You are on page 1of 28

Suara

R SDA

BIL: 1/2010
ISSN 0128/0112

PERCUMA

PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN


KECIL PERUSAHAAN GETAH

MENARIK DI DALAM
BANGKIT
SETELAH
DILANDA
RIBUT
KENCANG

USAHAWAN
TANAMAN
HERBA
MAS COTEK

BEKAS
PEKERJA
LOMBONG KINI
AHLI KELAB
2000 RISDA

m/s...11

m/s...12

m/s...16

PENERAJU KEMAJUAN PEKEBUN KECIL

AR ANG
DARI MEJA PENG
ang

Sidang
Pengarang

PENAUNG
Dato Mohammad Izat Hasan

PENASIHAT
Dato Hj. Ali Nordin Wahiduddin
KETUA PENGARANG
Hjh. Halimah Abd. Kadir
PENOLONG KETUA PENGARANG
Mohammad Rozahiri Mohamad Zakaria
SIDANG PENGARANG
Nazri Rahmat
Hjh. Robiyah Ismail
Jashairoladnin Shaidin
PENTADBIRAN
Fauziah Mashood
SUMBANGAN ARTIKEL
Ahli PENYINAR & Individu
PENGEDARAN/PENYELARASAN
Unit Komunikasi Korporat,
Pejabat Ketua Pengarah
Ibu Pejabat RISDA,
Kuala Lumpur

Majalah Suara RISDA diterbitkan oleh Unit


Komunikasi Korporat, Pejabat Ketua Pengarah
untuk diedarkan kepada pekebun kecil.
Penerbitan buletin ini bertujuan menyebarkan
maklumat mengenai RISDA, hal berkaitan
industri tanaman getah dan sawit serta aktiviti
sampingan yang boleh menyumbang kepada
pendapatan tambahan kepada pekebun kecil.
Suara RISDA juga mengalu-alukan sumbangan
sebarang artikel, cadangan dan pendapat dari
pembaca. Hantarkan sumbangan artikel anda
kepada alamat:
KETUA PENGARANG SUARA RISDA
Unit Komunikasi Korporat,
Pejabat Ketua Pengarah, Tingkat 5,
Ibu Pejabat RISDA,
Karung Berkunci 11067,
50990 Kuala Lumpur.
atau Emel:
halimah@risda.gov.my
atau Faksimili:
03-42565599
http://www.risda.gov.my

Dari Meja Ketua Pengar

eri penekanan kepada


1973, RISDA telah memb
un
tah
a
pad
n
1.64
hka
ubu
Dari sejak dit
a menanam semula seluas
n kecil dan telah berjay
ebu
il
pek
kec
ah
n
tan
ebu
an
pek
gun
pemban
. Kawasan tanah
sawit dan tanaman lain
ah,
an
get
uas
gan
kel
den
ata
tar
pur
hek
a
gan
jut
itu juga den
unkan mulai terhad. Beg
Untuk
yang sesuai untuk dibang
had iaitu 1.8 hektar.
ter
a
jug
il
kec
n
ebu
pek
h
ole
i
sedia
ilik
un
dim
kebun yang
produktiviti keb
dapatan dari hasil kebun,
pen
an
kat
nan
ing
eka
pen
pen
an
eri
memastik
ulan, RISDA memb
. Oleh itu, sebagai sus
kan
kat
ing
.
dit
ula
lu
sem
per
m
ada
g telah ditana
tiviti kebun-kebun yan
sawit
dan fokus kepada produk
produkvititi getah dan
kan
sar
nsa
me
h
tela
DA
RIS
,
am
ini
ogr
gan
kil
Selaras den
iaitu daripada 1,400
utama bagi tahun 2010
si
il
sta
kec
pre
n
uk
ebu
unj
pek
pet
i
i
sebaga
ar setahun bag
1,500 kilogram sehekt
ada
n
kep
ahu
n
set
ahu
ar
set
ekt
ar
seh
ekt
tan
seh
ipada 17
ebun kecil sawit pula, dar
getah. Manakala bagi pek
setahun.
ah
kepada 18 tan sehektar
gkatkan produktiviti get
ha RISDA untuk menin
usa
ha0
usa
200
da
lab
ipa
Ke
dar
an
Selain
mutu, menubuhk
gesyoran klon getah ber
pen
i
eh,
ert
nor
sep
me
il
kec
asa
n
sem
ebu
ok
pek
500 pok
tan sekurang-kurangnya
Hujan
Kg, memastikan kepada
nggunakan Alat Kalis
me
gan
den
eh
nor
me
i
har
n
nga
tuan
bila
Ban
n
meningkatka
DA juga memberi
per tapping per tree), RIS
am
(gr
gtt
iti
n
tiv
tka
duk
gka
Pro
nin
an
serta me
gram Peningkat
Produktiviti Getah. Pro
an
pan
kat
eka
ing
kec
Pen
n
u
tka
ata
G
gka
PP
at menin
aya pekebun kecil dap
alan
Getah dilaksanakan sup
ar setahun melalui am
ekt
seh
kg
0
200
ap
tah
ada
kep
0
ah
100
get
iti
RM
tiv
dan produk
a kadar maksimum
n PPG ini diberikan pad
tua
un
Ban
rac
i.
a,
kin
baj
ter
suk
ogi
teknol
ut Pertanian terma
am bentuk bekalan Inp
sehektar dan diberi dal
.
lex
G-F
w/
dan RRIM Flo
rumpai, Etefon/Mortex
dapat
rakat pekebun kecil
ha RISDA ini, masya
usa
haggi,
usa
tin
ih
gan
leb
den
g
Semoga
h pendapatan yan
iti dan seterusnya berole
tiv
duk
pro
n
tka
gka
nin
me
.
Insya-Allah. Wassalam
ssalam.
Wa
a,
Jay
ju
Selamat Ma

Kandungan
3

Pekebun Kecil Penyumbang Utama Getah Negara

Perunding Kaji Keberkesanan Koperasi

RISDA Harapan Baru Pekebun Kecil Di Sabah

Cendawan Kelabu Mampu Jana Pendapatan Lumayan

Pekebun Kecil Ambil Sendiri Baja Atasi MAsalah Penyampaian

10

Manisan Kerek Kebanggaan Kampung Tok Kah

11

Bangkit Setelah Dilanda Ribut Kencang

12

Usahawan Tanaman Herba Mas Cotek

16

Bekas Pekerja Lombong Kini Ahli Kelab 2000 RISDA

18

Kampung Teknologi Pendekatan Baru RISDA

19

RISDA Wujudkan Semaian Transit Untuk Menambahbaik Sistem Bekalan Benih

20

Mesra Alam Sisa Buangan Sawit Jadi Baja Organik

22

TSB Kampung Orang Asli Changkat Bintangr

23

Hasil Melebihi 30 MT Satu Realiti Di Ladang-ladang RISDA

24

Bendi

26

Program Tanam Semula & Pengurusan Getah

PEKEBUN KECIL PENYUMBANG


UTAMA GETAH NEGARA

Oleh: NAZRI RAHMAT

EKEBUN
KECIL
me
rupakan
nadi
pem
bangunan dan memberi
sumbangan besar kepada
ekonomi negara khususnya dalam
industri getah dan sawit negara,
demikian ditegaskan oleh Menteri
Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah,
YB Dato Seri Hj. Mohd. Shafie Hj. Apdal
dalam Majlis Penyampaian Dividen
dan Pelancaran Tahun Produktiviti
RISDA Negeri Selangor di Padang
Sekolah Kebangsaan Sungai Selisek,
Ulu Bernam pada 10 April 2010.
Menurut katanya, harga getah dan
sawit memberi kesan secara langsung
kepada negara dan pendapatan
kepada pekebun kecil terutama
mereka yang memiliki keluasan
kebun yang kecil dan bergantung
sepenuhnya kepada komoditi ini
sebagai sumber pendapatan utama
dengan kenaikan harga semasa
memberi impak pendapatan kepada
pekebun kecil berada dalam keadaan
yang selesa. Pekebun Kecil Getah
menyumbang 95% keluaran getah
negara.

