek infrastruktur lain untuk memenuhi keperluan generasi masa kini dan generasi
akan datang.Namun, Eksploitasi hutan ini mesti mengambil kira aspek pemeliharaan dan pemuliharaan, seperti
penanaman semula hutan, penguatkuasaan Akta Kualiti Alam sekeliling 1974. Langkah-langkah mesra alam ini
penting untuk menjamin bekalan sumber hutan, seperti kayu balak, rotan dan hasil hutan lain dapat memenuhi
keperluan generasi kini dan akan datang.
Langkah-langkah mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar akibat aktiviti penyahutanan

a. Langkah Perundangan

i) Melalui perlaksanaan Dasar Perhutanan Negara 1978, beberapa kawasan hutan telah digazetkan sebagai hutan
simpan kekal dan Taman Negara untuk memelihara dan memulihara sumber hutan Negara agar tidak diceroboh
untuk tujuan pembalakan dan pembinaan infrastruktur. Contoh, Hutan Simpan Pahang.

ii) Menguatkuasa Akta Perhutanan Negara dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, yang menggariskan larangan
aktiviti memotong,menebas, menebang, penorehan, dan pemindahan sumber hutan simpan. Pihak yang melanggari
Akta ini, seperti menceroboh hutan simpan boleh didakwa di mahkamah, iaitu hukuman 2 tahun penjara dan denda
maksima RM 50 000 atau kedua-duanya sekali. Selain itu, lesen pembalakan ditarik, dan menyita jentera
pembalakan.

iii) Laporan EIA perlu diperolehi dan mendapat kelulusan sebelum sesebuah syarikat memulakan kerja pembalakan
di kawasan yang diberi oleh kerajaan. Khasnya, dikawasan tanah tinggi yang berhampiran sungai dan Taman
Negara. Contoh, di Taman Negara Pahang.

iv) Pihak berwajib, seperti Jabatan Perhutanan dan Perhilitan perlu meningkatkan rondaan menggunakan helikopter
dan alatan GIS dan GPRS untuk memantau aktiviti pembalakan, khasnya pembalakan haram di kawasan hutan
simpan, seperti Hutan Simpan Pahang.

b. Langkah Pengurusan

i) Melaksanakan sistem penebangan terpilih. Hanya pokok-pokok yang cukup matang dan cukup ukur lilitnya sahaja
yang ditebang. Dua sistem penebangan di Malaysia ialah, Sistem Sebaya Malaya (MUS) dan Sistem Pengurusan
Penebangan Terpilih (SMS), untuk mengelakkan penebangan pokok balak yang belum mencapai tempoh matang.
Mengikut sistem ini, giliran kawasan penebangan adalah 33-35 tahun dan had tebangan yang ditetapkan, diameter
50-60 cm bagi kumpulan kayu damar atau kayu keras seperti cengal, meranti dan keruing manakala diameter 45 cm
bagi kumpulan bukan kayu damar seperti petai, pulai, dan mempelam.

ii) Melaksanakan kaedah rawatan silvikultur, iaitu satu cara pemulihan hutan yang melibatkan penubuhan ladang
hutan, tumbesaran, membuang dan mencantas tumbuhan memanjat,penjarakkan antara pokok balak, penggunaan
racun rumpai dan anai-anai , agar pokok-pokok balak dapat membesar dengan subur tanpa saingan rumpai, pokok-
pokok kecil dan serangan serangga serta binatang perosak.

iii) Melaksanakan penanaman semula, dengan menanam semula pokok balak yang ditebang dan membuka ladang
hutan dengan menanam pokok jenis acacia, mangium, yemane dan batai yang cepat membesar dan matang dalam
jangka masa 15 tahun sahaja.

iv) Menggalakkan pengunaan bahan binaan lain sebagai altenatif, seperti penggunaan simen, batu, aluminium, besi
dalm industri pembinaan. Penggunaan kayu getah dalam industri perabot dan kitaar semula kertas dan habuk kayu
dapat mengurangkan penggunaan sumber kayu.

v) Mengharamkan eksport kayu balak, terutamanya spesis yang lambat matang dan di ancam kepupusan seperti
kayu cengal dan kayu ramin.

c. Langkah Kempen

a) Hebahan Kempen “Cintai dan Hargailah Sumber Hutan”melalui media massa, seperti televisyen, radio, surat
khabar, majalah, Media sosial. Hebahan dan pendedahan khas melalui siaran berita televisyen terhadap penerokaan
hutan haram dan kesan terhadap alam sekitar.Contoh, dalam Buletin Utama TV 3.
d. Pendidikan

Menyemai perasaan sayangkan alam sekitar, khasnya sumber hutan kepada generasi baru terutama pelajar sekolah,
pelajar IPTA, IPTS melalui kegiatan Kurikulum, seperti dalam sukatan pelajaran Geografi, Sains, Pendidikan Sivik
dan penerapan secara merentasi kurikulum dalam subjek-subjek lain diperingkat sekolah dan IPTA .Demikian juga
penerapan ‘Cintai Hutan’ dapat diterapkan melalui aktiviti ko-kurikulum.Contoh, melalui aktiviti Kelab Pencinta
Alam Sekitar dan Persatuan Geografi, melalui program atau pertandingan menghijaukan laman sekolah dan amalan
gotong-royong.

d) PERLOMBONGAN

Jenis mineral Lokasi


Petroleum dan Gas Asli Petroleum : Luar Pantai Terengganu, Pantai Barat Sabah, Luar Pantai Sarawak sprti
Medan petroleum Tiong
Gas Asli : di luar pantai Terengganu,Sabah dan Sarawak berhampiran medan
petroleum.
Bijih Timah Bijih Timah Lanar : Lembah Kinta di perak, kuala langat di selangor, Lemb. Klang,
Seremban & Kota Tinggi di johor.
Bijih Timah Telerang : Sg. Lembing (Phg), Kaki Bukit (Perlis)
Bijih Besi Semeling (Kedah),ipoh (perak), Kemaman (T’ganu), Kota Tinggi, Endau, Batu
Pahat (Johor)
Bauksit Teluk Ramunia & Seri Medan (Johor)
Tembaga (Kuprum) Mamut & Ranau (Sabah)
Emas Bau (S’wak), Raub (Phg), Lubuk Mandi (Terengganu)
Batu Marmar Baling & Pulau Langkawi (Kedah)
Batu Kapur (Simen) Tasik, Pulau Langkawi

Jenis-Jenis Mineral Tenaga

Jenis Mineral Tenaga Kegunaan


Petroleum Bahan bakar: menggerakan mesin dan jentera di kilang,
menjana kuasa elektrik haba, menjalankan kenderaan
bermotor,
Bahan mentah industri petrokimia
Industri minyak pelincir
Bitumen – menurap permukaan jalan
Gas Asli - Bahan api dan bahan mentah untuk baja urea
Arang Batu -Bahan api di kilang-kilang
-Sumber tenaga janakuasa elektrik terma (stesen
janakuasa di Kapar selangor)

Perbezaan Antara Aktiviti Perlombongan Dengan Industri Perlombongan

Aktiviti perlombongan merupakan aktiviti ekonomi primer dan melibatkan usaha-usaha meneroka, cari gali dan
memperolehi sumber-sumber mineral seperti perlombongan petroleum, gas asli bijih timah, kuprum, bauksit, dan
sebagainya. Usaha-usaha ini termasuk seperti kaedah melombong seperti menggerudi bagi perlombongan petroleum
dan gas asli. Manakala penggunaan kaeadah kapal korek, mendulang, pam kelikir bagi perlombongan bijih timah.

Manakala industri perlombongan aktiviti ekonomi sekunder iaitu melibatkan kegiatan pemprosesan dan pembuatan.
Contohnya, aktiviti pemprosesan seperti melebur bijih timah, bijih besi, bauksit, kuprum, penapisan petroleum dan
gas asli. Manakala aktiviti pembuatan seperti industri petrokimia iaitu menghasilkan cat, tekstil dan bahan-bahan
plastik.daripada bahan sumber petroleum, industri minyak pelincir, membuat baja urea dari gas asli, industri
menyadur tin dari sumber bijih timah,

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pembangunan Pesat Sektor Perlombongan Malaysia.

i. Terdapat stok atau simpanan sumber yang banyak

Antara faktor-faktor yang mempengaruhi pembangunan pesat sektor perlombongan Malaysia ialah stok atau
simpanan sumber .Stok simpanan sumber yang banyak dapat menentukan jangka masa operasi di samping kualiti
sumber mineral yang ada.Contohnya sumber petroleum di Malaysia berkeupayaan mengeluarkan 600 000 tong
sehari dan dijangka dapat dilombong sehingga 50 tahun lagi.

ii. Faktor ekonomi khususnya permintaan dan harga

Faktor seterusnya yang mempengaruhi pembangunan pesat sektor perlombongan Malaysia ialah faktor
ekonomi khususnya permintaan dan harga.Harga yang tinggi akan mempengaruhi kapasiti pengeluaran.Contohnya
di pasaran dunia harga petroleum mentah Malaysia adalah sangat tinggi iaitu US30.00 setong.Di dalam negara
permintaan terhadap petroleum dan gas asli meningkat kerana perkembangan pesat sektor perindustrian dan
pengangkutan yang bergantung kepada sumber tenaga sebagai sumber bahan mentah dan sumber kuasa.Contoh
petroleum dari Malaysia yang bermutu tinggi mendapat permintaan yang tinggi dari negara seperti Jepun, Korea
Selatan dan Singapura kerana kandungan sulfurnya yang rendah mengurangkan kadar pencemaran.

iii. Faktor kemudahan infrastruktur dan prasarana

Faktor lain yang mempengaruhi pembangunan pesat sektor perlombongan Malaysia ialah faktor kemudahan
infrastruktur dan prasarana .Kemudahan pengangkutan seperti jalan raya, jalan kereta api dan jalan air yang baik
memudahkan ketersampaian ke kawasan perlombongan.Manakala prasarana yang mencukupi seperti kemudahan
pelabuhan, gudang penyimpanan dan sebagainya membantu dalam urusan penyimpanan dan pemasaran hasil serta
produk perlombongan.Contohnya kemudahan jalan kereta api di bina dari Taiping ke Port Weld pada suatu masa
dahulu untuk mengangkut bijih besi yang dilombong ke perlabuhan bagi tujuan eksport.

iv. Keupayaan modal dan teknologi

Selain itu antara faktor yang mempengaruhi pembangunan pesat sektor perlombongan Malaysia ialah
keupayaan modal dan teknologi.Sumber modal akan mempengaruhi skala pengeluaran iaitu melalui pelaburan
modal asing dan pelaburan modal tempatan seperti dari sektor kerajaan dan swasta.Contohnya, Petronas menanam
modal yang besar dalam perlombongan petroleum di Malaysia.Teknologi yang tinggi juga diperlukan untuk
kegiatan perlombongan secara besar-besaran.Contohnya Malaysia mengimport teknologi kapal korek untuk
meningkatkan pengeluaran dan perlombongan bijih timah daripada Britain, Amerika Syarikat, Jerman dan Jepun.

v. Faktor tenaga buruh dan kepakaran

Faktor lain yang mempengaruhi pembangunan pesat sektor perlombongan Malaysia ialah faktor tenaga
buruh dan kepakaran.Tenaga buruh mahir amat penting untuk kerja-kerja kejuruteraan, R&D, kawalan mutu dan
sebagainya. Kekurangan buruh mahir ini biasanya diatasi dengan pengambilan tenaga mahir asing dan juga melalui
skim latihan dan kursus jangka panjang untuk pekerja tempatan.Contohnya Petronas menghantar pekerjanya bagi
mengikuti latihan kemahiran di luar negara seperti Britain, Amerika Syarikat dan Jerman setiap tahun bagi
meningkatkan ilmu dan kemahiran mereka. Di samping Petronas menubuhkan Universiti Petronas di Terengganu
bagi melahirkan tenaga mahir dalam bidang berkaitan.

vi. Dasar kerajaan

Faktor terakhir yang mempengaruhi pembangunan pesat sektor perlombongan Malaysia ialah dasar
kerajaan.Galakan kerajaan dapat mempertingkatkan pengeluaran.Contohnya galakan kerajaan di Malaysia dalam
sektor perlombongan petroleum dapat dilihat melalui penubuhan Petronas bagi kerja-kerja meneroka dan
memproses sumber petroleum di perairan negara.
Kepentingan Sektor Perlombongan Kepada Pembangunan Ekonomi Dan Sosial

i. Sumber pendapatan negara

Kepentingan sektor perlombongan kepada pembangunan ekonomi dan sosial adalah sebagai sumber
pendapatan negara. Pada tahun 1990, hasil perlombongan menyumbangkan 20.7% daripada jumlah eksport
Malaysia dan pada tahun 1960-an bijih timah merupakan penyumbang eksport utama negara.Kini, petroleum mentah
merupakan sumber bagi menampung imbangan dagangan negara dan meningkatkan tukaran wang asing seperti
Dollar US dan Yen Jepun.Hasil perlombongan utama yang dieksport termasuklah petroleum, gas asli cecair (LPG),
bijih timah, tembaga dan bijih besi.Sebahagian besar dieksport ke negara-negara maju seperti Jepun, Korea Selatan,
Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah.

ii. Membuka peluang pekerjaan

Selain itu ia juga dapat membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan sama ada secara langsung
atau tidak langsung iaitu termasuklah kerja pengeluaran, pemprosesan, dan pengangkutan hasil-hasil perlombongan.
Di samping itu ,kerja-kerja yang berkaitan dengan penyelidikan, pentadbiran dan pengurusan juga
dijalankan.Kegiatan perlombongan menyediakan peluang pekerjaan kepada 100 000 orang (2 %) dari gunatenaga di
Malaysia pada tahun 1990.Manakala industri perlombongan pula menyediakan kira-kira 600 000 peluang pekerjaan
dalam pelbagai bidang seperti ahli geologi petroleum, jurutera, ahli oceaneografi, pegawai tadbir dan buruh.

iii. Menarik pelabur luar atau input modal

Kepentingan sektor perlombongan seterusnya ialah dapat menarik pelabur luar atau input modal ke negara
Malaysia.Penemuan sumber asli yang menguntungkan ini menarik pelabur asing menanam modal di negara
ini.Contohnya penemuan petroleum dan gas asli telah menarik minat syarikat minyak asing dari Britain, Amerika
Syarikat dan lain-lain untuk melabur di Malaysia. Antara syarikat yang telah melabur di Malaysia termasuklah Shell,
British Petroleum (BP), Esso dan lain-lain.

iv. Mewujudkan kesan pengganda

Malahan sektor perlombongan mewujudkan kesan pengganda. Contohnya, perlombongan petroleum


mewujudkan industri pembersihan petroleum, petrokimia seperti polimer, plastik, tekstil tiruan dan keluaran
mineral logam seperti bijih timah, bijih besi, tembaga dan emas menggalakkan industri peleburan dan pengeluaran
barang-barang termasuklah barangan perhiasan.Contohnya,industri memproses gas asli dan petrokimia di Kerteh
(Terengganu),industri baja urea di Bintulu (Sarawak), industri besi dan keluli iaitu Syarikat Pewaja Steel, Teluk
Kalong di Terengganu.

v. Menggalakkan perpindahan teknologi

Seterusnya, aktiviti perlombongan menggalakkan perpindahan teknologi. Pengaliran teknologi dan


kepakaran terutama dari negara-negara maju. Kemasukan teknologi membantu perkembangan R & D dalam bidang
perlombongan.Contohnya petronas mengimport teknologi dari Amerika Syarikat, Britain, Jerman dan lain-lain
untuk membangunkan perlombongan petroleum dan industri asas petrokimia di Malaysia

vi. Membangunkan infrastruktur dan prasarana

Kepentingan sektor perlombongan dapat membangunkan infrastruktur dan prasarana bagi keperluan untuk
kerja-kerja pengeluaran, pemasaran hasil dan pembangunan sumber. Di samping itu, kemudahan ini dapat
digunakan oleh penduduk tempatan seperti jalan raya, jalan kereta api, kemudahan pelabuhan, kemudahan elektrik
dan lain-lain. .Sebagai contoh kegiatan perlombongan bijih timah suatu masa dahulu telah mewujudkan jalan kereta
api dari Taiping ke Port Weld. Jalan raya juga diwujudkan dari Batu Gajah – Kampar – Ipoh, pembangunan
pelabuhan untuk mengeksport hasil-hasil perlombongan seperti Pelabuhan Klang, Pulau Pinang, Miri, Lutong dan
lain-lain.

vii. Meningkatkan proses pembandaran

Kepentingan sektor perlombongan terakhir adalah meningkatkan proses pembandaran.Ia menggalakkan


pusat-pusat pertumbuhan baru seperti pekan, bandar, dan pelabuhan.Pusat tumpuan pekerja dan penduduk,
penempatan dan dilengkapi dengan pelbagai perkhidmatan yang diperlukan.Contohnya, Miri, Bintulu, Lutong dan
Kerteh pembandaran hasil dari industri memproses gas asli dan sumber petroleum.

