You are on page 1of 42

BUKU PANDUAN

BAHAGIAN TANAM SEMULA DAN PERLADANGAN


KATA ALUAN Untuk menjamin kemampanan industri getah, kerajaan
masih mengekalkan bantuan bagi penanaman semula
KETUA PENGARAH RISDA getah sepertimana selaras dengan hasrat kerajaan untuk
mengekalkan keluasan getah negara pada kadar 1.2 juta
hektar.

Assalamualaikum… Saya ingin merakamkan penghargaan serta terima kasih


Alhamdulillah saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kepada semua pegawai dan kakitangan RISDA
dengan izinNya, saya mengucapkan syabas dan tahniah khususnya Bahagian Tanam Semula Dan Peladangan
di atas penerbitan Buku Panduan Tanam Semula Tahun yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam
2019 sebagai panduan umum kepada pekebun kecil menghasilkan buku ini.
untuk melaksanakan aktiviti pembangunan tanam
semula. Sekian Terima Kasih.

Program Tanam Semula merupakan program


pembangunan utama sejak RISDA mula ditubuhkan dan
menjadi teras kepada aktiviti RISDA sehingga kini. DATO' WAN AHMAD SHABRI ZAINUDDIN BIN WAN
Program Tanam Semula adalah satu daripada beberapa MOHAMAD
fungsi RISDA yang termaktub di dalam Akta Pihak Ketua Pengarah
Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah RISDA
(Akta 85) Tahun 1972. Di bawah fungsi ini RISDA
bertanggungjawab melaksanakan program menanam
semula pokok getah tua dengan getah atau tanaman
lain yang diluluskan.