Harga getah dan


sawit memberi kesan
secara langsung
kepada Negara dan
pendapatan kepada
pekebun kecil
RISDA
merupakan
agensi
yang
bertanggungjawab
untuk
membangunkan masyarakat pe
kebun kecil melalui program utama
iaitu penanaman semula getah dan
sawit yang tidak ekonomik supaya
dapat meningkatkan pendapatan
pekebun kecil dan juga meningkatkan
pengeluaran getah dan sawit negara.
Selain program tanam semula,
program pembangunan lain seperti
pembekalan benih dan input per
tanian bermutu tinggi, program
peningkatan produktiviti, aktiviti
ekonomi tambahan, khidmat pe
ngembangan dan pemindahan tek
nologi, pembangunan modal insan
dan sebagainya dilaksanakan untuk

membantu pekebun kecil menjadi


masyarakat progresif dan sejahtera.
Kini harga getah dan harga sa
wit amat memberangsangkan ber
banding tahuntahun sebelumnya
di mana harga komoditi utama ini
mengalami kejatuhan yang drastik
sejak awal tahun 2009. Ini adalah di
sebabkan kekurangan bahan mentah
akibat cuaca yang tidak menentu di
kebanyakan negara pengeluar seperti
Thailand dan Indonesia.
Harga SMR 20 semasa telah
mencecah RM10.51 sekilogram pada
minggu pertama April 2010. Harga di
ladang yang diterima oleh pekebun
kecil bagi getah skrap adalahRM5.00
sekilogram sementara harga minyak
sawit mentah mencecah RM2,553.50
semetrik tan. Harga di ladang BTB
adalah RM450.
Sehubungan dengan itu, YAB
Dato Seri Hj. Mohd. Shafie Hj. Apdal
menyeru RISDA sentiasa memantau
projekprojek dan tindakan proaktif
perlu diambil bagi memastikan
produktiviti kebun sedia ada dapat
dipertingkatkan melalui penggunaan
teknologi terkini walaupun keluasan
tanah yang terhad.
3

PERUNDING KAJI KEBERKESANAN


KOPERASI Pengerusi

Oleh: NAZRI RAHMAT

ATU kajian akan dija


lankan terhadap Kope
rasi
Pekebun
Kecil
untuk mengenal pasti
pencapaian dan permasalahan yang
wujud demi kebaikan ahli-ahlinya
pada masa hadapan, demikian
dinyatakan oleh Y.Bhg. Tan Sri Rahim
Tamby Chik, Pengerusi RISDA.
Kajian akan dijalankan oleh
pe
runding yang dilantik oleh
Pengurusan RISDA terdiri daripada
pihak universiti untuk melakukan
kajian
atas
keberkesanan
62
koperasi bawah naungan RISDA bagi
menerokai peluang perniagaan yang
berpotensi untuk dieksploitasi.
Kita mahu kajian dibuat agar
koperasi dapat berkembang dan
bergerak secara sistematik dalam
RISDA sama ada dari aktiviti pe
ma
saran, trading, eksport dan
import, berkata selepas merasmikan
Kursus Kefahaman Koperasi dan
Perkumpulan Wanit Pekebun Kecil
(PWPK) dan Kempen Penambahan
Ahli di Kuala Kubu Baru.
4

Y.Bhg. Tan Sri Rahim Tamby


Chik berkata bahawa Koperasi Pe
kebun Kecil mesti berniaga secara

Menurutnya lagi, dalam konteks


pekebun kecil, koperasi telah mem
beri perkhidmatan dan membantu
pekebun kecil dari segi pembekalan
input pertanian, pemasaran hasil,
pemprosesan,
pembinaan
dan
infrastruktur.
Sehubungan dengan itu, RISDA
berhasrat menambah bilangan ko
perasi dengan mewujudkan Ko
perasi Pekebun Kecil di Sabah dan
Sarawak. Beliau berharap Koperasi
Pekebun Kecil yang diwujudkan
akan setanding dengan koperasikoperasi yang berdaya maju
dan dapat menembusi pasaran
antarabangsa.
Turut hadir dalam majlis ini ialah
Y.Bhg. Dato Ali Nordin Wahiduddin
(Timbalan Ketua Pengarah Pem
ba
ngunan), Tn. Hj. Amran Jaafar

profesional dengan kepakaran yang


ada dan pada masa yang sama
memberikan perkhidmatan yang
terbaik kepada kira-kira 182,000
ahlinya.

(Pengarah RISDA Negeri Selangor)


dan lebih 400 orang terdiri dari ahli
Koperasi dan Ahli Perkumpulan
Wanita Pekebun Kecil (PWPK) Hulu
Selangor.

RISDA HARAPAN BARU

PEKEBUN KECIL DI SABAH


Oleh: NAZRI RAHMAT

ETUA PENGARAH RISDA,


Dato Mohammad Izat
Hasan berkata dengan
pelebaran operasi RISDA
ke Sabah sekaligus melengkapkan
fungsi RISDA membantu pekebun
kecil semua negeri di negara ini.
Sebelum ini RISDA telah beroperasi
ke Sarawak.
Kehadiran agensi di bawah Ke
menterian Kemajuan Luar Bandar
dan Wilayah itu dijangka memberi
manfaat
kepada
sekurangku
rangnya 1,000 pekebun kecil yang
dikenalpasti
dan
membabitkan
2,500 hektar tanah berpotensi untuk
menjalankan tanam semula secara
individu.
Beliau berkata pekebun kecil
dengan pendapatan isi rumah kurang
RM750 sebulan layak memohon
untuk menyertai program tanaman
semula RISDA.
Menurut Dato Mohammad Izat

kehadiran RISDA akan menjayakan


matlamat serampang dua mata iaitu
membantu meningkatkan ekonomi
pekebun kecil dan membasmi ke
miskinan tegar di Sabah.

Semua kaum akan


terus dibela selaras
dengan slogan
Rakyat Didahulukan
Pencapaian
Diutamakan.
Dato Mohammad Izat melahirkan
kesyukuran dengan keputusan tepat
Kabinet Sabah mempelawa kema
sukan RISDA ke negeri itu sebagai
pelengkap
peranan
Lembaga
Industri Getah Sabah (LTGS) iaitu
agensi keraaan negeri berkaitan
industri getah.

Pekebun kecil mendengar taklimat bantuan penanaman


getah dan kelapa sawit di Dewan Pinasang, Tamu Darat.

Antara program tumpuan RISDA


ialah tanaman semula, penggunaan
klon dan peningkatan produktiviti
tanaman melalui bantuan teknologi
rangsangan kepada pekebun kecil
yang layak.
Melalui program tanam semula
yang merupakan core business
RISDA, bantuan, benih, baja dan
kepakaran serta khidmat nasihat
diberikan kepada pekebun kecil.
Dalam konteks ini, RISDA akan
memastikan rakyat
(pekebun
kecil) semua kaum akan terus
dibela selaras dengan slogan
Rakyat Didahulukan Pencapaian
Diutamakan.
Ia juga sejajar dengan gagasan
1Malaysia, bahawa golongan peke
bun kecil juga berhak untuk maju
dari segi ekonomi seiring dengan
pembangunan negara.
Sebagai
persediaan
operasi
RISDA membuka pejabatnya di Kota
Kinabalu, Semporna, Sandakan, Kota
Belut dan Keningau.

CENDAWAN KELABU MAMPU


JANA PENDAPATAN LUMAYAN

Suri Rumah Jadi Tauke Cendawan


Oleh: FATIN DIANA ABD. MUNIR

UAN.
HAZALIZA
BT.
ABDULLAH dilahirkan pada
25 Februari 1970. Beliau telah
berkahwin dan dikurniakan
3 orang cahaya mata. Semenjak
berkahwin beliau hanya menjalankan
tanggungjawab sebagai suri rumah
sepenuh masa. Memandangkan kos
sara hidup semakin meningkat, beliau
merasakan perlu membuat kerja
sampingan untuk membantu suaminya
bagi menambah pendapatan keluarga.
Lawatan pegawai RISDA Daerah
Maran pada Mei 2008 telah memberikan
beliau
idea
untuk
menjalankan
perusahaan cendawan tiram kelabu atau
nama saintifiknya Pleurotus sajor-caju.
Cendawan tiram kelabu merupakan
salah satu daripada
s p e s i s
cendawan
tiram

yang ditanam di negara ini selain dari


cendawan tiram putih dan cendawan
tiram abelon. Cendawan tiram kelabu
juga mendapat permintaan yang tinggi
serta mempunyai potensi pasaran
tempatan dan antarabangsa yang begitu

Permintaan yang
tinggi terhadap
cendawan keluarannya
memerlukan beliau
menambah peralatan
bagi meningkatkan
produktiviti cendawan
tersebut

memberangsangkan.
Berbekalkan semangat yang tinggi,
beliau
memulakan
perusahaan
cendawan ini dengan modal permulaan
sendiri sebanyak RM8,500. Beliau
mula mendirikan rumah cendawan
berkeluasan 15 x 15 yang mampu
memuatkan 800 blok media untuk satu
pusingan selama 3 bulan. Blok media
tersebut disusun rapi di dalam rak-rak
kayu. Projek perusahaan ini dijalankan
bersebelahan
dengan
kediaman
keluarga beliau iaitu di Kg. Kuala Sentul,
Maran.
Meskipun baru menceburi bidang
ini, beliau sentiasa mempelajari sesuatu
yang baru tentang tanaman cendawan.
Pelbagai cabaran dan masalah dihadapi
oleh beliau semasa menjalankan
perusahaan
ini
memandangkan
cendawan tiram kelabu merupakan
spesis yang sangat
sensitif.
Pernah