Masalah Yang Dihadapi Dalam Sektor Perlombongan

i. Longgokan galian semakin berkurangan

Sektor perlombongan menghadapi masa depan gelap kerana galian adalah sumber yang boleh pupus dan
tidak boleh diperbaharui. Timbunan arang batu, bijih timah dan emas sudah pupus dan lombong emas dan arang
batu di Semenanjung Malaysia telah pun ditutup. Simpanan petroleum dijangka habis dalam 20-30 tahun. Rizab
bijih timah boleh tahan kira-kira 20 tahun sahaja.

ii. Harga komoditi perlombongan tidak stabil

Harga komoditi perlombongan tidak stabil kerana bergantung kepada pasaran dunia. Kadang kala
harganya tinggi untuk tempoh tertentu dan menjunam jatuh pada tahap yang rendah. Keadaan ini memberi kesan
tidak menentu kepada ekonomi sesebuah negara. Misalnya minyak RON 95 pada tahun 1991 ialah sebanyak
RM1.13 seliter dan meningkat kepada RM2.70 pada 2008 dan jatuh pula kepada RM1.80 pada 2009 di
Semenanjung Malaysia.

iii. Kekurangan tenaga buruh

Sektor perlombongan juga menghadapi masalah kekurangan tenaga buruh sama ada mahir atau tidak
mahir. Kekurangan tenaga buruh menyebabkan sektor perlombongan mengalami penurunan dalam produktiviti.
Tambahan golongan belia suka bekerja di di sektor perindustrian di kawasan-kawasan bandar besar yang memiliki
suasana kerja yang lebih bersih dan menarik berbanding bekerja sektor seperti perlombongan bijih timah. Di
samping itu, kekurangan jurutera tempatan dan permintaan tinggi di peringkat antarabangsa dalam industri
petroleum dan gas menjadi satu masalah serius dalam usaha pengisian tenaga kerja di Sarawak.

iv. Kos pengeluaran meningkat akibat kenaikan kos

Kos pengeluaran dalam sektor perlombongan juga meningkat. Kos jentera dan mesin serta alat ganti
meningkat seperti pam kelikir, kapal korek, alat pengerudian, saluran dan sebagainya. Di samping upah buruh juga
semakin tinggi berbanding dengan tahun-tahun lepas. Ini menyebabkan keutungan pelabur semakin berkurangan.
Hal ini menyebabkan sebahagian lombong bijih timah telah ditutup di sekitar lembah Kelang.

iv. Saingan daripada bahan galian lain

Sektor perlombongan menghadapi persaingan antara negera pengeluar dan bahan-bahan lain. Persaingan
ini menyebabkan harga ditawarkan lebih murah dan mengurangkan keuntungan pengusaha atau pelabur. Contoh
perlombongan bijih timah Malaysia bersaingan dengan negara Bolivia, perlombongan petroleum Malaysia bersaing
dengan negara pengeluar minyak lain seperti Kuwait, Arab Saudi, Venezuala dan lain-lain. Di samping itu, bijih
timah juga menghadapi persaingan dengan bahan-bahan lain yang lebih murah seperti aluminium dan plastik.

vi. Kemusnahan alam sekitar


Aktiviti perlombongan menyebabkab berlaku kemusnahan alam sekitar. Aktiviti ini menyebabkan
berlakunya masalah pencemaran udara, air, tanah dan sebagainya. Contohnya kesan perlombongan bijih timah di
sekitar Ipoh, Perak menyebabkan berlakunya tanah terbiar dan tandus

Langkah-Langkah Untuk Memaju Dan Membangunkan Sektor Perlombongan Di Malaysia.

i. Mengurangkan pergantungan

Mengurangkan pergantungan dan menjimatkan penggunaan mineral terutamanya petroleum sebagai bahan bakar.
Penggunaan sumber alternatif seperti tenaga solar untuk menyalakan lampu terutamanya di kawasan pedalaman

ii. Mempergiatkan usaha mencari gali

Mempergiatkan usaha mencari gali untuk mengesan longgokkan baru seperti yang dijalankan oleh PERTRONAS
dan Perbadanan Perlombongan Malaysia (MMC). Contohnya, penemuan kawasan blok baru di luar pantai Sabah
dan Sarawak. Di samping itu, usaha ini dilakukan juga sehingga ke Alaska, Amerika utara oleh syarikat minyak
antarabangsa bagi mengatasi kekurangan bekalan petroleum

iii.Menggunakan teknologi moden

Menggunakan teknologi moden dalam mempertingkatkan kecekapan perlombongan serta cara pemprosesan sumber
mineral untuk elakkan pemba-ziran. Contohnya seperti penggunaan satelit untuk mengesan kawasan yang kaya
dengan sumber-sumber petroleum di luar pantai Malaysia. . Selain itu, teknologi memproses yang lebih moden
dapat memastikan sumber seperti bijih timah dapat diproses dengan lebih baik tanpa pembaziran.

iv.Memperkenalkan sumber tenaga baru

Memperkenalkan sumber tenaga baru seperti tenaga suria, tenaga biomass, tenaga thermal dan hidro elektrik.
Kebanyakan sumber tenaga baru, boleh diperbaharui dan tidak akan pupus walaupun digunakan secara berterusan.
Di samping itu, sumber ini lebih mesra alam berbanding dengan sumber kovensional.

v. Mengitar semula bahan

Mengitar semula bahan. Program kitar semula bahan-bahan hasil perlmbongan dapat mengurangkan aktiviti
perlombongana yang boleh mencemar alam sekitar. Bahan besi terpakai seperti kenderaan, tin, bateri, zink dan
sebagainya boleh diproses untuk dijadikan bahan yang baru. Contohnya, kilang Perwaja di Teluk kalong, Kemaman
Terengganu.

vi.Kerjasama dengan Negara lain.

Kerjasama dengan Negara lain. Kepentingan kerjasama ini dapat memajukan sektor perlombongan pada masa akan
datang. Contohnya Malaysia mengadakan kerjasama dengan negara OPEC (Pertubuhan negara-negara pengeksport
petroleum). Kerjasama ini bertujuan memastikan kestabilan harga minyak di pasaran dunia. Di samping itu,
pertubuhan dapat menjadi tempat perbincangan berkaitan dengan petroleum.

Penggunaan Teknologi Moden Dapat Memaju Dan Memperkembangan Sektor Perlombongan Di Malaysia

i) Gerudi

Gerudi ialah salah alat yang digunakan untuk mengorek lapisan batuan yang keras. Alat ini dibuat daripada
bahan besi yang tahan hakis. Gerudi boleh menembusi lapisan batuan sehingga 100 kaki dari permukaan bumi.
Proses mengorek akan berhenti apabila kerja-kerja tersebut ke kawasan takungan atau telaga minyak atau gas asli.
Tegasnya, dengan adanya teknologi penggerudian ini, aktiviti perlombongan petroleum dan gas asli berkembangan
dengan pesat. Contohnya pada 1973 jumlah penggeluaran minyak mentah telah meningkat kepada 90,000 tong
sehari.
ii) Kapal tangki

Kapal tangki adalah satu teknologi pengangkutan untuk memunggah petroleum mentah daripada pelantar pengeluar
minyak yang telah di luar pantai ke pusat penapisan minyak di daratan. Contoh di pusat penapisan kertih
Terengganu. Kapal ini dapat membawa beribu-ribu tong minyak mentah. Dengan pengunaan kapal tangki, dapat
mempercepatkan penghantaran minyak ke pusat-pusat penapisan seperti di Tangga Batu, Melaka.

iii) Paip Dasar laut

Penggunaan paip dasar laut memudahkan proses penghantaran petroleum dan gas asli dari pelantar ke pusat
penapisannya selain daripada penggunaan kapal tangki. Di samping teknologi paip juga digunakan untuk
menghantar minyak yang telah ditapis ke pusat simpanan sementara dihantar kepada pengguna.

iv) Pelantar Pengeluaran Minyak

Pelantar pengeluaran minyak adalah satu binaan konkrit didirikan di tengah lautan. Pelantar ditempatkan alat
penggerudian, tangki simpanan sementara, tempat pendaratan helikopter, pejabat pentadbiran, tempat rehat pekerja.
Dengan ini, kerja-kerja pengeluaran minyak mentah dapat dijalankan sepanjang masa. Contoh pelantar seperti
Pelantar Parameswara dan pelantar Duyong di luar pantai Terengganu.

Kesan-Kesan Pembangunan Dan Perkembangan Sektor Perlombongan Atau Industri Perlombongan Kepada
Komponen Alam Sekitar Fizikal.

i) LITOSFERA

a. Perubahan pandang darat fizikal

Kesan-kesan pembangunan dan perkembangan sektor perlombongan kepada alam sekitar fizikal ialah
perubahan pandang darat fizikal yang ketara. Aktiviti kegiatan perlombongan telah mewujudkan sebuah pandang
darat yang berbeza dari keadaan sebelumnya. Keadaan ini berlaku di kawasan yang digali untuk kegiatan
perlombongan, pandang darat seperti lekukan, lubang, kolam dan tasik sering kelihatan. Manakala di kawasan cerun
bukit pula kesan-kesan pemotongan, penarahan, ketulan-ketulan tinggalan sering didapati. Contohnya,
perlombongan bijih timah di sekitar Ipoh, Taiping, Larut dan lain-lain telah mewujudkan pandang darat baru seperti
kolam, lubang dan tasik. Selain itu, pelombongan kuari di sekitar Selangor contohnya di Sg. Penchala, Bt. Cave dan
lain-lain yang telah menghasilkan bukit gondol, batu tongkol dan batu sisa.

b. kehilangan tanah penutup yang subur(Top Soil)

Selain daripada itu, kesan-kesan sektor perlombongan ialah kehilangan tanah penutup iaitu Top Soil. Kesan
penggondolan kawasan memudahkan hakisan tanah berlaku dan dengan itu tanah penutup yang subur dibawa
bersama aliran air permukaan. Kesannya kawasan tersebut hanya tinggal satu lapisan kasap yang tidak subur dan
tidak sesuai untuk kegiatan pertanian. Contohnya, lapisan pasir yang ditinggalkan hasil daripada aktiviti
perlombongan bijih timah di beberapa kawasan sekitar Taiping, Ipoh, dan Kinta adalah tidak subur dan tidak sesuai
untuk pertumbuhan tanaman. Ini menjadikan kawasan tersebut tandus.

c. Menggalakkan hakisan dan kerosakan cerun bukit

Kesan yang berikut ialah menggalakkan hakisan dan kerosakan cerun bukit. Penggondolan dan pendedahan
kawasan mengakibatkkan struktur dan komposisi tanah musnah akibat aktiviti perlombongan yang dijalankan ke
atasnya. Selain itu, kejadian hakisan tanah, kesotan tanah dan tanah runtuh sering berlaku di kawasan perlombongan
yang melibatkan kawasan tanah tinggi.Contohnya, perlombongan tembaga di Bukit Mamut (Sabah) menggalakkan
kejadian tanah runtuh dan hakisan tanah di kawasan tersebut. Kesan kejadian tersebut, Sungai Mamut dipenuhi oleh
sadimen-sedimen dan mencetekkan sungai tersebut.

ii) ATMOSFERA

a. Pencemaran udara
Kesan seterusnya ialah pencemaran udara. Perlombongan kuari melalui pemecahan batuan mengakibatkan
partikal-partikal terampai (PM10) seperti habuk dan debu terapung di udara. Selain itu, asap-asap dari jentera dan
kenderaan pengangkutan melombong juga menjadi penyumbang kepada pencemaran udara. Aktiviti perlombongan
kuari di Batu Cave dan Sungai Penchala di Selangor sering mengakibatkan habuk dan debu, serta menjadi punca
kejadian jerebu.Contohnya, pelepasan asap dari kilang memproses gas asli di kawasan industri di Paka dan Kerteh
mengakibatkan pencemaran udara.

iii) HIDROSFERA

a. merosakkan ekosistem air semulajadi

Kegiatan perlombongan boleh merosakkan ekosistem air semulajadi. Tumpahan minyak dan pembuangan sisa
terutamanya dari atas pelantar ke laut dan kerja penggerudian minyak dan gas asli di dasar laut. Selain itu, hal ini
juga boleh berpunca daripada kerosakan kapal tangki dan kebocoran salur paip minyak mengakibatkan pencemaran
laut. Penggunaan raksa dalam kegiatan pengasingan bijih timah mengakibatkan bahan kimia tersebut memasuki
sistem hidrologi semulajadi dan menyebabkan pencemaran sungai.

b. Memusnahkan kawasan tadahan hujan

Kegiatan perlombongan di kawasan hutan seringkali mengakibatkan kemusnahan kawasan tadahan hujan.Keadaan
ini menyebabkan jumlah hujan berkurangan di kawasan tadahan dan seterusnya mengurangkan kapasiti air di dalam
alur sungai. Seterusnya mengganggu punca air ke sungai-sungai utama dan juga sumber air empangan.Contohnya
kegiatan perlombongan yang dijalankan di Sokor, Tanah Merah (Kelantan) telah mengakibatkan kerosakan kawasan
tadahan hujan yang menjadi punca air ke Empangan Pergau.

iv) BIOSFERA

a. kemusnahan habitat dan ekosistem semulajadi flora dan fauna

Kegiatan perlombongan seringkali mengakibatkan kawasan yang luas diterokai. Penerokaan ini melibatkan kerja-
kerja pembinaan kawasan Bandar baru, kilang memproses petroleum dan gas asli, jalan raya dan sebagainya.
Akhirnya mengakibatkan kemusnahan habitat dan ekosistem semulajadi flora dan fauna. Ini secara tidak langsung
mengakibatkan kepupusan sumber bermutu dari hutan yang tiada nilainya.Contohnya perlombongan emas secara
haram di Hutan Simpan Mersing telah mengakibatkan kawasan hutan seluas 2 hektar dimusnahkan dan
perlombongan petroleum di dasar laut.

Langkah-Langkah Mengurangkan Kesan Negatif Kegiatan Perlombongan Terhadap Alam Sekitar

i) Langkah Perundangan

Menghadkan kouta pengeluaran petroleum,pemberian lesen dan konsesi cari gali petroleum di kawasan atau medan
petroleum yang baru mestilah dilaksanakan agar simpanan sumber ini dijamin berterusan dan tidak dieksploitasi
sepenuhnya dalam jangka masa yang singkat.

Kawalan drpd pihak brkuasa sprti Pejabat Tanah dan Galian (PTG) pula mengawal aktiviti cari gali sumber-sumber
mineral seperti emas serta aktiviti perlombongan kauri dan pecah batu melalui pemberian lesen dan syarat yang
ketat.Selain itu tindakan tegas diambil kepada mana-mana syarikat yang melanggar peraturan yang ditetapkan
seperti mengenakan denda atau kompaun yang tinggi, menyita premis, menggantung atau membatalkan operasi dan
memenjarakan pihak-pihak yang terlibat melanggar peraturan tersebut.

Laporan EIA wajib disediakan oleh syarikat yang ingin mengusahakan sebarang aktiviti perlombongan. Laporan
tersebut berkaitan jangkaan kesan terhadap alam sekitar serta langkah mengatasinya yang perlu disediakan oleh
pemaju sebelum projek tersebut diluluskan oleh pihak berkuasa. pihak berkuasa boleh menangguh atau membatal
projek tersebut jika tidak menepati piawaian EIAdan jika didapati melanggar syarat-syarat EIA maka JAS boleh
mengambil tindakan undang-undang yang tegas.

ii) Amalan Pengurusan Strategik


Menjalankan kerja-kerja pembersihan seperti pembersihan laut, pantai, dan sungai jika didapati pencemaran laut,
pantai, dan sungai berlaku. Kerja-kerja pembersihan ini mestilah dijalankan secara bersepadu antara syarikat yang
terbabit dgn JAS. Di samping itu, menguatkan kembali struktur cerun bukit yang telah rosak akibat kerja kauri dan
pecah batu. Benteng konkrit atau groin dan gabion mestilah dibina utk mengelakkan kejadian hakisan tanah dan
tanah runtuh di kws cerun bukit yg terlibat dgn perlombongan kauri dan pecah batu berkenaan.

iii) Kempen Dan Pendidikan Alam Sekitar

Kempen secara berterusan dan bersepadu antara angensi kerajaan, pihak swasta, badan bukan kerajaan dan
masyarakat perlu diadakan. Kempen boleh diadakan melalui media massa iaitu media cetak dan media elektronik.
Aktiviti gotong-royong membersihkan pantai dari tumpahan minyak, mengedarkan risalah dan sebagainya.

Pendidikan alam sekitar boleh dilakukan dengan mengadakan seminar, forum, dialog di kalangan pengusaha
perlombongan dengan pihak kerajaan. Hal ini bertujuan memberikan kesedaran kepada semua masyarakat terhadap
tanggungjawab menjaga alam sekitar.

SUMBER TENAGA GANTIAN

Maksud Sumber Tenaga Fosil Dan Sumber Tenaga Alternatif/Gantian

Sumber tenaga fosil merujuk kepada mineral yang dilombong untuk menghasilkan bahan api atau sumber kuasa .
Contoh sumber tenaga fosil ialah petroleum,gas asli dan arang batu.

Sumber tenaga alternatif/gantian merujuk sumber yang digunakan untuk menggantikan tenaga konversional yang
semakin pupus. Antara contoh tenaga alternatif ialah tenaga hidroelektrik, tenaga suria, tenaga biojisim, tenaga
ombak dan sebagainya

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Sumber Tenaga Alternatif Di Malaysia

i. Penyusutan bekalan sumber tenaga konvensional (tenaga fosil)

Salah satu faktor yang menyebabkan penggunaan tenaga gantian ialah penyusutan bekalan sumber tenaga
konvensional (tenaga fosil). kadar eksploitasi yang berlebihan menyebabkan sumber ini dijangka habis antara
tempoh tertentu. Contohnya petroleum dijangkakan akan kehabisan dalam 40 tahun-50 tahun akan datang . Sektor
sumber tenaga konversional semakin berkurangan, tidak boleh diganti, dan tiada penemuan baru menyebabkan
tenaga gantian kepada sumber tenaga ini perlu dikaji.

ii. Mengurangkan kebergantungan sumber tenaga konvensional

Penggunaan tenaga gantian seperti biomas, ombak, dan sebagainya dapat mengurangkan kebergantungan dan
penggunaan yang melampau kepada sumber tenaga konvensional yang jelas merbahaya serta banyak menimbulkan
kesan negetif kepada alam sekitar. Akibat terlalu bergantung kepada sumber tenaga bahan api fosil maka kadar
pencemaran udara semakin meningkat.Pembebasan karbon dioksida yang berlebihan menyebabkan berlakunya
pemanasan global,hujan asid,dan sebagainya. Terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor
Bharu dan Ipoh.

iii. Sumber tenaga gantian lebih bersih

Sumber tenaga gantian lebih bersih,tidak mencemarkan alam sekitar,sentiasa berterusan atau tidak pupus (sumber
tenaga yang boleh diperbaharui),kos penyelenggaraan murah,mudah dialir dan dipindahkan,dan lain-lain lagi.
Contohnya seperti tenaga solar telah dibangunkan di kawasan pedalaman Pahang untuk mengatasi masalah bekalan
elektrik dan sistem telekomunikasi.

iv. Kemajuan dalam bidang sains dan teknologi


Selain itu, kemajuan dalam bidang sains dan teknologi juga mempengaruhi perkembangan sumber tenaga
gantian.Dengan adanya kemajuan dalam sains dan teknologi,sumber tenaga gantian yang lebih baik dibandingkan
tenaga konvensional berjaya ditemui.

v. Sumber-sumber tenaga gantian untuk pelbagai penggunaan

Sumber-sumber tenaga gantian yang ditemui dibangukan untuk pelbagai penggunaan khususnya dalam
membekalkan tenaga elektrik.

Masalah-Masalah Yang Dihadapi Untuk Memajukan Sumber Tenaga Alternatif

i. Lokasi sumber terletak jauh di kawasan pedalaman

Antara masalah yang dihadapi untuk memajukan sumber tenaga alternatif dari segi tenaga hidroelektrik ialah lokasi
sumber.Pengeluaran yang terletak jauh di kawasan pedalaman iaitu di kawasan hulu sungai seperti di
Sarawak,Pahang,Terengganu dan Kelantan. Kawasan ini biasanya sukar di hubungi atau mempunyai darjah
ketersampaian yang rendah .Keadaan ini akan meningkatkan kos pembinaan dan penghantaran tenaga ke kawasan
sumber .Hal ini seterusnya meningkatkan kos pengeluaran kepada pengguna.

ii. Memerlukan modal yang besar

Antara masalah yang kedua pula ialah modal. Sumber tenaga ini memerlukan modal yang besar yang mungkin
menelan belanja jutaan ringgit di perlukan untuk pembinaan sesebuah empangan seperti projek hidroelektrik Bakun.
Dalam hal ini keupayaan kewangan Negara untuk menampung projek-projek mega masih lagi terhad.

iii. Kekurangan tenaga pakar

Selain itu,keupayaan teknologi yang rendah dalam negara tidak dapat mengoptimumkan pengeluaran sumber tenaga
hidroelektrik di Malaysia .Negara juga terpaksa mendapatkan khidmat kepakaran asing dan teknologi dari luar
Negara seperti Jepun bagi mengeksploitasi sumber hidro tersebut.