Sektor pekebun kecil merupakan penyumbang terbesar


iaitu sebanyak 95% kepada pengeluaran hasil getah
negara.
PRAKATA
Pihak RISDA telah memperkenalkan kaedah
TIMBALAN KETUA PENGARAH permohonan bantuan tanam semula secara online
RISDA (PEMBANGUNAN) melalui sistem TS Online bagi memudahkan pekebun
kecil untuk membuat permohonan dimana sahaja
Assalamualaikum… mereka berada. Dengan penambahbaikan kepada
Buku Panduan Tanam Semula Tahun 2019 yang sistem penyampaian ini, kelulusan permohonan akan
diterbitkan oleh Bahagian Tanam Semula dan diterima pada hari yang sama selaras dengan tagline
Perladangan merupakan satu panduan umum kepada ‘MOHON HARI INI, LULUS HARI INI’.
pekebun kecil khusunya dan kakitangan amnya untuk
digunakan sebagai maklumat asas pelaksanaan program Saya bagi pihak pengurusan RISDA mengucapkan
tanam semula. setinggi-tinggi penghargaan kepada Bahagian Tanam
Semula Dan Peladangan dan juga kepada mereka yang
Rancangan Tanam Semula diperkenalkan pada tahun terlibat secara tidak langsung dalam penerbitan buku
1952 bertujuan untuk membolehkan pekebun kecil yang ini.
mempunyai kebun getah tua dan tidak ekonomik
menanam semula dengan klon-klon baru yang boleh Sekian Terima Kasih.
memberikan hasil dan pulangan yang lebih baik.
Pekebun Kecil merupakan golongan sasar yang akan
menerima manfaat daripada program ini yang mana
pendapatan utama mereka adalah daripada aktiviti DATO' NASARUDIN BIN MALEK
penghasilan getah. Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan)
RISDA
Kadar bantuan tanam semula sehektar adalah sebanyak
RM9,230.00 di Semenanjung, RM13,500.00 di Sarawak
dan RM14,000.00 di Sabah. Melalui program ini
pekebun kecil menerima bantuan dalam bentuk wang
tunai bagi kegunaan kerja-kerja penyelenggaraan kebun,
bekalan input pertanian seperti benih dan baja serta
khidmat nasihat.
KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT
1PENGENALAN PROGRAM TANAM SEMULA 1
2PENUBUHAN RISDA 2
3FUNGSI RISDA 3
4TANGGUNGJAWAB RISDA 4
5VISI, MISI, OBJEKTIF 5
6TAKRIF 6
7OVERVIEW PROGRAM TANAM SEMULA 7
PROGRAM TANAM SEMULA GETAH KE GETAH (TSGG) 8
8.1 SYARAT KELAYAKAN AM BANTUAN TANAM SEMULA 9
SYARAT KELAYAKAN KEBUN BANTUAN TANAM SEMULA KALI PERTAMA
8.2 10
(TS1)
SYARAT KELAYAKAN KEBUN BANTUAN TANAM SEMULA KALI KEDUA (TS2),
8.3 11
8 KETIGA (TS3) DAN KEEMPAT (TS4)
8.4 KAEDAH PERMOHONAN 12
8.5 KADAR BANTUAN 13-17
8.6 JARAK TANAMAN 18
8.7 PENGESYORAN PEMBAJAAN 19
8.8 PENGESYORAN KOD WARNA KLON GETAH 2019-2021 20
KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT
KAEDAH PENDEKATAN TANAM SEMULA 21
9.1 TANAM SEMULA INDIVIDU (TSI) 22
TANAM SEMULA BERKUMPULAN 23
9
9.2 9.2.1 TANAM SEMULA BERKELOMPOK (TSB) 24-28
9.2.2 TANAM SEMULA KOMERSIAL (TSK) 29-34
9.3 TANAM SEMULA DI BAWAH AGENSI 35
10 PENGHARGAAN 36
1. PENGENALAN PROGRAM TANAM SEMULA
Program Tanam Semula merupakan program pembangunan
utama RISDA yang menjadi teras kepada aktiviti RISDA. Program
Tanam Semula adalah satu daripada beberapa fungsi RISDA
yang termaktub di dalam Akta Pihak Berkuasa Kemajuan
Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Akta 85) Tahun 1972. Di
bawah fungsi ini RISDA bertanggungjawab melaksanakan
program menanam semula pokok getah tua atau yang tidak
ekonomik dengan tanaman getah dengan menggunakan klon
berpenghasilan tinggi yang telah disyorkan atau tanaman lain
yang diluluskan. Ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk
mengekalkan keluasan getah negara pada kadar 1.2 juta hektar.

Melalui program ini pekebun kecil menerima bantuan dalam


bentuk wang tunai bagi kegunaan kerja-kerja penyelenggaraan
kebun, bekalan input pertanian seperti benih dan baja serta
khidmat nasihat. 1
2. PENUBUHAN RISDA
RISDA adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah
Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) dan ditubuhkan pada
1 Januari 1973 di bawah kuasa yang diluluskan oleh
Parlimen:-
1. Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan
Getah (RISDA) adalah Akta 85 Tahun 1972
2. Ordinan Kumpulan wang Perusahaan Getah (Penanaman
Semula) 1952.

Sebelum 1973 Selepas 1973


Lembaga Perusahaan Getah Pihak Berkuasa Kemajuan
Tanam Semula (LPGTS) - Pekebun Kecil Perusahaan
1952 Getah (RISDA) - 1972
Dan mengambil alih Unit
Rancangan Pengeluaran
Khidmat Nasihat Pekebun Kecil
Benih Bermutu Tinggi (Skim
(RRI)
1956/1959)
2
3. FUNGSI RISDA
• Melaksanakan dasar dan program pembangunan untuk memastikan
pertumbuhan dan daya maju industri getah sektor pekebun kecil;
• Merancang, menyelaras, melaksana dan mengawasi Skim yang
disediakan dan diluluskan di bawah peruntukan Bahagian VI Akta RISDA
1972;
• Memberikan perkhidmatan teknikal, nasihat, program latihan dan
pendidikan kepada sektor pekebun kecil;
• Mengumpulkan dan menguruskan perangkaan atau maklumat yang
perlu dan menyenggara rekod yang berhubungan dengan sektor
pekebun kecil;
• Merancang dan melaksanakan apa-apa aktiviti lain yang boleh
meningkatkan taraf kesejahteraan sosial dan ekonomi pekebun kecil;
• Memastikan bahawa sektor pekebun kecil dimodenkan untuk
memperbaiki kesejahteraan sosial dan ekonomi pekebun kecil;
• Melakukan apa-apa perkara lain yang membolehkannya melaksanakan
fungsinya dengan berkesan atau yang bersampingan dengan
pelaksanaan fungsinya.