suatu ketika, pengusaha tegar ini


mengalami kerugian yang besar
akibat 10% daripada blok medianya
mengalami kerosakan. Namun, dugaan
yang dihadapinya tidak sedikit pun
melunturkan semangat beliau untuk
terus menjalankan perusahaan ini.
Permintaan yang tinggi terhadap
cendawan keluarannya memerlukan
beliau menambah peralatan bagi
meningkatkan produktiviti cendawan
tersebut. Justeru, atas dasar keprihatinan
pihak RISDA, masalah beliau telah
dapat diselesaikan melalui program
AET yang dilaksanakan oleh RISDA.
Melalui program ini, pihak RISDA telah
memberikan bantuan bernilai RM10,000
pada awal tahun 2009 dan bantuan
yang disalurkan adalah bentuk mesin
pengukus (steamer).
Jika sebelum ini, hanya 800 blok
media sahaja yang dapat dihasilkan,
kini beliau boleh berbangga kerana
mampu menghasilkan sehingga 2000
blok media bagi satu pusingan dan
peratus kerosakan pada media juga
dapat dikurangkan. Purata pendapatan
bulanan setelah menggunakan mesin
pengukus tersebut ialah sebanyak
RM3,000 (300 kg).
Jaringan pasaran Pn. Hazaliza
adalah di kantin-kantin sekolah, jualan
borong, jualan runcit di sekitar Maran
dan juga mengikat kontrak jualan
dengan UITM Jengka iaitu sebanyak 50
kg/sehari bermula 1 Mei 2010.
Kejayaan
projek
beliau
ini,
telah menarik minat dan perhatian
Ketua
Pengarah
RISDA,
YBhg.
Dato Mohammad Izat Hasan untuk
mengadakan lawatan rasmi beliau
pada bulan April baru-baru ini. Lawatan
YBhg. Dato telah memberi suntikan

semangat dan inspirasi kepada beliau


untuk meningkatkan lagi prestasi dan
pencapaian supaya berjaya di masa
akan datang.
Pn.
Hazaliza
berasa
amat
bersyukur dan berterima kasih
kepada pihak RISDA
atas
bantuan dan khidmat nasihat
yang
diberikan
serta
sokongan daripada suami
dan
ahli
keluarganya
sehingga beliau berjaya
melaksanakan
projek
perusahaan
cendawan
ini.
Beliau
berhasrat
untuk
membesarkan
rumah cendawan agar
dapat menampung kapasiti
yang lebih tinggi serta
memperluaskan lagi pasaran
yang sedia ada. Sebarang
tempahan boleh dibuat melalui
pesanan di talian 014-2959557.

PEKEBUN KECIL AMBIL


SENDIRI BAJA ATASI MASALAH
PENYAMPAIAN
Oleh: ANGELINDA A/P NEELAS

AGI mengatasi masalah bekalan baja, RISDA telah


menubuhkan 5 stor pusat di seluruh Semenanjung
mengikut zon selain dua stor sementara bagi
menampung keperluan semasa. Dengan kapasiti 100,000
beg baja bagi tempuh 3 bulan stor pusat memainkan
pesanan bagi memastikan setiap Pusat Tanggungjawab
mampu membekalkan keperluan baja kepada pekebun
kecil menepati jadual yang disyorkan.
Menyedari pekebun kecil menghadapi masalah
terhadap baja yang dibekalkan sama ada masalah
penempatan atau baja dicuri atau baja mudah rosak,
maka satu langkah bijak telah diambil. Konsep pekebun
kecil mengambil sendiri bekalan baja mengikut jadual
pembajaan yang disyorkan mula diperkenalkan.
Tujuannya agar pekebun kecil menerima baja yang
lebih berkualiti dan mengikut kuantiti semasa yang
diperlukan serta membantu pekebun kecil lebih berdikari
dengan kaedah pembajaan tanaman getah/sawit
pada masa yang ditetapkan. Kaedah ini membolehkan
tumbesaran tanaman getah/sawit pekebun kecil subur
dan boleh mencapai tahap kematangan pada masa yang
disyorkan iaitu 4 tahun dan 2 tahun masingmasing.
Amalan agronomi juga ditekankan bagi membantu
pekebun kecil mendapat hasil yang tinggi.
Sedemikian, pekebun kecil dicadangkan untuk
mengambil sendiri bekalan baja dari storstor Pusat
Tanggungjawab yang berdekatan mengikut jadual yang
telah ditetapkan oleh Pusat Tanggungjawab. Sebagai
perintis 3 Pusat Tanggungjawab telah dikenal pasti
pelaksanaannya iaitu:

Pejabat RISDA Daerah Muar telah mendahului


pelaksanaannya dan telah terbukti keberkesanannya.
Walaupun pekebun kecil diberi kelonggaran
mengambil baja sendiri, pekebun kecil hendaklah
mengikut Jadual Pembekalan Baja yang disyorkan.

PENGAMBILAN BAJA OLEH PK DI MUAR,


JOHOR PADA 1 FEBRUARI 2010

Mengikut tatacara lama, apabila RISDA 7 dikeluarkan oleh


Pusat Tanggungjawab, maka borang SPS 40 dan SPS 42
akan turut dikeluarkan dan bekalan baja akan dihantar
terus kepada pekebun kecil oleh anak syarikat milikan
RISDA, RISDA Baja Sdn. Bhd. Tetapi dengan wujudnya
pengambilan sendiri bekalan baja oleh pekebun kecil,
maka wujudnya satu borang baru yang dikenali sebagai
SPS 40A.

Semoga dengan konsep ambil sendiri baja ini akan


berupaya membantu meningkatkan produktiviti pekebun
kecil. RISDA sedia membantu
9

30 MATRIK TAN KELAPA SAWIT


BUKAN HALANGAN DAN SEDIA
MENGUSAHAKAN KEBUN TERBIAR
Oleh: MOHD.HAZMAN RAMLI

ENDAK Seribu Daya,


Tak Nak Seribu Da
lih, begitulah ungka
pan
yang
dapat
digambarkan mengenai kegigihan
dan daya usaha yang telah dilakukan
oleh Hj.Mohd Selam Murat dalam
mengusahakan kebunnya di Kg. Parit
Unas Darat, Muar. Pesara guru berusia
63 tahun ini memilih bidang pertanian
sebagai aktiviti mengisi masa lapang
dan dapat menyumbang pendapatan
yang
lumayan
bagi
keselesaan
keluarganya.
Beliau merupakan seorang pekebun
kecil pemilik pengusaha yang aktif dan
rajin. Beliau bukan sahaja mengusaha
kebunnya malah turut mengusaha
kebunkebun yang terbiar. Beliau
memiliki kebun kelapa sawit muda
seluas 1.2013 hektar yang ditanam
pada tahun 1990 dan beberapa hektar
kebun getah.
Beliau
melakukan
pembajaan
sebanyak 3 kali setahun untuk
menghasilkan pokok yang sihat.
Jumlah baja yang digunakan adalah
sebanyak 3 hingga 4 kg untuk 1 pokok.
Selain itu beliau menggunakan Racun
UP bagi mengelak pokoknya
KENUP
berpenyakit. Pemangkasan dan pe
motongan pelepah pokok juga amat
penting dan dilakukan sebanyak 2 kali
dalam setahun. Penuaian dilakukan
selama 2 kali dalam tempoh masa
sebulan bagi mengelak buah rosak
dimakan binatang.
Kesuburan tanah juga amat dititik
beratkan oleh beliau bagi mendapat
kualiti sawit yang baik. Selain itu
kawalan rumpai mestilah dibuat secara
teratur dan pastikan kebun sentiasa
teknik inilah yang
bersih. Teknikteknik
memainkan peranan
untuk beliau
mendapat hasil 30 matrik/ tan/tahun.
ebun
ini
Kesemua
kebunkebun
diusahakan
sendiri
oleh
beliau
mengikut amalan agronomi yang baik

10

Penuaian
dilakukan selama
2 kali dalam
tempoh masa sebulan
bagi mengelak buah
rosak dimakan
binatang
dengan dibantu oleh beberapa pekerja
semasa pengeluaran hasil. Beliau
mengupah tiga orang buruh tenaga
asing
untuk menjaga kebunnya
kerana usia beliau yang telah lanjut
dan kurang berkemampuan untuk
melakukan kerja yang lasak.
Beliau mendapatkan pulangan
sebanyak RM3,000 sebulan hasil
kerja
keras
beliau dan
peker

janya dalam menguruskan ladang


ladang.
Caracara penanaman dan pen
jagaan kelapa sawit yang betul dengan
bimbingan Pembantu Pertanian Ka
wasan, En. Naim Kasmuri yang
bertugas di Pejabat Stesen Sungai
Sudah menyumbang kepada hasil yang
melayakkan beliau menyertai Kelab
30 Matrik Tan Sawit yang ditubuhkan
oleh RISDA.
Dengan penyertaan kelab ini beliau
dapat memanfaatkan sepenuhnya ma
sa lapang dengan menghadiri kursus
kursus yang ditawarkan. Kelab
Kelab ini juga
banyak membantunya dalam penjagaan
pokok dan penerimaan ba
baja
ja
yang berkualiti.