Kesan-Kesan Pembangunan sumber Alternatif [Empangan Keh] Kepada Komponen Alam Fizikal

i.) Litosfera

kesan pembangunan sumber alternatif (kuasa hidroelektrik) kepada alam sekitar melalui litosfera menyebabkan
berlakunya pelbagai bentuk muka bumi di kawasan tanah tinggi. selain itu berlaku kewujudan pelbagai kesan-kesan
lekukan tasik, tasik menakung air, cerun-cerun bukit yang musnah akibat kesan-kesan pemotongan penarahan dan
tinggalan ketulan-ketulan batuan.Terdapat juga perubahan pandang darat dari segi kemusnahan hutan yang berlaku
akibat aktiviti membina empangan. Contohnya empangan Pergau di Jeli, Kelantan.

ii.) Atmosfera

kesan pembangunan sumber alternatif (kuasa hidro) alam sekitar melalui atmosfera menyebabkan berlakunya
pelbagai fenoemena iklim dan cuaca seperti suhu,hujan,tekanan udara,kelembapan udara,tiupan angin dan lain-lain.
Peningkatan suhu akan berlaku disebabkan penebangan hutan untuk membina empangan. Di samping itu, berlaku
arah perubahan tiupan angin di kawasan tersebut.

iii.) Hidrosfera

kesan pembangunan sumber alternatif (kuasa hidro) alam sekitar terhadap hidrosfera menyebabkan 70% kawasan
empangan dilitupi air. Keadaan ini akan menyebabkan mudah berlaku proses sejatan air. Awan-awan akan
terbentuk dan boleh bertukar menjadi hujan yang lebat di sekitar kawasan tersebut. Akhirnya terpaksa menampung
bekalan air yang banyak. Contohnya, empangan Bakun di Sarawak jika pecah akan memusnahkan kawasan seluas
negara Singapura.

iv.) Biosfera
Pembangunan sumber tenaga alternatif seperti KEH boleh memusnahkan sistem ekologi daratan dan akhirnya akan
bertukar sistem ekologi akuatik. Kesannya menyebabkan kemusnahan atau perubahan habitat dari hutan kepada
habitat air. Misalnya gajah-gajah dari sekitar Tasik Kenyir dipindahkan ke taman negara Pahang. Di samping itu,
berlakunya kemusnahan rantaian makanan daratan kesan penenggelaman pokok-pokok yang berfungsi sebagai
pengeluar makanan utama dalam ekosistem hutan. Selain itu, hal ini boleh menjejaskan kehidupan masyarakat asli
yang bergantung hidup kepada kegiatan mengutip hasil-hasil hutan dan memburu binatang.
e) Perindustrian

TABURAN LOKASI INDUSTRI PERKILANGAN DI MALAYSIA.

A.  Jenis industri bukan berasaskan sumber


           
Jenis industri Keluaran Lokasi
Industri baranganŸ   radio, televisyen, peti sejuk, penyaman Bayan Lepas, Pulau Pinang.
elektrik dan udara, pemain cakera padat, penyedut Shah Alam,Selangor
elektronik hampa gas, pengesar elektrik, lampu, Batu Berendam, Melaka
komputer, telefon, transistor elektronik. Tawau,Sabah
Pending, Sabah.
Industri automotif. kereta proton waja, proton perdana, Ÿ      Shah alam dan pekan.
proton wira, proton iswara, dan proton Serendah di selangor
satria. Gurun di kedah
Kereta perodua kancil, kenari, kelisa, Kulim, kedah
dan kembara.
Motosikal kriss, jaguh  dan karisma
Van dan trak (inokom)

B.Jenis industri berasaskan sumber

Jenis industri Keluaran Lokasi


Industri berasaskan Kayu,venir,perabut,pintu Ÿ   Pagoh
kayu rumah,kotak,bot Ÿ   Bukit Rambai,Melaka
Industri berasaskan Tayar,tilam,kasut,paip Ÿ   Shah Alam dan Petaling Jaya ,Selangor.
getah getah,sarung tangan Ÿ   Senawang, Negeri Sembilan
Ÿ   Kulim,Kedah
Industri berasaskan Minyak Ÿ   Shah Alam dan Petaling Jaya, Selangor
kelapa sawit masak,sabun,lilin,marjerin Ÿ   Perai dan Mak Mandin,Pulau Pinang
Ÿ   Kulim,Kedah
Ÿ   Pasir Gudang,Johor
Industri menapis Petrol ,diesel dan gas, minyak Ÿ   Kerteh,Terengganu dan Gebeng, Pahang
petroleum dan pesawat,minyak pelincir,minyak Ÿ   Lutong dan Bintulu,Sarawak
mencair gas asli tar Ÿ   Port Dickson,Negeri Sembilan
Ÿ   Pulau Bunting-Yan,Kedah
Industri berasaskan sabun,bahan pencuci,barangan Ÿ   Shah  Alam,Petaling Jaya
kimia kosmetik,racun serangga dan Ÿ   Kerteh.Terengganu
rumpai,baja pertanian Ÿ   Bintulu,Sarawak
Ÿ   Pasir Gudang, Johor
Industri makanan makanan dalam tin, minuman, Ÿ   Shah Alam dan Petaling Jaya, Selangor
dan minuman biskut, kek dan roti, rempah, jem
Ÿ   Perai dan Mak Mandin,Pulau Pinang
Ÿ   Menglembu, Perak
Ÿ   Ayer Keroh,Melaka
3. JENIS-JENIS INDUSTRI PERKILANGAN DI MALAYSIA.

i.) Industri memproses

Contoh:
Industri memproses kelapa sawit dan getah asli, memproses koko, lada, hitam, minyak kelapa sserta industri
memproses kayu balak dan kilang perabut.

ii.) Industri pembuatan

Contoh :
a. Industri bukan berasaskan sumber
-Industri barangan elektrik dan elektronik ( radio, lampu,komputer)
-Industri automotif (kereta Proton waja, Perodua Kancil)

b. Industri berasaskan sumber


-Industri berasaskan kayu (kayu lapis, perabut, bot)
-Industri berasaskan getah (tayar, tilam ,sarung tangan
-Industri berasaskan kelapa sawit (minyak masak, sabun)
-Industri menapis petroleum dan mencair gas asli (petrol,diesel dan gas, minyak pesawat, minyak tar.)
-Industri berasaskan kimia (cat, bahan pencucui baja pertanian)
-Industri makanan dan minuman (makanan dalam tin, minuman,rempah ).

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Perkembangan Pesat Sektor Perkilangan Di Malaysia.

(1) Kemerosotan sumbangan komoditi utama.

Kemerosotan dalam sumbangan komoditi utama seperti sektor pertanian, pembalakan dan perlombongan bijih
timah relatif dengan sektor perkilangan.sumbangan KDNK sebelum 1990 adalah dari keluaran komoditi utama. Kini
peranan tersebut telah diambil alih oleh sektor perkilangan terutama sektor pembuatan.Keadaan ini bukan bererti
pengeluaran komoditi utama merosot tetapi disebabkan peratus pengeluaran lebih kecil dibandingkan dengan
sumbangan sektor perkilangan.

(2) Dasar kerajaan atau polisi kerajaan

Sektor perkilangan telah dikembangkan dengan mengadakan pomosi, galakan pelaburan, pemberian taraf perintis,
mewujudkan zon dagangan bebas (FTZ), dan lain-lain intensif disamping memperbaiki kemudahan asas dan
perkhidmatan. Dengan adanya galakan-galakan ini, pelaburan dari luar negara dan dalam negara kian meningkat
dalam sektor perkilangan dan telah memberikan sumbangan terbesar kepada KDNK Malaysia.

(3) Faktor modal.

Faktos modal turut memainkan peranan penting dalam mengembangkan sektor industri perkilangan di Malaysia.
Kestabilan politik jangka panjang telah menarik kemasukkan modal asing untuk melabur didalam pelbagai jenis
industri perkilangan di Malaysia. Dana tempatan pula daripada pinjaman kerajaan dan intitusi kewangan setempat
juga semakin meningkat. Kilang-kilang dapat didirikan di jaluran atau koridor industri pantai barat dan pantai timur
Semenanjung Malaysia dengan modal yang ada.

(4) Faktor teknologi.

Dengan adanya kemajuan teknologi, pemindahan teknologi, kepakaran, dan R&D dibidang perkilangan dalam
pelbagai peringkat pengeluaran akan mengembangkan sektor ini. Peningkatan teknologi ini membolehkan
pengeluaran kilang menjadi lebih berkualiti dan menjamin permintaan yang tinggi di pasaran.
(5) Faktor buruh.

Penawaran buruh tempatan yang murah dan banyak khususnya yang berkaitan dengan operator pengeluaran menjadi
daya tarikan pelabur untuk menanam modal dalam sektor perindustrian. Penawaran buruh yang murah akan
menjimatkan kos pengeluaran perindustrian. Penawaran buruh murah di Malaysia, adalah dari kalangan penduduk
muda yang menjadi sebahagian besar komposisi penduduk Malaysia. Contonya kilang-kilang elektronik banyak
menggunakan tenaga buruh wanita sebagi operator pengeluaran.

(6) Faktor pasaran.

Saiz pasaran yang luas dari dalam dan luar negara terhadap produk perkilangan mempengaruhi perkembangan
sektor perkilangan. Pasaran pula bergantung kepada saiz penduduk, kuasa beli pengguna serta kualiti barangan
industri yang dikeluarkan. Keluaran barangan industri di Malaysia bukan sahaja berkualiti malaah begitu kompetetif
untuk bersaing di pasaran antarabangsa. Contohnya Malaysia menjadi pengeluaran terbesar alat hawa dingin di
dunia dan mendapat pasaran yang cukup baik di negara-negara timur tengah. Produk yang lain juga telah berjaya
dipasarkan dengan meluas di Amerika Syarikat, pasaran negara Eropah dan lain-lain.

Kepentingan Sektor Perkilangan Dalam Pembangunan Ekonomi Dan Sosial.

Sektor perkilangan dapat menawarkan peluang pekerjaan yang luas kepada penduduk setempat dalam pelbagai
peringkat dalam kerja perindustrian seperti pemprosesan , pengeluaran, pemasangan.Ianya akan dapat meningkatkan
taraf hidup dan pendapatan penduduk, sebagai contoh sektor pembuatan seperti elektrik dan elektronik, tekstil
menyediakan peluang pekerjaan yang banyak kepada penduduk di kawasan terebut.

Sektor perindustrian menyumbang kepada pendapatan negara dan pertumbuhan pesat ekonomi serta Keluaran Kasar
Dalam Negara(KDNK).Ianya akan menjadikan ekonomi negara lebih kukuh.Selain itu ia akan turut menyumbang
kepada pendapatan eksport negara dan seterusnya dapat memperbaiki defisit imbangan dagangan negara.Contoh
barangan yang banyak di eksport seperti kereta nasional,alat penghawa dingin dan lain-lain.

Membantu perkembangan teknologi dan R&D dalam negara.,Melalui pemindahan teknologi,kepakaran dan mobiliti
buruh mahir serta dapat mempercepatkan program pembangunan dan penyelidikan . Industri perkilangan bergantung
kepada HITEC dan inovasi baru untuk kekal dalam pasaran antarabangsa sebagai contoh Malaysia mendapat
pemindahan teknologi dan kemahiran tinggi daripada negara Jepun dan Jerman.

Membantu perkembangan industri yang berkaitan (industri hiliran) seperti sektor perkhidmatan ,telekomunikasi dan
lain-lain.Industri perkilangan bertindak sebagai pemangkin kepada perkembangan sektor-sektor yang berkaitan
dengannya sebagai contoh industri pembuatan minyak masak ,sabun dan lilin akan membantu perkembangan
industri memproses minyak sawit.

Memperluaskan pasaran ke peringkat antarabangsa dan meningkatkan produk tempatan.Malaysia banyak barangan
terutama keluaran perkilangan berkaitan barangan elektrik,elektronik menembusi pasaran antarabangsa seperti
ASEAN dan APEC.Dengan cara ini Malaysia dapat memperolehi keuntungan yang lebih banyak.Ianya
menyebabkan saiz pasaran dalam negara juga berkembang pesat.

Mempercepatkan pembangunan fizikal dalam negara seperti pembangunan infrastruktur,pembangunan kemudahan


sosial dan sebagainya.Kewujudan kawasan kilang dapat menyediakan pelbagai kemudahan asa kepada penduduk
seperti perumahan ,perkhidmatan dan perhubungan .ianya juga mewujudkan bandar industri seperti bandar baru
Nilai dan Shah Alam.Begitu juga dengan lebuh raya KESAS untuk mempercepatkan pengangkutan barangan
industri daripada Shah Alam.
Masalah-Masalah Yang Dihadapi Untuk Pembangunan Sektor Perindustrian.

Masalah kekurangan modal atau kredit yang tidak mencukupi untuk menjalankan operasi kilang secara besar-
besaran dan berdaya saing .Ia merupakan masalah yang utama.Ini menyebabkan sebahagian besar modal untuk
menjalankan sektor perindustrian adalah bergantung kepada pemodal asing.Kekurangan modal ini adalah
disebabkan olehsukar mendapat pinjaman kredit daripada bank tempatan dan keuntungan pusingan modal yang
berpunca daripada kadar pulangan dan keuntungan yang rendah.

Kekurangan tenaga mahir yang mana mewujudkan persaingan untuk mendapatkan pekerja mahir & berpendidikan
yang lebih tinggi.Persaingan yang wujud bukan hanya dengan firma-firma besar dari luar negara tetapi juga sektor-
sektor lain dalam negara.Kekurangan pekerja mahir menyebabkan sektor perkilangan tidak mampu mengeluarkan
produk-produk yang lebih berkualiti dan berdaya saing menyebabkan produk keluaran negara Malaysia di pasaran
menjadi lemah.

Masalah kekurangan bahan mentah adalah disebabkan oleh kekurangan bekalan bahan mentah di pasaran.Ini adalah
kerana apabila bahan mentah berkurangan ia akan menyebabkn berlakunya peningkatan harga bahan mentah di
pasaran dan seterusnya meningkatkan kos pengeluaran.Kekurangan bahan mentah adalah disebabkan oleh bahan
mentah yang memang tidak mencukupi untuk menampung permintaan dalam pasaran tempatan menyebabkan bahan
mentah tidak dapat dibekalkan dengan segera dan menganggu operasi kilang.

Masalah harga di pasaran antarabangsa timbul disebabkan oleh produk kilang yang kurang berkualiti dan kurang
daya saing berbanding dengan produk kilang daripada negara lain.Keadaan ini adalah disebabkan oleh penggunaan
teknologi yang rendah dan bahan tidak bermutu serta rekabentuk yang tidak menarik.Ianya menyebabkan harga
pasaran produk menjadi rendah dan pengeluaran syarikat menjadi merosot Masalah harga juga disebabkan oleh
persaingan produk dengan produk-produk yang lebih baik dari negara lain.

Masalah kekurangan infrastruktur.Kemajuan perusahaan perkilangan juga bergantung kepada faktor –faktor
sokongan .Kekurangan pembangunan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya ,jalan kereta api dan sebagainya
menyebabkan perkembangan industri terbantut.Kekurangan infrastruktur bukan sahaja menyebabkan bahan mentah
sukar di bawa masuk tetapi juga barangan yang siap kilang sukar untuk dipasarkan ke pasaran dengan cepat dan
berkesan.Ini merugikan pengusaha terutama jika keluaran itu adalah barangan yang cepat rosak.

Masalah ketidakstabilan politik Keadaan politik yang kucar-kacir juga akan membantutkan perkembangan
perkilangan.Ini disebabkan pelabur-pelabur asing tidak akan mengambil risiko di negara yang tidak stabil politik.
Corak pemerintahan samada demokrasi, dan komunis juga akan mempengaruhi perkembangan perusahaan.

Langkah-Langkah Untuk Memaju Dan Membangunkan Sektor Perindustrian Di Malaysia.

Menggalakkan kemasukan pelabur asing. Ianya dibuat melalui pemberian taraf perintis di antara 5 tahun sehingga
10 tahun. Pemberian taraf perintis ini membolehkan pelabur tempatan dan pelabur asing yang menceburi bidang
baru akan mendapat pengecualian separuh bayaran cukai dalam tempoh lima tahun pertama.Memandangkan
keadaan sektor perindustrian yang ada kini adalah digerakkan oleh pelabur asing sama ada dari
Jepun,Korea ,Taiwan ,Amerika Syarikat dan Negara-negara Eropah.Walau bagaimanapun keadaan ini sebenarnya
boleh memberi kesan kepada ekonomi negara terutama apabila berlaku kegawatan ekonomi yang akan
menyebabkan ramai pelabur yang hilang keyakinan dan menarik keluar pelaburan ke negara lain.

Strategi kerajaan untuk memajukan industri ialah dengan menggubal Plan Induk Perindustrian
Negara(PIP).Memerikan taraf perintis dan menubuhkan zon perdagangan bebas (FTZ) yang mana ianya ditubuhkan
melalui kaedah pemberian insentif dan kemudahan kredit serta prasarana jika pelabur melokasikan kilang mereka di
kawasan yang ditetapkan seperti di kawasan Zon Perdagangan Bebas Bayan Lepas,Pulau Pinang. Seterusnya
kerajaan mengambil langkah mengenakan tarif kepada barangan import bagi melindungi pembuatan produk
keluaran Malaysia.
Meningkatkan bidang penyelidikan dan pembangunan(R&D). Pembangunan R&D dilaksanakan melalui cara
pemindahan teknologi,perkongsian kepakaran , latihan lanjutan ,pinjaman tenaga pakardan sebagainya.Bidang R&D
ini amat penting untuk menghasilkan inovasi-inovasi baru dan meningkatkan kualiti produk yang dikeluarkan bagi
mengekalkan daya saing dipasaran antarabangsa memandangkan citarasa pengguna yang semakin
berubah.Contohnya R&D dalam reka bentuk, sistem enjin dan aksesori kerta Proton yang di kemas kini dari semasa
ke semasa.

Memberi bantuan modal,subsidi dan khidmat nasihat. Ianya khusus kepad pelabur tempatan di bawah skim
IKS.Pelbagai kemudahan diberikan seperti Tabung Ushawan Kecil (TIKS) yang memberikan bantuan modal dan
khidmat bimbingan pengurusan.Kerajaan juga talah menubuhkan Syarikat Pemodalan Kemajuan Perusahaan
Malaysia Berhad (MIDF) untuk menambahkan dana atau modal tempatan. Ianya bertanggungjawab menawarkan
kemudahan kredit kepada sektor pembuatan seperti pinjaman modal,pinjaman ekuiti,pinjaman untuk membeli
menyewa kilang dan mesin.

Meluaskan pasaran antarabangsa dengan menjalinkan hubungan yang kukuh dan erat bagi mewujudkan sistem
pasaran yang adil,telus dan liberal seperti di dalam AFTA dan APEC. Keajaan juga sentiasa meneroka pasaran baru
seperti Timur Tengah dan Benua Afrika.Kerajaan turut menubuhkan MATRADE yang dipertanggungjawabkan
untuk mencari pasaran baru khusus bagi memasarkan keluaran barangan kilang Malaysia.

Kemudahan fizikal dan infrastruktur telah ditingkatkan pembangunannya.Antara kemudahan fizikal yang disediakan
ialah sistem jaringan jalan raya yang cekap dan sistematik,sistem telekomunikasi,bekalan air,tenaga elektrik dan
sebagainya dibina untuk melancarkan program pembangunan sektor perindustrian negara.Di samping itu kerajaan
turut mewujudkan Zon Perdagangan Bebas(FTZ)dan kawasan estet perindustrian sebagai usaha menarik pelabur
menanam modal kerana dikawasan tersebut disediakan oleh kerajaan seperti penawaran buruh murah sumber bahan
mentah yang banyak dan kemudahan asas yang lengkap.

Kesan-Kesan Pembangunan Dan Perkembangan Sektor Perindustrian Ke Atas Komponen Alam Sekitar Fizikal

i. LITOSFERA

Pembuangan sisa toksik dan bahan radio aktif boleh mengubah struktur tanih, hilang kesuburan. Perubahan
landskap(pandang darat) daripada landskap semulajadi contohnya kawasan hutan kepada landskap
budaya(pembinaan kilang, kemudahan infrastruktur, utiliti dsb). Menjadikan pandang darat berceranggah seperti
lokasi industri petro-kimia di Kerteh.

