You are on page 1of 69

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN

PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL


BAHARU AGRO MAKANAN
(PPHBAM) RISDA

DISEDIAKAN OLEH:

BAHAGIAN PROGRAM KHAS


IBU PEJABAT RISDA
KANDUNGAN

BIL PERKARA M/S

1 TUJUAN 1

2 LATAR BELAKANG 1

3 OBJEKTIF 2

4 KATEGORI DAN SKOP BANTUAN 3

5 KAEDAH PELAKSANAAN 5

6 KELAYAKAN PEMOHON 6

7 TATACARA PERMOHONAN 7

8 KELULUSAN PERMOHONAN 9

9 AKUJANJI PESERTA DAN EJEN PELAKSANA 10

10 AGIHAN KEUNTUNGAN / DIVIDEN (EJEN PELAKSANA SAHAJA) 11

11 BANTUAN TAMBAHAN 11

12 PEMANTAUAN PROJEK 11

13 KAEDAH PEROLEHAN DAN PEMBAYARAN 16

14 CARTA ALIRAN KERJA 16

15 PENUTUP 16

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGRO MAKANAN (PPHBAM) i
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGRO MAKANAN (PPHBAM)

1.0 TUJUAN

Garis Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Hasil Baru Agro Makanan


disediakan sebagai panduan dan rujukan warga RISDA dalam melaksanakan
projek jabatan selaras dengan visi, misi dan objektif RISDA.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe 11: 2016 - 2020) merupakan


rangka Rancangan Malaysia yang terakhir di mana Malaysia mensasarkan
status Negara Maju menjelang tahun 2020. Bagi mencapai matlamat ini,
Program Transformasi Kerajaan (GTP) telah dilaksanakan melalui
komponen yang berpaksikan kepada Bidang Keberhasilan Utama Negara
(NKRA) dan Bidang Keberhasilan Utama Kementerian (MKRA). Selaras
dengan itu, melalui GTP Fasa 3.0 (2015 - 2020) bersama-sama 12 Bidang
Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA), RISDA terus diberi kepercayaan
untuk membangunkan masyarakat pekebun kecil luar bandar dari segi
kedudukan sosio-ekonomi melalui aktiviti ekonomi yang boleh menjana
pendapatan tambahan keluarga.

2.2 Berikutan harga komoditi getah yang tidak menentu, RISDA menggalakkan
Pekebun Kecil berusaha menceburi bidang lain sebagai sumber
pendapatan tambahan selain hasil tanaman komoditi selaras dengan
hasrat YAB Perdana Menteri. Bagi merealisasikan hasrat ini, beberapa siri
bengkel telah dilaksanakan seperti berikut:
a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019)
b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019)
c) Bengkel TWG RISDA Siri 2 (31 Julai-2 Ogos 2019)

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGRO MAKANAN (PPHBAM) 1
2.3 Berdasarkan siri bengkel tersebut, Model Perancangan Strategik RISDA
(MPSR 2.0) 2021-2015 telah dirangka dan hasrat YAB Perdana Menteri
dizahirkan di dalam Teras 2 MPSR 2.0 iaitu Hasil Baharu Pekebun Kecil
yang memberi fokus kepada Pekebun Kecil untuk mengeksploitasi sumber
ekonomi baharu bagi menambah pendapatan.

2.4 RISDA telah merancang dan menetapkan pelan tindakan baru Program
Pembangunan Hasil Baharu Agro Makanan yang lebih berkesan bagi
memperbaiki taraf sosio-ekonomi pekebun kecil melalui 3 bidang utama
iaitu Ternakan, Tanaman Jangka Pendek dan Tanaman Jangka Panjang.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Mengurangkan kebergantungan sepenuhnya kepada pendapatan dari


sumber getah dan kelapa sawit dengan memfokuskan bidang agro
makanan agar menjadi lebih efektif dalam meningkatkan taraf kehidupan
Pekebun Kecil.

3.2 Menyediakan kemudahan bantuan kepada Pekebun Kecil untuk


Menjalankan aktiviti pertanian selain getah dan sawit seperti ternakan,
tanaman jangka pendek dan tanaman jangka panjang.

3.3 Menggalakkan Pekebun Kecil untuk mengoptimumkan sumber yang sedia


ada dan menerokai sumber baru untuk memaksimumkan pendapatan.

3.4 Menjana pendapatan sampingan melalui agihan keuntungan atau jualan


hasil ternakan dan tanaman melalui program ini agar sasaran pendapatan
sebanyak RM4,000 sebulan sekeluarga tercapai.

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGRO MAKANAN (PPHBAM) 2
4.0 KATEGORI DAN SKOP BANTUAN

4.1 Kategori Pembangunan Hasil Baharu Agro Makanan adalah seperti berikut:

4.1.1 Ternakan

Kategori Ternakan meliputi aktiviti pertanian yang berasaskan


ternakan yang boleh diusahakan adalah seperti berikut:

i) ternakan secara Fidlot;


ii) ternakan secara Integrasi;
iii) akuakultur; dan
iv) lain-lain kategori ternakan yang bersesuaian dengan
kelulusan RISDA.

4.1.2 Tanaman Jangka Pendek

Tanaman Jangka Pendek ditakrifkan sebagai tanaman yang


mengeluarkan hasil sekali sahaja dan mempunyai jangka hayat
kurang dari setahun. Contoh tanaman jangka pendek yang boleh
diusahakan adalah seperti berikut:

i) sayur – sayuran fertigasi;


ii) cili;
iii) jagung;
iv) nenas;
v) rock melon;
vi) tembikai;
vii) ubi keledek;
viii) pisang;
ix) cendawan; dan
x) lain-lain tanaman jangka pendek yang bersesuaian dengan
kelulusan RISDA.

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGRO MAKANAN (PPHBAM) 3
4.1.3 Tanaman Jangka Panjang

Tanaman Jangka Panjang ditakrifkan sebagai tanaman yang


mengeluarkan hasil berulangkali dan mempunyai jangka hayat
melebihi setahun. Contoh tanaman Jangka Panjang yang boleh
diusahakan adalah seperti berikut:

i) kelapa;
ii) durian;
iii) manga;
iv) cempedak;
v) nangka;
vi) durian belanda;
vii) benih kelapa;
viii) benih durian;
ix) dan lain-lain tanaman jangka panjang yang bersesuaian
dengan kelulusan RISDA.

4.2 Skop bantuan merangkumi perkara seperti berikut:

a) infrastruktur;
b) peralatan;
c) input pertanian :
d) modal pendahuluan (ejen pelaksana sahaja); dan
e) lain – lain keperluan yang diluluskan.

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGRO MAKANAN (PPHBAM) 4
5.0 KAEDAH PELAKSANAAN

Program Pembangunan Hasil Baharu Agro Makanan dilaksanakan melalui dua


kaedah seperti berikut:

5.1 Pekebun Kecil

Pelaksanaan oleh Pekebun Kecil adalah secara individu atau berkelompok


melalui kaedah seperti berikut:

a) Dilaksanakan oleh pemohon secara individu, berkelompok atau


melalui ejen pelaksana mengikut kesesuaian dan kelulusan.
b) Semua permohonan berserta kertas kerja disemak, dinilai dan
diluluskan oleh Jawatankuasa Hasil Baharu Agro Makanan (JHBAM)
peringkat Pejabat RISDA Negeri bagi nilai kurang dari RM 250,000
c) Peserta akan memperolehi pendapatan secara jualan terus hasil
pertanian.
d) Keutamaan nilai bantuan setiap permohonan adalah sebanyak
RM20,000 dan ke atas.

5.2 Ejen Pelaksana

Ejen Pelaksana ialah mana – mana syarikat, individu atau pihak lain
contohnya Syarikat Milikan RISDA (SMR), Koperasi , mana-mana pihak
yang diluluskan oleh Jawatankuasa Induk Hasil Baharu Agro Makanan
(JIHBAM) peringkat Ibu Pejabat. Kaedah pelaksanaan adalah seperti
berikut:

a) Dilaksanakan dalam bentuk skala yang lebih besar.


b) Semua permohonan berserta kertas kerja disemak, dinilai dan

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGRO MAKANAN (PPHBAM) 5
diluluskan oleh Jawatankuasa Induk Hasil Baharu Agro Makanan
(JIHBAM) peringkat Ibu Pejabat RISDA dan Jawatankuasa Hasil
Baharu Agro Makanan peringkat Negeri merujuk kepada nilai projek.

c) Nilai bantuan setiap permohonan bergantung sepenuhnya dengan


kelulusan Jawatankuasa.

d) Permohonan yang kurang daripada RM250,000.00 boleh juga


dilulus oleh Jawatankuasa Induk Pembangunan Hasil Baharu Agro
Makanan peringkat Ibu Pejabat atas faktor tertentu yang ditentukan
oleh Pengarah Program.

6.0 KELAYAKAN PEMOHON

6.1 Pekebun Kecil

Syarat kelayakan pemohon bantuan untuk peserta Individu atau


berkelompok adalah seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia.
b) Pekebun Kecil / Ahli Isi Rumah.
c) Berdaftar dengan RISDA.
d) Mempunyai hak milik tanah / surat kebenaran mengguna atau sewa
tanah.
e) Keutamaan kepada kelompok B40 ATAU mana-mana situasi yang
berkeperluan layak dipertimbangkan dengan kelulusan RISDA.
f) Mempunyai minat dan berkeupayaan untuk melaksanakan projek
serta mempunyai tapak yang bersesuaian.
g) Pemohon yang bersedia membiayai kos projek selain daripada
bantuan RISDA.

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGRO MAKANAN (PPHBAM) 6
6.2 Ejen Pelaksana

Syarat kelayakan pemohon bantuan untuk ejen pelaksana seperti berikut:

a) Syarikat berdaftar yang sah.

b) Kedudukan kewangan yang stabil.

c) Mempunyai hak milik tanah / surat kebenaran mengguna atau sewa


tanah.

d) Berkeupayaan untuk melaksanakan projek serta mempunyai tapak


yang bersesuaian.

e) Ejen pelaksana bersedia membiayai kos projek selain daripada


bantuan RISDA.