BANGKIT SETELAH DILANDA


RIBUT KENCANG
Oleh: MOHD. FAIZAL MOHD. SALLEH

EAZAMAN yang tinggi,


tabah, sabar dan jujur
adalah
asas
kejayaan
seorang pekebun kecil
bernama En. Wakimin
bin Thaswee bersama keluarga di
Kampung Melayu Batu 4, Paloh,
Kluang.
Beliau mengusahakan
tanaman sayuran sepenuh masa
dan menoreh di kebun sendiri.
Gemblingan tenaga bersama isteri
dan dua orang anak lelaki yang
menunjukkan minat yang sama serta
jadual kerja harian yang dirancang
dengan baik dapat membantu beliau
memperoleh pendapatan melebihi
RM2,000/bulan/keluarga.
Sebelum
ini pendapatan beliau adalah sekitar
RM750.00 sahaja.
Di atas sebidang tanah yang dimiliki
dengan keluasan 2.3495 hektar adalah
getah tua bertoreh dan 1.0115 hektar
kawasan pokok getah tua musnah
dilanda ribut kencang pada tahun
2007 telah dijadikan tapak kekal projek
pertanian yang diusahakan oleh En.

Wakiman Thaswee bersama keluarga.


Pendidikan setakat sekolah rendah
tidak menghalang beliau untuk maju.
Pengalaman sentiasa ditimba. Kerap
mengikuti kursuskursus anjuran
RISDA sama ada informal di kampung
beliau mahupun di Institut Kemajuan
Pekebun Kecil (IKPK) serta dengan
agensiagensi lain.
Pengalaman,
kemahiran serta sedikit daya kreativiti
telah membantu beliau mengolah
program harian dalam tanaman
sayuran. Hasilnya, masa penanaman
dan penuaian dapat dijangkakan
mengikut keperluan semasa. Kualiti
dan kuantiti hasil dapat ditingkatkan
untuk memenuhi pasaran.
Penoreh tegar ini adalah merupakan
Ahli Kelab 2000 RISDA telah membuat
permohonan bantuan di bawah
projek Aktiviti Ekonomi Tambahan
(AET). Kelulusan telah diberi sebanyak
RM10,000 dalam bentuk pam air untuk
sistem pengairan Springkler serta
input pertanian yang lain. Beliau telah
mampu memiliki sebuah trektor kecil
untuk kerjakerja mengemburkan
batas tanaman.
Bercitacita tinggi untuk menjadi
usahawan berjaya dalam bidang per
tanian selaras dengan hasrat kerajaan
dalam meningkatkan pengeluaran
makanan dan juga pertanian itu suatu

perniagaan, En. Wakiman berhasrat


untuk menambah keluasan tanaman
dan juga cuba mengembling rakan
rakan lain yang sealiran dan belia
belia menceburi bidang ini.
Ini
disebabkan beliau telah menyedari
bahawa usaha
murni ini akan
dapat menjamin pendapatan tetap
mengikut matlamat jika diusahakan
dengan bersungguhsungguh.
En. Wakimin menjadi kebanggaan
penduduk tempatan kerana usaha
beliau setanding dengan petani lain
yang telah lama maju.
Malahan
beliau tidak lokek mencurah ilmu
kepada sesiapa yang berminat dan
sentiasa disenangi oleh rakanrakan
lain.
Bila
melawat
kebun
yang
diusahakan oleh En. Wakimin kita
akan berasa seronok kerana berkualiti
disebabkan
beliau mengamalkan
Amalan Pertanian Yang Baik (GAP).
Penggunaan racun untuk kawalan
serangga adalah pada tahap paling
minimum dan kadangkala tidak
digunakan langsung.
Begitu juga kawalan rumpai, beliau
menggunakan jentera pengembur
tanah pada batas tanaman dan
menggunakan mesin rumput untuk
kawalan rumput di antara batas.
Baja digunakan juga lebih kepada
baja organik yang mudah didapati di
pasaran yang menyumbang kepada
sayursayuran yang dikeluarkan tidak
akan berasa pahit bila dimakan.
Hasil keluaran amat menggalakkan
umpamanya
semusim
tanaman
timun, boleh mencapai sebanyak 10Mt
bagi keluasan 0.4046 hektar dengan
harga purata RM0.70 beliau boleh
memperoleh
pendapatanRM7,000,
Dengan pusingan tanaman 3 kali/
tahun iaitu tanaman kacang panjang
dan bendir. Beliau telah memperoleh
purata pendapatan bersih RM1,300.00/
bulan daripada kegitan pertanian ini.

11

USAHAWAN TANAMAN HERBA


Oleh : ANUAR BIN SHARIF

EJENIS tumbuhan me
liar
dan
menumpang
pada pokok hutan dan
kawasan perbatuan di
pergunungan, mas cotek
atau dalam bahasa saintifiknya
Ficus deltiodea dan tergolong dalam
keluarga
Moraceae
merupakan
tumbuhan yang kini mula mendapat
perhatian, khususnya dikalangan
pengamal perubatan tradisional.
Tumbahan herba ini mempunyai
khasiat perubatan tersendiri dan
dapat merawat pelbagai jenis
penyakit.
Telah terbukti herba
ini sangat baik untuk penjagaan
kesihatan keluarga jika diamalkan
meminum air rebusannya.
Dengan
pengetahuan
yang
dimiliki beliau mengusahakan projek
Teh Uncang Mas Cotek, Kopi Uncang
Mas Cotek dan Minyak Gosok Mas
Cotek yang berasaskan tumbuhan
Mas Cotek. Projek ini diusahakan
di Kg. Sg. Nibong, Semerah, Batu
Pahat, Johor. Menurut beliau Mas
Cotek boleh diklasifikasikan kepada
dua kategori utama iaitu Mas
Cotek Jantan dan
Mas
Cotek Betina.

12

Pengusaha yang dimaksudkan


ialah Encik Ismail bin Dahlan, 53 tahun
dan bapa kepada 5 orang anak. Mula
mengusahakan projek ini pada tahun
2005 dan kini semakin berkembang
setelah hampir 5 tahun beroperasi.
Beliau memiliki 2 buah bangunan
untuk memproses produk Mas
Cotek dengan keluasan 20 x 70
dan 40 x 60. Selain memiliki
beberapa mesin memproses
dan pekerja tetap seramai 6
orang.
B e r k a t

kesungguhan
mengusahakan
projek tersebut, dalam tempoh
sebulan beliau telah mengeluarkan

MAS COTEK
En. Ismail juga
merupakan Pemaju
Masyarakat RISDA
(PMR) Kawasan
Semerah meliputi
Mukim Lubuk, Bagan
dan Peserai

produk sebanyak 5000 kotak Teh


Uncang Mas Cotek, 5000 kotak
Kopi Uncang Mas Cotek dan 2000
botol Minyak Gosok. Dengan hasil
jualan produknya, beliau mampu
memperoleh pendapatan melebihi
RM2,000.00 sebulan. Kebanyakan
bahan mentah yang beliau terima
daripada sekitar kampung tersebut
dengan harga RM1.50 sekilogram
bagi daun yang belum dikeringkan.
Secara
tidak
langsung, beliau
membantu
meningkatkan

pendapatan penduduk tempatan.


Menurut kata
Encik Ismail,
khasiat Mas Cotek mampu mem
betulkan kerosakkan urat saraf,
membantu mengawal tekanan darah
tinggi, merawat penyakit paruparu
berair, mampu merawat migrain,
resdung, kencing manis, gout, ba
tu karang, tekanan darah tinggi/
rendah, kandungan flavonoid yang
tinggi untuk mengekalkan keayuan
dan awet muda, mengurangkan
tahap kolestrol dalam darah, mengu
r a n g k a n
keletihan dan

kelesuan badan, membantu masalah


keputihan, melancarkan peredaran
haid dan banyak lagi.
En.Ismail telah mengikuti kursus
kursus yang dianjurkan oleh RISDA,
Jabatan Pertanian, SIRIM dan JAKIM.
Beliau juga mengikuti promosi dan
jualan yang dianjurkan oleh RISDA
dan Jabatan Pertanian.
Ditanya
mengenai perancangan tahun 2010,
beliau sedang mengusahakan ladang
herba ini seluas 30 ekar di Mersing
dengan rakannya. Untuk tempahan
produknya, beliau boleh dihubungi
melalui talian 0137515034.

13

Berita Bergambar

YB. Dato Seri Haji Shafie Haji Apdal diiringi Dato Haji Ali Nordin
setibanya di Kampung Jawa Kerling, Ulu Selangor.

Wakil peserta TSK Daerah Muar menerima replika


cek yang disampaikan Tan Sri Rahim Tamby Chik
ketika lawatan kerja ke Negeri Johor.

Dato Mohammad Izat Hasan menunjukkan keratan mata tunas


klon getah kepada YB. Dato Seri Shafie Apdal ketika melawat
tapak semaian transit RISDA di Kampung Inas, Kuala Pilah.

Dato Seri Shafie serta tetamu kehormat di majlis Penyampaian Dividen dan Pelancaran
Tahun Produktiviti RISDA Selangor di Kampung Sg. Selesik, Ulu Bernam.

14

Tan Sri Rahim Tamby Chik diiringi Dato Haji Ali Nordin menyampaikan dividen peserta TSK di Ulu Bernam.

Tan Sri Rahim Tamby Chik bergambar kenangan bersama


ketua-ketua rumah panjang di Sibu, Sarawak, turut hadir Ahli
Pihak Berkuasa RISDA (berdiri di belakang).