Kawasan tanah tinggi diratakan/diteres/ditarah untuk pembinaan kilang-kilang telah mendedahkan tanah kepada
agen-agen hakisan dan luluhawa dimana telah meningkatkan kadar air larian permukaan seterusnya meningkatkan
kadar hakisan tanah.

Pencemaran sampah sarap dari kilang-kilang, petempatan,perniagaan dsb akan membawa kepada pencemaran bau
dan wabak penyakit.

ii. ATMOSFERA

Meningkatkan kadar pencemaran udara dan jerebu melalui pembakaran bahan api fosil pelbagai bahan pencemar
seperti karbon dioksida, karbon monoksida, sulfur oksida (industri kimia) dan partikel-partikel terampai (PM10)
dalam atmosfera.

Aktiviti industri yang membebaskan gas-gas pencemar seperti karbon dioksida, karbon monoksida, sulfur oksida
memanaskan keadaan cuaca tempatan meningkatkan kejadian pulau haba (pemanasan setempat). Pulau haba bandar
disebabkan banyak kilang dibina di Bandar besar atau berhampiran. Indeks suhu sebagai satu komponen sumber
udara akan meningkat akibat daripada kepekatan karbon yang tinggi di atmosfera yang dilepaskan oleh pelbagai
punca industri. Haba yang terperangkap membolehkan mekanisme kesan rumah hijau berlaku sehingga
menyebabkan persekitaran khususnya di kawasan industri akan lebih panas.
iii. HIDROSFERA

Pencemaran sumber air permukaan seperti air sungai, tasik, paya, kolam, muara, laut melalui pembuangan bahan
enap cemar atau sisa industri ke dalam sumber air tersebut. Sisa-sisa industri yang dibuang dari kilang memproses
akan menyebabkan kandungan BOD dalam sungai meningkat, air menjadi keruh, berubah warna, berbau busuk,
beracun dan bertoksid. Lebihan ammonia dan bahan terlarut akan larut dalam air akan mengubah kandungan kimia
air dan menjejaskan organisma akuatik serta merosakkan rantaian ekosistemnya. Kuantiti oksigen terlarut (DO) akan
berkurangan boleh memusnahkan hidupan akuatik. Kadar ketersampaian cahaya akan terjejas akibat dari bahan
sedimen terampai seperti minyak & gris mengancam hidupan akuatik kerana proses fotosintesis terganggu.

iv. BIOSFERA

Pencemaran bau dan kebisingan dari jentera, mesin kilang mengganggu ketenteraman awam. Gangguan kesihatan
penduduk akibat fenomena pencemaran udara dan jerebu (kualiti udara rendah), pencemaran air, hujan asid dsb
memudaratkan kesihatan seperti penyakit gatal, barah kulit, asma, bronchitis dsb

Kesesakan lalulintas akan berlaku apabila pekerja kilang bertambah.Kesesakan berlaku apabila jumlah kenderaan
yang digunakan untuk berulang-alik ke tempat kerja bertambah. Kesannya masalah aliran trafik akan berlaku yang
boleh melambatkan perjalanan dan meningkatkan risiko berlaku kemalangan kepada penduduk sekitar dan pekerja
kilang sendiri.

Pertambahan tenaga buruh menyebabkan sesuatu kawasan seperti di bandar menjadi padat dan sesak. Keadaan ini
biasanya boleh menimbulkan pelbagai amsalah sosial seperti penyakit berjangkit, masalah jenayah, penyalahgunaan
dadah dsb.

Mewujudkan persaingan guna tanah mungkin menimbulkan konflik dengan kawasan petempatan penduduk,
kawasan pertanian, rekreasi dsb.

Langkah-Langkah Mengurangkan Kesan Negatif Industri Perkilangan Terhadap Alam Sekitar Fizikal

i. PERUNDANGAN

Langkah penguatkuasaan yang lebih ketat kepada mana-mana pengusaha atau syarikat yang mencemarkan alam
sekitar seperti kes pembuangan sisa toksid, mencemarkan sungai, mencemar udara, tanah dsb. Hukuman dan denda
maksimum perlu dikenakan kepada pesalah alam sekitar seperti mana yang diperuntukkan dalam Akta Kualiti Alam
Sekitar 1974. Selain itu, tindakan menggantung, menarik balik lesen operasi, menyita syarikat yang membuang sisa
efluen kilang tidak mengikut standard.

Langkah-langkah pemantauan, kawalan, penyeliaan yang lebih kerap dan tegas haruslah dilakukan oleh Jabatan
Alam Sekitar (JAS) berdasarkan Standard Kualiti yang ditetapkan. Mewajibkan laporan EIA kepada pengurusan
kilang dari masa ke semasa dan berterusan kepada pihak-pihak yang berwajib bagi menjamin industrinya sentiasa
mesra alam.

ii. PENGURUSAN

Pengurusan sisa toksik yang cekap dan berkesan seperti setiap kilang diwajibkan menyediakan takungan khas untuk
simpanan sisa toksik dan tidak membuang sisa tersebut ke dalam sungai,tasik atau sumber air yang lain. Sisa toksik
mesti dirawat dahulu sehingga risiko kesan sampingannya berada pada tahap yang paling minimum sebelum
dialirkan ke dalam sumber air.

Perlaksanaan R&D dalam konteks pengurusan sisa pepejal perlu dikembangkan dan diperluaskan oleh setiap
syarikat contohnya R&D dalam kitar semula bahan buangan agar tidak membazir. Industri yang melepaskan asap
pencemar melebihi standard kualiti yang dibenarkan oleh Akta Kualiti Alam Sekitar diwajibkan menggunakan
kaedah sebelum bahan-bahan pencemar tersebut dilepaskan ke udara contohnya system penapis di dalam serombong
asap agar kosentrasi bahan pencemar boleh terserak dan tidak terkumpul di dalam atmosfera setempat.
Peralihan kepada teknologi industri yang mesra alam dan tidak mencemarkan alam sekitar terutamanya dalam
konteks penggunaan tenaga, contohnya, kebergantungan kepada bahan api fosil seperti petroleum perlu
diminimakan dan lebih banyak bergantung kepada tenaga alternatif yang murah dan bersih seperti menggunakan
tenaga hidroelektrik, gas asli (NGV), tenaga solar.

iii. KEMPEN

Kempen kesedaran kepada pengusaha dan kakitangan sektor industri yang menjadi masyarakat industri tentang
pentingnya menguruskan alam sekitar dengan bijak dan cekap. Kempen boleh dilakukan dengan pelbagai cara
seperti projek penghijauan persekitaran industri , membersih dan menjaga sungai melalui aktiviti amal dan sosial,
mengadakan peraduan, pertandingan yang mesra alam dsb. Kempen juga boleh dilakukan oleh media cetak dan
elektronik, bengkel pemahaman dan penghayatan alam sekitar dsb yang relevan.

f) PELANCONGAN

Taburan Lokasi Pelancongan Di Malaysia

a) Pantai

-Pantai Cahaya Bulan


-Pantai Port Dickson
-Pantai Melawi

b) Pulau,Terumbu Karang,Taman Laut

-Pulau Langkawi
-Pulau kapas
-Pulau Perhentian
-Sekitar Pulau Tioman
-Taman Laut Tunku Abdul Rahman

c) Hutan Lipur

-Taman Negara Pahang


-Hutan Simpan Endau-Rompin
-Hutan Simpan Belum

d) Gua

-Gua Niah
-Gua Batu Cave
-Gua kelam

e) Air Terjun dan Jeram

-Air Terjun Kota Tinggi


-Air Terjun Sekayu
-Air Terjun Gunung Stong

f) Sungai

-Sungai Rajang
-Sungai Pahang
-Sungai Kelantan
g) Tanah Tinggi

-Tanah Tinggi Cameron


-Tanah Tinggi Genting
-Bukit Fraser

Lokasi Budaya

a) Bangunan Bersejarah

-Kota A Famosa
-Bangunan Sultan Abdul Samad

b) Kompleks Beli-Belah

-Suria KLCC
-Komtar

c) Kawasan rekreasi buatan manusia

-Taman Tasik Perdana


-Sunway Lagoon
-Lost World of Tambun

Jenis-Jenis Pelancongan Di Malaysia

i. Ekopelancongan

-Taman Negara di Pahang


-Hutan Simpan Belum di Perak
-Tanah Tinggi Cameron
-Pulau Langkawi

ii. Agro Tourism

-Pesisir Pantai Terengganu


-Tanah Tinggi Cameron (Teh)

iii. Pelancongan Perubatan

-Institut Jantung Negara (Kuala Lumpur)


-Perubatan Tradisional (Perlis)

iv. Pelancongan Pendidikan

-Pusat-Pusat Pengajian Tinggi


-Pusat Sains Negara,Putrajaya
-Cyberjaya

v. Pelancongan Sukan

-Formula One
-Monsun Cup Terengganu
-Le Tour De Langkawi
-Sukan SEA
vi. Pelancongan Sejarah

-Lembah Bujang
-Makam Mahsuri,Pulau Langkawi
-Kota A Famosa,Melaka

vii, Pelancong Acara Bertema

-Persidangan OIC-LIMA

Maksud Pelancongan

i. Ekopelancongan

-Aktiviti pelancongan yang berkembang berasaskan sumber semulajadi seperti pelancongan pantai,pulau,hutan
lipur,tanah tinggi,air terjun,tasik

ii. Agro Tourism

-Aktiviti pelancongan di kawasan dusun buah-buahan,perkampungan nelayan,Akuapelancongan seperti kawasan


ternakan akuakultu,dan lain

iii. Rumah Tumpangan

-Aktiviti pelancongan di kawasan desa.Pelancong akan akan menyelami cara hidup penduduk,budaya dan
adat,permainan tradisional dan makanan.

Faktor-Faktor Fizikal Dan Kemanusiaan/Budaya Yang Mempengaruhi Pembangunan Pesat Sektor Pelancongan Di
Malaysia

i. Antara faktor utama yang mempengaruhi kegiatan pelancongan di Malaysia ialah faktor alam fizikal iaitu
Malaysia mempunyai pulau-pulau dan taman maritim yang cantik untuk menarik kemasukkan pelancong ke negara
ini.antaranya seperti Pulau Langkawi,,Pulau Pangkor di Perak,Pulau Tioman di Pahang, dan Pulau Kapas di
Terengganu, .Keindahan persekitaran fizikal pulau seperti gua,pantai yang berpasir,laut cetek dan jernih,terumbu
karang,serta hidupan laut yang beraneka jenis menjadi daya tarikan kepada pelancong asing menuju ke destinasi
tersebut untuk melakukan aktiviti seperti menyelam,berenang,bersantai,dan sebagainya.

ii.Selain itu,keadaan pantai yang bersih dan indah di Malaysia menggamit kedatangan pelancong sama ada dari
dalam negara atau luar negara.antaranya Teluk Cempedak di Pahang, ,pantai Desaru,dan Lido di Johor dan lain-lain.

iii.Malaysia juga mempunyai tarikan semula jadi kawasan tanah tinggi seperti pemandangan yang cantik dan suhu
yang sejuk dan nyaman.contohnya TanahTtinggi Cameron dan Tanah Tinggi Genting di Pahang danTanah Tinggi
Kundasang di Sabah.kawasan tanah tinggi ini bukan sahaja mempunyai pandangan yang cantik dan bersuhu sejuk
malah sesuai untuk pelbagaijenis tanaman seperti teh,sayur-sayuran,dan bunga-bungaan.selain keindahan tanah
tinggi,

iv.Malaysia juga dapat menarik pelancong melalui daya tarikan hutan lipur yang terdapat pelbagai jenis fauna dan
flora dan udara yang nyaman serta segar.pelbagai jenis aktiviti pelancongan yang boleh di jalankan di kawasan
hutan lipur seperti merentas hutan,perkhemahan,pelancongan pendidikan,dan pelancongan kesihatan.antara contoh
fauna yang menjadi tarikan pelancong ialah seperti bunga refflesia yang terdapat di sabah.kawasan hutan yang
popular untuk pelancongan ialah seperti di taman negara,hutan simpan Endau Rompin di Pahang dan Hutan Simpan
Belum di Perak.selain itu,kawasan hutan lipur juga memiliki tarikan khusus seperti gua batu kapur,jeram dan air
terjun,sungai,tasik semula jadi,dan sebagainya.
v. Pelancongan di Malaysia juga dipengaruhi oleh keadaan iklim yang panas dan lembab sepanjang tahun.keadaan
ini telah menggalakkan kemasukan pelancong Eropah seperti dari Jerman,United Kingdom,dan Kanada ke
Malaysia.para pelancong yang yang datang dari negara-negara ini gemar melakukan aktiviti berjemur dan bersantai
di tepi-tepi pantai di sebabkan keadaan suhu di negara ini yang terik dalam lingkungan suhu 27 C sepanjang tahun.

vi. Antara faktor alam sekitar manusia,antara tarikan tersebut ialah seperti tempat-tempat bersejarah(arkeologi)
misalnya makam mahsuri di langkawi,kota famosa di melaka ,dan tinggalan candi Buddha di Lembah Bujang
Kedah.

vii. Aktiviti pelancongan berasaskan seni dan budaya juga berkembang pesat berasaskan kepada ciri budaya
masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan unik.konsep bersatu dalam pelbagai aspek menjadi factor menarik
yang besar untuk pelancong datang ke Malaysia

viii. Keadaan kemudahan pengangkutan dan perhubungan yang disediakan seperti jalan raya,lapangan terbang
bertaraf antarabangsa ,dan kemudahan feri untuk mengangkut pelancong secara berterusan juga mempengaruhi
perkembangan kegiatan pelancong di negara ini.dengan adanya kemudahan pengangkutan ini ,kadar ketemsampaian
ke destinasi pelancongan menjadi lebih singkat

ix. Selain itu,dengan adanya kemudahan prasarana yang cukup disediakan di kawasan pelancongan seperti tempat
penginapan ,kemudahan riadah dan bersukan ,menyelam dan membeli belah juga mempengaruhi perkembangan
ini.Dengan adanya kemudahan-kemudahan ini akan memudahkan pelancong untuk memperoleh perkhidmatan.

x. Tindakkan kerajaan mengadakan promosi pelancongan secara berterusan di peringkat antarabangsa turut
mempengaruhi perkembangan ini.promosi pelancongan inidijalankan oleh TDC Malaysia melalui pertunjukan
kebudayaan,rombongan perniagaan ,lawatan ke luar negara ,menyertai persidangan antarabangsadan
sebagainya,didalam negara pula dijalankan kempen seperti “cuti-cuti malaysia”,”pergilah melancong”dan
sebagainya.

Kepentingan Sektor Pelancongan Dalam Pembangunan Ekonomi Dan Sosial

i.Sektor pelancongan memberi sumbangan yang besar kepada pendapatan negara melalui tukaran mata wang asing
dan perbelanjaan yang dilakukan oleh para pelancong. Pelancong yang dating dari Negara-negara seperti Jepun,
Amerika Syarikat, England, dan Jerman mempunyai nilai matawang yang tinggi. Oleh itu, hasil perbelanjaan
pelancong untuk penginapan, makanan, pengangkutan, komunikasi, dan sebagainya akan menambahkan pendapatan
kepada Negara yang dilawatinya. Di Malaysia, sector pelancongan memberi sumbangan yang besar kepada
pendapatan Negara. Contoh, pada tahun 2001 sektor pelancongan telah menyumbang kira-kira RM 16.1 billion
kepada pendapatan Negara.

ii. Sektor pelancongan juga menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat, mengurangkan kadar
pengangguran, serta meningkatkan pandapatan dan taraf hidup penduduk. Peluang pekerjaan wjud dalam sektor
perkhidmatan pelancongan seperti pemandu pelancong, sektor perhotelan, sector pengangkutan dan sebagainya.
Keadaan ini akan dapat menambahkan pendapatan perkapita penduduk setempat sekaligus boleh meningkatkan taraf
hidup mereka. Pada tahun 2001, sebanyak 78671 peluang pekerjaan berjaya dicipta dalam sektor pelancongan si
Malaysia.

iii. Selain itu, sektor pelancongan turut menggalakkan pertumbuhan atau perkembangan ekonomi yang berkaitan
seperti industri kraf tangan, perniagaan makanan, pengangkutan telekomunikasi, perhotelan dan lain-lain yang
berkait secara langsungdan tidak langsung dengan sektor pelancongan. Kawasan-kawasan mundur dapat
dibangunkan apabila pembangunan sumber lam dilakukan untuk aktiviti pelancongan di kawasan tersebut. Sektor
pelancongan berupaya menukarkan struktur ekonomi setempat yang bersifat tradisional kepada ekonomi moden di
samping menggalakkan pertumbuhan pusat-pusat ekonomi yang baru khususnya di kawasan pedalaman dan luar
Bandar. Di Malaysia keadaan ini banyak berlaku di Sabah dan Sarawak.
iv. Seterusnya sektor pelancongan menggalakkan perkembangan teknologi penyelidikan dan pembangunan (R&D)
dalam Negara khususnya yang berkaitan dengan pelancongan seperti bidang promosi dan kajian strategic, kajian
pemuliharaan sumber alam, kajian kualiti perkhidmatan, teknologi komunikasi dan pengangkutan, dan lain-lain.

Masalah-Masalah Yang Dihadapi Untuk Membangunkan Sektor Pelancongan.

i. Kekurangan modal :-membina chalet, hotel, resort

ii. kekurangan tenaga buruh :-

iii. Kekurangan promosi daripada pihak kerajaan

iv. Masalah sistem pengangkutan dan perhubungan

v. masalah kos harga barangan yang semakin meningkat

Langkah-Langkah Untuk Memaju Dan Membangunkan Sektor Pelancongan

i. Langkah memperhebatkan promosi produk pelancongan menerusi pelbagai media, penawaran pakej pelancongan
yang menarik, menganjur aktiviti sperti sukan, kebudayaan, pameran, persidangan atau seminar sama ada di dalam
atau luar Negara. Di Malaysia usaha ini dilaksanakan oleh Lembaga Penggalak Pelancongan Negara (TDC).

ii. Seterusnya membangunkan secara optima sumber-sumber setempat yang dikenalpasti berpotensi sebagai sumber
pelancongan sama ada sumber semula jadi atau sumber buatan manusia. Kawasan yang berpotensi sebagai
pelancongan mestilah dibuka seperti kawasan hutan lipur, jeram, dan air terjun serta kawasan pulau. Pada masa yang
sama konsep dan produk pelancongan seperti agropelancongan, aquapelancongan, arkeopelancongan, dan
ecopelancongan mestilah dikembangluaskan.

iii. Selain itu menyediakan dan memajukan sistem pengangkuatan dan perhubungan agar kawasan pelancongan
mempunyai darjah ketersampaian yang tinggi. Destinasi pelancongan yang sukar dihubungi mestilah disediakan
kemudahan pengangkutan sama ada melalui jalan raya, jalan air, dan jalan udara.

iv. Kerajaan juga perlu menyediakan kemudahan asas yang cukup seperti kemudahan penginapan, restoran,
kemudahan riadah dan sukan, kemudahan telekomunikasi, serta kemudahan pengangkutan. Kempen kesedaran
seperti langkah menjaga kebersihan kawasan pelancongan, menguruskan sisa pelancongan secara
teratur,memelihara kualiti alam sekitar setempat, dan lain-lain. Agar kawasan pelancongan sentiasa menarik, ceria,
dan indah untuk terus dikunjungi oleh para pelancong

Kesan-Kesan Pembangunan Dan Perkembangan Sektor Pelancongan Terhadap Komponen Alam Sekitar Fizikal

(a) LITOSFERA

i. Perubahan Pandang Darat

Fizikal - kawasan semulajadi berubah kepada kawasan pelancongan seperti padang golf, hotel, resort dll.

ii Hakisan dan Tanah Runtuh

Pembinaan chalet, resort, hotel, padang golf dengan menarah bukit dan penebangan pokok menganggu kestabilan
struktur tanah. Eg. Tanah Tinggi Genting, Bkt Fraser (Pahang)

iii Gangguan Ke Atas Ekosistem

-Pembinaan menganggu ekosistem daratan dan akuatik (rantaian makanan terganggu)


- pembuangan sampah sarap oleh pelancong² serta dari restoran mengakibatkan kawasan tercemar.
- pembinaan hotel, resort, padang golf menyebabkan tanah ditebus guna, hutan ditebang.
- spesies kehilangan habitat & kepupusan biodiversiti setempat.
(b) ATMOSFERA

i. Perubahan Iklim Mikro

Penebangan tumbuhan dan pembinaan bangunan (pengondolan permukaan) meningkatkan suhu (kelembapan udara
berkurangan). Eg. Suhu Tanah Tinggi Genting meningkat 1 - 3˚ C. Asap kenderaan meningkatkan kandungan
karbon monoksida, sulfur dioksida dalam atmosfera.

