You are on page 1of 22

(e) Keseimbangan Ekonomi Tiga Sektor (cukai sekali

gus)

Konsep Keseimbangan Pendapatan Negara

• Keseimbangan pendapatan negara ialah suatu


keadaan di mana nilai output yang dikeluarkan oleh
seluruh firma (AS atau Y) sama dengan jumlah
perbelanjaan (AE) dalam ekonomi.

• Atau keseimbangan pendapatan negara ialah suatu


keadaan di mana nilai suntikan menyamai nilai bocoran.
Penentuan Keseimbangan Pendapatan Negara

• Keseimbangan pendapatan negara dicapai melalui dua


pendekatan :

i. Pendekatan AE-Y.

ii. Pendekatan Suntikan - Bocoran.


(f) Penentuan Keseimbangan Pendapatan Negara
Ekonomi Tiga Sektor

Kaedah rajah
• Keseimbangan ekonomi tiga sektor dicapai apabila Y
= AE pada titik E0 dan pendapatan negara Y0.

• Pada pendapatan negara Y1, wujud lebihan AE


sebanyak ab.

• Stok firma berkurang. Ini mendorong firma


menambahkan keluaran sehingga AE = Y dan
keseimbangan dicapai semula pada Y0.

• Pada pendapatan negara Y2, wujud lebihan AS


sebanyak cd.

• Stok firma berlebihan. Ini mendorong firma


mengurangkan keluaran sehingga AE=Y dan
keseimbangan dicapai semula pada Y0.
• Oleh itu keseimbangan pendapatan negara dicapai
apabila AE=Y kerana tiada lagi dorongan untuk firma
menambah atau mengurangkan keluaran.
Keseimbangan ekonomi tiga sektor dicapai apabila
suntikan (I + G) = bocoran (S + T) pada titik E0 dan
pendapatan negara Y0.

Pada pendapatan negara Y1, wujud lebihan suntikan


sebanyak ab.

Stok firma berkurang. Ini menyebabkan firma


meningkatkan keluaran sehingga suntikan = bocoran
dan keseimbangan dicapai semula pada Y0.
Pada pendapatan negara Y2, wujud lebihan bocoran
sebanyak cd.

Stok firma berlebihan. Ini menyebabkan firma


mengurangkan keluaran sehingga suntikan = bocoran
dan keseimbangan dicapai semula pada Y0.

• Oleh itu keseimbangan pendapatan negara dicapai


apabila J = W kerana tiada lagi dorongan untuk firma
menambah atau mengurangkan keluaran.
Kaedah rumus / persamaan :
Contoh: C = 100 + 0.8Yd,
I = 50, G = 50 dan T = 30 (nilai dalam RM juta)
(g) Kesan Perubahan Perbelanjaan Agregat Melalui
Proses Pengganda Penggandaan dalam ekonomi tiga
sektor

• Pengganda ialah ukuran berapa kali ganda


pertambahan dalam pendapatan negara kesan
pertambahan perbelanjaan agregat

• Perubahan dalam perbelanjaan agregat akan


menyebabkan perubahan ke atas pendapatan negara
berkali ganda iaitu bergantung kepada saiz pengganda
• Contoh:

Andaikan sebuah firma melakukan pelaburan atau


kerajaan membuat perbelanjaan kerajaan sebanyak
RM10 juta dan MPC ialah 0.8.
• Pelaburan firma atau perbelanjaan kerajaan
sebanyak RMlOjuta mewujudkan pendapatan kepada
pemilik faktor sebanyak RMlOjuta.

• Apabila MPC = 0.8, kesan pertambahan pendapatan


RM10 juta akan menambahkan perbelanjaan
penggunaan (0.8 x 10) = RM8 juta dan tabungan (0.2
x 10) = RM2 juta yang ditunjukkan pada peringkat 1.
• Pertambahan pendapatan RM8 juta akan
menambahkan perbelanjaan penggunaan (0.8 x 8) =
RM6.4 juta dan tabungan (0.2 x8) = RM 1.6 juta, yang
ditunjukkan pada peringkat 2.

• Proses ini berterusan sehingga tiada lagi pertambahan


pendapatan untuk dibelanjakan.

• Proses penggandaan tersebut menyebabkan


pertambahan pendapatan sehingga RM50 juta iaitu 5
kali ganda pertambahan pelaburan atau perbelanjaan
kerajaan.
Keseimbangan asal pada titik E0 pada pendapatan
negara Y0.
Apabila pelaburan bertambah, fungsi perbelanjaan
agregat meningkat dari AE0 ke AE1 sebanyak AI.

Wujud lebihan AE sebanyak aE0 pada Y0. Ini mendorong


firma untuk menambahkan output sehingga
pendapatan negara mencapai Y2.
Pada Y2 masih wujud lebihan AE sebanyak be dan firma
terus menambahkan output sehingga Y0
Proses ini berterusan sehingga tiada lagi lebihan AE dan
keseimbangan baharu dicapai pada titik E1 pada
pendapatan negara Y2.

Jadi pertambahan pelaburan telah meningkatkan


pendapatan negara dari Y0 ke Y1 iaitu pertambahan
pendapatan negara melebihi pertambahan pelaburan
akibat penggandaan.
Nilai atau Saiz Pengganda
• Ditentukan oleh nilai MPC.
• Semakin tinggi nilai MPC semakin tinggi nilai
pengganda.

You might also like