7.0 TATACARA PERMOHONAN

7.1 Tatacara Permohonan Pekebun Kecil

a) Borang permohonan boleh didapati di Pejabat RISDA Negeri /


Daerah / Jajahan / Bahagian.

b) Pemohon dikehendaki mengisi Borang Permohonan (Borang


AM1A). Borang perlu diisi dan dikemukakan kepada pihak RISDA
berserta kertas kerja projek yang lengkap.

c) Semua permohonan dan kertas kerja hendaklah disemak oleh


pegawai RISDA peringkat Negeri atau Daerah sebelum
dibentangkan dalam mesyuarat kelulusan Program Pembangunan
Hasil Baharu Agro Makanan peringkat Negeri.

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGRO MAKANAN (PPHBAM) 7
d) Pegawai RISDA di lapangan dikehendaki membantu pemohon di
dalam mengenalpasti projek, menentukan kesesuaian,
mencadangkan unjuran hasil, membantu dalam menyediakan
rancangan perniagaan, membimbing dan menjadi pemudahcara
kepada pemohon dalam semua perkara berkaitan projek.
e) Pegawai RISDA di lapangan akan membuat siasatan bersama
pemohon dan membuat pengesyoran berkaitan daya maju projek.
PRD/PRJ/PRB dikehendaki membuat ulasan ke atas cadangan
projek pemohon dan dikemukakan semasa mesyuarat kelulusan
projek peringkat negeri.

f) Contoh kertas kerja projek adalah seperti Lampiran 1.

7.2 Tatacara permohonan Ejen Pelaksana

a) Ejen pelaksana akan mengurus dan melaksanakan kerja bagi pihak


pekebun kecil (peserta) atau koperasi.

b) Kelayakan peserta adalah sama dengan peserta pekebun kecil.

c) Ejen Pelaksana dikehendaki mengisi Borang Permohonan Ejen


Pelaksana (Borang AM1B dan Borang AM1C/ AM1D) seterusnya
dikemukakan kepada pihak RISDA berserta kertas kerja projek yang
lengkap.

d) Kertas kerja akan dibentangkan oleh pemohon atau wakil kepada


Jawatankuasa Hasil Baharu Agro Makanan (JIHBAM) peringkat Ibu
Pejabat atau peringkat negeri

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGRO MAKANAN (PPHBAM) 8
e) Kelulusan / penolakan dan nilai kelulusan adalah bergantung
sepenuhnya kepada Jawatankuasa.

8.0 KELULUSAN PERMOHONAN

8.1 Kelulusan untuk permohonan Pekebun Kecil

a) Urus Setia di peringkat RISDA Negeri menerima, mengkaji, dan


membuat perakuan permohonan projek kepada Jawatankuasa
Program Pembangunan Hasil Baharu Agro Makanan (JHBAM)
Peringkat RISDA Negeri.
b) Kertas kerja projek dibentangkan oleh pemohon atau wakil pegawai
RISDA berkenaan.
c) Kelulusan / penolakan dan nilai kelulusan adalah bergantung
sepenuhnya kepada Jawatankuasa Program Pembangunan Hasil
Baharu Agro Makanan (JHBAM) Peringkat RISDA Negeri.
d) Kelulusan untuk projek yang bernilai RM 250,000 dan ke atas adalah
di bawah Jawatankuasa Induk Hasil Baharu Agro Makanan
(JIHBAM) peringkat Ibu Pejabat.

8.2 Kelulusan untuk permohonan Ejen Pelaksana

a) Urus Setia di peringkat Ibu Pejabat RISDA dan negeri menerima,


mengkaji dan membuat perakuan permohonan projek kepada
Jawatankuasa.
b) Kertas kerja projek dibentangkan oleh pemohon atau wakil pihak
yang memohon.
c) Kelulusan / penolakan dan nilai kelulusan adalah bergantung
sepenuhnya kepada Jawatankuasa.

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGRO MAKANAN (PPHBAM) 9
9.0 AKUJANJI PEMOHON DAN EJEN PELAKSANA

9.1 Pemohon dan Ejen Pelaksana hendaklah bersetuju dengan RISDA dan
tidak menghalang Pegawai Pemantau dalam menjalankan tugas
memantau, menasihat, mengambil data pendapatan dan perbelanjaan
sepanjang tempoh berikut:

a) 5 tahun dari tarikh terima aset atau bekalan terakhir bagi Skop
Ternakan,
b) 5 tahun dari tarikh terima aset atau bekalan terakhir bagi Skop
Tanaman Jangka Pendek, atau
c) 15 tahun dari tarikh terima aset atau bekalan terakhir bagi Skop
Tanaman Jangka Panjang.

9.2 Sekiranya pemohon dan Ejen Pelaksana gagal atau menghalang tugas
Pegawai Pemantau, pemohon dan Ejen Pelaksana tersebut akan
dimasukkan dalam senarai hitam sebarang bantuan yang akan diberikan
oleh Pihak RISDA di masa akan datang. RISDA dengan ini boleh
memindahkan mana-mana aset atau bekalan kepada peserta lain yang
memerlukan.

9.3 Surat akujanji pemohon dan perjanjian pelaksanaan projek adalah seperti
Lampiran 2 dan Lampiran 3A

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGRO MAKANAN (PPHBAM) 10
10.0 AGIHAN KEUNTUNGAN (EJEN PELAKSANA SAHAJA)

Keuntungan projek yang dilaksanakan oleh Ejen Pelaksana akan dimasukkan ke


dalam akaun peserta atau koperasi merujuk kepada perjanjian yang
ditandatangani di antara kedua belah pihak. Contoh perjanjian adalah seperti di
Lampiran 3B.

11.0 BANTUAN TAMBAHAN

Bagi peserta Program Pembangunan Hasil Baharu Agro Makanan Individu yang
mencapai matlamat tahunan yang ditetapkan adalah layak untuk memohon
bantuan tambahan merujuk kepada kelulusan jawatankuasa.

12.0 PEMANTAUAN PROJEK

12.1 Jawatankuasa - Jawatankuasa Program Pembangunan Hasil Baharu Agro


Makanan

Bagi tujuan ini, dua (2) Jawatankuasa ditubuhkan seperti berikut:

a) Jawatankuasa Induk Program Pembangunan Hasil Baharu Agro


Makanan (JIHBAM) Peringkat Ibu Pejabat; dan
b) Jawatankuasa Program Pembangunan Hasil Baharu Agro Makanan
(JHBAM) Peringkat RISDA Negeri.

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGRO MAKANAN (PPHBAM) 11
12.1.1 Jawatankuasa Induk Program Pembangunan Hasil Baharu Agro
Makanan (JIHBAM) Peringkat Ibu Pejabat
a) Keahlian jawatankuasa adalah terdiri daripada :

i) Pengerusi : Ketua Pengarah RISDA


ii) Timbalan Pengerusi : Timbalan Ketua Pengarah
(Pengerusi Ganti)
iii) Setiausaha : Pengarah BPK
iv) Ahli : Pengarah/Wakil BPPS
Pengarah/Wakil BDPS
Pengarah/Wakil BIAD
Pengarah/Wakil BKB
Pengarah/Wakil BPU
Pengarah/Wakil BTSP
Pengarah/Wakil BBIP
Pengarah/Wakil BL
Pengarah/Wakil BPPT
Wakil Agensi yang berkaitan

b) Fungsi dan Tanggungjawab JIHBAM:

i) menentukan dasar, strategi pelaksanaan dan hala tuju


program;
ii) meluluskan senarai cadangan, rancangan perniagaan
dan kos projek yang dicadangkan;
iii) menyelaras, mendapatkan sokongan dan kerjasama
kementerian/jabatan/agensi berkaitan dalam
melaksanakan program ini;
iv) memutuskan tindakan penyelesaian berhubung isu
dasar dan masalah utama program;
v) menetapkan sasaran bagi memastikan objektif
program dapat dicapai;

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGRO MAKANAN (PPHBAM) 12
vi) menyemak dan meluluskan senarai nama peserta bagi
projek yang melibatkan agihan keuntungan;
vii) menentukan agihan keuntungan bagi projek yang
diuruskan oleh ejen pelaksana;
viii) menyemak status pelaksanaan program;
ix) membincangkan isu-isu pelaksanaan program dan
langkah-langkah penyelesaian; dan
x) memberi cadangan penambahbaikan berkaitan
pelaksanaan projek.

12.1.3 Jawatankuasa Program Pembangunan Hasil Baharu Agro Makanan


(JHBAM) Peringkat RISDA Negeri
a) Keahlian Jawatankuasa adalah terdiri daripada :

i) Pengerusi : Pengarah RISDA Negeri (PRN)


ii) Timb Pengerusi : Timb. Pengarah RISDA Negeri
(Pengerusi Ganti)
iii) Setiausaha : Penyelaras Program Khas Negeri
iv) Ahli : Semua Pegawai RISDA
(Daerah/Jajahan/Bahagian)
Semua Ketua Unit di PRN
Wakil Agensi yang berkaitan

b) Fungsi dan Tanggungjawab JHBAM:

i) meluluskan senarai cadangan, rancangan perniagaan


dan kos projek yang dicadangkan oleh Pekebun Kecil
di peringkat Negeri/Daerah;
ii) menyelaras, mendapatkan sokongan dan kerjasama
kementerian/jabatan/agensi berkaitan dalam
melaksanakan program ini di peringkat Negeri/Daerah;

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGRO MAKANAN (PPHBAM) 13
iii) memutuskan tindakan penyelesaian berhubung isu
pelaksanaan dan masalah program di peringkat
Negeri/Daerah;

12.2 Mesyuarat

Pemantauan pelaksanaan Program Pembangunan Hasil Baharu Agro


Makanan dijadikan agenda tetap di dalam Mesyuarat Jawatankuasa
Tindakan Pembangunan RISDA (JTPR) Peringkat Kebangsaan, Negeri
dan Daerah serta mesyuarat – mesyuarat lain yang berkaitan.

12.3 Laporan

12.3.1 PRN/PRD/PRJ/PRB pekebun kecil dan ejen pelaksana adalah


dikehendaki menyediakan laporan berdasarkan format yang
disediakan seperti berikut:

i) Laporan Prestasi Kewangan Program Pembangunan Hasil


Baharu Agro Makanan (Lampiran 4)
ii) Laporan Kemajuan Fizikal (Lampiran 5)
iii) Buku Rekod (Lampiran 6A dan 6B)

12.4 Key Performance Indicator (KPI) Kadar Kematian

Pelaksanaan projek perlu berdasarkan Key Performance Indicator (KPI)


bagi memastikan projek berdaya maju serta dapat meningkatkan
pendapatan. Penetapan KPI projek HB adalah seperti berikut:

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGRO MAKANAN (PPHBAM) 14
12.4.1 KPI Projek Ternakan

i) Kadar kematian ternakan ruminan tidak melebihi 5%.


ii) Kadar kematian ternakan unggas tidak melebihi 3%
iii) Kadar kematian ternakan akuakultur tidak melebihi 25% bagi
apa-apa jenis ikan dan tidak melebihi 40% bagi apa-apa jenis
udang.