(c) HIDROSFERA

Pencemaran Air

Penyaliran kumbahan, sisa makanan & sampah sarap ke dalam sumber air.

Kualiti air terjejas : busuk, kandungan bekteria & BOD meningkat.

Eg. di pantai Port Dickson (N9), pantai Batu Feringghi (Pulau Pinang)

(d) BIOSFERA

Kemusnahan Habitat dan Kehilangan Biodiversiti

Penyahhutanan mengakibatkan kepupusan flora dan fauna.

Musnah kayu-kayu & herba berharga : pokok bakau, dll

Kepupusan haiwan & serangga : spesies klip-klip, kumbang, dll

Langkah-Langkah Mengurangkan Kesan Negatif Sektor Pelancongan Terhadap Alam Sekitar Fizikal /
Penglestarian Sektor Pelancongan Di Malaysia

i.Perundangan

a. Penguatkuasaan Undang-undang:

tindakan tegas dilaksanakan oleh agensi penguatkuasaan spt JAS, PBT dll. kuasa memantau, menangkap serta
mendenda pesalah. hukuman spt. denda, kompaun, mengantung lesen serta penjara. cth. denda RM 5,000 – RM
50,000 atau 3 bulan – 2 tahun penjara bagi kesalahan merosakkan alam sekitar.

b. Mewujudkan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974:

asas undang-undang bagi koordinasi semua aktiviti berkaitan alam sekitar. bertujuan untuk pemeliharaan &
pemuliharaan serta meningkatkan kualiti sumber alam. Mewujudkan Akta / Ordinan / Peraturan / Enakmen Lain:
undang-undang kecil digubal bagi melengkapkan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974. cth. Akta Pemuliharaan Tanah,
Dasar Perhutanan Negara, Ordinan Lalu lintas Jalan Raya.

c.Penubuhan Agensi Pelaksana:

agensi-agensi kerajaan ditubuhkan bagi memantau, melaksana & menguatkuasa akta & undang-undang yang
diwujudkan. Jabatan Alam Sekitar (JAS) berkuasa sepenuhnya melaksana Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 (pindaan
1985) untuk memantau, menyaman, mendenda / kompaun & mengheret individu @ syarikat ke mahkamah.Lain-lain
agensi spt. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) & agensi berkaitan spt JPJ, Jab Perhutanan, dll.

d. Perlaksanaan Prosedur EIA (Penilaian Impak Alam Sekitar):

satu laporan berkaitan jangkaan kesan terhadap alam sekitar serta langkah mengatasinya yg perlu disediakan oleh
pemaju sebelum projek tersebut diluluskan oleh pihak berkuasa. pihak berkuasa boleh menangguh @ membatal
projek tersebut jika tidak menepati piawaian EIA.
ii. Pengurusan

-Sahabat Alam Sekitar (SAM), Persatuan Pengguna P.Pinang (CAP), Persatuan Pencinta Alam Malaysia dll.
-mengadakan seminar, ceramah, forum, menerbit majalah & bulletin spt Era Hijau

Kestrukturan:

-pembinaan benteng konkrit, sangkar dawai batu, alur-alur air di lereng bukit.penanaman pokok bakau di pinggir.

-Perbanyakan tong-tong sampah

iii. Kempen

Kempen Kesedaran:

kempen kitar / guna semula

gotong-royong membersih sungai, parit, longkang.

kempen menanam pokok (menghijaukan bumi)

iv.Pendidikan Alam Sekitar:

Memasukkan eleman alam sekitar dalam pendidikan secara formal di peringkat sekolah @ universiti. sekolah rendah
(matapelajaran KajianTempatan)

g) PENGANGKUTAN

Taburan lokasi sistem pengangkutan Darat di Malaysia.

1. Jalan raya adalah cara pengangkutan darat yang paling penting di Malaysia.

2. Jaringan jalan raya di Malaysia berjumlah 66 445 km. Sistem jalan rayanya padat dan 80% daripadanya berturap.

3. Jaringan jalan raya di Semenanjung Malaysia tertumpu di dataran pantai barat dan dataran pantai timur.

4. Kawasan tengah Semenanjung Malaysia adalah kurang jalan raya kerana kawasan inibergunung-ganang dan
diliputi hutan tebal.

5. Jalan raya di Sabah dan Sarawak adalah tidak padat kerana kawasannya berhutan tebal dan kebanyakannya
dihalang oleh sungai-sungai yang besar.

(a) Lebuh Raya.

(i) Lebuh Raya Utara Selatan – Bukit Kayu Hitam di utara ke Johor Bahru di selatan.

(ii) Lebuh Raya Pantai Timur – Kuantan ke Kuala Terengganu.

(iii) Lebuh Raya Persekutuan – Kuala Lumpur ke Kelang.

(iv) Lebuh Raya Timur Barat – Butterworth ke Kota Bharu.

(v) Lebuh Raya Karak – Kuantan ke Kuala Lumpur.

(vi) Lebuh Raya Tun Razak – Segamat ke Kuantan.

(b) Jalan Kereta Api.

(i)Tumpat – Gemas – Johor Bharu.

(ii) Padang Besar – Kuala Lumpur – Johor Bharu.


(c) LRT/ Monorel/ Komuter.

(i) STAR LRT – Sri Petaling – Ampang – Sentul.

(ii) PUTRA LRT – Kelana Jaya – Gombak.

(iii) Ekspress Rail Link (ERL) KL Sentral – KLIA.

(iv) Monorel – Titiwangsa – KL Sentral.

Taburan Lokasi Sistem Pengangkutan Udara Di Malaysia.

1. Pengangkutan udara yang terdapat di negara kita mula mengalami era perkembangan setelah negara kita
mencapai kemerdekaan. Syarikat pengurusan penerbangan Malaysia Airlines System (MAS) Air Asia Sdn. Bhd,
Berjaya dan Pelangi Airways Sdn. Bhd.

(a) Lapangan Terbang Domestik

(i) Kota Bharu, Kelantan.

(ii) Kuala Terengganu.

(iii) Kuantan.

Antarabangsa.

(i) Senai , Johor

(ii) Bayan Lepas, Pulau Pinang.

(iii) KLIA.

(iv) Kota Kinabalu.

(v) Kuching.

Taburan Lokasi Sistem Pengangkutan Air Di Malaysia.

Terdapat tiga jenis pengangkutan air di Malaysia iaitu:

(a) Pengangkutan sungai :

Sungai-sungai yang dapat dimudiki adalah seperti Sungai Rajang, Sungai Kinabatangan, Sungai Pahang dan Sungai
Perak.

(b) Pengangkutan pesisiran pantai

1. Pengangkutan persisiran pantai penting bagi penduduk pinggir pantai untuk mengangkut barangan pukal dari
pelabuhan kecil ke pelabuhan besar.

Pelabuhan-pelabuhan persisiran pantai yang penting ialah:

(a) Sandakan

(b) Lahad Datu

(c) Mukah

(d) Sibu

(e) Lumut
(c) Pengangkutan laut

1. Pengangkutan laut penting bagi perdagangan antarabangsa.

2. Pengangkutan laut di Malaysia dapat berkembang kerana:

3. Syarikat Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC) mengendalikan semua urusan

Antara pelabuhan antarabangsa yang penting di Malaysia ialah:

(a) Pelabuhan Pulau Pinang

(b) Pelabuhan Pasir Gudang

(c) Pelabuhan Klang

(d) Pelabuhan Kuantan

iv. Sistem Perhubungan

i. berkembang pesat selepas merdeka, dipengaruhi perkembangan teknologi, dasar kerjaan, perkembangan
sosioekonomi

ii. kemudahan telekomunkasi awal – radio, tv dan telefon, penggunaan telefon selular, internet computer. pelancaran
satelit pertama Malaysia Asia Timur MEASAT 1 dan 11; siaran TV satelit ASTRO menggunakan teknologi digital
dan MEASAT memberi pilihan lebih banyak kepada penonton

Komputer dan Internet(berjuta computer dihubungkan dalam satu jaringan/rangkaian). kemajuan computer percepat
perkembangan perhubungan

Pengenalan internet percepatkan penyebaran maklumat, PC bukan lagi alat menyimpan data/proses maklumat;
laman web awal hanya papar teks, kini disertakan audio dan visual (multimedia).Pengenalan e-mel/pesanan
elektronik perhubungan lebih cepat, mudah dan murah berbanding telefon

Kepentingan Perkembangan Sistem Perhubungan Di Malaysia

i. integrasi nasional dan perpaduan

a-Malaysia-semenanjung, sabah dan Sarawak, terpisah oleh laut China selatan, perlu perhubungan yang baik untuk
pembangunan;
b-Kanada-negaranya besar, bahagian utaranya terpencil, dan sukar

ii- kemajuan ICT – memacu perkembangan ekonomi , e dagang, perniagaan perdagangan lebih meluas, dalam
pasaran global yang terbuka 24 jam dan 7 hari seminggu

iii-ICT membantu pembangunan pendidikan- e learning telah diamalkan di UMultimedia dan Unitar; sekolah bestari
Malaysia; Pembelajaran dari rumah (PdPR)

iv-Internet – tele perubatan, menyediakan perkhidmatan pengetahuan dan nasihat tentang dan perubatan kepada
orang ramai; Hospital Selayang Malaysia;

v-Telefon selular, satelit – memudahkan perhubungan, perniagaan, penjualan dan pemasaran barangan pengguna
dan perkhidmatan ke seluruh dunia
Faktor-Faktor Fizikal Dan Kemanusiaan Yang Mempengaruhi Pembinaan Dan Perkembangan Pesat Jaringan Sistem
Pengangkutan Dan Perhubungan Di Malaysia.

(1) Faktor Fizikal.

Bentuk muka bumi yang pamah, rata dan luas amat sesuai untuk membina jaringan pengangkutan seperti jalan raya.
Oleh sebab itu jaringan jalan raya, lebuh raya dan jalan kereta api banyak terdapat di kawasan pantai barat
Semenanjung berbanding dengan pantai timur serta Sabah dan Sarawak. Manakala pembinaan pelabuhan pula
memerlukan kawasan pinggir pantai yang berteluk dan terlindung daripada tiupan angina kencang seperti Pelabuhan
Kelang, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pelabuhan Kuantan dan sebagainya.

(2) Faktor Sumber Alam.

Kawasan yang memiliki sumber seperti bijih timah, emas, sumber hutan juga akan dibina jalan raya atau lebuh
raya untuk memudahkan sumber-sumber tersebut di eksploitasi. Di kawasan pertanian pula, jaringan pengangkutan
dibina untuk membawa masuk input pertanian dan mengangkut keluas hasil seperti getah dan kelapa sawit ke kilang
memproses atau ke pasaran.

(3) Faktor Ekonomi.

Di kawasan seperti Kuala Lumpur yang maju dalam perkembangan sektor ekonomi moden seperti sektor
perniagaan, perindustriaan dan pentadbiran memerlukan darjah ketersampaian yang tinggi serta cekap untuk
mengangkut penumpang, barangan dan perkhidmatan. Oleh sebab itu Kuala Lumpur memiliki sistem Komuter,
LRT, Monorel, ERL yang dapat mengangkut penumpang yang ramai dan cepat.

(4)Dasar Kerajaan.

Dasar kerajaan memajukan sistem pengangkutan dan perhubungan menerusi beberapa cara seperti menubuhkan
ajensi-ajensi seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Jabatan Pengangkutan Jalan
untuk mengurus pembangunan infrastruktur pengangkutan dan mengawal selia sistem pengangkutan. Kerajaan juga
mewujudkan dasar penswastaan dimana pihak swasta digalakkan melabur dalam pembinaan jaringan pengangkutan.
Oleh sebab itu wujudlah lebuhraya seperti PLUS, KESAS dll.

(5) Faktor Teknologi.

Dengan adanya teknologi moden akan dapat mengatasi beberapa halangan fizikal seperti kawasan tanah tinggi dan
paya. Dengan adanya teknologi moden juga, lebuhraya yang berkualiti dapat dibina seperti pembinaan terowong,
jambatan, jejantas, persimpangan bertingkat dll. Kebanyakkan teknologi moden ini diimport dari Amerika Syarikat,
Jepun dan Korea Selatan.

Kepentingan Sistem Pengangkutan Dan Perhubungan Dalam Membantu Pembangunan Sosial Dan Ekonomi
Sesebuah Negara.

(1) Mengangkut Penumpang Jarak Jauh/ Sederhana/ Dekat.

Jalan raya/ jalan kereta api sebagai kemudahan perhubungan dan pengangkutan. Memudahkan pergerakan penduduk
dari satu tempat ke tempat lain untuk menjalankan urusan tertentu. Contoh : Pergerakan penduduk dari Bandar ke
luar Bandar/ pinggir Bandar, luar Bandar ke Bandar dll.

(2) Membangunkan Kegiatan Ekonomi Sesuatu Kawasan.

Kemudahan pengangkutan dan perhubungan membolehkan kegiatan ekonomi di kawasan Bandar atau luar Bandar
berkembang. Di Luar Bandar akan menggalakkan kemasukan input pertanian moden seperti baja kimia, jentera
moden dll. Di samping memajukan sektor ekonomi lain seperti perlombongan, pembalakan dll.
(3) Pembukaan Petempatan dan Bandar-Bandar Baru.

Jalan raya dan jalan kereta api menyebabkan berlakunya pertumbuhan petempatan dan Bandar-bandar baru kerana
akan memudahkan pergerakan penduduk dan barangan ke Bandar/petempatan baru tersebut. Contoh : Pembukaan
Bandar-bandar seperti Bandar Muadzam Shah, Bandar Pusat Jengka dll.

(4) Pembangunan Wilayah.

Kawasan yang mundur dapat dimajukan dengan adanya jaringan jalan raya dan jalan kereta api kerana mudah
dihubungi dan bahan mentah dapat diangkut serta memudahkan pergerakan tenaga buruh. Contoh : Pembukaan
pusat-pusat pembanguan wilayah seperti KEJORA, KETENGAH, KESEDAR dll.

(5) Mengangkut Bahan Mentah/ Barangan Pukal Dari Kawasan Pengeluaran Ke Pelabuhan.

Hasil pertanian dan bahan mentah dapat dibawa dari kawasan pengeluaran ke pusat memproses atau ke pelabuhan
untuk dieksport ke luar Negara. Contoh : Hasil-hasil pertanian seperti getah, kelapa sawit dari kawasan
KETENGAH dapat di angkut ke Pelabuhan Kuantan dengan cepat dan mudah.

(6) Membawa Barangan Siap/ Hasil Pengeluaran Kilang Ke Pasaran.

Barangan siap diproses dan hasil keluaran kilang akan mudah dibawa dari kawasan pengeluaran ke pasaran dan
kepada pengguna di Bandar-bandar, pecan, luar Bandar dan kawasan pedalaman dengan menggunakan pelbagai
jenis kenderaan seperti lori kecil, lori panjang, van dll.

Sistem Pengangkutan Dan Perhubungan Dapat Membantu Pembangunan Sektor Pelancongan Di Malaysia.

i-Peningkatan darjah ketersampaian ke tempat destinasi pelancongan.

ii-Pengangkutan yang oekap menyebabkan cepat sampai dan mudah sampai seperti komuter dan kapalterbang.

iii-Sistem pengangkutan juga menjadi produk pelancongan yang menjadi arikan kepada pelancongan

seperti beca, LRT, Monorel, Cabie Car dll.

iv.sistem pengangkutan yang selamat dan selesa - bas berhawa dingin, layanan mesra, pakej dengan R&R dsb.

Sistem Pengangkutan Dan Perhubungan Yang Moden Dan Cekap Adalah Dapat Membantu Pembangunan Sesebuah
Bandar Besar Di Malaysia.

i. Meningkatkan darjah ketaksampaian- pekerja awam dan swasta di bandar besar - Kuala Lumpur

ii. memudahkan aktiviti pemasaran barangan kilang kepada penduduk bandar besar - Ipoh

iii. Memudahkan kemasukan sumber bahan mentah ke bandar utama untuk diproses di kilang-hasil getah

iv. Menggalakkan kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara - adanya lapang terbang KLIA

v. Memudahkan pengeksportan barangan ke luar negara - seperti pelabuhan Klang

Masalah-Masalah Yang Dihadapi Untuk Membangunkan Jaringan Sistem Pengangkutan Dan Perhubungan Di
Malaysia.

i. Kos pembinaan yang tinggi- tembok terowong, bina jambatan, landasan MRT dll

ii. Kekurangan tenaga buruh - golongan belia tidak berminat

iv . kekurangan teknologi - Membina jambatan, jejantas, lapangan terbangan dan pengurusan LRT dan MRT.

v. Berlakukan kesan negatif terhadap alam sekitar: hakisan, tanah runtuh, pencemaran udara dll.
Kesan-Kesan Pembangunan ,Perkembangan Dan Pembinaan Jaringan Sitem Pengangkutan Dan Perhubungan
Terhadap Komponen Alam Sekitar Fizikal Berikut :

(1) Kejadian hakisan dan tanah runtuh.

Perkembangan pengangkutan boleh menggalakkan kejadian hakisan dan tanah runtuh di lereng-lereng bukit. Ini
disebabkan oleh proses pemotongan, penarahan, peneresan dan penebukan bukit untuk membina lebuh raya,
terowong, jambatan dan sebagainya. Proses ini menggangu kestabilan cerun dan cenderung untuk tergelonsor atau
runtuh ke bawah terutama apabila hujan lebat. Kejadian tanah runtuh ini banyak berlaku di sepanjang lebuh raya
Utara Selatan.

(2) Kejadian Tanah Mendap.

Kemungkinan berlakunya kejadian tanah mendap akibat penimbusan kawasan lembah seperti tanah paya untuk
membina jalan raya. Kawasan paya ditimbus untuk dijadikan laluan lebuh raya atau landasan kapal terbang.
Keadaan ini boleh menimbulkan risiko tanah mendap sekiranya berlaku hujan lebat yang berterusan.

(3) Menggangu kawasan tadahan air.

Pembangunan jaringan pengangkutan turut merosakkan kawasan tadahan air akibat daripada pemusnahan hutan
semulajadi dan kawasan tanah tinggi atau bukit untuk dibina laluan lebuh raya. Contoh : Pembinaan lebuhraya
Timur Barat. Walaupun kawasan yang terlibat adalah kecil tetapi kawasan hutan yang berfungsi sebagai storan air
bawah tanah akan terganggu.