Pekebun kecil dari Hulu Selangor hadir di majlis penyampaian


dividen dan pelancaran Tahun Produktiviti RISDA Selangor, oleh
YB. Dato Seri Shafie Haji Apdal.

Dato Mohammad Izat Hasan


menyampaikan dividen kepada peserta
TSK Orang Asli di Maran, Pahang.

Sebahagian dari penerima dividen TSK menunjukkan tanda


bagus yang disampaikan YB. Dato Seri Shafie Haji Apdal.

15

BEKAS PEKERJA LOMBONG


KINI AHLI KELAB 2000 RISDA
Orang malas mencari alasan,
orang rajin mencari jalan

Oleh: V. NADARAJAN
N. YEE AH KEONG dan
isterinya Puan Chong Sin
Thye, bekas pekerja lombong
bijih timah di persekitaran
Daerah Kinta Selatan, Kampar, telah
beralih tumpuan ke industri pertanian
pada awal tahun lapan puluhan akibat
daripada krisis komoditi bijih timah.
Setelah
menempuh
pengalaman
menanam pelbagai tanaman kontan,
beliau telah bertekad untuk menceburi
industri getah, walaupun pada ketika
itu harganya masih tidak menentu.
Pada tahun 1993 beliau telah
menyertai program tanam semula
RISDA dengan menanam
getah
setelah mengikuti beberapa kursus

16

dan khidmat nasihat daripada


pihak RISDA. Pengalaman yang
diperoleh sebagai penanam
kontan tidak sia-sia kerana
beliau telah mempelbagaikan
tanaman kontan sementara
menunggu getah yang ditanam
menjadi matang.
Betapa beliau menikmati
kepuasan setelah impiannya
telah
menjadi
kenyataan
kerana
mencapai
sasaran
apabila kebun seluas 0.8266 hektar
mula ditoreh. Klon yang ditanam
beliau adalah siri PB 260. Beliau juga
berterima kasih kepada mentor beliau
iaitu En. Amranuddin Arbi , Pembantu
Pertanian Kawasan
yang banyak
memberi tunjuk ajar, khidmat nasihat

dan bimbingan.
Kini usia beliau telah menjangkau
56 tahun, beliau mengatakan Isteri
sayalah yang menjadi dorongan dan
memberi sokongan padu hinggakan
kami mencapai hasrat yang terpendam
khasnya dan menyahut seruan pihak
RISDA khususnya mencapai impian

2000kg/hek/tahun.
Nasihat beliau kepada pekebun getah
ialah, baik pekerjaan apa pun buatlah
bersungguh-sungguh. Amalan pertanian
yang betul adalah sangat penting jika ingin
menempah kejayaan. Bajalah secukupcukupnya dan jangan sekali-kali diabaikan.
Jika diabaikan
akan mengundang
kegagalan. Penyenggaraan kawasan
adalah penting sebelum membaja.
Hasil lateks pengeluaran kebunnya
mencapai 35 hingga 40 DRC (kandungan
getah kering). Sistem torehan yang
diamalkan ialah S2 D2. Hasil untuk tahun
2009 ialah 1970.41 kg dan unjuran ialah
3178.19 kg. Bilangan hari menoreh ialah
81 hari saja untuk 9 bulan torehan.. (1970
kg /9 bulan X 12/0.8266 hek = 3178 kg
unjuran).
Harga lateks untuk tahun 2009
ialah RM5.90 (purata). Beliau berjaya
memperoleh
pendapatan
melebihi
RM3000.00/sebulan iaitu hasil getah
dan lain lain. Sebanyak 51.15 gtt telah
diperoleh
untuk bulan Januari 2010
dengan bilangan pokok yang ditoreh 391
batang untuk 10 hari torehan. Unjuran
ialah 2903 kg.
En. Yee Ah Keong kini tinggal bersama
isterinya sahaja. Kesemua anak mereka
telah berjaya dalam bidang masing-masing
dan telah berumahtangga.
Semoga pencapaian En. Yee Ah Keong
akan menjadi inspirasi kepada pekebun
kecil yang lain untuk mencipta kejayaan.
17

KAMPUNG TEKNOLOGI
PENDEKATAN BARU RISDA
Oleh: HJH. HALIMAH ABD. KADIR

ISDA akan melaksanakan


Kampung
Teknologi
sebagai satu pendekatan
baru dalam program pengembangan
dan pemindahan teknologi ke arah
peningkatan produktiviti kebun.
Demikian dinyatakan oleh Menteri
Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah,
YB Dato Seri Hj. Shafie Hj. Apdal.
Pada tahun 2010 sebanyak
RM460,000
telah
diperuntukan
bagi 44 buah kampung yang akan
dibangunkan sebagai Kampung
Teknologi di seluruh negara dan
setiap Kampung Teknologi akan
menerima
peruntukan
sebanyak
RM10,400.
Dalam pelaksanaan Kampung
Teknologi beberapa peralatan moden
dan bahan-bahan berkaitan perlu
disediakan bagi rujukan kepada

`R

18

masyarakat pekebun kecil.


Objektif pelaksanaan Kampung
Teknologi adalah untuk merealisasikan
penggunaan semua teknologi yang
wajar diamalkan dan dipraktikkan
oleh pekebun kecil dan keberkesanan
penggunaannya juga akan dipantau.

Dalam usaha untuk melaksanakan


Kampung Teknologi sebanyak 52
jenis teknologi yang berkaitan dengan
tanaman getah dan sawit akan
dilaksanakan di samping pekebun kecil
akan didedah, dibimbing dan diberi
tunjuk ajar bagi memastikan mereka
dapat mengamalkan teknologi
yang bersesuaian dengan umur
dan jenis tanaman yang mereka
usahakan.
Menurutnya, Sebagai contoh,
RISDA
telah
menetapkan
matlamat supaya benih getah
yang ditanam oleh pekebun
kecil boleh ditoreh dalam
tempoh 4 tahun selepas
ditanam di ladang.
Kuantiti
hasil minimum perlu melebihi
2,000 kg/hektar/tahun (berat
kering) dan 2 tahun bagi sawit
serta pencapaian produktiviti 18
metrik tan.
Diharap pekebun kecil yang
terlibat
dalam
Kampung
Teknologi ini akan menjadi
model dan ikutan kepada
pekebun-pekebun
kecil
yang lain dalam usaha untuk
menerapkan amalan teknologi
secara meluas.

TSB Kampung Orang Asli


Changkat Bintang
Oleh: HJH. ROBIYAH ISMAIL
Jurugambar: ABD. MALIK KASSIM (DIBANTU OLEH TN. HJ. KASBANGI
KASIM, EN. ROHANI ZAMZURI , EN. SHAMSUL AKHYAR ABDULLAH)

SB KAMPUNG ORANG ASLI Changkat Bintang


merangkumi keluasan 44.3244 hektar dengan bilangan
peserta terdiri daripada 22 Orang Asli dengan bilangan lot
sebanyak 22 lot. Projek ini dirancang pada awal tahun 2005 dan
dapat dilaksanakan pada 21 September 2005. Pokok getah Klon
BCMP mula ditanam pada Julai 2007 dan disulam pada Disember
dalam tahun yang sama.
Apa yang menarik untuk tatapan pembaca Suara RISDA ialah
TSB ini diusahakan sendiri oleh peserta-peserta dengan bimbingan
Ketua Stesen dan Pembantu Pertanian Kawasan. Bermula
daripada kerja-kerja pembajaan, kawalan rumpai, cantasan,
galakan dahan, rawatan penyakit akar hinggalah rawatan anaianai. Sebelum menjalankan kerja-kerja tersebut, peserta-peserta
akan diberi taklimat dan kemudian melakukan sendiri dengan
pemerhatian dan pemantauan oleh Ketua Stesen dan Pembantu
Pertanian Kawasan.

Tn. Hj. Roslan Ros b. Abdullah bukan setakat Setiausaha TSB,


malah merupakan imam masjid dan tenaga pengajar agama Islam
kepada penduduk Orang Asli di sini.
Demi merealisasikan budaya 4 1/2 tahun di kalangan para
peserta, Ketua Stesen telah mengambil daya inisiatif menganjurkan
Pertandingan Kebun Terbaik setiap enam bulan. Pemilik kebun
getah yang ukur lilit pokok paling tinggi akan dipilih sebagai
pemenang. Berikut adalah pemenang tersebut:

Pertandingan Kebun Terbaik Jun 2009


Pemenang:
1. En. Dol b. Julan
2. En. Aln b. Baek
3. Cik Saenah a/p Megun
Pertandingan Kebun Terbaik Disember 2009
Pemenang:
1. En. Aring a/l Piat
2. En. Sharif a/l Ngat
3. En. Hassan b. Kaku

PROFAIL TSB KOTA CHANGKAT BINTANG


Luas
Bil. Lot
Bil. Peserta
Tahun Dirancang
Tahun Dibangunkan
Tahun Ditanam
Tahun Sulaman
Jenis Klon

:
:
:
:
:
:
:
:

44.3244 hektar
22 lot
22 orang
2005
21 September 2005
Julai 2007
Disember 2007
BCMP
Pemenang akan diberi hadiah tong racun dan lain-lain bahan
input pertanian. Impak daripada pertandingan ini para peserta
berlumba-lumba mengusahakan kebun mereka sebaik mungkin.
Sementara menunggu getah mengeluarkan hasil, peserta telah
menanam serai dan pisang di antara barisan tanaman. Keseluruhan
pembangunan TSB ini
amat
menggalakkan
dan dijangka akan mengeluarkan hasil lebih
cepat daripada yang
dijadualkan. Ini adalah
disebabkan jadual penyelenggaran kebun yang
ketat seperti pembajaan
2 kali setahun, kawalan
rumpai 4 kali setahun,
cantasan 2 kali setahun,
rawatan penyakit akar
dan anai-anai empat kali
setahun.