12.4.2 KPI Projek Tanaman

i) Kadar kematian tanaman jangka pendek tidak melebihi 5%.


ii) Kadar kematian tanaman jangka panjang tidak melebihi 10%.

12.5 Semakan dan Auditan

a) Pemantauan projek dilaksanakan bagi memastikan pelaksanaan


projek dan perbelanjaan peruntukan yang diluluskan adalah
mengikut skop dan item yang diluluskan.

b) Semakan dan auditan ke atas semua projek bagi Program


Pembangunan Hasil Baharu Agro Makanan akan dilakukan dari
semasa ke semasa mengikut keperluan. Pengurus Program boleh
membuat semakan dan pemantauan dengan atau tanpa Bahagian
Inspektorat dan Audit Dalam bagi tujuan ini.

c) Pusat Tanggungjawab dan Ejen Pelaksana hendaklah memberikan


kerjasama penuh bersama dokumen-dokumen sokongan sebagai
bukti kewangan. Dokumen-dokumen sokongan, fail fizikal dan
fungsian tidak boleh dilupuskan tanpa kebenaran Pengurus
Program.

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGRO MAKANAN (PPHBAM) 15
13.0 KAEDAH PEROLEHAN DAN PEMBAYARAN

13.1 Bagi peruntukan yang disalurkan kepada Pusat Tanggungjawab RISDA,


semua urusan perolehan dan pembayaran projek di bawah program ini
hendaklah mengikut tatacara perolehan dan Peraturan Kewangan RISDA
yang sedang berkuatkuasa.

13.2 Bagi Ejen Pelaksana, kaedah penyaluran peruntukan dan bayaran adalah
merujuk kepada perjanjian di antara risda dengan ejen pelaksana
berdasarkan kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa.

14.0 CARTA ALIRAN KERJA

Carta Aliran Kerja Program Pembangunan Hasil Baharu Agro Makanan adalah
seperti di Lampiran 7A dan Lampiran 7B.

15.0 PENUTUP

Semua Ketua Pusat Tanggungjawab adalah dikehendaki untuk mematuhi dasar,


prosedur dan peraturan Program Pembangunan Hasil Baharu Agro Makanan
seperti yang termaktub di dalam Garis Panduan ini supaya program ini dapat
dilaksanakan dengan baik dan teratur.

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGRO MAKANAN (PPHBAM) 16
LAMPIRAN

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN


PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL
BAHARU AGRO MAKANAN
(PPHBAM) RISDA

DISEDIAKAN OLEH:

BAHAGIAN PROGRAM KHAS


BORANG PERMOHONAN PROGRAM
BORANG AM1A
PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGRO MAKANAN
(Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah) PEKEBUN KECIL

BAHAGIAN A : MAKLUMAT PEMOHON


A1 Nama
A2 No. MyKad A3 No Tel
A4 Umur A9 Alamat
A5 Jantina Surat-Menyurat
A6 Bangsa Poskod
A7 Status Bandar
A8 Pekerjaan Negeri
Nota A7 (Berkahwin/Bujang/Janda/Duda) A8 (Kerajaan/Swasta/Pesara/Penoreh/Petani/Nelayan/Peniaga/Lain-lain)

BAHAGIAN B : STATUS PEMOHON


B1 Pekebun Kecil Ya Tidak B2 No. SIC
B3 Nama P. Kecil B4 Jenis Tanaman Getah Lain-Lain
B5 No. MyKad B6 Kategori
B7 No. Geran B8 No. Lot
Nota B1 (jika bukan, perlu isi B3-B8) B3 (Pemilik Geran) B2 (Sekiranya Tiada No SIC, Sila Buat Pendaftaran dengan RISDA) B5 (Sila Sertakan Salinan MyKad Pemilik Geran (B3))
B6 (Suami/Isteri/Anak Pekecil Kecil) B7 (Sila Sertakan Salinan Geran)

BAHAGIAN C : MAKLUMAT PROJEK


C1 Jenis Projek C2 No. Geran
C3 No. Lot C4 Mukim
C5 Daerah C6 Negeri
Sila sertakan Salinan geran tahan, perjanjian pajakan atau dokumen berkaitan

BAHAGIAN D : PERAKUAN PEMOHON

Saya………………………………………………………………………………………………No MyKad….……………………………………………………………………..
mengaku bahawa maklumat yang diberikan dalam borang ini adalah benar, betul dan lengkap. Sekiranya saya didapati
memberi maklumat tidak benar atau palsu, saya boleh disabitkan kesalahan di bawah seksyen 193 Kanun Keseksaan (Akta
574) dan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga (3) tahun dan boleh juga dikenakan
denda
Tandatangan/Cap Jari : ___________________________ Tarikh
Hari Bulan Tahun

BAHAGIAN F : PERAKUAN PEGAWAI RISDA


Nama Pegawai

Tandatangan Pegawai: ___________________________________ Tarikh & Cop Terima

UNTUK KEGUNAAN PEJABAT


Disokong Tidak Disokong Diluluskan Tidak Diluluskan

Tandatangan : ………………………….. Tandatangan : …………………………..

Cop Nama & Jawatan Tarikh : ………………… Cop Nama & Jawatan Tarikh : …………………
* PRD/PRJ/PRB * PRN
BORANG PERMOHONAN PROGRAM
BORANG AM1B
PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGRO MAKANAN
EJEN PELAKSANA
(Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah)

BAHAGIAN A : MAKLUMAT SYARIKAT


A1 Nama Syarikat
A2 No. Pendaftaran
A3 Alamat Syarikat

Poskod Bandar
Negeri No Tel
No Fax Email

BAHAGIAN B : MAKLUMAT PROJEK


B1 Jenis Projek B2 Kos Projek
B3 Jumlah Peserta B4 No Geran
B5 Alamat Projek

Poskod Bandar
Negeri
Sila sertakan Salinan geran tahan, perjanjian pajakan atau dokumen berkaitan

BAHAGIAN C : PERAKUAN PEMOHON

Saya………………………………………………………………………………………………No MyKad….…………………………………………………..
mengaku bahawa maklumat yang diberikan dalam borang ini adalah benar, betul dan lengkap. Sekiranya saya
didapati memberi maklumat tidak benar atau palsu, saya boleh disabitkan kesalahan di bawah seksyen 193
Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga (3)
tahun dan boleh juga dikenakan denda

Tandatangan/Cap Jari : ___________________________ Tarikh


Hari Bulan Tahun

BAHAGIAN D : PERAKUAN TERIMAAN


Nama Pegawai

Tandatangan Pegawai: ___________________________________ Tarikh & Cop Terima

UNTUK KEGUNAAN PEJABAT

Dilulus Tidak Dilulus

Tandatangan : …………………………..

Cop Nama & Jawatan Tarikh : …………………


BORANG PERMOHONAN PROGRAM
BORANG AM1C
PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGRO MAKANAN
(Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah) PESERTA

BAHAGIAN A : MAKLUMAT PESERTA


A1 Nama
A2 No. MyKad A3 No Tel
A4 Umur A9 Alamat
A5 Jantina Surat-Menyurat
A6 Bangsa Poskod
A7 Status Bandar
A8 Pekerjaan Negeri
Nota A7 (Berkahwin/Bujang/Janda/Duda) A8 (Kerajaan/Swasta/Pesara/Penoreh/Petani/Nelayan/Peniaga/Lain-lain)

BAHAGIAN B : STATUS PESERTA


B1 Pekebun Kecil Ya Tidak B2 No. SIC
B3 Nama P. Kecil B4 No. myKad
B5 Nama Bank B6 No Akaun
B7 No. Geran B8 No. Lot
Nota B1 (jika bukan, perlu isi B3-B8) B3 (Pemilik Geran) B2 (Sekiranya Tiada No SIC, Sila Buat Pendaftaran dengan RISDA) B5 (Sila Sertakan Salinan MyKad Pemilik Geran (B3))
B6 (Suami/Isteri/Anak Pekecil Kecil) B7 (Sila Sertakan Salinan Geran)

BAHAGIAN C : MAKLUMAT TANAH


C1 Lokasi Projek C2 No. Geran
C3 No. Lot C4 Mukim
C5 Daerah C6 Negeri
Sila sertakan Salinan geran tahan, perjanjian pajakan atau dokumen berkaitan

BAHAGIAN D : PERAKUAN PEMOHON

Saya………………………………………………………………………………………………No MyKad….……………………………………………………………………..
mengaku bahawa maklumat yang diberikan dalam borang ini adalah benar, betul dan lengkap. Saya mengesahkan dan
membenarkan ejen pelaksana untuk menguruskan projek ini bagi pihak saya merujuk kepada perjanjian berkuatkuasa

Tandatangan/Cap Jari : ___________________________ Tarikh


Hari Bulan Tahun

UNTUK KEGUNAAN PEJABAT

Disokong Tidak Sokong

Tandatangan : ………………………….. Tarikh : …………………

Cop Nama & Jawatan


* PRD/PRJ/PRB
BORANG PERMOHONAN PROGRAM
BORANG AM1D
PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGRO MAKANAN
KOPERASI
(Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah)

BAHAGIAN A : MAKLUMAT KOPERASI


A1 Nama Koperasi
A2 No. Pendaftaran
A3 Alamat Koperasi

Poskod Bandar
Negeri No Tel
No Fax Email

BAHAGIAN B : MAKLUMAT PROJEK


B1 Nama Syarikat B2 Jenis Projek

B3 Alamat Projek

Poskod Bandar

Negeri

Sila sertakan profil Koperasi

BAHAGIAN C : PERAKUAN PEMOHON

Saya…………………………………………………………………………………..….…No.MyKad….…………………………………………………….…
Jawatan……………….………………………………………………………………….mengaku bahawa maklumat yang diberikan dalam
borang ini adalah benar, betul dan lengkap. Sekiranya saya didapati memberi maklumat tidak benar atau palsu,
saya boleh disabitkan kesalahan di bawah seksyen 193 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dikenakan
hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga (3) tahun dan boleh juga dikenakan denda

Tandatangan/Cap Jari : ___________________________ Tarikh


Hari Bulan Tahun

BAHAGIAN D : PERAKUAN TERIMAAN


Nama Pegawai

Tandatangan Pegawai: ___________________________________ Tarikh & Cop Terima

UNTUK KEGUNAAN PEJABAT

Dilulus Tidak Dilulus

Tandatangan : …………………………..