(4) Kemusnahan ekosistem hutan.

Pembangunan jaringan pengangkutan dan perhubungan telah banyak merosakkan kawasan hutan. Contoh :
Pembinaan KLIA melibatkan kemusnahan kawasan hutan yang luas. Ini menyebabkan kerosakan ekosistem hutan
dan paya serta habitat. Sesetengah sepsis kehilangan tempat tinggal dan berhijrah ke tempat lain.

Langkah-Langkah Mengurangkan Kesan Negatif Pembangunan Sistem Pengangkutan Dan Perhubungan Terhadap
Alam Sekitar Fizikal / Penglestarian Sektor Pengangkutan Dan Perhubungan Di Malaysia.

i) Perundangan

Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengadakan pelbagai undang-undang untuk mengurus alam sekitar seperti:

(a) Peraturan Kawalan Pelepasan 1996 daripada enjin diesel.

(b) Peraturan Kawalan Pelepasan 1996 daripada enjin petrol.

(c) Akta Kualiti Alam Sekitar 1974.

ii) Pengurusan

a. Kerajaan mengadakan pelbagai jenis pengangkutan awam seperti Komuter, LRT dan KL Monorel untuk
menggalakkan penduduk menggunakan pengangkutan awam pada waktu puncak seperti waktu pergi kerja dan
waktu lepas kerja. Tujuannya adalah untuk mengurangkan keadaan kesesakan lalu lintas dan pencemaran udara di
kawasan bandar.

b. Selain itu pihak kerajaan juga menggalakkan penduduk yang memiliki kenderaan bermotor memasang alat
catalytic converter paad ekzos kereta mereka.

c. Alat ini dapat menukarkan gas beracun kepada bentuk gas yang tidak memudaratkan seperti karbon dioksida.

d. Pihak kerajaan mengadakan pengurusan trafik yang lebih efisien di kawasan yang mempunyai kenderaan
bermotor yang banyak seperti Kuala Lumpur.
e.Menanam rumput dicerun bukit yang telah dipotong dan membina longkang yang besar untuk mengelakkan air
hujan melonggarkan tanah.

iii) Kempen

a. Pihak kerajaan juga selalu mengadakan kempen untuk menggalakkan penduduk berkenderaan menggunakan
petrol tanpa plumbum.

b. Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis juga mengadakan pelbagai kempen untuk mengurangkan
pelepasan asap hitam daripada kenderaan berenjin diesel.

Jenis-Jenis Sistem Pengangkutan Air.

Sistem pengangkutan air melibatkan sistem pengangkutan sungai dan laut seperti perkhidmatan feri, kapal
pengangkut, kapal dagang, kapal pesisir, bot dan sampan.

Lokasi Taburan Sistem Pengangkutan Air.

(i) Sungai.

(a)Sungai Rajang, Sg. Batang Lupar, Sg. Baram di Sarawak.

(b)Sungai Kinabatangan, Sungai Segama, Sg. Padas di Sabah.

(c)Sungai Pahang, Sg. Kelantan, Sg. Perak di Semenanjung.

Antara pelabuhan sungai yang terbesar ialah Sibu, Sarikei di Sungai Rajang.

(ii) Laut.

(a) Pelabuhan Entrepot seperti Pelabuhan Kelang, Pelabuhan Tanjung Gelang, Pelabuhan Tanjung Pelepas,
Pelabuhan Pulau Pinang.

(b) Pelabuhan-pelabuhan kecil seperti Pelabuhan Melaka, Pelabuhan Kemaman, Pelabuhan Batu Pahat dll yang
berfungsi menyediakan perkhidmatan setempat dan perkhidmatan perdagangan pesisir pantai

Keadaan-Keadaan Yang Menyebabkan Sistem Pengangkutan Air Semakin Penting.

(1) Faktor Bentuk Muka Bumi.

Dalam keadaan bentuk muka bumi bergunung-ganang, berbukit bukau dan sukar dihubungi melalui sistem
pengangkutan darat, jalan air muncul sebagai pilihan paling mudah dan murah. Contoh : Sungai Rajang di Sarawak
yang menjadi pengangkutan barangan dan perkhidmatan serta menjadi penghubung utama penduduk di kawasan
pedalaman.

(2) Mengangkut Barangan Pukal.

Jika barangan yang hendak diangkut itu bersifat pukal, berat dan perlu diangkut dalam kuantiti yang banyak. Makan
pengangkutan air adalah yang terbaik kerana kosnya yang murah. Contoh : Barangan seperti petroleum, kayu balak,
kontena-kontena, besi keluli seringkali diangkut melalui sistem perkapalan. Justeru laluan laut seperti Selat Melaka
dan Laut China Selatan menjadi lalu utama.

(3) Mengangkut Barangan Berisiko Tinggi.

Barangan berisiko tinggi seperti plutonium, uranium, thorium biasanya diangkut melalui jalan laut kerana ia paling
selamat dan murah berbanding jalan pengangkutan udara. Apatah lagi jika barangan yang hendak diangkut itu
terpaksa melintasi Negara-negara lain.
(4) Kawasan Yang Masih Mundur Dalam Pengangkutan Darat dan Udara.

Contoh : Di sesetengah tempat yang masih mundur dalam pengangkutan darat dan udara seperti di Sarawak, maka
jalan air penting sebagai sistem pengangkutan kerana tidak memerlukan kos besar seperti kos pembinaan, kos baik
pulih, kos penyelenggaraan dan sebagainya berbanding dengan darat dan udara.

(5) Keadaan Sesebuah Negara Bersifat Kepulauan.

Dalam keadaan sesebuah Negara yang bersifat kepulauan seperti Indonesia, Filipina, Jepun dan sebagainya. Di sini,
pengangkutan air seperti feri, kapal amat penting untuk mengangkut penumpang dan barangan dalam kuantiti yang
banyak serta murah kosnya.

Masalah-Masalah Yang Menghadkan Sumbangan Sistem Pengangkutan Air Di Malaysia.

(1) Halangan Fizikal.

Halangan fizikal seperti sungai cetek, sempit, berliku-liku, berair terjun dan berjeram. Tidak boleh dilalui oleh
kapal-kapal dan bot-bot besar. Justeru kawasan pedalaman tidak dapat dihubungi sepenuhnya kerana semakin ke
hulu, semakin bertambah halangan fizikal.

(2) Halangan Cuaca.

Keadaan laut bergelora pada musim tengkujuh yang membahayakan kapal-kapal kecil dan feri. Halangan ribut dan
tsunami, cuaca berjerebu menyebabkan jalan air tersebut berisiko untukdigunakan. Contoh : Halangan jerebu semasa
cuaca panas El-Nino menghalang penglihatan di laluan Selat Melaka.

(3) Masalah Keselamatan.

Akibat ancaman lanun dan pencerobohan perairan antara Negara. Contoh : Perairan antara Sabah dengan Filipina
seringkali diancam lanun kerana fizikalnya yang berpulau memudahkan operasi lanun.

(4) Risiko Pelanggaran.

Boleh berlaku di sesuatu jalan air yang sibuk dan kurang pengawasan dan kawalan maritime. Contoh : Laluan jalan
air yang sibuk seperti Selat Melaka boleh mengurangkan kadar laluan kapal dagang, sekaligus mencerminkan
sumbangan jalan air tersebut semakin terhad dan kecil.

(5) Masalah Persekitaran Fizikal.

Kesan penggunaan sistem pengangkutan air tanpa kawalan boleh menyebabkan masalah pencemaran air. Seperti
kes-kes tumpahan minyak, pembuangan enap pencemar, pelanggaran kapal tangki dan sebagainya. Kos pembersihan
tinggi. Sesetengah Negara mengetatkan undang-undang maritimnya yang boleh mengurangkan laluan kapal.

Jenis Syarikat Dan Perkhidmatan Udara Di Malaysia.

(a) Penumpang.

Sistem Penerbangan Malaysia. (MAS),Air Asia.,Fire Fly.

(b) Perkhidmatan Kargo. Kargo MAS.


Sebab Pengangkutan Udara Semakin Penting.

(1) Keperluan Pengangkutan Yang Pantas.

Keperluan bagi pengangkutan yang pantas, cepat sampai ke destinasi, dapat menjimatkan masa serta ekonomik.
Contoh : Pengangkutan seperti kapal terbang dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur hanya mengambil masa 45 minit
sahaja berbanding dengan pengangkutan bas yang memerlukan masa lebih kurang 7 jam.

(2) Faktor Bentuk Muka Bumi.

Kebanyakan Negara-negara Asia Pasifik dipisahkan oleh lautan dan ribuan pulau. Ditambah pula dengan factor
jarak yang jauh, meyebabkan kesukaran untuk menggunakan jalan darat. Contoh : Penduduk dari Semenanjung
Malaysia tidak dapat ke Sabah dan Sarawak kerana dipisahkan oleh Laut China Selatan.

(3) Perkembangan Ekonomi Yang Pesat.

Perkembangan ekonomi perdagangan antarabangsa yang pesat memerlukan para peniaga berulang alik untuk urusan
perniagaan antara Negara di rantau Asia Pasifik dengan cepat dan pantas. Contoh : Dengan adanya perkhidmatan
kapal terbang menyebabkan peniaga dari Malaysia boleh sampai ke Jepun dalam masa beberapa jam sahaja
berbanding dengan pengangkutan air.

(4) Pengangkutan Penumpang / Barangan.

Keperluan kepada pengangkutan kargo (just in time delivery). Pergerakan penumpang/ pelancong dalam sektor
pelancongan yang semakin berkembang, pergerakan buruh-buruh asing/ pakar-pakar asing, hubungan dua hala
antara Negara yang memerlukan kepada suatu pengangkutan yang cekap dan cepat seperti kapal terbang.

(5) Perkembangan Dalam Sektor Perkhidmatan.

Perkembangan dalam sektor perkhidmatan seperti pengangkutan, pentadbiran, pengurusan, pelancongan dll telah
meningkatkan permintaan terhadap pengangkutan udara. Tambahan pula berlaku perkembangan dalam syarikat
pengakgkutan udara seperti Air Asia, Firefly dan MAS. Terdapat pula promosi tambang murah yang lebih
kompetitif.

(6) Kemajan Teknologi Pengangkutan Udara.

Perkembangan teknologi dalam pembuatan pengangkutan udara semakin pesat. Adanya pesawat seperti Boeing 747,
Boeing 757 dll. Di samping teknologi pemodenan landasan dan lapangan terbang seperti yang terdapat di KLIA dll.

Sumbangan Sistem Pengangkutan Udara Dalam Memaju Dan Membangunkan Kegiatan Ekonomi Di Malaysia.

(1) Membantu Memajukan Rantaian Ekonomi Yang Berkaitan.

Membantu memajukan rantaian ekonomi seperti perkhidmatan penyediaan makanan dan restoran, industri
pangangkutan seperti teksi, limosine, ERL, bas dll. Di samping mengembangkan sektor peruncitan, perniagaan kraf
tangan, khidmat pelancong, menggalakan industri pembuatan dll.

(2) Menggalakan Kemajuan Sektor Pelancongan.

Pengangkutan udara dapat memudahkan kemasukan pelancong antarabangsa. Seterusnya akan menggalakkan
aktiviti pelancongan seperti pelancongan pedidikan, pelancongan kesihatan, MICE ( Persidangan, konvensyen,
pameran ), pelancongan sukan/ rekreasi dll. Ini akan dapat meningkatkan KDNK melalui perbelanjaan para
pelanong antarabangsa dan tempatan. Juga menguntungkan Negara dari segi peningkatan tukaran wangg asing.

(3) Penyediaan Perkhidmatan Kargo.


Menyediakan perkhidmatan kargo yang cekap dan pengangkutan produk industri moden. Seterusnya menggalakan
pertumbuhan sektor perindustriaan. Contoh : Perkhidmatan kargo memudahkan penghantaran produk-produk
industri dari Malaysia ke Negara-negara lain seperti Jepun, Taiwan, Hong Kong dll.

(4) Menggalakan Kemasukan Pelaburan Asing. (FDI)

Penyediaan kemudahan pengangkutan yang cekap menggalakkan kemasukan pelabur-pelabur asing. Ianya
memudahkan aliran masuk modal asing (FDI) seperti pelaburan dari syarikat multinasional (MCNs). Ini dapat
menambah dana dalam negara. Seterusnya dapat menjana perkembangan ekonomi dalam negara.

(5) Membuka Peluang Pekerjaan.

Mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dalam industri penerbangan seperti pilot, pramugari, pramugara, bidang
pengurusan dll. Ini dapat meningkatkan pendapatan perkapita penduduk,meningkatkan taraf hidup, mengurangkan
kemiskinan dan pengganguran.

(6) Membangunkan Kawasan Mundur.

Pengangkutan udara dapat membangunkan kawasan mundur seperti di pedalaman Sabah dan Sarawak yang sukar
dihubungi oleh jalan darat. Sumber alam di kawasan berkenaan boleh dimajukan. Di samping pembangunan sosio
ekonomi boleh disalurkan kepada penduduk setempat. Mobiliti buruh menjadi lebih cepat dan mudah. Contoh : Di
Long Pasia, Sarawak.

2. PROSES PEMBANGUNAN EKONOMI

PROSES PERMBANGUNAN EKONOMI

Konsep Dan Definisi :

a.Konsep Pembangunan :

Proses perubahan daripada rendah kepada tinggi sama ada dalam bidang ekonomi, sosial serta kemudahan² asas
yang lain. Kesimpulannya pembangunan merujuk kepada perubahan masyarakat dari mundur kepada maju dalam
aspek ekonomi, politik dan social.

Petunjuk (Indikator) Pembangunan

a. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita;

Ialah pendapatan yang diperolehi oleh setiap penduduk hasil kerja penduduk. Berlaku Peningkatan KDNK di setiap
negeri. Penduduk di negeri maju memiliki pendapatan per kapita yang tinggi. Contohnya. Selangor, KL, Pulau
Pinang yang melebihi RM 10 000 sebulan.Penduduk di negeri mundur memiliki pendapatan per kapita yang rendah.
Contohnya. Kelantan, Terengganu, Pahang sekitar RM 2 500 sebulan.

b. Peratus tenaga kerja dalam sektor ekonomi;

Berlaku peningkatan tenaga kerja dalam pertanian, perindustrian dan perkhidmatan. Kadar pengangguran dan
kemiskinan yang rendah. Contohnya. Selangor dan Pulau Pinang manakala kadar pengangguran dan kemiskinan
yang tinggi menunjukkan sesebuah negeri itu mundur. Contohnya. Kelantan dan Terengganu.

c. Ciri demografi;

Merujuk kepada kadar kelahiran, kematian, jangka hayat dan struktur umur penduduk. Negeri maju mempunyai ciri
demografi yang lebih baik dan berkualiti. Contohnya. Selangor dan Pulau Pinang. Ini kerana peningkatan dalam
taraf kesihatan dan perubatan.

d. Kemudahan asas yang berkualiti


Kemudahan elektrik, air bersih, kesihatan dan pendidikan. Kesihatan : taraf kesihatan, nisbah doktor dengan pesakit,
teknologi perubatan, bilangan hospital dan klinik. Pendidikan : kadar buta huruf, kemahiran ICT, kolej, universiti
dll.

e. Pemilikan barangan;

Pemilikan barangan semakin banyak seperti peralatan rumah, pakaian, Kenderaan dan alat perhubungan.
Disebabkan oleh peningkatan dalam pendapatan, tabungan dan kuasa beli penduduk.

Ketidakseimbangan Pembangunan

Maksud: Aras pembangunan sosioekonomi yang tidak sama rata yang dicapai dalam sesebuah negara @ wilayah
iaitu terdapatnya kawasan yang maju dan juga kawasan yang mundur.

Jenis-jenis Ketidakseimbangan pembangunan

1. Ketidakseimbangan pembangunan sektor ekonomi;

Sektor ekonomi moden berbanding sektor ekonomi tradisi. Perindustri dan perkhidmatan : pertanian dan perikanan

2. Ketidakseimbangan pembangunan zon-zon wilayah,

Koridor pembangunan ekonomi utara, timur, selatan, Sabah dan Sarawak. Wilayah tengah (Lem.kelang )lebih maju
berbanding wilayah timur dan sabah serta Sarawak.

3. Ketidakseimbangan pembangunan kawasan;

Pembangunan berbeza antara kawasan bandar dengan kawasan luar bandar. Kemudahan asas lebih bertumpu di
kawasan bandar dan memajukan kawasan tersebut.

4. Ketidakseimbangan pembangunan antara kaum;

Kaum bukan bumiputera lebih maju menguasai ekonomi, manakala kaum bumiputera mundur dan ketinggalan.

Faktor Ketidakseimbangan Pembangunan :

1. Faktor fizikal;

Meliputi bentuk muka bumi dan kesuburan tanih. BMB : kawasan tanah rendah, rata, datar dan beralun mudah
dimajukan berbanding kawasan bergunung ganang, berbukit-bukau, bercerun curam dll. Tanih yang subur
memajukan aktiviti ekonomi iaitu pertanian.

2.Taburan sumber alam;

Taburan sumber alam seperti sumber mineral, hutan, dll. menyebabkan penerokaannya giat dijalankan di kawasan
yang kaya dan berpotensi akan giat dimajukan berbanding kawasan yang tiada @ kekurangan sumber.

3. Dasar kerajaan;

Dasar @ rancangan pembangunan pihak kerajaan terutamanya pada awal kemerdekaan. Penumpuan pembangunan
hanya di bandar² utama, kawasan perindustrian dan pertanian sahaja.

4. Faktor ekonomi moden;

Industri; tertumpu di kawasan pantai barat semenanjung seperti Selangor, Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang dan
lain-lain.

5. Kemudahan sosial;
Kemudahan asas : pendidikan tinggi dan kesihatan kelas satu banyak diwujudkan di Pantai Barat. Kemudahan
infrastruktur : pengangkutan dan perhubungan tertumpu di Pantai barat seperti Kuala Lumpur (LRT, ERL, )

6. Faktor demografi;

Kepadatan penduduk tinggi di Pantai barat : tenaga kerja mahir lebih berbanding dengan pantai timur.

7. Faktor sejarah;

Kesan penjajahan : Dasar penjajahan yang memajukan kawasan yang mempunyai sumber seperti sumber bijih timah
di pantai barat. Dan sebaliknya di pantai timur diabaikan

Langkah Menyeimbangkan Pembangunan :

i. Memperkenalkan Koridor Ekonomi

Koridor ekonomi Utara,(NCER: North Corridor Economic Region)

Timur, (ECER : East Corridor Economic Region

Selatan,(Iskandar Malaysia: Johor)

Sabah (SDC : Sabah Development Corridor),

Matlamatnya: Meningkatkan taraf hidup dan mewujudkan peluang pekerjaan

ii. Pembangunan In Situ

Membangun dan memajukan kawasan yang sedia ada

Pertanian - kemudahan pengairan, teknik saintifik, baja kimia, benih berbaka baik, R & D biji benih sintetik oleh
MARDI,klon getah.