Jalan Masuk Ke TSB KOA Changkat Bintang.

19

MESRA ALAM

Sisa Buangan Sawit Jadi Baja Organik


Oleh: AMIR HAMZAH YASAK

KE ARAH pengamalan
konsep mesra alam Green
World yang menjurus kepada pengurangan penggunaan
bahan
kimia
untuk
pemeliharaan
dan
pemuliharaan alam sekitar
maka ESPEK Sdn. Bhd.
telah menjalankan aktiviti
mengikut hiraki 3R bahan
buangan, waste hieracy iaitu
reduce (pengurangan bahan
buangan), reuse (penggunaan
semula bahan buangan) dan
reprocess (memproses bahan
buangan menjadi bahan yang
bernilai).
Aktiviti
yang
dikenal
pasti adalah pengurusan
bahan buangan dari kilangkilang sawit RISDA dan
tinja ternakan lembu untuk
dijadikan baja organik. Baja
organik ini akan digunakan
untuk
menggantikan
sebahagian baja kimia (20%)
dalam program pembajaan
tahunan 2010 ini.

BAJA ORGANIK
Baja organik iaitu baja yang
terhasil dari bahan biologi
(tumbuhan atau haiwan) di
mana hampir keseluruhan
nutrien adalah dalam bentuk
organik
dan
hendaklah
melebihi 1% total nutrien.(MS
643:2003).
Baja
organik
yang
terdapat di pasaran masa
kini adalah terdiri daripada
baja organik atau kompos
terhasil dari sumber haiwan
dari industri ternakan adalah
tinja sama ada ayam (telur/
daging),
kambing,
dan

20

Dalam konteks
RISDA, dua sumber
baja organik
adalah dari sisa
industri sawit
dan sisa industri
ternakan
lembu. Manakala dari sumber
tumbuhan adalah dari sisa
industri sawit (BTK,POME,
dan Decanter Cake), jerami
padi, sisa industri pemakanan
dan sisa industri kompos
dengan penggunaan cacing
(vermikompos).
Dalam konteks RISDA,
dua sumber baja organik
adalah dari sisa industri sawit
(baja organik ESPEK BOE)
dan sisa industri ternakan iaitu
tinja lembu (ESPEK Livestock
Sdn. Bhd.) dan tinja kambing
(RPSB)
Baja organik ini jika
ditambahkan dengan mikrob
berguna seperti Mikoriza sp.,
Bacillus sp. dan Tikorderma
sp., maka baja organik akan
diklasifikasikan sebagai baja
bio-organik (BBO) seperti
Baja Bio-organik ESPEK
(BBOE) dan baja bio organik
tinja lembu (ESPEK Livestock
Sdn. Bhd).
Tujuan
penambahan
mikrob berguna ini adalah
untuk
dijadikan
sebagai
bio-fertilizer dalam menambahkan kepadatan nutrien
untuk kegunaan pokok dari
sumber tanah (fosforus-P)
dan udara (nitrogen-N).
Juga berfungsi sebagai
penggalakan
pengakaran

(Mikoriza,MPOB)
dan
sebagai satu kaedah preventif untuk penyakit akar
(bio-pesticides) seperti Gadoderma (Tikorderma, MPOB,
TOT 2009).

SPESIFIKASI
BAJA ORGANIK
(MS1517:2001)
1. Saiz Zarah
90% hendaklah saiz yang
dinyatakan.
2. Kandungan
kelembapan
Kelembapan hendaklah
tidak melebihi 35%(dari
berat basah) dan toleransi
sebanyak 10% dari yang
dinyatakan.
3. Kandungan Bahan
Organan
Bahan Organan
hendaklah tidak kurang
dari 50% dan toleransi
sebanyak 10% dari yang
dinyatakan.
4. Kandungan Nutrien
Maksimum minimum
toleransi tidak melebihi
20%
5.Ratio C/N
Maksimum minimum
toleransi tidak melebihi
20% dari ratio 25/1
(terkini).

PENGELUARAN
BOE

ESPEK Sdn. Bhd. telah

menjalankan
pengeluaran
BOE melalui Jabatan ESPEK

Research
and
Advisory
Services
(ERAS)
untuk
membantu kilang-kilang RISDA dalam mengatasi masalah
pengurusan sisa kilang. Di
samping akan menghasilkan
satu produk dalaman yang
boleh
digunakan
untuk
mengurangkan
penggantungan kepada penggunaan
baja kimia untuk ladangladang RISDA.

FASA 1
( FAST TRACK)
Untuk fasa pertama ini,
bahan-bahan
longgokan
BTK, abu tandan, boiler
ash, decanter cake di dalam
dan di sekeliling kawasan
kilang akan dituai. Bahanbahan ini akan melalui proses
pengayakan
untuk
mengasingkan
bahanbahan
pepejal
asing
yang lain.
Kemudian
akan dicampurkan mikrob pengkomposan dan
dibiarkan selama 1-2 minggu.
Setelah
pengkomposan
tamat maka BOE akan
ditimbang ke dalam kampit
seberat 20 kilogram.
Jika penambahan mikrob
berguna di atas dilakukan
akan dijadikan baja bioorganik ESPEK (BBOE)
terutama untuk penggunaan
lubang menanam untuk
kawasan tanam semula.

FASA 2
Bahan utama sisa kilang sawit
RISDA adalah BTK dan Palm
Oil Mill Effluent (POME) dan
sedikit kuantiti decanter cake.
Keperluan dan penye-

diaan pemprosesan kompos


sebenar akan disediakan.
Keperluan
fizikal
dan
bangunan akan dibangunkan
dan akan memohon kelulusan
dari Jabatan Alam Sekitar.
Selepas mendapat kelulusan,
proses pengkomposan akan
dijalankan.
Pemprosesan
kompos dari BTK dicampurkan
dengan
POME
mengikut tahap-tahap tertentu akan dijalankan untuk
mendapatkan kompos dalam
masa tidak melebihi 3 bulan.

FASA 3
BOE akan ditambah nilai
dengan
mencampurkan
bahan-bahan sisa kilang

yang lain seperti POME,


decanter, baja galian dan baja
kimia untuk meningkatkan
kandungan nutrient BOE
untuk
menjadikan
baja
fortified baja organik ESPEK
(FBOE) dan baja fortified baja
bio-organik ESPEK (FBBOE).
Ini akan menggantikan baja
kimia ke tahap 30% lagi untuk
tahun 2011.

KEISTIMEWAAN
BOE
BOE disyorkan digunakan
sebagai
soil
conditioner
dan sungkupan bagi tujuan
berikut:
1.

Menambahkan

bahan

organan dalam tanah untuk


menambahkan
populasi
mikrob berguna tanah.

SYOR
PENGGUNAAN
BOE

2. Meningkatkan tahap penyimpanan dan penyerapan


air dan nutrien tanah.

1. Peringkat Nurseri.
Campurkan 1 bahagian BOE
dengan 5 bahagian tanah
subur (GAMBAR RAJAH 1).

3. Meningkatkan tahap kadar


pertukaran kation (KPK).
4. Meningkatkan pH tanah.
5. Menggalakkan pertumbuhan pengakaran pokok.
6. Membaik
buhan pokok
subur dan
penghasilan
panjang.

pulih pertumyang kurang


meningkatkan
untuk jangka

2. Lubang menanam.
Satu kilo BOE untuk lubang
saiz biasa dan 5 kilo untuk
lubang modified big hole
dan ditaburkan 5 kilo di
permukaan lubang dengan
dilingkari oleh racikan batang
sawit (GAMBAR RAJAH 3)
3. Sungkupan Sawit Muda.
Satu kampit 20 kilo setiap
pokok di sekitar kawasan
pengakaran(GAMBAR
RAJAH 2 )
4. Gantian baja kimia sawit
matang.
Satu kampit 20 kilo BOE untuk
menggantikan 2 kilo baja
kimia untuk setiap dua pokok
di dalam barisan (kawasan
tanah cetek dan kering) dan
di tengah barisan di zon
susunan pelepah untuk tanah
subur (GAMBAR RAJAH 4,
5, DAN 6)

KESIMPULAN
Dengan penghasilan BOE/
BBOE/FBOE/FBBOE oleh
ESPEK Sdn. Bhd. maka
pengurusan sisa buangan
kilang sawit kilang-kilang
sawit RISDA akan dapat
digunakan dengan tambah
nilai untuk menggantikan
baja kimia sebanyak 20%.
Keadaan tanah dan zon
pengakaran yang telah
lama menggunakan baja
kimia akan dapat diperbaiki
semula dengan penggalakan
populasi mikrob berguna,
peningkatan kadar
pemegangan air dan nutrien
(KPK), peningkatan pH
tanah serta kadar bahan
organan tanah. Ini akan
memberikan kesan jangka
sederhana dan panjang
kepada status kesuburan
dan penghasilan tanaman.