Cop Nama & Jawatan Tarikh : …………………


LAMPIRAN 1

CONTOH
RANCANGAN PERNIAGAAN
(Bisnes Plan)
PROJEK CENDAWAN TIRAM KELABU
DIKAMPONG PARIT AMAL, MUAR, JOHOR DI BAWAH
PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BARU AGRO MAKANAN

Oleh:
…………………………………..
…………………………………..
…………………………………..

Kertas ini disediakan untuk permohonan Projek Cendawan Tiram Kelabu


(Pleurotus cajor-saju) dibawah Program Pembangunan Bantuan Hasil
Baharu Agro Makanan
RINGKASAN ESEKUTIF

Kertas Rancangan Perniagaan (RP) ini disediakan untuk melaksanakan projek


cendawan tiram kelabu di No 66, Kampong Parit Amal, Jalan Temenggong, Muar
di bawah program Program Pembangunan Bantuan Hasil Baharu Agro Makanan.
Cadangan projek ini dimajukan berdasarkan kepada potensi projek cendawan
yang mampu menjana pendapatan yang baik berasaskan analisa kewangan.
Kertas ini akan dihantar kepada RISDA untuk diproses untuk mendapatkan
kelulusan. Projek ini akan dilaksanakan melibatkan peruntukan sebanyak RM
96,412.00 Anggaran pendapatan bulanan sebanyak purata RM7,093.70 iaitu ia
melebihi sasaran sebanyak RM5,000 sebulan selama 5 tahun.
ISI KANDUNGAN MUKASURAT

1. RINGKASAN ESEKUTIF 2

2. KANDUNGAN 3

3. PENDAHULUAN 4

4. TEKNIKAL 5

5. PEMASARAN 6

6. PENGURUSAN 7

7. KEWANGAN 8

8. KESIMPULAN 9

9. LAMPIRAN 10 -13

9.1 Peta lokasi projek cendawan di Muar

9.2 Surat kebenaran daripada pemilik tanah

9.3 Sijil Kursus Cendawan

9.4 Cashflow Penanaman Cendawan


1. PENDAHULUAN

1.1 MAKLUMAT PEMOHON

Nama Pemohon No : MOHD AMIN BIN HASSAN

Kad Pengenalan
: 900312-01-5455 (25 Tahun)
Tempat Lahir : Segamat, Johor

Alamat Rumah : No 66, Kampong Parit Amal,


Jalan Temenggong, Muar
No Telefon : 013-7613455 (HP)
07-79687880 (Rumah)

Tahap Pendidikan : Diploma Pertanian (UPM)

Pekerjaan Semasa : Penyelia Jualan Pasaraya

Alamat Bertugas
: Econsave Supermarket Sdn Bhd,
Taman Temenggong, Muar,
Johor.

Pendapatan : RM 1,800

Sebulan Nama Isteri


: Jamilah binti Wagian
Bilangan Anak : 4 orang

Pengalaman Kursus
: Mempunyai 2 rumah cendawan ( 2 tahun)
Rasmi : Sijil Kursus Agropreneur Cendawan Tiram
Kelabu di Pusat PBU Pagoh, Muar, Johor
1.2 LOKASI PROJEK

Cadangan Projek Cendawan Tiram Kelabu (Pleurotus pulminarius) ini dilokasi


iaitu Lot MR4521, Mukim Bandar, Muar, Johor kepunyaan Encik Hasan seluas
1 ekar (Ayah) dan Lot MR4522, Mukim Bandar, Muar kepunyaan Encik Harun
(Bapa Saudara) seluas 2 ekar. Lokasi projek dan jarak sejauh 200 meter
daripada rumah kediaman pemohon (Seperti dalam lampiran 1). Pada masa
ini saya mempunyai 2 bangsal cendawan berukuran 10 kaki x 15 kaki dengan
kapasiti 800 bongkah yang didalamnya adalah cendawan tiram kelabu. Projek
ini adalah dibimbing oleh RISDA di dalam kebun bapa dengan kawasan
persekitaran adalah dusun buah-buahan campuran. Berdasarkan prestasi
pengeluaran cendawan sedia ada, banyak lagi bangsal atau rumah cendawan
yang boleh dibina dikawasan dengan kelengkapan untuk ruangan kerja lebih
selesa. Bongkah cendawan yang siap disuntik sekarang dibeli daripada
pembekal tempatan iaitu C&C Mushroom Sdn Bhd dan Pembekal PPK Parit
Jawa mengikut keperluan. Kawasan kebun bapa saudara boleh digunakan
untuk tambahan rumah cendawan dimana pemilik telah memberikan surat
kebenaran untuk mengusahakannya (Surat kebenaran gunatanah seperti
Lampiran 2). Lokasi yang dicadangkan mudah diakses melalui jalan ladang
dan jalan kampong dan ia mempunyai tahap keselamatan dari sebarang
gangguan.
1.3 PENGALAMAN

Saya telah mengikuti kursus Cendawan Kelabu melalui Program Agropreneur


Muda pada November 2014 di Pusat Latihan Keusahawanan (PBU) Pagoh,
Muar, Johor anjuran Jabatan Pertanian selama 4 hari (Sijil Kursus disertakan
– Lampiran 3). Saya amat berminat dengan projek cendawan tiram kelabu
dimana pada masa ini telah mempunyai sebanyak 2 buah rumah cendawan
dengan kapasiti 800 bungkah cendawan satu pusingan terletak berhampiran
rumah selama 2 tahun dulu. Hasil cendawan sekitar 4- 6 kg setiap hari yang
dijual dikawasan kampong dan dijual dikawasan kilang tempat bertugas. Saya
berpeluang beberapa kali mengikuti lawatan teknikal projek cendawan di
beberapa usahawan lain di sekitar Muar dan Segamat anjuran Jabatan
Pertanian dan lawatan persendirian di Melaka dan Pahang.

2. TEKNIKAL CENDAWAN TIRAM KELABU

Projek menanam Cendawan Tiram Kelabu ((Pleurotus pulminarius)


merupakan satu projek yang baru dikomersilkan dalam negara kita untuk
pasaran domestik dan potensi eksport. Selama ini negara masih mengimpot
banyak cendawan daripada luar negara terutama jenis cendawan kering
untuk kegunaan masakan dan juga ramuan makanan sihat. Tanaman
cendawan di Malaysia boleh di majukan sepanjang tahun kerana mempunyai
iklim sesuai dan sistem penanaman yang moden. Kalau dahulu cendawan
hanya dikutip dikawasan terbuka, kini ia mudah ditanam menggunakan media
habuk kayu dan media lain. Terdapat seramai 400 usahawan cendawan di
Malaysia dimana 82% merupakan pengusaha kecil dan bakinya syarikat
bertaraf besar yang komersil. Rekod Jabatan Pertanian menunjukkan
pengeluaran cndawan di Malaysia sebanyak 30 – 40 metrik tan setahun
dengan 66% adalah dari jenis tiram kelabu. Negeri Selangor menghasilkan
42% daripada jumlah tersebut sebanyak 12.8 mt sehari untuk pasaran
Lembah Kelang. Cendawan ini dimakan segar dengan anggaran permintaan
yang tinggi dari Lembah Kelang.
Dasar Agro Makanan Negara (DAM) telah meletakan industri cendawan
sebagai satu cabang dalam komoditi yang berpenghasilan tinggi. Walau pun ia
tidak dimasukkan secara khusus dalam Projek NKEA melalui EPP, tetapi
beberapa galakan telah diadakan oleh kerajaan untuk sektor penanaman
cendawan. Antara beberapa isu yang mengugat industri cendawan seperti
kekurangan media habuk kayu getah, harga bahan yang semakin meningkat,
harga cendawan yang tidak menentu, kualiti benih yang tercemar dan produk
cendawan segar yang mudah rosak (perishable) yang perlu difahami oleh
usahawan baru. Varieti cendawan tiram kelabu yang ada dipasaran masih
perlu diperbaiki termasuk kualiti benih yang dijual kepada pengusaha.
Penyelidikan mengenai cendawan oleh MARDI dan Universiti Malaya diharap
akan memajukan sektor ini.

Kini penggunaan perkapita cendawan di Malaysia sekitar 1.5 kg seorang


setahun (2014) dimana ini memerlukan sebanyak 55,00 mt setahun. Perkapita
ini akan menjadi sebanyak 3.0 kg seorang pada tahun 2020. Rekod
menunjukkan pengeluaran cendawan segar di Malaysia Cuma 30 mt iaitu
masih kekurangan sebanyak 20 metrik tan. Rancangan pengeluaran dan
pengiraan cendawan berasdaskan kepada faktur teknikal dan kehendak
pasaran. Cendawan Tiram Kelabu (Pleurotus pulminarius) yang dipilih akan
menjlani tempoh pemeraman selepas menyuntik benih selama 45 hari. Masa
rehat (fruiting interval) di antara pungutan hasil adalah 10 hari dan juga tempoh
Matang selepas penutupan dibuka adalah 3 hari (Ini dilakukan dengan ditutup
semula pada hari ke 5). Dari segi teknikal kekerapan penghasilan sebanyak 4
kali sehingga 10 kali bergantung kepada pengurusan dan kaedah amalan
agronomi. Persediaan campuran Media adalah standard iaitu 100:10:1. Bahan
habuk kayu 500gm/beg dengan menggunakan benih cendawan terjamin pada
kadar penggunaan sebanyak 1 Botol / 25 beg (bongkah cendawan).
Kapasiti jadual pengeluaran adalah sebanyak 200kg sehari dengan anggaran
hasil per berg sekitar 60 gm. Kerja didalam kawasan prjek menggunakan ahli
keluarga dan pekerja upah dibayar kontrak. Bagi tujuan tersebut anggaran kos
adalah sekitar kerja penyediaan beg 17 sen satu beg, Pembungkusan sekitar
7 sen beg menyebabkan anggaran kos upah disesuaikan sebulan. Pemasaran
cendawan dengan dibungkus pada berat Bersih 10gm / pek berharga RM
9.00/kg.