3
4. TANGGUNGJAWAB RISDA
• Melaksanakan segala pembaharuan pertanian yang terdapat daripada
penyelidikan;

• Bekerjasama dan berhubung dengan agensi-agensi lain yang bertanggungjawab


dalam penyelidikan, pengembangan, pinjaman pertanian, pemprosesan dan
pemasaran getah bagi mempercepatkan proses permodenan sektor pekebun
kecil;

• Melaksanakan penanaman semula dan penanaman baru bagi sektor Pekebun


Kecil dengan benih benih moden yang mengeluarkan hasil yang banyak mengikut
cara yang lengkap dan sistematik.

• Memastikan supaya sektor pekebun ke dimodenkan dari segala segi bagi


memperbaiki keadaan ekonomi pekebun kecil;

• Mendapatkan dan menyimpan perangkaan-perangkaan yang perlu berhubung


dengan pembangunan sektor pekebun kecil; dan

• Mengambil bahagian dalam apa-apa aktiviti yang ditentukan oleh Menteri yang
bertanggungjawab dari semasa ke semasa berhubung dengan pembaikan dan
kemajuan sektor pekebun kecil.
4
5. VISI, MISI, OBJEKTIF
VISI

• Menjadi Agensi Peneraju Kemajuan Pekebun


Kecil

MISI

• Membentuk Masyarakat Pekebun Kecil Yang


Progresif dan Sejahtera Melalui Aktiviti
Perladangan dan Keusahawanan

OBJEKTIF

• Pekebun Kecil Memperoleh Purata Pendapatan


RM4,000 Sebulan Sekeluarga Pada Tahun 2020
5
6. TAKRIF

Pekebun Kecil (Smallholder)


“Pekebun Kecil” bermaksud pemilik atau penduduk
sah mana-mana tanah yang jumlah luasnya kurang
daripada 40 hektar, wakil sah pemilik atau wakil sah
penduduk sah itu; atau seseorang yang diisytiharkan
secara bertulis oleh Menteri sebagai pekebun kecil

Estet
“Estet” bermaksud mana-mana tanah yang jumlah
luasnya tidak kurang daripada 40 hektar yang
menyertai Skim;
Menteri boleh mengisytiharkan secara bertulis
seseorang atau sekumpulan orang sebagai tuan
punya estet 6
7. OVERVIEW PROGRAM TANAM SEMULA
> 25 TAHUN PENOREHAN

Getah Tua Penorehan

Penyediaan
kawasan/
Penanaman Penyenggaraan
Penorehan
Penyenggaraan
Bahan
Pembajaan Tanaman Rangsangan

GAP Getah Muda & Matang


7
8. PROGRAM TANAM SEMULA GETAH KE
GETAH (TSGG)
1. Program Tanam Semula Getah merupakan program
pembangunan utama RISDA yang menjadi teras kepada
aktiviti RISDA.

2. Program Tanam Semula adalah satu daripada beberapa


fungsi RISDA yang termaktub di dalam Akta Pihak Berkuasa
Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Akta 85) Tahun
1972.