21

TABUNG PEMBANGUNAN
SOSIO EKONOMI PEKEBUN
KECIL (TPSEPK)
Oleh: NOOR AZIZAH YUSOF

TUJUAN:

Tabung Pembangunan Sosio Ekonomi Pekebun Kecil


ditubuhkan untuk membiayai projek-projek pembangunan
yang tidak diperakukan oleh agensi pusat yang dikenali
sebagai projek timbal-tindih dan juga projek-projek baru
yang tidak mempunyai peruntukan di bawah belanjawan
RISDA. Ia bertujuan bagi meningkatkan kesejahteraan dan
memenuhi keperluan semasa pembangunan masyarakat
pekebun kecil. Sumber kewangan untuk tabung ini adalah
sumbangan daripada perbadanan dan estet-estet RISDA.

SKIM PEMBIAYAAN PROJEK YANG


DITAWARKAN TPSEPK:
Skim Pinjaman Am
Skim Pinjaman Koperasi

Jenis Projek
Jenis Skim
Lokasi projek

:
:
:

Ikan Pekasam
Skim Pinjaman Am
Kampung Serdang, Tanah
Merah, Lubuk Merbau,
Kuala Kangsar

Hutang lama dijelaskan dahulu jika ada

Kelayakan:

Pembiayaan maksimum RM150,000

Dalam bentuk wang tunai atau mata benda

Maksimum 80% daripada kos projek

Kos perkhidmatan 2% setahun atas baki

Jenis Projek
Jenis Skim
Lokasi projek

:
:
:

Batik Lukis dan Mencanting


Skim Pinjaman Am
Kampung Temin Sg Siput

SYARAT DAN KELAYAKAN


PEMBIAYAAN PROJEK:
Jenis Skim
:
Skim Pinjaman Am
Syarat-syarat :

Warganegara Malaysia

Pekebun kecil getah berdaftar dengan RISDA

Menjalani latihan dalam projek diusahakan

Pengusaha sepenuh masa

Pinjaman melebihi RM10,000 perlu ada cagaran

Pinjaman kurang RM 10,000 tanpa cagaran tetapi


perlu 2 penjamin

Bayaran balik mengikut jenis projek


22

Jenis Skim
:
Skim Pinjaman Koperasi
Syarat-syarat :

Koperasi Pekebun Kecil peringkat Daerah/


Negeri yang telah didaftarkan di Bawah Ordinan
Koperasi Bil 33/1948

Penyata kewangan beraudit 2 tahun merekodkan


keuntungan

Mendapat mandat Mesyuarat Agung Tahunan

Kelulusan Ahli Lembaga Pengarah Koperasi

Kelulusan Ketua Pendaftar Koperasi

Pinjaman untuk:
Perniagaan
Pembangunan tanah
Pemilikan harta
Industri kecil
Kelayakan:

Pembiayaan Maksimum RM 500,000

Kadar pembiayaan sehingga 80%


daripada kos projek

Kos perkhidmatan 2% setahun atas baki

Jenis Projek
Jenis Skim
Lokasi projek

Nama

Jenis Skim :
Lokasi Projek :

:
:
:

Jahitan Sulaman
Skim Pinjaman Am
Lot 396, Kg. Chat Meranti,
17010 Pasir Mas, Kelantan

Jenis Projek
Jenis Skim
Lokasi projek

:
:
:

Spa & Pusat Kecantikan


Skim Pinjaman Am
Jerantut, Pahang

Muhammad Baiaturridwan
b. Dzukipli
Pinjaman Am
Tg. Ipoh, Negeri sembilan
Nama

Jenis Skim :
Lokasi Projek :

Muhamad Fais
bin Abdul Rohhim
Pinjaman Am
Pendang, Kedah

Nama
:
Jenis Skim :
Lokasi Projek:

Hasimah binti Ismail


Pinjaman Am
Kota Tinggi, Johor.

23

Oleh: SYED MUNIR WAFA

BENDI

Nama saintifik: Hibiscus esculentus


Famili: Malvacaeae
PENGENALAN
BENDI adalah sayuran jenis buah yang sesuai
dimasak kari, asam pedas atau digoreng.
Terdapat dua varieti bendi yang popular iaitu MKBe 1 dan Be
2. Tinggi pokok MKBe 1 150 180 cm. Buahnya berwarna
hijau muda, mempunyai 5 segi dan panjang buah 15 17
cm. Tinggi pokok Be 2 155 cm. Buahnya berwarna hijau tua,
mempunyai 7 segi dan panjang buah 12 18 cm.

KESESUAIAN TANAH DAN IKLIM


Jenis tanah

Tanah mineral, gambut, bris


dan tanah bekas lombong.

pH tanah

3.5 - 4.5

Taburan hujan

1.250 mm/tahun

Iklim

Tropika

Suhu

22 30oC

24

PENYEDIAAN TANAH
Kawasan yang telah dibersih, dibajak dan digembur. Batas
dibuat dengan ukuran 1.20 meter lebar dan 20 - 30 cm
tinggi. Pengapuran dilakukan jika pH tanah kurang 5 iaitu
tidak kurang daripada 14 hari sebelum menanam. Kadar
pengapuran ialah 3 - 7.5 t/ha bagi tanah gambut, 1-3 t/ha
bagi tanah baris dan 3 - 5 t/ha bagi tanah mineral.

PENANAMAN
Bahan tanaman

Biji benih

Kuantiti

3 kg/ ha

Jarak tanaman

100 cm x 100 cm

Kepadatan

6000 pokok/ha

Penjagaan

Dilakukan selepas 10 hari

Cara Menanam - Biji benih bendi yang telah dirawat dalam


Thiram ditanam terus ke ladang. Kadar biji benih yang
digunakan adalah di antara tiga hingga empat bagi setiap
lubang sedalam 51 - 23 cm. Kemudian ditinggalkan hanya
satu pokok sahaja bagi setiap lubang selepas 10 hari ia
tumbuh.
Bagi tanaman di antara pokok getah boleh dibuat 4 barisan
tanaman pokok bendi dengan jarak di antara pokok bendi
100 cm x 100 cm. Dalam satu hektar terdapat lebih kurang 15
lorong barisan di antara pokok getah dan ini bererti terdapat
60 barisan pokok bendi. Setiap barisan boleh ditanam 100
pokok bendi.

PENGAWALAN RUMPAI
Terdapat tiga cara untuk mengawal rumpai:Merumput secara manual
Mekanikal
Kimia
Kawal rumpai sebelum menanam
Racun rumpai Paraquat (Gramaxone) pada kadar 50 100
ml./18 lit air.
-

Lalang disembur dengan Glyphosate pada kadar 2.2 kg/ha.


dalam 300 lit air. Selepas 4 6 minggu diulang dengan kadar
0.5 kg/ha.

Kawal rumpai selepas menanam


Racun herba sebelum cambah disembur rata di permukaan
tanah sehari atau beberapa jam selepas hujan dalam kadar
800 900 lit air. Contoh racun herba sebelum cambah adalah
seperti Krovar, Ametryne dan Atarzine.
-

Pengawalan rumpai seterusnya boleh dilakukan secara


manual atau racun rumpai sentuh di barisan tanaman.

PEMBAJAAN

PENUAIAN

Hasil sebanyak 10 12 t/ha diperolehi daripada varieti MKBe 1


dan 8 -10 t/ha bagi varieti Be2.
Penuaiannya 45 hari selepas menanam. Tempoh pemetikan
selama 140 hari dan penuaian 2 hari sekali dengan memotong
tangkai buah pada jarak 2 cm dari pangkal buah.
Bendi tidak perlu dibasuh bagi menggelakkannya daripada
lebam. Ia digred mengikut saiz, kesegaran, kerapuhan dan tahap
serangan penyakit atau serangga.
Pembungkusan pukal menggunakan bakul pastik dan beratnya
tidak melebihi 20 kg. Bagi pembungkusan secara runcit, beg
plastik dan beg kertas boleh digunakan. Ia tahan disimpan selama
7 10 hari pada suhu 5 10oC dengan kelembapan relatif 90 95%.

ANGGARAN PENDAPATAN

Pendapatan penanaman bendi yang ditanam di antara barisan


getah bergantung kepada varieti, kualiti dan harga pasaran
dan dianggarkan pendapatan adalah purata RM7,037 sehektar
sepusingan.