3. PEMASARAN

Projek tanaman cendawan tiram kelabu secara komersil menghasilkan produk


cendawan segar. Cendawan segar yang dituai setiap hari akan digredkan dan
dibungkus mengikut kehendak pelanggan. Harga ladang cendawan segar
diantara RM 8.00 – RM9.00 sekilogram tetapi apabila dibungkus mengikut gred
ia boleh dijual dua kali ganda lebih tinggi. Harga runcit bergantung jenis
pembungkusan cendawan segar ini akan diedarkan setiap hari kepada
pelanggan tetap yang datang dan saya akan hantar kepada pelanggan tetap
dilokasi. Pemasaran dijalankan dengan jualan borong daripada tempahan
pengedar di Muar, Melaka, Johor Bahru, Kuala Lumpur dan Singapura. Selain
itu produk cendawan segar kan dijual di Pasar Malam dan juga kepada individu
yang datang. Pembekalan kepada pasaraya besar seperti MYDIN, GIANT,
ECONSAVE dan sebagainya akan dikenalpasti apabila tahap penghasilkan
mencapai maksima selepas tahun ke dua.

4. PENGURUSAN

Projek penanaman cendawan tiram kelabu akan dijalankan dengan cara


komersil dengan jadual pengeluaran yang disusun. Pengurusan dan
pemeriksaan aktiviti menyediakan media campuran, mengukus dan menyusun
bongkah cendawan akan dilakukan sendiri oleh pemohon dan dibantu oleh
isteri, 2 orang anak saudara dan seorang pekerja upahan dengan bayaran gaji
bulanan RM 900 sebulan. Bagi mengatasi kekurangan bongkah yang disuntik
akan dibeli daripada pembekal tempatan yang berhampiran. Aktiviti yang
kritikal dimana ia memerlukan banyak tenaga kerja akan diupahkan secara
kontrak seperti menyedia dan mengisi media dalam plastik dan mengukus.
5. KEWANGAN

Lampiran 4 menunjukkan Aliran Wang Tunai atau Cashflow projek cendawan


tiram kelabu komersil yang disediakan oleh RISDA. Cashflow tersebut
menunjukan bagi mendapatkan pulangan sebanyak RM 7,093 iaitu jumlah
melebihi RM5,000 sebulan (Sasaran Pakej Projek) yang perlukan sebanyak 2
buah rumah cendawan dengan jumlah bongkah sebanyak 50,000 setahun.
Sebanyak 2.5 kali pusingan penanaman cendawan tiram dijangka boleh
dilakukan setiap tahun dengan anggaran purata hasil cendawan sekitar 250
gram satu bongkah. Modal permulaan tahun pertama projek ini adalah
dianggarkan sebanyak RM96,412 melalui bantuan RISDA. Modal pusingan
berikutnya adalah dari hasil jualan cendawan RM 350,710. Kadar Kos-Fadah
(BC Ratio) adalah 2.66 bermakna setiap satu ringgit dibelanjakan akan
memberikan pulangan RM2.66. Nilai kini Bersih (NPV@10%) pula adalah RM
244,960 dengan Kadar Pulangan Dalam (IRR@10%) adalah 225.73%.
Anggaran purata pendapatan bulanan projek ini sekitar RM 7,093 sebulan iaitu
mencapai sasaran yang di kehendaki Ini bermakna dari segi cashflow, ianya
Positif dan berdaya maju untuk dilaksanakan.
6. KESIMPULAN

Bisnes Plan yang disediakan ini berdaya maju dimana ia adalah projek tanaman
cendawan tiram kelabu (Pleurotus pulminarius) dikawasan di Kg Parit Amal, Jalan
Temenggong, Muar, Johor yang akan dapat memberikan pendapatan selaras
dengan objektif Program Pembangunan Hasil Baru Agro Projek ini akan
memberikan pendapatan bulanan sebanyak RM 7,093.70 sebulan untuk selama 5
tahun seperti dalam cashflow. Pengeluaran cendawan ini merupakan jenis yang
berkualiti dimana ia boleh dijual dalam negara atau pun untuk pasaran ekspot.

Disediakan oleh:
…………………………….
…………………………….
…………………………….
9. LAMPIRAN

9.1 Peta lokasi cadangan Projek Cendawan Tiram Kelabu


(Pleurotus pulminarius) di Kg Parit Amal, Muar, Jalan,
Temenggong, Johor.
9.2 Surat Kebenaran Projek Menanam Cendawan di Lot MR4522
9.3 Sijil kehadiran Kursus Cendawan Tiram kelabu di Kompleks Pusat
Bimbingan Usahawan (PBU) Pagoh, Muar, Johor

148
9.4. Anggaran Kos Pengeluaran dan Pendapatan Bagi
Cendawan (Pleurotus pulminarius) dibawah Program
Pembangunan Bantuan Hasil Baharu (Cashflow
Cendawan Tiram Kelabu)
LAMPIRAN 2

SURAT AKUJANJI PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL


BAHARU AGRO MAKANAN

PERJANJIAN ini dibuat pada ………… haribulan …….…….. Tahun………..

DIANTARA

Pegawai RISDA Daerah/Jajahan/Bahagian...…..……………….beralamat di

….……………………....………………………………………………..……………

………………adalah satu Jabatan Kerajaan (selepas ini dirujuk sebagai

"Jabatan")

DAN

………(peserta) ......... …… No. Kad Pengenalan ………………... beralamat

di …………………………………………………………………………………..…..

(selepas ini dirujuk sebagai “peserta”) sebagai satu pihak lagi

Bahawasanya saya dengan ini mengakui telah menerima bantuan/


mesin/peralatan (seperti lampiran) dan memberi akujanji-akujanji seperti
berikut:-

1. Saya hendaklah menjalankan projek dalam jangkamasa yang telah


ditetapkan berpandukan nasihat, rundingan dan panduan oleh Jabatan dan
mengikuti segala peraturan Jabatan dan mengikuti latihan yang diarahkan
oleh Jabatan.

2. Saya tidak akan menjual memberi sewa, memajak, menggadai atau


melepaskan pemilikan dan pemunyaan ke atas peralatan tersebut kepada
pihak lain. Jabatan berhak untuk mengambil balik peralatan sekiranya
disalahguna.
3. Saya dikehendaki menyimpan Rekod Ladang serta rekod urusniaga
perniagaan hasil pengeluaran dan nilai jualan di dalam Buku Rekod Aktiviti
Tanaman dan Jualan. Pegawai pemeriksa Jabatan berhak untuk meneliti
dan memeriksa rekod serta buku tersebut bagi tujuan pemantauan dan
penilaian keberkesanan projek pada bila-bila masa diperlukan.

4. Saya bersetuju membenarkan Pegawai Jabatan untuk membuat lawatan


dan memantau perjalanan projek.

5. Saya tidak boleh membuat apa-apa tuntutan gantirugi dari Jabatan jika
berlaku kerugian dengan apa-apa sekalipun samada secara langsung atau
tidak langsung.

6. Saya bersetuju dan akur sekiranya Jabatan menarik balik bantuan


peralatan / mesin/ bahan mentah yang telah diberikan jika gagal mematuhi
mana-mana syarat seperti di atas dan segala arahan Jabatan bersabit
dengan pengurusan projek yang diberi dari semasa ke semasa.

Saya membuat surat akuan ini dengan kepercayaan bahawa apa-apa yang
tersebut di dalamnya adalah benar menurut undang-undang Surat Akaun 1960
dan mematuhi peruntukan-peruntukan yang temaktub di dalam Akta Perakuan
Bersumpah 1960.

Ditandatangani oleh:

Peserta
Tandatangan/Cap ibu jari : ..........................................
Nama : ..........................................
No. Kad Pengenalan : ...........................................

Pegawai RISDA Daerah/Jajahan/Bahagian …………….


Nama : ............................................
No. Kad Pengenalan : ............................................
LAMPIRAN 3A

PERJANJIAN PELAKSANAAN
PROGRAM PEMBANGUNAN
HASIL BAHARU AGRO MAKANAN

DI ANTARA

PIHAK BERKUASA KEMAJUAN


PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH
(RISDA)

DAN

RISDA PLANTATION SDN. BHD.


PERJANJIAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU
AGRO MAKANAN

PERJANJIAN ini dibuat pada haribulan 2020

DI ANTARA

PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH,


sebuah Badan Berkanun Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Akta Pihak
Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah 1972 yang beralamat di
Bangunan RISDA, KM 7, Jalan Ampang, 50990 Kuala Lumpur (kemudian daripada
ini disebut “RISDA”) sebagai pihak pertama;

DAN

RISDA PLANTATION SDN. BHD. (No. Syarikat: 324822D), sebuah syarikat yang
ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 dan mempunyai alamat operasinya di
Graha RISDA Plantation, Unit J, Excella Business Park, Jalan Ampang Putra,
Ampang Hilir, 55100 Kuala Lumpur (kemudian daripada ini disebut “Ejen
Pelaksana”) sebagai pihak kedua.

MAKA KEDUA-DUA PIHAK DENGAN INI BERSETUJU seperti berikut:-

1. TAFSIRAN

Dalam Perjanjian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki maksud yang


lain, maka ditetapkan maksud seperti berikut:-

1.1. “RISDA” bermaksud Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil


Perusahaan Getah;

1.2. ”PPHBAM” bermaksud Program Pembangunan Hasil Baharu Agro


Makanan;

1.3. “Ejen Pelaksana” bermaksud RISDA PLANTATION SDN. BHD.