3. Di bawah fungsi ini RISDA bertanggungjawab melaksanakan


program menanam semula pokok getah tua atau yang tidak
ekonomik dengan tanaman getah dengan menggunakan
klon berpenghasilan tinggi yang telah disyorkan.
8
8.1. SYARAT KELAYAKAN AM BANTUAN TANAM
SEMULA
1. Pemohon warganegara Malaysia.
2. Pekebun kecil (waris/pemegang amanah) iaitu
pemilik tanah yang memiliki tanah dengan jumlah
keluasannya kurang daripada 40.0000 hektar.
3. Tanah yang dipohon bantuan tanam semula
memiliki hakmilik tanah (geran) yang sah.
4. Tanah yang tidak memiliki hakmilik yang sah mesti
mendapat pengesahan pemilikan daripada Pejabat
Tanah/Agensi Kerajaan berkenaan
5. Luas minimun 0.1000 hektar dan luas maksimun
kurang daripada 40.0000 hektar.

9
8.2. SYARAT KELAYAKAN KEBUN BANTUAN TANAM
SEMULA KALI PERTAMA (TS1)
1. Kebun mengandungi getah bertoreh, atau;
2. Kebun mengandungi pokok getah yang tidak ekonomik,atau;
3. Kebun mengandungi tunggul getah tua, atau;
4. Mempunyai lain-lain bukti atau dokumen rasmi yang
mengesahkan ada pokok getah atau kawasan tumpuan
tanaman getah:-
i. Buku lesen getah lama.
ii. Gambar Satelit
iii. Lesen Getah atau Kad Pendaftaran Jualan Pekebun Kecil.
iv. Surat pengesahan daripada mana-mana Agensi
Kerajaan.
v. Rekod yang membuktikan lot tersebut pernah menyertai
tanam semula.
vi. Rekod membuktikan lot yang dipohon tanam semula
mengandungi pokok getah berdasarkan lot bersebelahan
yang menyertai tanam semula. 10
8.3. SYARAT KELAYAKAN KEBUN BANTUAN TANAM
SEMULA KALI KEDUA (TS2), KETIGA (TS3) DAN
KEEMPAT (TS4)
Umur Pokok Getah
Aktiviti Kaedah Dari Tarikh Tanam
Luas Kebun
Tanam Pendekatan Tanam Hingga Tarikh
Getah Dimiliki
Semula Semula Permohonan
Dibuat
Minimum 20 Tahun
0.1000 Hek
TS2/ TS3/ Individu atau (Kecuali Pokok
Hingga 40.0000
TS4 Berkumpulan Getah Sudah Tidak
Hek
ekonomik)

Definisi Pokok Getah Sudah Tidak ekonomik:

1. Hasil kurang daripada 500 kg/hek/tahun, atau:


2. Habis kulit tapak torehan, atau;
3. Diserang penyakit/ musuh/ bencana alam, atau;
4. Lain-lain sebab yang perlu dinyatakan dan pada
pendapat Pegawai Penilai adalah munasabah
11
PENERIMAAN
8.4. PERMOHOHAN TANAM SEMULA
KAEDAH PERMOHONAN

1.Semua permohonan tanam semula hendaklah


dipohon melalui Sistem TS Online

2.Permohonan Bantuan Tanam Semula secara atas


talian boleh dibuat melalui pautan di portal RISDA
www.risda.gov.my/tsonline atau di alamat
http://tsonline.risda.gov.my

12
PENERIMAAN8.5.
PERMOHOHAN TANAM SEMULA
KADAR BANTUAN

1.Kadar bantuan tanam semula sehektar adalah


sebanyak RM9,230.00 di Semenanjung,
RM13,500.00 di Sarawak dan RM14,000.00 di
Sabah. Melalui program ini pekebun kecil
menerima bantuan dalam bentuk wang tunai bagi
kegunaan kerja-kerja penyelenggaraan kebun,
bekalan input pertanian seperti benih dan baja
serta khidmat nasihat.