Penternakan – baka haiwan, bioteknologi, sistem perladangan berteknologi Tinggi

iii. Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADP)

Matlamat –Pembangunan tanah pertanian,penanaman semula, penyatuan tanah dan menambah baik
kemudahan prasarana

Menggalakkan pertumbuhan ekonomi berkaitan pertanian baru, industri asas tani dan sektor perkhidmatan. Antara
agensi yang terlibat – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian
Pembangunan Usahawan dan Koperasi

Iv Pembangunan Wilayah

Dilaksanakan akibat wujudnya ketidakseimbangan dalam pembangunan sosioekonomi antara kawasan dalam negara
dan meningkatkan sosioekonomi penduduk di wilayah mundur. Cth: Pertanian berkelompok atau mini estet di
Mulong, Kelantan. Wilayah Tiga Segi JENGKA (Pahang), DARA(pahang Tenggara),KETENGAH (Trengganu
Tengah), KEJORA (JOHOR), KESEDAR (Kelantan)

iv. Penyelerakan Perindustrian desa

Tujuan – mewujudkan struktur ekonomi yang lebih seimbang, mempelbagaikan peluang pekerjaan, memajukan
sepenuhnya tenaga rakyat terutama di kawasan pertanian yang kurang maju dan berpenduduk padat. Cth; industri
asas tani dan kraftangan :- kerepek, bepam beras, gertas, dodol dll. Bakul buluh, tikar mengkuang dll.

Impak Pembangunan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar

(a) menjelaskan impak pembangunan ekonomi terhadap alam sekitar, iaitu


(i) kemerosotan dan kepupusan sumber;

(ii) pencemaran alam sekitar (pencemaran udara, air, tanih, bau, bunyi,sampah sarap, dan sisa toksik);

(iii) kemerosotan kualiti alam sekitar (peningkatan suhu setempat, hakisan,tanah runtuh dan tanah tandus, banjir
dan kemarau, ancaman kepupusan kepelbagaian biologi, kemusnahan habitat, dan rantaian makanan).

3. GLOBALISASI EKONOMI DAN KERJASAMA SERANTAU

Konsep Globalisasi Ekonomi

Globalisasi Ekonomi bermaksud saling kebergantungan antara negara pada bahan,modal,buruh,pasaran dan
teknologi dalam proses pengeluaran dan pemasaran barangan serta perkhidmatan dipermudahkan dengan kemajuan
teknologi maklumat. .Sesebuah negara perlu menjalinkan hubungan antara satu sama lain untuk kepentingan
tersebut melalui teknologi maklumat.Hubungan ini telah mewujudkandunia tanpa sempadan,liberalisasi ekonomi
dan penghapusan segala sekatan dan perlindungan ekonomi yang diamalkan oleh sesebuah negara.

Aspek Saling Kebergantungan Antara Kawasan

Saling kebergantungan antara kawasan merujuk kepada hubungan antara negara/kawasan untuk keperluan ekonomi
terhadap aspek berikut:

Pelaburan
Negara yang tidak cukup modal seperti negara membangun terpaksa bergantung kepada negara maju yang
mempunyai banyak modal untuk menggerakkan pertumbuhan ekonomi.Negara USA telah membuat pelaburan ke
Brazil,Malaysia,Tahialand dll dalam bidang eksploitasi sumber alam spt minyak,gas,hutan,perindustrian dan bekalan
perkhidmatan.Pelaburan ini telah menyediakan dana modal dan dapat mengembangkan sektor-sektor
ekonomi.Peluang pekerjaan dan taraf hidup penduduk meningkat di negara-nagara membangun.

Teknologi  
Tahap teknologi yang mundur dan kekurangan tenaga pakar menjadi halangan kepada negara membangun untuk
maju dalam sektor ekonomi moden.Melalui globalisasi ekonomi, pemindahan teknologi dan kepakaran dari negara
maju seperti Jepun,Jerman dll boleh dimiliki oleh penduduk tempatan negara membangun.Kepakaran ini diguna
unyuk membangunkan negara.Contoh teknologi  HITEC,teknologi reka bentuk dll.

Pengeluaran
Globalisasi  membolehkan aktiviti pengeluaran seperti perkilangan  dan pembuatan berpindah dari negara maju ke
negara membangun.hal ini berlaku kerana negara maju mengambil faedah daripada kos buruh yang rendah di negara
membangun.Secara tak langsung mereka telah membawa masuk teknologi dan kepakaran sekali, maka negara
membangun seperti Malaysia mengambil peluang ini dalam meningkatkan KDNK,mewujudkan peluang pekerjaan
yang lebih banyak.Contohnya di kawasan zon perdagangan bebas yang menempatkan kilang-kilang elektronik dan
elektrik di Malaysia.

Pasaran
Globalisasi memberikan kuasa mutlak kepada kuasa-kuasa pasaran khususnya permintaan dan citarasa pengguna
dalam urus niaga barangan dan perkhidmatan.Maka sesebuah negara itu boleh memperluaskan pasaran barangan dan
perkhidmatan ke negara lain. Misalnya barangan negara-negara Asia Tengggara boleh dijual di pasaran Eropah dan
Amerika Syarikat. Begitu juga negara Eropah dan Amerika memasarkan barangan mereka ke Asia.Saling
keuntungan akan dinikmati melalui pelaksanaan liberalisasi perdagangan.

Bekalan Buruh
Kekurangan buruh sesebuah negara boleh ditampung oleh negara lain yang berlebihan buruh. Sebagai contoh
Malaysia amat bergantung kepada buruh-buruh  Indonesia dalam sektor perladangan dan pembinaan.Aliran buruh
ini dapat mengembangkan sektor ekonomi di Malaysia manakala Indonesia mendapat faedah daripada aliran wang
masuk.Selain itu, kekurangan tenaga pakar juga boleh dialirkan dari negara maju ke negara membangun.
Bahan Mentah & Sumber Tenaga
Negara yang tidak mempunyai bekalan bahan mentah dan sumber tenaga yang cukup tidak boleh menggerakkan
sektor industrinya.Misalnya Jepun terpaksa bergantung kepada negara –negara Teluk dan Asia bagi memperoleh
bekalan petroleum, negara Teluk bergantung kepada Malaysia untuk mendapat minyak kelapa sawit.Malaysia
bergantungkepada Thailand untuk mendapat bekalan beras.Demikian juga dengan negara-negara lain , wujud saling
kebergantungan terhadap bahan bdan sumber tertentu.

Sebab Perlunya Kerjasama Antara Kawasan;


(i) Kecekapan ekonomi :
-Terdapat negara yang mempunyai kecekapan dan menghasil sesuatu barangan berbanding dengan negara lain.-
Cont:-Negara Thai lebih cekap menghasil beras berbanding dengan Malaysia   maka Malaysia mengimport beras
dari negara tersebut berbanding mengusahakan penanaman padi.   Amerika syarikat lebih cekap menghasilkan kapal
terbang dan gandum berbanding dengan Jepun. Maka Jepun mengimport tersebut.    

(ii) Daya saing
Daya saing ialah kesanggupan sesebuah negara dalam menghadapi persaingan dari negara-negara lain.  Kerjasama
antara kawasan membolehkan sesebuah negara menghasilkan cipta barangan atau keluaran  yang baik  berbanding
dengan negara pengeluar yang lain.
-Contoh : Malaysia adakan kerja sama dengan Mitsubishi Motors Corp of Japan (Mitsubishi) untuk mengeluarkan
model kenderaan baru.

(iii) Pengkhususan :
- Setiap negara tidak dapat menghasilkan semua barangan yang diperlukan. Contohnya,  Negara-negara maju
memerlukan getah asli tetapi tidak dapat dihasilkan oleh negara mereka. Mereka terpaksa mengimport barang
tersebut dari Asia Tenggara (Malaysia, Negara Thai dan Indonesia)
-Sebaliknya Asia Tenggara belum dapat mengeluarkan hasil industri moden (kapal terbang, mesin2 industri) perlu
import dari negara2 maju.

(iv) Penyertaan dalam ekonomi dunia.


- Dalam sistem ekonomi global, tiada sesebuah negara mempunyai ekonomi yang lengkap.
-Oleh itu, setiap negara perlu terlibat dalam ekonomi dunia dan tidak boleh secara sendirian dalam aspek
pembangunan negara.
-Kekurangan dalam sesebuah negara akan ditampung oleh kelebihan yang ada pada negara tersebut.-Contohnya:
Malaysia menyertai semua pertubuhan dengan negara luar, antaranya seperti ASEAN, APEC, OIC dll.

Kesan Globalisasi

Kesan Positif:

i.Perdagangan Bebas yang dibawa oleh globalisasi ekonomi memberi peluang kepada sesebuah negara membangun
menyertai perdagangan antara bangsa tanpa tarif dan kuota.Negara-negara bebas mengimport dan mengeksport
barangan tanpa banyak sekatan.

ii.Perluasan Pasaran berlaku di bawah perdagangan bebas.Lebih banyak negara mengambil bahagian atau membuka
pasaran mereka kepada dunia maju dan membangun.Contoh di Asia Tenggara, barangan sesama negara ASEAN
boleh memasuki pasaran negara-negara ASEAN dengan lebih mudah. Kesan 
perluasan pasaran ini dinikmati secara bersama.

iii.Pemindahan Teknologi berlaku dari negara lebih maju seperti Jepun,Jerman dll ke nagara membangun seperti
Malaysia. Rakyat tempatanmenerima pakai teknologi dari negara maju melalui latihan lanjutan, dalamasa yang sama
ia sedang mencipta teknologinya sendiri melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D

iv. Aliran Buruh menjadi semakin mudah dan berleluasa.Ramai penduduk dari negara membangun yang miskin dan
padat penduduk mengalir ke negara  lebih maju yang kurang penduduk.Kemudahan pengangkutan dan teknologi
maklumat membolehkan aliran buruh berlaku dengan mudah seperti penduduk dari Asia ke negara-negara Eropah
dan Amerika Syarikat. Aliran buruh antarabangsa ini memberi faedah kepada kedua-dua pihak.
v. Menggalakkan Persaingan antara negara-negara di dunia. Mereka berlumba-lumba menghasilkan barangan dan
perkhidmatan terbaik untuk dipasarkan di peringkat global.Negara yang berjaya mengurangkan kos pengluaran
barangan akan berjaya dalam persaingan ini.

vi.Peningkatan Kualiti Produk juga berlaku melalui persaingan supaya barangannya menang dan mendapat tempat
di pasaran global.Barangan berkualiti dan berharga rendah lebih mendapat tempat. Kualiti dapat dipertingkatkan
melalui penyelidikan dan pembangunan produk, teknologi dan proses pengeluaran.

Kesan Negatif  
i. Penguasaan Ekonomi Oleh Syarikat Multinasional (MNC).Syarikat tersebut boleh menguasai dan mengatasi kuasa
sesebuah negara. Hal ini banyak berlaku kepada negara membangun yang amat bergantung kepada pelabur asing
dari negara membangun. Contohnya : IBM, Shell, Coco-cola dsbnya.

ii.Ancaman kepada barangan, perkhidmatan dan budaya tempatan ,terutama negara membangun yang masih
mempunyai  kualiti barangan dan perkhidmatan yang rendah.Negara maju pula dapat menarik pelanggan di negara
membangun kerana kualiti barangan dan perkhidmatannya jauh lebih baik.Ancaman juga berlaku kepada pengusaha
kecil dan sederhana penduduk tempatan.

iii.Kesukaran mengawal aliran modal asing kerana globalisasi telah membebaskan keluar masuk modal ke sesebuah
negara terutama negara membagun. Kebergantungan yang tinggi terhadap ne gara maju   telah mengikat negara
maju untuk terus kekal melabur walaupun pada masa negara membangun tidak memerlukannya.

iv. Penghakisan kedaulatan negara terutama bagi negara yang tidak stabil dari ekonomi, sosial dan politik.Negara
berkenaan mudah dikuasai oleh kuasa-kuasa barat melaui syarikat-syarikat multinasional  yang berpangkalan di
negara maju.

Kerjasama Serantau

Definisi Konsep Kerjasama Serantau

Kerjasama serantau merupakan satu persefahaman yang dibentuk antara negara berjiran dalam konteks untuk
menjaga kepentingan bersama berdasarkan prinsip saling menguntungkan.. Kerjasama melibatkan bidang ekonomi,
budaya dan alam sekitar.  Contoh kerjasama serantau ialah Pertubuhan negara-negara Asia Tenggara (ASEAN),
Kesatuan Eropah (EU), Asia Pacific Economic Cooperation (APEC).

 Asean (Pertubuhannegara-Negara Asia Tengggara)

Pengenalan
ASEAN ditubuhkan Pada 8 ogos 1967  yang terdiri daripada  Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura.
Kini  Asean terdiri daripada   10 negara apabila Brunei,Vietnam,Kampucheaa,Laos dan Myanmar menyertainya.

Tujuan penubuhan ASEAN

1.Memajukan ekonomi,sosial dan kebudayaan di rantau Asia Tenggara.                                                                


2.Meningkatkan kerjasama antara negara-negara anggota demi meningkatkan taraf hidup rakyat.
3.Keamanan dan kestabilan politik di Asia Tenggara daripada ancaman pengganas, lanun dan pencemaran rentas
negara.
4.Memberikan kerjasama dalam pelbagai bantuan latihan dan penyelidikan. Contohnya amaran awal tsunami dan
jerebu.

Kepentingan ASEAN kepada sesebuah negara anggotanya


i. Meluaskan pasaran barangan dan perkhidmatan. ke negara anggota.. Dapat meningkatkan ekonomi negara.
ii. Tenaga buruh dari negara yang mempunyai ramai tenaga buruh boleh mengekspor kepada yang kurang negara
buruh. Contoh tenaga buruh dari indonesia

iii. Meningkatkan pelaburan antara negara . Negara kaya seperti singapura boleh membawa masuk pelaburan
kepada negara miskin seperti Kemboja. iv.Meningkatkan 
perkongsian teknologi. v. Perkongsian
bahan mentah antara negara

Projek Perindustrian ASEAN

Projek Perindustrian ASEAN diadakan dengan mengagihkan kilang-kilang di kalangan negara anggota iaitu  
-projek baja urea  ASEAN di Indonesia
-projek baja urea ASEAN di Malaysia
-projek vaksin hipatitis B ASEAN di Thailand
-projek fabrikasi tembaga ASEAN di Filipina
-projek batuan abu soda ASEAN di Thailand

Sektor perkhidmatan juga menjadi fokus utama untuk meluaskan tapak  pertumbuhan ekonomi ASEAN. Misalnya
kerjasama industri melalui Skim Kerjasama Industri ASEAN berasaskan rangka perjanjian yang dibuat.Cara ini
boleh meyakinkan pelabur asing.
Dasar ASEAN yang percayakan kepada memakmurkan jiran boleh membantu antara satu sama lain kerana
kemakmuran boleh mewujudkan rakan perdagangan yang baik.
 
.Masalah dalam kerjasama ASEAN.                                                                                                 
i. Persaingan sesama negara pengeluar - sikap sesetengah negara anggota yang mementingkan negara sendiri
berbanding kepentingan serantau
ii. Dasar Unilateral – negara ASEAN masih mengamalkan perdagangan Unilateral (tidak bergantung kepada negara
luar)
iii. Kuasa beli – pasaran negara ASEAN  -  masih rendah
iv. Penurunan nilai mata wang  -  menyebabkan sistem ekonomi negara yang terlibat terjejas.
v. Masalah politik dalam dan antara negara anggota – mewujudkan ketidakstabilan politik serantau dan mewujudkan
iklim pelaburan yang tidak sihat.. tuntutan bertindih.
vi. Tekanan pihak luar – negara Barat ( dasar ekonomi, pasaran dll)
vii. Sikap penduduk atau pengguna negara anggota yang tidak mementingkan barang negara sendiri /asal.

AFTA (KAWASAN PERDAGANGAN BEBAS ASEAN/ASEAN Free Trade Area)


Pengenalan
Ditubuhkan pada tahun 1992 melalui deklarasi Singapura. Ia adalah sebuah pasaran serantau bersepadu untuk
mengurang atau menghapuskan cukai (tarif) bagi sesetengah  barangan yang diniagakan  di kalangan negara
ASEAN.

Tujuan AFTA
i. Menggalakkan kegiatan perdagangan iaitu import dan eksport sesama negara Anggota.
ii. Mengurang dan menghapuskan beberapa aspek berikut ; tarif perdagangan, dasar perlindungan dan birokrasi.
iii. Ke arah mewujudkan imbangan perdagangan yang lebih seimbang antara negara anggota.

Kategari barangan yang diberi pengurangan tarif ialah


1.barangan automatif
2.barangan pertanian yang telah diproses dan beberapa produk pertanian lain
3.barangan yang dianggap sensitif seperti  hasil pertanian yang belum diproses contohnya beras
4.barangan yang berkaitan dengan keselamatan negara,kehidupan dan kesihatan manusia serta haiwan dan tumbuhan
serta barangan yang mempunyai nilai estetika dari segi seni,sejarah dan arkeologi.

Feadah Afta Kepada Negara Malaysia


Di antara faedah penyertaan Malaysia dalam AFTA ialah:
1. Malaysia boleh mengeksport barangannya dengan bebas dalam kuantiti yang banyak dari sektor pertanian,
perlombongan dan perkilangan ke negara-negara anggota ASEAN yang sama-sama menyertai AFTA. Negara
ASEAN lain tidak boleh menyekat atau mengenakan tarif atau cukai import yang tinggi terhadap barangan dari
Malaysia.
2.Malaysia juga boleh mengimport barangan yang lebih murah dari negara-negara anggota AFTA. Ini menyebabkan
penduduk Malaysia yang berpendapatan rendah mampu membeli barangan dari negara-negara ASEAN.
3.AFTA menyediakan peluang kepada usahawan atau pelabur tempatan mempertingkatkan eksport ke negara
anggota Asean lain.

APEC (KERJASAMA EKONOMI ASIA PASIFIK)


Dianggotai oleh 21 buah negara yang terdiri daripada Amerika Syarikat, Autralia, Brunei, Chile, China, Filipina,
Hong Kong, Indonesia, Jepun, Kanada, Malaysia ,Mexico, Thailand, New Zealand, Papua New Guinea, Peru, Rusia,
Korea, Singapura, Taiwan,Vietnam .Ditubuhkan pada tahun 1989. Merupakan satu kerjasama ekonomi terbesar
yang melibatkan hampir 50%  penduduk dunia.

Objektif Penubuhan Ialah


-mengekalkan pertumbuhan dan pembangunan wilayah
-memenafaatkan keuntungan bagi tujuan kebaikan ekonomi wilayah dan dunia
-membentuk sistem perdagangan pelbagai hala
-mengurangkan halangan dalam perdagangan barangan,perkhidmatan dan pelaburan

Projek kerjasama yang digubal oleh jawatankuasa kerja Apec 1991 ialah
- projek pelaburan dan pemindahan teknologi yang diketuai oleh Jepun,Indonesia dan Filipina
- projek pembangunan sumber manusia yang diketuai oleh Jepun,Korea Selatan,Thailand,Indonesia,Kanada dan
Malaysia
- projek perikanan yang diketuai oleh  NEW Zealand,Thailand dan Jepun
- Projek telekomunikasi yang diketuai oleh Amerika Syarikat
- projek pelancongan yang diketuai oleh Amerika Syarikat 

Kepentingan kerjasama APEC

a.Mengurangkan kesan negatif globalisasi ekonomi dunia terhadap negara anggota


b.Meningkatkan saiz pasaran . penduduk yang ramai meningkatkan permintaan barangan
c. Keperluan guna tenaga buruh. kekurangan buruh dan kepakaran dalam negara anggota boleh ditampung oleh
negara lain dlm anggotanya. 
d.Meningkat pemindahan teknologi dari negara maju ke negara mundur seperti Jepun ke Malaysia e.Memudahkan 
pengaliran modal/pelaburan ke negara mundur.

 Kesatuan Eropah (EC).