(No. Syarikat: 324822D), sebuah syarikat yang ditubuhkan di
Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 dan mempunyai alamat

1
operasinya di Graha RISDA Plantation, Unit J, Excella Business Park,
Jalan Ampang Putra, Ampang Hilir, 55100 Kuala Lumpur yang telah
dilantik oleh RISDA bagi melaksanakan PPHBAM;

1.4. ”Peserta” bermaksud Pekebun Kecil atau Ahli Isi Rumah yang
berdaftar dengan RISDA;

1.5. “Projek Tersebut” bermaksud Program Pembangunan Hasil Baharu


Agro Makanan iaitu salah satu program yang dipertanggungjawabkan
kepada Ejen Pelaksana oleh RISDA;

1.6. “JIHBAM” bermaksud Jawatankuasa Induk Hasil Baharu Agro


Makanan Peringakt Ibu Pejabat yang ditugaskan untuk memantau
dan mengurus pelaksanaan PPHBAM oleh Ejen Pelaksana dengan
keahlian dan peranan seperti yang ditentukan oleh RISDA;

1.7. “Pengurus Program” bermaksud Bahagian Program Khas yang


dipertanggungjawabkan untuk menyelaras dan memantau
pelaksanaan dasar, agihan peruntukan, bayaran semua tuntutan oleh
Ejen Pelaksana (mana yang berkaitan) dan pemantauan “Projek
Tersebut”;

1.8. ”Borang AM1B” ialah suatu borang permohonan PPHBAM yang


perlu diisi oleh Ejen Pelaksana;

1.9. ”Borang AM1C” ialah Borang Permohonan Peserta untuk menyertai


PPHBAM di bawah Ejen Pelaksana;

1.10. “Modal Awalan” bermaksud bantuan kewangan yang diberikan


kepada Ejen Pelaksana dengan kadar tidak melebihi 30 peratus dari
jumlah keseluruhan kos projek. Modal Awalan akan dibayar oleh
Pengurus Program selepas dokumen Perjanjian ini ditandatangani;

2
1.11. “Bayaran Kemajuan Kerja” bermaksud bayaran terhadap tuntutan
yang dibuat oleh Ejen Pelaksana berdasarkan tahap kemajuan
pelaksanaan Projek Tersebut melalui kaedah bayaran pampasan
balik kepada Ejen Pelaksana yang telah mendahulukan wangnya
atau hartanya untuk membayar sesuatu perbelanjaan termasuk untuk
tujuan pekerjaannya, atau suatu akaun perkhidmatan yang ia
terpaksa tanggung dengan wang pendahuluan darinya, atau terpaksa
mengenakan caj awal untuk tugasan bagi sesuatu pihak yang lain;

1.12. “Agihan Pembayaran Keuntungan” bermaksud keuntungan projek


yang diperolehi dari pelaksanaan PPHBAM oleh Ejen Pelaksana dan
akan dikreditkan ke dalam akaun Peserta berdasarkan kadar yang
ditetapkan oleh JIHBAM;

2. TEMPOH KUATKUASA PERJANJIAN

2.1 Perjanjian ini berkuatkuasa selama tempoh pelaksanaan Projek


Tersebut sehingga projek tamat atau ditamatkan oleh RISDA;

2.2 Perjanjian ini boleh disemak dan boleh dirunding untuk diperbaharui
dan boleh dipinda mengikut arahan pengurusan RISDA dan dasar
yang diluluskan pada tahun semasa.

3. TANGGUNGJAWAB EJEN PELAKSANA

3.1 Ejen Pelaksana hendaklah mengemukakan kepada RISDA sebelum


atau pada tarikh Perjanjian ini ditandatangani dokumen-dokumen
seperti berikut:-

3.1.1 Satu dokumen Rancangan Perniagaan yang lengkap untuk


tujuan kelulusan dan pemantauan;

3.1.2 Borang Permohonan AM1B dan AM1C;

3
3.2 Ejen Pelaksana hendaklah menjalankan kerja-kerja yang meliputi:-

3.2.1 Pengurusan am, kontrak dan kewangan Projek Hasil Baharu


Agro Makanan;

3.2.2 Pengurusan tanaman atau ternakan termasuk penyenggaraan


projek; dan

3.2.3 Jualan dan pemasaran hasil “Projek Tersebut”.

3.3 Pengurusan am, kontrak dan kewangan PPHBAM termasuklah: -

3.3.1 Menguruskan kontrak di antara Ejen Pelaksana dan Kontraktor


(jika perlu) termasuk mengeluarkan arahan keseluruhan kerja,
perubahan kerja (V.O), perubahan spesifikasi kerja, pelanjutan
tempoh masa (EOT) dan menamatkan kontrak;

3.3.2 Mengeluarkan notis peringatan berkaitan ketidakpatuhan


kontraktor kepada jadual kerja yang telah ditetapkan;

3.3.3 Menyemak dan memperaku tuntutan kerja daripada kontraktor


serta mengemukakan tuntutan kepada “Pengurus Program”
untuk “Bayaran Kemajuan Kerja”;

3.3.4 Melaksanakan semua kerja (mentadbir urus) yang berkaitan


pembangunan, pengurusan operasi dan kewangan projek
serta melaporkan kepada pihak RISDA secara berkala;

3.3.5 Mengurus akaun pendapatan serta membuat Agihan


Pembayaran Keuntungan kepada Peserta dengan kadar
yang diluluskan oleh JIHBAM;

3.3.6 Mewujudkan akaun khas bagi setiap projek dan melaporkan


kepada “Pengurus Program” secara bulanan dan/atau dari
semasa ke semasa sepertimana arahan RISDA;

3.3.7 Menyedia dan menyimpan rekod kewangan terkini berkaitan


dengan pengurusan projek, pengeluaran hasil dan aktiviti-
aktiviti yang dijalankan berdasarkan amalan lazim prinsip-
prinsip perakaunan dan kewangan yang diterima pakai di
Malaysia;

4
3.3.8 Menyediakan Laporan Prestasi Fizikal berserta gambar (jika
berkaitan) dan Penyata Kewangan kepada RISDA pada
SETIAP BULAN sebelum 10hb bulan berikutnya;

3.3.9 Ejen Pelaksana hendaklah melaksanakan tatacara perolehan


mengikut kaedah perolehan semasa yang digunapakai oleh
Ejen Pelaksana.

3.3.10 Ejen Pelaksana, setelah dimaklumkan oleh RISDA samada


secara bertulis ataupun lisan, hendaklah membenarkan mana-
mana pegawai dari RISDA atau pihak yang dilantik dan
berkaitan dengan RISDA untuk memeriksa dan memasuki
kawasan projek serta membuat auditan pengurusan dan
kewangan tanpa sebarang sekatan bagi memastikan
kemajuan projek berjalan dengan lancar.

3.4 Pengurusan Projek termasuklah:

3.4.1 Memastikan kerja-kerja yang dibuat menepati Kos sepertimana


yang dinyatakan di dalam dokumen Rancangan Perniagan
yang disertakan bersama Perjanjian ini;

3.4.2 Menguruskan projek berdasarkan piawaian yang ditetapkan


oleh RISDA dari semasa ke semasa;

3.4.3 Memastikan prestasi kerja adalah mengikut Jadual


Pelaksanaan Kerja Tahunan yang akan ditentukan oleh
Pengurus Program;

3.4.4 Memastikan projek mencapai tahap potensi hasil sepertimana


yang dinyatakan di dalam dokumen Rancangan Perniagaan
yang diluluskan oleh JIHBAM;

3.4.5 Memastikan kadar kematian tanaman/ternakan tidak melebihi


jumlah yang ditetapkan di dalam Arahan Ketua Pengarah
(AKP) Bilangan 5 Tahun 2020;

3.4.6 Menubuhkan pasukan pengurusan projek yang berkelayakan


dan profesional serta pekerja yang mencukupi untuk mengurus,

5
menyelenggara, mengutip hasil dan memasarkan hasil projek
bagi memberi pulangan optima kepada Peserta;

3.4.7 Melaksana langkah-langkah yang perlu bagi memastikan


kawasan projek bebas daripada penduduk setinggan,
peneroka haram dan penceroboh serta dengan segera
melaporkan kepada Pihak Berkuasa dan RISDA jika berlaku
apa-apa pencerobohan atau perbuatan haram di dalam
kawasan projek;

3.4.8 Menyelaras dan memantau kontraktor, pekerja dan mana-


mana pihak yang terlibat dalam pelaksanaan projek
merangkumi semua aspek termasuk tetapi tidak terhad kepada
membentuk suatu pelan kerja yang meliputi program-program,
jadual masa, bajet dan pelan yang akan dilaksanakan;

3.4.9 Semasa tempoh pelaksanaan, Ejen Pelaksana hendaklah


mengemukakan analisis mengenai perbelanjaan operasi, hasil
dan jualan serta mengambil langkah-langkah yang segera bagi
menambah hasil Projek Tersebut untuk mencapai matlamat
agihan keuntungan seperti yang dicadangkan oleh Ejen
Pelaksana dan diluluskan oleh RISDA;

3.4.10 Melaksanakan apa-apa arahan, kerja-kerja atau aktiviti yang


berkaitan seperti diarahkan oleh RISDA.

3.5 Jualan dan Pemasaran Hasil termasuklah melaksanakan perkara-


perkara seperti berikut: -

3.5.1 Membentangkan matlamat hasil JIHBAM untuk kelulusan;

3.5.2 Melaksana strategi pemasaran yang sesuai bagi tujuan


pemasaran, pengangkutan dan penjualan hasil Projek
Tersebut; dan

3.5.3 Kerugian atas penurunan harga pasaran adalah menjadi


tanggungjawab Ejen Pelaksana.

4. BIDANG KUASA DAN TANGGUNGJAWAB RISDA

6
4.1. Menentukan dasar, strategi pelaksanaan dan hala tuju program;

4.2. Meluluskan senarai cadangan, rancangan perniagaan dan kos projek


yang dicadangkan;

4.3. Menyelaras, mendapatkan sokongan dan kerjasama Kementerian/


Jabatan/ Agensi berkaitan dalam melaksanakan program ini;

4.4. Memutuskan tindakan penyelesaian berhubung isu dasar dan


masalah utama program;

4.5. Menetapkan sasaran bagi memastikan objektif program dapat


dicapai;

4.6. Menyemak dan meluluskan senarai nama peserta bagi projek yang
melibatkan agihan keuntungan;

4.7. Menyemak status pelaksanaan program;

4.8. Membincangkan isu-isu pelaksanaan program dan langkah-langkah


penyelesaian;

4.9. Memberi cadangan penambahbaikan berkaitan pelaksanaan projek;

4.10. Memantau pelaksanaan projek oleh Ejen Pelaksana melalui laporan


bulanan serta lawatan dari semasa ke semasa;

4.11. Menyalurkan Modal Awalan sebanyak 30% daripada jumlah


keseluruhan projek selepas Dokumen Perjanjian ditandatangani;

4.12. Menyemak dan membuat Bayaran Kemajuan Kerja ke atas tuntutan


yang dikemukakan oleh Ejen Pelaksana; dan

4.13. Mengawal perbelanjaan projek serta mengemaskini rekod kewangan


untuk dimaklumkan kepada Kementerian.