2.Pecahan kadar ansuran adalah dengan bayaran


secara 5 kali ansuran sepertimana Jadual berikut:

13
PENERIMAAN PERMOHOHAN TANAM SEMULA
5. KADAR BANTUAN

Tempoh Semenanjung Sarawak Sabah


Ansuran
Bayaran (RM/Hek) (RM/Hek) (RM/Hek)
Benih siap
1 ditanam 4,930.00 8,060.00 8,660.00
sepenuhnya
1 tahun selepas
2 1,000.00 1,350.00 1,350.00
Ansuran 1
1 tahun selepas
3 1,000.00 1,250.00 1,200.00
Ansuran 2
1 tahun selepas
4 1,100.00 1,400.00 1,300.00
Ansuran 3
1 tahun selepas
5 1,200.00 1,440.00 1,490.00
Ansuran 4
Jumlah 9,230.00 13,500.00 14,000.00
14
Pecahan Kadar Ansuran Mengikut Komponen Bantuan iaitu
Benih, Baja dan Tunai Program TSGG Bagi Semenanjung

KADAR KUANTITI
JENIS BAKI
BANTUAN DIBEKAL KOS/UNIT JUMLAH
ANS. INPUT TUNAI
SEHEKTAR (POKOK/ (RM) (RM)
PERTANIAN (RM)
(RM) BEG)

BCMP 509 3.20 1,628.80


1 4,930 RP 5 9.95 49.75 2,823.05
R1 24 17.85 428.40
2 1,000 R1 30 17.85 535.50 464.50
3 1,000 R1 34 17.85 606.90 393.10
R1 19 17.85 339.15
4 1,100 291.85
R4 28 16.75 469.00
5 1,200 R4 66 16.75 1,105.50 94.50
JUM. 9,230 5,163.00 4,067.00

15
Pecahan Kadar Ansuran Mengikut Komponen Bantuan
iaitu Benih, Baja dan Tunai Program TSGG Bagi Sabah

KADAR KUANTITI
JENIS BAKI
BANTUAN DIBEKAL KOS/UNIT JUMLAH
ANS. INPUT TUNAI
SEHEKTAR (POKOK/ (RM) (RM)
PERTANIAN (RM)
(RM) BEG)

BCMP 509 5.10 2,595.90


1 8,660.00 RP 5 12.55 62.75 5,511.75
R1 24 20.40 489.60
2 1,350.00 R1 30 20.40 612.00 738.00
3 1,200.00 R1 34 20.40 693.60 506.40
R1 19 20.40 387.60
4 1,300.00 369.20
R4 28 19.40 543.20
5 1,490.00 R4 66 19.40 1,280.40 209.60
JUM. 14,000.00 6,665.05 7,334.95

16
Pecahan Kadar Ansuran Mengikut Komponen Bantuan
iaitu Benih, Baja dan Tunai Program TSGG Bagi Sarawak

KADAR KUANTITI
JENIS BAKI
BANTUAN DIBEKAL KOS/UNIT JUMLAH
ANS. INPUT TUNAI
SEHEKTAR (POKOK/ (RM) (RM)
PERTANIAN (RM)
(RM) BEG)

BCMP 509 5.10 2,595.90


1 8,060.00 RP 5 12.55 62.75 4,911.75
R1 24 20.40 489.60
2 1,350.00 R1 30 20.40 612.00 738.00
3 1,250.00 R1 34 20.40 693.60 556.40
R1 19 20.40 387.60
4 1,400.00 469.20
R4 28 19.40 543.20
5 1,440.00 R4 66 19.40 1,280.40 159.60
JUM. 13,500.00 6,665.05 6,834.95

17
PENERIMAAN8.6.
PERMOHOHAN TANAM SEMULA
JARAK TANAMAN

Topografi
Jumlah Bekalan Benih
Tanah Tanah Pokok oleh RISDA
Pamah/Beralun Berbukit Sehektar (Pokok/Hektar)
(Meter) (Meter)