ANGGARAN PENDAPATAN DAN KOS


PENGELUARAN TANAMAN BENDI ANTARA GETAH
SEPUSINGAN SEHEKTAR
Jakarak tanaman
Kepadatan
Mula berhasil
Jangka hayat

:
:
:
:

11100 cm x 100 cm (1m x 1m)


6,000 pokok/ha
45 hari selepas menanam
6 bulan

PERKARA
Pendapatan

KAWALAN PENYAKIT DAN PEROSAK

RM

(9,000kg@RM1.40/kg)

Perbelanjaan
Bahan penanaman
Penyediaan tanah
Penanaman
Membaja dan mengapur
Merumput
Mengawal musuh dan penyakit
Memungut hasil

12,600
108
420
255
2,200
360
420
1800
5,563

Keuntungan (A-B)

7,037

*Anggaran pendapatan RM1,172.83/bulan.

25

TANAMAN CILI SISTEM FERTIGASI


MAMPU MENJANA PENDAPATAN
TAMBAHAN PEKEBUN KECIL
Oleh: MOHAMAD SUKRI HASHIM

ISDA telah melancarkan program


Aktiviti
Ekonomi
Tambahan
(AET) bermula daripada tahun
2006 lagi. Semenjak daripada
itu banyak aktiviti-aktiviti ekonomi yang
diusahakan mengikut tiga bidang utama iaitu
Bidang Ternakan, Bidang Ekonomi Desa
dan Bidang Tanaman berjaya dilaksanakan.
Mengambil kesempatan dengan aktiviti ini
RISDA Daerah Sik dalam tahun 2009 telah
mencuba untuk memperkenalkan projek

AET ini di bawah bidang tanaman iaitu


Tanaman Cili Sistem Fertigasi.
Fertigasi
adalah
dari
perkataan
Inggeris iaitu fertigation. Perkataan ini
campuran dari dua perkataan iaitu fertilise
(pembajaan) dan irrigation (pengairan).
Fertigasi adalah sama kaedah mengairi
dan membaja tanaman yang mana kuantiti
air dan baja yang disalurkan kepada setiap

26

pokok adalah dikawal mengikut keperluan


tanaman.
Ini
bagi
mengelak
pembaziran air dan baja. Kaedah menanam
sayur fertigasi telah digunakan secara
meluas di negara Belanda yang terkenal
dengan pengeluaran sayuran dan buahbuahan sejak lebih 50 tahun lalu.
Di Malaysia ia adalah teknologi
baru. Punca utama yang melambatkan
pemindahan teknologi ini kepada penanam
sayur tempatan ialah kos peralatan yang
tinggi dan tidak mampu dibiayai oleh
mereka walaupun mereka tahu akan

kebaikan sistem ini.


Projek T
Tanaman Cili secara Sistem
Fertigasi ini dijalankan secara kumpulan
di Kg. Sik Dalam, Sik Kedah dan telah
mendapat bimbingan dan khidmat nasihat
dari pihak RISDA Sik dan MARDI Alor Star.
Tiga orang pengusaha yang dimaksudkan
itu ialah:En. Mohd.Sukri bin Md. Isa
En. Zainol bin Tam
En. Burhanudin bin Mahadir
Dengan cara pendekatan projek
secara berkumpulan ini kita dapat

menggemblengkan
tenaga dan dapat
menjimatkan
kos secara lebih
ekonomik lagi. Pihak
RISDA telah bantu
menyumbangkan
bantuan di bawah
Program
AET
ini
sebanyak
RM10,000.00
seorang dan jumlah
keseluruhan
kos
bagi projek ini adalah RM30,000.00. Pihak pengusaha telah
mengusahakan tanaman cili jenis Kulai King 223 & 568 di tapak
tanah seluas 2 ekar beralamat di Kg. Sik Dalam, Sik, Kedah.
Media tanaman adalah bahan daripada sekam bakar (yang
distim). Media ini diisi ke dalam beg plastik tebal (saiz 9 x 12)
yang mempunyai lubang di sekelilingnya bagi membuang air yang
berlebihan dari dalam beg. Memandangkan media ini tidak dapat
menyimpan air, maka sistem ini perlu diairkan 3 kali sehari (250ml)
pada setiap kali termasuk baja. Keperluan air akan bertambah
apabila musim kemarau dan pokok sedang berbuah. Sebanyak
1,500 pokok cili telah ditanam oleh setiap peserta di tapak yang
dicadangkan berjumlah 4,500 pokok keseluruhannya.
Cili adalah sejenis sayuran jenis buah. Ianya boleh dimakan
mentah (ulam) ataupun dimasak sebagai penyelera makanan
atau diproses menjadi makanan lain seperti sos dan cili boh. Pada
hari ini bekalan cili masih berkurangan pengeluarannya di Negeri
Kedah dan perlu diimport dari negeri lain termasuk Thailand. Nilai
keperluan cili di Negeri Kedah adalah RM10 juta setahun dan
meningkat dari masa ke semasa (maklumat dari FAMA).
Tujuan projek ini dijalankan adalah untuk:1.Menyahut seruan kerajaan bahawa Pertanian adalah
Perniagaan.
2. Tingkatkan pendapatan untuk mencapai RM 2,000.00/
sekeluarga sebulan.
3. Mempelbagaikan sumber pendapatan pekebun kecil selain
daripada getah.
Sebab-sebab pemilihan projek ini dibuat adalah kerana:
1. Jangkamasa tanaman yang tidak panjang ( 5 bulan)
2. Pulangan hasil yang lumayan
3. Permintaan yang tinggi

4. Tumpuan sepenuh masa


Anggaran kos bagi setiap peserta adalah sebanyak
RM10,000.00. Senarai barangan dan keperluan peralatan adalah
seperti berikut:Bagi memasarkan hasil pengeluaran projek cili ini pihak
pengusaha tidak terikat dengan mana-mana pemborong atau
pembeli. Tujuan tidak terikat dengan pemborong atau pembeli
ini kerana harga pasaran cili tidak menentu. Pernah harga cili
meningkat sehingga RM13.00 sekilo dan pernah juga harga cili
menurun sehingga RM1.80 sekilo.
Walau bagaimanapun pemasaran tetap juga dijual kepada
pemborong besar seperti di Pasar Borong Bukit Mertajam. Pihak
pemborong datang sendiri ke tapak projek cili mengambilnya untuk
dipasarkan di Bukit Mertajam.
Pada pusingan pertama tanaman cili yang diusahakan oleh ketigatiga pengusaha ini agak memberangsangkan juga. Sepanjang
pusingan pertama mengusahakan cili ini hasil yang diperolehi oleh
ketiga-tiga pengusaha ini ialah:En. Mohd.Sukri bin Md. Isa
- 3,806 kg.
En. Zainol bin Tam
- 3,334 kg.
En. Burhanudin bin Mahadir
- 2,934 kg.
Jumlah
= 10,074 Kg.
Purata hasil sepolybeg yang dapat dihasilkan oleh pengusaha ialah
2.3 kg/pokok.
Harga purata jualan semasa pusingan pertama projek cili ini ialah
RM5.00 sekilo.
Oleh itu pendapatan kasar keseluruhan projek ini ialah:10,074 kg x RM 5.00
= RM 50,370.00
Sekarang ini pihak pengusaha telah mengusahakan Tanaman Cili
Sistem Fertigasi untuk pusingan yang kedua. Modal yang diperlukan
untuk mengusahakan cili bagi pusingan kedua ini adalah berjumlah
RM5,000.00 bagi setiap peserta untuk 1,500 pokok. Projek Cili
Fertigasi pusingan kedua ini telah pun mula mengeluarkan hasil
pada 23hb. Jun 2010. Alhamdulillah harga pasaran cili pada
masa sekarang ini adalah RM9.00/sekilo. Diharapkan harga ini
dapat bertahan sehingga 3 bulan akan datang kerana tempoh
penghasilan cili adalah selama 3 bulan.
Pada keseluruhannya antara projek AET bidang tanaman
yang dapat memberi pulangan yang baik kepada pekebun kecil
salah satunya ialah Projek Tanaman Cili Sistem Fertigasi. Walau
bagaimanapun pihak peserta perlulah mengusahakannya dengan
rajin dan mengikut amalan pertanian seperti mana yang disyorkan
untuk mendapatkan pulangan hasil yang lumayan.

27

Synergy Perdana
Kini langkah telah bermula
gabungan tiga agensi tani
yang bertatih dan membesar
dari dua generasi pemimpin tersohor
bapa dan anak yang berwawasan.
FELDA, FELCRA dan RISDA
memeta sebuah konsortium mega
mencanai satu perjuangan
demi kebaikan warga desa
juga negara tercinta.
Tanggal 23 Ogos 2009,
tika kali pertama dizahirkan
oleh anak sulung
Almarhum Perdana Menteri kedua
yang kini menggalas tanggungan besar
sebagai pemimpin utama negara

maka bermulalah perjalanan sebuah konsortium


Synergy Perdana
hasil ilham pintar YAB Dato Seri
Mohd. Najib Tun Abdul Razak
pemimpin 1 Malaysia yang sarat
dengan iltizam.
Dan, Synergy Perdana
pamacu agenda
ekonomi peneroka dan pekebun kecil
terus sederap
lebih ke hadapan,
lebih bermotivasi
lebih berinovatif dan kreatif.

Karya:
Dato Haji Ali Nordin
bin Wahiduddin,
Timbalan Ketua Pengarah
(Pembangunan) RISDA

You might also like