5. KOS KAWALAN

7
5.1 Penetapan Kos Kawalan bagi pelaksanaan dan pengurusan Projek
Tersebut adalah sepertimana yang dinyatakan di dalam Rancangan
Perniagaan dan diluluskan JIHBAM; dan

5.2 Pertambahan bagi pembiayaan apa-apa kos yang melebihi Kos


Kawalan seperti yang telah diputuskan hendaklah mendapat
kelulusan JIHBAM.

6. AKUJANJI

6.1 Ejen Pelaksana berjanji akan mematuhi segala arahan, keperluan,


peraturan dan undang-undang terpakai atau pindaan dari semasa ke
semasa yang dibuat oleh RISDA, Pihak Berkuasa Tempatan,
Kerajaan Negeri dan/atau Kerajaan Malaysia berhubung pengurusan
Projek Tersebut;

6.2 Ejen Pelaksana mengaku janji tidak akan menyalahguna


kedudukannya serta mendedahkan maklumat yang ada padanya
berkaitan dengan perjanjian ini kepada pihak ketiga untuk
kepentingan peribadi dan/atau syarikat;

6.3 Ejen Pelaksana tidak boleh membuat apa-apa tuntutan gantirugi dari
RISDA jika berlaku kerugian dengan apa-apa sekalipun samada
secara langsung atau tidak langsung; dan

6.4 Ejen Pelaksana mengaku janji akan menanggung rugi RISDA di atas
sebarang pertikaian dan/atau tuntutan dari mana-mana pihak ketiga
berkaitan dengan ladang tersebut akibat dari tindakan atau kecuaian
Ejen Pelaksana.

7. PENAMATAN PERJANJIAN

7.1 Kedua-dua pihak boleh, selepas memberi notis bertulis TIGA (3)
BULAN kepada pihak yang satu lagi, menamatkan Perjanjian ini jika
berlaku apa-apa keadaan termasuk berlakunya apa-apa pelanggaran
terhadap mana-mana peruntukan dan syarat yang terdapat dalam
Perjanjian ini; dan

7.2 Tidak tertakluk kepada mana-mana peruntukan di dalam Perjanjian


ini, RISDA boleh pada bila-bila masa memberi notis TIGA (3) BULAN
kepada Ejen Pelaksana untuk menamatkan Perjanjian ini tanpa
memberikan apa-apa alasan.

8
8. KESAN PENAMATAN

8.1 Penamatan Perjanjian ini hendaklah tidak menyentuh apa-apa hak


RISDA atau Ejen Pelaksana untuk mendapat ganti rugi dan
menguatkuasakan apa-apa hak lain di bawah undang-undang; dan

8.2 RISDA berhak untuk menarik balik baki Modal Awalan yang telah
disalurkan kepada Ejen Pelaksana sekiranya Projek Tersebut
ditamatkan sebelum selesai pelaksanaan.

9. TANGGUNG RUGI

Ejen Pelaksana hendaklah membebaskan RISDA daripada apa-apa liabiliti


dan Ejen Pelaksana hendaklah menanggung apa-apa kerugian akibat
daripada dan terhadap segala bayaran, tuntutan belanja, ganti rosak,
tanggungan, kerugian dan perbicaraan yang mungkin ditanggung oleh atau
dikenakan ke atas RISDA daripada atau berkaitan dengan Perjanjian ini
akibat daripada kecuaian Ejen Pelaksana.

10. PINDAAN-PINDAAN

Apa-apa pindaan atau perubahan kepada Perjanjian ini hendaklah dibuat


secara bertulis dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

11. NOTIS

Segala notis yang hendak atau perlu diberi oleh mana-mana pihak kepada
pihak yang satu lagi hendaklah dibuat secara bertulis dan diserahkan secara
serahan tangan atau dipos secara pos berdaftar ke alamat penerima yang
dinyatakan di sini, atau ke alamat lain yang dimaklumkan secara bertulis oleh
penerima dan bagi tujuan tersebut hendaklah dianggap telah diserahkan
dengan sempurna setelah tujuh (7) hari dari tarikh ianya diposkan.

12. DUTI SETEM

Apa-apa duti setem dan kos yang harus dibayar berkenaan penyediaan
Perjanjian ini hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh Ejen Pelaksana.
13. UNDANG-UNDANG

9
Perjanjian ini hendaklah ditafsir mengikut dan dikawal oleh undang-undang
Malaysia.

14. PERTIKAIAN

Apa-apa pertikaian di antara RISDA dan Ejen Pelaksana mengenai tafsiran,


pengertian atau penguatkuasaan Perjanjian ini, atau hak dan tanggungjawab
pihak-pihak di dalamnya atau apa-apa perkara yang terbit darinya atau yang
berhubung dengannya hendaklah diselesaikan secara rundingan oleh
kedua-dua belah pihak.

15. FORCE MAJEURE

15.1 Kedua-dua pihak adalah tidak bertanggungjawab bagi sebarang


tindakan, ketinggalan atau kegagalan dalam menjalankan Perjanjian
ini jika tindakan dan ketinggalan atau kegagalan itu timbul daripada
keadaan yang tergolong di bawah “Force Majeure” seperti rusuhan,
kekacauan awam, mogok, kebakaran, banjir, peperangan dan sebab-
sebab lain yang seumpamanya yang tidak dapat dikawal olehnya.

15.2 Sekiranya “Force Majeure” berlaku, perlaksanaan Perjanjian ini


hendaklah ditangguhkan setakat mana tempoh berlakunya “Force
Majeure” atau Perjanjian ini boleh ditamatkan dengan persetujuan
kedua-dua pihak.

16. PENYAMPAIAN

Alamat RISDA dan Ejen Pelaksana bagi tujuan penyampaian adalah seperti
berikut:

Kepada RISDA –
Ketua Pengarah RISDA
Bangunan RISDA,
KM 7, Jalan Ampang,
Karung Berkunci 11067,
50990 Kuala Lumpur.
Tel : 03- 4256 4022
Faks : 03- 4256 5533

Kepada Ejen Pelaksana –

10
Ketua Pegawai Eksekutif
RISDA Plantation Sdn. Bhd.
Unit J, Excella Business Park,
Jalan Ampang Putra,
Ampang Hilir, 55100 Kuala Lumpur.
Tel : 03- 4270 5104
Faks : 03- 4270 5204

(KLAUSA TAMAT)

11
PADA MENYAKSIKAN HAL TERSEBUT maka pihak-pihak yang tersebut dalam
Perjanjian ini telah menurunkan tandatangan pada hari bulan dan tahun yang mula-
mula tertulis di atas: -

Ditandatangani oleh )
untuk dan bagi pihak )
RISDA ) ………………………………
Ketua Pengarah

Dengan disaksikan oleh ) .........................................


Timbalan Ketua Pengarah

Ditandatangani oleh )
untuk dan bagi pihak )
EJEN PELAKSANA ) ..........................................
Ketua Pegawai Eksekutif

Dengan disaksikan oleh ) ………………………………


Ketua Jabatan

12
LAMPIRAN 3B

PERJANJIAN PELAKSANAAN
PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGRO MAKANAN

DI ANTARA

EJEN PELAKSANA

DAN

PESERTA
PERSETUJUAN PENYERTAAN PROJEK PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL
BAHARU AGRO MAKANAN

Persetujuan ini dibuat pada ……… haribulan …………tahun ……..

Di antara;

Syarikat Milikan RISDA/ Koperasi (kemudian disebut “EJEN PELAKSANA”) yang


beralamat di………………………………………………………………………………………..
…………………………………………….………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
di satu pihak;

Dengan;

LAMPIRAN A (selepas ini dirujuk sebagai “PESERTA”)

1.0 Tafsiran

1.1 “RISDA” bermaksud Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil


Perusahaan Getah;

1.2 “PPHBAM” bermaksud Program Pembangunan Hasil Baharu Agro


Makanan;

1.3 “Peserta” bermaksud Pekebun Kecil atau Ahli Isi Rumah yang berdaftar
dengan RISDA atau Koperasi Pekebun Kecil yang diluluskan;

1.4 “Ejen Pelaksana” bermaksud Syarikat Milikan RISDA/ Koperasi yang


dilantik oleh RISDA bagi melaksanakan PPHBAM;

2
1.5 “Projek Tersebut” bermaksud projek-projek PPHBAM yang
dipertanggungjawabkan kepada Ejen Pelaksana oleh RISDA;

1.6 “JIHBAM” bermaksud Jawatankuasa Induk Hasil Baharu Agro Makanan


Peringkat Ibu Pejabat yang ditugaskan untuk memantau dan mengurus
pelaksanaan PPHBAM oleh Ejen Pelaksana dengan keahlian dan peranan
seperti yang ditentukan oleh RISDA;

1.7 “Agihan Pembayaran Keuntungan” bermaksud keuntungan projek yang


diperolehi dari pelaksanaan PPHBAM oleh Ejen Pelaksana dan akan
dikreditkan ke dalam akaun Peserta berdasarkan kadar yang ditetapkan
oleh JIHBAM; dan

1.8 “Waris” bermaksud Ahli Isi Rumah kepada Peserta.

2.0 PEMILIHAN PENYERTAAN

Peserta seperti LAMPIRAN A telah dipilih menyertai Projek Tersebut oleh Ejen
Pelaksana dan peserta bersetuju untuk menerima pemilihan dan menyertainya.

3.0 AGIHAN PEMBAYARAN KEUNTUNGAN

3.1 Semua peserta yang terpilih akan diberikan Agihan Pembayaran


Keuntungan sebagai pendapatan sampingan;

3.2 Agihan Keuntungan akan dibayar oleh Ejen Pelaksana kepada akaun
Peserta berdasarkan perjanjian;

3
3.3 Agihan Keuntungan tidak boleh dipindahkan kepada mana-mana ahli
keluarga atau Waris dan tidak boleh diwarisi sekiranya Peserta meninggal
dunia;

3.4 RISDA adalah berhak untuk menamakan pengganti kepada Peserta yang
telah meninggal dunia sepanjang tempoh pelaksanaan PPHBAM.