6.10 x 3.05 538


5.00 x 4.00 500
5.25 x 3.75 509
509
7.25 x 2.75 502
8.00 x 2.50 500
8.75 x 2.25 508
18
PENERIMAAN PERMOHOHAN
8.7. PENGESYORAN TANAM SEMULA
PEMBAJAAN
Jenis Baja (Beg/ Bulan Selepas Kadar Baja/ Pokok
Ansuran
Hek) Menanam Gram Pot
0
Debu Fosfat
(lubang 113 1/3
(5 beg)
tanaman)
2 75 1/5
1
RISDA 1 5 116 1/3
(24 beg) 8 136 2/5
11 156 1/2
15 156 1/2
RISDA 1
2 19 231 2/3
(30 beg)
23 231 2/3
RISDA 1 28 306 7/8
3
(34 beg) 33 354 1
RISDA 1
39 389 1 1/9
(19 beg)
4
RISDA 4
45 700 2
(28 beg)

RISDA 4 52 800 2 2/7


5
(66 beg) 56 800 2 2/7 19
8.8. PENGESYORAN KOD WARNA KLON GETAH 2019-
PENERIMAAN PERMOHOHAN
2021
TANAM SEMULA

KUMP I KUMP II

PB 260 KUNING RRIM 2007 MERAH JAMBU

PB 350 HIJAU RRIM 2023 OREN

RRIM 928 COKLAT BIRU


RRIM 2024
RRIM 2001 PUTIH MERAH

RRIM 2002 MERAH

20
9. KAEDAH PENDEKATAN TANAM SEMULA

1.Tanam Semula Individu (TSI)

2.Tanam Semula Berkumpulan


2.1 Tanam Semula Berkelompok (TSB)
2.2 Tanam Semula Komersial (TSK)

3.Tanam Semula Di Bawah Agensi


FELDA/ FELCRA/ KESEDAR/ JAKO/
LKPP DLL

21
9.1. Tanam Semula Individu (TSI)

TAKRIF:

Satu kaedah menanam semula tanah


pekebun kecil yang dimiliki dan dilaksana
secara individu (perseorangan) iaitu
sebagai pemilik pengusaha atau
warisnya jika pemilik telah meninggal
dunia atau oleh pihak lain yang dilantik
bagi mewakili pemilik tanah melalui Surat
Wakil Kuasa (SWK).
22
9.2. Tanam Semula Berkumpulan
Pelaksanaan program tanam semula secara
berkumpulan dapat meningkatkan daya maju dan
daya saing sektor pekebun kecil kerana ianya
dapat mewujudkan ekonomi bidangan melalui
penyatuan kebun-kebun kecil sebagai satu unit
pengeluaran, memudah dan mempercepatkan
pemindahan teknologi serta meningkatkan
kecekapan pemasaran. Projek berkumpulan akan
menjadi nukleus pembangunan dalam sebuah
kampung di mana segala aktiviti diurus secara
bersepadu.
23
9.2.1 Tanam Semula Berkelompok (TSB)

TSB adalah satu kaedah pengurusan tanam


semula dimana kebun-kebun berdekatan
digabung untuk ditanam semula secara bersama
dan serentak yang diuruskan oleh satu
Jawatankuasa yang dilantik di kalangan pemilik-
pemilik kebun yang terlibat.