-Ditubuhkan pada tahun 1957 yang dianggotai oleh negara-negara yang terletak dibenua Eropah
--Anggotanya sebanyak 27 buah negara; Antaranya ialah:- Jerman, Belanda, United Kingdom, Perancis, Itali,
Belgium, Ireland Sepanyol, Sweden, Austria, Finland, Denmark, Greece., Portugal, Luxemburg dan lain-lain.

Tujuan :
i. Mewujudkan satu matawang tunggal
ii. Polisi pertahanan dan hal ehwal negara yang seragam
iii. Satu kerakyatan tidak memerlukan passport untuk bergerak ke Negara lain.
iv. Parlimen EU yang berkuasa

Perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas Amerika Utara (Nafta/ North America Free Trade Agreement/ Perjanjian
Perdagangan Bebas Amerika Utara).
Ditubuhkan pada 1994, adalah sebuah pakatan kerjasama ekonomi yang berasaskan prinsip pasaran bebas yang
terdiri daripada negarai Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico

Tujuan penubuhan NAFTA untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi melalui:-


i.  Kerjasama perdagangan yang bebas dan adil
ii. Menciptakan iklim pelaburan dan persaingan yang sihat
iii. Memberi perlindungan terhadap hak milik intelektual.
iv. Mencipta produser yang efektif dalam penyelesaian masalah perdagangan antara negara anggota.
v. Menghapuskan halangan tarif dikalangan negara anggota secara berperingkat-dalam 5 hingga 15 tahun.
Konsep Kerjasama Dan Persaingan Antara Kawasan.
  
Jenis Kerjasama Takrif Contoh Kerjasama

Kerjasama dua hala Kerjasama antara dua buah Kerjasama antara Malaysia
negara denganjepun dalam pemindahan
teknologi membuat kereta

Kerjasama antara Malaysia


Kerjasama pelbagai Kerjasama antara beberapa buah dengan India, China, dan Taiwan
hala negara dalam pelonggaran prosedur
import-eksport

Kerjasama serantau Kerjasama antara negaranegara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik


yang terletak rantau yang sama (APEC)

Kerjasama kumpulan negara Kerjasama antara negaranegara Kerjasama Ekonomi Persatuan


yang sama aras pembangunannya Negara-negara
Asia Tenggara (ASEAN)

Kerjasama antara negara


perindustrian G7 (Kanada,
Perancis, Jerman, Jepun, Itali,
U.K., Amerika Syarikat, dan
Rusia)

Kerjasama Sedunia Kerjasama yang melibatkan Kerjasama antara negara


kebanyakan negara di dunia membangun Gl 5 (Algeria,
Argentina, Brazil, Chile, Mesir,
India, Indonesia, Jamaica, Kenya,
Malaysia, Mexico, Nigeria, Peru,
Senegal, Sri Lanka, Venezuela,
dan Zimbabwe)

Segi Tiga Kerjasama yang melibatkan Pertubuhan Negara-negara Islam


Pertumbuhan kawasan-kawasan tertentu di (OIC)
negara-negara yang berhampiran Pertubuhan Negara-negara
Berkecuali (NAM)
Pertubuhan Perdagangan Dunia
(WTO)

Sgi Tiga Pertumbuhan Indonesia


— Malaysia
—thailand (IMT — GT)
Segi TIga Pertumbuhan Indonesia
— Malaysia
— Singapura (IMS — CT)
Kepentingan Dan Masalah Pakatan Ekonomi Serantau

i)   Mengurangkan kesan negatif globalisasi ekonomi dunia.


-Kerjasama serantau seperti dalam ASEAN, APEC dan juga kerjasama
ekonomi antara negara Asia Timur penting bagi mengurangkan kesan
negatif globalisasi ekonomi dunia.
-Melalui kerjasama ini juga, kemahiran dan kepakaran serantau dapat
disepadukan supaya berdaya saing di pasaraan antarabangsa, Selain itu,
kemajuan teknologi juga dapat dikongsi bersama.

ii)   Pasaran bersama
- AFTA ialah satu contoh kesungguhan negara anggota ASEAN mewujudkan pasaran bersama, melalui AFTA
penghapusan tarif membolehkan negara-negara anggota
- menjimatkan kos pengeluaran lalu memperoleh ekonomi bidangan.
-Dengan jumlah penduduk negara-negara anggota yang begitu ramai, pastinya pasaran bersama akan
menguntungkan negara anggota. Pasaran yang besar inilah yang perlu diterokai dengan bijak agar penduduk rantau
mi memberi keutamaan kepada produk dan ASEAN.

iii)  Meningkatkan daya saing serantau


- Bagi meningkatkan daya saing serantau dalam usaha mengurangkan kesan globalisasi ekonomi dunia,  khasnya
cabaran daripada China dan India.
- Keutamaan diberikan kepada R&D, teknologi dan juga membangunkan sumber manusia (modal insan).

iv)  Menjaga kepentingan bersama serantau


-Negara-negara anggota ASEAN perlu sentiasa memikirkan tentang kepentingan negara anggota. Ini boleh
menyumbang kepada penubuhan Komuniti Ekonomi ASEAN.
-ASEAN perlu mengekalkan dan meningkatkan lagi suasana mesra bisnes. ASEAN perlu mengatasi beberapa isu
yang menjejaskan keefisienan tempat berniaga.
-Kepentingan bersama serantau dipertingkatkan lagi dengan adanya Skim Kerjasama Industri ASEAN dan Kawasan
Pelaburan ASEAN.

v)   Keperluan guna tenaga buruh.


-Kerjasama dua hala dan pelbagai hala antara negara anggota berkaitan bekalan tenaga buruh membantu
pembangunan ekonomi negara anggota. Sebagai contoh, Malaysia dan Singapura kekurangan bekalan tenaga buruh
dalam sektor pembinaan, industri dan perladangan dan domestik. Justeru, masalah  dapat diatasi dengan
mendapatkan buruh daripada negara jiran seperti dan Indonesia, Filipina, Pakistan dan Bangladesh.
-Kemasukan tenaga ini membantu mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh. Dengan itu pembangunan dan
kemajuan ekonomi tidak terbantut.

Isu Dan Masalah Dalam  Kerjasama Ekonomi Serantau :

i)   Perbezaan ekonomi antara negara anggota.


-Dalam usaha membangunkan ekonomi negara-negara anggota, masalah utama yang dihadapi ialah tahap kemajuan
dan pembangunan ekonomi yang tidak sama antara negara-negara anggota. Contohnya pembangunan di Singapura
dan Malaysia lebih pesat jika dibandingkan negaranegara ASEAN yang lain. Negara Laos dan Myanmar misalnya
masih mundur.
-Perkembangan ekonomi yang tidak sama ini menjadi halangan dalam pelaksanaan persetujuan kerjasama AFTA.
Penghapusan cukai dan tarif tidak dapat dibuat secara serentak. Sebaliknya secara berperingkat dan dalam tempoh
tertentu.
- Di kalangan negara anggota ASEAN yang masih mundur, pelaksanaan APTA bererti wujudnya pasaran bebas.
Sungguhpun pasaran bebas membawa kecekapan yang Iebih tinggi serta barangan yang lebih murah, Ia juga bererti
syarikat-syarikat tempatan yang tidak cekap dan bergantung kepada perlindungan kerajaan akan muflis. mungkin
kerana syarikat-syarikat tersebut tidak mempunyai daya saing yang tinggi.

Halangan Kepada Pelaksanaan Sepenuhnya Persetujuan Dalam AFTA.

Konflik politik wilayah dalam negara anggota


- Konflik berlaku di kalangan anggota ASEAN. Konflik ii berkisar pada pertindihan tuntutan wilayah atau kawasan
sempadan bersama yang  masih tidak dapat diselesaikan hingga hari ini.
- Contoh konflik adalah antara Malaysia dan Thailand ke atas kawasan perikanan di pantai timur Semenanjung
Malaysia. Kawasan ini didapati kaya dengan sumber petroleum. Konflik Malaysia-Filipina disebabkan tuntutan
Filipina ke atas Sabah. Filipina masib enggan menggugurkan tuntutannya ke atas Sabah.
- Kepulauan Spratly menjadi tuntutan bukan sahaja di kalangan negara anggota ASEAN seperti Vietnam, Filipina,
Brunei dan Malaysia, tetapi China dan Taiwan juga membuat tuntutan.
- Kes tuntutan Pulau Batu Putih antara Malaysia dan Singapura telah pun  bawa ke Mahkamah Keadilan
Antarabangsa. Manakala konflik tuntutan ke atas Pulau Sipadan antara Malaysia dengan Indonesia telah selesai
selepas keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa berpihak kepada Malaysia.
- Konflik dalam ASEAN diselesaikan melalui rundingan dan menghormati hak dan kedaulatan setiap negara.
Ketenteraan bukanlab cara anggota ASEAN menyelesaikan sebarang konflik.

Keupayaan melaksanakan projek kerjasama serantau


- Projek kerjasama ASEAN merupakan strategi ASEAN menangani globalisasi ekonomi dunia. Adanya kerjasama
atau perkongsian strategik membolehkan produk ASEAN berdaya saing tinggi.
- Sungguhpun jurang ekonomi kalangan negara auggota ASEAN agak besar, kenjasama dan komitmen anggota
ASEAN yang lebih maju mampu melaksanakan projek-proj ek yang telah dipersetujui bersama.
- Kerjasama ekonomi dalam segi tiga pertumbuhan adalah antara projek projek kerjasama serantau yang telah
terbukti berjaya dilalcsanakan. Misalnya usaha memajukan sektor pelancongan di IMT-GT. Sektor industri
pembuatan di IMS-GT telah menarik pelabur dan Singapura dan Malaysia melabur modal di Riau.

Persaingan antara kepentingan negara dengan kepentingan serantau


- Ini merupakan  dilema yang dihadapi oleh semua negara dalam pakatan kerjasama. Atas dasar kerjasama dan untuk
kepentingan bersama dalam menghadapi cabaran globalisasi ekonomi dunia, persaingan antara kepentingan negara
dengan kepentingan serantau dapat diminimumkan.
- Ini berdasarkan kepada dasar ASEAN yang percayakan kepada ‘Memakmurkan Jiran Anda’ boleh membantu satu
sama lain kerana ASEAN beranggapan jiran-jiran yang makmur itu menjadi rakan dagang yang baik dan memberi
sedikit masalah antara satu sama lain.
- Membantu negara jiran memajukan sektor ekonomi tidak menjejaskan kepentingan negara kerana akhirnya
kemakmuran negara jiran tersebut membantu kemakmuran negara yang dibantu. Dalam jangka panjang,
kepentingan negara tidak terjejas.
- ASEAN yang makmur bererti ASEAN yang stabil. ASEAN yang stabil bererti ASEAN yang aman. ASEAN yang
lemah dan miskin tidak membawa manfaat kepada nggotanya.
- Persaingan antara negara serantau dapat diminimumkan melalui pengkhususan. Pengkhususan akan
menguntungkan kedua-dua pihak kerana setiap negara anggota akan memberi perhatian kepada pengeluaran
barangan dan perkhidmatan yang mana negara tersebut mempunyai kelebihan persaingan. Dengan kerjasama antara
syarikat negara anggota dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan bermakna keuntungan dikongsi bersama.
      
Pencemaran rentas sempadan
- Kejadian jerebu yang menjejaskan kualiti udara beberapa buah negara anggota ekoran aktiviti pembakaran hutan di
Indonesia telah membawa kepada usaha mengatasi masalah jerebu secara lebih serius.
- Ini membuktikan baliawa ASEAN mempunyai komitmen yang tinggi dan serius  menangani masalah jerebu
merentas sempadan. Hasil daripada
perjanjian ialah sebuah badan yang dipanggil ASE44J( Coordinating Centre for Transboundry Haze Pollution
Control) ditubuhkan.
- Kerjasama mi bererti ahli-ahli bekerjasama mencegah dan mengawal punca-punca pembakaran dengan mendirikan
satu sistem amaran awal, bertukar maldumat dan teknologi.

Keselamatan serantau.
- Kebelakangan ini kerjasama dalam keselamatan serantau menjadi semakin penting ekoran daripada ancaman
keganasan yang menjejaskan keselamatan dalam negara dan serantau.
- Usaha dilakukan bagi meningkatkan keselamatan serantau dengan kerjasama serantau melalui pertukaran
maklumat, kepakaran dan Iatihan tentera negara anggota
- Ancaman kumpulan pelampau bukan sahaja menggugat dan mengancam kestabilan dan keselamatan negara, tetapi
boleh menjejaskan ekonomi. Perbincangan sering diadakan sama ada di peringkat pegawai mahu ASEAN pun di
peringkat menteri berhubung keselamatan serantau bagi mencari alternatifterbaik menangani gelaja ini

PERTUMBUHAN SEGITIGA ( 6 W)
Konsep Pertumbuhan Segitiga
Pertumbuhan segitiga merujuk kepada kerjasama memajukan
Subwilayah yang berjiran  di dalam ASEAN.
kerjasama ini biasanya menumpukan kepada modal, buruh, teknologi, telekomunikasi, keselamatan, perdagangan
dsb

Kawasan Pertumbuhan Segitiga Di Dalam ASEAN:


Pertumbuhan Segi Tiga :
IMS-GT (Indonesia, Malaysia, Singapura - Growth Triangle) - SIJORI
Indonesia  :   Kepulauan Riau, Bangkahulu, Jambi, Sumatera Barat, Kalimantan Barat.
Malaysia   :   Selatan Johor.
Singapura  :   Utara Singapura

KERJASAMA
IMS-GT Fokus Kerjasama: IMS – GT :-  Perindustrian-

 1.  Pertanian  -Projek perladangan getah dan kelapa sawit di Kepulauan Riau.

2. Pelancongan   -Aktiviti pelancongan (hotel/resort & sumber maritim) di pantai dan pulau di Riau dan
Sulawesi.

 -Projek Link ke-2 (Johor ke Singapura).


 3. Pengangkutan
-Aktiviti perkapalan di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor.
(infrastruktur)

 4.Perindustrian  -Aktiviti industrian pem-prosesan hasil pertanian dan pembuatan. (intensif buruh)

 5.Perkhidmatan  - Aktiviti perkhidmatan telekomunikasi seperti per-tukaran siaran Radio-Televisyen.


telekomunikasi

 6. Perdagangan &  -Aktiviti perdagangan dan pelaburan dalam sektor hartanah, contohnya syarikat swasta
Pembangunan Singapura melabur di Johor. 

7.  Pembandaran  - Mewujudkan bandar-bandar baru melalui pen-dekatan pelaburan bersama seperti projek
bandar Nusa Jaya (bandar terapung) di Tanjung Pelepas Johor.

IMT-GT (Indonesia, Malaysia, Thailand - Growth Triangle)


Indonesia  :   Acheh, Sumatera Utara.
Malaysia   :   Langkawi, Kedah-Perlis, Pulau Pinang, Perak Utara.
Thailand    :   Phuket, Songkhla, Saturn

KERJASAMA

IMT-GT  IMT – GT (Sumber pertanian dan pelancongan)

  Pertanian  -Projek perladangan ge-tah dan kelapa sawit di Sumatera Utara

  Projek pertanian padi di Kedah-Perlis dan Selatan Thai.

  Pelancongan  -Aktiviti pelancongan di pantai dan pulau seperti di Langkawi, Phuket dan Acheh. Sebagai
"Pintu masuk pelancong ASEAN" mewujudkan kawasan bebas cukai.

  Pengangkutan  - Perkhidmatan feri Langkawi - Phuket - Medan.

(infrastruktur)  

Perindustrian Aktiviti industri pem-prosesan sumber hutan dan pertanian. (agro base industry)

Perkhidmatan  -Aktiviti perkhidmatan telekomunikasi seperti projek internet ASEAN (Thailand sebagai
pusat-nya). Pertukaran siaran Radio-Televisyen dan lain-lain maklumat budaya.
telekomunikasi

Perdagangan  dan  Aktiviti perdagangan seperti di kawasan bebas cukai.

Pembangunan  eg. kawasan bebas cukai Langkawi

Perlombongan dan -Aktiviti perlombongan seperti mencari gali gas asli di perairan Kelantan (projek usahasama
Malaysia dengan Negara Thai).
Perhutanan
KERJASAMA

EAGA-BIMPBIMP – Fokus Kerjasam EAGA :Pelbagai aktiviti ekonomi

  
   

1.      Pertanian -         Aktiviti pertanian getah dan kelapa sawit di


Kalimantan.
 
 

    iii)    Kawasan
Pertumbuhan Asean Timur :
Berunai Darusalam –
2.      Pelancongan -         Aktiviti pelancongan di pantai, pulau, dan              Indonesia –
tanah tinggi. Malaysia – Filipina
  (EAGA-BIMB)
(Brunei, Indonesia,
-         eg. gunung Kinabalu, pulau Sipadan &
Malaysia, Filipina - East
Lingitan Asean Growth Area )
Brunei       :   seluruh
 
Brunei
Indonesia  :   Kalimantan
   
Barat, Sulawesi, Maluku,
Ujung Padang.
3.      Pengangkutan -         Projek jalan kereta api Trans Borneo.
Malaysia   :   Sabah,
Sarawak, Labuan.
(infrastruktur) -         Aktiviti pembangunan infrastruktur melibatkan
Filipina      :   Mindanao,
pembinaan jalan raya, perhubung-an, bekalan air, Palawan.
sumber tenaga, dan lain-lain khususnya di
Lembah Mindanao.

   

4.      Perindustrian -         Aktiviti industri pem-prosesan sumber hutan


dan pertanian.
 
      (agro base industry)

   

5.      Perkhidmatan -         Aktiviti perkhidmatan telekomunikasi seperti


pertukaran siaran Radio-Televisyen.
    telekomunikasi
 
 
 

   

6.      Perdagangan   -         Aktiviti kewangan dan perbankan khususnya di


Labuan sebagai pusat kewangan luar pesisir.
Catatan
Fokus Kerjasama: IMS – GT (Perindustrian- )
                                IMT – GT (Sumber pertanian dan pelancongan)
                                BIMP – EAGA (Pelbagai aktiviti ekonomi)

(c)    Membincangkan peranan pertumbuhan  segitiga dalam memajukan wilayah ;

 
 i)     Perdagangan.- meningkat aliran perdagangan melalui  eksport dan import.diantara negara Malaysia, Singapura
dan lain-lain dalam hasil pertanian, perindustrian dsbnya.
       ii)     Pelaburan.- meningkatkan pelaburan dalam bidang tertentu - projek pertanian, perlombongan dll

      iii)    Pengaliran buruh- memudahkan proses pengaliran buruh sesama negara/wilayah - kekurangan buruh dan
pakar dapat ditampung oleh negara   anggota contoh buruh kurang mahir dari Indonesia. Buruh mahir dari Singapura
dan Malaysia.

      iv)   Memajukan penggunaan sumber alam. Pembangunan sumber alam dalam sesuatu wilayah dapat dimajukan
melalu kerjasama dalam segi tiga pertumbuhan seperti sumber hutan di EAGA-BIMP, sumber pelancongan di IMS-
GT dan IMT-GT, dan sumber petroleum dan gas asli di EAGA-BIMP dan IMT-GT.

      v)     Memajukan sektor Pengangkutan dan perhubungan- laluan udara,darat dan air seperti pembinaan jalan
kereta api  trans Borneo, Link ke Dua, Perkhidmatan feri Langkawi.

     vi)     Meningkatkan penggunaan teknologi - perkongsian teknologi moden, negara maju spt Singapura
membantu negara miskin spt Indonesia dan Malaysia. . dalam bidang R&D dan Inovasi.

You might also like