4.0 AKUJANJI EJEN PELAKSANA

Ejen Pelaksana berjanji;

4.1 akan mematuhi segala arahan, keperluan, peraturan dan undang-undang


terpakai atau pindaan dari semasa ke semasa yang dibuat oleh RISDA,
Pihak Berkuasa Tempatan, Kerajaan Negeri dan/atau Kerajaan Malaysia
berhubung pengurusan Projek Tersebut;

4.2 untuk tidak menyalahgunakan kedudukannya serta mendedahkan


maklumat yang ada padanya berkaitan dengan perjanjian ini kepada pihak
ketiga untuk kepentingan peribadi dan/atau syarikat;

4.3 tidak boleh membuat apa-apa tuntutan gantirugi dari RISDA atau peserta
jika berlaku kerugian dengan apa-apa sekalipun samada secara langsung
atau tidak langsung; dan

4.4 akan menanggung rugi RISDA di atas sebarang pertikaian dan/atau


tuntutan dari mana-mana pihak ketiga berkaitan Projek Tersebut dari
tindakan atau kecuaian Ejen Pelaksana;

5.0 AKUJANJI PESERTA

Peserta dengan ini mengakui dan memberi akujanji-akujanji seperti berikut;

4
5.1 Bersetuju menerima pemilihan oleh Ejen Pelaksana sebagai Peserta untuk
pelaksanaan Projek Tersebut;

5.2 Bersetuju untuk menerima Agihan Pembayaran Keuntungan sebagai


pendapatan sampingan;

5.3 Bersetuju Agihan Keuntungan akan dikredit ke dalam akaun Peserta oleh
Ejen Pelaksana berdasarkan kadar yang ditetapkan oleh JIHBAM;

5.4 Bersetuju Agihan Keuntungan tidak boleh dipindahkan kepada mana-mana


ahli keluarga atau Waris dan tidak boleh diwarisi sekiranya Peserta
meninggal dunia; dan

5.5 Bersetuju sekiranya berlaku kematian ke atas Peserta, RISDA adalah


berhak untuk menamakan pengganti kepada Peserta tersebut sepanjang
tempoh pelaksanaan PPHBAM.

6.0 AKUJANJI BERSAMA

Kedua-dua pihak dengan ini bersetuju;

6.1 akan mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan di dalam


Perjanjian ini dan/atau mana-mana pindaan sekiranya ada;

6.2 Jika ada sebarang perbalahan atau perselisihan antara pihak-pihak yang
berkenaan dalam perjanjian ini atau mana-mana bahagian daripadanya
atau bentuk susunannya atau hak-hak atau kewajipan-kewajipan atau
tanggungjawab-tanggungjawab yang bersabit dengan Perjanjian ini dan
apa-apa perkara lain yang berbangkit daripada atau berhubung dengannya,
pihak-pihak yang mengikat Perjanjian ini bersetuju merujuk perkara ini
kepada Akta Penimbangtara 1952 sebagaimana yang dipinda dari semasa

5
ke semasa dan penimbangtara yang dilantik tersebut menjalankan kuasa
yang diberi kepada penimbangtara oleh undang-undang tersebut dan apa-
apa keputusan yang dibuat oleh penimbangtara ini adalah muktamad.-P

(KLAUSA TAMAT)

6
PADA MENYAKSIKAN PERJANJIAN INI, maka pihak-pihak yang tersebut dalam
Perjanjian ini telah menurunkan tandatangan pada haribulan dan tahun yang mula-
mula tertulis di atas.

Bagi Pihak dan untuk:


Ejen Pelaksana
………………………………………….
( )
Ketua Pegawai Eksekutif/ Pengerusi Koperasi/
Pengerusi Jawatankuasa TSB

………………………………………….
( )
Tandatangan Saksi

Bagi Pihak dan untuk:


Peserta

Ditandatangani oleh : )
Nama : ) …………………………………..
No. Kad Pengenalan : ) Rujuk LAMPIRAN A

Di hadapan:
Nama : )
No. Kad Pengenalan : ) …………………………………..
Jawatan : ) Tandatangan Saksi
Alamat : )

7
LAMPIRAN A

SENARAI PESERTA PROJEK PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGRO


MAKANAN

BIL NAMA NO. KAD ALAMAT TANDATANGAN


PENGENALAN

8
LAMPIRAN 4
LAPORAN PRESTASI KEWANGAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGRO MAKANAN RISDA DAERAH / NEGERI / IBU PEJABAT
SETAKAT :__________________ TAHUN______________

PERMOHONAN KELULUSAN PERBELANJAAN (RM)


PERUNTUKAN
BIL NEGERI PT CATATAN
(RM) BILANGAN JUMLAH (RM) % BILANGAN JUMLAH (RM) % PERTANGGUNGAN BAYARAN JUMLAH %

CONTOH:

NS BARAT

JEMPOL
1 N. SEMBILAN
K. PILAH

NS SELATAN

JUMLAH

DUNGUN

KEMAMAN

MARANG/KT
2 TERENGGANU
HULU TERENGGANU

SETIU

BESUT
JUMLAH

JUMLAH BESAR

Disediakan oleh : Disahkan oleh:

…………………………………………………… …………………………………………………
Penyelaras Program Khas) Pengarah RISDA Negeri / TPRN

Tarikh Tarikh
Nama dan Cop Nama dan Cop
LAPORAN KEMAJUAN FIZIKAL
PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGRO MAKANAN
KATEGORI : INDIVIDU LAMPIRAN 5
SKOP :
TAHUN :
PT : SEGAMAT

PEMBANGUNAN (%) JUALAN


KELULUSAN
JENIS SETAKAT INI
NAMA NO.KAD
SKOP TANAMAN/ UMUR ALAMAT POSKOD DAERAH NEGERI DUN PARLIMEN NO.TELEFON
PESERTA PENGENALAN BERSIH INPUT
TERNAKAN INFRA ASAS PENANAMAN (RM) (RM)
KAWASAN PERTANIAN

CONTOH :
Ali bin Ahmad 740303115221 46 Sg. Tong 21500 Setiu Terengganu Langkap Setiu 013 2568977 100 100 100 100 30,000.00 80,000.00
Cili Fertigasi Murni bin Abu 100 50 10 0 40,000.00 0.00
Soleh bin Lama
JUMLAH KECIL

Tembikai
TANAMAN J/PENDEK

JUMLAH KECIL

Rock Melon

JUMLAH KECIL
JUMLAH TANAMAN J/PENDEK

Durian

JUMLAH KECIL
TANAMAN J/PANJANG

Mangga

JUMLAH KECIL
JUMLAH TANAMAN J/PANJANG

Lembu Integrasi

JUMLAH KECIL
TERNAKAN

Ayam Kampung

JUMLAH KECIL
JUMLAH TERNAKAN

Disediakan oleh : Disahkan oleh:

…………………………………………………… …………………………………………………
Penyelaras Program Khas) Pengarah RISDA Negeri / TPRN

Tarikh Tarikh
Nama dan Cop Nama dan Cop
Nama Peserta : ALI BIN ABU LAMPIRAN 6A
PT : BESUT

Kelulusan : 30,000.00
Kos Pengeluaran
0.00
:
REKOD TANAMAN DAN JUALAN

Luas Tarikh Luas


Tarikh Tarikh Kuantiti Hasil Harga Jumlah Jualan
Jenis Tanaman Pusingan Tanam Tamat Berhasil
Tanam Jualan Dijual (kg) (RM/Unit) (RM)
(ha) Pusingan (ha)

Contoh:
2/7/2020 7,000.00 6.00 42,000
1 0.4 1/3/2020 1/10/2020 0.4
14/7/2020 5,000.00 7.00 35,000

Jumlah Kecil 12,000.00 77,000


Cili Fertigasi
1/4/2021 4,000.00 5.00 20,000
2 0.4 1/12/2020 1/7/2021 0.4
15/4/2021 2,500.00 7.50 18,750

Jumlah Kecil 6,500.00 38,750

JUMLAH BESAR 18,500.00 115,750.00


Nama Peserta : ALI BIN ABU LAMPIRAN 6B
PT : BESUT
Kelulusan : 30,000.00
Kos Pengeluaran : 0.00

REKOD BELIAN

Jenis Input Harga


Pusingan Tarikh Jumlah Unit Jumlah (RM) Catatan
Perkhidmatan* (RM/Unit)

Contoh :
Polibeg 2,700 unit 0.5 1,350.00
Weed Mat 4,000 meter persegi 1.7 6,800.00
Baja 500 kg -
1 1/2/2020
Racun 30 liter -
Paip 300 meter -
Tangki 2 unit -
Jumlah 8,150.00

* Sila catitkan segala pembelian bahan input, tenaga upah, sewaan dan perkhidmatan yang
digunakan untuk semua aktiviti utama dan sampingan
LAMPIRAN 7A

CARTA ALIR PERMOHONAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU


AGRO MAKANAN (PEKEBUN KECIL)

Tindakan Mula Permohonan oleh pekebun kecil

PK

Menerima borang permohonan dari


PPP pemohon bersama cadangan kertas
KAWASAN
kerja projek

PPP Siasatan di peringkat lapangan


KAWASAN

PRD/PRJ/PRB Semakan dan perakuan bantuan,


jenis insentif, teknologi dan
kemudahan

PRN Semakan di peringkat Negeri


Tidak teratur

Mesyuarat Jawatankuasa
PRN PT (Peringkat Negeri)
Kembali ke PT
pemberitahuan
permohon ditolak Lulus

PRN Kelulusan Permohonan projek


Kelulusan Permohonan projek

PRD/PRJ/PRB Surat Tawaran

PRD/PRJ/PRB &
Menandatangani Surat Akujanji
PEKEBUN KECIL

A
A
Tindakan

PRD/PRJ/PRB Perolehan / Bekalan

PEKEBUN KECIL Pelaksanaan Projek

PRN/PRD/PRB Pemantauan/Penilaian Projek


TAMAT
LAMPIRAN 7B

CARTA ALIR PERMOHONAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU


AGRO MAKANAN (EJEN PELAKSANA)

Tindakan Mula Permohonan dari Peserta/ Ejen


Pelaksana/ Kelompok

Perbentangan oleh syarikat di dalam


Ejen Mesyuarat Jawatankuasa Induk
Pelaksana Program Pembangunan Hasi Baharu
Tidak lulus
Agro Makanan
Lulus

Surat tawaran dikeluarkan oleh


BPK
RISDA kepada syarikat.

Menandatangani Perjanjian
BPK &
-RISDA dan Syarikat
Ejen Pelaksana
-Syarikat dan Peserta

BPK Salur Peruntukan Pendahuluan

Ejen
Perolehan / Bekalan
Pelaksana

Ejen Pelaksanaan Projek


Pelaksana

BPK Bayaran Kemajuan Kerja

BPK Pemantauan/Penilaian

Tamat

You might also like