24
9.2.1.1 Syarat Penubuhan TSB
Pekebun kecil yang bersetuju untuk menubuhkan TSB
hendaklah memenuhi syarat-syarat penubuhan TSB
seperti berikut:

i. Sekurang-kurangnya 8 peserta yang sanggup memberi


kuasa kepada Pengerusi Jawatankuasa TSB sebagai
wakil kuasa.
ii. Luas kawasan sekurang-kurangnya 10 hektar.
iii. Kawasan lot tanah getah tua terletak dalam satu blok
yang berhampiran.
iv. Wujud sebuah jawatankuasa yang dilantik untuk
mengurus kawasan tersebut dikalangan peserta.
v. RISDA bersetuju untuk membangunkan kawasan itu
sebagai TSB. 25
9.2.1.2 Struktur Organisasi TSB

Sesebuah TSB hendaklah mempunyai struktur organisasi


Jawatankuasa sepertimana berikut:
i. Pengerusi
ii. Setiausaha
iii. Bendahari
iv. Ahli Jawatankuasa Biasa (Sekurang-kurangnya 2 orang)

26
9.2.1.3 Peranan Dan Tanggungjawab AJK TSB
• Merancang penubuhan, mengelola, mentadbir dan
mengurus perlaksanaan kerja-kerja pembangunan
ladang, penyelenggaraan, pengeluaran dan
pemasaran hasil TSB.
• Membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai
perjalanan TSB dengan tidak terkeluar daripada dasar
umum yang ditetapkan oleh mesyuarat agung, dan
dasar dan peraturan-peraturan RISDA.
• Memberi perintah kepada setiausaha dan
Jawatankuasa lain untuk menjalankan urusan-urusan
TSB.
• Menyediakan laporan berkenaan kegiatan-
kegiatannya di dalam tahun lalu kepada tiap-tiap
mesyuarat agung tahunan. 27
9.2.1.3 Peranan Dan Tanggungjawab AJK TSB
• Jawatankuasa hendaklah menubuhkan sebuah
jawatankuasa untuk mengurus tender/ sebutharga TSB.
• Melantik jawatankuasa kecil yang difikirkannya
mustahak dan menggantungkan atau melucutkan
jawatan sebarang pegawai atau jawatankuasa kecil
kerana cuai di dalam pekerjaan,curang, tidak cekap,
engkar menjalankan keputusan jawatankuasa, atau
sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan TSB.
• Bersama peserta-peserta melaksanakan pemindahan
dan penggunaan teknologi terkini mengikut amalan
pertanian yang betul (GAP).
• Jawatankuasa boleh memberi kebenaran kepada
pengerusi untuk menandatangani apa-apa perjanjian
dengan pihak-pihak yang berkenaan bersabit dengan
perkara-perkara yang boleh memajukan TSB ini. 28
9.2.2 Tanam Semula Komersial (TSK)
TSK adalah satu kaedah menanam semula
melalui penyatuan kebun-kebun kecil yang
diuruskan oleh Agen Mengurus (Syarikat Milikan
RISDA – RISDA Plantation Sdn. Bhd.) dari
peringkat pembangunan sehingga pengeluaran
dan pemasaran hasil secara cekap dan
menguntungkan.

29
9.2.2.1 Syarat Penubuhan TSK
Untuk menubuhkan TSK, peserta perlu memenuhi
syarat seperti berikut:
i. Keluasan TSK tidak boleh kurang daripada 40 hektar.
ii. Pekebun kecil hendaklah bersetuju menandatangani
perjanjian dengan RPSB dalam tempoh minimum
selama 18 tahun.
iii. Tuan tanah hendaklah bersetuju melantik RPSB
sebagai wakil kuasa untuk menerima bantuan
Tanam Semula bagi membiayai kos pembangunan
TSK.
iv. Kaedah Pengurusan (pengagihan pulangan/ bayaran
dividen) mengikut persetujuan didalam surat
perjanjian. 30
9.2.2.1 Syarat Penubuhan TSK

v. Jawatankuasa di peringkat tuan tanah perlu


diwujudkan.
vi Jawatankuasa antara RISDA dan RISDA Plantation
diperingkat daerah/ jajahan perlu ditubuhkan.
vii. Penyaluran maklumat antara RISDA Plantation,
tuan tanah dan sebaliknya dilakukan melalui
penyelia RISDA Plantation secara peribadi atau
surat/laporan
viii. Tuan tanah boleh membenarkan RISDA Plantation
menggunakan duit daripada jualan kayu getah
sebagai sebahagian daripada pembiayaan
sekiranya perlu.
31
9.2.2.2 Struktur Organisasi TSK (Peringkat
Tuan Tanah)

i. Pengerusi
ii. Setiausaha
iii. Bendahari
iv. Ahli Jawatankuasa Biasa
(Peserta TSK)

32
9.2.2.3 Struktur Organisasi TSK (Peringkat
Kemajuan Projek)

i. Pengerusi
ii. Setiausaha
iii. Ahli Jawatankuasa Biasa (4
Peserta TSK)

33
9.2.1.4 Peranan Dan Tanggungjawab AJK TSK
• AJK TSK bertanggungjawab untuk merancang penubuhan dan
memantau kemajuan projek TSK dari peringkat awal
mengenalpasti kawasan, pembangunan sehingga peringkat
pengeluaran hasil.
• Jawatankuasa ini hendaklah bermesyuarat sekurangkurangnya
1 kali dalam tempoh 3 bulan sepanjang tempoh perjanjian
berkuatkuasa.
• Memberi pandangan bagi meningkatkan pengurusan projek
• Pengerusi yang mewakili pengurusan RISDA hendaklah
membentangkan penyata pendapatan dan perbelanjaan serta
laporan kemajuan fizikal Projek semasa yang perlu diedarkan 7
hari sebelum Jawatankuasa bermesyuarat.
• Menyelaras perkara-perkara berkaitan hal ehwal sosial peserta
projek.
• Membincangkan dan menyelesaikan sebarang pertikaian
dan/atau perselisihan yang timbul berkaitan dengan Projek
berkenaan. 34
9.3. Tanam Semula Di Bawah Agensi
• Tanah-tanah di dalam rancangan FELDA, FELCRA, JAKOA
dan Rancangan Tanah-tanah Kerajaan lain yang ditanam
dengan getah sahaja dan pemilikannya oleh seseorang
peneroka telah diiktiraf dan dishkan oleh Pihak Berkuasa
berkenaan
• RISDA berperanan sebagai agensi yang meyalurkan
bantuan Tanam Semula kepada agensi pelaksana dalam
membangunkan program Tanam Semula.
• Bagi tanah dusun dan tanah kosong di dalam rancangan
adalah tidak layak
• Bagi tanah yang telah dikeluarkan surat hak milik, pemilik-
pemiliknya adalah dikehendaki membuat Surat Wakil Kuasa
(SWK) kepada agensi yang mengusahakan penanaman
semula
35
10. PENGHARGAAN
Buku ini diterbitkan sebagai panduan kepada pekebun kecil untuk
melaksanakan program pembangunan tanam semula.

Bahagian Tanam Semula dan Perladangan telah mengambil inisiatif


untuk membantu pekebun kecil serta kakitangan RISDA memahami
secara umum perlaksanaan program tanam semula.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada :


1. Dato' Nasarudin Bin Malek
2. En. Mohammad Zakaria Bin Alang Zahari
3. En. M. Azmi Bin Mohd (Mohid)
4. Pn. Laili Husna Binti Othman
5. En. Shaharuddin Bin Saberi
6. Pn. Wan Kamariah Binti Wan Muhammad
7. En. Mohd Kamil Bin Abdul Rahman

Ucapan terima kasih juga kepada semua yang terlibat secara


langsung dansecara tidak langsung dalam menjayakan penerbitan
buku panduan ini. 36
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pejabat-
Pejabat RISDA yang berhampiran atau sila
layari laman web RISDA di alamat
www.risda.gov.my

Diterbitkan oleh :
Bahagian Tanam Semula & Perladangan,
Ibu Pejabat RISDA, Tingkat 5, Bangunan RISDA,
KM 7.5 Jalan Ampang, 50990 Kuala Lumpur.

You might also like